SufiHub (Bahasa)
161 subscribers
563 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹Ambillah Pelajaran Dari Segala-galanya🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
26 November 2024/ 24 Jumada al-Awwal 1446 Fajr Prayer, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

".....فَٱعْتَبِرُوا۟ يَـٰٓأُو۟لِى ٱلْأَبْصَـٰرِ ٢"
"Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan!"
(Qur’an 59:02). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
“Wahai orang-orang yang melihat, yang matanya terbuka, ambillah pelajaran.”
Hidup di dunia ini adalah untuk mengambil pengajaran setiap saat. Semuanya ada hikmah dan manifestasinya. Orang yang melihat mereka mengambil pengajaran dan mendapat manfaat daripadanya. Siapa yang tidak melihat tidak tahu apa-apa. Mereka datang sebagai jahil dan pergi sebagai jahil. Mereka tidak boleh mendapat manfaat daripada apa-apa.

Orang yang mengambil pelajaran mendapat manfaat daripada segala-galanya kerana ianya adalah Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla. Ianya bukan untuk hidup seperti rumpai di dunia ini dan pergi. Allah ‘Azza wa-Jalla Menciptakan kehidupan dunia ini untuk menjadi khazanah akhirat. Oleh itu, ianya adalah Perintah untuk mengambil pengajaran. Ambillah pelajaran dari segalanya. Ambillah iktibar dari hidup anda dan ambillah iktibar dari tindakan orang lain. Mengambil pengajaran daripada apa yang anda lihat bermakna memikirkan tentang hikmahnya. Walaupun anda tidak memahami apa-apa, memikirkan tentang itu mempunyai hikmah Allah 'Azza wa-Jalla di dalamnya (kerana ianya) adalah bermanfaat juga. Anda mengingati Allah ‘Azza wa-Jalla ketika itu.

Banyak perkara yang boleh diambil iktibar daripada makhluk Allah ‘Azza wa-Jalla. Ramai dari orang-orang terdahulu, (orang-orang) dari masa hadapan dan (dari masa) sekarang.

"أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَـٰكُمْ عَبَثًۭا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ ١١٥"
"Afaĥasibtum ‘Annamā Khalaqnākum `Abathāan",
‘Maka apakah kamu menyangka bahawa Kami Menciptakan kamu sia-sia?" (Qur’ān 23:115).
“Kami tidak Menciptakan kamu dengan sia-sia,” Firman Allah ‘Azza wa-Jalla.
Oleh itu, seluruh kehidupan adalah pelajaran. Kehidupan anda, kehidupan orang lain adalah pengajaran untuk menjadi baik dengan kebaikan dan menjauhi keburukan insha’Allah.
Semoga Allah ﷻ Menolong kita. Semoga Dia ﷻ Membantu kita memahami hikmah insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹MELINDUNGI LEGASI NENEK MOYANG🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 November 2024/ 18 Jamada al-Awwal 1446 Famagusta – Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Tarīqah kita adalah berdasarkan ṣuḥbah. Dan agar adanya komuniti yang baik, matlamatnya adalah ini. Matlamatnya adalah untuk Keredhaan Allah ﷻ, inshā’Allāh. Perhimpunan kita adalah dari perhimpunan yang dicintai Allah ﷻ, insha'Allah. Memang demikian, kerana kita telah datang ke sini untuk Keredhaan Allah ﷻ.
Dan anda telah datang ke sini bersama cinta ini. Semoga berkekalan, inshā’Allah.

