SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
542 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Menyambut Rejab Suci🌹
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
‎بسم اللّه الرحمن الرحيم

InSha'Allah, bulan pertama dari tiga bulan yang mulia, Rejab Bulan Pengampunan, semakin hampir dalam sehari.
“Bulan Rejab adalah bulan Allah(ﷻ), oleh itu mereka berkata: “Fī Rajab aral ‘ajā’ib,”
“Pada bulan Rejab kamu akan melihat keajaiban; perkara pelik mungkin berlaku.”
Anda akan melihat kekuasaan Allah pada bulan Rejab.
Keadaan yang berbeza berlaku pada bulan ini.” - Mawlana Syaikh Muhammadق
Rejab 1 adalah pada hari Rabu 01/01/2025 InSha’Allah, bertepatan dengan Lefke/Turki tahun ini.

Amalan untuk hari Selasa, 31hb Disember 2024 📌 Berpuasa pada hari Selasa jika boleh, untuk menyambut bulan mulia dalam keadaan berpuasa.

📌 Berwuduk sebelum Asar.

📌 Selepas Asar, sempurnakan Adab & Awrad, duduk di atas sejadah dan dalam keadaan insaf, dengan ikhlas berniat untuk memasuki bulan-bulan suci ini memohon keampunan dan mendekatkan diri kepada Allah, dengan berniat untuk ikuti niat Grandshaykhق dan Mawlana Shaykh Mehmetق.

📌 Baca Doa Al-Mathur Grandshaykh

Pautan untuk Doa Mathur adalah dibawah ini
👇🏼

https://drive.google.com/drive/folders/1BdkafKfMv1wySxQrnqDzcZsVQ4e0iNY6

Pada Azan Maghrib,

📌 Baca Doa Bulan Baru menyambut bulan Rejab baru.

📌 Lihatlah lambang Mohor Nabiﷺ & Sandal Nabiﷺ. Selepas Solat Ishak,

📌 Lakukan Solat Sunnat Khusoma dan luangkan malam yang sangat istimewa ini dalam do'a. 👇🏼

https://drive.google.com/file/d/1BeCDBcBqvEfO6FhfuACixhHyVNk-ens6/view?usp=drivesdk

📌 Lakukan 10 Raka’at pertama Solat Sunnat Rejab. 👇🏼

https://drive.google.com/file/d/16WyCioKfvOxyc9PzR94LoXPVBE2TTQgN/view?usp=drivesdk

📌 Membaca Do'a Suci Rejab (Juga dikenali sebagai Istighfar Rejab. Terdapat banyak versi Istighfar Rejab dan semuanya boleh diamalkan.) 👇🏼

https://drive.google.com/file/d/1CVoaGY7pvKy8ia49Fbs_lgyG9_NpFwzY/view?usp=drivesdk

Hidupkanlah Malam 1 Rejab dengan memperbanyak i'badah kepada Allah ﷻ
Sayyidina Ali pernah berjaga sepanjang malam pada malam pertama Rejab.

Untuk rujukan anda:
1) Di SufiHub.com
Koleksi  Suhbah pada Rejab oleh Mawlana Shaykh Nazimق dan Mawlana Shaykh Muhammad Adilق, serta daripada Hjh Amineق dan Hjh Rukeyyiق.

Jika anda mahu, anda boleh menggunakan pautan terus ini:

https://sufihub.com/category/notes/special-practices-of-islamic-months-notes/rajab/rajab-suhbah-series/

2) Di Google Drive

Pautan kepada semua ibadah/amalan Rejab:

https://drive.google.com/drive/folders/1-K7KXEypqlj1-nkUvYUKnORZ6wtF7dSH

Semoga Allah menerima ibadah kita dan Memberikan kepada kita dan orang yang kita cintai, keampunan yang sempurna dan abadi. Wassalam.
Bismillahirahmanirahim

Amalan-amalan Bulan Rejab dari Mawlana Sultan.

