Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
SUSU IBU, AIR MASAK Dan..BAYI

Semua ibu digalakkan untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu secara elsklusif dari lahir sehingga 6 bulan, dan meneruskan sehingga berusia 2 tahun.
Makanan pelengkap diberikan pada usia 6 bulan (180 hari)..- Polisi Susu Ibu Malaysia-

Bermaksud hanya berikan susu ibu dan air masak tidak perlu untuk bayi. Bagaimana dengan air didih nasi? nest_m? jus buah? boleh x?
Yea mak2 ayah2 semua..TAK BOLEH..usus bayi masih belum matang untuk semua itu.. Air susu ibu sendiri mengandungi kandungan air yang tinggi dan cukup untuk keperluan bayi anda.. Tahukah Anda?

Khasiat susu ibu tiada tandingan. Kolostrum sudah sedia dalam susu ibu semasa bayi dilahirkan dan mengandungi :
1- Kaya antibodi - melindungi bayi terhadap alahan ( elergi)
2- Banyak sel darah putih - membantu mencegah jangkitan
3- Mempunyai kesan laksatif ringan- menyingkirkan mekonium, jadi membantu mencegah jaundis
4- Banyak faktor tumbesaran- membantu mematangkan usus, mencegah alergi dan intoleran terhadap makanan lain.
5- Kaya dengan vitamin A- mengurangkan keterukan penyakit.

Kandungan nutrien ini juga akan berubah semulajadi mengikut keperluan bayi. Oleh itu, bayi bawah 6 bulan hanya memerlukan SUSU IBU sahaja dan tidak perlu air atau makanan pelengkap.

Susu ibu adalah yang terbaik dan tiada bandingannya. Jadi, buat apa membazir kan?😘 #susuibuterbaik
#bayitakperluairkosong
#pemakananpertamabayi

kredit gambar: Public Health Malaysia
Mengapakah SUSU IBU adalah susu yang TERBAIK untuk BAYI?

Mengapa bayi yang minum susu ibu seperti cepat lapar dan kerap minum susu? Protein dalam susu ibu dan susu lembu mempunyai perbezaan dari segi kualiti dan komposisi. Susu ibu mengandungi lebih banyak protein whey, iaitu sejenis protein yang bersifat anti-jangkitan dan mudah dihadamkan.

Manakala, susu lembu mengandungi 80% pepejal susu atau lebih dikenali sebagai protein kasein. Kasein membentuk dadih (curd) yang pejal dan sukar dihadam dalam perut bayi.

Bayi yang diberi susu gantian mungkin akan mengalami keadaan tidak toleran terhadap protein (protein intolerance) daripada susu haiwan. Mereka mungkin mengalami diarrhea, sakit abdomen, ruam dan simptom lain apabila diberi susu haiwan kerana kandungan protein kasein yang tinggi.

Selain itu kandungan protein whey dan vitamin C yang lebih tinggi berbanding susu lembu membantu meningkatkan tahap penyerapan zat besi daripada makanan bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
VID-20200802-WA0050.mp4
14.7 MB
'Habis anak i yg 3 tahun ni makan. Dia skrg musim tak nak makan nasi. Mee semua tak nak. Pening apa nak bagi mkn. Nasib baik ada Ibu Anis Bubur Beras Segera. Nak jugak dia makan.. Susah hati ibu. Semoga cepat selera tu dtg balik ye sayang. So bubur ni bukan utk baby saja.. Utk anak2 yang sakit, demam pun senang nak buat bubur ni.

- Puan Nor Safiah, Singapura.

#byibuanis
Si manja ibu sudah boleh makan buah dan sayur. Wah, seronoknya! 🀩

Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan pelbagai vitamin, mineral dan serat untuk fungsi normal tubuh si manja. Pastikan si manja ibu mendapat khasiat pelbagai buah dan sayur setiap hari.

Sebagai permulaan, ibu boleh berikan sebanyak 1 sudu makan buah-buahan lembut yang dipuri, lecek atau separa pepejal 2 kali sehari kepada mereka.

DAN
1 sudu makan sayuran berwarna hijau atau jingga yang dipuri atau lecek 3 kali sehari kepada mereka.

Tips pemberian makanan kepada si manja:
1. Banyakkan bersabar dan berinteraksi secara positif dengan si manja
2. Teruskan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.

Sumber rujukan:
Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil (2009)
*❀ MAKANAN YANG TINGGI KALORI & SESUAI UNTUK ANAK KECIL ❀*

1. Kekacang
---------------------------------
πŸ‘‰ Kekacang mmg tinggi kalori, ia juga sgt sesuai dimakan sebagai snek untuk anak kita . selain itu kekacang juga bagus untuk otak .

