🌹Mukjizat Isrā’ wal-Mi‘rāj 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
24 Januari 2025/ 24 Rajab 1446
Lefke – Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Syukur kepada Allah ﷻ, bulan Rejab hampir menghampiri penghujungnya. Ia adalah salah satu bulan yang haram (yang dimuliakan). Adanya malam suci di awalnya dan malam suci di akhirnya. Terdapat Laylatul-Raghā’ib pada mulanya, dan yang satu lagi ialah Laylatul-Isrā wal-Mi‘rāj. Tiada siapa boleh menafikannya. Orang yang hidup sebagai Muslim dan mengingkari Perjalanan malam Nabi kita ﷺ akan meninggal dunia tanpa īmān. Kerana Allāh ‘Azza wa-Jalla Meletakkannya tepat di tengah-tengah al-Qur’ān sehingga tidak ada tafsiran yang lain.
Apakah itu Isrā’? Ia adalah perjalanan malam dari Makkah ke Baitulmaqdis. Jibrīl ‘alayhi s-salām memberikan seekor binatang untuk ditunggangi bernama Burāq. Tidak ada kelajuan seperti haiwan suci ini di seluruh dunia. Jika ia bergerak, ia pergi dari satu tempat ke tempat lain dalam masa seminit sahaja. Dengan berhenti di lima tempat, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam solat dua rakaat dan meneruskan perjalanan. Baginda ﷺ bersolat bersama-sama dengan Para Nabi di Baitul Maqdis dan melakukan Mi‘raj, menaik dari sana. ‘Urooj bermaksud pendakian. Baginda ﷺ telah dinaikkan ke langit. Sehingga titik tertinggi yang boleh dicapai oleh orang. Allāh ‘Azza wa-Jalla Mengangkat Nabi kita ﷺ ke peringkat yang tertinggi. Diaﷻtelah pun membesarkan(meninggikan kedudukan)Baginda ﷺ . Tetapi Dia ﷻ Melakukannya secara fizikal juga supaya orang ramai melihat bahawa pangkat tertinggi adalah milik Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Allah ‘Azza wa-Jalla Memanggilnya ﷺ dengan cara yang tidak kita ketahui. Manifestasinya; Kenaikan ini tidak dimaksudkan untuk sesiapa pun selain daripada Nabi kita ﷺ.
Mengapa kita berkata begini? Sebilangan orang dan umat Islam kini berkata ia berlaku dalam mimpinya ﷺ untuk melemahkan kepercayaan mereka . Yang berkata seperti itu mengaku ulama, (mengaku) lepasan universiti, (mengaku telah buat) PhD, master dan tak tahu apa (lagi). Orang-orang ini mengatakan ianya berlaku dalam mimpi, bahawa ia adalah mimpi. Setiap orang boleh bermimpi. Apa yang boleh anda lakukan dengan itu? Tidak penting apa yang mereka katakan. Apa yang penting ialah kebenaran. Mukjizat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, mempercayai yang tersembunyi (mempercayai yang ghaib) adalah daripada syarat pertama imān. Ia adalah untuk mempercayai apa yang kita tidak nampak. Namun begitu, orang berkata "Tiada seorang pun yang melihatnya. Tidak mungkin begitu. Bagaimana Baginda ﷺ menempuh jarak empat puluh hari dalam satu malam? Mereka belum sampai ke langit. Mereka belum (pun) dapat memahami perkara dunia, sedangkan ianya agak mudah sekarang.”
