SufiHub (Bahasa)
166 subscribers
579 photos
11 videos
4 files
87 links
Download Telegram
🌹Siri Ramadhan🌹
10 Hari Pertama Yang Penuh Kerahmatan (15.04.2021)

🌹Dalam ingatan kasih sayang Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan🌹

Dalam Sohbahnya ini, Almarhum Sheikh Abdul Sattar telah bercakap tentang kepentingan memanfaatkan sepuluh hari pertama di bulan Ramadhan, yang mana pada sepuluh hari tersebut Rahmat Allah ﷻ Melimpah Ruah.

1. Haruslah memberi Perhatian untuk hari Jumaat dengan teliti.
Orang-orang yang beriman hendaklah menjaga amalan hari Jumaat dengan berhati-hati, melaksanakan semua amalannya, dan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ. Mereka yang tidak dapat hadir ke masjid tetap harus menganggap hari Jumaat sebagai suci.

2. Zikrullah yang berterusan
Dua amalan yang dicintai Allah di bulan Ramadhan ialah 'La ilaha illallah' dan memohon keampunan melalui dengan banyak mengucapkan 'Astaghfirullah'.

3. Doa yang khusyuk
Mohonlah keampunan kepada Allah atas kesalahan masa lalu, atas persangkaan yang buruk, dan bahaya yang kita telah ditimbulkan kepada orang lain semenjak kita kecil hingga sekarang.

Berdoalah untuk mendapat panduan rohani dan keampunan untuk dosa-dosa nenek moyang dan keturunan kita.

Setiap zarah kebaikan yang anda lakukan, anda akan melihatnya, dan setiap zarah kejahatan yang anda lakukan, anda akan melihatnya juga.

Semoga Allah ﷻ Melimpahkan RahmatNya kepada kita dan membantu kita untuk terus beribadah sepanjang Bulan Suci Ramadhan, walaupun menghadapi kesukaran dan cabaran.

Aameen.


Baca ringkasan Sohbah beliau di pautan ini:
https://sufihub.com/first-10-days-of-mercy

Tonton Video penuhnya dipautan ini:
https://youtu.be/ZLHS3Vogt2Q?feature=shared

Semoga Allah s.w.t Mengampuni kekurangannya, Melimpahkan Rahmat, Karunia, dan Cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya sepanjang hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang paling dekat dengan Allah SWT.


Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

Wassalam.
2
🌹Allāh ﷻ Mengampuni, Tetapi Mohonkanlah Keampunan🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 Februari 2025/ 26 Sha’ban 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ٣٩
‘Inna Allāha GhafūrunRaĥīmun,
"Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Qur’ān 05:39).
Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua,
inshā’Allāh. Kita mengucapkan Syukur kepada Allah ﷻ. Dia ﷻ adalah Yang Maha Pengampun. Ianya adalah salah satu nikmat terbesar yang mesti disyukuri oleh setiap orang. Tidak kira sebanyak mana pun kejahatan yang dikerjakan oleh orang-orang, tidak kira seberat mana pun dosa-dosa yang dikerjakan oleh mereka, Allah ﷻ Mengampuni mereka. Ini adalah penting.
Jika Dia ﷻ tidak Mengampuni, maka hidup kita sudah tentu akan menjadi sukar. Tetapi Allāh Azza wa Jalla Memudahkannya.
Bertaubatlah, niscaya Aku Menerima taubatmu, Firman Allah Azza wa Jalla.

Orang-orang sentiasa berada didalam dosa di dunia ini. Jika dosa-dosa itu tidak dibersihkan, ianya adalah kotoran terbesar, lumpur kekotoran. Seperti yang kami katakan, Allāh Azza wa Jalla Mengampuni apa sahaja yang anda lakukan kerana RahmatNya ﷻ. Tetapi mintalah keampunan. Allah Azza wa Jalla Berfirman,
إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ
“Inna Allāha Yaghfiru Adh-Dhunūba Jamī`āan,”
"Sesungguhnya Allah Mengampuni segala dosa-dosa kesemuanya."(Qur’ān 39:53).

