SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
559 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹Dibawah Limpahan Hujan Rahmat🌹

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.

A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.

Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al- Ḥaqqānī. Madad.

Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

“Labbayka Llāhumma labbayk. Labbayka lā sharīka laka labbayk. Inna l-ḥamda, wa n-niʻmata, laka wa-l-mulk, lā sharīka lak. Allāhu Akbar, Allāhu Akbar, lā ilāha illā Llāhu wa-Llāhu akbar. Allāhu Akbar wa liLlāhi l-ḥamd.
Alhamdulillah Hari Arafah ini merupakan hari yang di Berkati. Insha'Allah semoga pahala ini dituliskan untuk anda dan untuk kami Insha'Allah.

Masa yang Indah dan penuh berkat ini merupakan masa yang mana para Haji sedang berdiri di Arafah. Haji menjadikan seseorang itu penuh dengan kebaikan dan menjadi asbab untuk segala jenis kebaikan. Maka, mengerjakan ibadah Haji adalah sesuatu yang Fardhu (wajib). Fardhu adalah perkara yang memberi kebaikan besar kepada masyarakat. Ianya adalah ibadah yang mempunyai manfaat di dalam kehidupan seseorang. Diantara ibadah-ibadah, Fardhu adalah pekerjaan yang memberi kebaikan besar. Pekerjaan Dunia adalah dalam kesia-siaan. Pekerjaa Akhirat adalah memberi manfaat dan sebenar-benar pekerjaan. Betapa beruntungnya orang-orang yang mampu melakukannya! Sayang sekali kepada orang-orang tidak mampu mengerjakannya, dan kepada mereka yang ada kesempatan tetapi tidak mengerjakannya. Betapa sayang sekali! Ia adalah sayang sekali kepada mereka yang tidak mengerjakannya, maksudnya kepada sesiapa yang meninggalkannya dan kepada orang yang tidak mengerjakannya walaupun mampu.

Akan tetapi sudah tentu, situasi dunia kini tidak mengizinkan. Pada masa dulu, pergi ke Haji adalah suatu yang berat. Amat sedikit orang-orang yang mampu pergi. Ianya juga adalah kebaikan untuk diri mereka dan orang lain. Pada masa kini, ianya adalah lebih mudah, tetapi pada masa kini juga terdapat halangan-halangan lain.

Maka Ibadah Haji adalah Perintah dari Allah 'Azza wa-Jalla, “Wa-li-llāhi ʿalā n-nasi ḥijju l-bayti mani staṭāʿa ilayhi sabīla.” (3:97) Haji adalah wajib untuk semua orang, akan tetapi ia adalah untuk sesiapa yang mampu dari segi mengadakan perjalanan, keuangan, dan kesihatan. Shukur kepada Allah ﷻ, Dia ﷻ tidak Memerintahkan untuk anda pergi dalam apa sahaja situasi. Apabila anda ada kesempatan, apabila jalan telah di buka, apabila anda mempunyai visa - sekarang isu ini telah timbul, dan ia telah menjadi satu bentuk halangan. Sesetengah dari orang terdahulu pada masa lalu mampu untuk pergi setelah lima tahun atau enam tahun. Malah ada yang mampu untuk pergi setelah sepuluh tahun, kata mereka. Sekarang ada sesetengah orang yang sedang menunggu sehingga lima belas tahun. Mereka sedang menunggu kerana permit belum dikeluarkan lagi, dan visa belum dikeluarkan lagi. Ini adalah satu lagi halangan. Ini juga adalah kerana Hikmah Allah ﷻ.

