SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
560 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹Adab Lailatul Qodar 🌹
1) Niat : Nawaytul Arbaien, Nawaytul U'zlah, Nawaytul Khalwah, Nawaytul I’tikaf, Nawaytul Suluk, Nawaytul Riadhah fi hazal Jami'/Masjid Lillahi Ta'ala
2) Adab Tariqah
3) Solat Terawih
4) Solat Sunat Tasbih 4 rakaat
5) Solat Sunat Syukur 2 rakaat
6) 100 Istighfar
7) 100 Selawat

Solat 2 Rakaat Qiyam al-Layl sebelum tidur dan bangkit untuk mengerjakan Solat Tahajjud sebelum Subuh.

Berdoa', Berzikir dan Membaca Al-Qur’an sehingga Subuh
🌹Doa-doa Yang disarankan untuk didoakan pada malam Lailatul Qadr 🌹

اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عني

“Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa’fu annee”

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka mengampuni, maka ampunilah saya.”

Nabi kita ﷺ Bersabda, bahawa doa terbaik yang kamu lakukan ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ والمُعافَاة 

الدّائِمة في الدّينِ والدُّنيا والآخِرَة


“Allāhumma innī as’aluka l-‘afwa wa-l-‘āfiyata wa-l-mu‘āfāta d-dā’imah fi d-dīni wa d-dunyā wa l-ākhirah”

“Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepada-Mu ampunan, kesejahteraan, dan kesihatan yang kekal dalam agama, di dunia dan di akhirat.”
🌹Lebih Baik Daripada Seribu Bulan 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 Mac 2025/ 21 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Hari ini, syukr kepada Allah ﷻ, kesempatan Ramadhan ini adalah asbab untuk semua jenis kebaikan. Pada bulan yang penuh berkah ini, Al-Qur’an ‘Aẓīmush-Sha’n diturunkan. Allah ﷻ Menurunkan Al-Qur’an kepada Nabi kita ﷺ di bulan ini, di bulan Ramadhan.

Oleh itu, malam ini (malam yang turunnya Al-Quran) adalah (malam) Laylatul-Qadr. Ia adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Seribu bulan adalah seumur hidup seseorang. Ia adalah usia kebanyakan orang hidup; jika anda mengambil masa kanak-kanak seseorang. Setiap orang akan menerima kebaikan kira-kira 90 tahun dalam satu malam. Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa Laylatul Qadar lebih baik daripada itu [seribu bulan]. Jadi, semua orang mencari Laylatu al-Qadr. Jika ia terzahir pada seseorang, segala macam kebaikan akan diberikan kepadanya.

Oleh itu, dalam Ḥadīth Sharīf kita membaca tentang Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam, ṣaḥābah yang suci bertanya kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, “Malam yang manakah adalah Malam Kekuasaan (malam Al-Qadr)?” Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda - Malam Kemuliaan mungkin berlaku pada mana-mana malam dalam setahun. Tetapi ia kebanyakannya adalah pada bulan Ramadhan. Dan ia juga bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan. Maka, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda,
“Jika saya memberitahu anda malam apakah itu, maka orang-orang akan meninggalkan solat dan seterusnya, dan menunggu malam itu, dan tidak melakukan apa-apa lagi.”

Oleh itu, Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menyembunyikan Laylatul-Qadr. Jika manusia sentiasa beribadat sehingga terjumpa, nescaya mereka akan terjumpa. Maka walaupun tidak tahu, orang yang konsisten dalam ibadahnya pasti akan terjumpa. Dan kebaikannya itu akan nampak pada di ākhirah. Seseorang kemudiannya akan berkata, "Allah Allah. Saya telah menemui Laylatu al-Qadr beberapa kali tanpa disedari. Tetapi ada baiknya saya tidak mengetahuinya, supaya saya tidak meminta perkara yang tidak guna. Allah ﷻ telah meninggalkan kebaikannya itu untuk saya untuk (negeri) ākhirah." Kerana thawāb dan pahalanya ditinggalkan untuk (diberi di) ākhirah, ia akan menjadi kecantikan/keindahan yang besar bagi seseorang.

