SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹AMBILLAH PELAJARAN DARI KISAH FIRAUN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
29 November 2023/ 15 Jumada al-Awwal 1445
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

  فَحَشَرَ فَنَادَىٰ
فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلْأَعْلَىٰ
  فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلْـَٔاخِرَةِ وَٱلْأُولَىٰٓ
  إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَىٰٓ
  (Qur’ān79:23-26).
‘‘Faĥashara Fanādá (23) Faqāla 'Anā Rabbukumu Al-'Alá (24) Fa'akhadhahu Allāhu Nakāla Al-'Ākhirati Wa Al-'Ūlá (25) Inna Fī Dhālika Laibratan Liman Yakhshá’’
"Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, (23) Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".(24)Maka Allah menghukumnya dengan azab di akhirat dan siksaan di dunia.(25)Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Allah)".(26)
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Ego setiap orang-orang itu adalah Firaun. Apabila ada peluang, ia lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Firaun. Apa yang telah dilakukan oleh Firaun? Pada zaman Nabi Musa 'alayhi s-salam, dia kumpulkan orang-orangnya dan mengaku bahawa, "Aku adalah tuhan kamu yang tertinggi". Firaun telah patuhi egonya dan melihat orang-orang di hadapannya sebagai hamba-hamba. Egonya menjadi semakin besar dan berkata "Betapa besarnya aku! Aku adalah ketua kamu, aku adalah raja kamu". Itu tidak cukupi, maka pada akhirnya dia berkata, "Aku tuhan kamu".

Ego adalah begini. Ego meletakkan orang-orang dalam bahaya dan merosakkan mereka. Sepertimana yang kita katakan, Allah 'Azza wa-Jalla sedang Menunjukkan Firaun sebagai pelajaran. Dia Berfirman mengenai ini didalam Qura'n 'Azimu sh-Shan,

إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَىٰٓ
‘Inna Fī Dhālika La`ibratan Liman Yakhshá’’
"Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Allah)".(Qur’ān 79:26). Biarlah ia menjadi pelajaran bagi orang-orang yang takut kepada Allah ﷻ. Biarlah ia menjadi contoh kepada mereka-mereka yang tidak mematuhi ego mereka. Allah 'Azza wa-Jalla Memberikan contoh ini agar umat manusia tidak melihat itu sebagai satu kebolehan dan tidak mematuhi egonya. Tetapi mereka tidak memahami daripada contoh ini. Ramai yang tidak memahami.

Terdapat Firaun-firaun pada setiap masa. Mereka tidak melaksanakan apa yang di Perintahkan oleh Allah 'Azza wa-Jalla. Tidak menjalankan PerintahNya tidak mencukupi untuk mereka, maka mereka menentang Dia ﷻ, mereka mengharamkanNya ﷻ dan hendak MengakhiriNya ﷻ. Akan tetapi, mereka telah mengakhiri diri mereka sendiri. Mereka telah binasa. Ini adalah pelajaran. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa ia adalah pelajaran disini dan di akhirat. Mereka itu tidak berada dalam keadaan aman juga didunia ini. Mereka fikir bahawa diri mereka itu adalah sesuatu yang besar dan mereka melakukan penindasan. Mereka telah menyakiti orang-orang dan telah menghalang mereka daripada Jalan Allah ﷻ. Mereka yang tidak membiarkan orang-orang melaksanakan apa yang di Perintahkan oleh Allah 'Azza wa-Jalla tetapi mereka mahu apa yang di perintahkan oleh mereka dilaksanakan juga telah binasa. Jika orang-orang yang mengikuti mereka itu tidak menjadi sedar, maka mereka juga akan binasa.

