SufiHub (Bahasa)
165 subscribers
371 photos
10 videos
4 files
59 links
Download Telegram
🌹HUJAN ADALAH DENGAN PERINTAHNYA ﷻ 🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
وَهُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ مِنۢ بَعْدِ مَا قَنَطُوا۟ وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُۥ ۚ وَهُوَ ٱلْوَلِىُّ ٱلْحَمِيدُ
(Qur’ān 42:28).
‘’Wa Huwa Al-Ladhī Yunazzilu Al-Ghaytha Min Ba`di Mā Qanatū Wa Yanshuru Raĥmatahu Wa Huwa Al-Walīyu Al-Ĥamīd’’
"Dan Dialah yang Menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Menyebarkan RahmatNya dan Dialah Yang Maha Pelindung Yang Maha Terpuji".
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa Dia ﷻ Menurunkan hujan apabila orang-orang telah kehilangan harapan. Bila-bila yang DikehendakiNya; hujan adalah di TanganNya Dia ﷻ.

Mereka mengatakan ini sedang berlaku, itu sedang berlaku. Tetapi tanpa Perintah dari Allah ﷻ walau setitik air hujan pun tidak akan turun. Segala-galanya berlaku dengan Izin Allah ﷻ. Setiap titisan air dan setiap zarah bergerak dengan Perintah Allah ﷻ. Tanpa PerintahNya ﷻ, orang-orang boleh berusaha keras dengan perkara yang sia-sia sebanyak mana yang mereka mahukan. "Kami akan melemparkan bom dan ia akan mengakibatkan hujan dan kita akan dapatkan air". Mereka telah lakukannya dan ia telah menjadi sia-sia. Orang-orang yang tidak beriman dengan Allah ﷻ telah melakukan ini dengan banyaknya tiga puluh tahun yang lalu. Ia telah sepenuhnya sia-sia. Orang-orang telah meninggal dunia akibat dari kemarau. Dan selepas itu dengan Izin Allah ﷻ, dengan Doa, Allah ﷻ telah Kasihani dan Menghantarkan hujan. Jika Allah 'Azza wa-Jalla tidak Menghendakinya, Dia ﷻ tidak akan Menjadikannya hujan. Kenapa? Boleh jadi terdapat kemarau dan kesusahan, orang-orang boleh jadi mati kerana kebuluran jika tiada Belas Kasihan dari Allah ﷻ.

Hujan adalah Rahmat dari Allah ﷻ. Hendaklah kita bersyukur kepada Allah ﷻ. Sama ada orang-orang telah melupakannya, atau mereka tidak pernah mengalami sesuatu seperti ini dan tidak memikirkannya mengenainya langsung. Mereka fikir bahawa sentiasa akan ada hujan.
Boleh jadi ianya tidak turun langsung. Pada masa Sayyidina Yusuf, tidak turun hujan selama tujuh tahun. Ia adalah sesuatu yang mungkin boleh terjadi. Tidak ada yang mustahil didunia ini. Apabila tidak terdapat Perintah dari Allah ﷻ maka tidak ada sesuatu pun yang terjadi.

Semoga Allah ﷻ Kurniakan kepada kita Barakah. Semoga Dia ﷻ Kurniakan kepada kita kebaikan insha'Allah. Tiada sesiapapun yang mampu menghalangi apa yang di Kurniakan oleh Dia ﷻ. Berfirman Allah ﷻ bahawa apabila Dia ﷻ Menutupi sesuatu, maka tiada sesiapapun yang boleh membukanya. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita Barakah. Semoga Dia ﷻ Memberikan Barakah Dia ﷻ dengan kebaikan. Dan semoga Dia ﷻ tidak menguji kita dengan kekurangan dan kemarau. Semoga Dia ﷻ Membantu masyarakat.
Api sedang turun keatas mereka sekarang ini. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka. Semoga Allah ﷻ Menyelamatkan orang-orang ini.

