SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
559 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
January 11
January 11
January 12
January 14
January 14
January 15
January 15
January 15
January 16
*🌹In Loving Memory of Sheikh Muhammad Abdul Sattar Khan*

Hilangnya Keseronokan dalam Ibadah: Tanda Hati yang Keras
(27.01.2023)


Dalam Sohbahnya, Almarhum Sheikh Abdul Sattar bercakap tentang perjalanan rohani menuju Allah terutama di bulan-bulan suci ini. Mengambil daripada mimpinya semasa beliau masih muda, beliau menekankan bahawa Dunya ini adalah tempat anda mula menanam, dan berusaha untuk menjadikan tumbuhan ini tumbuh menjadi pokok yang cantik. 

Begitu juga, kita perlu membuat persiapan di bulan Rejab dengan menanam benih keimanan melalui ibadah dan taubat, memupuk mereka di bulan Sya’ban, dan menuai buah di bulan Ramadhan.

Beliau mengibaratkan perjalanan itu seperti orang sakit yang pulih dan menemui semula keseronokan makanan, menggambarkan betapa hubungan yang benar dengan Allah Taala membawa kemanisan kepada jiwa, tidak seperti kekosongan gangguan duniawi.

Beliau kemudiannya berkongsi cerita tentang seorang lelaki di zaman Bani Israel yang gigih mengejek dan menghina Nabi pada zaman itu, seolah-olah tanpa mengalami sebarang kesan/(bala dari Allah). Allah kemudian mewahyukan kepada Nabi tersebut bahawa azab yang paling berat yang Allah timpakan kepada seorang hamba ialah hati yang keras.

Hati yang keras gagal merasakan kedekatan kepada Allah, membawa kepada kehidupan yang kosong, tanpa mengira harta benda. Sebaliknya, mereka yang merasai kemanisan Zikrullah dan beribadat mendapat kepuasan sebenar, walaupun mereka bergelut (dalam hidup).

Akhir sekali, beliau mengingatkan kita untuk sentiasa berusaha mengatasi kemalasan dan dosa walaupun kadang kala kita goyah, kerana ianya mengeraskan hati, dan terus berusaha mendekatkan diri kepada Allah.

Hanya dengan kesabaran, keikhlasan dan muhasabah seseorang dapat mencapai kegembiraan dan kemanisan kehambaan yang sebenar kepada Allah. Walau bagaimanapun, ia adalah proses beransur-ansur yang memerlukan usaha dan ketekunan.

Semoga kita berusaha untuk kembali kepada Allah dengan Qalbun Salim - dengan hati yang suci, bersih, sihat, sempurna.

Bacalah transkripsi Sohbah beliau di pautan ini :
https://sufihub.com/the-loss-of-pleasure-in-worship-a-sign-of-a-hardened-heart/

Anda boleh menukarkannya ke Bahasa Indonesia pada butang disebelah atas kanan.

Tonton video penuh di pautan ini:
https://youtu.be/HwN179-_hy4?si=yZE5UKTNKfpyUX8s

Semoga Allah Mengampuni kekurangannya, melimpahkan Rahmat, dan cahaya yang tidak terhingga, serta meninggikan darjatnya atas keikhlasan usaha dan sumbangannya selama hayatnya. 

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang paling dekat dengan Allah SWT.

Al-Fatiha untuk Syeikh Muhammad Abdul Sattar Khan 💚🌹 Wassalam.
January 16
January 23
January 23
January 23
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jummah Mubarak!
Kita telah memasuki Hari Juma'at terakhir pada Bulan Rejab ini.

📌 Bacalah ‘Ahmadur Rasulullah Muhammadur Rasulullah’ sebanyak 35 kali ketika Imam duduk di antara dua khutbah bagi orang-orang lelaki dan untuk para wanita anda bolehlah membacanya kira-kira 10-15 minit selepas Azan Zohor.
January 24
January 25
January 25
January 25
🌹السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🌹

🌹بسمالله الرحمان الرحيم🌹

Alhamdulillah, malam ini merupakan malam Israk Wal Mi'raj.

Hidupkanlah malam ini dengan beri'badah kepada Allah.
Dianjurkan untuk berpuasa sunat pada keesokan harinya iaitu 27 Rejab.

Berikut adalah panduan amalan dari Maulana Sultan untuk diamalkan.

- Niat
(Nawaytul Arbai'en Nawaytul U'zlah, Nawaytul Khalwah, Nawaytul I'tiqaf, Nawaytus suluk, Nawaytul Riadah fihazal Jami' Lillāhita'aala)
- Adab Tariqah
- Dua' al Mathoor Grandsheikh A'bdullah al Fa'iz Ad-Daghestani ق
- Khatam Khwajagan/ Zikir
- Membaca Mawlid
- Solat Sunat Tasbih 4 Rakaat
- Solat Sunat Syukur 2 Rakaat dengan Doa Qunut
- Solat Sunat Israk wal Mi'raj 2 Rakaat
(Membaca Surah Fatihah 1 kali dan membaca Surah al Ikhlas 20 kali pada setiap rakaat)
-Ihda
-Membaca Dua' dan Surah Fatihah
(Digalakkan untuk membaca 1000 Surah al Ikhlas pada hari ke 27 Rejab)
January 26
January 26