Jalan ini adalah Jalan Allah ﷻ. Jalan-jalan lain tidak akan dapat menyelamatkan anda. Tidak ada jalan lain yang dapat selamatkan anda. Sejak zaman Firaun dan zaman sebelumnya, semua orang telah cuba untuk mengikuti jalan lain. Mereka yang telah berpaling mengikuti jalan lain telah dibinasakan. Mereka-mereka yang mengikuti Jalan Allah ﷻ telah dalam keberuntungan dan telah memasuki jalan menuju keselamatan. Mereka telah diselamatkan didunia ini dan mereka telah dengan pastinya diselamatkan di Akhirat insha'Allah.
Mereka yang telah mengikuti jalan-jalan lain telah binasa. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Orang-orang yang bijak pandai dapat melihat Jalan yang benar. Jalan yang benar itu adalah luas. Ia adalah Jalan yang lurus. Ianya bersih dan indah. Ianya jelas kelihatan. Anda dapat melihatnya dengan mata anda. Tetapi anda meninggalkannya dan berpaling kepada jalan yang sia-sia dan bahaya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Janganlah berpaling kesitu. Orang-orang yang merusak itu berpaling. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi para Muslim, kanak-kanak, orang muda, orang tua dan semua orang; kerana syatan tidak kisah sama ada anda muda atau tua, dia menipu semua orang. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Semoga Allah ﷻ Menghantarkan Sahib untuk kita insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
Bismillahirahmanirahim

Malam ini 27 Jamadil Awwal, menandai Urs Grandsyekh Sharafuddin ad-Daghestani (qs), Guru ke-38 Rantaian Emas Naqsybandi.

Ketika beliau lahir, beliau membaca
'la ilaha illa-Llah'. Sejak kecil, beliau mendengar dzikir-dzikir pohon, batu, binatang, burung, dan gunung. . Beliau adalah penasihat Sultan Abdul Hamid sebagai Syekh ul-Islam, otoritas agama tertinggi di Kekaisaran Ottoman, dan secara unik diperbolehkan mengenakan sorban.

Selain Naqsybandiyya, syekhnya menghubungkan beliau dengan lima tarekat yang lain iaitu: Qadiri, Rufai, Shadhili, Chishti dan Khalwati, di mana beliau menjadi Guru pada usia 27 tahun. . Beliau memiliki tanda Tangan Nabi ﷺ yang darinya beliau mewarisi kemampuan untuk melihat ke belakang dengan jelas seperti mana ke depannya.

Dari rahasia Surat al-Anam beliau telah mengetahui nama-nama seluruh 7007 wali Tarekat Sufi Naqsybandi dan berbagai kelompok wali yang akan bersama dengan Sayyidina Mahdi a.s, yang beliau telah catat dan berikannya kepada Grandsyekh Sayyidina  AbdAllah al Fa'iz Ad-Daghestani(qs). . Mohon dibacakan surat al-Fatiha dan hadiahkannya kepada roh Grandsyekh Sharafuddin q.s

Ila Hadrati Sayyidina Shaikh Sharafuddin ad Daghestani q.s Al-Fatihah 🤲
🌹HENDAKLAH KITA BERSABAR🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
30 November 2023/ 16 Jumada al-Awwal 1445
Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Perintah-perintah Allah 'Azza wa-Jalla adalah sangat penting untuk Para Muslim. Lima syarat-syarat dan Perintah-perintah dalam Islam adalah mengucapkan kalimatu sh-shahādah, menunaikan solat, berpuasa, memberi zakat dan mengerjakan haji. Ia adalah perkara-perkara yang telah di Perintahkan oleh Allah 'Azza wa-Jalla kepada para Muslim. Hendaklah kesemua ini dikerjakan. Sudah tentu, menunaikan solat dan berpuasa hendaklah dikerjakan oleh semua orang. Ianya adalah kewajiban untuk semua orang. Ia adalah suatu Perintah. Terdapat hukuman di Akhirat untuk mereka yang tidak mengerjakannya. Untuk menggantikannya, jika tidak dilakukan didunia ini, mereka akan dipaksa untuk gantikannya diakhirat. Ia adalah tugasan yang normal untuk setiap Muslim. Sudah tentunya, zakat dan haji adalah perkara yang berlainan.
Ianya adalah untuk mereka yang mampu mengerjakannya. Untuk mereka yang tidak mampu untuk mengerjakannya, kalimatu sh-shahādah, solat dan berpuasa adalah syarat untuk Islam. Mereka memberikan zakat juga apabila mereka mempunyai uang. Dan apabila mereka mempunyai lebih banyak uang, hendaklah mereka mesti berangkat pergi untuk mengerjakan haji.

