Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Photo from hajarhashim
Photo from hajarhashim
Photo from hajarhashim
Photo from hajarhashim
GF Pumpkin Rice Sticks

1) Kisar semua bahan berikut :
- 1 cawan nasi
- 1 cawan labu rebus/kukus
- 2 ulas bwg putih
- Secubit caylon cinnamon
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1/2 cawan air
- Secubit pink salt
2) Masukkan kedlm piping bag dan bentukkan
3) Bakar 160Β°C selama 30 minit @ sehingga garing keperangan
4) Terus simpan dlm bekas kedap udara slps sticks sejuk.

Sesuai untuk jajan, kudap2 anak setahun ke atas 😊
Photo from hajarhashim
========================
βœ”οΈ Bubur nasi + ikan tongkol + sayur bayam
βœ”οΈ Bubur nasi + ayam + beetroot + brokoli + carrot + pumpkin + jagung + batang saderi
========================

* baby corn / carrot boleh di jadikan sebagai finger food.

Resepi bubur ayam / ikan

Bahan :
1.Bawang merah + bawang putih + halia = cincang halus / kasar
2. Minyak zaitun
3. Ayam / ikan
4. Sayuran - brokoli / carrot / saderi / beetroot /pumpkin /jagung / kentang / bayam
5. Beras / nasi

🌷Panaskn sedikit minyak zaitun
🌷Masukkan bahan yg di cincang
🌷Setelah wangi atau layu, masukkan ayam / ikan
🌷Tambah 2-3 cawan air
🌷Setelah mendidih masukkan beras / nasi
🌷Apabila nasi dah lembut, masukkan ke semua sayuran
🌷Tunggu mendidih dan sedia untuk di hidang kepada anak 😊

Bertambah Β² dan licin farzan makan.
Boleh pelbagai sayuran dan ikan - ikan tongkol / salmon / tenggiri

~ gigi lagi dua batang otw dah πŸ˜…

#10month #FarzanAriqinmealsdiary10m
*Toddible Fruitbites*

🌽 Diperbuat daripada πŸ’―% buah asli. Tiada campuran bahan lain.

πŸ“ Dikeringkan dengan kaedah freeze dried, bersaiz kecil dan tekstur seperti biskut (melt in mouth) cair di mulut

🍌 Berbeza dengan buah yang dikeringkan dengan suhu panas, freeze dried ini mengekalkan lebih banyak nutrisi buah sebenar.

Terdapat 3 jenis buah:
🌽 Jagung 30g (Rm 17)
🍌 Pisang 20g (Rm17)
πŸ“ Strawberi 20g (Rm18)

Boleh dimakan begitu sahaja sebagai kudapan.
Sesuai untuk bayi yang suka mengunyah 😁

*Seawal umur 8 bulan πŸ‘ΆπŸ»
Nasi lembik + ikan kuzi

Yaaaa.. Ampun.. Seriously sedap sgt...

Xyah letak gula or garam pun.. Aish mkn smpai habis... Happy sgt tgk Aish berselera mcm ni..
Meh Ain share resepi..
.
.
Ikan kuzi

1 labu bwg besar
2 ulas Bwg putih
1/2 inc Halia
Sedikit Kunyit
Rempah bunjut (resepi asal serbuk 5 spices)
1 Tomato
1/2 Carrot
Lada benggala **
1 biji kurma
Santan pekat 1cawan
2 potong ikan - ikan ape2 pun bole.. Resepi asal ikan tenggiri (stir fry dlu sampai garing luar)
Daun sup **

(** Ain x masukkn sbb xde)

Blend semua bahan (kecuali ikan,santan dan daun sup) tumis dengan minyak sampai pecah minyak..dalam 10mnit.. masukkan ikan dan santan.. biarkan sampai ikan masak, masukkan daun sup hiris.. matikan api..

Thanks Izzah Bajrai coz share resepi yg super sedap ni...

#NoSugarNoSalt
#MenuDinnerAish
#10bulan++
Bubur lambuk versi baby

Beras 1/2 cawan
Isi ikan selayang
Bawang merah 2ulas
Bawang putih seulas
Lada hitam 4bj
Sedikit Halia
Santan sederhana cair (segelas santan/segelas air)
Brocoli/ toddible_veggiepowder-brokoli)
Ubi keledek/toddible_veggiepowder-sweetpotato)

CaraΒ² membuatnya:
1.Masak bubur macam biasa
2.tumbuk/kisar bersama isi ikan selayang+lada hitam+bawang merah.
3.bawang putih dan halia dimayang nipis
4.brokoli dan ubi keledek di kukus dahulu kemudian blend kasar
5.masukkan kesemua bahan 2 hingga 4 tadi ke dalam bubur.jika perlu tambahkan air.
6.kemudian masukkan santan sederhana pekat sehingga masak.
Nasi goreng telur.