Membaca zikir-zikir ini pada setiap hari :
Istighfar 100 - 1000 kali
LaailahaillAllah 100 - 1000 kali
Selawat 100 - 1000 kali
Ya Latif 100 - 1000 kali
1 Juzuk Al-Qura'n
1 Hizib Dalail Khayrat

Membaca kalimah ini setiap hari pada Sepuluh Hari Pertama Dalam Bulan Rejab (Rejab 1-10) :
SubahanAllaHil hayyil Qayyuum 100 kali

Membaca kalimah ini setiap hari pada Sepuluh Hari Kedua Dalam Bulan Rejab :
(Rejab 10-20) :
SubahanAllahil Ahadis Somad 100 kali

Membaca kalimah ini setiap hari pada Sepuluh Hari Ketiga Dalam Bulan Rejab :
(Rejab 20-30) :
SubahanAllahir Ra'uf 100 kali

Solat Sunat Rejab sebanyak 30 Rakaat. Boleh dilakukan sepanjang Bulan Rejab pada bila-bila masa sehingga cukup 30 rakaat. Dilakukan dengan mengerjakan Solat Sunat Rejab 2 rakaat sebanyak 15 kali sehingga cukup 30 Rakaat.
Pada setiap rakaat, boleh baca Surah Fatihah dan Surah al Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad) sebanyak 11 kali.

Selamat Beramal, semoga segala amal soleh kita diterima Allah ﷻ, Aameen.
Doa Permulaan Rejab
🌹TUGASAN PADA REJAB YANG SUCI🌹


Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 
31 Disember 2024/ 30 Jumada al-Thani 1446 
Solat Subuh, Akbaba Dergah  

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh. 
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.  
Waṣ-Salātu was-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah. 

Bulan Rejab bermula malam ini insha'Allah. 
Tiga bulan yang suci - Rejab, Sya'ban, Ramadhan. Keistimewaan bulan Rejab ialah terdapat satu perkara lagi: ianya adalah salah satu daripada bulan haram (bulan yang suci-mulia). Rejab, Dzul Qa’dah, Dzulhijjah dan Muharram adalah empat bulan haram. Mereka mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Dan Rajab adalah salah satunya. Ia mempunyai keutamaan tiga bulan suci dan keutamaan bulan haram.

Kita harus melihatnya sebagai peluang dan manfaat daripada bulan yang mulia ini. Ianya Bermula malam ini insha'Allah. Selepas solat Maghrib, 1 Rejab akan tiba insha'Allah. Sudah tentu, kita mestilah melihat bulan. Tetapi orang ramai tidak tahu di mana bulan terbit dan di mana ia terbenam lagi. Oleh itu, ikuti apa yang kerajaan anda katakan. Insha'Allah Allah ﷻ akan menerimanya.

Orang ramai harus membuat khalwah separa  (mengasingkan diri mengingati Allah); satu jam atau dua jam, seberapa banyak yang mereka boleh lakukan. Tiada kebenaran untuk khalwah yang lain sekarang. Tidak ada kebenaran untuk tinggal dalam khalwah selama empat puluh hari sekarang. Kerana manusia tiada toleransi. Oleh itu, dengan Rahmat Allah ‘Azza wa-Jalla, anda boleh melaksanakan sebahagiannya. Berniatlah di antara Maghrib dan Isyak, atau antara Asar dan Isyak, atau dari Tahajjud hingga terbit matahari. Ada Wazifah (Kewajipan) Tasbihat dan Tahlilat. Anda boleh melakukannya. Anda akan mencapai keutamaan mereka, kerana tidak boleh ada orang yang berada dalam Tariqah Naqsyabandi tetapi tidak melakukan khalwah(mengasingkan diri mengingati Allah).

Oleh itu, khalwah separa menggantikan khalwah besar, kata Mawlana Syaikh Nazim. Hendaklah ada kemudahan dalam segala hal. Orang ramai tidak akan mampu menanggung perkara yang sukar. Oleh itu, kerana belas kasihan, kerana kita hidup di akhir zaman, sebagaimana Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda kepada Sahabat, “Jika kamu melakukan 99 perkara dan melewatkan 1, kamu bertanggungjawab untuknya. Tetapi pada akhir zaman, jika mereka melakukan 1 daripada 100, itu sudah cukup untuk mereka.” Oleh itu, Syukur kepada Allah ﷻ, kita mesti melakukannya apabila ada kemudahan seperti itu.

Pastinya ada juga puasa. Sesiapa yang mampu berpuasa dalam tiga bulan suci ini hendaklah berpuasa. Sesiapa yang tidak mampu berbuat demikian, esok adalah 1, dan kemudian ada malam keramat pada hari Khamis. Puasalah pada hari tersebut. Kemudian berpuasa lagi pada hari Khamis dan Isnin, Isnin dan Khamis. Sesiapa yang mampu berpuasa lebih dari itu maka boleh melakukannya. Anda akan mendapat manfaat yang besar daripada itu. Insha'Allah ada manfaatnya.