Sepertimana yang kita katakan, ini adalah Perintah-perintah dalam Islam. Terdapat Perintah-perintah yang lain juga. Perintah-perintah ini ada syarat-syaratnya yang tersendiri. Jika anda mahu mengerjakannya, hendaklah anda mematuhi syarat-syaratnya. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dikerjakan seorang diri. Anda tidak dapat menghadapinya seorang diri. Kerana jika anda cuba melakukannya seorang diri, anda akan menyakiti diri anda sendiri dan orang-orang Muslim yang lain.

Sebagaimana kita sedang hidup diakhir zaman ini, perkara ini sedang meresahkan fikiran orang ramai. Terdapat kezaliman dimana-mana. Terdapat serangan keatas Islam dimana-mana. Apakah yang seharusnya kita lakukan? Mereka sedang mengatakan, "Lakukan jihad". Sudah tentunya, jihad adalah suatu Perintah. Tetapi sepertimana yang kita katakan tadi, Perintah ini terdapat syarat-syaratnya yang tersendiri. Jika anda mengambil keputusan mengerjakan jihad dengan sendirinya, sebelum anda mulakan jihad lagi, kerajaan Muslim anda akan mengeluarkan anda atau musnahkan anda. Dan akan terdapat banyak kemudaratan untuk orang ramai. Anda fikir anda akan beri manfaat, tetapi akan terdapat kemudaratan.

Maka, Jihad merupakan antara Perintah Allah 'Azza wa-Jalla yang sangat Indah. Tetapi sepertimana yang kita katakan tadi, anda tidak boleh mengerjakan ini seorang diri. Hendaklah Ūlū l-Amr yang mengerjakannya. Anda seharusnya melakukan jihad dengan perintah dari mereka. Ia tidak boleh dilakukan sebaliknya, kerana tidak akan ada apa-apa manfaat. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman agar tidak mencampakkan diri anda kedalam bahaya. Jika anda mencampakkan diri anda dalam bahaya, anda telah melanggar Perintah Allah ﷻ. Perintah Allah ﷻ adalah berbeza; hendaklah anda melakukan jihad, iaitu
jihādu l-akbar. Lawanlah ego anda. Menentanglah ego anda. Latihlah ego anda. Ianya juga adalah jihad. Sebaliknya, kita dapat membantu (mereka) dengan doa. Doa adalah senjata orang-orang yang beriman. Dengan Izin Allah ﷻ doa itu dapat melakukan perkara-perkara yang bom dan senjata api tidak dapat lakukan. Doa akan dapat mengatasi bom dan senjata-senjata mereka. Ia akan menjadikannya itu tidak memudaratkan.
Maka, Allah ﷻ menjadikan agama Islam ini dalam bentuk yang paling sempurna. Ia adalah agama yang dibentuk dengan sempurna. Jika orang-orang Muslim benar-benar mengikuti agama ini, tidak akan berlaku apa-apa yang (tidak baik) kepada mereka. Mereka akan dalam keadaan kesenangan dan orang-orang yang lain pun juga akan dalam kesenangan. Tetapi sejak para Muslim tidak mengikuti Perintah-perintah agama, segala jenis kejahatan sedang berlaku keatas mereka. Kejahatan dan orang-orang jahat sedang menzalimi mereka.

Apakah Perintah-perintah dalam agama? Perintah-perintah dalam agama adalah untuk berjalan di atas Jalan Nabi Suci ﷺ. Orang-orang yang berjalan di Jalannya ﷺ mencapai keselamatan. Sebaliknya, ia adalah mustahil. Shukur kepada Allah ﷻ, terdapat kabar baik pada Jalan Nabi Suci kita ﷺ. Mahdī ‘alayhi s-salām akan datang pada akhir zaman, ‘Īsā ‘alayhi s-salām akan turun kembali, dan seluruh dunia yang penuh dengan kezaliman dan ketidakadilan akan mendapatkan semula keadilan dan akan singkirkan kezaliman.

