Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Sagu Kurma Baby ๐Ÿฎ
(Nuh suka sangat sagu nie lambat suap kena marah oiii hahaha ๐Ÿ˜… makan sejuk2 fuhhh sedapp ๐Ÿ˜‹)

Resepi ๐Ÿ“

Sagu kecil
Puree Kurma
Susu Full Cream

๐Ÿฎ Rendam sagu setengah jam.. lepas setengah jam masak air sampai menidih lepas tu masukkan sagu masak sampai sagu jadi warna jernih.. Angkat sagu dan biar sejuk seketika..
๐Ÿฎ Campurkan puree kurma dan susu simpan dalam peti dan sedia dihidang ๐Ÿน

#NuhHarrazHazwanFoodJourney #14months
Selamat petang..mkn petang maryam wardah pancake labu..alhamdulillah menjadi guna resepi ni..sedap.. 1 family makan ni..resepinya ๐Ÿ‘‡

*PANCAKE LABU VERSI BABY*
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-
3/4 cwn susu freshmilk + 2 sudu besar cuka makan (jadikan buttermilk)
1 cwn tepung gandum unbleach
1/2 cawan labu yg dh direbus/kukus
Isi kurma 7 biji
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Esen vanila 1/2 sudu kecil
2 sudu besar unsalted butter yg dicairkan(saya guna ghee sbb butter dh habis)
Cara2:
Campur semua dan blend
Masak atas non-stick pan

#maryamwardah
#11bulan
*TEKNIK URUTAN BAYI (-^__^-)*

Pernah dengar Bayi sangat selesa apabila diurut oleh ibu atau bapanya?? Berikut Teknik urutan yang sesuai untuk si Manja anda

Selamat Mencuba!

*1. Kaki*
Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C.
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

*2. Perut*
Pijatan I LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.
Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

*3. Tangan*
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

*4. Dada*
Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

*5. Muka*
Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

*6. Belakang badan*
Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

*7. Bahu*
Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.

Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

_Kredit : fb sharifah norbizura syed mohd_
*BOTOL SUSU PENYEBAB GIGI ROSAK?*

KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi.

Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.

*APAKAH YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH IBU BAPA?*

1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.

2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.

3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.

4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.

5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.

6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.

7. Bawa anak untuk pereriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.

_Iqbal Rosali_
Harini cuaca panas sangat tengok je ice cream Aidan tu cepat betul cair. Punya tinggi mummy buat last last leper gitu ๐Ÿ˜‚ Jadilahkan dapat juga basahkan tekak Aidan Fayyadh petang ni ๐Ÿ˜‹

BINGSU MIX FRUITS
=================
๐Ÿง Bekukan susu hingga keras kemudian blend/tumbuk hingga halus.
๐Ÿง Masukkan dalam mangkuk. Letakkan buah buahan yang disukai. Mummy letak buah naga, buah kiwi dan buah mangga ๐Ÿ˜‹
๐Ÿง Letak sedikit sagu yang dah dimasak.
๐Ÿง Siap untuk dimakan!

#AidansFoodJourney #14months #dessertforbaby
Menu sarapan pagi/minum petang. Bahan sama dengan mummy punya bihun cuma Aidan punya guna capsicum paste mummy punya guna cili kering ๐ŸŒถ๏ธ

*BIHUN GORENG*
=============
โ€ข Bihun (rendam air panas & toskan)
โ€ข Isi Ayam
โ€ข Sayuran (Carrot & Daun Sup)
โ€ข Capsicum Paste (Capsicum & Tomato blend)
โ€ข Madu 1sk * boleh letak serbuk ikan bilis/serbuk ayam
โ€ข Telur
โ€ข Bebawang

๐Ÿ Tumis bebawang hingga naik bau, masukkan capsicum paste kacau then masukkan isi ayam.
๐Ÿ Masukkan carrot (diparut halus) dan madu kacau rata dan masukkan bihun.
๐ŸAngkat, tabur daun sup, siap untuk dihidangkan.

