Bayi Comel Sihat Ceria
479 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Resepi ni mudah sangat...menggunakan 3 jenis bahan jer..(8m)

~ Bawang putih yang ditumbuk/disagat/atau chopped halus-halus

~ Unsalted butter

~ sedikit Mixed Herbs

#Campurkan sahaja kesemua bahan tu dan siap untuk disapu atas roti..

Caranya....

- Potong roti gandum penuh secara memanjang

- Sapukan adunan bwg putih, unsalted butter dan mixed herbs tadi

- Bakar dalam oven selama 10 - 15 minit atau sehingga garing dengan suhu 150'c

- Dah siap bakar...simpan dalam bekas kedap udara..

Garlic bread sesuai untuk baby yang tidak sihat..boleh juga dibuat sebagai finger food dan pengganti biskut...nak pegi jalan mana-mana...bawak jer sekali..takdela anak kecik kita terliur dan makan jajankan😊😊
Photo from hajarhashim
Ummu guna sweet potato sebab dah ada rasa manis tersendiri
Boleh tukar kepada pumpkin juga..

1 cawan tepung gandum
3 sudu sweet potato powder by Toddible (campur air sikit bagi kembang dulu ye)
sedikit garam jika perlu (ummu tak bubuh pun)
sedikit air

Uli menjadi doh yg sempurna dan bentukan ikut kesukaan mommy. Then goreng..

*Ummu letak puri kurma 1sudu sebab anak-anak suka makan. Kalau makan sebiji tak kan nak. So cara camtu je nk bagi mkn kurma.. :)
Photo from hajarhashim
Dates cookies

Resepi
120g unsalted butter
240g unbleached flour
2 teaspoon baking powder
Kurma (steam dan potong halus2)

Pukul butter smp kembang, masukkn tepung, baking powder dan kurma, uli sampai jadi doh, rehatkan dalam peti 30min..lepas tu boleh terap dan bakar..sy guna suhu 160c..10minit
Photo from hajarhashim
Toddible Brown Rice Pancake With Apple Cream Cheese
*Pancake*
# 2 sdb Brown Rice Toddible
# 2 sdb Unbleached Flour
# 1 sdb ebm
# 2 sdk kurma
#Air secukupnya
- Bancuh semua bahan hgga sebati .
- Sapu sedikit myk zaitun ats kuali non stick...agk2 color tkar brownish...boleh terbalikkan tp kna hti2 sbb adunan lembut...(sesuai utk bby 8 bulan yg xde gigi..hihi)
*Sos
Bancuh Puri Epal dgn sedikit air panas n masukkan cream cheese...kacau sebati..done😘
Photo from hajarhashim
Bubur Salmon

Bahan-Bahan:

Ikan Salmon (Potong kecil)
Beras Organic
Halia (Tumis)
Bawang Besar (Tumis)
Celery
Carrot
Broccoli
Unsalted Butter
Serbuk Bilis

Cara-Cara:

1. Tumis bawang merah & halia dalam kuali lain.
2. Tanak nasi macam nak buat bubur, letak ikan salmon, broccoli, carrot, celery.
3. Last sekali baru letak Bawang Merah & Halia yang ditumis tadi ya.
4. Letakkan serbuk bilis dalam 1 sudu kecil & biarkan ia tanak atas api yang kecil sampai nasi tadi betul-betul kembang.
5. Blend kesemuanya.
6. Siap untuk dihidang! 😋😋

Menu ni untuk 8 bulan ke atas ya. ❤️
Breakfast Alawiah merangkap sekali snek kat umah nenek.

Nama diberi
Lempeng spinach with tuna floss

Kesesuaian: 1tahun ke atas

Bahan-bahan:
Unbleached flour
#spinach_veggie_powder_toddible
#tuna_floss_toddible

Cara:
Campurkan 3 sudu besar flour dan 1sudu kecil serbuk powder spinach. Add on air panas dan bancuh sampai jadi adunan lempeng. Canai atas pan. Dah garing angkat. Biar suam seketika kemudian tabur happy floss tuna toddible dan lipat dua. Potong kasi cantik n comel.

Kalau anak bawah 1tahun gantikan floss dengan ikan atau ayam panggang. Depend pada kreatif nya ibu.