Oleh itu, seperti yang kita katakan, orang-orang zaman dahulu punyai dosa-dosanya, tetapi sekarang lebih banyak lagi dosa-dosa, keburukan dan segala-galanya. Allāh Azza wa Jalla Memaafkan agar ianya menjadi kebaikan bagi manusia. Jika Dia ﷻ tidak Mengampuni, dunia tidak akan dapat didiami. Allah Azza wa Jalla tidak akan Memberikan walau setitik air. Ianya adalah begitu penting. Ianya memberi manfaat kepada orang-orang itu sendiri. Apabila dia dibersihkan daripada dosa-dosanya, beban itu terangkat daripadanya, dia berasa selesa. Semakin banyak dosa yang dilakukan olehnya, semakin banyak beban yang ditanggungnya, semakin banyak kegelapan yang turun, semakin banyak kejahatan yang turun. Seseorang itu tidak akan berasa tenang. Apabila kejahatan dan dosa dilakukannya, dia tidak akan merasa tenang. Dia menjadi lebih cemas, resah dan tidak gembira.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang indah yang Allah Azza wa Jalla Berikan ini. Sentiasalah bertaubat dan beristighfar, Dia ﷻ Mengampuni segala dosa-dosa kita sama ada dilakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua. Semoga ianya diberkati. Ramadhan semakin hampir, semoga ianya diberkati juga, inshā’Allah. Ianya adalah bulan pengampunan, bulan taubat. Semoga ianya diberkati untuk kita semua, inshā’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
1
🌹Siri Ramadhan 2🌹

Ketahuilah Nilai Ramadhan
(07.04.2022)

🌹Dalam ingatan kasih sayang Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan🌹

Dalam Sohbah beliau, Almarhum Sheikh Abdul Sattar bercakap tentang Ramadhan sebagai bulan Pengampunan, bulan turunnya Al-Quran, dan masa berlakunya peningkatan rohani.

Ketika kita memasuki Sultan segala bulan, beliau menggalakkan kita untuk menyelami keberkatan Ramadhan yang melimpah ruah, keluar daripada bulan itu dalam keadaan suci bersih, dan sebagai hamba yang layak menerima Syafa’ah (syafaat).

1. Doa malam Lailatul Qadr
Ketika ditanya apa yang harus dibaca pada malam Lailatul Qadr, Baginda Rasulullah ﷺ menjawab:

“Allahumma, innaka Afuwwun Karimun, tuḥibbu al-afwa fa‘afu anna.”

“Ya Allah, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah; Engkau suka mengampuni, maka Ampunilah kami.”

2. Bulan Pengampunan
Masa untuk mencari Rahmat Allah, saling meminta dan memohon ampun, dan menahan diri dari segala perkara yang dimurkai Allah, baik zahir mahupun batin.

3. Ramadhan & Al-Quran
Al-Quran diturunkan pada bulan ini.

Nabi ﷺ membacanya sepenuhnya setiap Ramadhan, dan Baginda ﷺ mengkhatamkannya dua kali pada tahun terakhir Baginda. Ianya akan memberi syafaat atau memberi kesaksian terhadap kita pada Hari Penghakiman.

4. Jalan Menuju Kedekatan Kepada Allah
Allah ﷻ telah Memudahkan umat untuk mencapainya, dengan menanggalkan tujuh puluh tabir, kecuali satu, yang memisahkan kita dari-Nya.

Ibadah seperti Puasa, membaca Al-Quran, Zakat, Zikrullah, dan Taubat yang ikhlas membantu menghilangkan penghalang antara kita dengan Allah Taala.


5. Sultan segala Bulan
Ramadhan adalah bulan yang paling suci, menawarkan ganjaran rohani yang besar.

Mawlanaق berkata bahawa Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa, kerana di dalamnya orang-orang beriman meningkatkan ibadah mereka, dan seterusnya mendapat anugerah mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

Maka carilah keberkatannya sepenuhnya.