Kini kita dapat melihat dengan jelas, tidak ada apa-apa sebagai keadilan lagi. Penipuan dan tipu daya diseluruh dunia, perbuatan tidak amanah orang-orang sedang jelas tampak. Tidak ada sesiapa pun yang dapat dipercayai.
"Negara itu sangat adil, negara itu sangat demokratik; keinginan setiap orang dapat direalisasikan, mereka tidak menzalimi sesiapapun".
Kini kesemua ini diketahui sebagai satu pembohongan. Kezaliman telah sampai ke puncaknya. Sudah pastinya, Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa apabila ia sampai ke puncaknya, maka akan ada pengakhiran. Mereka berkata ia adalah pengakhiran apabila sampai ke puncaknya. Pengakhiran bermakna ia telah berakhir. Selepas kemuncak ini, ia akan berakhir insha'Allah.

Maka, orang-orang hendaklah bersabar dan memohon doa. Orang-orang yang beriman mestilah berdoa agar Allah ﷻ Menghantarkannya secepat yang mungkin, seorang yang merupakan Ūlū l-Amr, Mahdī ‘alayhi s-salām untuk membersihkan hipokrasi, kekafiran, atheisma ini dan segala jenis idea-idea yang jahat dan rejim yang jahat. Dia akan membersihkan dan memusnahkan mereka kesemuanya. Ia akan dengan sepenuhnya bersih insha'Allah. Sebaliknya, ia adalah mustahil. Perkara lain tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah ﷻ Membantu para Muslimin.

Semoga Allah ﷻ Menghantarkan Sahib kepada kita secepat yang mungkin insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
🌹APAKAH ITU HIJRAH YANG SEBENAR?🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
1 December 2023/ 17 Jumada al-Awwal 1445
Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Sepertimana yang kita katakan semalam, Islam mempunyai Perintah-perintahnya. Terdapat Perintah-perintah, sepertimana, yang berubah atau bergantung kepada situasi semasa. Mereka mempunyai syarat-syaratnya. Salah satu daripada Perintah-perintah ini adalah pada zaman Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam, perintah untuk berhijrah telah diperintahkan.

Perintah ini datang kepada mereka untuk melakukan hijrah dari Makkah ke Madinah. Kesemua mereka hendaklah mematuhi perintah ini. Tetapi sudah tentu, kaum musyrik di Makkah itu tidak membiarkan mereka pergi. Mereka tidak membenarkan orang-orang itu melakukan hijrah. Mereka yang dapat hijrah itu melakukannya secara sembunyi-sembunyi atau terdapat orang yang kuat dikalangan mereka yang mana mereka tidak dapat lakukan apa-apa terhadapanya. Mereka adalah orang-orang yang dapat meninggalkan tempat itu. Orang-orang miskin atau yang lemah telah terpaksa tinggal disitu. Tetapi ini adalah Perintah dari Allah 'Azza wa-Jalla. Perintah ini kekal sehingga Makkah ditaklukkan kembali. Apabila Makkah al Mukarramah telah ditaklukkan, maka perintah ini telah diangkat kembali. Maka hijrah bukanlah lagi suatu yang Fardhu/kewajiban.

Bilakah hijrah dibenarkan? Apabila orang-orang dipaksa untuk berhijrah, atau apabila musuh datang dan mengeluarkan mereka menghalau mereka atau apabila seseorang itu berhijrah kerana agamanya. Maka hijrahnya itu dibenarkan. Hijrah ini adalah untuk akhirat, bukan untuk dunia ini. Bukanlah kerana masalah-masalah dunia ini, tetapi kerana tidak mahu membahayakan akhirat mereka. Berhijrah kerana hendak melindungi agamanya, bahasanya dan kehormatannya. Terdapat pahala untuk itu juga. Allah ﷻ Memberikan pahala untuk mereka.

Sebaliknya, sepertimana yang kita katakan tadi, jika mereka itu memaksa orang-orang untuk menukar agama - jika ada ruang, untuk keluar dari tempat seperti itu adalah dibenarkan.
Sebaliknya, jika dia mampu menjaga agamanya selama mana yang dia mampu, dia dibenarkan [untuk tinggal disitu]. Tetapi pada kebanyakan masa, orang-orang itu menjadi sangat liar. Mereka tidak memberikan apa-apa nilai untuk kemanusiaan. Mereka tidak mempunyai perasaan kasih sayang atau belas kasihan. Maka, hijrah adalah sesuai pada sesebuah tempat. Tetapi sepertimana yang kita katakan tadi, hijrah yang sebenar adalah hijrah yang berlaku pada zaman Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Ia adalah satu Perintah. Mereka kesemuanya seharusnya meninggalkan tempat itu. Shukur kepada Allah ﷻ sepuluh tahun selepas itu, mereka datang semula ke tempat mereka.