Anda berkumpul seminggu sekali pula. Berhati-hati agar tidak terlepas perhimpunan ini sama sekali. Jika anda tidak pergi seminggu, pergi minggu kedua. Jika anda tidak dapat pergi, pastikan anda menghadirinya pada minggu ketiga. Dapatkan manfaat dari thawab (pahalanya). Itu adalah permata. Ianya adalah daripada perkara yang paling berharga yang dimiliki orang dalam hidup. Perhimpunan ini sangat berharga sehingga kita tidak dapat membandingkannya dengan apa-apa. Itulah sebabnya, sekurang-kurangnya sekali seminggu -Petang keesokannya Khamis, zikir dan Khatmu l-Khwajagān, akan diadakan. Seperti yang kami katakan, jika tidak seminggu sekali, pastikan anda hadir sekali dalam dua minggu. Ia masih bermanfaat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga minggu. Dan jika seseorang itu tidak dapat terus menghadirinya, jika dia tidak datang selepas tiga minggu, dia tidak akan mahu untuk datang lagi. Dia tidak akan ada keinginan untuk menghadirinya lagi. Oleh itu, untuk memecahkan ego anda, pastikan anda menghadiri ṣuḥbah dan zikir ini.

Syukur kepada Allah ﷻ, ia adalah negara Muslim di sini. Di mana-mana ada orang Islam. Ia adalah tempat nenek moyang kita, bukan orang Kristian. Cyprus adalah tempat orang-orang (Empayar) Uthmaniyyah. Dan tidak ada Utara dan Selatan. Mereka adalah sama. Kedua-duanya adalah tanah Islam. Oleh itu, kita mesti memberi perhatian kepada perkara ini. Kita hendaklah berhati-hati dengan warisan nenek moyang kita. Kita tidak boleh meninggalkan warisan sebagai pemboros (yang mensia-siakan harta warisan nenek moyang). Pemboros (harta warisan) adalah orang yang mewarisi sesuatu dari bapanya, tetapi mensia-siakannya dalam lima hari, kerana mereka tidak menderita, mereka tidak mengalami kesusahan.

Nenek moyang kita menumpahkan darah sehingga mereka mendapat tempat-tempat ini. Lapar dan dahaga, terdedah kepada pelbagai jenis penderitaan, mereka menakluki tempat-tempat ini untuk keredhaan Allah ﷻ. Orang-orang suci datang ke sini dan membina dargāh, masjid, makam dan pelbagai perkara. Mereka membuat wakaf. Wakaf bermaksud - ada banyak jenis wakaf. Apa sahaja yang termaktub dalam surat ikatan amanah, ia mesti dilakukan. Sebagai contoh, tempat yang diberkati ini adalah wakaf. "Tempat ini milik saya. Saya jadikan tempat ini sebagai wakaf untuk keredhaan Allah ﷻ untuk dijadikan masjid, masjid, dargāh, bank makanan, madrasah dan tempat pertolongan orang ramai." Tanah sebanyak ini, sebanyak ela ini, sebanyak meter ini; mereka menuliskan segala-galanya. Orang zaman dahulu telah berhati-hati, tidak seperti sekarang. Mereka berkata mereka menjadikan tempat-tempat ini sebagai wakaf untuk keredhaan Allah ﷻ sehingga hari qiyamah. Dan mereka berharap laknat Allah ﷻ menimpa orang-orang yang menentang kehendak mereka. Begitu juga dalam kebanyakan wakaf. Tetapi ada juga wakaf lain, mengikut niatnya boleh dijual dan ditukar dengan benda lain. Itu berbeza. Tetapi yang mempunyai surat ikatan amanah bertulis seperti Ayasofya di Istanbul, Sayyidinā Fatih Sultan Mehmed telah menulisnya sendiri dan telah membayarnya. Mereka yang telah menjadikannya muzium selama bertahun-tahun adalah terkutuk.
Oleh itu sering kali orang bertanya, "Dari mana datangnya masalah ini?" Masalah datang dari (kesan) laknat. Orang yang dilaknat adalah yang paling teruk. Laknat adalah keburukan. Yang dapat menghilangkan (laknat itu) hanyalah dengan berhenti daripada (kejahatan) apa yang anda (telah) lakukan. Tetapi jika anda telah mula melakukan (kejahatan itu), anda tidak boleh berhenti? Jika anda tidak boleh berhenti, anda akan dilaknat. Orang lain juga akan dilaknat. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Ini penting. Orang tak ambil perhatian. Mereka berkata "Ini adalah wakaf; mari kita mengambil manfaat daripadanya. Mengapa ia untuk orang miskin? Kita lebih baik dalam memakan daripada mereka. Biarkan mereka tidak makan, dan mati. Marilah kita makan sendiri." Sedangkan, syukur kepada Allah ﷻ, wang yang mereka perolehi itu cukup untuk semua. Ianya cukup banyak. Orang miskin tidak mempunyai apa-apa. Mereka merampas hak mereka. Jadi mereka sakit dari dalam, dan mereka membawa bahaya kepada orang di sekeliling mereka. Apabila laknat itu turun, ianya bertebaran; sama seperti ketika rahmat turun. Ianya meliputi semua orang di sekeliling, rakan dan kenalan. Ia meliputi semua orang.