Semoga kita diangkat menjadi orang-orang yang memuliakan Ramadhan dan Al-Quran, mendapat syafaatnya pada Yaumul Qiyamah.

Aamin.

Baca ringkasan Sohbah beliau di pautan ini:
https://sufihub.com/know-the-value-of-ramadhan

Anda boleh Mendengar rakaman podcast beliau di pautan ini:
https://www.spreaker.com/episode/49360037


Semoga Allah s.w.t Mengampuni kekurangannya, Melimpahkan Rahmat, Karunia, dan Cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya sepanjang hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang paling dekat dengan Allah SWT.


Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

Wassalam.
2
🌹Peringatan Untuk Berpuasa pada hari esok, hari Khamis terakhir dibulan Sya'ban. Terdapat Pahala yang mulia untuk orang-orang yang berpuasa pada hari Khamis terakhir dibulan Sya'ban 🌹
🥰1
🌹Berilah Kegembiraan Kepada Qolbu Orang-orang Yang Beriman🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 Februari 2025/ 27 Sha’ban 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam Bersabda bahawa amalan yang paling dicintai adalah menggembirakan hati orang yang beriman.
“Idkhālus-surūr fil-qalbil-Mumin”,
"Membawa kegembiraan ke dalam qolbu orang yang beriman." Untuk memberi kebahagiaan kepada hati orang yang beriman. Membahagiakan seseorang mukmin adalah salah satu daripada amalan yang paling diCintai oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla.

Syukur kepada Allah ﷻ, kita juga melakukan semampu kita, inshā’Allāh. Perjalanan ini [ke UK] adalah kira-kira tiga minggu perjalanan. Syukur kepada Allah ﷻ ianya telah terjadi sebagaimana yang diKehendaki oleh Allah ﷻ, inshā’Allāh. Kerana mereka bergembira. Hati mereka menjadi gembira. Beban dunia hanya diringankan oleh orang-orang yang baik, dengan perhimpunan yang baik. Sebaliknya, jika anda semakin tenggelam dalam dunia, anda akan mempunyai lebih banyak kegelapan dalam qolbu anda dan lebih banyak kesukaran. Untuk menghilangkan kesusahan, anda perlu melakukan perkara-perkara yang diPerintahkan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla, perkara-perkara yang diCintaiNya.

Membawa ke dalam hati sesorang mukmin "Surūr" - yang bermaksud kebahagiaan, kegembiraan - adalah baik untuk semua orang. Allah ﷻ akan Redha kepada sesiapa yang berbuat demikian. Dia ﷻ juga akan Memberikan kebahagiaan dan kebaikan kepada hatinya (orang tersebut). Keadaan dunia adalah jelas; ianya sangat jelas. Tetapi perkara yang diPerintahkan dan diberikan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla kepada manusia adalah untuk kebaikan mereka. Jika mereka tidak melakukannya, ianya tidak akan memberi manfaat. Mereka akan hidup sia-sia dan mereka akan hidup dalam kesusahan. Dan akan ada kesusahan yang lebih besar dalam ākhirah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Maka dengan itu, Ramadhan juga kini semakin hampir. Orang-orang Mukmin juga bergembira di bulan yang indah ini. Ramadhan adalah bulan kebahagiaan. Allah ﷻ telah Menganugerahkannya kepada kita, kepada Ummatil-Muhammadiyyah ﷺ. Ini adalah bulan Ummati Muhammad ﷺ. Ia adalah bulan umat Nabi ﷺ kita. Akan ada kebahagiaan, inshā’Allāh. Kita hendaklah menggembirakan orang-orang yang beriman sebanyak yang kita boleh. Tidak semestinya anda perlu memberi wang kepada orang yang beriman untuk membahagiakannya. Dia juga akan gembira dengan ucapan kata-kata yang baik. Menyenangkan dia juga membuatkan dia gembira. Jadi, terdapat seribu perkara yang berbeza yang menggembirakan seseorang itu. Semoga Allah ﷻ Menolong mereka. Jangan menyakiti satu sama lain tetapi berikan keindahan, berikan kebaikan kepada satu sama lain. Semoga hati kita bahagia. Semoga hati orang-orang yang beriman berbahagia, inshā’Allāh. Semoga mereka menjadi sepertimana yang Allah ﷻ Kehendaki, inshā’Allāh.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
1
2
🌹Siri Ramadhan 3🌹