Semoga Allah ﷻ Menghantarkan Sahib untuk kita semua.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 November 2023/ 05 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
🌹BAGAIMANA UNTUK MENGENAL PASTI ORANG MUNAFIK🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرْكِ ٱلْأَسْفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ 
(Qur’ān 04:145).
‘’Inna Al-Munāfiqīna Fī Ad-Darki Al-'Asfali Mina An-Nāri’’
"Sungguh orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dalam neraka."
Para Munafik akan ditempatkan di tempat yang paling bawah didalam neraka, Firman Allah 'Azza wa-Jalla. Kerana mereka-mereka yang berpenampilan seperti kaum Muslimin tetapi menyakiti kaum Muslimin adalah munafik.
Mereka adalah orang-orang yang paling dibenci oleh Allah ﷻ. Kaum Munafik telah pun ada pada zaman Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Walaupun Baginda ﷺ tahu akan ini, Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam telah bersabar.

Orang-orang ini pada hari ini adalah seperti ini. Mereka mengambil orang Muslim sebagai musuh. Mereka menunjukkan permusuhan terhadap mereka dan berpenampilan seperti mereka walaupun mereka itu bukan. Mereka akan sentiasa disitu. Kemurkaan Allah ﷻ keatas mereka. Apabila seorang itu Kafir, anda akan ketahui mereka itu sebagai Kafir dan anda akan menyesuaikan diri anda sepertimana yang sepatutnya. Tetapi apabila seseorang itu Munafik, dia berpenampilan seperti dia adalah lebih Muslim dari anda. Ianya adalah untuk memusnahkan Islam. Siapakah mereka? Mereka itu adalah musuh kepada Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, mereka tidak mencintai Baginda ﷺ. Bagaimanakah kita dapat mengenal pasti mereka? Apabila anda berselawat, atau apabila anda menunjukkan kecintaan kepada Nabi Suci ﷺ, mereka mengatakan anda sebagai seorang Musyrik dan Kafir. Mereka adalah orang-orang yang menjauhkan anda daripada kebaikan yang agung.

Kita tidak akan dapat memasuki Syurga dengan amalan kita. Tetapi kita akan dapat memasuki Syurga dengan kecintaan. Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa seseorang itu akan bersama dengan orang-orang yang dicintainya. Maka, tujuan utama mereka adalah untuk mengeluarkan kecintaan ini dan membawa orang-orang ke neraka. Tanpa kecintaan kepada Nabi Suci ﷺ, seseorang itu tidak ada nilai. Tidak ada nilai langsung pada perbuatan mereka. Perkara yang paling penting yang diperlukan oleh orang-orang untuk dibawa ke negeri Akhirat dan untuk ke Syurga adalah kecintaan kepada Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dengan kecintaan kepada Baginda ﷺ kita akan mendapatkan Syafaatnya. Sebaliknya, jika anda bersama dengan orang-orang Munafik, maka anda berada dalam bahaya. Sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda dengan pastinya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ Melindungi kita daripada orang-orang Munafik.

Para Munafik adalah orang-orang yang paling banyak menyerang berbanding dengan orang-orang Kafir dimana-mana. Mereka telah bertambah banyak selepas (berakhirnya) zaman kerajaan Usmaniyyah. Mereka telah wujud sebelumnya itu. Tetapi selepasnya, mereka telah bertambah banyak. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada kejahatan mereka. Semoga kita sentiasa mempunyai kecintaan kepada Nabi Suci ﷺ didalam jantung (hati/qolbu) kita. Kecintaan kepada Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam adalah satu kefardhuan (kewajiban). Nabi Suci kita ﷺ bersabda, "Kamu tidak akan kecapi Iman yang sebenar sehingga kamu mencintaiku lebih daripada (mencintai) ibu kamu, bapa kamu, dan diri kamu sendiri". Maka Iman anda telah sempurna (apabila anda sampai ketahap itu).