Bawang putih seulas, unsalted butter, nsk putih, mix herb, telur sebijik. .

Tumis bwg putih dgn butter, masukkan nsk putih, kacau rata, campur sikit mix herb, pecahkan telur Dan kacau sampai masak. Siap! ❀.
.
Resepi by : mia nz
3 RESEPI BUBUR BAYI 8-12 BULAN YANG MUDAH DISEDIAKAN
.
.
1. RESEPI BUBUR NASI
Bahan-bahan:

Suku penuh cawan beras (25 gram atau dalam anggaran 3 sudu besar)
Satu tiga suku cawan air (dalam 450ml)
Cara memasak:

Didihkan air dalam periuk memasak. Masukkan beras tadi yang dikisar halus. Kacau beras tersebut dari semasa ke semasa.
Reneh bubur tersebut selama 10 minit dan teruskan mengacaunya.
Hidangkan bubur nasi semasa ianya masih panas.
.
.
2. RESEPI BUBUR NASI DENGAN LABU MANIS DAN LOBAK
Bahan-bahan:

1 batang lobak
1 potong labu manis
Suku penuh cawan beras (25 gram atau dalam anggaran 3 sudu besar)
Cara memasak:

Basuh semua bahan di atas dengan bersih seperti biasa.
Potong labu manis dalam bentuk dadu. Labu manis ini akan menjadi mudah lembik setelah dimasak dan mudah untuk dilenyek nanti. Jadi potong dalam bentuk dadu pun tak mengapa.
Lobak dipotong kecil ataupun dihiris. Anda boleh gunakan alat pengupas kulit timun dan lobak untuk menghirisnya sehingga nipis.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk memasak.
Seterusnya, hanya masakkan bubur nasi labu manis ini seperti biasa.
Resepi bubur bayi
.
.
3. RESEPI BUBUR NASI DENGAN TAUHU DAN KACANG PIS
Bahan-bahan:

1 sudu besar tauhu, dicincang (dalam 25 gram)
2 sudu besar beras (dalam 25 gram)
1 sudu besar kacang pis yang dibuang kulit (dalam 15 gram)
2 cawan stok ayam rebusan sendiri (dalam 500ml)
Cara memasak:

Masak nasi dengan stok ayam rebusan sendiri dalam periuk memasak.
Setelah bubur nasi masak, masukkan kacang pis dan lenyek jika perlu.
Renehkan bahan dengan api perlahan lebih kurang 5 minit.
Masukkan tauhu ke dalam periuk sebelum memadamkan api.
Sejukkan dan lenyekkan untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Photo from hajarhashim
Aiskrim Lolly Banana
(sesuai untuk umur 10-12 bulan)
.
.
Sesuai sangat untuk teething bayi anda. Boleh guna orange atau jus buah-buahan tropika.
.
.
Bahan-bahan
.
1/2 biji pisang masak
125g full fat vanilla yoghurt
100ml jus tropika/ oren
.
.
Cara membuat
.
1. Masukkan pisang dan yoghurt dan kisar sehingga smooth dalam food processor.
.
2. Masukkan jus buah-buahan dan tuangkan dalam mould dan bekukan semalaman.
.
.
Tadaaaa...dah siap. Sangat senang dan sesuai untuk menghilangkan gatal-gatal gusi anak. Sihat juga sebab mengandungi protein, beta carotene, vitamin C, vitamin D, calcium dan fiber.
.
.
Siapa kata anak-anak kecil tak boleh makan aiskrim kan?
.
Kredit: Amalina Mohd Daud #aiskrimsihat
Resepi
panaskan olive oil tumis bawang putih & merah
masukkan air letak halia nak letak ubi kentang pun boleh(ubi kentang masak)masukkan ikan merah
wani letak apa yg ada kat rumah jea tu tambah baby peas bg rasa manis sikit
last tabur daun sup boleh makan
#nosalt
#nosugar #10bulan++