SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
560 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹Doa ketika Melihat Anak Bulan🌹
🌹30 Mac - Urs /Haul Almarhum Shaykh Raja Ashman Shahق🌹

ق السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
بسم اللّه الرحمن الرحيم

Tanggal 30 Mac menandakan haul/uroos Shaykh Raja Ashman Shahق yang dikasihi, yang telah kembali kepada Tuhannya pada tarikh ini pada tahun 2012.

Beliau diingati sebagai, 'Sultanul Quloob' (Raja Qolbu), kerana beliau mendedikasikan hidupnya di Jalan Allah ﷻ di Jalan Naqsyabandi, beliau berkerja tanpa jemu bekerja untuk menyebarkan cahaya Islam , cahaya Naqshabandiyyah ke seluruh Asia Tenggara.

Mawlana Shaykh Nazimق memberi penghormatan kepadanya dengan pujian yang tertinggi, dengan menyatakan bahawa beliau telah berlalu dari dunia yang sementara ini sebagai salah satu daripada 40 Wali Abdal, yang mencapai Maqom yang tidak pernah daripads murid-murid beliau yang lain telah capai di Jalan ini sebelum ini.

Hari ini, kirimkan hadiah Surah Fatihah, Maulid dan Tahlil, untuk Khalifah yang mulia ini, yang sangat dikasihi oleh Mawlana Shaykh Nazimق.

Semoga Allah ﷻ menerima amalnya, memberikan pahala yang berlipat ganda dan diRedhai selamanya. Dan semoga kita, dengan rahmat Allah yang tidak terhingga, dikumpulkan bersamanya dan semua Guru-guru Naqsyabandi kita, dalam kumpulan orang-orang soleh, untuk selama-lamanya.
Aameen.

Daulat Tuanku.

Dengan cinta,
Al-Fatihah.
💜💜💜
🌹Īd (Hari Raya) Adalah Hadiah Daripada Allāh 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 Mac 2025/ 28 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh. A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman di dalam Ayatul-Karīmah ini,

وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ١٨٥

“Wa Litukmilū Al-Iddata Wa Litukabbirū Allaha Alá Mā Hadākum”,
" Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."
Terdapat masa [khusus] untuk bulan Ramadhan. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman hendaklah kamu menyempurnakannya. Dan setelah kamu menyelesaikannya, ia adalah ‘Īd. Dalam ‘Īd (Hari Raya), kamu bertakbir dan bertahlil.

Terdapat dua ‘Īd (Hari Raya) bagi orang-orang Islam. ‘Īd di dunia ini adalah dua ‘Īd. Yang pertama ialah ‘Īd Ramadhan (‘Īdul-Fiṭr), dan ‘Īdul-Aḍḥa. Ada hari kebesaran lain yang mereka reka supaya orang ramai tidak menghargai kedua-duanya ini. Mereka membuat banyak hari kebesaran. Sungguh, nenek moyang kita berkata dengan indah, "Setiap hari adalah hari kebesaran bagi orang gila." Apabila anda tidak berfikir, anda tidak tahu hari-hari suci/ hari kebesaran. Hari raya yang mesti dikenali sebagai hari raya adalah hari raya yang diAnugerahkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada kita. Mereka adalah ‘Īd Ramadhan (Hari Raya Aidilfitri) dan ‘Īdul-Aḍḥa ini.

Memuliakan hari-hari ini adalah (bermaksud) mencapai keredhaan Allah ﷻ. Tidak menghargai mereka membahayakan seseorang. Walaupun tidak ada kemudaratan material, terdapat kemudaratan rohani. Mereka tidak menghormati atau menghargai apa yang telah dikurniakan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada kita. Sedangkan yang mesti dihargai hanyalah apa yang diKehendaki dan diCintai oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla. Inilah yang mesti dihargai. Nilainya sangat besar. ‘Īd ini dihargai di dunia dan lebih dihargai di negeri ākhirat.