Segala macam keindahan terserlah di bulan Ramadhan. Itulah sebabnya, orang merasakan dan merasakannya sebagai bulan yang paling indah dan paling mulia dalam setahun. Dan salah satu rahsia bulan yang indah ini ialah Laylatul-Qadr. Puasanya, saḥūr, semuanya akam mendapat pahala. Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman, Aku akan membalas setiap yang dilakukan bukan 1 hingga 10, tetapi 1 hingga 100, 1 hingga 700, 1 hingga seribu kali ganda.
“Aku akan Memberikan untuk pahala orang yang berpuasa,” Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Dia ﷻ Memberi tanpa batas.

Maka, betapa bahagianya menjadi seorang Muslim; dan bukan (menjadi) orang-orang lain. Betapa bahagianya manusia yang menjadi seorang Muslim! Kerana menjadi manusia adalah sesuatu yang diCiptakan oleh Allah ﷻ. Menjadi bahagian dari suatu suku adalah sesuatu yang lain. Namun,(pilihan) bagi sesorang manusia itu untuk mengikuti Jalan Allah ﷻ ada di tangan orang itu sendiri. Jika seseorang menginginkannya, (maka) itu akan terjadi.

Oleh itu, mengawal ego dan menempuh Jalan Allah ﷻ adalah nikmat terbaik bagi seseorang. Ianya adalah faedah terbaik. Seseorang mesti bersyukar kepada Allah ﷻ bahawa Dia ﷻ Memberinya nikmat ini. Dia mestilah sentiasa bersyukur untuk itu, siang dan malam. Dia tidak seharusnya menyimpang dari jalanNya.
Semoga Allah ﷻ Menolong kita.

Semoga menjadi Mubarak atas anda, inshā’Allāh. Ramadhan belum berakhir. Insha'Allah, kita akan menemuinya. Seperti yang kami katakan, kebanyakan orang-orang pasti pernah terjumpa tetapi mereka tidak mengetahuinya. Kerana ada beberapa perkara yang telah diCipta oleh Allah ‘Azza wa-Jalla, jika seseorang terserempak dengannya, apa sahaja yang dikehendakinya akan berlaku. Perkara duniawi pun berlaku. Dan perkara-perkara ākhirah pasti berlaku jika kita berjumpa dengannya.

Oleh itu, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda bahawa doa terbaik yang kamu boleh lakukan ialah,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ والمُعافَاة 

الدّائِمة في الدّينِ والدُّنيا والآخِرَة

“Allāhumma innī as’alukal-‘afwa wal-‘āfiyata wal-mu‘āfātad-dā’imah fid-dīni wad-dunyā wal-ākhirah”
“Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepadaMu ampunan, kesejahteraan, dan kesihatan yang kekal dalam agama, di dunia dan di akhirat.”


Mohonlah ampun kepada Allah ﷻ, dan mohonlah kesihatan dan kesejahteraan. Semoga kesihatan kita berterusan dan berkekalan. Kesihatan adalah salah satu nikmat terbesar. Kesihatan dan kesejahteraan adalah nikmat yang besar. [Do’ā’] itu adalah penting agar kita tidak membebankan orang lain, untuk berkhidmat di Jalan Allah ﷻ dan untuk terus beribadat. Ianya mesti dikatakan sentiasa. Seseorang berfikir tentang wang, saya tidak tahu apa, tanah, kereta, dan lain-lain. Katakan apa sahaja yang anda mahu, tetapi yang paling penting ialah doa ini. Oleh itu, sesiapa yang mengucapkan do'a ini pasti akan menemuinya, dan dia akan hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera, dan Allah ﷻ akan Mengampuni kita, insha'Allah.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Cintailah Apa Yang Allah ﷻ Cintai 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 Mac 2025/ 25 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda,

الحب في الله والبغض في الله

“Al-ḥubbu fiLlāh wal-bughdu fiLlāh.”
Mencintai kerana Allah ﷻ, dan membenci kerana Allah ﷻ. Ini adalah perkara yang harus dilakukan oleh seseorang Muslim. Siapa yang dia cintai? Dia (Muslim itu) mencintai segala-galanya kerana Allah ﷻ. Jika dia mencintai sesuatu yang dicintai Allah ‘Azza wa-Jalla, dia mencintainya kerana Allah ﷻ. Tidak mencintai apa yang Allah ﷻ tidak cintai juga (adalah) untuk mencapai keredhaan Allah ﷻ.