Insha'Allah, ini adalah - Sekarang ini mereka sedang menyempitkan membataskan dan menekan para Muslim dimana-mana. Tidak kira berapa banyak yang mereka cuba membataskan, pada akhirnya yang Menang itu hanyalah Allah ﷻ. Syaitan-syaitan dan orang-orang yang bersama mereka itu sentiasa dalam kerugian. Seperimana Mawlana Sheikh berkata, syaitan dan mereka-mereka yang bersama-sama dengan syaitan mengira bahawa mereka telah menang. Tetapi pada akhirnya, mereka akan melihat bahawa mereka tidak memenangi satu apa pun. Mereka kehilangan segalanya. Mereka tidak mempunyai apa-apa bagian dalam apa-apa kebaikan. Mereka tidak mempunyai bagian dalam kebaikan didunia ini atau dinegeri akhirat. Orang-orang yang zalim akan mendapat hukuman. Kezaliman itu tidak datang dari Allah ﷻ, yang datang hanyalah hukuman. Orang-oranglah yang menzalimi diri mereka sendiri. Tiada sesiapapun yang lain yang menzalimi mereka. Orang itu melakukannya itu pada dirinya sendiri.
Apabila dia menzalimi orang lain, Allah ﷻ akan Menurunkan HukumanNya. Dia menderita akibat daripada tindakannya sendiri. Semoga Allah ﷻ bersama kita insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Melindungi orang-orang Muslim.

Sepertimana yang kita sedang lihat, seluruh dunia dimana-mana sedang wujud berdasarkan kezaliman. Kini adalah akhir zaman, situasinya adalah tidak terdapat apa-apa pun kecuali kezaliman. Tidak terdapat walau secebis pun keadilan. Pada zaman lalu, mereka biasa menipu orang ramai. Kini mereka tidak menipu orang ramai lagi. Mereka tidak peduli. "Entah mereka tertipu atau tidak, kita akan menindasnya. Kita akan berterusan dengan penindasan kita. Biarlah orang-orang lakukan apa yang mereka termampu".

Kesemua adalah dalam Kekuasaan Allah ﷻ. Dia ﷻ dengan pastinya akan menghukum mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹SEGALA-GALANYA DICIPTAKAN DENGAN HIKMAH🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
2 December 2023/ 18 Jumada al-Awwal 1445
Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Ada pepatah suci yang mengatakan. Saya tidak tahu secara pasti sama ada ianya ḥadīth atau kata-kata orang yang soleh. Kerana hendaklah kita menyatakan dari siapa ianya diriwayatkan.
“ ُﻛُﻞﱞ ﻣُﯿَﺴﱠﺮ ٌ ﻟِﻤَﺎ ﺧُﻠِﻖَ ﻟَﮫ”,
“Kullun muyassarun limā khuliqa lah”,
"Setiap orang dimudahkan kepada
apa yang dia telah diciptakan untuknya". Ia adalah kata-kata yang suci. Terdapat hikmah dalam segala yang Allah 'Azza wa-Jalla Ciptakan. Dan segala-galanya mempunyai tugas-tugasnya tersendiri. Mereka itu hendaklah melaksanakan dan menyempurnakan tugas-tugas mereka. Pastinya, tugasan itu semuanya adalah dengan Kehendak Allah 'Azza wa-Jalla.

Maka, kebanyakan Awliya tidak menanyakan tentang hikmahnya. Mengapakah ini? Kenapa ianya berlaku sedemikian? Adakah ianya baik? Atau ianya tidak baik? Mereka tahu bahawa segala-galanya adalah dari Allah ﷻ dan mereka mencuba melihatnya dari sudut pandangan hikmah. Jika mereka tidak mengetahui hikmahnya, mereka berkata Allah ﷻ Mengetahui hikmahnya dan mereka tidak mencampuri urusanNya.