* Telur mummy terlupa letak ๐Ÿ˜… so buat telur dadar then potong kasar

#AidansFoodJourney #14months #blwbaby #teatime
Menu senang untuk makan petang Naurah.
Hihihi

Tempura Potato Wadges

๐Ÿฅ” Potong kentang bentuk wadges, rebus hingga empuk
๐Ÿฅ” Bancuh 2 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung beras, sedikit lada hitam & serbuk bilis
๐Ÿฅ” Celup kentang tadi dalam bancuhan tepung
๐Ÿฅ” Gorengkan hingga garing
๐Ÿฅ” Siap

Naurah makan dengan mushroom spread Spreadbykakatanggo

#PotatoWadges #teatime #babyfood #NaurahFood #Naurahminumpetang
ada budak tu kan, dah memalam gini pun masih minta makan. padahal mata dah mula layu tu setelah penat beropen house seharian. ๐Ÿ˜†
mami siapkan pancake jela ye. .tak heavy sangat. tapi boleh mengenyangkan.

*PANCAKE PISANG*
๐ŸŒบ1 biji pisang berangan
๐ŸŒบ7 sudu tepung gandum unbleached
๐ŸŒบ1 sudu minyak masak
๐ŸŒบ4 oz susu formula
๐ŸŒบ1 sudu teh baking powder

mami lenyek pisang menggunakan garfu.
kemudian masukkan bahanยฒ lain dan pukul sebati dgn garfu juga. (nak cepat, anak dah panjat kaki nak makan)
goreng dgn mnggunakan non stick pan hingga masak.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #8m++
Alang2 dah beli santan fresh pagi td... Ummi buatkan utk dik Hannan pengat pisang + sagu... Pastu saje potong2 buah naga ltak sekali dan simpan dlm peti dulu biar sejuk... Sbb tuannya badan masih lagi tdo๐Ÿ˜ด... Pisang dah masak jd manis semulajadi dah ada...
#tanpaGula
#HannanHumairahFoodJourney
#9bulan++

๐ŸŒResepi Pengat Pisang๐ŸŒ
-----------------------------------------------
Pisang Cavendish๐ŸŒ
Sagu
Santan fresh
Sedikit air
#boleh juga ltak kurma(kt umh xde jd tk ltak)โ˜บ๏ธ

Hiasan
#DragonFruit
Simple dessert untuk Aidan Fayyadh harini ๐Ÿจ Guna 3 bahan saja. Simple!

*SAGU BUAH NAGA*
=================

โ€ข Sagu
โ€ข Fresh Milk
โ€ข Buah Naga (boleh tukar buah lain)

๐Ÿจ Rebus sagu hingga kembang.
๐Ÿจ Lenyekkan buah naga.
๐Ÿจ Masuk sagu dalam bekas, masuk buah naga akhir sekali tuangkan fresh milk.
๐Ÿจ Siap! Simple kan?

#AidansFoodJourney #14months #teatime #dessertforbaby
*๐Ÿฅ‘๐ŸŒ BANANA-CADO SMOOTHIE (8m)*

โ€ข 2 biji pisang
โ€ข 1 biji Avocado
โ€ข Susu fm | Susu Fresh (1y)

๐ŸฅคBlendkan semua bahan.
๐ŸฅคSejukkan dalam peti ais.
๐Ÿฅค Hidangkan.

#AidansFoodJourney
#nosaltnosugarnopreservatives
Disebabkan kayyisa sekarang makan sikit luah makan sikit luah
Jadi mama kena try menu baru untuk kayyisa
Tapi kalau makanan sejuk laju je ..
Nak tumbuh gigi tu yg refuse makan

*๐Ÿ™ RICE BALL๐Ÿ™*

Bahan
โ™ ๏ธ Brokoli*
โ™ ๏ธ Carrot*
โ™ ๏ธ Cauliflower*
โ™ ๏ธ Daging lembu*
โ™ ๏ธ Nasi lembik
โ™ ๏ธ Telur

Cara
โ™ ๏ธ potong dadu (bahan yang bertanda *)
โ™ ๏ธ panaskan kuali dengan butter..dan masukkan bahan yang dipotong dadu..
โ™ ๏ธ goreng sehingga separa masak..
โ™ ๏ธ campurkan sekali bahan td dengan nasi lembik dan gaul sehingga sebati
โ™ ๏ธ kepalkan jadi bulat..selepas jdi bulat masukkan kedalam freezer sekejap untuk bagi sejuk.. supaya waktu goreng tak akan terlerai
โ™ ๏ธ celup rice ball dengan telur dan goreng

P/s: goreng rice ball guna kaedah deep fry

#menukayyisa
#1year7days
Beef Pepperi Powder Groomy? Pepperi? Pedas ke? Itu soalan yang selalu ditanya. Jawapannya, TAK ya ibu-ibu. Sebab dalam ni cuma ada 0.1% white pepper saja. Tujuannya untuk aroma dan tahan lebih lama. ๐Ÿ˜
.
Yang nak ajar baby makan daging tapi risau tercekik serat daging tu, boleh cuba produk beef ni. Sebab dalam bentuk serbuk. Sesuai untuk baby seawal 8 bulan.

