Bayi Comel Sihat Ceria
482 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
DAY 311

MASHED POTATO AND PEAS (8m+)
==============================

Bahan Bahan :
• Ubi Kentang
• Susu
• Baby Peas
• Serbuk Ikan bilis
• Air
• Bawang Putih
• Bawang Holland

Cara Cara :
🥔 Mula-mula, potong ubi kentang dan steamkan hingga lembut.
🥔 Selepas itu, toskan dan lenyek. Gaulkan bersama susu. Ketepikan

Untuk Kuah Peas :
🌰 Rebuskan baby peas bersama bawang putih dan bawang holland.
🌰 Bila baby peas dah lembut, blendkan hingga halus.
🌰 Taburkan mixed herbs dan serbuk ikan bilis. Gaul rata.
🌰 Hidangkan bersama potato.

#AidansFoodJourney
#gengmemasakuntukanak
#menusarapanuntukanak
#menu8bulanlebih
#Day311
DAY 314

NASI GORENG KAMPUNG
=====================

• Nasi
• Bawang Putih (ditumbuk)
• Bawang Kecil (ditumbuk)
• Ikan Bilis (ditumbuk halus)
• Baby Peas
• Ayam Cincang sedikit
• Air

Cara Cara :
🍚 Tumiskan bawang putih, bawang kecil dan ikan bilis yang sudah ditumbuk.
🍚 Kemudian masukkan ayam cincang dan baby peas. Gaul rata dan masukkan sedikit air.
🍚 Bila baby peas dah lembut masukkan nasi. Gaul rata.
🍚 Siap untuk dihidangkan.

🚫 SALT
🚫 SUGAR
🚫 MSG

#AidansFoodJourney
#menusimpleuntukanak
#menu8bulan
#Day314
Air masak untuk bayi 6 bulan sahaja
Labu manis
baby sapa suka makan labu?? boleh geng Nuh Harraz 🎃😋

Resepi ( 8months )

2 slice labu
2 sudu santan segar
1 sudu tepung gandum
Daun pisang

🎃Rebus/steam labu sehingga empuk..
🎃Lenyek labu dan masukkan tepung gandum bersama santan sehingga sebati
🎃letak dalam daun pisang
🎃kukus lepat labu selama 5minit dengan api sederhana
🎃selepas kukus sejukkan seketika

#NuhHarrazHazwan
Melt in mouth cookies 🎃

Resepi ( 8 months + )

🍭Tepung Gandum 2 cawan
🍭Tepung Jagung 1 cawan
🍭Minyak 1 cawan
🍭Puree Kurma (ikut kemanisan yang nak)
🍭Puree Labu

~Campur semua bahan sehingga sebati
~Bakar dengan suhu 170°c selama 15minit (kepanasan ikut oven masing2)

semua sukatan mengunakan cawan yang sama

#NuhHarrazHazwan
Pumpkin muffin

Bahan
Puree labu
Puree kurma
Tepung gandum 1 cawan
Tepung jagung 1/2 cawan
UB 2 sudu besar cairkan
Telur 1 bj
Banking powder

Caranya
🍰Pecahkan telur dalam cawan ,masukkan UB yg dicairkan . Kacau2.
🍰Masukkan puree labu dan kurma dalam tepung,gaul sebati.
🍰Masukkan telur dan UB tadi serta banking powder,gaul lagi .
🍰Masukkan air sikit2, jgn cair sgt.
🍰Boleh la tuang dalam cup muffin.
🍰Bakar suhu 200c , 20mnt. Kredit : Nur Aishah La
Hello mommys semua! Dah ketok belanga ke? 🙈

Lunch seketoi Nael harini mommy ketandusan idea dah. Buat mana yang ada dalam icebox ja.

*Creamy Carrot Pasta* 🍝🥕🧀 8m++

🍝 Pasta
🍝 Bawang Putih 2ulas
🍝 Bawang Merah 1
🍝 Unsalted Butter
🍝 Chicken
🍝 Carrot
🍝 Cream Cheese
🍝 Unbleached Flour
🍝 Garlic Powder w’ Parsley (1st try)

Step:

Didihkan pasta, dah lembut chantik, angkat dan tos ketepikan.

Panaskan Pan masok UB, campakkan bebawangs, bila terbit bau masukkan ayam & carrot. Masukkan sedikit air, untuk lembutkan carrot. Bila dah agak lembut, masokkan sedikit UF tujuan untuk memekat. Then masokkan cream cheese and mommy add sikit Garlic Powder. matikan api, then campakkan pasta tadi gaul rata, Last sekali blend semua dan sedia untuk dibaham 🤣

Nael dah 9m+ tapi still takmau yang tak blend. Ramai yang kondem. Mommy takmau paksa. Blend pon blend lah janji anak mommy tak putus selera dari Nael tak berminat nak makan langsung
INFO BERKENAAN OAT

🍚 Oat sudah mula boleh diberi pada baby sejak 7 bulan.
🍚 Oat merupakan
🔅 Sumber serat yang baik
🔅 Meningkatkan sistem imun badan
🔅 Bagus untuk kesihatan jantung
🔅 Mempunyai banyak Nutrien, termasuk Vitamin E, Zink, Besi, dan Protein.


