🌹Ramadhan ke-3 - Uroos/Haul Mawlana Shaykh Khas Muhammad Sirwaniق 🌹
Ramadhan ke-3 menandakan haul/uroos pemergian Mawlana Shaykh Khas Muhammad Sirwaniق.
Beliau adalah Grandshaykh ke-33 dari Rantaian Emas Naqsyabandi.
“Allah Yang Maha Kuasa tidak Menurunkan sesuatu apapun ke Bumi ini, melainkan sebagai pengajaran bagi hamba-hamba-Nya.”
“Tarekat Sufi Naqsyabandi ini didasarkan pada empat ciri-ciri perilaku:
• tidak bercakap kecuali apabila ditanya
• tidak makan kecuali dalam keadaan lemah kerana lapar
• tidak tidur kecuali apabila ditimpa keletihan
• dan tidak berdiam diri ketika berada di hadapanNya (iaitu memohon doa kebaikan tanpa henti daripada Allah).”
“Bagi Kami, tiada sempadan. Kami boleh berada di mana-mana, dan di semua tempat pada bila-bila masa.”
- Mawlana Shaykh Khas Muhammad Sirwaniق
Hadiahkanlah pahala bacaan Surah Al-Fatiha dan Surah Yasin kepada Grandsyaikh Rantaian Emas kita yang ke-33, malam ini.
Dengan Penuh rasa Kasih Sayang, Al-Fatiha 🌹

❤2
🌹Ramadhan ke-3 Urus/Haul Sayyidā Fāṭimah az-Zahrāʾ
Tanggal 3 Ramadhan menandakan Uroos/Haul yang diberkati Sayyidā Fāṭimah az-Zahrāʾ (Salāmullāh ʿAlayhā), puteri kesayangan Sayyidunā RasūlAllah ﷺ.
Di antara semua para aṣ-Ṣaḥābah, tidak ada yang menyerupai Rasulullah ﷺ lebih daripada Sayyidā Faṭimah.
Beliau adalah lambang kesucian, pengabdian, dan kekuatan, contoh yang bersinar terang tentang bagaimana menjadi seorang anak perempuan, seorang isteri, dan seorang ibu.
Ketika Sayyidā ʿAʾisha (Salāmullāh ʿAlayhā) ditanya, "Siapakah yang paling dicintai oleh Rasulullah ﷺ?" Beliau menjawab, “Fāṭimah.”
Malam ini, hadiahkanlah pahala bacaan Surah
Al-Fatihah untuk roh beliau yang dirahmati. 💜
Kami memohon kepada Allah ﷻ untuk memberi kami kehormatan untuk berada di bawah perlindungan beliau pada hari kiamat.
Wassalam.

🌹Siri Ramadhan 5🌹
Hargailah Setiap Detik di Bulan Ramadhan
(17.03.2023)
🌹Dalam ingatan kasih sayang Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan🌹
Dalam Sohbah beliau ini , Almarhum Sheikh Abdul Sattar mengingatkan kita bahawa Ramadhan adalah bulan istimewa yang penuh dengan keberkatan yang tidak terkira banyaknya, tetapi terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.
Pada Selalunya, orang-orang kurang menghargai masa, kesihatan dan nikmat yang mereka miliki, mereka hanya menyedari betapa bernilainya kesemua itu sebaik sahaja mereka kehilangannya. Kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata, jadi kita harus menghargai Bulan Suci ini dan mengambil kira setiap detik.
1. Keberkatan Majlis Perhimpunan Yang Berkaitan Agama
Perhimpunan yang berkaitan agama membawa ganjaran rohani yang besar, sehingga kadang-kala ianya membawa kepada pengampunan kepada kita sepenuhnya.
Kisah pencuri yang berdosa dan lelaki yang disentuh oleh debu menyerlahkan betapa hubungan kecil dengan perhimpunan sedemikian boleh membawa kepada Rahmat Allah.
2. Ramadhan: Masa untuk Bertindak, Bukan Sekadar Belajar
Rejab, adalah bulan dimana benih ditanam.
