SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Keperluan Untuk Memerangi Kejahatan🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 Mac 2025/ 17 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ
“Wa jāhidū bi-amwālikum wa anfusikum fī sabīli Llāh",
"dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di Jalan Allah."
(Qur’an 9:41). Ṣadaqa Llāhu l-‘aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Menyuruh (kita) berjihad di Jalan Allah ﷻ. Jihad - Terdapat pelbagai jenis jihad. Apabila tidak ada khalīfah, anda tidak boleh berjihad sendirian. Oleh itu, anda mesti berjihad melawan ego anda.

Ketika Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berada di Makkah, tidak ada jihad. Perintah untuk jihad belum datang pada masa itu. Apabila Baginda ﷺ datang ke Madinah, ianya berlaku selangkah demi selangkah kerana orang-orang musyrik tidak meninggalkan Baginda sendirian (tanpa mengancam Baginda). Jihad itu perlu. Memandangkan Baginda ﷺ adalah manusia, ianya adalah perkara biasa. Dan begitu juga bagi orang-orang Islam. Kebanyakan Para Nabi-Nabi telah berjihad. Sebahagian daripada mereka telah ditunjukkan Jalan oleh Allah ﷻ tanpa berjihad supaya manusia mempunyai sesuatu yang berbeza. Mereka melakukan peperangan ketika itu, bukan jihad. Sayyidinā ‘Īsá ‘alayhi s-salām tidak mempunyai perintah jihad. Baginda mengajak manusia kepada agama melalui dakwah dan nasihat. Mereka tidak mempunyai peperangan dan jihad dalam agama mereka. Tetapi kamu lihat sekarang, merekalah yang berperang; sedangkan tidak ada perintah. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam telah menerima Perintah Jihad. Tetapi ada kaedah dan prinsip untuk Jihad; apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Tidak boleh ada penindasan. Tidak boleh ada penyeksaan terhadap orang tua, kanak-kanak, bayi dan wanita. Mereka tidak boleh dibunuh. Ada perintah-perintah yang sebegini.

Selalunya, mereka yang bukan Islam menunjukkan hipokrasi. Mereka berkata "Agama kamu tersebar melalui peperangan." Ianya tidak tersebar melalui peperangan. Terdapat peperangan untuk menyelamatkan manusia. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berjihad untuk menyelamatkan manusia daripada penindasan. Ianya tidak mungkin sebaliknya. Kerana apabila manusia mempunyai kuasa di tangan mereka, apabila mereka mempunyai senjata dan tentera, mereka pasti menzalimi orang lain. Dan adalah salah untuk berdiri di hadapan mereka seperti kambing biri-biri dan menunggu untuk dibunuh.

Penindasan itu tiada had. Orang-orang mempunyai penindasan di dalam diri mereka. Ianya adalah dalam ego mereka. Oleh itu, untuk menghentikan penindasan itu, perlu ada satu lagi kuasa menentang mereka. Dan inilah hikmah jihad dalam Islam. Allāh ‘Azza wa-Jalla yang Menciptakan kita adalah yang Mengetahui apa dan bagaimana kita harus melakukannya. Oleh itu, Dia ﷻ Menunjukkan Jalan kepada mereka yang beriman kepadaNya ﷻ. PerintahNyaﷻ adalah untuk kepentingan/kebaikan manusia.

Pertempuran hebat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam ini adalah lebih dari 1,400 tahun yang lalu. Hampir 1,450 tahun dahulu Perang Badar berlaku. Orang musyrik datang dari Perang Badar itu. Mereka mengatakan salah seorang musyrik itu ialah Abū Jahal. Dia mempunyai mimpi. Mereka bertanya, "Terjemahkan mimpi ini untuk kami." Ada orang yang mentafsir mimpi di sana. Walaupun bukan Islam, ada orang yang boleh mentafsir mimpi. Mereka menafsirkan mimpi itu dan berkata, "Bencana besar akan menimpa kamu. Perjalanan ini tidak akan baik untuk kamu." Mereka juga cuba untuk kembali beberapa kali. Tetapi kemudian mereka memutuskan untuk pergi dan berperang, untuk membunuh orang Islam dan menikmatinya.
Mereka berkata, "Kami akan memasak unta dan kambing. Kami akan minum. Wanita akan menyanyi untuk kami, dan kami akan bersenang-senang." Jadi mereka pergi. Mereka pergi dengan gendang dan paip dan dengan wanita menyanyi untuk mereka. Sebaliknya, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menghabiskan sepanjang malam itu untuk memohon dan berdo’a’ kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla. Sedangkan Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menjanjikan kemenangan kepada Nabi kita ﷺ.

Itu adalah pengajaran bagi manusia supaya apabila mereka pergi berperang di suatu tempat, hendaklah mereka dengan semestinya meminta Pertolongan daripada Allah ﷻ. Dengan cara ini, semua orang yang telah berkata "Kita akan bersenang-senang dan minum dan saya tidak tahu apa", tujuh puluh orang kafir yang paling hebat adalah mereka yang telah banyak menindas Nabi kita ﷺ. Nabi kita ﷺ menghitung nama-nama mereka satu persatu (yang dari semasa Baginda) berada di Makkah, dan tiada seorang pun daripada mereka yang dikira itu dapat bertahan hidup. Mereka menyakiti Nabi kita ﷺ selama bertahun-tahun dan membuatnya lapar. Mereka membuat pelbagai jenis penindasan. Tetapi mereka semua mendapat apa yang sepatutnya pada hari itu. Kesemua mereka dibuang ke dalam telaga pembuangan. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berdiri di tepi perigi itu dan memberitahu nama mereka satu persatu. "Wahai orang-orang kafir yang tidak beriman, adakah kamu melihat bahawa kami telah mencapai apa yang telah dijanjikan oleh Allah ﷻ kepada kami? Adakah kamu juga telah mencapainya?" tanya Nabi kita ﷺ. Mereka berdiam diri, sudah tentu. Sayyidinā ‘Umar adalah seorang yang difahami oleh orang ramai. Dia memberitahu Nabi kita ﷺ "Wahai Rasūlu Llāh ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, kamu bercakap dengan bangkai. Adakah mereka mendengar? Mengapa kamu berbuat demikian?" Baginda ﷺ menjawab, "Mereka mendengar dengan baik. Mereka mendengar lebih baik daripada kamu," sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Mereka semua menyesal di sana. Tetapi penyesalan mereka tidak berguna ketika itu. Kerana Sulṭān dunia dan alam semesta, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkhutbah dan menasihati mereka selama bertahun-tahun, Baginda ﷺ menunjukkan mukjizat, melakukan kebaikan dan segala-galanya, tetapi mereka tidak menerimanya. Akhirnya, mereka bergegas untuk menyingkirkan semua orang. Jadi mereka mendapat apa yang sepatutnya.

Oleh itu, jihad dan peperangan adalah perlu. Adalah Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla untuk menghapuskan keburukan apabila tiba masanya. Sudah tentu, anda tidak boleh melakukannya di mana-mana sesuka hati. Apakah keburukan yang paling teruk sekarang ini? Ia adalah keburukan ego anda. Anda mesti sentiasa berjihad menentangnya. Perang menentangnya tidak akan pernah berakhir. Sebaik sahaja anda mengatakan ianya sudah berakhir, ia akan mengatasi anda. Oleh itu, semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga jihad kita adalah melawan ego kita insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Menolong kita.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Berbuat Baiklah Pada Satu Sama Lain 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Mac 2025/ 18 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

"إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌۭ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ١٠"
’Innamal-mu’minūna ikhwa fa-‘aslihu bayna akhawaykum wat-Taqu Allaha La’allakum Turhamoon’,
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
(Qur’ān 49:10). ’
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, Umat Islam adalah bersaudara. Damaikanlah diantara (sesama) saudara. Semoga ada kasih sayang antara (sesama) saudara. Allah ‘Azza wa-Jalla Memerintahkan ini supaya tidak ada dendam, supaya tidak ada fitnah.

Tidak ramai yang mendengar Perintah ini. Shayṭān membuat fitnah di kalangan ramai orang. Apabila ada fitnah, ada permusuhan. Mereka berbuat tidak baik terhadap satu sama lain. Mereka tidak saling mencintai. Apabila itu berlaku, tiada perpaduan.

Allāh ‘Azza wa-Jalla Mahukan perpaduan. Ṭarīqah berada dalam Jam’iyyah, dalam kelompok masyarakat; dalam perpaduan. Ini adalah nasihatnya. Inilah yang diajarkan oleh ṭarīqah kita. Agar saudara seislam bersatu padu walau di mana jua mereka berada. Kesakitan dia adalah kesakitan kita. Kegembiraannya adalah kegembiraan kita. Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah ‘Azza wa-Jalla. Allah ‘Azza wa-Jalla Merahmati mereka.

Rahmat bermaksud kecantikan/keindahan. Jika Allah ﷻ Memberi Rahmat kepada manusia, mereka telah menang. Kehidupan mereka telah diselamatkan. Itulah belas kasihan. Jika tiada belas kasihan, sebaliknya akan berlaku. Dan sebaliknya ialah segala macam siksaan, segala macam kesusahan. Apabila masalah berlaku, orang-orang hidup dengan kehidupan yang teruk. Jika mereka tidak bertaubat, bahaya ada pada akhirnya. īmān mereka berada dalam bahaya.

Oleh itu, syukurlah kepada Allah ﷻ Dia ﷻ Menciptakan kita sebagai orang Islam. Dia ﷻ Membantu kita dengan kita dapat berada di Jalan ini. Kita mengikuti ṭarīqah, syari’ah, Jalan yang benar, Jalan Nabi kita ﷺ. Mereka yang mengikuti ini, sesiapa pun mereka, adalah saudara kita. Kami tiada apa-apa dengan mereka, kami tiada masalah. Sebaliknya, kita lebih gembira kerana mereka berada di Jalan ini. Dan banyak kesedihan kita adalah untuk orang-orang yang sesat. Orang yang sesat dari Jalan dan menyesatkan orang lain adalah lebih buruk. Mereka merosakkan diri mereka dengan lebih teruk lagi.

Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa-sallam Bersabda, sesiapa yang mengajar perkara yang baik – mengajar bermakna dia adalah menjadi alat/sarana petunjuk bagi seseorang – (maka) dia akan mendapat pahala yang ditulis untuknya, seperti orang itu. Jika satu maka satu; dua kemudian dua; tiga kemudian tiga; dua puluh kemudian dua puluh; dan ditulis seribu pahala jika [dia memimpin orang-orang kearah petunjuk] kepada seribu orang. Dan pahala orang-orang itu tidak akan berkurang. Ia akan tetap sama. Sesetengah orang tertanya-tanya, “Adakah ia akan diambil daripada saya kerana dia juga mendapat [ganjaran]?” Tidak ada perkara seperti itu. Allah ‘Azza wa-Jalla adalah Pemurah. Tidak ada batasan untuk kemurahanNya ﷻ.

Oleh itu, jika mereka memimpin orang-orang untuk melakukan kejahatan, (maka yang) itu juga untuk mereka. Jika kamu menyesatkan seseorang, maka kamu akan mendapat dosa sebanyak mereka. Jika kamu menyesatkan dua orang, maka kamu mengambil [dosa] dua orang. Jika kamu menyesatkan seribu orang - kini ramai orang menganggap mereka sesuatu.
Mereka berkata, "Mari kita lakukan seperti mereka." Dan apabila mereka melakukannya, mereka akan dihukum. Dan orang yang mengajar mereka akan dihukum dengan cara yang sama.

Maka Jalan ini, Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla adalah seperti ini. Apabila anda melakukan kebaikan, Allah ﷻ Memberi anda (pahala) sepuluh kali lipat. Pada bulan Ramadhan, lapan ratus thawab. Allah ﷻ Memberi sebanyak yang Dia ﷻ Kehendaki. Tetapi jika dia melakukan dosa, satu dosa ditulis. Orang yang menyesatkan itu akan mengambil satu (dosa) untuk setiap seorang (yang dia sesatkan). Dia juga akan dihukum. Kerana dia menyesatkan manusia. Kalau dia buat dosa, dosa dia sendiri. Ia ditulis sebagai satu. Seperti yang kita katakan, Allah ﷻ melipatgandakan thawab (pahala). Tetapi dosanya adalah satu. Namun jika kamu menyesatkan orang - jika kamu telah menyesatkan sepuluh orang, jangan fikir bahawa dosa-dosa satu orang akan ditulis untuk kamu. Dosa-dosa sepuluh itu akan ditulis untuk kamu. Jika kamu sesat seribu, nescaya ditulis seribu. Jika kamu menyesatkan sejuta, sejuta azab akan menimpa kamu.

Oleh itu, kita mesti berhati-hati. Agama ini bukan mainan. Kemanusiaan bukan mainan. Ada pengakhirannya, akaun, buku (catatan pahala dan dosa). Adanya syurga, adanya neraka. Biarkan mereka membuat pengiraan mereka dengan sewajarnya. Bulan ini adalah bulan yang diberkati, bulan Ramadhan. Hendaklah mereka bertaubat dan memohon ampun kepada Allah ﷻ, nescaya mereka akan selamat. Jika tidak, mereka tidak akan diselamatkan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Bacalah Surah Al-Qadr sebanyak 7 kali pada setiap malam sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan ini, agar mendapat barakah dan kebaikan. 🌹
🌹Sunnah I'tikaf🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 Mac 2025/ 19 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.



Al-ḥamduliLlāh hari ini hampir dua pertiga Ramadhan telah berlalu dengan cepat. Satu pertiga (lagi) masih berbaki yang juga ada ibadatnya. Semua orang melakukan ibadah. Dan adalah penting untuk meniru ibadah yang dilakukan oleh Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam. Inshā’Allāh beberapa saudara dan orang-orang ingin melaksanakannya. Semoga Allah ﷻ Merahmati mereka.

Apakah itu? (Ianya adalah) Sunnah I’tikaf. I’tikāf bermaksud menghabiskan sepuluh hari terakhir Ramadhan di masjid. Apabila tinggal sepuluh hari lagi, Nabi kita ﷺ akan membawa barang-barang untuk tidur ke masjid. Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam tidak mempunyai harta dunia. Baginda ﷺ mempunyai tilam dan sesuatu untuk menutupinya. Baginda ﷺ akan membawa itu selama sepuluh hari ini, sepuluh hari terakhir Ramadhan. Lebih banyak ibadah dilakukan di sana, tanpa banyak bicara duniawi. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam tidak mempunyai pembicaraan duniawi. Untuk menjadi iktibar kepada manusia, Nabi kita ﷺ menunjukkan kepada kita perkara-perkara indah yang Baginda ﷺ lakukan. Ia adalah satu kebajikan/kebaikan yang besar untuk melakukan ini. Ia adalah kecantikan/keindahan yang hebat. Keindahan Ramadhan adalah banyak. Terdapat juga fadhilat yang besar bagi sesetengah orang yang melakukannya.

Sudah tentu, ia mempunyai syaratnya. Anda mestilah sentiasa berada dalam Masjid, di dalam masjid, untuk beribadat, berbuka puasa di (waktu) Maghrib, melakukan solat-solat yang biasa dan memperbanyakkan ibadat. Anda juga akan mendapat saḥūr. Ada yang kini bertanya, "Adakah kita hanya makan lentil?" Tidak, (iktikaf) itu bukan pengasingan/khalwah. I’tikaf adalah berbeza, dan khalwah/pengasingan adalah berbeza. Semua orang boleh beri’tikaf. Tetapi seseorang itu memerlukan kebenaran khas untuk mengasingkan diri/berkhalwah. Apa yang diberikan adalah lebih berbeza, lebih banyak - jadi ia bukan untuk semua orang. Ia dilakukan untuk orang yang memerlukannya.

Kadang-kadang sesetengah orang membuat semua orang melakukan pengasingan/khalwah. Itu tidak membimbangkan kita. Apa yang menjadi perhatian kita ialah i’tikaf yang diceritakan oleh Nabi kita ﷺ. Jika anda berkata, “Nawaytul i’tikāf”, “Aku berniat i’tikaf”, setiap kali anda memasuki masjid, itu juga akan mendapat pahala. I’tikaf yang sebenarnya adalah sepuluh hari. Tetapi orang-orang boleh melakukannya lebih sedikit. Mereka boleh melakukan sebanyak yang mereka boleh. Setiap kali kita memasuki masjid, kita berniat untuk melakukan i’tikaf agar kita memperolehi thawab(pahala) i’tikaf.

Di masjid - kini beberapa saudara berkata, "Kami tidak boleh melakukannya di masjid. (Kami) Tidak ada masjid." Apabila tiada masjid - ia sebenarnya dilakukan di rumah untuk wanita. Wanita tidak boleh melakukannya di masjid. Wanita hendaklah beri’tikaf di rumah. Jika mereka mempunyai bilik untuk solat, hendaklah mereka beri’tikaf dan beribadat di sana selama sepuluh hari. Lelaki hendaklah melakukannya di masjid. Ia hendaklah di tempat di mana solat lima waktu dikerjakan.

Jika satu orang di setiap negara melakukannya, orang lain juga akan mencapai barakah itu. Jika mereka tidak melakukannya, mereka semua akan kehilangan barakah itu. Syukur kepada Allah ﷻ, kini ia dilakukan di mana-mana sahaja. Terdapat orang yang melakukan i’tikaf di hampir setiap bahagian dunia.
Oleh itu, kita hendaklah bersyukar kepada Allah ﷻ. Kita hendaklah bersyukar bahawa kita berada dalam agama yang indah ini. Seseorang wanita sebentar tadi meminta kami nasihati untuk ditunjukkan kepada orang ramai. Kami berkata bahawa nasihat kami adalah untuk menahan puasa anda untuk mencapai keutamaan berpuasa di bulan Ramadhan ini. Kerana ramai orang berkata, "Apakah puasa itu? Jika saya akan berpuasa, adakah Allah ﷻ mendapat manfaat daripada puasa saya?" Ḥāshā (jauh daripadanya). Ḥāshā! Allah ‘Azza wa-Jalla tidak memerlukan sesuatu. Sekiranya semua manusia tidak berpuasa, Allah ﷻ tidak akan kekurangan sesuatu apa pun. Jika mereka berpuasa, Dia ﷻ tidak akan mendapat apa-apa (juga).

Oleh itu, ini adalah untuk puasa. Semua ibadah adalah untuk kebaikan anda. Allāh ‘Azza waJalla sedang Memberi anda manfaat itu. Dia ﷻ tidak memerlukannya. Anda harus tahu nilainya. Anda seharusnya bersyukur kepada Allah ﷻ atas setiap ibadah yang anda (dapat) lakukan. Syukurlah kepada Allah ﷻ agar (kebaikan-kebaikan itu) bertambah dengan kesyukuran kita. Semoga ibadah kita, ketaatan kita, ketundukan kita, kehambaan kita kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla menjadi lebih indah, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Adab Lailatul Qodar 🌹
1) Niat : Nawaytul Arbaien, Nawaytul U'zlah, Nawaytul Khalwah, Nawaytul I’tikaf, Nawaytul Suluk, Nawaytul Riadhah fi hazal Jami'/Masjid Lillahi Ta'ala
2) Adab Tariqah
3) Solat Terawih
4) Solat Sunat Tasbih 4 rakaat
5) Solat Sunat Syukur 2 rakaat
6) 100 Istighfar
7) 100 Selawat

Solat 2 Rakaat Qiyam al-Layl sebelum tidur dan bangkit untuk mengerjakan Solat Tahajjud sebelum Subuh.

Berdoa', Berzikir dan Membaca Al-Qur’an sehingga Subuh
🌹Doa-doa Yang disarankan untuk didoakan pada malam Lailatul Qadr 🌹

اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عني

“Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa’fu annee”

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka mengampuni, maka ampunilah saya.”

Nabi kita ﷺ Bersabda, bahawa doa terbaik yang kamu lakukan ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ والمُعافَاة 

الدّائِمة في الدّينِ والدُّنيا والآخِرَة


“Allāhumma innī as’aluka l-‘afwa wa-l-‘āfiyata wa-l-mu‘āfāta d-dā’imah fi d-dīni wa d-dunyā wa l-ākhirah”

“Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepada-Mu ampunan, kesejahteraan, dan kesihatan yang kekal dalam agama, di dunia dan di akhirat.”
🌹Lebih Baik Daripada Seribu Bulan 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 Mac 2025/ 21 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Hari ini, syukr kepada Allah ﷻ, kesempatan Ramadhan ini adalah asbab untuk semua jenis kebaikan. Pada bulan yang penuh berkah ini, Al-Qur’an ‘Aẓīmush-Sha’n diturunkan. Allah ﷻ Menurunkan Al-Qur’an kepada Nabi kita ﷺ di bulan ini, di bulan Ramadhan.

Oleh itu, malam ini (malam yang turunnya Al-Quran) adalah (malam) Laylatul-Qadr. Ia adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Seribu bulan adalah seumur hidup seseorang. Ia adalah usia kebanyakan orang hidup; jika anda mengambil masa kanak-kanak seseorang. Setiap orang akan menerima kebaikan kira-kira 90 tahun dalam satu malam. Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa Laylatul Qadar lebih baik daripada itu [seribu bulan]. Jadi, semua orang mencari Laylatu al-Qadr. Jika ia terzahir pada seseorang, segala macam kebaikan akan diberikan kepadanya.

Oleh itu, dalam Ḥadīth Sharīf kita membaca tentang Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam, ṣaḥābah yang suci bertanya kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, “Malam yang manakah adalah Malam Kekuasaan (malam Al-Qadr)?” Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda - Malam Kemuliaan mungkin berlaku pada mana-mana malam dalam setahun. Tetapi ia kebanyakannya adalah pada bulan Ramadhan. Dan ia juga bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan. Maka, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda,
“Jika saya memberitahu anda malam apakah itu, maka orang-orang akan meninggalkan solat dan seterusnya, dan menunggu malam itu, dan tidak melakukan apa-apa lagi.”

Oleh itu, Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menyembunyikan Laylatul-Qadr. Jika manusia sentiasa beribadat sehingga terjumpa, nescaya mereka akan terjumpa. Maka walaupun tidak tahu, orang yang konsisten dalam ibadahnya pasti akan terjumpa. Dan kebaikannya itu akan nampak pada di ākhirah. Seseorang kemudiannya akan berkata, "Allah Allah. Saya telah menemui Laylatu al-Qadr beberapa kali tanpa disedari. Tetapi ada baiknya saya tidak mengetahuinya, supaya saya tidak meminta perkara yang tidak guna. Allah ﷻ telah meninggalkan kebaikannya itu untuk saya untuk (negeri) ākhirah." Kerana thawāb dan pahalanya ditinggalkan untuk (diberi di) ākhirah, ia akan menjadi kecantikan/keindahan yang besar bagi seseorang.

Segala macam keindahan terserlah di bulan Ramadhan. Itulah sebabnya, orang merasakan dan merasakannya sebagai bulan yang paling indah dan paling mulia dalam setahun. Dan salah satu rahsia bulan yang indah ini ialah Laylatul-Qadr. Puasanya, saḥūr, semuanya akam mendapat pahala. Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman, Aku akan membalas setiap yang dilakukan bukan 1 hingga 10, tetapi 1 hingga 100, 1 hingga 700, 1 hingga seribu kali ganda.
“Aku akan Memberikan untuk pahala orang yang berpuasa,” Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Dia ﷻ Memberi tanpa batas.

Maka, betapa bahagianya menjadi seorang Muslim; dan bukan (menjadi) orang-orang lain. Betapa bahagianya manusia yang menjadi seorang Muslim! Kerana menjadi manusia adalah sesuatu yang diCiptakan oleh Allah ﷻ. Menjadi bahagian dari suatu suku adalah sesuatu yang lain. Namun,(pilihan) bagi sesorang manusia itu untuk mengikuti Jalan Allah ﷻ ada di tangan orang itu sendiri. Jika seseorang menginginkannya, (maka) itu akan terjadi.

Oleh itu, mengawal ego dan menempuh Jalan Allah ﷻ adalah nikmat terbaik bagi seseorang. Ianya adalah faedah terbaik. Seseorang mesti bersyukar kepada Allah ﷻ bahawa Dia ﷻ Memberinya nikmat ini. Dia mestilah sentiasa bersyukur untuk itu, siang dan malam. Dia tidak seharusnya menyimpang dari jalanNya.
Semoga Allah ﷻ Menolong kita.

Semoga menjadi Mubarak atas anda, inshā’Allāh. Ramadhan belum berakhir. Insha'Allah, kita akan menemuinya. Seperti yang kami katakan, kebanyakan orang-orang pasti pernah terjumpa tetapi mereka tidak mengetahuinya. Kerana ada beberapa perkara yang telah diCipta oleh Allah ‘Azza wa-Jalla, jika seseorang terserempak dengannya, apa sahaja yang dikehendakinya akan berlaku. Perkara duniawi pun berlaku. Dan perkara-perkara ākhirah pasti berlaku jika kita berjumpa dengannya.

Oleh itu, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda bahawa doa terbaik yang kamu boleh lakukan ialah,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ والمُعافَاة 

الدّائِمة في الدّينِ والدُّنيا والآخِرَة

“Allāhumma innī as’alukal-‘afwa wal-‘āfiyata wal-mu‘āfātad-dā’imah fid-dīni wad-dunyā wal-ākhirah”
“Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepadaMu ampunan, kesejahteraan, dan kesihatan yang kekal dalam agama, di dunia dan di akhirat.”


Mohonlah ampun kepada Allah ﷻ, dan mohonlah kesihatan dan kesejahteraan. Semoga kesihatan kita berterusan dan berkekalan. Kesihatan adalah salah satu nikmat terbesar. Kesihatan dan kesejahteraan adalah nikmat yang besar. [Do’ā’] itu adalah penting agar kita tidak membebankan orang lain, untuk berkhidmat di Jalan Allah ﷻ dan untuk terus beribadat. Ianya mesti dikatakan sentiasa. Seseorang berfikir tentang wang, saya tidak tahu apa, tanah, kereta, dan lain-lain. Katakan apa sahaja yang anda mahu, tetapi yang paling penting ialah doa ini. Oleh itu, sesiapa yang mengucapkan do'a ini pasti akan menemuinya, dan dia akan hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera, dan Allah ﷻ akan Mengampuni kita, insha'Allah.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Cintailah Apa Yang Allah ﷻ Cintai 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 Mac 2025/ 25 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda,

الحب في الله والبغض في الله

“Al-ḥubbu fiLlāh wal-bughdu fiLlāh.”
Mencintai kerana Allah ﷻ, dan membenci kerana Allah ﷻ. Ini adalah perkara yang harus dilakukan oleh seseorang Muslim. Siapa yang dia cintai? Dia (Muslim itu) mencintai segala-galanya kerana Allah ﷻ. Jika dia mencintai sesuatu yang dicintai Allah ‘Azza wa-Jalla, dia mencintainya kerana Allah ﷻ. Tidak mencintai apa yang Allah ﷻ tidak cintai juga (adalah) untuk mencapai keredhaan Allah ﷻ.

Keadaan dunia ini - sudah tentu, ada perkara yang orang-orang sangat suka. Tidak boleh diterima untuk mengatakan mereka "mencintai" kesemua itu. Cinta adalah sesuatu yang indah. Tetapi jika ianya adalah untuk keredhaan Allah ﷻ, jika mengikuti kehendak Allah ﷻ, maka ianya diterima. Jika tidak seperti yang Allah ﷻ kehendaki, (maka) itu adalah salah. Ianya bukan cinta, ia adalah penderitaan, ia adalah siksaan, ia adalah kejahatan, ia adalah yang paling teruk.

Oleh itu, jika seseorang itu akan melakukan sesuatu, semua jenis perkara, hendaklah dia melihat sama ada ianya baik atau tidak. Adakah orang ini seorang yang baik untuk persahabatan? Adakah dia seseorang (yang layak) untuk dicintai? Patutkah dia dicintai? Ianya jelas dari keadaannya. Jika ada yang menjauhkan (diri)dia dari Jalan Allah ﷻ, ini bermakna mereka adalah orang yang tidak boleh dicintai. Dia adalah orang yang tidak dicintai oleh Allah ﷻ. Dan anda juga tidak sepatutnya mencintainya. Kenapa?
Kerana ianya tidak akan mendatangkan kepadamu melainkan kejahatan dan kesengsaraan. Jika dia seorang yang baik, kamu akan menyayanginya, kamu akan mendapati kebaikan dalam dirinya. Dia akan membantu anda, dan anda akan membantu dia juga. Kamu akan mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa-Jalla; anda dan dia (juga).

Anda mesti mencari orang yang anda akan kahwini. Mereka berkata, "Saya sangat menyayangi lelaki ini. Saya sangat menyayangi wanita ini." Okay, perempuan atau lelaki jenis apakah (mereka) ini? Mawlānā Shaykh Nāẓim pernah berkata, jika anda menyebut "pria/lelaki" maka dia tidak boleh diterima. Jika anda menyebut "lelaki budiman yang sejati", maka tidak mengapa. Ini adalah "pria/lelaki", yang bermaksud dia bukan perkara yang baik. Jauhi dia. Jauhi dia walaupun ego anda mahu. Perempuan ini (seorang yang) bagaimana?
Dia bukanlah wanita untuk didekati. Dia tidak mengenali Allah ﷻ mahupun Nabi kita ﷺ. Dia tidak mempunyai apa-apa dari agama dan imān. Dia tidak mempunyai apa-apa daripada kekeluargaan. Jauhi dia.
(Jika seseorang itu berkata)
"Saya (akan)mati kerana cinta saya."
Matilah, itu lebih baik. Ia adalah seribu kali ganda lebih baik (untuk anda) dengan menjauhi (perempuan seperti itu) daripada bersamanya. Jadi walaupun anda mati (kerana merinduinya kerana cinta), Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, sesiapa yang mati kerana cinta adalah syahid. Oleh itu, jauhilah mereka kerana Allah ﷻ. Jika anda menghadapi kesusahan (dengan) semua jenis perkara, itu akan meninggikan pangkat anda (disisi Allah).

Oleh kerana itu, ukuran ini, sebagaimana yang telah kami katakan, adalah Keridhaan Allah ﷻ. Anda akan melihat apakah dia adalah hamba yang diCintai Allah ﷻ atau tidak. Tentu saja, setiap orang adalah hamba Allah ﷻ. Sekalipun dia adalah hamba Allah ﷻ, Allah ﷻ tidak Mencintai semua orang, FirmanNya. Allah ﷻ tidak mencintai orang-orang yang berbuat jahat. Dia tidak mencintai orang-orang kafir. Dia tidak mencintai orang-orang yang tidak beriman.
Jika kita melihat orang-orang zaman sekarang, semua orang - Biarkan mereka datang ke Jalan Allah ﷻ. Kami akan mencintainya, dan menempatkannya di atas kepala kami. Namun jika orang tersebut adalah musuh Allah ﷻ, musuh agama, dan musuh manusia, kami tidak memiliki kewajiban.

Maka, inilah ukurannya. Kita akan mencintai orang yang diCintai oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Dan kita akan menjauhi orang yang tidak diCintaiNya. Ini bukan masalah mencintai atau tidak. Jauhi, maka selesai sudah. ​​Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Dan semoga Dia ﷻ memberi Petunjuk kepada manusia agar mereka termasuk orang-orang yang diCintai Allah ﷻ. Semoga mereka termasuk orang-orang yang diCintai kaum Muslimin, insha'Allah.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.