Tempat yang kita duduki sekarang ini bukanlah sepersepuluh daripada derma yang suci. Mereka telah melakukan segala-galanya. Mereka telah membuka kubur mereka. Mereka melakukan apa yang orang tidak beriman (kafir) tidak akan lakukan sekalipun, dan membuang mereka. Empat puluh hingga lima puluh tahun yang lalu, mereka bermain dengan tengkorak mereka seperti bola di sini. Memandangkan mereka tidak mementingkan perkara seperti itu, tidak ada barakah dalam apa-apa. Tetapi terima kasih kepada Allah ﷻ, tempat ini adalah Muslim. Ini yang penting. Hak mereka akan dibayar pada masa hadapan, dengan Izin Allah ﷻ. Apabila Mahdī ‘alayhi s-salām datang, dia akan memberikan keadilan kepada mereka yang dirampas haknya. Semua kesalahan ini akan diperbetulkan.

Syukur kepada Allah ﷻ, waktu sudah dekat. Dunia ini telah mencapai kemuncak penindasan. Apabila dunya mencapai kemuncaknya dan selesai, penghujungnya akan tiba. Ianya akan selesai. Ianya hampir tiba. Insha'Allah, penindasan akan hilang dari dunia ini tidak lama lagi. Agama Allah ﷻ akan tampak jelas. Keadilan, kebaikan dan keindahan akan ada di mana-mana, inshā’Allāh. Semoga Allah ﷻ Mengizinkan kita mencapai hari-hari tersebut. Semoga Dia ﷻ Memperbanyakkan masjid dan Memperbanyakkan orang-orang beriman.

Semoga Allah ﷻ Memberi petunjuk dan akal serta kefahaman kepada manusia. Mereka yang merampas hak adalah bodoh. Mereka yang menindas adalah bodoh, kerana mereka akan membayar untuk itu. Jika anda memikirkan tentang hukuman untuk anda, anda tidak akan melakukan apa yang anda (telah) lakukan. Anda tidak akan menindas dan mengambil hak. Anda tidak akan menyiksa sesiapa. Anda tidak akan melakukan perkara yang buruk dan jahat kepada sesiapa. Sesiapa yang melakukan kejahatan adalah bodoh. Semoga Allah ﷻ Memberi kita akal dan kefahaman, insha'Allah. Semoga Allah ﷻ tidak membiarkan kita keliru dalam fikiran kita. Orang ramai kadang-kadang terkeliru. Sesuatu berlaku dan mereka menipu orang-orang. Dan penipu terbesar adalah syaitan. Dia menipu dan memusnahkan orang, dan pergi. Semoga Allah ﷻ melindungi kita dari kejahatannya. Dan semoga Dia ﷻ Melindungi kita daripada mengambil hak orang lain, inshā’Allāh, dengan (kita) ketahui atau tanpa (kita) mengetahuinya. Semoga Allah ﷻ Mengampuni kita semua.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹PEMERGIAN SHAIKH HISHAM KABBANI🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
05 December 2024/ 04 Jumada al-Thani 1446 Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

‘Innā Lillāh Wa 'Innā 'Ilayhi Rāji`ūn’, "Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali"(Qur’ān 02:156).
Apapun jangka hayat yang Allah ﷻ telah kurniakan kepada anda semua, kita akan kembali kepada tempat asal kita. Kita datang dari Allah ‘Azza wa-Jalla, dan kita akan kembali kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Syaikh Hisham Kabbani, abang ipar kami telah meninggal dunia malam tadi. Kami telah bersama selama lebih lima puluh tahun, hampir enam puluh tahun. Semoga Allah ﷻ Merahmati rohnya. Semoga dia berehat di syurga. Dengan bimbingan Mawlana Syaikh Nazim, beliau telah mencapai darjat ini, Syukur kepada Allah ﷻ.