Oleh itu, perkara yang tersembunyi (ghaib) itu terbuka sekarang. Tetapi adalah syarat īmān kita untuk mempercayai bahawa Nabi kita ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam telah diangkat ke peringkat tertinggi oleh Allāh 'Azza waJalla sebagai Nabi yang terakhir hamba yang dikasihi (dicintai)
Allah ﷻ Baginda ﷺ telah pergi ke HadiratNya ﷻ, ke tahap yang terdekat seperti yang kita katakan, tidak ada ruang dan waktu/masa di (alam) sana. Allah ‘Azza wa-Jalla Mengetahui apakah pembicaraan yang telah berlaku. Kita mempercayainya akan itu. Seperti yang telah kami katakan, sesiapa yang tidak mempercayainya itu akan kehilangan imān dan agamanya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Oleh itu, malam yang mulia ini adalah malam yang diberkati. Insha'Allah kami akan menghidupkannya dalam dua hari. Barakahnya akan melimpah kepada kita. Dengan melakukan ibadah maka akan mendekatkan diri kita kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla. Hari-hari suci ini diAnugerahkan kepada kita oleh Allah ‘Azza waJalla sebagai penghormatan/kemuliaan untuk Nabi kita ﷺ. Mereka adalah malam-malam yang indah. Oleh itu, akan ada kekuatan kepada imān kita. Nabi kita ﷺ telah ditunjukkan daripada luar masa dan ruang oleh Allāh ‘Azza wa-Jalla. Sekiranya perkara-perkara ini Baginda ﷺ melihatnya didalam (dimensi) masa dan ruang,
ianya akan mengambil masa berjuta-juta tahun untuk dapat melihatnya. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam pergi ke semua tempat ini dalam dua jam. Baginda ﷺ mencapai perkara-perkara yang indah ini, kemudian kembali dan memberi khabar gembira kepada masyarakat. Orang yang mendapat khabar gembira adalah orang yang mempunyai īmān. Mereka yang tidak menerimanya adalah kafir.
Orang-orang Kafir sangat gembira untuk perkara ini. Mereka berkata, “Tidak ada seorang pun akan mengikuti orang ini setelah ini.”
Ḥāshā (jauh daripadanya). Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam - Oleh kerana mereka tidak menerima Nabi, mereka memanggilnya ﷺ sebagai "orang ini" atau dengan perkataan lain yang tidak berguna. Tetapi apabila mereka memberitahu Sayyidina Abu Bakar, orang yang paling dekat dengan Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam tentang hal itu, beliau berkata, “Adakah Baginda ﷺ mengatakan ini dengan mulut suci Baginda?” Mereka berkata, “Beliau ﷺ telah berkata demikian.” Mereka menjadi gembira. Tetapi apabila dia berkata, “Saya tidak mendengarnya daripada orang lain melainkan daripada dirinya sendiri ﷺ. Saya percaya Baginda ﷺ,” mereka terkejut. Mereka lari. Ini menunjukkan kedekatan Sayyidinā Abū Bakr juga. Juga, apabila ucapan itu dibuat, suara Sayyidina Abu Bakar kedengaran. Agar ada keakraban bagi Nabi kita ﷺ, kerana Baginda adalah sahabat yang paling dekat dan paling rapat dengan Nabi kita ﷺ, suara beliau telah didengarkan kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.
Perkara-perkara ini menunjukkan keindahan yang diberikan oleh Allah ﷻ kepada kita dan menunjukkan betapa berharganya menjadi dari kalangan ummat Nabi Muhammad ﷺ. Nabi kita ﷺ (sentiasa) memikirkan tentang kita walaupun dalam kedudukan itu. Baginda ﷺ memohon keampunan untuk umatnya ﷺ daripada Allah ‘Azza wa-Jalla. Syukur kepada Allah ﷻ, kita lakukan berjuta-juta kesyukuran kerana dijadikan dari kalangan umatnya ﷺ. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan kita tinggal dekat dengan Baginda ﷺ di Syurga insha'Allah, sebagai penghormatan untuk hari-hari yang indah ini inshā’Allāh.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.

🌹Malam Terindah untuk Umat Manusia🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 Januari 2025/ 26 Rajab 1446
Lefke – Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Malam ini malam yang suci (keramat) lagi. Semoga barakah Allah ‘Azza wa-Jalla tercurah kepada kita. Semoga kita mendapat kekuatan īmān. Malam ini adalah malam yang besar. Ia adalah malam yang indah bagi manusia dan bagi Islam. Pada malam ini Nabi Suci kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam naik ke ākhirah, di seluruh dunia, di mana-mana sehingga ‘Arshul-‘Alā. Kemuliaan Baginda ﷺ menunjukkan betapa tingginya (kedudukan) Baginda ﷺ. Kemuliaan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah sangat besar.