Maka, semoga kita mempunyai kecintaan yang abadi selamanya kepada Nabi Suci kita ﷺ didalam jantung (hati/qolbu) kita agar Iman kita kuat insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 November 2023/ 04 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
🌹Pengumuman Penting untuk Jemaah Singapura🌹

السلام عليكم ورحمة وبركاته
بسمالله الرحمن الرحيم
الحمد لله

Pada tanggal 11 November 2023, beberapa jam setelah meninggalnya Syekh Abdul Sattar Khanق yang kita cintai, Mawlana Syekh Muhammadق mengirimkan pesanan yang menenangkan ini kepada murid-muridnya yang sedang berduka dan mengumumkan Perlantikan wakil berikutnya (Wakeel) di Singapura, iaitu Sidi Faisal Osman.

Sidi Faisal telah diPakaikan dan diBerkati tanpa dia sadari, untuk menjadi wakil Mawlana di Singapura setelah Almarhum meninggalkan kita. Almarhum Syekh Sattar mendedikasikan hidupnya agar semua orang bisa merasakan manisnya Jalan ini dan ingin kita menunjukkan solidaritas dan memberikan dukungan kita kepada Sidi Faisal dalam peran barunya, seperti yang kita lakukan padanya. Mohon luangkan waktu dan dengarkan pesan Mawlana yang terlpor dibawah ini dengan sebaiknya. Semoga kita menyatukan hati sebagai satu jemaah dan tetap teguh dengan kepemimpinan baru ini. Amin. Seperti yang selalu Almarhum ingatkan kepada kita,

‘Perhatikanlah hatimu, tetapkanlah hatimu dengan Pembimbingmu’.

💚 Wassallam
🌹PEPERANGAN SEPANJANG KEHIDUPAN KITA🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Allah 'Azza wa-Jalla Menciptakan orang-orang. Apabila Dia ﷻ Menciptakan mereka, Dia ﷻ Meletakkan mereka didunia ini untuk diuji. Bagaimanakah ujian akan itu datang? Ia datang melalui kesusahan. Apabila Dia ﷻ Menciptakan orang-orang dalam bentuk fizikal, Dia ﷻ Menciptakan ego, dan Dia ﷻ Menciptakan syaitan, Dunia dan Hawa (nafsu syahwat) menentang mereka. Keempat-empat ini adalah musuh-musuh kepada orang-orang. Apabila berada didunia ini, mereka akan bersusah payah dengan (musuh-musuh) ini. Kita sedang dalam keadaan berperang dengan mereka sepanjang kehidupan kita. Ia adalah Jihad menentang ego-ego, menentang syaitan, menentang (keinginan) Dunia dan Hawa (nafsu syahwat). Kita sedang dalam keadaan berperang keatas mereka. Mereka (musuh)mempunyai perkara-perkara yang lainnya juga seperti hasad dengki, iri, kejahatan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang bersamaan dengan mereka.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman kepada manusia, "Apabila kamu memenangi peperangan ini keatas mereka, kamu akan pergi ke Syurga insha'Allah". Kita akan pergi ke Syurga insha'Allah, tetapi apakah yang akan berlaku kepada mereka? Kesemua ini akan ada sehingga kita sampai ke pintu Syurga dan minum daripada kolam Kawthar Nabi Suci kita ﷺ. Apabila orang-orang pergi kepadanya dan minum darinya, kesemua perkara-perkara kejahatan ini akan meninggalkan mereka. Tidak ada kejahatan yang akan memasuki Syurga. Hanyalah orang-orang yang suci bersih yang akan memasuki Syurga; mereka tidak akan dengki mahupun iri terhadap kekayaan dan kemuliaan orang lain atau apa sahaja kejahatan yang lain tidak akan memasukinya.
Sedangkan pada masa itu tidak ada lagi ego, syaitan tidak boleh memasuki Syurga juga. Apa sahaja yang didalam diri manusia, kesemuanya akan dibersihkan disitu. Tidak ada apa-apa melainkan keindahan dan kebaikan didalam Syurga.

