Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
PUAN MACAM MANA NAK BAGI ANAK MINAT MAKAN SEMULA?

Baby baru baru je taknak makan?
Biasa suka tapi menolak?
Bila suap menu utama makan sikit je, tapi bila bagi snek macam buah, banyak pulak makan.
Mungkin baby mula kurang minat terhadap makanan...

Kadang kadang salah kita juga..huhuhu

Baby belajar melalui main
Dan jika anda tak bagi baby main baby akan bosan
Untuk menarik semula minat anak kepada makanan kita perlu bagi peluang anak 'main' masa makan.

Bukan main main buat rumah ke, main kejar kejar masa makan tapi bagi mereka explore makanan.
Makanan ada pelbagai tekstur, warna, rupa dan semua ini boleh kembangkan sensori anak dan tarik minat anak semula kepada makanan

Caranya?
Mulakan teknik baby led weaning

Traditional led weaning vs
Baby led weaning
Mana method yang lagi baik waktu perkenalkan makanan pelengkap ke baby mommies?
.
Traditional led weaning
Mommies sediakan makanan, mommies yang akan suap makanan ke anak dan akan berdasarkan clue dari anak samada anak kenyang, anak minat makanan tersebut atau anak tak suka

Baby led weaning
Mommies sediakan makanan tetapi hidang makanan tersebut ke anak
Anak yang makan sendiri, anak yang berhenti dari makan sendiri, anak main dengan makanan

.
Maka yang mana cara yang sesuai

Kepda saya dua dua cara boleh

Samada TLW anda BLW kedua cara boleh diguna untuk memulakan makanan pelengkap kepada anak

👶👶Baby led weaning (BLW)👶👶
Pros BLW
- Anak belajar skill baru (focus,angkat makanan dan menyuap ke mulut)
- Anak makin minat waktu makan..sebab eating time is play time
- Senang untuk mengenal pasti makanan apa yang anak anda suka

Cons
- Lebih banyak lantai yang makan dari anak yang makan (antara umur 6-12bulan)
- jika fully BLW adalah lebih tinggi keberangkalian anak mendapat kurang dari keperluan sebab focus adalah main bukan makan
- risiko cekik (choking) adalah tinggi jika tidak memantau dengan baik

🍽🍽Traditional led weaning🍼🍼
Pros
- Lebih banyak anak yang makan dari lantai
- mommies boleh identify bila nak transition tekstur makanan
- risiko cekik (choking) rendah
- boleh kawal kuantiti makanan yang diambik oleh baby

Cons TLW
- Anak boleh kurang minat kepada makanan sebab focus main adalah kepada lain..lebih lebih lagi jika waktu makan diiringi oleh gadget
- kurang peluang anak untuk mengembangkan motor skills
- sukar untuk mommies identify apakah makanan yang anak suka..perlu masak, beri dan trial and error baru boleh mengenalpasti makanan kesukaan
.

Kedua dua cara adalah berkesan untuk beri anak makan
Yang penting
1. Mommies perlu mengawasi anak setiap kali waktu makan
2. Sediakan makanan yang lengkap dengan 3 komponen utama (carbohydrate, protein dan serat) walaupun amalkan TLW / BLW
3. Wujudkan kepelbagaian setiap hari
(Kalau setiap hari bubur aje..walaupun BLW anak tetap akan bosan)

Mommies kenal anak anda bagaimana...ada waktu TLW boleh ada waktu BLW boleh..ikut keadaan dan ikut kepada anak mommies ye..your the boss..hehehe

Harap membantu
Sekian
Dietitian Fizah Sobri
Bila anak tidak dikenalkan dengan tekstur makanan yang betul pada usianya maka anak berpotensi untuk dapat kelewatan pertuturan (speech delay).
.
.
Kerana bila tekstur makanan yg tidak betul diberikan, kemahiran oral motor anak tidak dapat dilatih.
.
.
Tekstur yg ditentukan bukan saja-saja diletak. Tapi tekstur itu melatih kemahiran menggigit, mengunyah, menghancurkan dan menelan makanan.
.
.
Waktu makan, pergerakan lidah yg aktif untuk mengunyah dan menghancurkan makanan dapat melatih organ oral motor yg berbeza untuk mengeluarkan bunyi yg tepat.
.
.
Sebab tu kena belajar beri anak tekstur makanan mengikut usia. Tak boleh bantai beri puree hancur sampai 10 11 bulan.
.
.
#SHARE kan ya!
23/8/2020

CACING & KANAK-KANAK

1. Masalah cacing & kanak-kanak bukanlah masalah di Malaysia sahaja. Ia adalah fenomena global tetapi benua Asia & Afrika lebih terkesan berbanding negara maju.