Pada bulan Sya'ban, hujan yang menyebabkan benih ini bercambah.
Dan Ramadhan ini adalah bulan menuai.
3. Mengatasi Ego
Puasa yang benar bukan hanya tentang menahan diri dari makanan tetapi juga dari tidur yang berlebihan, pertuturan, dan dari perkara yang melalaikan.
Hanya tinggal satu tabir antara hamba dan Tuhannya pada waktu berbuka puasa, maka berdo'alah dengan ikhlas sebelum berbuka, kerana doa pada waktu ini mudah diterima. Bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi doa untuk keturunan anda juga.
4. Awas Pencuri Masa
Gangguan media sosial (TikTok, Facebook, Instagram) dan aktiviti yang tidak perlu boleh mencuri waktu Ramadhan yang berharga, yang membawa kepada penyesalan.
5. Mengenali Ilham Ilahi vs Bisikan Syaitan
Adalah penting untuk mempelajari cara membezakan antara bimbingan ilahi yang sebenar dan bisikan syaitan yang menipu untuk mengelakkan daripada disesatkan.
6. Mencari Lailatul Qadr dan Memanfaatkan Ramadhan
Laylatul Qadr boleh jatuh pada mana-mana malam, bukan hanya dalam sepuluh hari terakhir. Oleh itu, jangan tunggu malam-malam ganjil yang terakhir; mulalah mencari Lailatul Qadr dari malam pertama Ramadhan.
Kita hendaklah bijak menguruskan masa, dan mengutamakan ibadah daripada terjebak dengan persiapan hari raya.
Janganlah lalai.
Mawlanaق berkata, perlakukan semua orang sebagaimana mereka itu adalah Sayyidina Khidir Alaihisalam dan perlakukan setiap malam sebagaimana setiap malam itu adalah Lailatul Qadr.
Anda boleh membaca ringkasan Sohbah beliau di sini:
https://sufihub.com/treasure-every-moment-of-ramadhan
Anda boleh menonton video penuh di pautan ini:
https://www.youtube.com/watch?v=tkQy-gYkuX0
Semoga Allah mengampuni kekurangannya, melimpahkan rahmat, rahmat, dan cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya selama hayatnya.
Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang paling dekat dengan Allah ﷻ.
Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

SufiHub - Tariqatul Naqshbandiyyatil Aliyyah (Sheikh Muhammad 'Adil)
Treasure Every Moment of Ramadhan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم In Loving Memory of Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan – Ramadhan Series Here is a short synopsis of a Sohbah given by Almarhum Sheikh Ab…
❤3
🌹Hendaklah Anda Memangkas Untuk Menuai Hasil🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 01 March 2025/ 01 Ramadan 1446
solat subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fil-Jam‘iyyah.
A‘ūdhu biLlāhi minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ
(Qur’ān 02:185). ‘Shahru Ramađāna Al-Ladhī 'Unzila Fīhi Al-Qur'ānu Hudan Lilnnāsi Wa Bayyinātin Mina Al-Hudá Wa Al-Furqān’, ‘
"Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Alquran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)." SadaqaLlāhul-‘Aẓīm.
Allāh ‘Azza wa-Jalla didalam Qur’ān ‘Aẓīmush-Shan memuliakan bulan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan turunnya barakah. Ia adalah bulan hidayah. Ia adalah bulan barakah untuk umat Islam, untuk manusia, untuk semua orang. Ia adalah bulan petunjuk, Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Nabi kita ﷺ juga menyebut bulan Ramadhan sebagai bulan barakah. Amalan soleh, sedekah dan ibadah yang dilakukan pada bulan ini dibalas dengan seratus hingga tujuh ratus, lapan ratus thawab (pahala) dan lebih. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, Aku memberi sebanyak yang Aku Kehendaki tanpa memberitahu berapa banyaknya. Tetapi ianya sekurang-kurangnya seratus kali lebih banyak daripada bulan lain. Ianya lebih mulia daripada bulan-bulan lain.