Keadaan dunia ini - sudah tentu, ada perkara yang orang-orang sangat suka. Tidak boleh diterima untuk mengatakan mereka "mencintai" kesemua itu. Cinta adalah sesuatu yang indah. Tetapi jika ianya adalah untuk keredhaan Allah ﷻ, jika mengikuti kehendak Allah ﷻ, maka ianya diterima. Jika tidak seperti yang Allah ﷻ kehendaki, (maka) itu adalah salah. Ianya bukan cinta, ia adalah penderitaan, ia adalah siksaan, ia adalah kejahatan, ia adalah yang paling teruk.

Oleh itu, jika seseorang itu akan melakukan sesuatu, semua jenis perkara, hendaklah dia melihat sama ada ianya baik atau tidak. Adakah orang ini seorang yang baik untuk persahabatan? Adakah dia seseorang (yang layak) untuk dicintai? Patutkah dia dicintai? Ianya jelas dari keadaannya. Jika ada yang menjauhkan (diri)dia dari Jalan Allah ﷻ, ini bermakna mereka adalah orang yang tidak boleh dicintai. Dia adalah orang yang tidak dicintai oleh Allah ﷻ. Dan anda juga tidak sepatutnya mencintainya. Kenapa?
Kerana ianya tidak akan mendatangkan kepadamu melainkan kejahatan dan kesengsaraan. Jika dia seorang yang baik, kamu akan menyayanginya, kamu akan mendapati kebaikan dalam dirinya. Dia akan membantu anda, dan anda akan membantu dia juga. Kamu akan mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa-Jalla; anda dan dia (juga).

Anda mesti mencari orang yang anda akan kahwini. Mereka berkata, "Saya sangat menyayangi lelaki ini. Saya sangat menyayangi wanita ini." Okay, perempuan atau lelaki jenis apakah (mereka) ini? Mawlānā Shaykh Nāẓim pernah berkata, jika anda menyebut "pria/lelaki" maka dia tidak boleh diterima. Jika anda menyebut "lelaki budiman yang sejati", maka tidak mengapa. Ini adalah "pria/lelaki", yang bermaksud dia bukan perkara yang baik. Jauhi dia. Jauhi dia walaupun ego anda mahu. Perempuan ini (seorang yang) bagaimana?
Dia bukanlah wanita untuk didekati. Dia tidak mengenali Allah ﷻ mahupun Nabi kita ﷺ. Dia tidak mempunyai apa-apa dari agama dan imān. Dia tidak mempunyai apa-apa daripada kekeluargaan. Jauhi dia.
(Jika seseorang itu berkata)
"Saya (akan)mati kerana cinta saya."
Matilah, itu lebih baik. Ia adalah seribu kali ganda lebih baik (untuk anda) dengan menjauhi (perempuan seperti itu) daripada bersamanya. Jadi walaupun anda mati (kerana merinduinya kerana cinta), Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, sesiapa yang mati kerana cinta adalah syahid. Oleh itu, jauhilah mereka kerana Allah ﷻ. Jika anda menghadapi kesusahan (dengan) semua jenis perkara, itu akan meninggikan pangkat anda (disisi Allah).

Oleh kerana itu, ukuran ini, sebagaimana yang telah kami katakan, adalah Keridhaan Allah ﷻ. Anda akan melihat apakah dia adalah hamba yang diCintai Allah ﷻ atau tidak. Tentu saja, setiap orang adalah hamba Allah ﷻ. Sekalipun dia adalah hamba Allah ﷻ, Allah ﷻ tidak Mencintai semua orang, FirmanNya. Allah ﷻ tidak mencintai orang-orang yang berbuat jahat. Dia tidak mencintai orang-orang kafir. Dia tidak mencintai orang-orang yang tidak beriman.
Jika kita melihat orang-orang zaman sekarang, semua orang - Biarkan mereka datang ke Jalan Allah ﷻ. Kami akan mencintainya, dan menempatkannya di atas kepala kami. Namun jika orang tersebut adalah musuh Allah ﷻ, musuh agama, dan musuh manusia, kami tidak memiliki kewajiban.