Korang tabur je masa masak atau lepas masak atau nak tumis pun boleh. Dapat terus khasiat daging. 100% dibuat dari tenderloin part tau! Mmg terjaga kualitinya!
.
Oh ya, 50g beef powder ni boleh guna untuk sebulan kuantiti penggunaan kalau korang tabur sehari 2x. ๐Ÿ˜‚
.
Worth to buy ya! Nak buat beef soup pun boleh. Mudah sesangat!

Boleh pm admin untuk pertanyaan ๐ŸŒน
.
#groomy #mummyrq #makananbabyorganik #makananbaby #makananbabymalaysia #organicbabyfood #groomerzkerteh #agentkerteh #codkerteh #beef #powder #easy
Salah satu cara untuk melegakan gusi bagi baby yang nak tumbuh gigi..

*Strawberry Popsicle*๐Ÿ“
๐ŸฆHirisan strawberry
๐ŸฆSusu (boleh guna fresh milk, FM, EBM)

Satukan dalam acauan ice cream, bekukan semalam! Siap..

Boleh ganti buah lain pun sedap.
Boleh tambah yogurt & madu (bg 12m)

#NaurahFood
#14m
Disebabkan Ajiq Dah Tumbuh Gigi ๐Ÿ˜ฌ Mami Buatkan Snack Special Untuk Ajiq Garlic Bread ๐Ÿž ๐Ÿ˜˜ Mommy's2 Yang Nak Pi Travel Ke Boleh Lah Buat Snack Garlic Bread ๐Ÿž Or Biscuits HomeMade ๐Ÿ˜‰ Yang Penting No Salt ๐Ÿ™…๐Ÿป No Sugar ๐Ÿ™…๐Ÿป Ok Jom View Recipe ๐Ÿ™‹๐Ÿป

Bahan-Bahan ๐Ÿž
๐Ÿ”น Roti Wholemeal
๐Ÿ”น Unsalted Butter
๐Ÿ”น Cream Cheese ( Taknak Letak Pon Takpe , Ni Saya Gantikan Garam , So Rasa Dia Lemak2 Jekk ๐Ÿ˜‹ )
๐Ÿ”น Bawang Putih
๐Ÿ”น Mixed Herbs
๐Ÿ”น Parsley

#MuhammadRaziq
#8Month3Week3Days
#RoadTo9Month ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป
Cheesy potato fingers utk qhaleef..since dak qhaleef ni tlajak tdo ptg so dinner lah dgn menu ni hihi..

Kentang-rebus & lecek
Grated cheddar cheese
Telur sbiji- bby below 1y bole bg egg yolk je
Unbleached flour
Mix herbs -optional
Garlic powder -optional
Nasi yg dah dimasak -optional

-satukan semua benda dan campur tepung sdikit2 biar smpai bole dibulat2kan @ dibentuk(xmelekat sgt kt tgn)
-leperkan dan isi cheese skit kt tgh2 then bulatkan semula.
-deep fried.
Siapppp! Mama cukai sketol td no baddddd! ๐Ÿ˜ฌ
arini ibu buatkan nurul rice ball.. bubur nurul pandang je.. sabo jela.. ha ni bg suap die buat muje pelik plak.. aish. mkn nk oi. buln dpn nk ๐Ÿ’‰ni bg pegang, die lenyek je. kne ibu suap gak.. ibu2 msk ape tu??

Resepi :
Sekali sekali ubah selera anak pulak ๐Ÿ˜˜

Bebola nasi ๐Ÿก
๐Ÿš nasi
๐Ÿš ayam *
๐Ÿš bawang merah *
๐Ÿš ubi kentang *
๐Ÿš tepung gandum unbleach 2 sudu
๐Ÿš telur
๐Ÿš sedikit air

1. Rebus bahan bertanda *
2. Gaul nasi dengan semua bahan diatas
3. Bentukkan sehingga menjadi bulat
4.sebelum tu pendekkan dan letak inti cheese.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
5. Kemudian celup dengan telur sebelum mengoreng ๐Ÿ˜‹

_Resepi Atin Mazlan_

#11bulan