2. Ini kerana infestasi cacing dikaitkan dengan sistem sanitasi & tahap kebersihan setempat. 2 lokasi yang berbeza dalam negeri yang sama boleh mempunyai 2 data yang berbeza.

3. Cacing sering dikaitkan dengan kanak-kanak berjalan tanpa kasut, tetapi faktor kebersihan tangan dan penyedian makanan adalah cara bagaimana cacing boleh masuk ke dalam badan.

4. Apabila makanan yang disediakan tidak dimasak dengan baik, makan cacing yang masuk ke dalam perut boleh hidup dan memberi masalah kepada individu tersebut.

5. Antara gejala yang boleh timbul adalah cirit birit, sembelit dan sakit perut. Yang lebih merisaukan adalah zat makanan yang sepatutnya hadir kepada pemakan akan dicuri oleh cacing ini. Sekali-sekala pesakit akan melihat cacing pada najis mereka.

6. Antara zat yang dicuri adalah zat besi. Jika ia berlarutan secara kronik, ia boleh menyebabkan sindrom kekurangan zat besi dan anemia.

7. Pembesaran mungkin terjejas menyebabkan mereka terbantut dan kekurangan zat besi boleh menjejaskan perkembangan minda. Ia dikaitakan dengan kurang kecerdasan (IQ yang lebih rendah) dan juga masalah psikiatrik yang lain.

8. WHO menggalakkan pengambilan ubat membunuh cacing setahun sekali atau sehingga 2 kali setahun, bergantung kepada lokasi dan sejauh mana masyarakat setempat terkesan dengan infestasi cacing.

9. Kanak-kanak boleh diberi seawal umur 12 bulan, tetapi di Malaysia kebanyakan diberi pada umur 2 tahun. Ini bergantung kepada jenis ubat yang digunakan.

WHO recommends preventive chemotherapy (PC) to all at-risk people living in endemic areas once a year where the prevalence of STH in the community is over 20%, and twice a year where it is over 50%.

10. Sekali lagi ditekankan faktor kebersihan & penyediaan makan adalah penting dalam usaha mencegah masalah cacing.

Dr Azri Fikry
Pakar Kanak-Kanak
Putra Specialist Hospital Batu Pahat

Rujukan,

1. A study of prevalence of intestinal worm infestation and efficacy of anthelminthic drugs https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4017176/

2. Deworming in children https://www.who.int/elena/titles/deworming/en/
Makanan yg mempunyai karbohidrat
*MAKAN IKUT MOOD BUKAN PICKY EATER*

"Anak saya taknak makan nasi, nak makan roti dan buah je..adakah dia picky eater?"
"Lepas tumbuh gigi anak tolak makanan macam ayam,ikan dan nak telur je..boleh ke?"
.
Macam macam soalan saya dapat dalam inbox berkaitan adakah anak picky eater?
Boleh ke macam tu?
.
Jangan di doa anak picky eater
Trait picky eater adalah lain dari anak yang ikut mood nak makan
Jika benar picky eater, anak anda mungkin autisme.
Picky eater adalah sesuatu yang sangat susah untuk diselesaikan sebab masalah bukan physiological tetapi psychological..jarang disebabkan oleh sesuatu yang fizikal
.
Picky eater selamanya dan konsisten tidak suka sesuatu.