Apabila mereka telah datang (pada dahulunya), mereka adalah murid. Mawlana Syaikh Nazim membawa mereka kepada Grandsyaikh Mawlana Syaikh AbduLlah ad-Daghestani. Mereka bersaudara. Saudaranya Syaikh Adnan telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Mereka telah bersama. Mereka telah menanggalkan pakaian duniawi mereka dan meneruskan Perjalanan ini dalam Jubbah dan serban. Dengan Barakah Mawlana Syaikh Nazim, mereka mencapai darjat ini, Syukur kepada Allah ﷻ. Darjat mereka tidak seperti pangkat duniawi. Pangkat duniawi hilang. Mereka mempunyai saudara lain yang berpangkat duniawi. Nama mereka langsung tidak diingati. Mereka tidak akan diingati. Kerana Jalan mereka berbeza. Jalan Allah ﷻ dan Jalan Dunia adalah berbeza. Oleh itu, semoga Allah ﷻ Memberkati beliau. Semoga Maqamnya tinggi insha'Allah. Kami mengucapkan takziah.

Kesihatannya perlahan-lahan merosot selepas Mawlana Syaikh Nazim, dan dia sakit selama bertahun-tahun. Semoga Allah ﷻ Meredhai adik kita Hajjah Naziha. Dia mengambil bebannya, kerana dia menjaga dia dan berkhidmat kepadanya. Khidmatnya diterima. Dan dengan perkhidmatan itu, dia telah mencapai darjat ini. Semuanya ada hikmahnya. Sesiapa yang bersama Mashayikh sentiasa beruntung, kerana semua kebimbangan dan masalah Mashayikh adalah Akhirah, bukan dunia ini. Alangkah bahagianya mereka jika mendapat Akhirah. Tidak ada yang lebih baik. Jadi hari ini adalah hari rayanya. Ia adalah hari raya bagi orang yang pergi ke Akhirah pada hari ini. Seperti yang dikatakan Mawlana, ianya adalah Urs. Urs bermaksud hari yang suci/ hari raya. Bertemu Allah ﷻ, bertemu dengan kekasihNya ﷻ adalah hari raya.

Semoga Allah ﷻ Memberikan keselamatan Iman kepada kita semua. Semoga Dia ﷻ tidak memisahkan kita dari Jalan yang benar. Semoga Dia ﷻ tidak memisahkan kita dari jalan Allah ﷻ. Itu yang penting. Semoga Dia ﷻ tidak membiarkan kita tamak kepada Dunia. Semoga Dunia untuk Akhirah. Dunia tidak sepatutnya untuk dunia ini. Anda mungkin mempunyai perkara duniawi, tetapi ia sepatutnya untuk Jalan Allah ﷻ. Semoga ada kekuatan untuk umat Islam dan bantuan untuk fakir miskin. Semoga ada pelbagai bantuan untuk semua insan yang memerlukan insha'Allah. Semoga kita membantu mereka.

Apa yang Allah ﷻ Firmankan berlaku mengikut tertib. Ini adalah sesuatu yang akan berlaku kepada semua orang. Maknanya giliran kita semakin hampir. Apabila seseorang pergi, giliran orang lain pula. Semoga Allah ﷻ tidak memisahkan kita dari Jalan yang benar. Semoga Perkhidmatan kita mendapat Keredhaan Allah ﷻ. Semoga tidak untuk dunia ini insha’Allah. Semoga Allah ﷻ Merahmati rohnya. Takziah kepada adik kami dan anak-anak mereka. Semoga Allah ﷻ panjangkan umur mereka. Semoga mereka mengikut jejak langkah ayah mereka.
Semoga mereka tidak meninggalkan Jalan insha’Allah. Semoga mereka semua berjalan di atas Jalan Mashayikh insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹YANG PALING BERILMU🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
06 December 2024/ 05 Jumada al-Thani 1446 Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌۭ ٧٦