Kerana itu, apabila seseorang itu mempunyai kesempatan, hendaklah dia pergi mengerjakan ibadah ini. Hendaklah dia mesti mengerjakannya, untuk kebaikan yang besar iaitu dia akan dibersihkan dari segala dosa-dosanya. Apa sahaja beban yang ditanggungnya dan dosa-dosa yang telah dilakukannya, dia dapat dibersihkan dari itu. Ia adalah umpama dia dilahirkan semula oleh ibunya. Dia kembali tanpa satu dosa apa pun dengan Izin Allah ﷻ. Ini adalah sesuatu yang penting. Sudah tentu, jika ia (dosa) itu berkaitan hak-hak hamba Allah yang lain, maka ia adalah hal yang berbeza. Hendaklah dia diampuni (oleh orang-orang tersebut), sama seperti Allah 'Azza wa-Jalla Mengampuni dan Membersihkan segala hak-hak yang mana ianya hak-hak Allah 'Azza wa-Jalla.
Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda bahawa sesiapa yang tidak mengerjakan Haji dan berpuasa pada hari ini, Hari Arafah, dosa-dosanya yang pada tahun lalu dan tahun yang akan datang telah diampuni; bermakna dua tahun. Hak-hak Allah 'Azza wa-Jalla daripada ibadah dan yang lain-lainnya, kesemua dosa-dosa itu telah diampuni. Dan itu tidaklah termasuk hak-hak para hamba. Ini juga adalah Limpah Rahmat yang besar dari Allah ﷻ dan juga Limpah Kasih Allah ﷻ kepada masyarakat. Jika ianya bersandarkan pikiran manusia itu sendiri, orang-orang tidak akan mengampuni apa yang telah terjadi. Yang bermaksud dia tidak akan mengampuni perbuatan(dosa) yang telah dilakukan. Yang bermaksud orang tersebut tidak akan ampuni sesuatu perbuatan (yang tidak baik) yang telah dilakukan kepadanya. Akan tetapi Firman Allah 'Azza wa-Jalla adalah benar dan Sabda Nabi Kita ﷺ adalah benar. Kesemua dosa-dosa adalah diampuni.

Tetapi Insha'Allah, kita juga hendaklah bertaubat dan tidak kembali melakukan dosa-dosa tersebut. Dosa-dosa adalah sesuatu yang tidak baik. Ianya adalah sesuatu yang jahat. Walaupun telah diampuni, tidak melakukan kembali dosa-dosa itu adalah suatu kebaikan yang besar bagi masyarakat. Pekerjaan dosa adalah kejahatan. Orang-orang melakukan kebaikan untuk diri mereka, dan orang-orang melakukan kejahatan untuk diri mereka. Musuh yang paling besar ummat manusia adalah ego mereka itu sendiri. Kejahatan yang dilakukan akibat dari ego mereka adalah diampuni Insha'Allah untuk mereka yang berpuasa dan untuk mereka yang pergi Haji. Akan tetapi tidak sepatutnya dia melakukannya untuk kali kedua. Hendaklah dia mengawal egonya dan tidak melakukannya kesemua itu sekurang-kurangnya. Sesetengah orang melarang diri mereka, mereka mengawal ego mereka. Dosa merupakan sesuatu yang tidak ada langsung kebaikan. Ia mempunyai pelbagai kejahatan, dan tidak ada kebaikan langsung.

Akan tetapi, peluang ini wujud kerana dengan Rahmat Allah 'Azza wa-Jalla Pintu Taubat tidak ditutup. Maksud ayat : Wahai orang-orang yang melakukan kejahatan, wahai orang-orang yang melakukan dosa, wahai orang-orang yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya, janganlah berputus asa dengan Rahmat Allah ﷻ. Allah ﷻ Ampuni segala dosa-dosa. Maka, sesiapa yang Muslim dan tidak meninggalkan keimanan, tidak meninggalkan Islam dan tidak memasuki kekufuran, Allah ﷻ Ampuni dia untuk segala jenis dosa-dosa yang dia telah lakukan. Dan Dia akan menjaga hak-hak hambaNya dengan Sendiri.