Sudah tentu, bagi orang-orang-orang pada hari ini, tiada apa yang bernilai lagi. Tiada apa-apa yang mempunyai nilai lagi; bukan wang, bukan emas, bukan sepatah kata, bukan kehormatan, bukan kebaikan. Tiada apa-apa yang mempunyai nilai untuk orang-orang ini. Mereka berkata, "Inflasi". Semuanya telah mengalami inflasi dan hilang. Tiada nilai yang tinggal. Sehingga tiga puluh tahun yang lalu, seseorang boleh dengan mudah menghabiskan sebulan dengan satu syiling emas. Sekarang, seseorang tidak boleh menghabiskan masa seminggu dengannya. Dia hampir tidak dapat melalui hari itu. Itulah sebabnya, tiada apa-apa yang mempunyai nilai lagi di dunia. Seseorang itu hendaklah mengetahui nilai ākhirat supaya dia mendapat manfaat daripadanya.

Syukur kepada Allah ﷻ, hari-hari indah ini telah berlalu. Orang-orang beriman mempunyai hari-hari yang indah. Sungguh indah bagi mereka yang beriman, mereka yang beragama Islam dan mengerjakan ibadat. Tidak kira berapa banyak masalah yang ada, ia tidak memberi kesan. Demi kebaikan dan keindahan Ramadhan, Allah ﷻ meliputi mereka semua. Tetapi ada pengecualian. Mereka yang memusuhi Islam tidak pernah mendapat keselesaan. Mereka tidak ada kebaikan. Mereka yang memusuhi Allāh ‘Azza wa-Jalla, mereka yang berperang dengan Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak akan dapat memperoleh kebahagiaan. Ada kedamaian dalam Islam. Adanya kebahagiaan. Adanya kecantikan. Setiap kebaikan ada dalam Islam. Islam adalah anugerah kepada manusia dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Islam adalah Petunjuk dan
Anugerah. Oleh itu, mereka yang mengikuti Islam dan menghargai Islam mendapat nilainya.
Seperti yang kita katakan, penghujung Ramadhan, syukur kepada Allah ﷻ, adalah ‘Īd. Setiap hari adalah seperti 'Īd pula. Masha’Allah semua orang merasakan anugerah, manifestasi dan keindahan Allah ﷻ di dalam hati mereka. Walaupun seseorang kadang-kadang merasa sukar pada siang hari, kesusahan itu menjadi keindahan. Ada kelegaan di dalam diri seseorang, ada kebahagiaan. Dia tidak merasakan apa-apa yang buruk. Dia tidak merasakan apa-apa yang tidak baik. Pada waktu petang, sebagaimana sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, kegembiraan dan kebahagiaan seorang mukmin itu, tidak ada manusia yang dapat menjumpainya. Mereka yang tidak berpuasa tidak dapat menemuinya.

Semoga Allah ﷻ Memberkati hari-hari ini untuk kita. Mereka telah lulus. Semoga Allah ﷻ, insha'Allah, Menganugerahkan kita untuk mencapai tahun depan, dan untuk seluruh dunia menjadi Muslim, dengan Mahdi ‘alayhis-salām,
inshā’Allāh. Kita mempunyai harapan. Kerana dunia tidak bertambah baik, ia semakin teruk. Orang yang akan menyelamatkannya ialah orang yang dikhabarkan oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, (iaitu) Mahdi ‘alayhi s-salām. Inshā’Allah, kami menunggunya. Semoga Allah ﷻ segera Menghantarnya, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Hadiahkan pahala bacaan tasbih SubahanAllahi wabihamdiHi 300 kali kepada seluruh para Arwah orang-orang beriman yang telah meninggal dunia pada Hari Raya ini, dan ketika kita meninggal dunia, nescaya Allah ﷻ akan Berikan cahaya kepada kuburan kita🌹
🌹Kumpulkan Air Hujan bulan April yang diberkati

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم الحمدللّه

Hari ini 1 April dan Hajjah Aminaق telah mengajar kita untuk mengumpulkan air hujan pertama pada bulan April di dalam periuk besar, mangkuk, bekas, kemudian simpan dan minum dalam kuantiti yang sedikit bersama doa mengikut keperluan.

"Bulan musim bunga yang paling berharga ialah April, dan ada hikmah dan sebab mengapa bulan itu begitu istimewa. Ianya telah dipilih untuk mempunyai kualiti seperti itu kerana Penghulu sekalian  Nabi iaitu Nabi Muhammad ﷺ, Yang Paling Dikasihi yang mana untuk kemuliaan  Baginda ﷺ  segala sesuatu diCiptakan, telah dilahirkan pada bulan April!

Jika tidak hujan pada bulan April, Bumi akan menjadi kering dan tiada lagi yang akan tumbuh di atasnya!