‘Wa Fawqa Kulli Dhī Ilmin Alīm’, ‘
"dan di atas setiap orang yang berpengetahuan ada yang lebih mengetahui." (Qur’ān 12:76). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa ada yang lebih berilmu melebihi setiap orang yang berilmu. Ilmu tidak ada kesudahannya. Jika seseorang berkata dia tahu segala-galanya dan semua ilmu, dia telah silap. Pengetahuan tentang Allah ‘Azza wa-Jalla sentiasa tidak berkesudahan. Ilmu tentang Allah ‘Azza wa-Jalla tidak dapat dibandingkan dengan sesuatu.

Allah ‘Azza wa-Jalla Memberikan ilmu yang paling banyak kepada Nabi kita ﷺ. Ilmu manusia tidaklah walau secebis tempat pun di lautan ilmunya. Mereka bermegah dan berkata "Kami telah melakukan banyak perkara. Kami belajar begitu banyak. Kami mempunyai begitu banyak pengetahuan.” Itu bukan juga walau secebis tempat di lautan berbanding dengan pengetahuan Nabi kita ﷺ. Nabi kita ﷺ mempunyai banyak ilmu. Dan pengetahuan Nabi kita ﷺ bukanlah walau secebis tempat pun di bandingkan dengan ilmu Allah ‘Azza wa-Jalla. Kebesaran dan Keagungan Allah ‘Azza waJalla tidak dapat dibandingkan atau dibayangkan.

Apabila orang-orang (itu) berkata mereka mempunyai ilmu, mereka mendapat kejahilan dan kebodohan, bukan pengetahuan. Seolah-olah itu tidak mencukupi, mereka telah menghasilkan sesuatu seperti kecerdasan buatan (A.I). Mereka bermegah dengannya. Itu bukan apa-apa. (Yang itu telah) diIzinkan kepada mereka dari pengetahuan Allah ‘Azza wa-Jalla untuk melakukan itu. Jika tidak, tanpa Izin (dari Allah), mereka tidak boleh berbuat apa-apa pun.

Maka orang-orang yang berilmu itu mereka takut kepada Allah
"....إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَـٰٓؤُا۟ ۗ...."
"Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya, hanyalah orang-orang yang berilmu". (Qur’ān 35:28).
Orang yang paling takut kepada Allah ﷻ, yang paling beriman kepada Allah ﷻ di antara hamba-hamba Allah ﷻ ialah orang-orang yang berilmu. Sesiapa yang tidak beriman tidak mempunyai sebarang ilmu. Mereka adalah orang yang tiada kesedaran dan jahil. Jahil bermakna mereka tidak tahu. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ Memberikan kita ilmu yang benar dan kepada manusia (yang lain juga) insha’Allah. Itulah yang membawa manfaat. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari ilmu yang sia-sia.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹KITARAN YANG MENCENGKAM KETIKA MEMOHON REZEKI🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
07 Disember 2024/ 06 Jumada al-Thani 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلْقُوَّةِ ٱلْمَتِينُ ٥٨

“Inna Allāha Huwa Ar-Razzāqu Dhū Al-Qūwati Al-Matīn”,
"Sungguhnya Allah, Dialah Pemberi Rezeki Yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh."
(Qur’ān 51:58). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Ar-Razzaq ialah Allah ‘Azza wa-Jalla. Allah ‘Azza wa-Jalla Jualah yang Memberi Rezeki. Orang ramai sudah lupa akan ini. Mereka mencari Rizeki dari orang lain. Yang lain memberi Rizeki dengan sebelah tangan dan mengambilnya dengan tangan yang lain. Orang tua memanggilnya kitaran yang mencengkam. Pada masa kini, mereka memanggilnya sebagai kitaran ganas. Saya membeli sesuatu dan meminta banyak. Tetapi mereka tawar-menawar dan membuat harga lebih tinggi. Wang yang anda beli untuknya - Rubah dan serigala berkata "Dia ada wang sekarang. Kita patut ambil”. Jadi anda kehilangan dua kali ganda wang yang anda bayar.

