Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Sorry malam orang nak tidur ummi baru nak up gambar. Pasal siang takde mood. Haha. Untuk dinner malam ni ummi masakkan "Telur Kuah Santan"

Kalau di Malaysia panggil gulai lemak putih. Di Indonesia panggil nya kuah santan ya ibu ibu. Jadi jangan penasaran kenapa kok sama seperti gulai lemak Putih. Iya sama aja dong 😂 #doneclaim

💖TELUR KUAH SANTAN💖

Bahan :
Telur Rebus
Udang/Ikan Bilis
Lobak Merah (dipotong bulat)
Kacang Buncis (dipotong)
1 helai Daun Salam
1 batang Serai, diketuk
Puri Kurma (optional)
Santan

Bahan Kisar :
Bawang Merah/Bawang Besar
Bawang Putih
Biji Ketumbar, sangai

🍳 Panaskan minyak, tumis bahan kisar, Daun Salam dan serai sehingga terbit aroma.

🍳 Masukkan Udang, sayuran dan telur. Tuangkan santan. Masak sehingga semua sayur agak lembut. Boleh masukkan puri kurma sedikit jika mahu. Masak sebentar lagi dan siap.

#jannatul_insyirah
#10bulan