Juga, terdapat solat sunat tiga puluh rakaat pada bulan Rajab. Jika anda solat dua rakaat setiap hari dengan (membaca) 1 Fatihah dan 11 Ikhlas dalam setiap rakaat, tiga puluh rakaat akan dapat dilakukan sepanjang bulan. Tidak perlu solat semuanya sekaligus. Jika anda solat dua rakaat setiap hari untuk mencapai keutamaan Rajab, maka itu adalah baik. Ada Tasbihat: Subḥana Llāhi lḤayyi l-Qayyūm, Subḥana Llāhi l-Aḥadi ṣ-Ṣamad, Subḥana Llāhi r-Ra’uf. Setiap satu berubah pada setiap sepuluh hari dengan sewajarnya. Ada arahan bertulis (untuk panduan). Anda hendaklah melaksanakannya.

Semoga Allah ﷻ Memberkati. Semoga tiga bulan mulia kita ini diberkati. Semoga mereka (bulan-bulan ini) menjadi sarana kebaikan insha’Allah. Semoga kita diberi kekuatan Iman. Semoga ada hidayah kepada umat Islam. Semoga mereka dilindungi dari kejahatan syaitan.
Semoga mereka dilindungi dari kejahatan dan Fitnah akhir zaman insha’Allah. Dengan niat untuk sampai kepada Imam Mahdi 'alayhi s-salam insha'Allah, semoga Allah ﷻ Memberkati anda. Insha'Allah akan ada hari yang lebih baik. Hari-hari ujian akan berakhir, dan hari-hari baik akan datang bersama Imam Mahdi ‘alayhi s-salam insha’Allah. Semoga Allah ﷻ Memberikannya kepada kita semua.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha. 
Malam ini adalah malam Jumaat Pertama didalam Bulan Rejab.
Hari Khamis malam Jumaat.

Malam ini dikenali sebagai Malam Laylatul Raghaib.
Amat dianjurkan untuk beri'badah kepada Allah ﷻ dan Menghidupkan malam ini.
Berikut merupakan Adab-adab Tariqah yang perlu dilakukan pada malam ini:-

🌹ADAB MALAM LAYLATUL RAGHAIB

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

Adab Tariqah: -
- Membaca kalimah Shahada sebanyak 3 kali
- Membaca AstaghfiruLlah sebanyak 70 kali
- Rabita Sharifa (hubungkan qolbu-hati kepada Murshid dan Para Mashaikh sehingga kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ dengan perasaan penuh cinta dan hormat)
- Membaca Surah Al Fatihah sebanyak 1 kali (dengan niat menerima manifestasi dan perlindungan yang turun dengannya di Makkah alMukarramah)

Membaca ayat ke 285 sehingga ayat ke 286 Surah Al-Baqarah satu kali :
(Qur’ān 02:285-286)
‘Āmana Ar-Rasūlu Bimā ‘Unzila ‘Ilayhi Min Rabbihi Wa Al-Mu’uminūna; Kullun ‘Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihi Wa Kutubihi Wa Rusulihi Lā Nufarriqu Bayna ‘Aĥadin Min Rusulihi; Wa Qālū Saminā Wa ‘Aţanā; Ghufrānaka Rabbanā Wa ‘Ilayka Al-Masīr ﴾ 285 ﴿
Lā Yukallifu Allāhu Nafsāan ‘Illā Wusahā; Lahā Mā Kasabat Wa Alayhā Mā Aktasabat; Rabbanā Lā Tu’uākhidhnā ‘In Nasīnā ‘Aw ‘Akhţa’nā; Rabbanā Wa Lā Taĥmil Alaynā ‘Işrāan Kamā Ĥamaltahu Alá Al-Ladhīna Min Qablinā; Rabbanā Wa Lā Tuĥammilnā Mā Lā Ţāqata Lanā Bihi; Wa Afu Annā Wa Aghfir Lanā Wa Arĥamnā; ‘Anta Mawlānā Fānsurnā `Alá Al-Qawmi Al-Kāfirīn {286}

-Membaca Surah ash-Sharh (Qur’ān 94)
Sebanyak 7 kali
- Membaca Surah al-Ikhlas (Qur’ān 112) Sebanyak 11 kali
- Membaca Surah al-Falak (Qur’ān 113)
Sebanyak 1 kali
- Membaca Surah an-Nas (Qur’ān 114)
Sebanyak 1 kali