Ada 4 jenis picky eater yang iaitu

1. SENSORY
Tidak mahu makan makanan yang tekstur tertentu seperti berair ke melekit ke walaupun makanan tersebut boleh diambil dalam tekstur lain
Contoh anak suka makan nasi goreng tetapi bila buat nasi berkuah taknak makan langsung walaupun asasnya adalah nasi

2. PREFERENTIAL EATERS
Nak makanan tertentu sahaja, taknak makan benda lain
Contoh roti. Roti berkrim, roti chocolate, roti putih, roti cicah milo boleh makan tetapi bila tukar ke nasi atau makanan lain terus akan mnegamuk taknak makan. Hanya nak makan roti sahaja

3. GENERAL PERFECTIONIST
Nak makanan dimasak, disusun mengikut cara mereka, jika tidak tak boleh makan
Contoh telur. Jika telur dimasak dalam bentuk telur mata nak makan tetapi jika telur dimasak dalam bentuk scrambled terus akan tolak. Jika telur mata dimasak nak cara telur mata masih bulat tapi anda masak cara telur mata dah pecah pun akan ditolak ke tepi

4. BEHAVIORAL RESPONDERS
Apabila diperkenalkan masakan lain terus buat aksi taknak agau aksi muntah walaupun tak mencuba lagi

Nampal begitu serious keadaan picky eater?
Tetapi semua tafsiran tidak termasuk
1. Tolak makanan selepas pernah try
2. Makan sikit harini tapi esok makan banyak (atau sebaliknya)
3. Geleng taknak makan
4. Boleh ambil makanan tersebut harini tetapi taknak pada hari lain
5. Makanan favourite bertukar tukar

Ini bukan picky eater ye mommies..
.
Ini adalah makan ikut mood
Makan ikut mood boleh diubahsuai tetapi picky eater susah untuk diubah
Jika saya jumpa dan merawat picky eater kami kena plan menu berdasarkan kesukaan pesakit tersebut dan kebanyakan suda berada dalam fasa malnutrisi (sebab sukar amik menu yang ada kepelbagaian)
.
Cara nak ubahsuai anak yang makan ikut mood?
Alamak penerangan ini amat panjang dan teliti. Kena plan posting yang lain pulak.

Janji masa makan utama ada sumber carbohydrate,protein dan serat you are fine mommies
Aim for healthy and balanced. Sihat dan seimbang.
Bukan aim makan nasi saja naa...
.

Nauzubillah anak betul2 picky eater
Boleh guna term makan ikut mood

Sekian
*Dietitian Fizah Sobri*
MENU 6 BULAN
#4DR

♡ Bubur kosong
♡ Bubur + sayur sawi
♡ Bubur + sayur bayam
♡ Bubur + lobak putih
♡ Bubur + labu
♡ Bubur + carrot + buah tembikai
♡ Bubur + ikan kembung + buah epal
♡ Bubur + ayam + buah naga
♡ Bubur + daging + buah mangga

By Nur Miera
MENU 7 BULAN

Just nk share Hana lunch Nasi ayam+ayam grill berempah dgn mix vege soup harini🥰

Harini hari yg kelam kabut sikit bg mama😅sbbnya pg td balik dr beli brg2 basah,trus masuk dapur siang ayam ngn ikan semua since Hana dh tidoq lps mngamok dkt mydin🤣Mama baru nk masak lunch dia,tup2 dia dh bgun..🙄so mama decide masak yg simple n campak2 je😅
Tu pon dia dh melalak nk mkn tp nasi dia baru nk mendidih🤦‍♀️
Alhamdulillah habis lebih dr separuh mangkuk tu dia mkn..tu pon lps sendawa trus x nak dah🤣
Mama blend sup sayur tu je,ayam mama cubit2 kecik2 cmpur ngn nasi🤗

🍚Resepi nasi ayam simple:
-beras frozen
-serbuk kunyit
-cfs

🍗Resepi ayam grill berempah:
-bawang merah
-bawang putih
-serbuk lada hitam
-mixed herbs
-puree kurma
*tumbuk bebawang n lumur semua bhn dkt ayam,perapkan sekejap then grill ats pan😋

🍲Resepi mix vege soup:
-bawang merah &bawang putih
-4 sekawan
-mix vege(mama pakai yg frozen ja)
-cfs
*tumis bebawang ngn 4 sekawan,masukkan air,cfs n mix vege..tunggu smpai mendidih then siapp😋

#hanahumairafoodjourney
#7months14days
"Puding Jeli Jagung Kurma 🌈" .