Oleh itu, seperti yang kami katakan, berikan zakat pada bulan ini. Ianya boleh diberikan pada bila-bila masa, tetapi apabila ia diberikan pada bulan Ramadhan, seseorang mendapat lebih banyak pahala dan tidak mencampur-adukkan masanya. Anda boleh memberi zakat dalam mana-mana bulan dalam setahun tetapi kerana bulan ini lebih mulia anda tidak akan bercampur aduk. "Adakah saya memberikannya bulan ini, atau bulan itu?" Dengan mengikuti pengiraan ini, ianya akan diberikan dari Ramadhan ke Ramadhan. Zakat tidak mengurangkan harta. Harta akan berlipat ganda daripada (barakah) zakat. Jangan fikir, "Saya akan memperoleh sesuatu dengan mengambilnya secara tidak adil." Anda tidak akan mendapatkan itu. Kerana ianya bukan lagi hak anda. Yang dimaksudkan dengan Nisāb ialah orang yang mempunyai cukup [jumlah] wang selepas setahun berlalu hendaklah membayarnya. Jika dia tidak membayarnya, dia akan melanggar hak.
Sebagai contohnya, apabila pokok menjadi besar, mereka berkata, “Mari kita tinggalkan pokok ini. Janganlah kita memangkasnya.” Mereka melakukan sesuatu supaya ianya membuahkan hasil yang banyak. Jika anda tidak mencantasnya, buah akan menjadi kecil atau ianya akan menjadi buruk. Jika anda memangkasnya, anda meninggalkan separuh daripada pokok besar. Buah-buahan yang diberikannya keluar dengan cantik; ianya menjadi baik. Ianya menjadi mudah untuk dituai. Ianya sebenarnya menghasilkan lebih banyak buah. Orang-orang berfikir, "Saya memangkas pokok itu, banyak yang akan hilang." Manakala jika anda tidak memangkasnya, ianya akan menghasilkan (buah) dengan kurangnya. Anda tidak boleh mencapai ke dalamnya dari duri. Anda tidak boleh mendapat manfaat daripadanya. Zakat pun sama. Ianya menambah harta, menjadikannya barakah kerana anda akan mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa-Jalla dan keredhaan Nabi kita ﷺ. Anda juga akan memberikan hak mereka kepada orang-orang miskin.
Oleh itu, pada bulan ini - ia mesti dikatakan terlebih dahulu: seseorang harus mengatasi egonya. Jangan dikalahkan oleh ego anda. Jangan tertipu dengan ego anda. Jangan tertipu oleh syaitan.

Shayṭān dan ego berkata, “Kamu akan memberi sebanyak ini, di mana kamu akan mendapatkan?” Apatah lagi memperoleh pendapatan, mereka memberitahu anda bahawa anda akan rugi. “Kamu rugi sangat. Kamu membayar begitu banyak ribu lira, "orang itu menganggapnya banyak. Sedangkan jika Allāh ‘Azza wa-Jalla Memberimu, maka Dia ﷻ Memberikannya kepadamu agar kamu mendapat manfaat darinya. Jika kamu tidak memberikannya, maka Allāh ‘Azza wa-Jalla akan Memotongnya untuk kamu atau mengeluarkannya dari tempat lain. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Jika anda tidak memberikannya, seperti yang kami katakan - apatah lagi meningkat dan berkurangan - Ia akan keluar dari tempat lain. Anda akan membayar sepuluh kali ganda. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Mereka tidak akan peduli kemudian. Apabila orang dalam kesusahan atau sesuatu berlaku, mereka memberikannya tanpa berkelip mata. Tetapi apabila mereka selesa, apabila ia adalah Perintah Allāh ‘Azza wa-Jalla, sedangkan orang bodoh berkata, “Saya akan berikan sekarang, saya akan berikan kemudian,” sudah terlambat. "Kami terlupa dan masa telah berlalu."