Maka, inilah ukurannya. Kita akan mencintai orang yang diCintai oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Dan kita akan menjauhi orang yang tidak diCintaiNya. Ini bukan masalah mencintai atau tidak. Jauhi, maka selesai sudah. ​​Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Dan semoga Dia ﷻ memberi Petunjuk kepada manusia agar mereka termasuk orang-orang yang diCintai Allah ﷻ. Semoga mereka termasuk orang-orang yang diCintai kaum Muslimin, insha'Allah.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Bagaimana Untuk Capai Lailatul Qadr🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 Mac 2025/ 26 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Insha'Allah hari ini kita akan memuliakan malam ini dengan niat Lailatul Qadr. Itulah niat kita, Insha'Allah. Jika bukan malam ini, maka malam lain. Tetapi untuk menghormati malam ini, menghidupkan malam ini adalah dengan melakukan solat kerana Allah ﷻ, melakukan Qiyāmul-Layl, kemudian bangun untuk Tahajjud, bersaḥūr dan kemudiannya meneruskan ibadah. Itu sahaja, untuk menghormati malam. Memuliakannya walaupun tidak diketahui malam mana.

Allah ‘Azza wa-Jalla telah Memuliakannya. Dia ﷻ telah Memberikan kepada kita malam ini khusus untuk umat Nabi kita ﷺ. Lebih daripada seratus ribu Nabi-nabi lain, seratus dua puluh empat ribu nabi telah datang. Tiada seorang pun daripada mereka telah diberi penghormatan dan kebaikan sebanyak ini. Satu malam tidaklah lebih baik daripada seribu malam, tetapi (Allah ﷻ telah Jadikannya) lebih baik dan lebih unggul daripada seribu bulan. Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memberikan kebaikan seumur hidup dalam satu malam.

Mereka yang mengetahui akan nilainya sudah pasti mendapat bahagian mereka. Mereka menerimanya. Sama ada mereka melihatnya atau tidak, jika mereka melakukan perkara yang sama setiap malam, mereka mencapainya untuk kehormatan malam itu. Setiap tahun, dengan Izin Allah ﷻ, seseorang, seseorang Muslim mendapat kebaikan (yang nilainya) seribu tahun . Ini adalah satu penghormatan yang besar. Orang-orang meninggalkan ini dan mengikuti beberapa orang yang jahil. Mereka meninggalkan agama. Mereka tidak suka agama. Mereka fikir mereka akan mendapat sesuatu. Syaitan-syaitan yang mereka ikuti tidak memberi manfaat kepada mereka.

Nikmat-nikmat yang Allah ‘Azza wa-Jalla telah Berikan kepada kita: menjadi dari umat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah kemuliaan yang paling besar, keutamaan yang paling besar. Sesiapa yang menerimanya ﷺ(beriman kepada Baginda dan memuliakan Baginda ﷺ) akan mencapai darjat yang paling tinggi. Dia adalah seorang yang bertuah. Dia adalah seorang yang tahu akan nilai (sesuatu). Dia adalah seorang yang mengetahui permata. Dia (dapat) membezakan permata daripada najis. Ada yang menganggap najis lebih berharga. Dia jatuh kepada najis. Dia mengejar najis, tetapi ianya tidak memberi manfaat kepadanya. Kita mestilah ambil tahu akan nikmat yang Allah ‘Azza wa-Jalla telah Berikan kepada kita ini. Kita mestilah mengambil manfaat daripadanya.

Syukur kepada Allah ﷻ. Siapakah Umat Nabi kita ﷺ? Orang yang mengikuti Baginda ﷺ dan memuliakannya ﷺ. Orang-orang yang bukan dari umatnya: walaupun mereka adalah kerabatnya ﷺ, mereka adalah musuh Allah ‘Azza wa-Jalla. Bapa saudara Nabi kita ﷺ ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, Abu Lahab, bapa saudaranya yang sebenarnya berada di dalam neraka. Kenapa? Kerana dia seorang yang tidak bernasib baik. Sekiranya dia bernasib baik, Allah ﷻ akan Memuliakannya. Sungguh malang dia menjadi ahli neraka. Orang yang bertuah menghargai nasib ini. Dia (akan) bersyukar kepada Allah ﷻ siang dan malam. Dia tidak akan merosakkan ākhiratnya dengan mengejar orang lain. Ākhirat adalah kekal dan abadi. Dunia bersifat sementara. Seseorang yang menjual ākhirat untuk dunia adalah orang yang merugi (diri sendiri).