Oleh itu, malam ini adalah malam yang penuh keberkatan. Doa'-'doa' diterima. Ibadah yang dilakukan pada malam ini lebih diterima. Oleh itu, kita harus melakukannya semampu kita. Ada orang telah katakan untuk menghidupkan malam. Mereka menghabiskan sepanjang malam berjaga (melakukan ibadah). Itu adalah sukar. Setiap orang haruslah melakukan apa yang termampu oleh mereka. Selagi mereka beribadah sebelum tidur, jika mereka solat dua rakaat dengan wudhu’, bangun awal pagi untuk tahajjud, mendirikan solat dan beribadat serta berdoa', maka doa' itu diterima.
Syukur kepada Allah ﷻ, Dia ﷻ telah Menciptakan kita dengan imān. Kita berdoa' agar Dia ﷻ Menguatkan iman kita. Paling penting "‘afwa wal-‘āfiyata wal-mu‘āfātal dā’imah”, kita hendaklah memohon keampunan daripada Allah ﷻ dan kesihatan yang baik. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik. Itulah nikmat terbesar. Ini adalah nasihat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Sesiapa yang melakukan ini akan mendapat keuntungan. Sesiapa yang tidak melakukan ini akan banyak ketinggalan dan banyak mengalami kerugian, kerana Allah tidak akan Memberikannya kepada mereka (yang tidak memohon kepadaNya) .
Malam yang mulia ini adalah sesuatu yang menguji īmān manusia. Orang-orang mukmin, orang-orang yang beriman percaya pada semua yang disabdakan oleh Nabi kita ﷺ. Mereka percaya kepada yang Ghaib (yang tersembunyi). Ghaib bermaksud kita percaya pada apa yang kita tidak nampak. Nabi kita ﷺ telah memberitahu tentang mereka itu. Allah ‘Azza wa-Jalla telah Memberitahu kita tentang perkara-perkara ini melaluinya Baginda ﷺ.
Kami percaya kepada mereka (perkara yang ghaib) dan kami beriman kepada mereka (perkara yang ghaib), syukur kepada Allah ﷻ. Dengan siapa akan adanya itu? Ianya ada bersama dengan mereka yang sedang (berada) di Jalan Suci Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, (ianya ada) bersama dengan orang yang mengikuti sunnahnya, orang yang mentaati apa yang dia ﷺ telah katakan dan apa yang diPerintahkan kepada kita. Sesiapa yang tidak patuh (pula)membinasakan orang lain juga. Mereka bermain dengan imān mereka. Mereka menjadi asbab untuk (orang-orang yang lain) kehilangan imān mereka. Mereka seperti orang-orang musyrik. Orang-orang musyrik tidak percaya apabila Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam naik ke langit (sampai) kepada ‘Arshul-‘Alā. Mereka berkata "Ia adalah dusta dan dia adalah pendusta". Juga pada masa kini, terdapat beberapa orang yang hidup sebagai orang Muslim tetapi bermain dengan īmān orang. Ada di antara mereka mengatakan itu adalah mimpi. Sebahagian daripada mereka tidak percaya langsung. Mereka berkata ia bukan mimpi, atau apa-apa. Terdapat kumpulan sedemikian di luar sana. Shayṭān telah menipu mereka. Dia mengambil īmān mereka, jadi mereka tidak mempunyai imān. Tanpa īmān, mereka boleh terkeluar dari agama juga. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Ianya adalah satu perkara yang berbahaya. Anda mesti percaya akan (perjalanan Isra Mi'raj)ini. Tiada yang sukar bagi Allāh ‘Azza wa-Jalla. Allāh ‘Azza wa-Jalla yang Menciptakan (Mewujudkan) anda daripada ketiadaan (daripada anda tidak wujud) (Dia ﷻ) Melakukan apa sahaja yang Dia ﷻ kehendaki. Allāh ‘Azza wa-Jalla boleh (dan berkuasa untuk) Membawa anda ke titik tertinggi atau menurunkan anda ke titik terendah dalam sekelip mata. Oleh itu, orang-orang yang membuat orang-orang lain ragu-ragu dan bermain-main dengan iman mereka adalah bodoh dengan sendirinya. Mereka yang menganggap (diri) mereka sangat pandai, yang telah belajar terlalu banyak dan mempelajari terlalu banyak jatuh ke dalam keraguan sedemikian. Mereka jatuh dalam perangkap syaitan. Dan tidak ada keselamatan dari perangkap itu. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Sangat sedikit orang yang diselamatkan. Oleh itu, kita harus menjauhi orang-orang seperti itu. Kita harus menjauhi orang yang tidak menghormati dan tidak memuliakan. Tidak perlu bercakap dengan mereka. Kerana mereka itu beracun. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita, racun itu akan membinasakan dan membunuh anda. Anda akan mati secara rohani, dan tidak akan ada keselamatan di (alam) ākhirah selama-lamanya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Semoga Allah ﷻ Menjadikan barakah malam ini kekal untuk kita insha’Allah. Seperti yang kita katakan, ianya adalah malam yang indah ketika Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam megelilingi segala penjuru. Mereka berkata "Bagaimana?"
Di sisi Allah ﷻ, masa dan ruang adalah di tanganNya (dalam genggaman KekuasaanNya). Kedua-duanya (masa dan ruang adalah makhluk yang telah) diCiptakan (oleh Allah ﷻ). Allāh ‘Azza wa-Jalla Menggunakan mereka (masa dan ruang) sebagaimana yang Dia ﷻ Kehendaki. Oleh itu, Nabi kita ﷺ telah pergi (melawat)ke syurga dan neraka, ke 'Arshul-'Alā dan Kehadirat Haqq, Kehadirat Ilahi Allah 'Azza waJalla dalam (masa) dua jam (pada) malam itu. Allah ﷻ telah Meluaskan masa dalam masa yang singkat itu. Seperti yang kita katakan, masa telah berhenti. Allah ‘Azza wa-Jalla Menghentikan masa. Dan 100 tahun berlalu dalam (masa) sekejap seperti yang berlaku pada masa kini.
Oleh itu, fikiran manusia memahami beberapa perkara dan tidak memahami perkara yang lain. Perkara tentang perjalanan malam dan Mi'raj Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berada di dalam batas akal, bukan di luarnya. Masih banyak perkara di luarnya. Terdapat tempat yang tidak mempunyai had. Tidak ada batasan untuk pengetahuan dan kebijaksanaan Allāh ‘Azza wa-Jalla. Had dan sempadan (adalah sesuatu yang) dibuat. Tetapi Hikmah Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak terbatas. Oleh itu, perkara perjalanan malam dan Mi'raj ini agak mudah. Ia adalah perkara yang boleh dipercayai bagi para mu’min. Apabila orang yang belajar di universiti, yang belajar teologi tidak mempercayai perkara ini, itu bermakna mereka kekurangan akal. Semoga Allah ﷻ Memberikan iman dan fikiran kepada kita semua insha'Allah.

🌹Beradablah Dan Janganlah Membantah🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 Januari 2025/ 28 Rajab 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
A‘ūdhu biLlāhi mina sh-shayṭāni r-rajīm.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
ٱللَّهُ خَـٰلِقُ كُلِّ شَىْءٍۢ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ وَكِيلٌۭ ٦٢
“AlLahu Khāliqu Kulli Shay’in, Wa Huwa `Alá Kulli Shay'in Wakīl”,
" Allah Pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu."
(Qur’an 39:62).
Adab adalah ajaran utama Tariqah. Sesiapa yang mengikuti Tariqah akan mempelajari Adab. Untuk siapakah (kita mesti) beradab pertamanya sekali? Ianya mestilah untuk Allah ‘Azza wa-Jalla. Allah ‘Azza wa-Jalla lah yang Menciptakan segala sesuatu. Dia ﷻ Memberi kehidupan kepada segala-galanya dan semua orang: kepada manusia, benda-benda yang tidak bernyawa, serangga. Seluruh alam ini diCiptakan dengan kekuasaanNya ﷻ. Semuanya adalah MilikNya. “ الملك للة”, “Al-Mulku liLlah.” Allah ‘Azza wa-Jalla adalah Malik Al-Mulk, Pemilik Kedaulatan Mutlak.