-Membaca LaailahaillAllah
Sebanyak 10 kali (dan pada kalimah terakhir sambung dengan Muhammadun RasuluLlah)

-Membaca Selawat sebanyak 10 kali
(Allahumma salli aa’la Muhammadin wa aa’la ali Muhammadin wa sallim)

- Dan Membaca Salawat Sharifa 1 kali :
Salli ya Rabbi wa sallem aa’laa jami’i al ‘anbiya’i wal mursalin wa ‘ali kullin ‘ajmaii’n wal hamdulilLahi Rabbi’l aa’lamin.
Aa’la ashraf’il aa’lamina Sayyidina Muhammadin s-salawat, aa’la afdal’il aa’lamina Sayyidina Muhammadin s-salawat, aa’la akmal’il aa’lamina Sayyidina Muhammadin s-salawat. Salawatu-Llahi taa’la wa Malaikatihi wa Anbiyaihi wa Rusulihi wa jami’i khalqihi aa’la Muhammadin wa aa’la ‘ali Muhammad, aa’layhi wa aa’layhim as-salam wa rahmatu-Llahi taa’la wa barakatuh, wa radiya-Llahu tabaraka wa taa’la aa’n sadatina ‘as’habi Rasuli-Llahi ajma’in, wa ‘aan il tabii’na bihim bi ihsan, wa aa’n il A’immatil mujtahidin al madin, wa aa’n il U’lama’ il mutaqin, wa aa’n il Awliya’ is-salihin, wa aa’n Mashayikhina fi t-Tariqati n-Naqshbandiyyati l-Aa’liyya, qaddasa-Llahu taa’la ‘arwah’ahum uz-zakiyya, wa nawwaraLlahu taa’la ‘adrihatahum ul-mubarakah, wa ‘a-aa’da Llahu taa’la aa’layna min barakatihim wa fuyudatihim daima, wa-lhamduLillahi Rabbi’l aa’lamin.

(Terjemahannya)
[Wahai Tuhanku! Selawat dan salam ke atas semua Nabi dan Rasul dan semua keluarga mereka, dan segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat ke atas (makhluk Ciptaan Allah) yang Paling Mulia di alam semesta, Sayyidina Muhammad. Selawat ke atas yang terbaik di seluruh alam, Sayyidina Muhammad. Selawat ke atas (makhluk Allah) yang paling sempurna di alam semesta, Sayyidina Muhammad. Selawat Allah Taala, malaikat-malaikatNya, nabi-nabiNya, rasul-rasulNya dan seluruh makhlukNya tercurah keatas Sayyidina Muhammad dan keatas keluarga Sayyidina Muhammad, ke atasnya dan ke atas mereka Sejahtera dan Rahmat dan Keberkatan Allah Taala, dan semoga Allah Memberkati dan (Allah) Yang Maha Tinggi, Redha kepada semua Guru-guru kami, semua Sahabat Sayyidina Rasulullah, dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebaikan, dan para Mujtahid/Imam yang tekun, para ulama yang soleh, para Wali-wali yang soleh, dan Mashayikh kami dari Tarekat Naqsyabandi Yang Terhormat, semoga Allah Ta'ala Menyucikan jiwa-jiwa mereka yang suci, dan semoga Allah Ta’ala Menerangi tempat-tempat suci mereka yang diberkati, dan semoga Allah Ta’ala Memulihkan kita dari keberkahan
dan kelimpahan mereka selalu, dan Segala Puji bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam semesta.]

-Membaca Surah al Fatihah 1 kali

-Ihda'/ Hadiah/ Mendedikasikan kepada :-

Ila sharafi’ ‘n-Nabi, sallaLlahu alayhi wa sallam wa Alihi wa Asahabihi l-kiram, wa ila arwahi jamee’i al Anbiya’i wa l-Mursalin wa Khudama’i sharai’ihim wa ila arwahi al ‘Aimmati al arba’a, wa ila arwahi Mashayyikhina fi t-Tariqati n-Naqshbandiyyati l-Aliyyah, khassatan Imamu t-Tariqah wa Ghawthu l-Khaliqah Khwaja Bahauddin Muhammad al-Uwaisiyi l-Bukhari, Sayyidina Abdul Khaliq al Ghujduwani, Mawlana Shaykh Sharafuddin al Daghestani, Mawlana Shaykh Abdullah al Faiz al Daghestani, Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil al Haqqani, wa sai’ri Sadatina wa s-Siddiqiyun.