Demikian pula, mereka mengatakan wangnya tidak cukup, dan Anda memberi lagi. Namun para serigala, rubah, dan pencuri ini mengambil dua kali lipat jumlah wang tersebut. Anda jatuh ke dalam situasi yang lebih buruk. Anda berada dalam posisi yang buruk. Oleh karena itu, kita harus memohon kepada Allah ﷻ. Kita harus meminta kepada Allah ﷻ. Jika kamu meminta kepada seorang hamba, maka hamba itu memberi dari satu sisi dan mengambil dua kali lipat dari sisi yang lain. Anda fikir anda mendapat untung dan bahagia. Namun kemudian anda menyadari bahwa anda tidak punya apa-apa dan berada dalam situasi yang lebih buruk.

Masyarakat Lebanon menghebohkan 4-5 tahun yang lalu dengan mengklaim bahwa pemerintah telah mencuri dari mereka. Jutaan orang turun ke jalan dan melakukan demonstrasi. Mereka marah pada bank. Kemudian kami melihat bank berhenti memberikan wang kepada mereka. Mereka mengatakan tidak ada wang untuk mereka. Mereka mengambil sejumlah wang tetapi berakhir dalam kondisi terburuk di dunia saat ini. Selalulah meminta kepada Allah ﷻ, niscaya Allah ﷻ akan Mengangkat biaya yang mahal ini. Allah ﷻ-Jualah yang Memberi Kestabilan dan Rezeki. Jika anda meminta kepada seorang hamba, seperti yang kami katakan, anda akan diberi dari satu sisi tetapi akan diambil dari sisi yang lain. Hal ini berputar dan menjadi kitaran yang mencengkam.
Tidak ada jalan keluar.

Orang-orang hendaklah menjadi sedikit pintar. Orang-orang yang pintar itu beriman kepada Allah ﷻ. Mereka menghadap Allah ﷻ dan meminta kepadaNya ﷻ karena Dia ﷻ-Jualah yang Memberi Rezeki. Semoga kita meminta kepadaNya ﷻ. Semoga Allah ﷻ Memberikan kita Rezeki kita. Semoga Dia ﷻ tidak membuat kita memerlukan sesiapa pun. Semoga Dia ﷻ tidak menjadikan kita mainan di tangan sesiapa pun. Semoga Allah ﷻ Melindungi manusia. Allah ﷻ Memberikan Rezeki kepada orang-orang yang beriman. Dia ﷻ Memberikan Barakah kepada mereka. Dan Barakah itu sangat penting. Pencuri, serigala dan rubah tidak akan dapat mengambil Barakah anda. Mereka boleh saja mengambil harta anda, namun ketika anda mempunyai Barakah, mereka tidak akan dapat mengambil Barakah itu dari anda. Semoga Allah ﷻ Menolong masyarakat. Semoga Allah ﷻ Memberikan fikiran dan kefahaman/pengertian kepada kita semua, insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹DUNIA TIDAK KEKAL UNTUK SESIAPAPUN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 Disember 2024/ 09 Jumada al-Thani 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۚ

“Yakhluqu Mā Yashā'u”
"Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki."
(Qur’ān 05:17). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Terdapat banyak perkara dalam Ciptaan Allah ﷻ. Allah ﷻMenciptakan sesuatu dari segala jenis. Dia ﷻ Menciptakan manusia. Dia ﷻ Menciptakan Jin. Dia ﷻ Menciptakan malaikat. Dia ﷻ Menciptakan makhluk perosak dan serangga.