Apabila titisan hujan April itu turun, ikan di lautan pun akan timbul , membuka mulut mereka untuk mencapai hanya setitis hujan yang diberkati itu dan menunggu di permukaan lautan. Allahu Akbar, semua makhluk ciptaan sedang menunggu untuk mencapai Gelombang Rahmat Ilahi itu!”
- Mawlana Syaikh Nazim ق ❤️

Bacalah Sohbah penuh Mawlana di pautan ini :

https://sufihub.com/you-must-take-blessings-from-aprils-rain/

Wassalam.
🌹Urs/Haul Hajjah Amina Adilق🌹

بسمالله الرحمن الرحيم

“Apabila kamu mengingati orang-orang yang soleh, maka turunlah rahmat kepadamu dan kepada jamaahmu.”

Hari ini, 3 Syawwal menandakan Urs/Haul Ibu Tariqah kita yang Tercinta, Hajja Aminah Adil Sultanahق.

“Ibu kami, Hajjah Aminaق, sokongan dan khidmatnya adalah untuk Mawlanaق, dialah yang memikul semua bebannya.

Setiap orang yang melihat dan tidak melihatnya telah menerima perkhidmatan beliau itu kerana ada orang yang berkhidmat dan orang lain mendapat manfaat daripadanya sehingga Qiyamah.
Kerana segala yang dilakukan untuk keredhaan Allah ﷻ diterima di sisi Allah ﷻ.”
- Mawlana Sheikh Mehmetق

Silalah hadiahkan pahala bacaan
Surah Al-Fatiha dan Surah Yasin untuk jiwa murni beliau pada hari ini.
Semoga kita dibangkitkan bersama Hajjah dan dikurniakan madad dan himmah beliau sentiasa. 💚
Aamin.

Al Fateha 🌹
🌹Sesiapa Yang Menipu Kami adalah Bukan Daripada Kalangan Kami 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
02 April 2025/ 04 Shawwal 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَـٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَـٰدِمِينَ ٦
(Qur’ān 49:06).
‘Yā ayyuhā lladhīna āmanū in jā’akum fāsiqun binabain fatabayyanū an tuṣībū qawman bijahālatin fatuṣbiḥū ‘alā mā fa‘altum nādimīn’,
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum karena kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, jika kamu mendengar sesuatu berita, jika kamu mendengar sesuatu, selidikilah dengan teliti, supaya tidak tersalah, kerana mereka (mungkin)memberi berita palsu. Jika tidak (demikian dan) anda melakukan sesuatu, (maka) anda akan menyesalinya, FirmanNya ﷻ. Sebab itu, segala yang akan dilakukan mesti diteliti dengan mendalam; urusan anda sendiri, urusan orang lain, urusan masyarakat, urusan ṭarīqah dan setiap perkara. Selepas anda benar-benar yakin, anda memberitahu orang (mengenai perkara) ini dan itu. Kemudian, tidak akan ada tanggungjawab ke atas anda.

Dalam masalah ṭarīqah, orang datang kepada ṭarīqah kerana Allah ﷻ. Mereka menemui pintu supaya mereka boleh menjauhi dunia. Mereka datang untuk memeluk pintu itu. Selepas itu, kerana yang datang itu suci, kerana datang dengan niat yang suci, kadang-kadang terserempak dengan orang jahil di dalam. Mereka fikir mereka (yang mereka lihat itu) adalah sesuatu (yang baik), dan mereka mengejar (mengikuti) mereka. Sedangkan perlu bertanya dan menyiasat. Tetapi orang-orang itu tidak bersalah. Kerana mereka datang kerana ianya adalah pintu Allah ﷻ. Mereka datang ke dergah. Mereka datang ke madrasah. Mereka datang ke masjid. Ini adalah tempat (yang didirikan) kerana Allah ﷻ. Tiada [keburukan] dilakukan di sana.
Ia (keburukan) mungkin akan berlaku. Ianya berlaku di sana juga. Ianya berlaku di mana-mana. Mereka melakukan (seperti) itu yang paling banyak di tempat yang paling suci, di Kaabah, Masjid al-Haram. Setiap perbuatan baik dibalas seratus ribu kali ganda di sana. Dan azab dosa juga seratus ribu kali ganda di sana. Mereka mencuri semasa tawaf berhampiran Al-Ḥajar Al-Aswad (Hajarul Aswad). Mereka mencuri wang orang-orang. Itulah yang berlaku di sana. Dan ianya berlaku dalam dergah juga.