Maka hari ini adalah hari yang diberkahi. Semoga Allah ﷻ Anugerahkan kepada kita semua kehidupan yang baik dengan Iman dan Islam Insha'Allah, dengan Barakah dan segala jenis kebaikan. Semoga Dia ﷻ Memudahkan yang baik-baik untuk kita. Semoga kita menjalankan kehidupan sepertimana yang diRedhai oleh Allah ﷻ Insha'Allah. Hari ini, waktu-waktu ini sehingga ke petang adalah waktu-waktu yang penuh kebaikan. Ianya adalah antara hari yang penuh dengan keberkatan dalam setahun. Sekurang-kurangnya bacakanlah seribu Selawat, Tahlil, Takbir, Qur’ān, apa sahaja yang anda mampu buat, mohonkanlah Doa' juga, Allah ﷻ Menerima ianya Insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Berkati anda. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita sampai kepada tahun-tahun yang penuh kebaikan. Semoga kita dikumpul bersama Mahdi 'alayhi s-salam, Sahibu z-Zaman Insha'Allah. Wa min Allah at-Tawfiq.
Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Jun 2023/ 09 Zulhijjah 1444 H
Lefke, Cyprus
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
🌹Kebaikan Haji Itu Tiada Bandingnya🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

“وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا”, “Wa
li-Llahi ‘ala n-Nasi Ĥijju Al-Bayti Mani Astaţā`a ‘Ilayhi Sabīlā”,
"Dan diantara kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah Haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana."(Qur’ān 03:97) Kita ini dalam hari-hari yang mana ibadah Haji dilaksanakan. Hari-hari yang suci ini mengingatkan kepada ibadah Haji. Hari-hari yang paling di berkati ialah sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Allah 'Azza wa-Jalla telah Menjadikannya hari-hari yang suci. Ianya mempunyai pelbagai kebaikan.

Dimana sahaja ada orang-orang Muslim, maka mereka pergi ke Haji dari pelbagai tempat, maka terdapat lebih banyak kebaikan. Ini kerana ibadah yang dilakukan di Ka'bah adalah 100,000 kali lebih afdhal dari ibadah yang dilakukan diluar dari itu. Ianya sama dengan sedeqah yang dilakukan disitu. Kesemuanya adalah 100,000 kali lebih. Ianya adalah Limpah Karunia dari Allah ﷻ. Ianya adalah Limpah KaruniaNya untuk Para Haji yang datang ke Rumah Allah 'Azza wa-Jalla.

Haji adalah Hadiah dari Allah ﷻ kepada orang-orang Muslim dan orang-orang Beriman. Ia adalah Fardhu (Wajib) untuk sesiapa yang mampu untuk pergi. Mengerjakannya itu membawa pelbagai kebaikan, kerana ibadah lain tidak akan mampu menyamai kebaikan ibadah Haji. Jika anda kerjakan Umrah sepanjang hidup anda sekalipun, ianya tidak akan mampu menyamai pahala satu ibadah Haji. Haji adalah berbeza kerana ia adalah Fardhu. Amalan Fardhu tidak boleh dibandingkan dengan amalan Sunat atau amalan Nafilah. Anda tidak akan mampu mencapai kebaikan satu ibadah Fardhu jika anda mengerjakan ibadah dengan niat mengerjakannya sebagai Sunat sepanjang hidup anda, tanpa mengerjakan yang Fardhu.

Juga, Shukur kepada Allah ﷻ, Ugama Islam adalah ugama yang benar. Orang lain, orang bukan Muslim pergi ke sini dan ke sana untuk menjadi seorang Haji. Mereka itu bukanlah orang-orang Haji. Maka ini pun cukup untuk mereka menjadi seorang Muslim, kerana Haji adalah pada hari yang telah di Tentukan oleh Allah 'Azza wa-Jalla iaitu sekali dalam setahun. Ibadahnya itu, amalan-amalan Fardhu yang harus dilakukan dan tempat-tempatnya (dilaksanakan ibadah itu) telah pun diketahui. Jika anda berada di tempat lain, ibadah Haji anda tidaklah diterima. Jika anda lakukan perbuatan lain, Haji anda tidak akan diterima.