Oleh itu, malam ini adalah malam yang diberkati. Semoga Allah ﷻ Memberkati kita semua. Semoga Allah ﷻ Memberi kita hadiah-hadiah tersebut untuk niat kita pada malam ini menjadi Laylatul-Qadr. Semoga Dia ﷻ Memberikannya kepada kita pada mana-mana malam (sekali pun), insha'Allah. Semoga Dia ﷻ Mengurniakan kita rezeki itu. Syukur kepada Allah ﷻ.
Apakah itu Qiyāmul-Layl, menghidupkan malam? Ada yang berpusu-pusu menaiki kereta sehingga pagi, dari satu masjid ke masjid yang lain. Itu tidak perlu. Atau mereka solat di rumah hingga pagi tanpa tidur. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, jika kamu kerjakan solat ‘Isyak, maka (setelah itu) lakukanlah solat Qiyāmul-Lail dan bangunlah (pula) untuk tahajjud sebelum Subuh, (maka itu) seolah-olah kamu telah menghidupkan malam.

Maka, ianya tidak begitu sukar. Jangan susahkan. Agama Islam adalah kemudahan. Manfaatkan kemudahan itu. Kerana apabila ianya sukar, orang-orang tidak akan mengerjakannya. Mereka berkata, "Adakah saya akan berjaga sepanjang malam?" Walaupun mereka berjaga (sepanjang malam), mereka (dapat) bertahan selama satu atau dua hari (sahaja). Selepas itu, orang-orang tidak akan mampu bertahan. Itulah sebabnya, ianya mudah. Terdapat (solat) dua rakaat yang dipanggil Qiyāmul-Layl sebelum tidur. Apabila anda bangun untuk sahur, anda (kejakan) solat tahajjud dan anda akan (mendapat pahala) menghidupkan malam itu. Semoga Allah ﷻ Memberkatinya.

Semoga Allah ﷻ Memberikan keberuntungan dan iman ini kepada semua orang. Semoga Allah ﷻ Memberi Petunjuk kepada mereka. Pada bulan Ramadhan ini, jika mereka tidak memohon ampun atas kejahatan, kehinaan dan keburukan yang dilakukan terhadap Allah ﷻ, maka mereka akan mendapat azab yang besar. Mereka yang tidak menghormati Allah ﷻ dan berperang melawan Allah ﷻ pasti akan dihukum. Jika mereka memohon ampun dan bertaubat, itu adalah perkara lain. Tetapi jika mereka tidak melakukannya, mereka pasti akan menderita. Ada catatan segala sesuatu di sisi Allah ﷻ. Terdapat malaikat di kanan dan di kiri. Mereka menulis kebaikan dan keburukan (seseorang). Malaikat yang (menuliskan) kejahatan (seseorang)menunggunya untuk meminta ampun (kepada Allah) supaya dia dapat memadamkannya. Jika dia melakukannya, dia (malaikat) akan menghapuskan perbuatan buruk yang telah dia lakukan. Jika dia (seseorang itu) tidak (bertaubat), dia (malaikat) akan menunggu dan akhirnya ianya akan ditulis. Jika dia tidak meminta ampun sehingga akhir hayatnya, dia akan mendapati hukumannya di negeri ākhirat. Ianya tidak akan memberi manfaat kepadanya di dunia. Semoga Allah ﷻ Memberi Petunjuk kepada kita semua, insha'Allah.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Doa' untuk Hari Jumaat terakhir dalam Bulan Ramadhan🌹
🌹Sesiapa yang ingin berpuasa selama 6 hari di bulan Syawwal, bolehlah berniat sekarang kerana akan mendapat pahala lebih apabila berniat di bulan Ramadhan, boleh juga niatkan untuk berbuat baik dan beramal, maka pahalanya juga akan belipat ganda jika kita berniat di bulan Ramadhan 🌹
🌹29 Mac - Hari Lahir Mawlana Shaykh Muhammad Adil ق

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم

Hari ini, kita menyambut ulang tahun ke-68 yang diberkati Grandshaykh ke-41 Rantaian Emas Naqsyabandi, pembimbing tercinta kita, Mawlana Shaykh Mehmetق.

“Syaikh Muhammad Effendiق, ini singaku.
Dia adalah singa, tetapi dia tetap tersembunyi dan tertutup.
Semoga Allah menambah kebesaranmu.
Hari demi hari, katakan, Allahu Akbar."
- Mawlana Syaikh Nazimق


Semoga Allah ﷻ Merahmati Mursyid kita yang mulia ini dengan umur yang panjang, sihat dan kuat, untuk membimbing kita ke zaman Sayyidina Mahdi (as).