Oleh itu, Adab Tariqah mestilah untuk Allāh ‘Azza wa-Jalla. Iaitu untuk mengetahui bahawa segala sesuatu adalah dari Allah ‘Azza wa-Jalla dan tidak membantahnya. Bantahan adalah kerja syaitan. Mereka yang pergi mengikuti jalanannya akan membantah. Mereka membantah segala-galanya, baik dan buruk. Mereka tidak menyukai apa-apa pun. Mereka membantah segala-galanya. Sebahagian daripada mereka, mereka yang tidak dalam Tariqah mencampuri urusan Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka berkata, “Mengapa Allah ‘Azza wa-Jalla tidak Menentang penindasan sebanyak itu? Dia ﷻ baik-baik saja dengan itu.”
Dunia Allah ‘Azza wa-Jalla ini bukanlah syurga. Dunia ini adalah tempat ujian. Pelbagai perkara mesti berlaku. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Orang-orang mukmin mestilah memohon kepada Allah ﷻ untuk Melindungi mereka. Jika tidak, ianya tidak akan berfungsi. Anda boleh membantah seberapa banyak yang anda mahu. Apa yang akan datang kepada anda hanyalah dengan Rahmat Allah ﷻ. Anda mesti berdoa' dan meminta agar Dia ﷻ Melindungi anda. Tidak ada yang berhasil dengan menentang Allah ﷻ. Jangan percayai sesiapa dengan mengatakan "Yang ini akan menjadi lebih baik, yang itu akan menjadi lebih buruk". Hanyalah (yakin/percaya) bertawakkal kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Allah ‘Azza wa-Jalla Melakukan segala sesuatu dengan kuasa dan kehendakNya. Allah ‘Azza wa-Jalla Berkuasa atas segala sesuatu. Dia ﷻ Menjadikan yang sukar itu menjadi mudah. Allah ﷻ Melindungi (kita)dari segala macam kesusahan/bala bencana. Allah ‘Azza wa-Jalla adalah yang Melakukan segala-galanya. Ini adalah asas Tariqah. Mereka yang tidak berada dalam Tariqah (akan) membantah dan melakukan ini dan itu walaupun mereka Islam. Itu tidak membawa apa-apa faedah.
Oleh itu, anda hendaklah menerima Kehendak/Ketentuan Allah ‘Azza wa-Jalla. Seperti yang kami katakan, anda mesti memohon kepada (Allah dengan) Adab dan berkata “ (Ya Allah Wahai Tuhan kami) Kami adalah hamba(Mu) yang lemah. Jangan uji kami. Ia adalah dunia (yang penuh) ujian. Namun demikian, perlakukan kami dengan kemurahanMu. Permudahkanlah perkara yang sukar (bagi kami). Semoga kami tidak ditimpa sebarang ujian insha’Allah”. Ini adalah Do'a kita insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Menolong kita semua.

🌹Pengakhiran Para Pengolok/Pengejek🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
29 Januari 2025/ 29 Rajab 1446

قُلِ ٱسْتَهْزِءُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ مُخْرِجٌۭ مَّا تَحْذَرُونَ ٦٤
“Qulis-tahzi'ū 'Inna Allāha Mukhrijun Mā Taĥdharūna”,
"Teruskanlah berolok-olok(mengejek-ejek). Sesungguhnya Allah akan Mengungkapkan apa yang kamu takuti itu."