2. Alpukat
------------------------------------
πŸ‘‰ Boleh gabungkan alpukat bersama dengan susu formula / susu segar , oat , barli dan buah buahan yang anak dah pass ya .

3. Yogurt
-------------------------------------
πŸ‘‰ Pilih yogurt yang natural dan tinggi lemak . bukan yang berperisa atau rendah lemak .

4. Pisang
-------------------------------------
πŸ‘‰ Pisang merupakan makanan yang mengandungi sumber kalori yang tinggi . boleh dipelbagaikan menu makanan anak seperti cekodok pisang , lempeng , penkek , smoothies , pisang karamel , muffin dan sebagainya ( tanpa garam , gula dan perasa untuk baby bawah 2 tahun ) .

5. Telur
-------------------------------------
πŸ‘‰ Boleh diperkenalkan kepada baby seawal 8 bulan dan diberi secara berperingkat untuk mengenalpasti sama ada baby ada alahan dengan telur atau pun tidak .

6. Ubi kentang ( makanan berasaskan ubi )
---------------------------------------
πŸ‘‰ Boleh dibuat kentang lenyek , jejari kentang , cheezy wedges ( versi baby ) dan lain lain .

7. Kacang dhal
-----------------------------------------
πŸ‘‰ Boleh dibuat puree / dimasak bersama mee organik dan campurkan bersama makanan baby yang lain .

8. Ikan salmon atau tuna
------------------------------------------
πŸ‘‰ Antara ikan yang kaya dengan omega 3 , bagus untuk perkembangan otak si manja .

9. Quinoa
-------------------------------------------
πŸ‘‰ Quinoa ini kategori bijirin , boleh dibuat seperti oatmeal untuk sarapan .

10. Keju ( 8 bulan ke atas )
-------------------------------------------
πŸ‘‰ Boleh campurkan keju ke dalam makanan baby . biasanya di makan bersama pasta atau dibuat bubur cheese , chicken buttermilk , carbonara dan sebagainya . pilih keju yang mempunyai kandungan sodium yang rendah seperti tatura cheese dan beqa block .

11. Nut Butters ( peanut butter , almond butter , sunflower butter ) biasanya sesuai untuk 1 tahun dan ke atas
------------------------------------------
πŸ‘‰ Boleh dibuat homemade peanut butter . sapu atas roti pun boleh . menu paling simple .

12. Sumber daging (beef , lamb , chicken )
------------------------------------------------
πŸ‘‰ Kaya dengan protein dan kalori . pastikan anak dah sesuai makan sumber daging ni berdasarkan carta makanan bayi ya .

13. Roti
------------------------------------------------
πŸ‘‰ pilih roti yang whole grains dan whole wheat untuk kalori dan nutrisi yang lebih .

14. Mentega
-------------------------------------------------
πŸ‘‰ Boleh tambahkan mentega dalam makanan anak ketika menumis . pastikan mentega tanpa garam ya.

15. Lemak baik
--------------------------------------------------
πŸ‘‰ minyak boleh membantu melawaskan penghadaman dan mengelakkan sembelit . berat badan anak pun boleh naik dengan jayanya .

Semoga dapat membantu mommies ya ! πŸ‘πŸ˜„

Silakan share jika bermanfaat 😘

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
πŸ™ƒ ANAK SUSAH NAK MAKAN? πŸ‘¦πŸ»πŸ§’πŸ»

Boleh jadi sebab:
🚨 Terlalu memilih makanan (picky eater).
🚨 Tak beri tumpuan ketika waktu makan dan asyik nak bermain.
🚨 Ada pengalaman buruk semasa makan. Contoh : penjaga paksa makan dengan cara kasar, muntah teruk selepas makan.
🚨 Berpenyakit dan kurang selera (jarang).

APA MAK AYAH BOLEH BUAT?

βœ… Terus berusaha dan jangan putus asa.

βœ… Terus perkenalkan makanan baru.
πŸ‘‰πŸ» Cuba hidangkan makanan dalam bentuk yang menarik.
πŸ‘‰πŸ» Kenalkan 1 hidangan baru setiap minggu sebagai permulaan.

βœ… Elak marah anak ketika waktu makan.

βœ… Beri pujian apabila anak mula makan makanan yang selama ini ditolak.