Kita mestilah berhati-hati tentang itu. Setiap orang berpuasa di bulan Ramadhan. Semua orang bersolat. Sudah tentu, seperti yang kami katakan, apabila kami mengatakan semua orang: kebanyakan orang tidak solat, mereka tidak berpuasa - itu tidaklah penting. Tetapi walaupun orang yang berpuasa, susah bagi mereka untuk mengeluarkan zakatnya. ‘Ālim, hojjah, Syaikh, ḥajji, hojjah: itu sukar walaupun bagi mereka. Anda tidak boleh mengatakan bahawa mereka seratus peratus memberikannya. Seseorang mesti mengatasi egonya supaya dia boleh memberikannya. Semoga Allah ﷻ Memberi dan marilah kita memberi, inshā’Allah. Semoga kita tidak tertipu oleh ego kita, inshā’Allāh.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

❤1👍1
🌹Hari Haul Grandshaykh Abdullah ق🌹
Hari ke 4 Ramadhan menandakan Haul/Uroos pemergian Grandsheikh Abdullah Al Faiz Dagestaniق. Ingat Grandshaykhق dengan yang berikut:
✅ Niatkan dengan rendah hati membuat ziarah Rohani ke Maqamnya di Syams Shareef.
✅ Bacakan dan Hadiahkan pahala bacaan
1 Surah Fatihah dan 3 Surah Ikhlas untuknya, ucapkan salam kepadanya, dan mintalah agar dipakaikan pakaian dari cahayanya, Himmat dan Madadnya, melalui Mashaikh besar Naqsybandi yang masih hidup di zaman kita, iaitu Syaikh Muhammad Adilق.
✅ Bacakan dan hadiahkan pahala Surah Yasin dan pahala bacaan Tahlil dengan penuh kasih sayang kepadanyaق.
✅ Mintalah agar kita dikumpulkan bersamanyaق dan semua Para Mashaikh Naqsyabandi kita dari Rantaian Emas, pada hari kiamat nanti.
Dengan kasih sayang,
Al-Fatiha.
Ketahui lebih lanjut tentang kehidupan Awliya yang hebat ini di pautan ini:
https://sufihub.com/4th-ramadhan-urs-of-grandshaykh-abdullah-al-faiz-ad-dagestani-%D9%82/

4th Ramadhan: Urs of Grandshaykh Abdullah al-Faiz ad-Dagestaniق
39th Master of the Naqshbandi ‘Aliyyah Golden Chain, Grandshaykh Abdullah al-Faiz ad-Dagestaniق Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm Du’a of Grandshaykh Abdullah al-Faiz ad-Daghestaniق “O my L…
❤4
🌹Siri Ramadhan 6🌹
Fadhilat Besar Bulan Ramadhan
(18.03.2023)
🌹Dalam ingatan kasih sayang Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan🌹
Dalam Sohbah beliau ini, Almarhum Sheikh Abdul Sattar merenung tentang pentingnya Ramadhan, menonjolkan keberkatan dan karunia ilahi, turunnya al-Quran, dan kekuatan menuntut ilmu secara berterusan.
Beliau berkongsi banyak Hadis tentang pahala puasa dan ibadat, mendorong kita untuk menghampiri bulan yang mulia ini dengan berbakti dan memberikan usaha yang terbaik.
Akhir sekali, beliau mengingatkan kita bahawa Ramadhan bukan sekadar ibadah peribadi, tetapi untuk meluangkan masa bersama keluarga dan termasuk mereka juga dengan beribadah bersama-sama.
1. Turunnya Al-Quran
Al-Quran diturunkan secara keseluruhannya dari Lauh Mahfuz sehingga ke langit yang paling rendah pada Lailatul Qadr. Dari situ, ianya diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ.
Detik ini mengubah segala-galanya kerana ianya memberikan bimbingan dan pengetahuan untuk semua manusia, melalui perkataan bertulis.
2. Perintah untuk Membaca
Wahyu pertama ialah 'Iqra' - untuk Membaca.
Al-Quran adalah Ummul Kitab (Ibu kepada semua Kitab Suci), dan AwliyaAllah telah menulis secara meluas dari hikmahnya, yang mana kita boleh mendapat manfaat daripadanya jika kita konsisten dengannya (membacanya dan mengambil pelajaran darinya.)
3. Membaca untuk Pertumbuhan Rohani
Untuk mencapai kehambaan yang sebenar, kita mesti membaca, merenung dan belajar daripada ulama dan Awliya yang terkemuka.