Sesetengah orang berkata, "Saya pergi ke Roma dan menjadi seorang Haji. Saya pergi ke sini dan menjadi Haji. Saya pergi ke Sepanyol dan menjadi Haji." Mereka telah mengada-adakannya sepertimana yang mereka suka dan mengubah Ugama sesuai dengan keinginan minda mereka. Ugama itu adalah yang satu. Ugama Islam dari Allah 'Azza wa-Jalla adalah Ugama yang paling sempurna dari pelbagai aspek. Untuk orang-orang yang mempunyai akal dan menerima kebenaran, telah ada bukti yang cukup untuk mereka mengikuti Ugama ini. Dan urusan Haji merupakan salah satu dari bukti-buktinya. Ianya adalah yang terbesar sekali.

Ia bukanlah seperi yang lain-lain. Ianya bukanlah seperti Ugama-ugama lain yang mana orang-orang telah mengarangnya. Hari, bulan, Fardhu dan Sunat untuk masyarakat bahawa Allah 'Azza wa-Jalla Melimpahkan Barakah didalamnya dan kesyukuran dilakukan dalam cara yang paling sempurna. Dan terdapat kebaikan besar untuk sesiapa yang mengikutinya.

Ia bukanlah sesuatu yang dikira mudah. Haji adalah sukar. Maka, orang yang pergi ke Haji tidak sepatutnya mengeluh, dan berkata ia adalah sesuatu yang sukar untuk mereka. Kadang-kala mereka boleh mendapat kesukaran. Akan tetapi lebih banyak kesukaran yang dihadapi, maka lebih banyak pahala yang mereka akan peroleh. Semoga Allah ﷻ Rahmati ia untuk para Haji. Semoga Dia ﷻ Mengizinkan mereka yang belum dapat pergi agar mereka dapat pergi. Dan semoga Dia ﷻ Memberikan dari kebaikannya itu kepada mereka-mereka yang sedang berada dalam hari-hari yang suci ini insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.
Syukur kepada Allah ﷻ, saudara-saudara kita telah membaca dan menghantar dari seluruh dunia Qur’ān Khatam, Yasin, Surah-surah, Ayat, Tabih, Tahlil, Takbir, Salawat. Semoga Allah 'Azza wa-Jalla Menerima apa yang mereka telah bacakan terutamanya untuk hari ini pada hari-hari yang suci ini insha'Allah. Kita hadiahkannya dahulu kepada Roh Mulia Sayyidina Nabi ﷺ , kepada Para Ahlul Bayt dan Sahabah Baginda Nabi, untuk arwah-arwah para Anbiya, Asfiya, Awliya dan para Mashaikh, arwah-arwah para saudara-mara kita yang telah meninggal dunia, arwah-arwah seluruh Mu'minin dan Mu'minah, Muslimin dan Muslimah. Agar untuk datangnya kebaikan dan agar untuk hilangnya kejahatan. Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
23 Jun 2023/ 05 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
SG Zoom Khatam kami terbuka buat semua

Anda tidak perlu meletakkan nama atau mengaktifkan kamera untuk dapat hadir.

Anda juga bisa menggunakan nama samaran/alias apa pun dan hadir, jika Anda ingin identitas Anda tidak diketahui.

Zikir Khatam Khwajagan kami setiap Jumaat malam (mlm di antara Jumaat dan Sabtu) jam 8.45 mlm WIB sepanjang Ramadan ini dan jam 8.15 mlm WIB di luar Ramadan.
🌹Rahsia Untuk Pembukaan Hati🌹

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

‘فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ, ‘Faman Yuridi Allāhu ‘An Yahdiyahu Yashraĥ Şadrahu Lil’islām’, 
'Maka sesiapa yang Allah Kehendaki untuk memberi Hidayah Petunjuk kepadanya nescaya Dia Melapangkan dadanya (Membuka hatinya) untuk menerima Islam.'(Qur’ān 06:125).Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Apabila Allah Azza wa-Jalla Menghendaki Kebaikan untuk hambaNya, Dia ﷻ Membukakan hati hambaNya itu kepada Islam. Hamba itu menemui kesenangan dengan Islam. Sesiapa yang senang dengan Islam maka dia akan gembira dengan segala-galanya.