Orang-orang sudah tentunya akan berselisih dan bergaduh disini. Mereka berselisih dengan keluarga dan dengan pasangan mereka. Ia adalah Perintah Allah ﷻ. Tidak ada seorang pun yang tidak melawan. Tetapi keadaan ini tidak berlaku didalam Syurga. Tidak ada masalah di Syurga. Yang ada disitu hanyalah kesenangan dan keindahan. Setiap suapan adalah lebih manis dari yang lainnya, pakaian adalah lebih baik dari yang lainnya. Ia adalah sebegini dengan Izin Allah ﷻ.

Maka, hendaklah kita sentiasa berusaha untuk melawan dengan musuh-musuh ini didunia. Hendaklah kita melakukan sebanyak yang kita mampu lakukan agar apa sahaja yang Allah ﷻ Menginginkan itu berlaku dan bukan apa yang mereka mahukan. Sudah tentunya, manusia melakukan sebanyak yang mereka mampu lakukan. Mereka melakukan dosa-dosa dan melakukan kesalahan didunia ini. Tetapi Allah 'Azza wa-Jalla akan Mengampuni mereka.

Maka, hendaklah kita ketahui ini. Tiada siapa yang mampu kerjakan 100% dalam apa sahaja. Hanya Para Nabi-nabi yang sempurna. Dan Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam adalah Nabi terakhir. Maka, sudah pastinya ada kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang datang selepasnya ﷺ. Kebanyakan kita adalah pendosa juga. Dosa-dosa itu adalah diberikan oleh Allah ﷻ untuk meningkatkan maqom kita. Apabila kita bertaubat dan memohonkan keampunan kepadaNya, Dia ﷻ menukarkan ia kepada Pahala. Semoga Allah ﷻ Membantu, untuk berada di Jalan Dia ﷻ , kerana tanpa PertolonganNya ﷻ, ia adalah amat sukar untuk kita.

Semoga Dia ﷻ Memberikan kepada kita kekuatan Iman demi Nabi Suci kita ﷺ insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 November 2023/ 11 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
Setiap hari Selasa, bacalah doa diatas ini 👆 untuk menolak bala' (bencana) selama seminggu penuh sehingga hari Selasa depan.

Doa:
"ALLAHumma yaa kafiyal balaa', ikfinal balaa' qabla nuzulihi minas samaa"
Lalu bacalah sebanyak 7 kali:"Yaa ALLAH"

Ulangi sehingga 3 kali.
🌹PUNCA PENDERITAAN PADA HARI INI🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada Fitnah dan kejahatan pada masa ini. Sedang kita sedang hidup di akhir zaman, segala jenis kesengsaraan sedang terjadi. Mengapakah itu?
Ia adalah kerana penentangan orang-orang terhadap Allah ﷻ. Kerana mereka telah memberontak dan menentang Allah ﷻ, segala jenis kesengsaraan sedang terjadi.

Orang-orang yang Patuh kepada Allah ﷻ akan dilindungi. Sebaliknya, orang-orang yang menentang Allah ﷻ dan berfikir/ beranggap diri mereka adalah sesuatu, segala jenis malapetaka akan menghala kepada mereka. Dan malapetaka yang paling besar, lebih besar daripada segala malapetaka dan masalah yang sedang menimpa mereka adalah, penentangan mereka kepada Allah ﷻ. Itu adalah malapetaka yang paling besar. Memberontak menentang Allah ﷻ adalah kejahatan yang paling besar yang mereka timpakan keatas diri mereka.
Mereka-mereka yang menentang Allah ﷻ tidak akan punyai apa-apa, tidak ada harapan, tidak ada sesuatu apa pun sebagai kejayaan. Mereka adalah orang-orang yang telah dikalahkan oleh ego-ego mereka, telah dikalahkan oleh syaitan dan telah dikalahkan oleh hawa nafsu mereka.
Meniru dan mengagumi mereka adalah satu kebodohan. Allah ﷻ tidak akan membiarkan mereka mendapatkan kebaikan didunia ini kecuali jika mereka bertaubat. Dan mereka tidak akan mendapatkan kebaikan di Akhirat. Semoga Allah ﷻ Melindungi orang-orang daripada mematuhi ego-ego mereka dan mematuhi syaitan. Tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari itu.