(Qur’an 09:64). Ṣadaqa Llāhu l‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa (sesetengah) manusia mengejek. Mereka sering mengejek orang-orang yang mengajak kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka (orang-orang yang mengejek itu) tidak menyukai mereka (yang beriman/ yang berada di Jalan Allah). Mereka beranggapan bahawa (diri) mereka adalah orang yang pandai dan sempurna dan bahawa orang-orang (yang berada) di Jalan Allah ﷻ adalah jahil dan bodoh. Jadi, mereka mengolok-olok (mengejek) mereka (yang beriman/yang berada di Jalan Allah). Dia ﷻ Berfirman, “Olok-oloklah! Saya akan Mendedahkan nanti jenis-jenis kesalahan yang telah kamu lakukan.
"مُخْرِجٌۭ مَّا تَحْذَرُونَ"
“Mukhrijun Mā Taĥdharūna”, "akan Mengungkapkan apa yang kamu takuti itu."
(Qur’an 09:64). Allah ‘Azza wa-Jalla akan Membawanya kepada kamu untuk mengajar kamu bahawa pengolokan (ejekan) kamu itu adalah sia-sia. Itu akan berlaku di sini dan di akhirat. Seseorang yang menganggap sesuatu itu betul dan selebihnya yang lain salah itu salah di dunia ini, (maka) dia selalu akan tersilap/ beraggapan yang salah . Dan dia akan mendapat kehinaan pada akhirnya.
Seandainya orang yang mengejek dan menzalimi orang yang berada di Jalan Allah ﷻ itu menyesali (akan perbuatannya) di dunia ini sebelum menuju akhirat,(maka)itu adalah baik. Jika mereka tidak menyesali, (maka) ia akan menjadi buruk (bagi mereka). Apabila mereka menyesal dan memohon keampunan (dari Allah ﷻ), Allah ﷻ akan Mengampuni (mereka). Tetapi jika mereka berterusan melakukannya, mereka akan mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat. Allah ﷻ pasti akan Memberikan hak kepada setiap orang. Setiap orang itu berada di dalam (Genggaman) Tangan Kekuasaan Allah ‘Azza wa-Jalla. Allah ﷻ Maha Penyayang. Jika mereka bertaubat atas apa yang mereka (telah) lakukan, Allah ﷻ akan Mengampuni (mereka). Jika mereka tidak bertaubat, mereka akan mendapat kehinaan di dunia dan mendapat kerugian yang besar di Akhirat.
Kita mestilah berhati-hati. Orang-orang berfikir mereka memiliki dunia ini apabila mereka telah diberi sesuatu. Mereka menganggap orang-orang yang lain itu tidak berguna dan tidak penting, sehingga mereka layak untuk diper olok-olok/diejek. Kita mestilah berhati-hati. Setiap orang melakukan kesilapan. Semua orang mungkin telah tersalah cakap. Tetapi jika mereka bertaubat dan memohon ampun, nescaya Allah ‘Azza wa-Jalla akan Mengampuni mereka. Ini adalah sangat penting.
Mereka banyak memperolok-olok/mengejek orang-orang yang berada di Jalan Allah ﷻ. Orang-orang kafir dan orang-orang yang tiada kepercayaan banyak memperolok-olok/mengejek dan mentertawakan para Nabi-Nabi, umat mereka dan pengikut mereka. Keadaan mereka diterangkan didalam Al-Qur'an 'Azimu sh-Shan dan didalam buku-buku sejarah. Ianya menggambarkan bagaimana mereka (yang memperolok-olok/mengejek) itu binasa. Tidak ada keuntungan (bagi yang) mengejek mereka (yang beriman). Mereka yang mengejek dan menentang yang Haqq sentiasa akan kecewa. Mereka tidak mencapai apa-apa dan meninggal dunia (berpindah) ke dunia lain(alam lain); semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Kerana mereka menipu kanak-kanak, belia dan orang tua pada masa ini. Oleh itu, semoga Allah ﷻ Melindungi mereka dan kita semua. Kerana keadaan ini berbahaya.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
اسلم عليكم ورحمة وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
🌹Menyambut Sya'ban🌹
InSha'Allah, pada azan Maghrib malam ini (Khamis, 30 Januari), kita akan berada di ambang pintu menyambut bulan Nabi kita ﷺ, Sya'ban Al-Muazzam.