Nilai Masa Di Bulan Ramadhan
(14.04.2022)


Dalam Sohbah beliau ini, Almarhum Sheikh Abdul Sattar bercakap tentang sifat kehidupan yang sekejap dan pentingnya menggunakan masa kita di sini dengan bijak, terutamanya di bulan Ramadhan, untuk mencari Rahmat dan Pengampunan Allah.

1. Hakikat Kematian
Setiap jiwa pasti akan menghadapi kematian, dan ramai yang akan terlambat menyedari betapa beratnya tanggungjawab mereka yang diabaikan.

Seperti yang disebutkan dalam Surah As-Sajdah (32:12), mereka yang menyia-nyiakan hidupnya akan memohon untuk kembali dan melakukan kebaikan, tetapi masa mereka akan berlalu.

2. Akibat Pengabaian
Kubur sama ada akan menjadi tempat kedamaian atau permulaan penyesalan yang kekal.

Mereka yang gagal memenuhi tujuan mereka dalam kehidupan ini akan mendapati diri mereka dibebani dengan beban tugas mereka yang belum selesai di akhirat.

3. Amaran Nabi ﷺ
Rasulullah ﷺ memberi amaran, bahawa laknat akan menimpa orang yang mencapai Ramadhan tetapi gagal mencapai Rahmat dan Pengampunan Allah.

Ini menyerlahkan kepentingan menggunakan Ramadhan sebagai peluang untuk pembaharuan rohani dan taubat yang ikhlas.

4. Tiada Peluang Kedua
Sebagaimana manusia dibentuk hanya sekali didalam rahim ibu dan tidak boleh kembali ke tempat tersebut untuk pembetulan, jiwa hanya mempunyai satu masa dalam kehidupan ini untuk membuat persediaan untuk Akhirat.

Apabila kematian tiba, tidak ada cara untuk kembali dan membetulkan kesilapan lalu.

5. Kecemasan di Ramadhan
Mawlanaق mengingatkan kita, berkali-kali, untuk mengambil Ramadhan dengan serius. Marilah kita berusaha sedaya upaya beribadah serta bertaubat dan, sekurang-kurangnya dengan ikhlas mengharapkan, mendambakan Rahmat dan Pengampunan Allah.

Mohon doa agar kita ditunjukkan kesilapan kita oleh Allah ﷻ, agar kita dapat memperbetulkan kesilapan kita, dan selesaikan segala urusan dan hutang kita yang tidak lengkap sebelum masa kita di dunia ini habis.

Semoga Allah ﷻ Memberkati kita dengan Keampunan Ilahi-Nya, Membimbing kita untuk memanfaatkan Ramadhan dengan sebaik-baiknya, dan memberi kita penghormatan untuk pergi ke Akhirat dengan persiapan dan ketenangan.

Aameen.


Anda boleh Membaca ringkasan Sohbah beliau di pautan ini:
https://sufihub.com/value-of-time-in-ramadhan


Anda boleh Mendengar rakaman podcast beliau di pautan ini:
https://www.spreaker.com/episode/49436009

Semoga Allah s.w.t Mengampuni kekurangannya, Melimpahkan Rahmat, Karunia, dan Cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya sepanjang hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang paling dekat dengan Allah SWT.


Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

Wassalam.
2
🌹Hanya Ikuti Baginda ﷺ Yang Satu 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Februari 2025/ 28 Sha’ban 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ
‘Innad-Dīna i'nda Allāhil-Islām’,
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam."
(Qur’ān 03:19).

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ
‘Qul in kuntum tuhibbuna Llāha fāttabi‘ūnī yuhbibkumu Llāh wa-yaghfir lakum dhunūbakum’,
"Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."
(Qur’ān 03:31). Ṣadaqa Llāhul-‘Aẓīm.

Agama adalah Islam. Agama yang diturunkan Allah ‘Azza wa-Jalla kepada manusia adalah agama Islam. Dan ini adalah dengan kita mengikuti Nabi kita ﷺ. Mengikuti Jalan yang ditunjukkan oleh Nabi kita ﷺ ialah dengan mematuhi Perintah Allah ﷻ. Menyimpang daripadanya itu adalah penderhakaan kepada Allah ﷻ dan penentangan kepada Allah ﷻ.

Syukur kepada Allah ﷻ, umat Islam mengikuti Jalan Nabi kita ﷺ. Bagaimana seseorang itu mengikutinya? Dia (seseorang itu) mengerjakan kesemua yang Baginda ﷺ telah tunjukkan, apa sahaja yang Baginda ﷺ telah kerjakan dan ibadahnya dari solat, puasa, zakat, ḥaji. Untuk mengerjakannya seperti yang ditunjukkan oleh Nabi kita ﷺ. Dan bagaimana pula ianya berlaku? Ianya berlaku Seperti yang telah ditunjukkan oleh para ṣaḥābah kepada kita. Selepas (zaman) para ṣaḥābah datangnya para imam, (para) imam mazhab. Kemudiannya sudah tentu, terdapat para mashāyikh ṭarīqah.

Mengikuti Jalan mereka adalah wajib bagi kita; ianya adalah wājib. Sesiapa yang tidak mengikutinya akan tersesat dan terkeluar dari Jalan dengan mengikuti fikiran mereka sendiri. Kerana terdapat 124 ribu para ṣaḥābah. Anda boleh mengikuti mana-mana daripada mereka. Tetapi mereka tidak lagi mempunyai Jalan. Kerana selepas kematian setiap seorang dari mereka, selepas kematian mereka, Jalan mereka berakhir. Jalan-jalan yang telah dibuka adalah jelas.


Dari segi mazhab pula, kita hendaklah mengikuti Jalan yang telah ditunjukkan. Keluar daripada mazhab akan membingungkan seseorang dan menyesatkannya. Bilakah mazhab-mazhab akan berakhir? Apabila "مجتهد مطلق" "Mujtahid Mutlak", Mahdi ‘alayhi s-salām datang. Kemudian, beliau akan menjadikan kesemua mazhab dan ṭarīqah menjadi yang satu, kerana beliau adalah Al-Warith l-Muhammadi ﷺ, Pewaris Muhammad ﷺ. Beliaulah yang dikhabarkan oleh Nabi kita ﷺ. Tidak boleh ada selain itu. Dan sebelum itu, tiada pengangkatan (perkara) itu. Kerana orang-orang mengelirukan mereka. Mencampurkannya juga tidak boleh.

Maka, Jalan ini adalah jelas. Anda perlu melakukan seperti yang telah ditunjukkan. Sesetengah orang dengan niat yang baik berkata, “Ianya Sukar. Kami mengikuti mereka kesemuanya.” Kita tidak mampu untuk mengikuti salah seorang daripada mereka. Bagaimana anda akan mengenali mereka kesemua dan melakukannya?