MENGAPA PERLU MERENDAM BIJIRIN?

🍪 Bijirin adalah benih.
🍪 Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
🍪 Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
🍪 Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
🍪 Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
🍪 "Merendam" bijirin penuh boleh membuat ia lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.

🍚 Oat adalah bijirin.
Setelah membaca cara-cara merendam Oatmeal, didapati jika anak anda atau anda sendiri mengalami beberapa masalah kesihatan seperti yang tertera di bawah :

Eczema
Asthma
Resdung
Kurang zat besi (anemia)
GERD

Eloklah merendam Oatmeal terlebih dahulu..

• Ingredients :

1 cawan Organic rolled oat (jangan guna yang instant)
1 sudu perahan lemon
1 sudu tepung gandum (optional)
1 cawan air

•Methods:

Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air suam dan 1 sudu besar jus lemon di dalam periuk. Tambah 1 atau 2 sudu besar tepung gandum (faiza/rose/atta). Biarkan oats yang direndam itu pada suhu bilik selama 24 jam atau sekurang-kurangnya 12 jam..
Selepas tempoh itu, tambah satu lagi cawan air. Sudah boleh dimasak pada api sederhana sampai likat. (Tidak perlu bersihkan)

🍚 MENGAPA TAK PERLU BASUH OAT YANG DAH DIRENDAM?

Sebab nak dapatkan zat2 yang terurai dalam air rendaman tu yang tak boleh keluar dari oats tu dengan cara rendaman biasa atau masak biasa. Rendaman oats bukan bertujuan untuk cuci oats.

🍚 CARA MASAK OAT :

Setelah merendam, masak oats dalam air mendidih sambil sentiasa mengacau.
Tambah puree buahan buahan pilihan.
Terus mengacau, masak sampai ia likat..
Bila dah sejuk bolehlah dikisar dan
baru tambah susu ibu (jika nak tambah)

OAT YG BIASA DIGUNAKAN UTK BABY ADALAH "ROLLED OATS REGULAR"

Kredit: Farhana Mohamad
Nak jimat masa dan tenaga dari rendam, tos, sangai..boleh cuba oat Groomy 😊

Cara-cara pantas

Masukkan 2 sudu besar Serbuk Oat Organik Segera Groomy ke dalam mangkuk.

Tuangkan air suam (50ml) sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

Sedia dihidangkan bersama susu bayi, puri buah, sup atau yang bersesuai dengan umur baby😎

Berminat dengan Serbuk Oat Organik Segera? Boleh pm admin 🍚

#agentkertah #babyfood #groomyfood
List makanan bila anak sembelit dan cirit birit.
Carta pemakanan bayi
Buah yang tidak perlu di kukus/terus lenyek
Anak omputih ni breakfast kek pagi2 ni 😝😋

Serius sedap! Simple Fast Easy

Bread Carrot Dates Cheese Cake

Bahan
2keping roti wholemeal
4biji kurma buang kulit
2inci carrot parut halus
2biji telur
1tbsp cream cheese
2scop susu fm/bole guna fresh milk 1y above
1tsp perahan lemon -nak potong bau hanyir telur sy prefer guna yg natural (bole gune esen vanila)
Sedikit air utk jalankan blender
Kismis *hiasan

Cara
1. Carik2kan roti dan kisar bersama semua bahan kecuali carrot hingga halus
2. Tuangkan dalam bekas dan tabur parutan carrot. Mix kan sekata.
3. Taburkan kismis.
4. Kukus selama 20min (balut penutup dgn kain utk elak air kukusan jatuh atas kek). Test guna lidi/garfu/kek tester utk tgk kek da masak atau x. Kek yg da sempurna masak xkan ade yg melekat kat lidi.
Siap bole mkn begitu je atau nk letak toping cream cheese pun bole.

#9months #hakimifooddiary #teatime #breakfast
Breakfast/tea time

CHUROS (15pcs)
Bahan
1cup air
1tbsp unsalted butter
1 1/4cup tepung gandum unbleached
1biji telur
Serbuk cinnamon
2biji kurma - puree
Minyak utk menggoreng

Cara
1. Didihkan air bersama butter (guna api kecil)
2. Masukkan tepung gandum dan kacau cepat2 supaya x berketul. Ia melekat2.
3. Angkat dari atas dapur biar seketika dalam seminit kemudian masukkan telur dan kacau3 sebati (bole tumbuh muscle ngaconye wei jenuh 😂)
4. Gentel bulat/memanjang masukkan dalam piping beg atau acuan semperit.
5. Minyak da panas kecilkan api dan paipkan bancuhan tepung td dan potong guna gunting ikut la nak panjang mana.
6. Goreng hingga kekuningan. Jgn garing sgt nnt keras. Dan toskan.
7. Letakkan dalam pinggan dan taburkan dengan serbuk cinnamon.
8. Hidangkan bersama puree kurma mmg sedap!!!