Sertai Telegram Dr Redza
https://t.me/NotaRedzaZainol
Bismillah..
Perkongsian
Minggu penyusuan

Sesorang ibu
Yang menyusu..
Memerlukan makanan
Yang bersesuaian
Untuk diri sendiri

Ia subjektive
Setiap ibu-ibu tidak sama
Ikut keperluan & kesukaan
Masing-masing

Tips terbaik
Ambil pemakanan
Yang di sukai.
Suka coklat : minum choklat
Suka soya : minum soya
Penghasilan susu meningkat
Hormon gembira hadir.

InsyaAllah.
Berjaya..
BABY SOLID FOOD/INFO:
Antara 30 resepi bubur baby..lebih sesuai utk baby 8m, 9m, 10m atas..jom!! 😘😘

1) Pasta Baby + Kentang + Ayam + Kurma

2) Pasta + Sup Ayam
Sup ayam = Tumis Planta + 3 Sekawan + Bawang Holland..Pastu Masukkan Isi Ayam + Carrot + Kentang + Daun Sup

3) Pasta + Labu + Ayam

4) Pasta + Avacado + Epal Merah

5) Makaroni Baby + Ayam + Betik

6) Makaroni + Tofu Telur + Baby Corn

7) Bubur Nasi + Sup Ikan
Sup Ikan = Sama Penyediaan Mcm Sup Ayam Di Atas

8) Bubur Nasi + Buah Naga

9) Bubur Nasi + Avacado + Kurma

10) Bubur Nasi + Epal Merah + Carrot + Cheese

11) Bubur Nasi + Bayam + Tofu Telur + Kurma

12) Bubur Nasi + Serbuk Bilis + Kentang + Cheese

13) Pasta + Pisang + Epal Merah + Pic
14) Pasta + Pear + Isi Anggur Hitam + Cheese

15) Pasta + Sayur Leeks + Isi Ikan + Carrot
Leeks : Hanya Amik Bhgian Yg Warna Putih..Bersihkan Elok2 Sisa Tanah.

16) Bubur Nasi + Sweet Potato + Isi Ayam/Ikan + Tomato

17) Pasta / Makaroni / Bubur Nasi + Ubi Bit + Blueberry

18) Bubur Nasi + White Yam + Bayam + Kurma
White Yan = Keledek Jenis Putih..Nak Guna Sweet Potato Pun Ok..

19) Bubur + Isi Ayam + Bell Pepper + Epal Merah
Bell Pepper = Lada Cameron Highland..Tak Ingat Nama Apa..Guna Sikit2 Je Sbb Baunya Agak Kuat..Just Nak Bagi Baby Rasa Diff Taste,Ada Savory Sikit.

20) Bubur + Plum + Carrot

21) Bubur + Sweet Potato + Baby Corn

22) Bubur + Makaroni Cheese+ Kubis Bunga

23) Bubur + Bell Pepper + Carrot + Isi Ayam

24) Makaroni + Chicken Grill + Tomato + Baked Sweet Potato

25) Bubur + Buah Naga + Sedikit Serbuk Kayu Manis (Cinnamon)

26) Bubur + Kari Ayam
Curry : Planta + 3 Sekawan + Bawang Holland + Sikit je Serbuk Kari + Isi Ayam + Susu

27) Bubur + Lobak Putih + Buah Kiwi

28) Bubur + Telur + Isi Ayam + Sawi Jepun

29) Bubur + Asparagus + Labu

30) Bubur + Terung Purple + Sweet Potato

Nota :
1) Pasta bole guna #eatalianexpress, pasta dari 10 jenis sayur sesuai dr usia 8 bln

2) Pasta @ Makaroni @ Bubur Nasi boleh ditukar sbb fungsinye sama bagi baby kenyang

3) Tips beli avacado = pilih yg lembut..Boleh terus scoop isi..Yg masih keras rasa pahit sikit..If keras, simpan dulu dlm peti ais tunggu lembut. Atau, boleh rebus isi avacodo tu, pastu campur ngan kurma.

5) Serbuk Bilis boleh buat sendiri..Rendam, tos, sangai pastu blend kering atau bole guna #fawwaz serbuk bilis dan ayam

5) Texture makanan baby ni ikut perkembangan baby masing2 .