Mendengar Sohbah sahaja tidak mencukupi; kita perlukan ‘bahan mentah’ juga, hikmah yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, untuk benar-benar memahami dan maju dalam perjalanan kita.
Kita harus menggalakkan dan menyediakan sumber untuk anak-anak kita untuk memupuk tabiat ini juga.
4. Keluarga dan Ibadah
Ramadhan harus diraikan bersama-sama dengan keluarga, jadi kita harus berusaha untuk meluangkan masa bersama mereka (sahur, berbuka puasa, berdoa, dan Terawih bersama).
Pada akhirnya, matlamat utama kita adalah untuk bersama orang tersayang kita di Jannah. Oleh itu, kita mestilah membimbing dan menyokong satu sama lain di bulan yang penuh barakah ini.
5. Solat Terawih
Perbahasan 8 vs. 20 rakaat ini wujud kerana Nabi ﷺ kadangkala solat secara tertutup bersama keluarganya.
Dengan mengikuti para Awliya, kita melakukan 20 rakaat sambil menggalakkan penyertaan keluarga. Mawlanaق baru-baru ini membicarakan perkara ini dalam Sohbahnya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka"
(Al-Quran , Surah At-Tahrim
ayat ke 6)
Anda boleh membaca ringkasan Sohbah beliau di pautan ini:
https://sufihub.com/the-immense-fadhilat-benefits-of-ramadhan
Anda boleh menonton video penuh di pautan ini:
https://www.youtube.com/watch?v=lEDzT7cjoPk

The Immense Fadhilat / Benefits of Ramadhan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم In Loving Memory of Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan – Ramadhan Series Here is a short synopsis of a Sohbah given by Almarhum Sheikh Ab…
❤3
🌹Puasa Dan Penyakit🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
02 Mac 2025/ 02 Ramadan
1446 Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
وَلَا عَلَى ٱلْمَرِيضِ حَرَجٌۭ
(Qur’ān 24:61). ‘Wa Lā `AláAl-Marīđi Ĥarajun’,
"dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian)"
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa orang yang sakit mendapat izin. Izin untuk apa? Mereka boleh duduk sambil solat. Jika dia sakit, jika dia tidak boleh berpuasa, itu juga dibolehkan baginya. Daripada mengerjakan itu, dia boleh memberikan tebusan.
Sekarang ini kebanyakan orang sakit. Penyakit sememangnya banyak. Puasa adalah baik untuk sesetengah orang. Nabi kita ﷺ Bersabda,
"صو موا تصحوا ترزقوا"
“Berpuasalah, kamu akan sihat, dan Rezeki akan datang kepadamu.” Berpuasalah maka kamu akan sihat, kata Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.
Terdapat beberapa kes yang mana seseorang itu benar-benar tidak boleh berpuasa. Kerana jika mereka berpuasa, mereka mungkin mengalami kemudaratan yang besar; badan mereka mungkin akan cedera. Mereka diberi kebenaran. Sebenarnya, puasa adalah sesuatu yang indah sehingga apabila orang yang berpuasa itu tidak dapat berpuasa, dia menjadi sangat sedih kerana tidak dapat berpuasa. Itulah sebabnya, apabila anda di mestikan, (maka) tidak berpuasa adalah lebih baik. Kerana, jika badan akan tercedera, seseorang itu tidak boleh berpuasa.
Tetapi terdapat beberapa penyakit. Doktor kini berkata, “Anda boleh berpuasa. Anda tidak boleh berpuasa” menurut fikiran mereka sendiri. Jika ianya tidak memudaratkan badan, sebaliknya berpuasa juga baik bagi orang yang sakit insha'Allah ﷻ. Tetapi seperti yang kami katakan, terdapat beberapa penyakit yang apabila seseorang itu menjadi dahaga - orang itu sudah mempunyai kesihatan yang lemah atau sebagai contoh, orang yang mempunyai masalah buah pinggang terpaksa tidak berpuasa, kerana buah pinggang mereka akan bekerja dengan lebih kurang. Jadi, jika ianya dibiarkan tanpa air, ianya berhenti sepenuhnya. Oleh itu, mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa. Sekarang, bagi penghidap diabetes: ada yang menghidapnya terlalu banyak, dan bagi sesetengahnya ianya masih bagus. Jadi, seseorang itu perlu menyesuaikan diri mengikut badan. Jika mereka boleh berpuasa, hendaklah mereka berpuasa. Jika mereka tidak boleh berpuasa, mereka mempunyai kebenaran untuk tidak berpuasa.