Situasi didunia sekarang ini adalah terdapat penindasan dan kejahatan dimana-mana. Terdapat ramai orang-orang yang tidak baik. Dan lebih daripada yang tidak baik, terdapat orang-orang yang jahat. Segala-galanya diciptakan dengan hikmah, sepertimana yang kita telah katakan. Hikmahnya adalah pada Pandangan Allah ﷻ. Kedua-dua baik dan buruk adalah diberikan sebagai ujian. Terdapat beberapa perkara yang orang-orang tidak menerimanya, kerana ianya adalah perkara-perkara yang menentang Allah ﷻ. Apabila kejahatan dilakukan keatas orang-orang yang mempunyai Iman, keatas para Muslim atau keatas sesiapa sahaja atau binatang, orang-orang Muslim tidak akan menerimanya, sudah tentu. Mereka tidak mahukan itu. Tetapi terdapat hikmah pada sesetengah perkara untuk makhluk-makhluk. Dan terdapat perkara yang tanpa hikmah. Allah ﷻ Mengetahui segala hikmahnya itu. Kita tidak boleh mencampurinya itu.

Ia adalah kondisi dunia ini. Hendaklah anda menerima perkara-perkara yang baik-baik. Dan anda boleh mengubah apa yang tidak baik jika anda mampu mengubahnya. Jika anda tidak mampu, sekurang-kurangnya hendaklah anda mengatakannya dalam hati anda bahawa anda tidak menerimanya. Ini adalah penting untuk orang-orang awam dan untuk orang-orang Tariqah. Ia adalah penting untuk orang-orang yang mengatakan bahawa diri mereka adalah Muslim. Kerana jika mereka ketahui ini, mereka akan menjadi dari kalangan orang-orang yang diterima dihadirat Allah ﷻ. Jika mereka tidak tahu dan menafikan ini, jika mereka membantah dengan berkata "Apa ini semua?", maka mereka akan merugi. Mereka akan kehilangan pahala mereka, kerana terdapat banyak keburukan didunia ini untuk orang-orang. Bercakap tentangnya tanpa ketahui hikmahnya kadang-kala adalah baik dan adakalanya tidak baik. Kebanyakan masa ianya adalah tidak baik.

Maka, apa yang umat manusia melihatnya sebagai kebaikan adakalanya ia adalah tidak baik. Dan apa yang mereka fikirkan sebagai buruk itu pula adalah baik. Itu juga merupakan hikmah dari Allah 'Azza wa-Jalla. Allah ﷻ Mengetahui hikmahnya. Orang-orang yang beriman hendaklah berusaha sebanyak yang mereka mampu untuk tidak melakukan hal ini atau menjauhi hal-hal ini, fitnah ini, keadaan dunia ini dan keburukan. Mereka tidak boleh terlibat dengan itu. Sepertimana yang telah dikatakan oleh Mawlana Shaykh Nazim, pada akhir zaman orang-orang yang tinggal/duduk dirumah akan selamat insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Sepertimana yang kita katakan, terdapat pelbagai perkara yang mempunyai hikmah. Anda tidak boleh katakan, "Kenapa Allah ﷻ Ciptakan ini?" Allah ﷻ Ciptakan itu dengan hikmah. Anda tidak boleh mencampuri urusan Allah 'Azza wa-Jalla. Segala-galanya itu mempunyai sistemnya dan keseimbangannya. Segala-galanya mesti terjadi. Sesuatu perlu terjadi. Yang buruk itu perlu berlaku. Dan yang baik itu juga perlu berlaku. Pada sesuatu masa, yang buruk akan berlaku dengan lebih banyak. Ianya akan berakhir dan kebaikan pula akan datang menggantikannya pada tempatnya itu. Ini adalah sistem dan keseimbangan dari Allah ﷻ. Jika anda tidak mencampurinya, maka ia adalah lebih baik untuk anda. Sepertimana yang kita katakan, mengenai kebanyakan perkara yang orang-orang fikir ianya adalah buruk itu sebagai yang baik tanpa mereka ketahui, dan berfikir bahawa yang baik itu buruk. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Semoga Allah ﷻ Mengubah situasi kita kepada yang lebih baik insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
🌹SENTIASALAH MEMOHON KEAMPUNAN 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
3 December 2023/ 19 Jumada al-Awwal 1445
Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ

(Qur’ān 99:07-08).
Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘’Faman Ya’mal Mithqāla Dharratin Khayrāan Yarah (7)
Wa Man Ya’mal Mithqāla Dharratin Sharrāan Yarah (8)’’
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.(7)
Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.(8)"Ṣadaqa Llāhu l-‘aẓīm.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman dalam ayat yang indah ini didalam Qura'n. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa tidak kira berapa banyak kebaikan yang dikerjakan oleh seseorang, dia akan melihat kebaikannya itu dan pahalanya. Walaupun ianya cuma satu kebaikan yang kecil, ianya tidak berakhir sama sekali. Ia dengan pastinya akan sampai kepada anda. Dan seseorang yang mengerjakan kejahatan akan mendapatkan balasannya. Walaupun ianya adalah sedikit atau banyak, dia dengan pastinya akan mendapatkan balasannya itu.

Allah 'Azza wa-Jalla juga telah Menunjukkan kepada kita jalan keselamatan daripada pembalasan. Jika anda bertaubat sementara anda masih hidup, sementara anda masih bernafas, maka taubat itu diterima pada Pandangan Allah ﷻ. Tetapi apabila roh telah keluar dari badan, anda tidak dapat bernafas atau berbuat apa-apa lagi- Pada masa itu, anda akan menanggung penderitaan balasan itu.

Maka, memikirkan mengenai apa yang anda telah lakukan dan dosa-dosa apakah yang anda telah kerjakan sementara anda masih didunia ini - atau kesemuanya, sepertimana Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda, ucapkan pada setiap hari seratus kali, tujuh puluh kali “AstaghfiruLlah.” "Walau saya pun mengucapkannya", bersabda Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam. Dia ﷺ tidak mempunyai dosa. Nabi Suci kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam tidak ada apa-apa [kesalahan]. Walaupun begitu, dia ﷺ mengucapkannya sebanyak tujuh puluh kali "AstaghfiruLlah." Walau untuk kita juga, jika anda ucapkan setiap hari tujuh puluh kali "AstaghfiruLlah", seratus kali "AstaghfiruLlah" atau lebih, anda akan dibersihkan daripada dosa-dosa. Anda akan dibebaskan daripada beban ini. Kerana sepertimana yang di Firmankan oleh Allah 'Azza wa-Jalla didalam Qura'n 'Azimu sh-Shan, jika ianya kekal sampai akhirat, walau ianya sebesar zarah, anda akan melihat balasannya. Jika ianya amalan yang baik, ia juga tidak akan hilang. Walau ianya cuma sebesar zarah juga, Allah 'Azza wa-Jalla akan Memberikan pahalanya. Dia ﷻ tidak akan Membiarkannya begitu sahaja.

Maka, orang-orang sedang berada dalam keadaan lalai didunia ini. Orang-orang sedang berada dalam keadaan lalai dan sesat. Mereka tidak mempunyai minda dan mereka terlibat dalam pekerjaan yang sia-sia dan berbahaya. Janganlah mencampakkan diri anda kedalam bahaya, berFirmannya Allah 'Azza wa-Jalla. Kesemua orang-orang pada hari ini adalah dalam keadaan memberontak; seolah-olah itu adalah satu kepintaran. Mereka menentang Allah 'Azza wa-Jalla. Mereka menafikan Allah ﷻ. Mereka menentang agama. Mereka meninggalkan agama.

Seolah-olah ia merupakan satu skill, mereka berlagak keren dengan berfikir bahawa mereka adalah sesuatu yang penting. Mereka lakukan perkara-perkara ini yang - Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, jika mereka tidak bertaubat, semoga Allah ﷻ Melindungi kita, mereka akan kekal didalam neraka selama-lamanya. Untuk meninggalkan solat, doa atau perkara-perkara lain, masih ada jalan keluar untuk itu.
Tetapi jika orang-orang ini melakukan kesalahan, dan memasuki Kekufuran dan mereka berkata mereka telah meninggalkan agama, Allah ﷻ dengan pasti akan menjadikan mereka melihat balasan kepada apa yang mereka telah lakukan.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

https://tme/mawlanasultan