Tq mummy aidan Farhana Mohamad share idea 😘😘😘

#8months #hakimifooddiary #breakfast #teatime
Creamy Sweet Corn Pudding for Adelia's dessert today 🌽 Sedap sangat makan sejuk2 😋

Ingredients :-

Jagung
Fresh milk
Agar-agar
Tepung jagung
Esen Vanilla
Telur kuning
Cream Cheese
Madu
*kuantiti agak2 je bergantung pada berapa cup mummy nak buat

Cara-cara :-

Layer 1 (bawah)
- Rebus/stim jagung
- Sisir biji jagung dan blend dengan susu. Tapis dan bahagi kan dua bahagian
- Masak 1 bahagian campuran jagung dan susu atas dapur. Masuk kan agar-agar. Bila dah masak tuang dalam bekas dan sejuk kan sampai lapisan keras (set)

Layer 2 (atas)
- Masak campuran susu dan jagung bahagian 2 atas dapur.
- Masuk kan tepung jagung, cream cheese dan esen vanilla.Bila dah menggelegak tutup api
- Pukul kuning telur dan campur kan dalam adunan tadi.
- Bukak semula api dan masuk kan madu dan kacau sampai likat
- Dah masak tuangkan keatas lapisan agar-agar yg pertama tadi
- Tabur kan sedikit jagung dan sejuk kan dalam chiller

#wanadeliakhayra
#adeliasolidfooddiary
#1y3m
Selamat pagi 🌈 Semoga hari ni hari yang ceria untuk semua mummy2 & baby2 seceria Frozen Yogurt Popsicle & Frozen Yogurt Drops ni 😍

Memandangkan sekarang ni cuaca agak panas dan Adelia pun tengah teething teruk sebab ada gigi nak keluar lagi,so Mama pun buat kan la dia Frozen Yogurt ni..yang Frozen Yogurt Drops tu Adelia suka sangat sebab dia colorful and senang nak makan dan Mama pun akan jadikan sebagai reward@dessert utk Adelia lepas dia habis makan nasi..memang laju je dia makan sebab tak sabar makan dessert ni pulak 😂

Memang mudah sangat nak prepare.Hanya gaulkan natural plain yogurt dengan buah-buahan pilihan,masuk dalam bekas dan frozen kan.Yang drops tu mama gigih masuk kan dalam piping bag, piping kan dalam pinggan plastik dan frozen kan..Yummss..memang sedap dan refreshing sgt..😋

P/S : Tidak digalakkan utk baby yang batuk dan lelah ye 😉

#wanadeliakhayra
#adeliasolidfooddiary
#1y23d
#add2albumhbfm
Egg Popia
----------------
🥚🥖 Rebus telur, dan mashedkan telur, grated cheese dan mix vege.
🥚🥖 Letak atas kulit popia dan balut kemas.
🥚🥖 Gorengkan.

Sedia dihidang. Boleh buat as finger food and stock frozen. #8m++
Mee Suah Tomyam :
Bahan - bahan ~
*Mee suah - celur dengan air panas dan letak sikit minyak selama 2minit & toskan.
*Daging/ayam - cincang.
*Bwg merah,bwg putih dan halia - blend.
*Serai - diketuk/hiris kecil.
*Karot - potong dadu kecil.
*Sawi - potong kecil.
*Daun limau purut.
*1 kiub pes cili (Capsicum/benggala)
*1 kiub pes tomato.

Cara :
*Tumis bahan diblend dan serai hingga wangi.
*Masukkan pes cili dan pes tomato, tumis hingga cili betul2 masak.
*Masuk daging dan kacau2 sekejap, masukkan air(terpulang nak kuah byk mn).
*Masukkan karot,dan daun limau purut, kacau2 dan biar mendidih.
*Masukkan sayur sawi dan biar hingga daging/ayam betul2 masak.
*Tutup api dan boleh dihidang dgn mee suah..

#Sayur boleh diganti dgn sayur kesukaan anak anda..Selamat mencuba 😊.


Hai semua, sy nak share resepi mee suah tomyam.. sy msk lunch utk ank sy harini, 2 mangkuk die mkn 😅 Anak 1y 7m.
Thanks y share resepi pagi tadi!
*Potato donut* (8m++)

Kentang rebus
Unsalted butter
Unbleach flour
Susu fm *optional
Bentukkan. Goreng..siappp