Semoga Allah ﷻ terus Meninggikan Maqamnya, Melindungi dan Memelihara keluarga mulianya, dan menempatkan kita dalam pergaulan yang dirahmatinya, di dunia dan akhirat.

Semoga kita tetap teguh dalam ketaatan, tidak goyah dalam kesetiaan, tidak pernah jatuh ke dalam kemaksiatan atau pengkhianatan.

Semoga Allah ﷻ Memberi kita pemahaman yang mendalam tentang semua Sohbah dan ajaran beliau.

Dengan penuh cinta dan kesyukuran, kita hadiahkan pahala bacaan Surah Al-Fatihah dan membacakan Selawat hari lahir yang tulus untuk Mursyid tercinta.

💚💚💚
🌹Jika Kamu Mencintai Allah ﷻ Maka Ikutilah Nabi ﷺ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Mac 2025/ 27 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١

‘Qul in kuntum tuhibbuna Llāha fāttabi‘ūnī yuhbibkumu Llāh wa-yaghfir lakum dhunūbakum, wa Allāhu Ghafūrun Rahīm’
Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah Mencintaimu dan Mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Qur’ān 03:31). Ṣadaqa Llāhul-‘Aẓīm.

Darjat Nabi kita ﷺ adalah darjat yang paling tinggi di sisi Allah ﷻ. Oleh itu, dikatakan dalam Al-Qur’an ‘Aẓīmu sh-Sha’n, jika anda mencintai Allah ‘Azza wa-Jalla, (maka) ikutilah Nabi kita ﷺ. Pergilah ke Jalan Baginda ﷺ. Jika anda mengikuti Jalan Baginda ﷺ, Allah akan mencintai anda.

Matlamat yang paling penting dalam hidup kita mestilah agar Allah ﷻ Mencintai kita. Jika Allah ﷻ Mencintai kita, semuanya mudah, semuanya adalah baik. Tiada yang lebih indah daripada Allah ﷻ Mencintai anda. Oleh itu, mengikuti Jalan Nabi kita ﷺ, mencintai Nabi kita ﷺ, mengagungkan Baginda ﷺ dan memuliakan Baginda ﷺ adalah bermanfaat bagi manusia.

Orang yang paling dicintai adalah Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Orang bukan Islam kata mereka suka ini dan itu. Tetapi tidak ada cinta seperti dalam Islam. Mereka mempunyai cinta yang menarik kepada ego mereka. Cinta dalam Islam adalah cinta yang mengakhiri ego. Cinta dalam Islam itu bukanlah dari ego.

Oleh itu, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, “Jika kamu berselawat dan salam kepadaku, aku menerima salammu dan aku membalas salam,” sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Jadi, ini adalah rahmat yang besar. Anda membuat selawat dan salam, dan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menjawab anda. Dia ﷺ memberi salam kepada anda. Tiada yang lebih indah dari ini.

Oleh itu, orang yang paling dicintai di dunia adalah Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Tidak ada orang yang dicintai selain Nabi kita ﷺ. Kerana mereka yang mengikuti Jalannya ﷺ itu dicintai, dan mereka yang tidak mengikuti Jalan Baginda ﷺ itu tidak dicintai. Ini adalah sesuatu yang Allah ﷻ telah berikan kepada manusia, kepada jiwa mereka. Ia adalah cinta rohani dan cinta yang murni hakiki. Inilah cinta sejati. Cinta yang lain adalah cinta (berbentuk) manfaat. Mereka (yang selain) itu tiada guna. Mereka (yang selain itu) itu tidak mempunyai nilai. Yang berharga adalah cinta yang abadi, cinta Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dengan Izin Allah ﷻ.

