Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
SUSU IBU, AIR MASAK Dan..BAYI

Semua ibu digalakkan untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu secara elsklusif dari lahir sehingga 6 bulan, dan meneruskan sehingga berusia 2 tahun.
Makanan pelengkap diberikan pada usia 6 bulan (180 hari)..- Polisi Susu Ibu Malaysia-

Bermaksud hanya berikan susu ibu dan air masak tidak perlu untuk bayi. Bagaimana dengan air didih nasi? nest_m? jus buah? boleh x?
Yea mak2 ayah2 semua..TAK BOLEH..usus bayi masih belum matang untuk semua itu.. Air susu ibu sendiri mengandungi kandungan air yang tinggi dan cukup untuk keperluan bayi anda.. Tahukah Anda?

Khasiat susu ibu tiada tandingan. Kolostrum sudah sedia dalam susu ibu semasa bayi dilahirkan dan mengandungi :
1- Kaya antibodi - melindungi bayi terhadap alahan ( elergi)
2- Banyak sel darah putih - membantu mencegah jangkitan
3- Mempunyai kesan laksatif ringan- menyingkirkan mekonium, jadi membantu mencegah jaundis
4- Banyak faktor tumbesaran- membantu mematangkan usus, mencegah alergi dan intoleran terhadap makanan lain.
5- Kaya dengan vitamin A- mengurangkan keterukan penyakit.

Kandungan nutrien ini juga akan berubah semulajadi mengikut keperluan bayi. Oleh itu, bayi bawah 6 bulan hanya memerlukan SUSU IBU sahaja dan tidak perlu air atau makanan pelengkap.

Susu ibu adalah yang terbaik dan tiada bandingannya. Jadi, buat apa membazir kan?😘 #susuibuterbaik
#bayitakperluairkosong
#pemakananpertamabayi

kredit gambar: Public Health Malaysia