Orang-orang sedang mencari-cari kebahagiaan. Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa kebahagiaan itu ada didalam Islam.
Untuk hati menjadi damai, hanyalah apabila Allah ﷻ Menghendakkan untuk anda kebaikan dan membuka hati anda untuk Islam, anda akan jadi bahagia. Jika sebaliknya, anda akan merasa sempit di dada dan seolah-olah nyawa anda sedang keluar dari tenggorokan.

Jika hati telah terbuka, jika tidak ada kedamaian didalam hati, apa sahaja anda beri dari luaran, ia tidak akan membuatkannya merasa baik. Ia tidak akan merasa puas. Ia tidak akan menjadi lega atau bahagia. Apa sahaja yang anda beri secara luaran, ia tidak akan berhasil. Hanya apabila iman yang masuk didalam hati akan membawa kelegaan untuk hati. Ia akan membukakan hati. Yang selain itu yang anda beri secara luaran, Kekafiran dan kejahatan menjadikannya lebih buruk. Ia jadi lebih buruk. Tidak ada manfaat kecuali keburukan.
Allah 'Azza wa-Jalla Menciptakan ianya sebegitu dan ianya mahukan sebegini. Akan tetapi Allah 'Azza wa-Jalla Menunjukkan jalan untuk orang-orang supaya orang-orang dapat kembali ke jalan ini. Ia adalah rahsia Allah 'Azza wa-Jalla. Dia ﷻ Mengetahui UrusanNya ﷻ dengan SendiriNya ﷻ. Kita tidak ketahuinya. Kita tidak boleh mencampuri urusan Allah 'Azza wa-Jalla.

Keputusannya itulah yang penting. Maka, untuk orang-orang dapat menjadi bebas daripada kesusahan, kesedihan, dan duka, mereka mestilah kembali kepada Allah 'Azza wa-Jalla. Mereka mestilah berjalan terus kepada Allah 'Azza wa-Jalla. Sesiapa yang kembali kepada Dia ﷻ, Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, "Jika hambaKu mendekatiKu, Aku akan Mendekatinya". Pastinya Zat Allah 'Azza wa-Jalla itu bukanlah seperti yang kita imaginasi. ZatNya ﷻ itu bukanlah seperti apa pun. . ‘لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ’, ‘Laysa kamithlihi shay’un’, 'Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia'.(Qur’ān 42:11). Tiada sesuatupun yang serupa denganNya ﷻ. Akan tetapi maksudnya itu ialah apabila seseorang hamba itu kembali kepada Allah ﷻ, Allah ﷻ akan kembali kepada hambaNya itu.

Seseorang hamba itu hendaklah berusaha. Jika hamba itu malas dan melakukan segalanya akan tetapi selepas itu dia berusaha sungguh-sungguh untuk membuka hatinya dan menjadikannya cantik, maka dia tidak akan dapat mencapai apa pun. Hanya apabila hamba itu kembali kepada Allah 'Azza wa-Jalla dan mohon kepadaNya ﷻ keredhaanNya, hatinya akan terbuka dan lega.
Semoga Allah ﷻ membuka hati kita insha'Allah. Semoga ianya dipenuhi dengan cahaya Iman. Apabila ianya dipenuhi dengan cahaya, akn terdapat pelbagai kebaikan dan keindahan.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
22 Jun 2023/ 04 Zulhijjah 1444 H
Akbaba Dergah, Istanbul
https://fb.watch/lxwDJ3VGn9/?mibextid=Nif5oz