-Baru keluar dari peti sejuk2 makan . Kalau anak tak berapa lalu mkn nasi atau mee . Boleh cuba makanan sejuk2 . Kadang anak ni tak selesa gusi ataupun gigi nk tumbuh .

Hidang 9 pcs , tak cukup tmbh lgi 4 pcs dlm peti 🥶.

Resepi 🌈
Agar2 tali segenggam kecil
Susu full cream (setengah kotak )
Kurma
Jagung tongkol (hiris)

Cara2 : 🌈
1) Masukkan susu full cream , agar2 tali dalam periuk.
Kacau hingga agar2 cair . Masukkan jagung dan kurma . Kacau sebati .
2) Setelah siap, blend bahan2 diatas . Letak dlm acuan . Taknk blend pun tkpe . Ikut suka cara mcmana . Klu blend smooth sikit .
3) Lepastu masukkan dlm peti . Baru keluar sejuk2 bg anak mkn pasti mereka suka dan excited.

Selamat Mencuba 🌈 (sesuai 8 bulan keatas)


#10bulan
#tiadagigi
#blwbaby
#Nosugar
💓 NASI GORENG UDANG VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

nasi sejuk secukupnya
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sk pes tomato / pes cili
1 biji telur
lobak merah ( didadu )
sayur sawi
sayur kobis
5 ekor udang
2 sk serbuk daging fawwaz
1 sk serbuk ikan bilis fawwaz
1 sb mentega tanpa garam

Cara Cara :

panaskan mentega sehingga cair .
masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau .
masukkan pula pes tomato / pes cili dan tumis sehingga pecah minyak .
masukkan udang .
ketepikan sedikit dan masukkan pula telur .
biarkan telur masak seketika sebelum dikacau .
kemudian masukkan nasi secukupnya .
kacau rata .
akhir sekali masukkan sayur sayuran dan juga serbuk perasa makanan bayi .
mama gunakan serbuk daging dan juga serbuk ikan bilis .
gabungan dua serbuk perasa ini memang sedap .
kacau sebati dan tutupkan api .
tuangkan ke dalam pinggan .
siap , sedia dihidang !

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
💓 PAPRIK AYAM VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

Bahan A :
isi ayam secukupnya
1 sk serbuk ikan bilis fawwaz
1/2 sk serbuk kunyit

Bahan B :
1 sb pes tomato / pes cili yitu
1 batang serai ( dititik )
daun limau
lobak merah
kacang panjang / kacang buncis
kobis bunga
bawang holland ( dipotong bulat )
1 sb serbuk daging fawwaz
sedikit puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas )
air secukupnya

Bahan Lain :
mee bayi organik fawwaz

Cara Cara :

satukan Bahan A dan gaul sebati .
perapkan selama 15 - 30 minit .
kemudian panaskan minyak dan gorengkan ayam separuh masak .
angkat dan toskan .
ketepikan seketika .
buangkan sedikit lebihan minyak goreng ayam tadi dan tumiskan pes tomato / pes cili sehingga pecah minyak .
masukkan serai dan juga daun limau .
tumis seketika .
masukkan pula sayur sayuran , serbuk perasa makanan baby , puri kurma / madu dan juga air secukupnya.
tutupkan kuali dengan penutup dan biarkan seketika sehingga sayur hampir masak .
kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
💓 CHEESETART LELEH VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

Untuk Kulit Tart :
8 keping biskut coklat fawwaz
2 sb minyak sapi ( dicairkan )
2 - 3 sb tepung gandum
1 biji kuning telur

Untuk Keju :
100g krim keju
2 sb madu
1 sb mentega tanpa garam
1 biji kuning telur
sedikit jus limau