Syukur kepada Allah ﷻ, kami telah datang ke Dergah kami di sini dalam perjalanan ini. Ia adalah salah satu tempat indah yang telah di Ciptakan oleh Allah ﷻ di sini. Mereka yang telah berlalu dari sini tidak terkira banyaknya. Banyak bangsa yang telah di Ciptakan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla telah berlalu di sini. Sebahagian mereka beriman kepada Allah ‘Azza wa-Jalla, dan sebahagian lagi tidak beriman. Sebahagian daripada mereka kekal dalam kufur, dan sebahagian lagi kekal dengan Iman. Kesemua mereka telah datang dan meninggal dunia di sini. Allah ‘Azza wa-Jalla Menciptakan tempat ini dengan cuaca dan kawasan yang baik. Oleh itu, ramai orang telah bergaduh untuk tempat ini. Mereka bergaduh sesama sendiri. Tetapi apa yang berlaku? Hanya tempat ini yang tinggal, dan mereka telah pun pergi.

Tempat ini kepunyaan Allah ‘Azza wa-Jalla. Orang-orang atau perkara lain hanya datang ke sini dan pergi. Dunia ini bukanlah tempat yang kekal. Oleh itu, seperti yang kita katakan, berjuta-juta orang telah berlalu dari sini sebelum kita. Tiada seorang pun daripada mereka yang kekal. Mereka menjadi tanah dan hilang. Yang penting ialah Akhirah. Hendaklah Manusia mesti (menghala) kearah Akhirah. Ini yang penting. Tidak kira betapa indah dan baiknya dunia ini, ianya tidak kekal kepada sesiapa pun. Oleh itu, kita hendaklah berpaling kepada Allah ‘Azza wa-Jalla, kerana adalah baik untuk menjadi kekasihNya. Adalah baik untuk bersamaNya ﷻ
di sini dan lebih baik (bersamaNya) di akhirat.

Semuanya kekal di Akhirah. Anda tidak akan pergi ke mana-mana selepas itu. Insha’Allah berada di syurga sana yang mana tempat yang baik itu yang penting. Sebaliknya, memikirkan bahawa anda memperoleh sesuatu di dunia ini dan (tetapi) berada di luar syurga di Akhirah adalah kekecewaan yang paling teruk dan keburukan yang paling teruk. Ego orang-orang melakukan kejahatan terhadap diri mereka sendiri.

Syukur kepada Allah ﷻ, seperti yang kita katakan, orang mengambil pelajaran di sini. Dalam setiap langkah, anda melihat perkara yang dibuat oleh orang zaman dahulu, tempat yang dilawati oleh orang zaman dahulu. Terdapat wang dan harta karun mereka ditemui oleh pemburu harta karun. Mereka mencarinya di mana-mana dan sama ada mereka menemuinya, atau tidak. Orang-orang yang menyangka akan membawa (hartanya) itu telah menyerahkannya kepada orang lain. Tetapi mereka yang mengambilnya tidak sepatutnya berfikir bahawa mereka akan memilikinya. Ianya akan diberikan kepada orang lain juga. Yang kekal ialah amal baik, amal soleh. Amalan soleh ialah berada di Jalan Allah ﷻ, bersama dengan Allah ﷻ.

Semoga Allah ﷻ Memberikan akal dan kefahaman kepada manusia agar mereka berfikir dan mengambil iktibar. Mereka berkeliaran dan berkata, “Ini adalah istana. Ini adalah teater sedemikian”. Mereka melihat hasil kerja orang zaman dahulu. Sesungguhnya, mereka mempunyai kecantikan yang lebih daripada orang pada masa kini. Mereka mempunyai idea yang lebih baik, lebih banyak struktur dan bangunan. Tetapi mereka tidak membawa apa-apa dengan mereka.
Mereka meninggalkan kesemua itu dan pergi.