Sepertimana yang telah kita katakan, kita melihat pelbagai jenis malapetaka didunia. Sedang kini adalah akhir zaman, perkara-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini ianya kini telah berlaku. Pada masa ini, untuk bersabar dan untuk bersama dengan Allah ﷻ adalah keuntungan yang besar untuk kita. Walau kesusahan dihadapi sekalipun, kesusahan itu adalah untuk kebaikan anda juga. Ia tidak akan menjadi sia-sia. Mereka yang bersama dengan Allah ﷻ akan sentiasa dalam keuntungan. Mereka akan sentiasa didalam keuntungan. Sebaliknya, mereka-mereka yang menentang Allah ﷻ adalah dalam keadaan kerugian dan mereka akan sentiasa dalam keadaan kerugian. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada kejahatan mereka. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita kekuatan Iman. Semoga Dia ﷻ Memberikan Hidayah Petunjuk kepada orang-orang. Kita tidak mampu memohon apa-apa pun selain ini kepada mereka. Semoga Dia ﷻ Memberikan kepada mereka Petunjuk. Kesusahan yang mereka sedang hadapi adalah cukup untuk mereka. Jika mereka mendapatkan Petunjuk, mereka akan diselamatkan dari mereka itu.

Kini ia telah menjadi fesyen dikalangan masyarakat. Lagi pula 'Fesyen' itu adalah dari syaitan. Kini ia telah jadi fesyen untuk menentang Allah ﷻ, untuk menentang Nabi Suci kita ﷺ. Mereka fikir ia adalah sesuatu yang keren diantara kanak-kanak dan anak muda, dimana mereka tidak tahu bahawa mereka sedang menyakiti diri mereka. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada mereka Hidayah Petunjuk.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 November 2023/ 12 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
🌹BERHATI-HATILAH TERHADAP JAMA'AH YANG JAHAT🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

BismiLlahi r-Rahmani r-Rahim:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَكُونُوا۟ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِينَ
(Qur’ān 09:119).
‘’Yā ‘Ayyuhā l-Ladhīna ‘Āmanū t-Taqū l-Llaha Wa Kūnū Ma’a s-Sādiqīn’’
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar".
Hendaklah kita sebegini pada setiap masa. Masa yang kita sedang hidup ini adalah akhir zaman. Ia adalah sangat sukar untuk menjumpai orang-orang sebegini. Selain itu, terdapat orang-orang yang mengkalim bahawa diri mereka adalah Hojjahs dan mengajar orang lain. Terdapat ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai para 'Alim dan menjadikan masyarakat melakukan perbuatan yang bertentangan dengan apa yang Allah 'Azza wa-Jalla Perintahkan. Mereka itu bukanlah 'Alim tetapi عالم سوء “Alimu Su “,  “Alim yang jahat.” Terdapat ramai orang-orang yang mempunyai ciri-ciri 'Alim yang jahat.