Kemenangan Erdogan sangat penting
🌹Bergembiralah dengan Hadiah
dari Allah ﷻ
🌹

Bismillahir-Rahmani-Raheem

Īd Mubarak! ‘Īdu l-Aḍḥā, perayaan Haji!
Mereka dahulu memanggilnya dengan pannggilan perayaan para Haji di Cyprus. Semoga ianya diberkati! Semoga ia menjadi baik insha'Allah. Semoga kita sampai tahun-tahun yang mendatang apabila Islam tersebar ke seluruh dunia insha'Allah. Kita sedang sampai kepada Mahdi 'alayhi s-salam. Kita sedang menunggunya insha'Allah. Kerana Islam adalah baik untuk semua orang. Ia adalah Anugerah Kurniaan Allah 'Azza wa-Jalla kepada masyarakat. Agar semua orang mencapainya ia insha'Allah, Mahdi 'alayhi s-salam akan datang dan menjadikan seluruh dunia ini Muslim dengan Izin Allah ﷻ. Janji Allah 'Azza wa-Jalla adalah Benar. Janji Baginda Nabi ﷺ dan segala yang Baginda ﷺ telah katakan semuanya itu adalah benar. Segalanya akan berlaku insha'Allah.

Īd, perayaan ini, shukur kepada Allah ﷻ adalah hari-hari yang baik yang Allah 'Azza wa-Jalla telah Berfirman mengenainya. Dan kita ada hadiah I'd. Sebagaimana kanak-kanak menunggu hadiah mereka, Allah 'Azza wa-Jalla Memberikannya kepada kita juga. Kita adalah hamba-hamba Allah ﷻ. Untuk meraikan I'd, para Sultan biasanya akan memberi hadiah kepada para tamu yang menziarahi mereka. Allah 'Azza wa-Jalla adalah Sultan kepada sekalian Sultan. Sudah pastinya, Dia ﷻ ada hadiah untuk kita pada hari-hari yang indah ini, secara kedua-keduanya iaitu secara spiritual dan fizikal. Yang spiritual itu lebih baik dan lebih cantik. Hendaklah kita bersyukur kepada Allah ﷻ kerana sampai kepada hari-hari yang diberkati ini. Apabila orang-orang ketahui ini dan bergembira, mereka menerima daripada Kemurahan Allah ﷻ. Allah ﷻ Menyukai apabila kita mengetahuinya, apabila kita memahami nikmat-nikmat Allah'Azza wa-Jalla yang indah ini dan melakukan shukur untuk itu. Jika kita katakan "apakah perayaan ini?" Ia menjadi sesuatu yang tidak bermanfaat. Atau jika mereka katakan, "Saya tidak mahu I'd. Saya tetap akan mengerjakan amalan-amalan saya itu". Tidak! Hendaklah perlu ada kegembiraan dalam perayaan ini. Kerana kita ini adalah hamba Allah ﷻ yang beruntung untuk mendapatkannya ini.

Ia adalah tugas seorang Muslim untuk mensyukuri segala nikmat-nikmat yang telah di berikan. Dan ia adalah dari Adab untuk mensyukuri dan memuji. Adab yang paling besar yang kita perlu tunjukkan adalah untuk melakukan shukur kepada segala sesuatu yang di Kurniakan oleh Allah 'Azza wa-Jalla, untuk setiap nafas kita dan untuk setiap menit, kerana ini adalah jalan yang benar. Semoga Allah ﷻ Memberkati hari-hari ini insha'Allah.

Mereka-mereka yang yang dalam Haji telah menyempurnakan Haji pada hari ini Shukur kepada Allah ﷻ. Dan untuk mereka yang tidak ada dalam Haji, ia membawa kebaikan besar untuk melaksanakan Qurban kerana ia adalah wajib untuk orang bermazhab Hanafi. Mazhab lain lakukannya sebagai sunnat Mu'akkad yang Nabi kita ﷺ telah laksanakan. Ini kerana Nabi kita salla Llāhu 'alayhi wa-sallam telah bersabda kepada Sayyidatina Fatimah untuk melaksanakan Qurban sebagaimana yang termaktub didalam Hadis. Untuk setiap titik darah yang keluar segala dosa-dosa kita diampuni. Dan anda mendapat pahala sebanyak mana bilangan bulunya. Ia adalah kebaikan yang besar. Allah ﷻ telah Anugerahkan ini sebagai pahala kepada orang-orang dan kepada sesiapa yang memerlukan.