Untuk ini, inilah Jalan ṭarīqah kita. Ianya terbuka. Ianya adalah jelas. Ianya mengikut syariah. Ianya tidak boleh di luar syariah. Jika anda mengatakan anda akan solat dan melakukan sesuatu yang bercampur aduk, solat itu tidak akan diterima. Tiada apa-apa yang akan diterima jika anda tidak mengikuti syari'ah. Oleh itu, orang-orang didalam ṭarīqah mesti mengikuti syari’ah. Dan mereka mesti menunaikan perintah-perintah didalam syari’ah semampu mereka. Jika mereka tidak mampu atau mereka mempunyai kekurangan maka mereka hendaklah memohon keampunan kepada Allah ﷻ.
1👍1
Jangan mengatakan anda mengikut Jalan ini tetapi tidak ada ṭarīqah dan tidak ada mazhab. Tiada mudarat datang dari itu ( tariqah dan mazhab). Mereka (tariqah dan mazhab) membawa manfaat. Yang memudaratkan ialah (apabila) kurangnya mazhab, keluar dari mazhab, tidak menerima mazhab. Inilah yang akan memudaratkan anda. Islam tidak akan dimudaratkan. Jika kemudaratan akan datang, ianya akan datang kepada orang yang tidak sehaluan dengan Islam (yang) mengikuti fikirannya sendiri, mengikuti ego dan keinginannya sendiri. Dialah yang akan menerima kemudaratan.

Sekarang ramai yang keluar bercakap sana sini. Dan masyarakat menjadi keliru. Itulah sebabnya, anda harus memberi perhatian. Dengarkan mashāyikh dan ulama yang sebenar. Anda mesti mengikuti apa yang dikatakan oleh mashāyikh. Mereka adalah, syukur kepada Allah ﷻ, orang-orang yang mengikuti syari’ah dan ṭarīqah. Semoga Allah ﷻ tidak membiarkan kita keliru. Kita hidup di akhir zaman, fitnahnya banyak. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
1
3👍1
🌹Nasihat Mulia Daripada Mawlana Shaykh Adnan Kabbani At-Tohir ق🌹
Hendaklah seseorang itu berniat untuk berpuasa sebelum melaksanakan solat Terawih setiap malam di bulan Ramadhan dengan niat yang berikut :-

"Sahaja saya berpuasa dibulan Ramadhan pada keesokan harinya, (sebutkan hari apa, contohnya hari Ahad) kerana Allah ﷻ, dan dengan mengikuti niat sebagaimana yang diniatkan oleh Grandshaykh Mawlana A'bdullah al Fa'iz Ad-Daghestani ق dan sebagaimana niat yang diniatkan oleh Mawlana Muhammad Nazim A'dil Al-Haqqani ق, dan saya niatkan untuk agar pahala ini diberikan kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ sebagai hadiah dan dengan niat menyambut Mawlid kelahiran Baginda ﷺ yang mulia, dan saya titipkan pahala saya agar disimpan didalam pegangan Sayyidina Rasulullah ﷺ sebagai amanah sehingga hari Qiyamat"
3
🌹Kelahiran Sultanul Awliya Sayyidina Syaikh Abdul Qadir Jilaniق🌹

"Wahai Naqsyaband dunia ini!
Ukirlah kesanku pada hatimu dan cetaklah ia sedemikian rupa sehingga kamu diingati dengan gelaran 'Naqsyaband' (orang yang mengukir) hingga hari Kiamat."
- Syaikh Abdul Qadir Jilaniق kepada Syaikh Baha’uddin Shahق

Pada 1 Ramadhan, kelahiran Ghawth al-Azam Sayyiduna Abdul Qadir Jilani menandakan satu rahmat yang besar bagi umat Islam. Allah Taala Mewahyukan kepada ibu bapanya dalam mimpi bahawa anak mereka suatu hari nanti akan menjadi Sultanul Awliya, dan mereka yang menentangnya akan disesatkan.

Raja Para Awliya dilahirkan pada waktu subuh pada hari Isnin tahun 470 H, di kota Jilan, Parsi ketika ibunya berusia enam puluh tahun. Ketika dia memasuki dunia ini, bibirnya berbisik, "Allah Allah" dan kesan tapak kaki Nabi ﷺ terlihat di bahunya.