Umat ​​Islam sepatutnya hidup baik di dunia ini; mereka sepatutnya mempunyai cita rasa yang baik. Mereka harusnya melihat kebaikan dan keindahan. Mereka tidak sepatutnya menjadikannya buruk. Mereka tidak sepatutnya membina bangunan konkrit yang hodoh. Mereka sepatutnya melakukan perkara yang lebih indah. Allah ﷻ Menyukainya. Nabi kita ﷺ menyuruh berbuat baik. Orang-orang melakukan segala-galanya mengikut diri mereka sendiri. Tetapi kemudian mereka akan menyesal melainkan mereka bertaubat. Semoga Allah ﷻ memberikan Iman kepada kita semua. Semoga Dia ﷻ memberi Iman yang sebenar. Kerana apabila kita melihat dunia ini, ramai orang telah menyelam kedalam Dunia. Mereka tidak mengikut cara nenek moyang mereka. Mereka tidak menghantarkan apa-apa kepada mereka ke Akhirah seperti yang dikehendaki oleh nenek moyang mereka. Kita ucapkan semoga Allah ﷻ Memperbaiki mereka. Semoga Allah ﷻ Memperbaiki manusia. Semoga mereka berhenti mengejar ego-ego mereka.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹SATU PELAJARAN YANG MENCUKUPI DARI ASHABAL KAHF 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
10 December 2024/ 09 Jumada al-Thani 1446 Maqam dan Masjid As’hab Al-Kahf – Tarsus, Mersin; Türkiye

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Kita sedang berada di Maqam orang-orang suci, anak-anak muda yang disebut di dalam Al-Quran, (mereka telah) dipuji oleh Allah ‘Azza wa-Jalla.

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى

‘Innahum Fityatun 'Āmanū Birabbihim Wa Zidnāhum Hudan’
"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan Petunjuk kepada mereka."
(Qur’ān 18:13).
Allah ‘Azza waJalla Memberikan kemuliaan, kehormatan dan kemasyhuran kepada orang-orang yang beriman, sehingga manusia mengingati mereka hingga hari Qiyamah. Ianya adalah peringatan dan pengajaran kepada manusia. Kehidupan mereka adalah contoh tauladan.

Sementara manusia menjalani kehidupan yang paling mewah, seperti yang mereka telah katakan pada masa kini, mereka ini telah meninggalkan kehidupan ini dan segala-galanya di belakang dan (mereka telah) berlari menuju Allah 'Azza wa-Jalla.
فَفِرُّوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۖ
‘Fafirrū ilāLlāh’,
"Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat)",(Qur’ān 51:50).
Apabila ada masalah besar, Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, "Berlarilah kepada Allah ﷻ"
Orang ramai mempertaruhkan nyawa mereka berlari ke Eropah, Amerika dan saya tidak tahu di mana. Orang-orang (telah pun) mati dalam usaha untuk pergi ke sana. Allah ﷻ tidak Berfirman demikian. Allah ﷻ tidak menyuruh untuk pergi ke Eropah, Amerika atau Kanada. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Berlarilah kepadaKu.” Mereka yang telah pergi ke sana, semoga Allah ﷻ Melindungi mereka.
Pemuda-pemuda ini telah melarikan diri untuk menyelamatkan agama mereka (dengan)meninggalkan segala-galanya di belakang mereka. Tetapi masyarakat kita lari untuk menyelamatkan (kehidupan)Dunia mereka. Mereka berusaha untuk pergi ke sana sambil berkata, "Mari kita pergi ke sana."

Tempat yang paling diberkati adalah tempat kita, di sini. Allah ‘Azza wa-Jalla Memberikan sesuatu yang sedemikian kepada umat Islam sehingga Dia ﷻ Memberikan perkara yang terbaik kepada umat Islam. Dan apakah perkara yang terbaik?
Ianya adalah Iman. Dia ﷻ Memberikan Iman. Dan bersama-sama dengan itu, Dia ﷻ Memberikan mereka tempat terbaik di dunia ini. Tetapi apabila mereka tidak menghargainya, mereka akan dihukum. Inilah perkaranya. Inilah pelajarannya. Dan sudah memadai. Masyarakat mestilah mengambil pelajaran (untuk) mereka daripada orang-orang suci ini. Mereka (ini) telah meninggalkan segala-galanya untuk Allah ﷻ. Dan Allah ﷻ Memberikan segala-galanya kepada mereka. Semoga Allah ﷻ Memberikan kita semua Iman seperti mereka insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.