Cara :

hancur hancurkan biskut coklat fawwaz dan campurkan bersama bahan bahan yang lain .
gaul sebati sehingga adunan menjadi doh . Pastikan doh tidak terlalu keras .
ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan .
ratakan dengan kemas .
ulang proses sehingga selesai .
panaskan oven .
bakar pada suhu 170C selama 15 - 20 minit .
setelah siap dibakar , biarkan sejuk dan ketepikan seketika .
untuk adunan keju pula , pukul krim keju bersama madu sehingga sebati . Masukkan pula bahan bahan yang lain . Kacau rata .
tuangkan adunan ke dalam piping bag ( mama tak guna piping bag sebab tak ada ) .
simpan seketika adunan krim keju di dalam peti sejuk .
kemudian paipkan krim keju di atas kulit tart tadi.
bakar pada suhu 180c 15min.
💓 CHOCONANA FRITTERS VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

1/2 cawan biskut coklat fawwaz
1 sb serbuk koko
3 biji pisang emas
1 sk puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas )
2 - 3 sb tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
sedikit susu segar

Cara Cara :

hancurkan biskut coklat fawwaz dan ketepikan seketika .
di dalam mangkuk lain , lenyekkan pisang bersama puri kurma / madu .
campurkan ke dalam adunan biskut tadi .
masukkan pula bahan bahan yang lain .
kacau sebati .
adunan mestilah tidak terlalu cair / pekat .
kemudian panaskan minyak dan jemputkan adunan .
goreng sehingga garing dan berwarna keperangan .
angkat dan toskan .
siap , sedia dihidang !

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
Soalan : Apa sarapan yang baik untuk naik berat?

Jawapan : Tiada sarapan yang spesifik boleh naikkan berat.

Tips dia adalah untuk pastikan berat anak naik dengan baik:


Cek asas iaitu adakah konsep 3K dipenuhi atau tidak.

Cukup KERAP tak?
-3x makan berat + 2x snek sihat

Cukup KUALITI tak?
-ada tak sumber karbohidrat
-ada tak sumber protein
-ada tak sumber serat iaitu sayur

Pada setiap kali sesi makan UTAMA iaitu sarapan, tengahri dan malam.

Cukup KUANTITI tak? Untuk 1-3 tahun
-dapat habiskan tak
*1 senduk nasi/mi
*2-3 sudu sayur
*2-3sudu lauk.

Dan adakah kita sebagai ibubapa dan jika ada adikberadik yg lebih tua menjadi contoh yang baik kepada anak kita sebab anak adalah peniru yang handal. Abang tak makan sayur dia akan tiru, ibu minum air kopi dia pun nak juga..😂

Ni asas dia.

Rujuk buku kesihatan anak pada panduan pemakanan.

-Nutritionist Nadiy Binti Isa
Cara buat sendiri bubur instant 😄
MENU 7 BULAN

Just nk share Hana lunch Nasi ayam+ayam grill berempah dgn mix vege soup harini🥰

Harini hari yg kelam kabut sikit bg mama😅sbbnya pg td balik dr beli brg2 basah,trus masuk dapur siang ayam ngn ikan semua since Hana dh tidoq lps mngamok dkt mydin🤣Mama baru nk masak lunch dia,tup2 dia dh bgun..🙄so mama decide masak yg simple n campak2 je😅
Tu pon dia dh melalak nk mkn tp nasi dia baru nk mendidih🤦‍♀️
Alhamdulillah habis lebih dr separuh mangkuk tu dia mkn..tu pon lps sendawa trus x nak dah🤣
Mama blend sup sayur tu je,ayam mama cubit2 kecik2 cmpur ngn nasi🤗

🍚Resepi nasi ayam simple:
-beras frozen
-serbuk kunyit
-cfs

🍗Resepi ayam grill berempah:
-bawang merah
-bawang putih
-serbuk lada hitam
-mixed herbs
-puree kurma
*tumbuk bebawang n lumur semua bhn dkt ayam,perapkan sekejap then grill ats pan😋

🍲Resepi mix vege soup:
-bawang merah &bawang putih
-4 sekawan
-mix vege(mama pakai yg frozen ja)
-cfs
*tumis bebawang ngn 4 sekawan,masukkan air,cfs n mix vege..tunggu smpai mendidih then siapp😋

#hanahumairafoodjourney
#7months14days