Di bulan-bulan yang penuh keberkatan ini, kita melakukan lebih banyak perkara demi Nabi kita ﷺ, untuk keredhaan Baginda ﷺ dan keredhaan Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Menerima amalan kita semua. Semoga Dia ﷻ Meningkatkan cinta kita, bukan untuk ego kita tetapi untuk Nabi kita ﷺ. Mencintai Nabi kita ﷺ adalah wajib bagi kita. Ia adalah wājib. Ia adalah kebaikan. Hendaklah kita mesti ketahuinya.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, “Kamu tidak mempunyai iman yang benar melainkan (apabila) kamu mencintaiku lebih daripada dirimu sendiri, ibumu, ayahmu dan dunia.”
Anda boleh menjadi seorang Muslim - Sekarang ada orang yang ditipu oleh syaitan dan mengatakan mereka adalah Muslim, tetapi tidak menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Mereka fikir menunjukkan penghormatan yang lebih banyak adalah perkara yang tidak baik. Mereka katakan bahawa menunjukkan penghormatan yang tinggi adalah syirik. Saya tidak tahu apa yang mereka katakan juga.
Mereka menakutkan orang-orang dan menghalang orang ramai daripada menerima kebaikan itu. Mereka menghalangi orang-orang daripada memperoleh thawab (pahala), (menghalang orang-orang)daripada mendekatkan diri kepada Allah ﷻ, daripada menjadi salah seorang hamba yang dikasihi Allah ﷻ. Mereka menghalang orang-orang dengan helah ini.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Orang Islam tidak boleh mengikuti mereka. Apa yang benar ialah semakin anda memuliakan Nabi kita ﷺ, semakin tinggi pangkat (kedudukan anda disisi Allah), semakin banyak pahala yang anda (akan) perolehi. Semoga Allah ﷻ Menambah kecintaan kita kepada Baginda ﷺ, seperti yang kita katakan. Semoga kita lebih memuliakan Baginda ﷺ, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Malam Hari Raya Eidul Fitri🌹

السلم عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله


Malam ini di Singapura, pada azan Maghrib, kita mengucapkan selamat tinggal Ramadhan.

Lihatlah ke langit dan baca doa anak bulan di Maghrib. Malam hari raya adalah malam yang sangat diberkati untuk berjaga, kerana ia adalah malam pembahagian pahala.

Tidak ada Terawih malam ini, kita bertakbir sebagai hiasan malam ini.

“Barangsiapa yang berjaga di malam hari raya, maka hatinya akan tetap hidup, ketika hati-hati yang lain telah mati.”
- Hadits


Eidul Fitri bermaksud - kembali kepada fitrah kesucian. Itu meringkaskan tentang Ramadhan dan perayaan ini - bersyukur kerana Allah telah membimbing kita kembali ke jalan penyucian diri, dan seterusnya mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada hari raya, banyak sunnah yang harus dilakukan, termasuk:

Solat Hari Raya Aidilfitri Terbaik dilakukan secara berjemaah di masjid kerana banyak keberkatannya. Namun, jika terlepas, boleh solat di rumah pada bila-bila masa sebelum azan Zuhur esok.

Solat Sunnat Khusoma Solat ini boleh dilakukan malam ini tetapi, paling baik dilakukan esok, antara Zuhur dan Asar.

8 raka’at Solat Sunnat Syawal Solat Sunat khas untuk dilakukan pada bila-bila masa di bulan Syawal. Jika boleh, selesaikan malam ini sekiranya anda terlupa nanti.

Doa-doa ini diajarkan oleh Syaikh Abdul Qadir Jilaniق.

Nota-nota ibadah malam hari raya, hari raya, dan syawal boleh didapati di pautan dibawah ini.

https://sufihub.com/last-days-of-ramadhan-night-of-eid-syawal-practices/

Anda boleh menukarkan bahasanya kepada bahasa indonesia melalui pada butang sebelah kanan diatas dalam pautan ini.

Rasulullah ﷺ meringkaskan bagaimana kita harus menghabiskan hari raya dengan hadits yang indah:

"Hiasilah hari raya kamu dengan Takbir (Allahu akbar), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (Lailahaillallah), Tasbih (Subhanallah) dan Sedekah."

Juga cuba selesaikan,

6 Hari Puasa Syawal Adalah lebih baik untuk memulakan puasa 6 hari sehari selepas Aidilfitri, tetapi ini mungkin tidak mungkin untuk semua, kerana anda mungkin melawat.

Jadi mulakan puasa enam hari anda pada bila-bila masa sesuai.

Hari ke 7 Syawal adalah hari yang paling penting untuk berpuasa, kerana 8 Syawal adalah Eidul Abrar, Hari Raya bagi Para Awliya orang-orang suci. Anda boleh menyambut Eidul Abrar walaupun anda belum menyempurnakan puasa enam hari.

Kepada anda semua, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal ‘Aidin wal Fa’izin.
Semoga hari raya anda mendapat keberkatan dan kegembiraan.

💚 Wassallam.