“Pada hari-hari ini, yang kemudian dan seterusnya, cinta kepada Nabi kita ﷺ adalah yang paling kita perlukan. Semoga Allah s.w.t Menambahkan kasih sayang kepada Baginda ﷺ dalam diri kita. Semoga bulan yang mulia ini membawa kebaikan dan menjadi asbab kepada kebaikan. Semoga iana baik untuk kita, semoga ianya menjadi perlindungan untuk kita dan semoga ia memberi kekuatan kepada Iman kita.”
- Mawlana Syaikh Muhammadق
Sya'ban adalah bulan di mana amalan kita diangkat kepada Tuhan sekalian alam.
Oleh itu, Rasulullah ﷺ memperbanyakkan ibadahnya, khususnya dengan berpuasa, pada bulan ini lebih banyak daripada yang lain, kecuali Ramadhan.
(Sunan an-Nasa’i)
1) Bagi yang masih belum selesaikan Solat Sunat Rejab 30 rakaat, sila kerjakan sebelum Asar pada hari ini.
Panduan solat itu ada dalam pautan ini:
https://drive.google.com/file/d/16WyCioKfvOxyc9PzR94LoXPVBE2TTQgN/view?usp=drivesdk
2) Sya’ban adalah bulan yang kebanyakan manusia lalai. (Sunan an-Nasa’i)
Maka sibukkanlah dengan amal soleh terutamanya Selawat, Maulid, Burdah dan puasa.
3) Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (terutama pada hari Khamis pertama dan terakhir).
4) Teruskan melakukan khalwah sebahagian (menyendiri mengingati Allah) dan Istighfar Rejab.
5) Muliakan Malam Pertama Sya’ban dengan mengerjakan solat Sunat 12 rakaat sebaik-baiknya antara Maghrib dan Ishak atau selepas Ishak malam ini.
Panduannya ada di pautan ini :
https://drive.google.com/file/d/1XsliHuSAtwlN16TQTiBQZMRM91tckJUf/view?usp=drivesdk
6) Muliakanlah malam 15 Sya’ban dengan berpuasa dan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban (juga dikenali sebagai Laylat’ul Bara’ah) dengan membaca– 3 kali Yasin dan melaksanakan 100 raka’at solat Sunat.
Malam Nisfu Sha’ban ini sangat penting kerana pada malam inilah Rezeki dan ajal kita diputuskan untuk tahun yang akan datang.
Di bawah ini dilampirkan folder Google Drive dengan semua Adab dan Wazifa untuk bulan Sya'ban yang penuh barakah ini:
https://drive.google.com/drive/folders/1zsIfpPxRDefMSUQhl3Bf0jveK6pKRz1H?usp=sharing
Wassalam.

🌸 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.
Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ
Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.
Sollu a'lan Nabi ﷺ.

🌹Tidak Memuliakan Baginda ﷺ Bermakna Tiada Iman🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
31 Januari 2025/ 01 Sha’ban 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Semoga bulan Sya'ban hari ini diberkati. Nabi suci kita ﷺ Bersabda, “Ini adalah bulanku.” Sya'ban Syarif adalah bulan Nabi kita ﷺ, dan ianya adalah bulan yang mulia. Ianya mempunyai Barakah yang banyak, kerana Allah 'Azza wa-Jalla Menciptakan alam ini sebagai Penghormatan untuk Nabi suci kita ﷺ sebagai hadiah. Kemuliaan Nabi kita ﷺ adalah tinggi. Sesiapa yang tidak tahu akan hal itu akan memudaratkan dan menzalimi dirinya sendiri. Semakin anda Memuliakan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, semakin banyak manfaat yang anda perolehi.