Jadi apabila seseorang datang ke dergah, dia tidak sepatutnya mengatakan mereka melakukan sesuatu. Orang ramai mesti menjaga keselamatan mereka: Siapakah orang ini? Dia (seorang yang) bagaimana? Apa yang dia buat di sana? Adakah perkataannya boleh dipercayai, atau adakah dia tidak boleh dipercayai? Seseorang harus menyiasat tentang dia supaya ada manfaat. Kami juga di sini untuk manfaat semua orang. Kami di sini kerana Allah ﷻ. Kami diPerintahkan untuk berada di sini. Kami berasa sedih apabila orang itu datang. Kami berasa sedih apabila orang-orang mendengar mereka yang dengan niat buruk atau niat jahat, orang yang tidak waras, dan (mereka) pergi ke Jalan lain. Itulah sebabnya, dari semasa ke semasa kami memberi amaran kepada orang ramai. Kami juga menamakan mereka untuk mendedahkan mereka kepada orang ramai (agar orang ramai dapat) dilindungi. Ianya adalah untuk mereka (dapat) melindungi diri mereka sendiri.
Ada taqdīr (menghargai), dan ada tekdīr (marahi). Mereka yang tidak faham dengan penghayatan mestilah dimarahi. Taqdīr ialah menerangkannya kepada mereka dengan perkataan yang baik. Dan apabila mereka tidak (mahu) fahami, anda harus menerangkannya dengan perkataan yang tidak baik. Anda mesti menghukum mereka supaya tidak ada bahaya yang menimpa bagi orang yang datang. Semuanya dibenarkan untuk kepentingan orang ramai. Dalam syariah ada azab, dan ada pahala. Itulah sebabnya, sekali-sekala, gambar dan nama-nama lelaki ini diletakkan di luar, di sana sini. Itu bukan sesuatu yang kita gembira atau kita suka. Kita wajib melakukan perkara-perkara itu supaya lelaki ini tidak dimudaratkan: supaya dia tidak membahayakan orang lain dan melakukan dosa. Dan supaya orang ramai tidak dimudaratkan. Sebab itu, kita kena berhati-hati. Apabila anda memasuki dergah, anda mesti memberi perhatian kepada siapa seseorang itu dan bagaimana (perilaku) dia, supaya tidak ada kemudaratan yang dilakukan semasa mengharapkan manfaat. Ini adalah perkara penting.

Pada zaman Nabi kita ﷺ, Allāh ‘Azza wa-Jalla – Tidak ada orang seperti itu di Mekah. Kerana Mekah adalah tempat yang sukar. Apabila mereka datang ke Madinah, terdapat ramai orang munafik. Jika orang munafik itu bukan seorang Muslim (tidak kelihatan seperti orang Muslim), (maka) masalah akan menimpanya. Tetapi mereka yang kelihatan seperti orang Islam (pada hakikatnya) adalah musuh Islam. Mereka adalah musuh. Itulah sebabnya, ada orang seperti itu. Dan ada (orang-orang)seperti itu dalam setiap zaman. Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam mengenali mereka. Kebanyakan ṣaḥābah juga mengenali mereka. Mereka (para Sahabah) kadang-kadang akan menyebut nama-nama mereka dan kadang-kadang tidak. Keadaan mereka juga disebut didalam Al-Qur’an ‘Aẓīmu sh-Sha’n. Itulah sebabnya, juga dikatakan kepada para ṣaḥābah agar mereka (juga) dapat berhati-hati.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati didalam dergah. Boleh jadi ada orang munafik. Boleh jadi ada orang yang jahil (didalamnya). Boleh jadi ada orang bodoh. Mungkin (juga) ada orang yang berniat buruk. Itulah sebabnya, anda perlu bertanya dan menyiasat apabila anda datang. Anda mesti menjauhkan diri daripada orang-orang ini. Jika ianya tidak berbahaya, kami tidak akan mengatakannya ini pada hari ini. Tetapi terdapat banyak perkara berbahaya yang kebanyakan orang lakukan. Dan mereka juga tidak faham dengan nasihat. Mereka tidak faham dengan apa-apa. Jadi berhati-hatilah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Memperbaharui mereka ini. Ini adalah ṭarīqah. Orang ramai datang ke sini untuk memperbaharui diri mereka. Dan ada yang datang untuk merosakkannya. Semoga Allah ﷻ Menolong kita.