P/s: gambar lempeng tunggang langgang sebab dah kena goncang bekas dia oleh si cilik ini.
Photo from hajarhashim
Ni menu Izz Falhan hari...

Nasi ayam tomato💞

Bahan2nya
Nasi
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Ayam
Carrot dan #toddible_carrot_powder
Cauliflower
Baby corn
Setengah cawan air
Blackpepper
Tomato puree

Cara2 nya
Tumis bawang sehingga naik bau
Masukkan ayam dan satu sudu tomato puree
Tambah setengah cawan air bersama carrot, baby corn dan cauliflower.
Tambah nasi dan gaul sebati.
Masukkan secubit blackpepper dan toddible_carrot_powder sebagai penambah rasa.
Biarkan mendidih seketika dan tutup api.

Resepi tomato puree
Tomato buang biji dan kulit
Celery
Carrot
- rebus tomato, celery dan carrot sehingga empuk dan air hampir kering, blend kasar.
Boleh buat stok untuk masakan lain.

Mommy blend kasar untuk Izz Falhan sbb dia suka tekstur stage 2,3.

#penuhi_hak_bayi_anda_terhadap_makanan_sihat
#sisIlham #mommyIzzFalhan #teamdazzlingmoms #resepitoddible
#10bulan
Photo from hajarhashim
Yummy Tummy Recipe Collections:
Bebola tauhu sayur / veggies tofu ball

Bahan

Carrot
Kentang,
Daun bawang
Tauhu
Unblenched floor
Telur

Caranya

Carrot dan potato dikukus hingga lembut dan lenyek2 kan. Tauhu stim dalam 10 minit dan lenyekkan jugak

Daun bawang dicincang halus

Campurkan carrot, kentang, tauhu dan daun sup. Tepung masukkan sedikit demi sedikit sehingga jadi doh yang sesuai.

Dah siap, celupkan dengan telur tadi.

Dah siap bole la goreng!
Photo from hajarhashim
Scramble egg with star pasta

🍲🥗🥙BAHAN🍲🥗🥙

🔹Telur
🔹Pasta #eatalianexpress - bentuk star
🔹Unsalted Butter
🔹Bawang Putih
🔹Cheese
🔹Oregano
🔹Ubi bit- sebagai finger food pegang, gigit,sepah sepah. Tak sepah, tak seronok, mak sila bertabah🤣🤣🤣🤣
🔹Serbuk ayam homemade

🍲🥗🥙CARA🍲🥗🥙

🔹Rebus pasta sehingga tekstur diingini.Ketepikan
🔹Tumis unsalted butter dgn bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cheese.
🔹Pecahkan telur, terus hancurkan. Goreng lama untuk pastikan masak sepenuhnya
🔹Masukkan pasta
🔹Tabur serbuk oregano dan serbuk ayam homemade

🍲🥗🥙 SIAP 🍲🥗🥙
Husnul Fadila:
Eggy Muffins for breakfast. 😍

Resepi;
Telur
Carrot
Tomato
Ayam cincang
Cheese Beqa
Parlsley flakes (if ada)

Potong carrot tomato dan ayam menjadi dadu.
Sapu olive oil dekat muffins tray(6biji).
Masukkan carrot tomato ayam dan cheese.
Masukkan telur yang dikacau.
Tabur parsley flakes.
Bakar dalam suhu 170degree for 25minutes.
Photo from hajarhashim
Photo from hajarhashim
Simple menu for lunch 😄

Nasi Lemak 🍚 + Happy Floss Beef 🍖 + Telur rebus 🥚 + Homemade Peanut Butter 🥜

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Nasi Lemak masak macam biasa la ye mummies..
- blend bawang besar + halia
- masuk dalam beras yang dah dibasuh, tambah santan - tambah air jika perlu
- nak wangi letak daun pandan atau serai
- masak macam biasa

Nanti nak makan tabur #happy_floss, letak telur rebus dan #homemade_peanut_butter (ni konon-konon ganti kacang goreng 😄)

Selamat Tengah Hari.
Salam Zohor.

p/s : dalam gambar tu lupe letak peanut butter 😅

#fullfill_your_baby_right_to_healthy_food
#toddibleteamstronger
#toddiblecheras
#toddible_food_for_baby_and_toddler