Walaubagaimanapun, shaitan tidak berdiam diri. Dia berkata "Kamu sedang menyembelih binatang. Kamu sedang membunuh banyak binatang". Kita sedang menyembelihnya. Tetapi apa yang kita sedang menyembelihnya itu sebagai Muslim untuk setahun sekali, mereka itu pula sedang menyembelihnya sebanyak itu pula dalam tempoh sehari. Mereka itu sendiri telah menjadi pemakan daging, tetapi apa yang orang Muslim buat menyakitkan mata mereka. Mereka telah menjadi bengkak dengan memakan daging dengan sendirian. Orang-orang miskin memakan dari apa yang kita telah sembelih. Dan orang-orang miskin memakannya sekali setahun, atau tidak langsung. Maka, shaitan tidak berdiam diri. Ia mahukan segala macam keburukan. Dia tidak mahu apa-apa pertolongan untuk orang-orang miskin.
Maka, sesetengah orang Muslim jatuh kedalam pengaruhnya dan mempersoalkan ini. Mempersoalkan ini adalah satu dosa. Ia adalah barakah dari Allah 'Azza wa-Jalla. Binatang menjadi banyak apabila ianya disembelih. Dan ianya adalah sesuatu yang baik untuk binatang yang di korbankan. Binatang itu mahukan ini. Apabila semua binatang-binatang itu di korbankan sebagai sesuatu yang wajib pada hari I'd ini, mereka berasa kegembiraan yang besar. Jangan katakan binatang tidak merasa gembira. Mereka juga merasakan kegembiraan. Ia adalah nasib yang baik untuk mereka untuk dikorbankan demi mengharapkan Redha Allah ﷻ.

Maka, sesetengah orang melawan Ketentuan Allah 'Azza wa-Jalla tanpa menyedarinya. Sesiapa yang tidak menerima ini maka orang itu terdapat keraguan didalam Imannya, semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi orang Muslim dari kejahatan dan dari perbuatan was-was Shaitan. Kesemuanya telah di Perintahkan, kesemuanya telah di Ciptakan dengan Perintah Allah ﷻ. Kerjakanlah ia. Janganlah meragui apa pun agar Allah ﷻ Melimpahkan pahala kepada anda dan menerima amal anda insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan kita untuk sampai kepadanya untuk banyak tahun-tahun yang mendatang.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 Jun 2023/ 10 Zulhijjah 1444 H
Shaykh Nazim Dergah, Cyprus
Forwarded from SufiHub (Bahasa)
“Malam Jum’at dimulai sejak masuk waktu Maghrib dihari Kamis. Malam Jum’at juga sama sucinya dengan malam-malam yang istimewa. Doa dan ibadah yang dilakukan dimalam Jum’at lebih mudah untuk diterima ALLAAH.

Ada satu waktu khusus dihari Jum’at dimana apabila berdoa diwaktu yang spesial ini maka doanya makbul. Karena itu, tunjukkanlah rasa hormat kepada hari Jum’at dan perbanyaklah berdoa.”

~ Sultanul Awliya Mawlana Syaikh Muhammad ‘Adil ar-Rabbani QS
SG Zoom Khatam kami terbuka buat semua

Anda tidak perlu meletakkan nama atau mengaktifkan kamera untuk dapat hadir.

Anda juga bisa menggunakan nama samaran/alias apa pun dan hadir, jika Anda ingin identitas Anda tidak diketahui.