Kami akan memberitahu kebenaran. Kami akan memberitahu apa yang betul. Kami tidak akan tersinggung oleh sesiapa. Kami tidak akan takut kepada sesiapa. Oleh itu, semoga Allah ﷻ Menolong kita. Allah ﷻ bersama kebenaran. Sesiapa yang berniat jahat:
وَلَا يَحِيقُ ٱلْمَكْرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِۦ ۚ
"Rencana yang jahat itu hanya akan menimpa pencetus rencana itu sendiri."
(Qur’ān 35:43).
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman. Perancangan orang yang berniat jahat akan berbalik kepadanya. Keburukannya itu akan berbalik kepadanya (sendiri). Semoga Allah ﷻ Memperbaharuinya agar tidak berbalik kepadanya. Semoga dia bertaubat dan memohon ampun, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Urus/Haul Mawlana Jamaluddin🌹

5 Syawwal menandakan Urus/Haul Mawlana Shaykh Jamaluddin al Ghumuqi al Husayni, Qaddas Allahu Sirru, Grandshaykh ke-35 dari Rantaian Emas Naqsyabandi Aliyyah.

Beliau adalah seorang ulama pelbagai disiplin yang terkenal, seorang Awliya Sufi yang hebat yang mengarang buku bertajuk "Adab al-Muridiyya fi-t-Tariqat an-Naqshbandiyya", "Peraturan Kelakuan Murid-murid dalam Tariqat Naqsybandi."

Dari ajarannya, beliau berkata,

"Kisah-kisah orang-orang soleh dan wali-wali adalah seperti batalion dari Tentera Allah yang dengannya keadaan murid-murid dihidupkan semula dan pengetahuan rahsia Ahli-ahli Pengetahuan diketahui. Buktinya terdapat dalam Kitab Suci-Nya, Al-Qur'an, ketika Dia berkata kepada Nabi ﷺ: "Kami akan menceritakan kepadamu kisah-kisah para Nabi yang datang sebelum kamu untuk menenangkan hatimu."[11:120]  

Baca lebih lanjut tentang kehidupannya yang diberkati di sini :

https://sufihub.com/urs-sheikh-jamaluddin-al-ghumuqi-al-husayni%D9%82/

dan kirimkanlah hadiah pahala bacaan Surah Al-Fateha dan Surah Yasin kepada Orang Suci yang agung ini pada malam ini.

Semoga kita berada dalam tatapan kasihnya sambil menyebut dan mengingatinya.

Al-Fateha 🤲🏽
🌹Peingatan untuk Berpuasa pada Hari ke 7 Syawwal, kerana segala kebaikan bulan Ramadhan akan turun pada hari itu🌹
🌹Eid ul-Abrar Mubarak🌹

Malam ini (malam Isnin), di Singapura, adalah 8 Syawal, Eid ul-Abrar, Hari Raya bagi Para Wali-wali Allah ﷻ.

Anda boleh menyambut Hari Raya Eid ul-Abrar, walaupun anda belum menyempurnakan puasa sunat 6 hari Syawal. Walau bagaimanapun anda masih boleh berpuasa esok jika anda mahu, dan belum menyempurnakan puasa enam hari Syawal.

Esok juga hari yang baik untuk menziarahi tanah kubur, jika anda mempunyai orang tersayang yang telah meninggal dunia. Usahakan untuk menyempurnakan Solat Sunat Syawal, solat 8 rakaat dengan bacaan tertentu.

Ia adalah Adab yang baik untuk berterima kasih kepada Rasulullah (ﷺ) dan semua Pembimbing kita (ق) atas Panduan dari mereka untuk kita pada hari ini.

Bacakan nama-nama kesemua 41 Grandshaykh (ق) Jalan kita, berterima kasih kepada mereka atas semua Bimbingan (Hidayah) dan bantuan yang anda terima, sehingga anda dapat mencapai tahap anda sekarang.

Berdoalah untuk Iman yang benar dan kuat, kerana hanya dengan Iman, anda boleh menghadapi ujian yang mendatang, dengan kesabaran dan ketenangan.

Jangan lupa bersedeqah juga.

💚

Wassalam