Boleh pm admin jika berminat nak dapatkan pasta atau produk fawwaz
CHICKEN SOUP

Bahan:
Isi ayam
Bawang besar
Bawang putih
Sawi
Kacang peas
Carrot
Cauliflower
Daun sup*(racik)
Olive oil/ minyak masak

Cara:
-panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam nampak separuh masak. Kemudian masukkan carrot & kacang peas serta 1 cawan air. Masak sehingga menggelegak.
-last masukkan sawi, cauliflower & daun sup. Tutup api. Siap πŸ‘

#8bulan
πŸ‘ΆπŸ»KEBAIKAN URUTAN BAYIπŸ‘ΆπŸ»

❣️ Membantu melegakan sembelit

❣️ Meningkatkan kesihatan dan tumbesaran bayi

❣️ Memberikan rangsangan suara, penglihatan, bau, bergerakkan di antara ibubapa dan bayi

❣️ Meningkatkan berat badan, tumbesaran badan yang cepat

❣️ Membuat bayi lebih tenang, tidur dengan lebih baik

❣️ Meningkatkan peredaran darah, pernafasan, keseluruhan fungsi penghadaman dan meningkatkan system imun

Tips:
β˜‘οΈ Urutan bayi tidak boleh dilakukan dengan segera selepas makan atau ketika bayi sedang tidur.

β˜‘οΈ Urutan yang hendak diberikan perlukan dilakukan dengan selesa dan tidak menyakitkan bayi tersebut
SUP SAYUR

Bahan:
Isi ayam
Bawang putih*(ketuk)
Serbuk lada putih
Kubis
Brokoli
Carrot
Sweet potato

Cara:
-renehkan bawang putih & 1sudu serbuk lada putih dgn 2cawan air.
-bila dah menggelegak masukkan isi ayam, sweet potato & carrot.
-last masukkan kubis & brokoli. Tutup api.
Siap πŸ‘

#10bulan
Tahukah ibu tekstur makanan berubah secara beransur ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaan mereka untuk membesar. Gambar di atas merupakan tekstur makanan mengikut umur bayi dan kanak-kanak
CHICKEN BUTTERMILK

Bahan:
Isi ayam*(goreng)
Bawang putih*(cincang)
Bayam
Kacang peas
Carrot
Unsalted butter
Formula milk

Cara:
-panaskan 2sudu unsalted butter & masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan kacang peas, carrot & isi ayam
-bancuh FM dgn 1/2cwn air & masukkan dlm bahan tumis td.
-bila dah mendidih masukkan bayam. Tutup api. Siap πŸ‘

#8bulan
FISH FILLET SWEET SOUR

Bahan:
Ikan kembung/ tenggiri/ salmon*(goreng dgn unsalted butter@minyak)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato ceri
Cauliflower
Brokoli
Carrot*(potong dadu)
Daun sup*(racik)
Unsalted butter

Cara:
-blander bawang besar, bawang putih, halia & tomato ceri
-panaskan unsalted butter & masukkan bahan yang diblender
-tumis sehingga naik bau dan bebetul masak, kemudian masukkan carrot dan air sikit.
-carrot dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur & ikan. Kacau2 bagi sayur masak. Siap!

#8bulan
IKAN MASAK HALIA

Bahan:
Ikan merah/ tenggiri/ salmon *fillet
Bawang besar *mayang
Bawang putih *mayang
Halia *potong halus memanjang
Carrot * potong halus memanjang
Olive oil/ minyak masak

Cara:
-panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
-masukkan sedikit air (ikut nak kuah byk mana). Agak air nampak mendidih boleh masukkan ikan & carrot. Masak sehingga ikan masak sempuna 😊 Siap πŸ‘

#8bulan
SIKIT SIKIT TUKAR SUSU
.
Anak taknak makan...tukar susu
.
Anak berat naik sikit...tukar susu
.
Anak tak suka sayur...tukar susu
.
Anak susah berak...tukar susu
.
Anak banyak berak pun....tukar susu

Apabila wujud susu khas di pasaran seperti Pe***ure, D***ro sure/complete, S*6 picky e**** dan macam macam lagi..ada masalah pemakanan je mommiea daddies terus tukar susu, sedangkan susu sekarang tiada masalah.

Sini Cikpuan Dietitian nak cerita apa fungsi sebenarnya susu susu ini dan KRITERIA untuk ambil susu ini
Ye ada Kriteria..bukan main redah je

.
Pertama kali kena faham macam mana susu ini DIWUJUDKAN
.
Susu khas ini dipanggil 'calorie dense formula' atau formula tinggi kalori yang bertujuan untuk
1. Menambah pengambilan kalori dalam kuantiti yang sama (contoh anak hanya mampu minum 5oz tetapi kalori dalam 5oz sama macam 8oz)

2. Menambah zat yang kurang akibat tak cukup dari makanan

3. Menambah sumber protein akibat keperluan yang meninggu

Bukan susu susu biasa je tau..tu sebab harga pun 2x ganda lagi mahal dari susu biasa