Zikir Khatam Khwajagan kami setiap Jumaat malam (mlm di antara Jumaat dan Sabtu) jam 8.15 mlm WIB.
🌹Seperti Jerami didalam Angin🌹


Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
“اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ”,
“Annamā l-ḥayātu d-dunyā laʿibun wa-lahwun wa-zīnatun wa-tafākhurun baynakum wa-takāthurun fī l-amwāli wa-l-awlād”,
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga diantara kamu dan serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan."(Qur’ān 57:20)

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman bahawa kehidupan didunia ini adalah permainan dan senda gurauan, beranak-pinak dan berbangga.
" Saya lebih baik dari kamu. Kamu lebih rendah berbanding saya." "Letak dalam angin", kata mereka dalam bahasa Turki. Dan kebanyakan orang tahu bahawa Dunia adalah permainan dan senda gurauan. Dalam masa yang sama, dia berasa dia adalah sesuatu, dan bahawa dia adalah lebih baik dari orang lain. Ini bukanlah satu sifat yang diterima. Kerana Allah ﷻ Mengetahui. Allah ﷻ Maha Melihat. Allah ﷻ Maha Mengetahui Segala sesuatu. Apa sahaja yang anda telah lakukan, apa sahaja yang anda sedang lakukan, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari Dia ﷻ. Kerana itu, anda tidak dapat apa-apa pun daripada menunjuk-nunjuk dan dengan merasakan diri adalah sesuatu.

Umat manusia mestilah ketahui batasnya. Kerana apabila dia melampaui batas, dia menyakiti dirinya. Dia berada dibawah bebannya sendiri dan menjadi hancur. Pada akhirnya, kerana segala sesuatu itu ada pada Tangan Allah ﷻ, Allah ﷻ akan menunjukkannya kepada orang-orang pada Waktu Perhitungan. Allah 'Azza wa-Jalla akan membawa semua orang kepada Perhitungan.

Maka, terdapat ramai orang-orang yang jahil di Dunia. Janganlah jadi seperti mereka. Janganlah berkelakuan seperti mereka. Jadilah dari orang-orang yang diCintai oleh Allah ﷻ. Orang-orang yang diCintai Allah ﷻ ketahui bahawa Allah 'Azza wa-Jalla sentiasa bersama mereka pada setiap saat dan pada setiap masa. Allah ﷻ akan Memberikan mereka imbalan untuk amal mereka. Allah 'Azza wa-Jalla akan Memberikan kepada mereka.

Ia adalah sesuatu yang tidak ada manfaat untuk orang-orang berasa kagum, mencintai atau menghargai anda. Apa yang manfaat ialah penghargaan dari Allah 'Azza wa-Jalla. Allah ﷻ adalah Yang Memberikan Penghargaan kepada anda. Ia adalah Allah ﷻ yang memberikanNya itu. Jika anda melakukan sepertimana yang dikehendakiNya ﷻ, maka anda akan punya penghargaan. Berharga pada Pandangan Allah 'Azza wa-Jalla itulah yang penting. Berharga didunia itu adalah tiada apa-apa. Jangan percayai sesiapa. Mereka hargai anda dan mencintai anda satu hari, mereka suka kepada anda satu hari, dan pada hari seterusnya mereka memalukan anda, menyinggung dan mencaci anda. Yang dari mereka itu bukanlah penghargaan.

Penghargaan itu adalah jika Allah 'Azza wa-Jalla Mencintai anda, nilai anda akan selama-lamanya ada disisi Allah ﷻ. Anda akan jadi sepertimana yang Dia ﷻ Kehendaki. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita semua melakukan sepertimana yang dikehendakiNya ﷻ. Bukan seperti yang orang-orang kehendaki, bukan sepertimana yang ego mereka kehendaki. Semoga Dia ﷻ Melindungi kita dari yang mereka sukai. Apa yang kebanyakan orang sukai adalah sesuatu yang tidak baik pun. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatihah.

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
29 Jun 2023/ 11 Zulhijjah 1444 H
Shaykh Nazim Dergah, Cyprus