“Kakiku berada di atas bahu semua Awliya” Ketika ditanya, Nabi ﷺ bersabda,
“Dia telah berkata benar. Dia adalah Qutub, dan aku adalah Penjaganya”.
Al-Fatihah untuk Penolong Terbesar, Sayyidina Syaikh Mawlana Abdul Qadir Jilaniق.

🌹Hadiahkanlah Pahala Bacaan Surah al Fatihah kepada roh beliau yang mulia, semoga kita termasuk sebagai pencinta beliau, insha'Allāh. 🤲🌹
3
🌹Beribadahlah Dengan Lebih Banyak Di Bulan Ramadhan dan Janganlah Tertipu🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 Februari 2025/ 29 Sha’ban 1446
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Hari ini hari Jumaat yang mulia. Ianya adalah malam pertama bulan suci Ramadhan. Esok adalah hari pertama. Kita mesti melihat pada bulan. Tetapi untuk melihat bulan - Tiada siapa yang tahu dari mana ia terbit dan di mana ia terbenam. Oleh itu, apa sahaja yang kerajaan, Ūlil-‘Amr katakan, kita ikuti ini. Inshā’Allah, bulan mulia ini bermula petang ini. Kita solat tarawiḥ malam ini dan esok adalah hari pertama.

Ramadhan adalah bulan yang agung. Ianya adalah bulan yang indah yang diberikan oleh Allāh ‘Azza waJalla. Ianya adalah dengan berpuasa, dengan solat, dengan zakat dan dengan ṣadaqah. Kita harus melakukannya. Jika anda berselawat atau beramal pada hari-hari biasa, Allah ﷻ menulis sepuluh thawab(pahala). Dalam bulan Ramadhan, lebih daripada seratus, sehingga lapan ratus, malah lebih banyak ditulis. Kemurahan Allah ‘Azza wa-Jalla tidak ada batasnya. KebaikanNya ﷻ tidak terhingga. Tidak macam orang zaman sekarang. Ḥāshā (jauh daripada itu). Tidak pernah ada perbandingan. Tawbah, AstaghfiruLlah. Maka lakukanlah semahu-mahunya dari kebaikan di bulan ini.

Zakat dibayar pada bila-bila masa sepanjang tahun. Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa. Tetapi apabila anda membayarnya dalam bulan Ramadhan, seperti yang kami katakan, daripada ditulis sepuluh pahala sahaja, ianya akan ditulis sebanyak tujuh ratus, lapan ratus pahala akan ditulis. Anda akan lebih untung. Dan anda tidak akan mencampurkan masa anda. Jika dibayar sebaliknya, anda pasti akan campur aduk. Itulah sebabnya, membayarnya dari Ramadhan ke Ramadhan adalah lebih baik. Allah ‘Azza wa-Jalla Memberi anda pahala yang lebih besar.

Begitu juga dengan solat dan tarawiḥ. Kini mereka membawakan fesyen baru. Orang ramai berusaha, "Berapa banyak kita harus memendekkannya, berapa banyak kita harus meninggalkan solat." Orang sudah biasa mendoakannya. Sekarang, mereka memendekkannya di Ka’bah dan di Madinah Munawwarah. Mereka berkata, “Ini adalah peluang. Mari kita solat tarawiḥ kurang dari dua puluh rakaat.” Mereka mengeluarkan fatwa dan sebagainya.

Oleh itu, rakyat mesti mendapat manfaat. Di mana sahaja ada manfaat, hendaklah mendapat manfaat daripada nikmat Allah ﷻ. Bulan Ramadhan ini adalah bulan barakah, bulan thawāb (pahala), bulan keindahan. Jangan biarkan ianya sia-sia. Jangan biarkan ianya pergi dengan sia-sia.