Ini terjadi selepas zaman kerajaan Usmaniyyah. Mereka telah gulingkan kerajaan Usmaniyyah. Kerajaan Usmaniyyah merupakan kubu Islam. Mereka telah memusnahkannya dan mereka mahu musnahkan kubu ini sepenuhnya. Mereka mahu musnahkan Islam dengan musnahkan kepercayaan dengan pelbagai jenis Fitnah. Inilah tujuan syaitan. Dan mereka yang bersama dengan syaitan sedang menjual Akhirat mereka untuk tujuan ini, untuk uang, untuk popularitas dan untuk segala jenis perkara-perkara yang sia-sia. Mereka sedang melakukan ini untuk perkara-perkara keduniaan yang sia-sia yang tidak bernilai walau dua sen.
Allah 'Azza wa-Jalla telah Melaknat mereka. Para Nabi-nabi telah melaknat mereka. Para Mu'min telah melaknat mereka.

Laknat itu bukanlah sesuatu yang baik. Ia adalah sesuatu yang paling buruk. Orang yang telah dilaknat tidak akan punyai kebaikan selamanya. Maka, orang-orang yang telah sesat kerana uang dan kerana popularitas adalah orang yang tidak baik. Janganlah percaya kepada mereka. Janganlah mengikuti mereka. Orang-orang yang anda seharusnya ikuti adalah orang-orang Tariqah dengan Izin Allah ﷻ.
Ia adalah Tariqah, Haqiqah (Hakikat/Realitas) dan Ma'rifah (Makrifat/Ilmu dan Kefahaman yang sebenar). Jalan ini adalah Jalan yang Indah. Ia adalah Jalannya Shari'ah dan Mazhab-mazhab. Sebaliknya, orang-orang yang datang kemudian dan mengklaim bahawa mereka adalah ini dan itu tidak membawa apa-apa manfaat. Mereka membawa mudarat. Walaupun mereka kelihatan seperti membawa manfaat pada awalnya, pada akhirnya mereka didedahkan. Mereka menyakiti/merugikan masyarakat dan memusnahkan kepercayaan/iman mereka. Mereka menjauhkan orang-orang daripada agama. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada kejahatan orang 'Alim yang jahat, orang-orang yang jahat dan dari Jama'ah yang jahat.

Mereka-mereka yang mempunyai sambungan yang terus kepada Nabi Suci salla Llāhu 'alayhi wa-sallam adalah Tariqah-tariqah. Tidak ada sambungan melalui yang lainnya. Yang bersambung keatas sehingga sampai kepada Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, apa sahaja Tariqah itu, sudah tentunya mengikuti Jalannya Baginda dan sampai kepada Baginda ﷺ. Tetapi "Jama'ah" adalah sesuatu yang baru dibuat. Allah ﷻ Mengetahui bagaimana ia telah dibuat, siapa yang membuatnya dan sama ada ianya adalah sesuatu yang baik atau tidak. Mereka yang kelihatan baik pada awalnya ternyata merupakan seorang jahat pada akhirnya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Jalan yang benar adalah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah. Dan yang menerima Awliya, Ahlul-Bayt dan Sahabah. Ia adalah Jalan yang mencintai mereka kesemuanya.
Semoga Allah ﷻ menjadikan kita berkhidmat untuk Jalan ini. Semoga ia menjadi Hidayah untuk masyarakat. Semoga mereka datang ke Jalan ini insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 November 2023/ 13 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah
🌹MENGENAI PENTAFSIRAN MIMPI🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

BismiLlahi r-Rahmani r-Rahim:

قَالُوٓا۟ أَضْغَـٰثُ أَحْلَـٰمٍۢ ۖ وَمَا نَحْنُ بِتَأْوِيلِ ٱلْأَحْلَـٰمِ بِعَـٰلِمِينَ
(Qur’ān 12:44).
‘Qālū 'Ađghāthu 'Aĥlāmin ۖ Wa Mā Naĥnu Bita'wīli Al-'Aĥlāmi Bi`ālimīn’,
Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu".
Sadaqa Llāhu l-'Azim.
Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman mengenai mimpi. Yusuf 'alayhi s-salam mengetahui bagaimana hendak mentafsirkan mimpi. Pentafsiran dan penjelasan beliau mengenai mimpi adalah sangat tepat.