Tetapi jika Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memberikan kepada anda tubuh yang baik dan sihat, maka janganlah anda berbuka untuk perkara-perkara kecil. Ada yang selesema, bersin dengan kerap atau saya tidak tahu apa, dan mereka berbuka puasa (lebih awal). Tidak perlu berbuka puasa (lebih awal). Tetapi seperti yang kami katakan, apabila perkara serius berlaku, ianya menjadi perlu.
Allah ﷻ Memberikan ibadah yang indah ini untuk manfaat umat manusia baik dari segi jasmani dan rohani. Dia ﷻ Memberikannya kepada kedua-dua badan dan jiwa. Allah ‘Azza wa-Jalla lah yang Menciptakan kita. Allah ‘Azza wa-Jalla lebih Mengetahui kita daripada kita mengenali diri kita sendiri.
Oleh itu, semoga Allah ﷻ Menganugerahkan kita untuk berpuasa dengan segala kebaikan ini sehingga ke akhir hayat kita, inshā’Allah. Semoga Dia ﷻ tidak membiarkan kita meninggalkan ibadah yang indah ini. Apa yang kita maksudkan dengan tinggalkan itu adalah, seperti yang kita katakan, tinggalkannya itu dibolehkan hanya apabila sakit atau jika kesihatan kita hilang. Kemudian, kita dibolehkan untuk tinggalkannya.

Semoga Dia ﷻ Memberi kita kesihatan dan kesejahteraan. Dan, inshā’Allah semoga kita meneruskan ibadah yang indah ini, dan semua ibadah yang lain juga, hingga akhir hayat kita,
inshā’Allāh.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
inshā’Allāh.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
❤2
🌹8 Ramadhan– Hari Kelahiran Sayyidina Imam Ja'far As-Sadiq ق
Tanggal 8 Ramadhan menandakan kelahiran yang penuh barakah Imam Ja’far as-Sadiqق.
Beliau adalah cucu-cicit kepada Sayyidina Nabi ﷺ dan beliau merupakan Grandsyaikh ke-5 dari Rantaian Emas Naqsyabandi.
Beliau telah menerima daripada Nabi ﷺ dari dua jalur pewarisan: rahsia Nabi ﷺ melalui Sayyidina Ali (RA), dan dari Sayyidina Abu Bakar (RA).
Dalam diri beliau, dua nasab bertemu dan oleh sebab itu beliau digelar, "Pewaris Maqam Nabawi (Maqam an-Nubuwwa) & Pewaris Maqam Yang Benar (Maqam as-Siddiqiyya).”
“Kamu hendaklah bersyukur atas segala yang Allah berikan kepada kamu. Kerana apabila kamu bersyukur kepada Allah, Dia akan meneruskan nikmat-Nya kepada kamu. Jika tidak, anda tidak akan mendapatnya.”
“Kita tidak wajib berbuat baik untuk semua orang. Kami tidak boleh berbuat baik kepada semua orang, tetapi kami diperintahkan untuk tidak melakukan sebarang bahaya kepada sesiapa pun.”
- Imam Ja’far as-Sadiqق
[Diambil daripada Sohbah Mawlanaق]
Hadiah pahala bacaan Surah Fatiha dan Yasin kepada Grandsyaikh Rantai Emas ke-5 kita, malam ini.
Dengan Cinta, Al-Fatihah.

🌹Besarkan Anak-anak Anda Dengan Agama🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
03 Mac 2025/ 03 Ramadan 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَـٰدُكُمْ فِتْنَةٌۭ ۚ
(Qur’ān 64:15).
‘Innamā amwālukum wa awlādukum fitnah’,
"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu),"
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, kekayaanmu, hartamu, dan anak-anakmu adalah ujian bagimu. Ini adalah ujian. Kamu mestilah menggunakannya dengan baik atau membesarkannya dengan baik supaya mereka menjadi orang yang diterima di Hadirat Allah ﷻ, dan mereka juga akan memberi manfaat kepada kamu.
Orang ramai sangat menyayangi anak-anak mereka. Sudah tentu, mereka menyayangi mereka. Tetapi menyayangi mereka adalah sesuatu dan mendisiplinkan mereka adalah sesuatu yang lain. Sesetengah orang menyatakan kasih sayang mereka dengan berkata, “Apa yang perlu kita lakukan? Anak itu betul" mereka menerima dan tidak berkata apa-apa. Tetapi anda mestilah mendisiplinkan mereka kerana setiap orang mempunyai ego. Sebagaimana anda membesarkan mereka, dengan cara itulah mereka akan membesar. Mereka jadi begitu. Mereka menjadi orang yang baik. Jika anda tidak mendisiplinkan mereka, orang lain akan membesarkan mereka untuk anda. Dan mereka juga akan membesar dengan menjadi tidak baik.
Bagaimanakah anda harus membesarkan mereka? Hendaklah anda membesarkan mereka dengan kecintaan kepada Allah ‘Azza wa-Jalla dan Nabi kita ﷺ. Mereka mestilah memenuhi Perintah (Allah dan RasulNya). Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, sehingga umur tujuh tahun, selepas umur tujuh tahun, ajarlah anak-anak untuk solat. Semestinya, bila anak-anak kecil, 1-2 tahun, mereka melihat keluarga mereka solat, mereka akan mengikuti mereka, mereka cuba melakukan sepertimana mereka. Sehingga mereka berumur tujuh tahun, sehingga mereka menjadi akil Bāligh, dosa-dosa mereka tidak tertulis di sisi Allah ﷻ. Kanak-kanak tidak berdosa. Mereka adalah maksum. Tetapi Baginda ﷺ mengatakan bahawa agama harus diajarkan kepada mereka secara beransur-ansur. Pada usia tujuh tahun, anda akan menyuruhnya melaksanakan solat. Dan selepas dia berumur sepuluh tahun, anda akan menyusulinya dengan lebih dekat, menyuruhnya solat.
Kini, kita berada di bulan suci Ramadhan. Semasa anda berpuasa, kanak-kanak berkata, "Mari kita juga berpuasa." Pada zaman dahulu, mereka berpuasa setengah hari. Kadang-kadang mereka akan berpuasa selama sehari penuh di antaranya. Anda mesti menggalakkan mereka. Anda mesti membuat mereka suka untuk berpuasa juga.
Orang-orang hari ini berkata, “El bebek gül bebek.” (Dibesarkan dengan sangat manja). “Jangan biarkan anak itu kelaparan, mari kita beri dia makan segera, mari kita beri dia minum. Mari berikan apa yang anda mahukan. Perintah tuan. Hambamu melayani anda di sini.”
Anda membesarkan mereka sedemikian dan kemudian apabila dia sampai [mempengaruhi] anda, orang ramai akan terkejut. Walaupun selepas mereka menjadi dewasa dan berumur, iaitu walaupun selepas umur 14-15, mereka tidak dapat menanggung bahawa anak-anak mereka berpuasa, "Dia akan berpuasa nanti kerana dia terlalu muda." Walau bagaimanapun, selepas dia menjadi Bāligh, yang berbuka (awal) dengan sedar telah melakukan dosa besar. Meninggalkan solat dan puasa adalah salah satu dosa besar. Ianya bukan dosa kecil, tetapi dari dosa besar. Mereka tidak dapat menggantikan kebaikan itu.

Anda berasa kasihan kepada anak atau anak perempuan anda di sini. Ianya bukanlah kasihan; anda (sebenarnya sedang) menindasnya. Anda melucutkan ganjaran (pahala puasa) daripadanya. Anda menghalangi dia daripada ganjaran itu. Apa itu? "Ada ujian hari ini. Biarkan anak itu tidak berpuasa atau dia tidak akan berjaya dalam pelajarannya.” Tiada faedah dalam ujian/peperiksaan yang dia lakukan. Walaupun dia melakukan sesuatu, ianya tidak akan berguna. Dan ianya adalah sama dengan jika dia tidak melakukan apa-apa pun. Sebaliknya, Allah ﷻ akan Menolong ketika (seseorang itu) di Jalan Allah ﷻ: anak-anak yang berpuasa, anak-anak yang solat. Allah ﷻ pasti akan lebih Menolong mereka.
Oleh karena itu, orang-orang zaman sekarang tidak tahu bagaimana cara mendidik. Keluarga tidak tahu bagaimana cara mendisiplinkan. Mereka memberikan mesin, telefon kepada anak-anak, "Kamu belajar dengan ini." Apa yang dipelajari anak itu? Sesuatu yang mengerikan muncul. Di mana-mana pun penuh dengan syaitan. Saat belajar, tidak seorang pun tahu hal-hal beracun apa yang muncul padanya. Itu benar-benar membingungkannya. Itu akan merosak moralnya.
Kita hidup untuk agama ini. Kita harus membuat anak-anak kita hidup untuk agama juga, sehingga mereka akan dibesarkan dengan pendidikan Islam. Lakukan ini tanpa membuat mereka bosan, tetapi kadang-kadang, anda haruslah bersikap tegas.
Seperti yang telah kami sampaikan, bulan Ramadhan ini penuh berkah. Ajaklah anak-anak anda untuk berpuasa. Dan janganlah menghalangi orang yang berpuasa. Dan yang terpenting, setelah dia menjadi akil baligh, jika dia berbuka, maka ada kaffarah (penebusan) untuknya. Bukan sekadar meng-qadha puasanya. Ada kaffarah untuknya, maka ia harus meng-qadha-nya. Ini sangat penting.
Karena kehidupan kita – Allah ﷻ Memberikan kita kehidupan untuk beribadah kepadaNya ﷻ. Kita tidak boleh menyia-nyiakannya. Semoga Allah ﷻ Memberikan akal kepada manusia, agar mereka dapat belajar. Itu bukanlah hal yang memalukan. Seseorang itu (perlu sentiasa) belajar. Tidak ada penamat untuk ilmu. Tidak ada penamat untuk belajar. Seseorang dapat mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.
Oleh karena itu, perhatikanlah. Bulan Ramadhan baru saja dimulai. Biarkan anak-anak bergembira. Puasa tidak terlalu lama akhir-akhir ini. Biarkan mereka berpuasa semampu mereka. Ketika kami masih kecil, Haji Anne, semoga Allah ﷻ Meninggikan maqomnya, beliau akan membelinya. Orang-orang di masa lalu memiliki tradisi yang begitu indah. “Setiap hari kamu menjual puasamu, aku akan membelinya.” Dan beliau akan memberi kita wang. Berikan hadiah apa pun yang ada kepada anak-anak. Buatlah suasana yang menyenangkan. Bagaimanapun, meja berbuka puasa, sahur, dan sebagainya adalah acara yang menyenangkan bagi anak-anak.
Dengan barakah Ramadhan, insha'Allah, akan lahir generasi-generasi yang baik-baik. Karena kita mendengar, semoga Allah ﷻ Melindungi kita, anak-anak tidak lagi memiliki iman, banyak yang meninggalkan agama. Namun, ketika segala sesuatunya itu dilakukan untuk Allah ﷻ, Allah ‘Azza wa-Jalla pasti akan Melindungi mereka. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka dari kejahatan para syaitan, dari kejahatan orang-orang jahat, insha'Allah, dari kejahatan orang-orang yang sesat. Sekarang, dunia penuh dengan orang-orang yang sesat. Dan mereka memperlihatkan bahawa kesesatan adalah sesuatu yang baik. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka (anak-anak). Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka dari kejahatan syaitan.

❤1