(Terjemahan)
[Untuk kemuliaan Nabi, Sholawat dan Salam ke atasnya, dan keluarganya, dan para sahabatnya, dan roh sekalian Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya dan orang-orang yang menjalankan syariat mereka, dan kepada jiwa empat orang Imam.
Dan kepada roh Mashayikh kami dari Tarekat Naqsyabandi Yang Terhormat, khususnya kepada roh Imam Tarekat (Ghawth al-Khaliqa) (Penolong Makhluk Ciptaan Allah), Khwaja Bahauddin Muhammad al-Uwaisiyi l-Bukhari, Sayyidina Abdul Khaliq al Ghujduwani, Mawlana Shaykh Sharafuddin al Daghestani, Mawlana Shaykh Abdullah al Faiz al Daghestani, Mawlana Syaikh Muhammad Nazim Adil al Haqqani, dan guru-guru kami yang lain dan Siddiqiyun.]

- Membaca Surah Al Fatihah 1 kali
(dengan niat menerima manifestasi dan perlindungan yang turun dengannya di Madinah al Munawwarah)

- Membaca kalimah berikut:-
Allahu Allahu Allahu Haqq
Allahu Allahu Allahu Haqq
Allahu Allahu Allahu Haqq

-Membaca Dua' al Mathur Grandshaykh Mawlana Abdullah al Faiz Ad-Daghestani

-Solat Sunat Tasbih 4 Rakaat

- Solat Sunat Syukur 2 Rakaat

- Solat Sunat Raghaib
(Paling Afdhal dikerjakan pada waktu diantara Maghrib dan Isyak, dan jika tidak mampu maka boleh dikerjakan selepas Isyak)

Solat Sunat Raghaib dikerjakan sebanyak 12 raka'at.
Caranya dikerjakan 2 raka'at dan pada setiap rakaat selepas membaca Surah Fatihah, membaca Surah Al-Qadr sebanyak 3 kali dan Surah al Ikhlas sebanyak 12 kali dan memberi salam seperti biasa, dan sambung sehingga selesai 12 rakaat.

Selepas selesai Solat Sunat Raghaib, dianjurkan untuk membaca kalimah-kalimah berikut:-

Selawat 70 kali :
“Allahumma salli aa’la Sayyidina Muhammadin in-Nabiyyil Ummiyi wa aa’la ‘Alihi wa sallim.”

Bersujud dan membaca Kalimah ini :
“Subbuhun Quddoosun Rabbuna wa Rabbul Malaikati wa r-Ruh”
Dan ketika didalam sujud, berdoa'lah mohonlah keampunan kepada Allah ﷻ dan apa sahaja kebaikan yang anda inginkan untuk dunia dan akhirat.
Doa' terbaik yang dianjurkan ialah :
“Rabbanā ‘Ātinā Fī d-Dunyā hasanatan wa fī l-‘Ākhirati hasanatan wa Qinā
Adhāba n-Nār”,

“Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan Peliharalah kami dari siksa neraka.”(Qur’ān 02:201).
Bacalah kalimah ini pada malam ini sebanyak 100 kali.
"Subahanal Hayyillazi Laa Yamut"
﷽, Assalamua'laikum Warahmatullahi wabarakaatuh, Malam ini merupakan malam 8 Rejab, iaitu Hari U'rus/Haul Sayyidina Shaikh Maulana Muhammad Nazim A'dil Al-Haqqani ق, Hadiahkanlah pahala Surah Al-Fatihah kepada roh beliau yang mulia, semoga Allah ﷻ Mengumpulkan kita bersama-sama beliau pada Hari Qiyamah sebagai pencinta beliau. Aameen 🤲
🌹BERUNTUNGLAH BAGI SESIAPA YANG BERADA DI JALAN INI🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
08 January 2025/ 08 Rajab 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى ظِلَـٰلٍۢ وَعُيُونٍۢ ٤١ وَفَوَٰكِهَ مِمَّا يَشْتَهُونَ ٤٢

‘'Inna Al-Muttaqīna Fī Žilālin Wa Uyūnin (41) Wa Fawākiha Mimmā Yashtahūna (42) Kulū Wa Ashrabū Hanī'āan Bimā Kuntum Tamalūna’,"
"Sesungguhnya, orang-orang yang bertakwa berada dalam naungan (pepohonan surga yang teduh) dan (di sekitar) mata air,
dan buah-buahan yang mereka sukai."
(Qur’ān 77:41-43). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman, "Orang-orang yang bertaqwa dan beriman duduk berdampingan dengan baik di bawah naungan syurga tanpa merasa dingin atau panas.”
Siapakah mereka itu? Mereka adalah hamba-hamba yang dikasihi Allah ‘Azza wa-Jalla yang meninggal dunia bersama Iman.