.
Kedua kepada SIAPA yang sesuai
Akibat kalori,zat,protein yang lebih dari susu biasa, susu khas ini ditujukan kepada kanak kanak yang mempunyai masalah pertumbuhan yang KRONIK. Contoh

1. Anak anak yang tidak dapat makan akibat penyakit yang membantut selera makan seperti virus,chicken pox,dan lain lain

2. Anak anak yang tinggi metabolisma sehingga walaupun makan seperti biasa tapi berat MAKIN TURUN seperti penyakit malabsorption, kanser, accident dan lain lain

3. Anak anak yang mempunyai keperluan lebih tinggi ketika waktu itu sahaja contoh kes anak dalam ward, post op

4. Anak anak yang tak dapat makan melalui mulut seperti anak anak special needs (seperti cerebral palsy dan lain lain), baru lepas accident, post operation

.
Nampak tak kes yang begitu serious baru susu diberi
Tidak digalakkan pemberian susu khas ini kepada kanak2 yang normal dan boleh mengambil makanan dengan baik dan MAMPU MEMENUHI keperlua nutrisi melalui pengambilan makanan yang SIHAT DAN SEIMBANG
.
Anak picky eater
Anak kurang makan
Anak luak makan
Bukan kriteria yang kuat untuk tukar susu formula....

Sebab jika beri secara berterusan, kalori yang berlebihan akan
1. Ye berat naik..tetapi boleh terlebih naik sehingga ke tahap obese
2. Anak akan makin biasa dengan rasa manis (sebab susu ini selalu lebih manis dari biasa)
3. Poket berlubang woooo...😁😁😁
.

Usaha untuk pelbagaikan menu
Usaha untuk cuba pelbagai resipi
Usaha untuk tambah pelbagai warna atas pinggan anak
Libatkan anak dalam penyediaan menu/resipi
.
Ye memang penat
Ye memang frust
Ye memang time consuming
Tapi sangat berbaloi bila anak pandang kita dan cakap 'sedap la mama buat harini..nak lagi'
.
Dont give up...
Ada kajian yang menyatakan anak perlu diberi/introduce makanan baru sebanyak 6-8kali baru boleh terima

Fighting πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Sekian
Dietitian Fizah Sobri
www.nasihatdiet.com

**disclaimer : susu ibu yang terbaik,tiada tandingan, post ini ditujukan kepada anak2 yang ambil susu formula sahaja..tiada maksud anak yang mengambil susu ibu perlu tukar ke susu formula

Sila sila sila share...tak perlu minta izin ye

#askfizah
#nasihatdiet
#dietitianfizah
#parentingtips
Jangan buat main sekiranya anak anda mengadu sakit pada telinga.

Perhati jika mereka :

⚠️ Kerap menangis

⚠️ Kerap memegang cuping telinga

⚠️ Ada cecair berbau keluar dari telinga

⚠️ Mengadu kurang pendengaran

Ada dua jenis β€˜foreign body’ yang boleh masuk ke telinga anak-anak anda.

1. Organic : Hidupan seperti serangga. Ia boleh jadi semut, lipas, kuti babu, boleh jadi haiwan berbisa seperti lipan!

2. Non-organic : Ia seperti getah pemadam, batu pada tudung, tanah liat, cebisan permainan kanak-kanak dan sebagainya.

Approach dan kaedah rawatan kedua-dua kes ini ada sedikit berbeza, walaupun matlamatnya hanya satu. Ia perlu dikeluarkan!

Ibu-ibu dan para bapa semua...

Sekiranya ia adalah objek non-organic. Bermakna ia bukan hidupan. Maknanya ia boleh berada di dalam telinga anak anda untuk jangka masa yang lama. Ada kes yang saya temui sudah berminggu-minggu. Ibu bapa pun tak sedar. Anak pun tidak mengadu kepada mereka. Ha, yang ni tak berapa nak bahaya.

Tetapi tuan-tuan, jenis yang organic, lain pula ceritanya. Ini adalah lebih berbahaya. Tak boleh tunggu lama. Beberapa hari dalam telinga sahaja sudah boleh mengakibatkan jangkitan. Telinga akan membengkak. Bernanah. Busuk!

Jadi, kita sebagai parent yang prihatin. Selalulah tengok dan perhati anak-anak kita.

Jika mereka ada gejala seperti saya sebut, jumpalah kami. Kalian boleh dibantu.

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak

P/s Sekiranya kalian rasa info ini berguna, tekanlah butang SHARE, mana tahu itu menjadi asbab kebaikan untuk mereka yang kita sayang di luar sana. Mungkin juga untuk peringatan kita di kemudian hari.