Seperti yang kami katakan, kerjakanlah sebanyak yang mampu anda mampu kerjakan dari amal-amal soleh, sedekah, ibadah. Sehingga apabila anda dapat melihat kitab anda di alam ākhirat, anda akan berkata, “Syukur kepada Allah ﷻ kami melakukan perkara-perkara ini. Kami tidak tertipu oleh orang-orang ini. Kami tidak ditipu oleh mereka yang tidak melakukannya, yang menghalang-halangi orang-orang yang ingin melakukannya." Anda akan bersyukur kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla di ākhirat.

Semoga Allah ﷻ Memberkati anda. Semoga ianya menjadi kebaikan, inshā’Allah. Semoga Dia ﷻ Menjadikannya sebagai Petunjuk, inshā’Allah. Semoga Islam menang. Semoga Dia ﷻ Memberi Petunjuk kepada umat Islam, inshā’Allah.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

There are recited Qur’an Khatms, Surahs, Tasbihat. It’s been a long time since we’ve received istighfar.
1
We gift all of the istighfar, Khatms, Tasbihāt, Tahlilat, Surahs, Yasin, Tabarakah, and the rest of the recited Surahs, Dala’il Al-Khayrat, all the various recited Tasbihāt for asking forgiveness that were entrusted to us, firstly to our Holy Prophet ﷺ, his ﷺ Ahlu l-Bayt and Sahabah, souls of all Anbiya, Awliya, Asfiya and Mashayikh, souls of our late relatives, souls of Muslims and Mu’mins. For goodness to come and the evil to be gone. For the strength of our Imān.

Terdapat bacaan Al-Qur’an Khatms, Surah, Tasbih. Sudah lama kita tidak menerima istighfar. Kami menghadiahkan semua istighfar, Khatms, Tasbihat, Tahlilat, Surah, Yasin, Tabarakah, dan selebihnya dari Surah yang dibaca, Dala’il Al-Khayrat, semua pelbagai tasbih yang dibacakan untuk memohon keampunan yang diamanahkan kepada kami, pertama sekali kepada Nabi kita ﷺ, Ahlul Bait dan Para Sahabah Baginda ﷺ dan seluruh ruh para Anbiya, Awliya, Asfiya dan Mashayikh, roh kerabat kita yang telah meninggal dunia, roh kaum Muslimin dan Mu’min. Agar kebaikan mendatang dan kejahatan menghilang. Untuk kekuatan Imān kita.

Li-Llahi Ta’ala. Al Fatiha.
🌹Siri Ramadhan 4🌹

Berilah Penghormatan yang Tinggi kepada Ramadhan
(12.03.2023)


🌹Dalam ingatan kasih sayang Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan🌹

Nasihat Untuk Ramadhan yang Diberkati

“ Para Mureed mestilah mendengar Sohbah ini. "

Berilah Penghormatan yang Tinggi kepada Ramadhan dan laksankanlah ibadah sebanyak yang anda mampu.

Berusahalah sekuat tenaga dan kumpulkan daripada Pakaian Ilahi, Berkat, Hadiah, Keberkatan, Pengampunan dan Kedekatan yang sedang diberikan pada Bulan Suci ini.

Bulan yang sangat diberkati sehinggakan tidur pun adalah ibadah!

‘Seandainya kamu mengetahui keberkatan Ramadhan, nescaya kamu berdoa agar sepanjang tahun adalah Ramadhan.’
-Hadis.

Jadi kerjakan sehabis baik.
Ia mungkin yang terakhir untuk kita.”
- Almarhum Sheikh Abdul Sattar (12.03.2023)

Anda boleh membaca ringkasan Sohbah beliau di sini:
https://sufihub.com/advice-for-a-blessed-ramadhan

Anda boleh menonton video penuh di pautan ini:
https://youtu.be/2XwieSgkSn8

Semoga Allah mengampuni kekurangannya, melimpahkan rahmat, rahmat, dan cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya selama hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang paling dekat dengan Allah ﷻ.


Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹

Wassalam.
4👍1