Terdapat beberapa orang-orang yang mampu mentafsirkan mimpi juga. Ianya adalah dengan Hikmah dari Allah ﷻ. Apabila orang-orang menutupi mata, mereka pergi ke alam-alam dan tempat lain. Dengan Hikmah Allah ﷻ, sesetengah mimpi itu adalah benar, sesetengah mimpi yang lain pula adalah dari syaitan dan sesetengah mimpi terjadi disebabkan pengaruh hari tersebut. Maka, apabila anda mendapat mimpi yang baik, hendaklah anda bersyukur kepada Allah ﷻ. Jika terdapat seseorang yang dapat mentafsirkan mimpi dengan baik, maka bolehlah diceritakan kepadanya. Jika tidak, tidaklah perlu menceritakannya kepada orang lain, kerana ianya berlaku sebagaimana anda mentafsirkan mimpi itu.

Seseorang telah menceritakan mimpinya yang benar kepada Yusuf 'alayhi s-salam, dan lelaki yang lain pula telah mengada-adakannya dalam kepalanya. Ia telah menjadi asbab kebinasaan bagi orang yang telah mengada-adakannya. Orang-orang berkata, "Kami telah bermimpi buruk. Kami jadi sangat takut". Tidak ada apa-apa untuk ditakuti. Selama anda tidak memberitahu akan itu kepada orang lain, ia tidak mempunyai apa-apa kesan atau bahaya. Maka, sesiapa yang telah alami mimpi buruk atau sesuatu yang mereka tidak tahu, tidaklah harus memberitahukannya kepada yang lain. Jika anda tidak memberitahukannya, ia akan menjauh pergi sepertimana yang anda lihatnya. Sebaliknya, jika anda memberitahu tentangnya dan seseorang lain mentafsirkannya dengan cara yang tidak baik, maka anda akan terkena keburukannya itu.

Perkara mengenai mimpi ini mempunyai Hikmah yang luar biasa dari Allah ﷻ. Orang-orang hendaklah melihatnya sebagai pelajaran. Hendaklah mereka melihatnya sebagai Kudrat dan Keagungan Allah 'Azza wa-Jalla. Kehidupan kita yang besar ini adalah umpama mimpi. Walaupun jika anda hidup selama seratus tahun, ia akan berakhir seperti mimpi. Maka, mimpi-mimpi adalah penting. Dan apa yang anda lakukan dengannya juga adalah penting. Sepertimana yang kita katakan, janganlah memberi perhatian terhadap mimpi yang buruk. Jika anda melihat sesuatu yang buruk dalam mimpi, hendaklah anda berlindung kepada Allah ﷻ. Jika anda bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah ﷻ, ianya akan berakhir dan ia tidak akan ada apa-apa kesan dengan Izin Allah ﷻ.

Sesetengah orang-orang datang dan berkata mereka telah bermimpi dengan mimpi yang sangat buruk sekali. Itu tidaklah penting sama sekali, Shukur kepada Allah ﷻ. Tidak ada sesuatu pun seperti mimpi-mimpi itu dengan pasti jadi kenyataan. Tetapi sepertimana yang kita katakan, janganlah memberitahu akan mimpi buruk itu walaupun kepada orang yang mentafsirkannya. Walaupun mereka akan mentafsirkannya dengan baik untuk anda, janganlah memberitahu akannya. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita kehidupan yang baik dan kehidupan yang penuh hikmah. Semoga kita menghargai Hikmah Allah ﷻ dan hendaklah kita seharusnya, sudah tentunya, mentafsirkannya itu dengan kebaikan. Semoga Allah ﷻ Memberikan kepada kita kehidupan yang baik yang berpanjangan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita daripada kejahatan dan keburukan.
Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua dari Fitnah dan dari ketidaksusilaan.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 28 November 2023/ 14 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah 
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu A'lan Nabi ﷺ
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS