SufiHub (Bahasa)
159 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Bagaimana Untuk Capai Lailatul Qadr🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 Mac 2025/ 26 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Insha'Allah hari ini kita akan memuliakan malam ini dengan niat Lailatul Qadr. Itulah niat kita, Insha'Allah. Jika bukan malam ini, maka malam lain. Tetapi untuk menghormati malam ini, menghidupkan malam ini adalah dengan melakukan solat kerana Allah ﷻ, melakukan Qiyāmul-Layl, kemudian bangun untuk Tahajjud, bersaḥūr dan kemudiannya meneruskan ibadah. Itu sahaja, untuk menghormati malam. Memuliakannya walaupun tidak diketahui malam mana.

Allah ‘Azza wa-Jalla telah Memuliakannya. Dia ﷻ telah Memberikan kepada kita malam ini khusus untuk umat Nabi kita ﷺ. Lebih daripada seratus ribu Nabi-nabi lain, seratus dua puluh empat ribu nabi telah datang. Tiada seorang pun daripada mereka telah diberi penghormatan dan kebaikan sebanyak ini. Satu malam tidaklah lebih baik daripada seribu malam, tetapi (Allah ﷻ telah Jadikannya) lebih baik dan lebih unggul daripada seribu bulan. Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memberikan kebaikan seumur hidup dalam satu malam.

Mereka yang mengetahui akan nilainya sudah pasti mendapat bahagian mereka. Mereka menerimanya. Sama ada mereka melihatnya atau tidak, jika mereka melakukan perkara yang sama setiap malam, mereka mencapainya untuk kehormatan malam itu. Setiap tahun, dengan Izin Allah ﷻ, seseorang, seseorang Muslim mendapat kebaikan (yang nilainya) seribu tahun . Ini adalah satu penghormatan yang besar. Orang-orang meninggalkan ini dan mengikuti beberapa orang yang jahil. Mereka meninggalkan agama. Mereka tidak suka agama. Mereka fikir mereka akan mendapat sesuatu. Syaitan-syaitan yang mereka ikuti tidak memberi manfaat kepada mereka.

Nikmat-nikmat yang Allah ‘Azza wa-Jalla telah Berikan kepada kita: menjadi dari umat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah kemuliaan yang paling besar, keutamaan yang paling besar. Sesiapa yang menerimanya ﷺ(beriman kepada Baginda dan memuliakan Baginda ﷺ) akan mencapai darjat yang paling tinggi. Dia adalah seorang yang bertuah. Dia adalah seorang yang tahu akan nilai (sesuatu). Dia adalah seorang yang mengetahui permata. Dia (dapat) membezakan permata daripada najis. Ada yang menganggap najis lebih berharga. Dia jatuh kepada najis. Dia mengejar najis, tetapi ianya tidak memberi manfaat kepadanya. Kita mestilah ambil tahu akan nikmat yang Allah ‘Azza wa-Jalla telah Berikan kepada kita ini. Kita mestilah mengambil manfaat daripadanya.

Syukur kepada Allah ﷻ. Siapakah Umat Nabi kita ﷺ? Orang yang mengikuti Baginda ﷺ dan memuliakannya ﷺ. Orang-orang yang bukan dari umatnya: walaupun mereka adalah kerabatnya ﷺ, mereka adalah musuh Allah ‘Azza wa-Jalla. Bapa saudara Nabi kita ﷺ ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, Abu Lahab, bapa saudaranya yang sebenarnya berada di dalam neraka. Kenapa? Kerana dia seorang yang tidak bernasib baik. Sekiranya dia bernasib baik, Allah ﷻ akan Memuliakannya. Sungguh malang dia menjadi ahli neraka. Orang yang bertuah menghargai nasib ini. Dia (akan) bersyukar kepada Allah ﷻ siang dan malam. Dia tidak akan merosakkan ākhiratnya dengan mengejar orang lain. Ākhirat adalah kekal dan abadi. Dunia bersifat sementara. Seseorang yang menjual ākhirat untuk dunia adalah orang yang merugi (diri sendiri).

Oleh itu, malam ini adalah malam yang diberkati. Semoga Allah ﷻ Memberkati kita semua. Semoga Allah ﷻ Memberi kita hadiah-hadiah tersebut untuk niat kita pada malam ini menjadi Laylatul-Qadr. Semoga Dia ﷻ Memberikannya kepada kita pada mana-mana malam (sekali pun), insha'Allah. Semoga Dia ﷻ Mengurniakan kita rezeki itu. Syukur kepada Allah ﷻ.
Apakah itu Qiyāmul-Layl, menghidupkan malam? Ada yang berpusu-pusu menaiki kereta sehingga pagi, dari satu masjid ke masjid yang lain. Itu tidak perlu. Atau mereka solat di rumah hingga pagi tanpa tidur. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, jika kamu kerjakan solat ‘Isyak, maka (setelah itu) lakukanlah solat Qiyāmul-Lail dan bangunlah (pula) untuk tahajjud sebelum Subuh, (maka itu) seolah-olah kamu telah menghidupkan malam.

Maka, ianya tidak begitu sukar. Jangan susahkan. Agama Islam adalah kemudahan. Manfaatkan kemudahan itu. Kerana apabila ianya sukar, orang-orang tidak akan mengerjakannya. Mereka berkata, "Adakah saya akan berjaga sepanjang malam?" Walaupun mereka berjaga (sepanjang malam), mereka (dapat) bertahan selama satu atau dua hari (sahaja). Selepas itu, orang-orang tidak akan mampu bertahan. Itulah sebabnya, ianya mudah. Terdapat (solat) dua rakaat yang dipanggil Qiyāmul-Layl sebelum tidur. Apabila anda bangun untuk sahur, anda (kejakan) solat tahajjud dan anda akan (mendapat pahala) menghidupkan malam itu. Semoga Allah ﷻ Memberkatinya.

Semoga Allah ﷻ Memberikan keberuntungan dan iman ini kepada semua orang. Semoga Allah ﷻ Memberi Petunjuk kepada mereka. Pada bulan Ramadhan ini, jika mereka tidak memohon ampun atas kejahatan, kehinaan dan keburukan yang dilakukan terhadap Allah ﷻ, maka mereka akan mendapat azab yang besar. Mereka yang tidak menghormati Allah ﷻ dan berperang melawan Allah ﷻ pasti akan dihukum. Jika mereka memohon ampun dan bertaubat, itu adalah perkara lain. Tetapi jika mereka tidak melakukannya, mereka pasti akan menderita. Ada catatan segala sesuatu di sisi Allah ﷻ. Terdapat malaikat di kanan dan di kiri. Mereka menulis kebaikan dan keburukan (seseorang). Malaikat yang (menuliskan) kejahatan (seseorang)menunggunya untuk meminta ampun (kepada Allah) supaya dia dapat memadamkannya. Jika dia melakukannya, dia (malaikat) akan menghapuskan perbuatan buruk yang telah dia lakukan. Jika dia (seseorang itu) tidak (bertaubat), dia (malaikat) akan menunggu dan akhirnya ianya akan ditulis. Jika dia tidak meminta ampun sehingga akhir hayatnya, dia akan mendapati hukumannya di negeri ākhirat. Ianya tidak akan memberi manfaat kepadanya di dunia. Semoga Allah ﷻ Memberi Petunjuk kepada kita semua, insha'Allah.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Doa' untuk Hari Jumaat terakhir dalam Bulan Ramadhan🌹
🌹Sesiapa yang ingin berpuasa selama 6 hari di bulan Syawwal, bolehlah berniat sekarang kerana akan mendapat pahala lebih apabila berniat di bulan Ramadhan, boleh juga niatkan untuk berbuat baik dan beramal, maka pahalanya juga akan belipat ganda jika kita berniat di bulan Ramadhan 🌹
🌹29 Mac - Hari Lahir Mawlana Shaykh Muhammad Adil ق

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم

Hari ini, kita menyambut ulang tahun ke-68 yang diberkati Grandshaykh ke-41 Rantaian Emas Naqsyabandi, pembimbing tercinta kita, Mawlana Shaykh Mehmetق.

“Syaikh Muhammad Effendiق, ini singaku.
Dia adalah singa, tetapi dia tetap tersembunyi dan tertutup.
Semoga Allah menambah kebesaranmu.
Hari demi hari, katakan, Allahu Akbar."
- Mawlana Syaikh Nazimق


Semoga Allah ﷻ Merahmati Mursyid kita yang mulia ini dengan umur yang panjang, sihat dan kuat, untuk membimbing kita ke zaman Sayyidina Mahdi (as).

Semoga Allah ﷻ terus Meninggikan Maqamnya, Melindungi dan Memelihara keluarga mulianya, dan menempatkan kita dalam pergaulan yang dirahmatinya, di dunia dan akhirat.

Semoga kita tetap teguh dalam ketaatan, tidak goyah dalam kesetiaan, tidak pernah jatuh ke dalam kemaksiatan atau pengkhianatan.

Semoga Allah ﷻ Memberi kita pemahaman yang mendalam tentang semua Sohbah dan ajaran beliau.

Dengan penuh cinta dan kesyukuran, kita hadiahkan pahala bacaan Surah Al-Fatihah dan membacakan Selawat hari lahir yang tulus untuk Mursyid tercinta.

💚💚💚
🌹Jika Kamu Mencintai Allah ﷻ Maka Ikutilah Nabi ﷺ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Mac 2025/ 27 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١

‘Qul in kuntum tuhibbuna Llāha fāttabi‘ūnī yuhbibkumu Llāh wa-yaghfir lakum dhunūbakum, wa Allāhu Ghafūrun Rahīm’
Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah Mencintaimu dan Mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Qur’ān 03:31). Ṣadaqa Llāhul-‘Aẓīm.

Darjat Nabi kita ﷺ adalah darjat yang paling tinggi di sisi Allah ﷻ. Oleh itu, dikatakan dalam Al-Qur’an ‘Aẓīmu sh-Sha’n, jika anda mencintai Allah ‘Azza wa-Jalla, (maka) ikutilah Nabi kita ﷺ. Pergilah ke Jalan Baginda ﷺ. Jika anda mengikuti Jalan Baginda ﷺ, Allah akan mencintai anda.

Matlamat yang paling penting dalam hidup kita mestilah agar Allah ﷻ Mencintai kita. Jika Allah ﷻ Mencintai kita, semuanya mudah, semuanya adalah baik. Tiada yang lebih indah daripada Allah ﷻ Mencintai anda. Oleh itu, mengikuti Jalan Nabi kita ﷺ, mencintai Nabi kita ﷺ, mengagungkan Baginda ﷺ dan memuliakan Baginda ﷺ adalah bermanfaat bagi manusia.

Orang yang paling dicintai adalah Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Orang bukan Islam kata mereka suka ini dan itu. Tetapi tidak ada cinta seperti dalam Islam. Mereka mempunyai cinta yang menarik kepada ego mereka. Cinta dalam Islam adalah cinta yang mengakhiri ego. Cinta dalam Islam itu bukanlah dari ego.

Oleh itu, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, “Jika kamu berselawat dan salam kepadaku, aku menerima salammu dan aku membalas salam,” sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Jadi, ini adalah rahmat yang besar. Anda membuat selawat dan salam, dan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menjawab anda. Dia ﷺ memberi salam kepada anda. Tiada yang lebih indah dari ini.

Oleh itu, orang yang paling dicintai di dunia adalah Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Tidak ada orang yang dicintai selain Nabi kita ﷺ. Kerana mereka yang mengikuti Jalannya ﷺ itu dicintai, dan mereka yang tidak mengikuti Jalan Baginda ﷺ itu tidak dicintai. Ini adalah sesuatu yang Allah ﷻ telah berikan kepada manusia, kepada jiwa mereka. Ia adalah cinta rohani dan cinta yang murni hakiki. Inilah cinta sejati. Cinta yang lain adalah cinta (berbentuk) manfaat. Mereka (yang selain) itu tiada guna. Mereka (yang selain itu) itu tidak mempunyai nilai. Yang berharga adalah cinta yang abadi, cinta Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dengan Izin Allah ﷻ.

Di bulan-bulan yang penuh keberkatan ini, kita melakukan lebih banyak perkara demi Nabi kita ﷺ, untuk keredhaan Baginda ﷺ dan keredhaan Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Menerima amalan kita semua. Semoga Dia ﷻ Meningkatkan cinta kita, bukan untuk ego kita tetapi untuk Nabi kita ﷺ. Mencintai Nabi kita ﷺ adalah wajib bagi kita. Ia adalah wājib. Ia adalah kebaikan. Hendaklah kita mesti ketahuinya.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, “Kamu tidak mempunyai iman yang benar melainkan (apabila) kamu mencintaiku lebih daripada dirimu sendiri, ibumu, ayahmu dan dunia.”
Anda boleh menjadi seorang Muslim - Sekarang ada orang yang ditipu oleh syaitan dan mengatakan mereka adalah Muslim, tetapi tidak menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Mereka fikir menunjukkan penghormatan yang lebih banyak adalah perkara yang tidak baik. Mereka katakan bahawa menunjukkan penghormatan yang tinggi adalah syirik. Saya tidak tahu apa yang mereka katakan juga.
Mereka menakutkan orang-orang dan menghalang orang ramai daripada menerima kebaikan itu. Mereka menghalangi orang-orang daripada memperoleh thawab (pahala), (menghalang orang-orang)daripada mendekatkan diri kepada Allah ﷻ, daripada menjadi salah seorang hamba yang dikasihi Allah ﷻ. Mereka menghalang orang-orang dengan helah ini.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Orang Islam tidak boleh mengikuti mereka. Apa yang benar ialah semakin anda memuliakan Nabi kita ﷺ, semakin tinggi pangkat (kedudukan anda disisi Allah), semakin banyak pahala yang anda (akan) perolehi. Semoga Allah ﷻ Menambah kecintaan kita kepada Baginda ﷺ, seperti yang kita katakan. Semoga kita lebih memuliakan Baginda ﷺ, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Malam Hari Raya Eidul Fitri🌹

السلم عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله


Malam ini di Singapura, pada azan Maghrib, kita mengucapkan selamat tinggal Ramadhan.

Lihatlah ke langit dan baca doa anak bulan di Maghrib. Malam hari raya adalah malam yang sangat diberkati untuk berjaga, kerana ia adalah malam pembahagian pahala.

Tidak ada Terawih malam ini, kita bertakbir sebagai hiasan malam ini.

“Barangsiapa yang berjaga di malam hari raya, maka hatinya akan tetap hidup, ketika hati-hati yang lain telah mati.”
- Hadits


Eidul Fitri bermaksud - kembali kepada fitrah kesucian. Itu meringkaskan tentang Ramadhan dan perayaan ini - bersyukur kerana Allah telah membimbing kita kembali ke jalan penyucian diri, dan seterusnya mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada hari raya, banyak sunnah yang harus dilakukan, termasuk:

Solat Hari Raya Aidilfitri Terbaik dilakukan secara berjemaah di masjid kerana banyak keberkatannya. Namun, jika terlepas, boleh solat di rumah pada bila-bila masa sebelum azan Zuhur esok.

Solat Sunnat Khusoma Solat ini boleh dilakukan malam ini tetapi, paling baik dilakukan esok, antara Zuhur dan Asar.

8 raka’at Solat Sunnat Syawal Solat Sunat khas untuk dilakukan pada bila-bila masa di bulan Syawal. Jika boleh, selesaikan malam ini sekiranya anda terlupa nanti.

Doa-doa ini diajarkan oleh Syaikh Abdul Qadir Jilaniق.

Nota-nota ibadah malam hari raya, hari raya, dan syawal boleh didapati di pautan dibawah ini.

https://sufihub.com/last-days-of-ramadhan-night-of-eid-syawal-practices/

Anda boleh menukarkan bahasanya kepada bahasa indonesia melalui pada butang sebelah kanan diatas dalam pautan ini.

Rasulullah ﷺ meringkaskan bagaimana kita harus menghabiskan hari raya dengan hadits yang indah:

"Hiasilah hari raya kamu dengan Takbir (Allahu akbar), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (Lailahaillallah), Tasbih (Subhanallah) dan Sedekah."

Juga cuba selesaikan,

6 Hari Puasa Syawal Adalah lebih baik untuk memulakan puasa 6 hari sehari selepas Aidilfitri, tetapi ini mungkin tidak mungkin untuk semua, kerana anda mungkin melawat.

Jadi mulakan puasa enam hari anda pada bila-bila masa sesuai.

Hari ke 7 Syawal adalah hari yang paling penting untuk berpuasa, kerana 8 Syawal adalah Eidul Abrar, Hari Raya bagi Para Awliya orang-orang suci. Anda boleh menyambut Eidul Abrar walaupun anda belum menyempurnakan puasa enam hari.

Kepada anda semua, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal ‘Aidin wal Fa’izin.
Semoga hari raya anda mendapat keberkatan dan kegembiraan.

💚 Wassallam.
🌹Doa ketika Melihat Anak Bulan🌹
🌹30 Mac - Urs /Haul Almarhum Shaykh Raja Ashman Shahق🌹

ق السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
بسم اللّه الرحمن الرحيم

Tanggal 30 Mac menandakan haul/uroos Shaykh Raja Ashman Shahق yang dikasihi, yang telah kembali kepada Tuhannya pada tarikh ini pada tahun 2012.

Beliau diingati sebagai, 'Sultanul Quloob' (Raja Qolbu), kerana beliau mendedikasikan hidupnya di Jalan Allah ﷻ di Jalan Naqsyabandi, beliau berkerja tanpa jemu bekerja untuk menyebarkan cahaya Islam , cahaya Naqshabandiyyah ke seluruh Asia Tenggara.

Mawlana Shaykh Nazimق memberi penghormatan kepadanya dengan pujian yang tertinggi, dengan menyatakan bahawa beliau telah berlalu dari dunia yang sementara ini sebagai salah satu daripada 40 Wali Abdal, yang mencapai Maqom yang tidak pernah daripads murid-murid beliau yang lain telah capai di Jalan ini sebelum ini.

Hari ini, kirimkan hadiah Surah Fatihah, Maulid dan Tahlil, untuk Khalifah yang mulia ini, yang sangat dikasihi oleh Mawlana Shaykh Nazimق.

Semoga Allah ﷻ menerima amalnya, memberikan pahala yang berlipat ganda dan diRedhai selamanya. Dan semoga kita, dengan rahmat Allah yang tidak terhingga, dikumpulkan bersamanya dan semua Guru-guru Naqsyabandi kita, dalam kumpulan orang-orang soleh, untuk selama-lamanya.
Aameen.

Daulat Tuanku.

Dengan cinta,
Al-Fatihah.
💜💜💜
🌹Īd (Hari Raya) Adalah Hadiah Daripada Allāh 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 Mac 2025/ 28 Ramadan 1446 Lefka, Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh. A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman di dalam Ayatul-Karīmah ini,

وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ١٨٥

“Wa Litukmilū Al-Iddata Wa Litukabbirū Allaha Alá Mā Hadākum”,
" Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."
Terdapat masa [khusus] untuk bulan Ramadhan. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman hendaklah kamu menyempurnakannya. Dan setelah kamu menyelesaikannya, ia adalah ‘Īd. Dalam ‘Īd (Hari Raya), kamu bertakbir dan bertahlil.

Terdapat dua ‘Īd (Hari Raya) bagi orang-orang Islam. ‘Īd di dunia ini adalah dua ‘Īd. Yang pertama ialah ‘Īd Ramadhan (‘Īdul-Fiṭr), dan ‘Īdul-Aḍḥa. Ada hari kebesaran lain yang mereka reka supaya orang ramai tidak menghargai kedua-duanya ini. Mereka membuat banyak hari kebesaran. Sungguh, nenek moyang kita berkata dengan indah, "Setiap hari adalah hari kebesaran bagi orang gila." Apabila anda tidak berfikir, anda tidak tahu hari-hari suci/ hari kebesaran. Hari raya yang mesti dikenali sebagai hari raya adalah hari raya yang diAnugerahkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada kita. Mereka adalah ‘Īd Ramadhan (Hari Raya Aidilfitri) dan ‘Īdul-Aḍḥa ini.

Memuliakan hari-hari ini adalah (bermaksud) mencapai keredhaan Allah ﷻ. Tidak menghargai mereka membahayakan seseorang. Walaupun tidak ada kemudaratan material, terdapat kemudaratan rohani. Mereka tidak menghormati atau menghargai apa yang telah dikurniakan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada kita. Sedangkan yang mesti dihargai hanyalah apa yang diKehendaki dan diCintai oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla. Inilah yang mesti dihargai. Nilainya sangat besar. ‘Īd ini dihargai di dunia dan lebih dihargai di negeri ākhirat.

Sudah tentu, bagi orang-orang-orang pada hari ini, tiada apa yang bernilai lagi. Tiada apa-apa yang mempunyai nilai lagi; bukan wang, bukan emas, bukan sepatah kata, bukan kehormatan, bukan kebaikan. Tiada apa-apa yang mempunyai nilai untuk orang-orang ini. Mereka berkata, "Inflasi". Semuanya telah mengalami inflasi dan hilang. Tiada nilai yang tinggal. Sehingga tiga puluh tahun yang lalu, seseorang boleh dengan mudah menghabiskan sebulan dengan satu syiling emas. Sekarang, seseorang tidak boleh menghabiskan masa seminggu dengannya. Dia hampir tidak dapat melalui hari itu. Itulah sebabnya, tiada apa-apa yang mempunyai nilai lagi di dunia. Seseorang itu hendaklah mengetahui nilai ākhirat supaya dia mendapat manfaat daripadanya.

Syukur kepada Allah ﷻ, hari-hari indah ini telah berlalu. Orang-orang beriman mempunyai hari-hari yang indah. Sungguh indah bagi mereka yang beriman, mereka yang beragama Islam dan mengerjakan ibadat. Tidak kira berapa banyak masalah yang ada, ia tidak memberi kesan. Demi kebaikan dan keindahan Ramadhan, Allah ﷻ meliputi mereka semua. Tetapi ada pengecualian. Mereka yang memusuhi Islam tidak pernah mendapat keselesaan. Mereka tidak ada kebaikan. Mereka yang memusuhi Allāh ‘Azza wa-Jalla, mereka yang berperang dengan Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak akan dapat memperoleh kebahagiaan. Ada kedamaian dalam Islam. Adanya kebahagiaan. Adanya kecantikan. Setiap kebaikan ada dalam Islam. Islam adalah anugerah kepada manusia dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Islam adalah Petunjuk dan
Anugerah. Oleh itu, mereka yang mengikuti Islam dan menghargai Islam mendapat nilainya.
Seperti yang kita katakan, penghujung Ramadhan, syukur kepada Allah ﷻ, adalah ‘Īd. Setiap hari adalah seperti 'Īd pula. Masha’Allah semua orang merasakan anugerah, manifestasi dan keindahan Allah ﷻ di dalam hati mereka. Walaupun seseorang kadang-kadang merasa sukar pada siang hari, kesusahan itu menjadi keindahan. Ada kelegaan di dalam diri seseorang, ada kebahagiaan. Dia tidak merasakan apa-apa yang buruk. Dia tidak merasakan apa-apa yang tidak baik. Pada waktu petang, sebagaimana sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, kegembiraan dan kebahagiaan seorang mukmin itu, tidak ada manusia yang dapat menjumpainya. Mereka yang tidak berpuasa tidak dapat menemuinya.

Semoga Allah ﷻ Memberkati hari-hari ini untuk kita. Mereka telah lulus. Semoga Allah ﷻ, insha'Allah, Menganugerahkan kita untuk mencapai tahun depan, dan untuk seluruh dunia menjadi Muslim, dengan Mahdi ‘alayhis-salām,
inshā’Allāh. Kita mempunyai harapan. Kerana dunia tidak bertambah baik, ia semakin teruk. Orang yang akan menyelamatkannya ialah orang yang dikhabarkan oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, (iaitu) Mahdi ‘alayhi s-salām. Inshā’Allah, kami menunggunya. Semoga Allah ﷻ segera Menghantarnya, inshā’Allāh.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Hadiahkan pahala bacaan tasbih SubahanAllahi wabihamdiHi 300 kali kepada seluruh para Arwah orang-orang beriman yang telah meninggal dunia pada Hari Raya ini, dan ketika kita meninggal dunia, nescaya Allah ﷻ akan Berikan cahaya kepada kuburan kita🌹
🌹Kumpulkan Air Hujan bulan April yang diberkati

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

بسم اللّه الرحمن الرحيم الحمدللّه

Hari ini 1 April dan Hajjah Aminaق telah mengajar kita untuk mengumpulkan air hujan pertama pada bulan April di dalam periuk besar, mangkuk, bekas, kemudian simpan dan minum dalam kuantiti yang sedikit bersama doa mengikut keperluan.

"Bulan musim bunga yang paling berharga ialah April, dan ada hikmah dan sebab mengapa bulan itu begitu istimewa. Ianya telah dipilih untuk mempunyai kualiti seperti itu kerana Penghulu sekalian  Nabi iaitu Nabi Muhammad ﷺ, Yang Paling Dikasihi yang mana untuk kemuliaan  Baginda ﷺ  segala sesuatu diCiptakan, telah dilahirkan pada bulan April!

Jika tidak hujan pada bulan April, Bumi akan menjadi kering dan tiada lagi yang akan tumbuh di atasnya!

Apabila titisan hujan April itu turun, ikan di lautan pun akan timbul , membuka mulut mereka untuk mencapai hanya setitis hujan yang diberkati itu dan menunggu di permukaan lautan. Allahu Akbar, semua makhluk ciptaan sedang menunggu untuk mencapai Gelombang Rahmat Ilahi itu!”
- Mawlana Syaikh Nazim ق ❤️

Bacalah Sohbah penuh Mawlana di pautan ini :

https://sufihub.com/you-must-take-blessings-from-aprils-rain/

Wassalam.