Rahmat Nabi kita ﷺ adalah untuk seluruh Umat. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam telah menjemput keluarganya kepada Islam pada mulanya. Mereka semua telah berkumpul di satu tempat, dan Baginda ﷺ menjemput mereka. Kesemua mereka telah menerima. Tetapi bapa saudaranya ﷺ Abu Lahab berdiri dan berkata dengan kata-kata yang buruk. Dia menghalang mereka semua daripada menjadi Islam. Sudah tentu, sebahagian besar daripada mereka menjadi Islam selepas itu. Tetapi Abu Lahab tidak menjadi Islam. Allah ‘Azza wa-Jalla telah Menuliskan bahawa dia tergolong dari kalangan ahli neraka didalam Al-Qur’an ‘Azimu sh-Shan. Sesiapa yang tidak memuliakan dan menghormati Nabi kita ﷺ akan mendapat pengakhiran yang buruk. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Allah ﷻ telah Memberikan contoh kepada manusia. Walaupun itu bapa saudaranya ﷺ, jika dia tidak memuliakan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, dia tergolong dalam neraka. Oleh itu, agar orang ramai mengetahui perkara ini dengan pasti, Allah ‘Azza wa-Jalla sedang Menunjukkan keadaan buruknya di dalam Al-Qur’an ‘Azimu sh-Shan, kitab yang kekal abadi. Kenapa? Kerana dia telah menyebabkan penderitaan sepanjang masa dan menghalangi manusia daripada melakukan kebaikan dan perbuatan yang baik. Mereka (para masyarakat) telah dihalang daripada mengikuti Baginda ﷺ dan mencapai kebaikan. (Akibat perbuatan) Ini (adalah) di bahunya selama-lamanya sehingga (hari)Qiyamah.
Ada sesetengah orang seperti ini pada zaman sekarang. Sesiapa pun yang tidak menghormati Nabi kita ﷺ tidak mempunyai Iman tidak kira sama ada mereka orang Muslim atau Kafir. Mereka adalah tanpa Iman. Ada kemungkinan mereka mengatakan mereka Muslim dengan lidah mereka. Tetapi mereka tiada Iman. Syaitan sedang menunjukkan dan mencipta Fitnah untuk manusia zaman ini. Dia (syaitan) berkata, “Berhati-hatilah daripada memuliakan Nabi ﷺ. Jika kamu berbuat demikian, Allah ﷻ akan Menghukum kamu, kerana Dia ﷺ adalah orang seperti kamu. Kamu akan menjadikan Syirik. Kamu akan keluar dari agama.” Inilah tipu daya syaitan untuk merampas Iman manusia. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Kita harus melakukan semampu kita untuk memuliakan Nabi suci kita ﷺ di bulan yang mulia ini. Kita hendaklah memperbanyakkan Selawat. Untuk setiap Selawat, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam berkata Baginda ﷺ akan menjawab kepada kita. Nabi kita ﷺ Bersabda, “Kamu memberi salam kepadaku, maka aku membalas salammu.” Ini adalah keuntungan yang besar. Kita tidak boleh terlepas ini. Sepatutnya kita buat Tasbihat dan Selawat sebanyak-banyaknya insha’Allah. Semoga Allah ﷻ Memberkati bulan ini. Semoga Dia ﷻ Menjadikannya asbab untuk kebaikan. Semoga kita diberi kekuatan Iman. Dan semoga cinta kita kepada Nabi suci kita ﷺ bertambah. Lebih banyak ia bertambah, lebih banyak manfaatnya kepada kita. Semoga Allah ﷻ Memberkatinya.

Terdapat bacaan Khatm Sharif, Tasbihat, Tahlilat, Salawat, Surah-surah and Ayat-ayat. Kami menghadiahkan kesemua amal soleh pertama-tamanya kepada Nabi kita ﷺ, Ahlul-Bait Baginda ﷺ dan Para Sahabat, roh kesemua para Anbiya, Awliya, Asfiya dan Mashayikh, roh para kerabat kita yang telah meninggal dunia, roh para Muslim dan Mu’min. Agar kebaikan mendatang dan kejahatan menghilang. Semoga semua matlamat yang baik dari mereka yang telah membacakannya tercapai. Semoga mereka diberi kekuatan Iman insha'Allah. Semoga mereka mendapat Barakah. Semoga mereka bahagia dunia dan akhirat.
LilLaahi Ta’ala. Al-Fatiha.
LilLaahi Ta’ala. Al-Fatiha.