Syukur kepada Allah ﷻ, hari ini adalah Urus/Haul Mawlana Syaikh Nazim. Beliau wafat ke Akhirat pada 8 Rejab. Kami bersamanya setiap hari, Syukur kepada Allah ﷻ, dengan semua saudara. Beliau telah menjadi asbab hidayah untuk betapa banyak ramai orang dengan kadar yang anda tidak dapat bayangkan, dengan lebih banyak kekuasaan selepas kemangkatannya. Beliau berbelas kasihan kepada mereka. Dan nasib mereka begini. Syurga disediakan untuk mereka kesemuanya.

Dunia ini (cuma) tiga hari. Yang penting (adalah) Akhirah. Dan ianya adalah satu rahmat yang besar untuk bersama-sama dengan orang-orang yang suci di Akhirah. Ianya adalah satu tuah (nasib baik) yang besar. Semua orang menganggap nasib yang baik adalah untuk mendapatkan wang atau memiliki sesuatu yang baik di Dunya. Itu bukan nasib(yang baik). Nasib yang baik adalah menjadi hamba-hamba Allah yang diCintai Allah ﷻ daripada kalangan berjuta-juta dan berbilion-bilion manusia. Nasib yang baik adalah dengan dapat bersama dengan mereka-mereka (yang diCintai Allah). Oleh itu, mereka yang mengikuti Jalan ini adalah orang-orang yang bertuah (bernasib baik). Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka. Dan semoga Allah ﷻ Menambahkan (untuk) mereka(nikmat ini). Semoga mereka bertambah ramai dengan Barakah Syaikh kita. Semoga mereka menjadi Petunjuk bagi manusia. Thawab (pahala) setiap orang yang mendapat hidayah juga pergi kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya.

Syukur kepada Allah ﷻ, kitab amalan Mawlana Syaikh Nazim dibuka sehingga Qiyamah. Dan orang-orang yang bersamanya akan bertemu dengannya di syurga insha'Allah. Dunia ini terdiri daripada tiga hari, seperti yang kita katakan. Ada semalam, hari ini dan esok. Itu sahaja; tidak banyak yang perlu dilakukan. Oleh itu, berilah perhatian untuk bersama dengan orang-orang yang baik-baik.

Ramai yang meminta nasihat daripada kami. Nasihat kami - bersamalah dengan orang yang baik. Jauhi yang buruk. Jika ada orang yang baik, anda boleh meluangkan masa bersama mereka. Jika mereka tidak mendengar nasihat, jangan berurusan dengan mereka. Kerana jika anda memegang seseorang dengan tangan anda di dalam paya, dia akan menarik anda dan menenggelamkan anda juga. Oleh itu, apabila anda melihat orang seperti itu, tidak ada faedah daripada mereka. Tendang mereka keluar dan akhirkannya. Berhati-hatilah daripada memegang tangan mereka.

Bersamalah dengan (orang-orang) yang baik, jauhi yang buruk. Yang jahat adalah jahat, seperti yang kita katakan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua dari kejahatan mereka untuk Barakah Syaikh kita. Kami tidak mempunyai apa-apa. Kami tidak mempunyai apa-apa kuasa. Semuanya berlaku dengan kuasa mereka dengan Izin Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Merahmati mereka. Semoga Maqam mereka tinggi.
Kita semua akan bersama di syurga insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌸 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسمالله الرحمان الرحيم

🌹Khatam Khwajagan & Maulid untuk Urs/Haul Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil Al-Haqqaniق

InSha’Allah, malam ini kita akan berkumpul untuk membaca Maulid sebelum Zikir mingguan.

📌Perincian Majlis seperti berikut..

8.30 malam - Ishak

8.45 malam - Khatam Quran/ Maulid

9.15 malam - Khatam Khwajagan

10.00 malam - Sohbah pendek & jamuan ringan

📌 Mereka yang ingin sertai kami melalui ZOOM, ini adalah pautan BARU 👇🏼
https://tinyurl.com/SufiHubZoom

Semoga rahmat dilimpahkan kepada kita semasa kita menyebut Mawlanaق dan semoga rahmat (barakah)nya sampai kepada kita. Wassalam.