🌹IBUBAPA NABI ﷺ ADALAH DARI KALANGAN SEBAIK-BAIK ORANG🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 November 2024/ 15 Jamada al-Awwal 1446 Lefke – Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Agama Islam itu berlandaskan dua prinsip iaitu: satu al-Qur’an dan satu lagi Sunnah. Sunnah adalah apa yang dilakukan oleh Nabi kita ﷺ, kata-kata yang telah dikatakan oleh Baginda ﷺ, kata-kata yang indah. Anda perlu mengikuti mereka.
Allah ﷻ Memelihara Al-Qur’an ‘Aẓīmu sh-Sha’n.
"إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ ٩"
‘Innā naḥnu nazzalnā dh-dhikra wa-innā lahu la-ḥāfiẓūn’,
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami yang memeliharanya"
(Qur’ān 15:09).
Dia ﷻ Berfirman, “Kami Menurunkan zikir, Al-Qur’an, dan Kami Memeliharanya.” Mereka tidak boleh mengubahnya. Mereka tidak akan mampu untuk berbuat sesuka hati.
Selepas itu, Hadis. Hadis-hadis Nabi kita ﷺ, Sabda Baginda ﷺ dan Sunnahnya. Tidak lama selepas Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, mereka meletakkan banyak hadis di antara mereka. Mereka meletakkannya mengikut fikiran mereka sendiri. Bagaimanapun, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata, apabila anda mendengar hadith-hadith ini, jika ianya tidak beresonansi dengan fikiran dan hati anda, itu bukanlah kata-kata saya ﷺ, ianya bukan Sunnah saya ﷺ. Jangan terima itu semua, kata Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam.
Sudah tentu, selepas Nabi kita ṣallá Llāhu alayhi wa sallam, ulama hadith muncul. Mereka menyusun hadith-hadith. Namun sekali sekala, ada perkara yang tidak dapat diterima akal atau logik. Kumpulan yang dipanggil Salafi ini menggunakan itu semua. Salah satunya adalah, Ḥāshā (jauh dari itu), mereka mengatakan ibu dan bapa yang diberkati Nabi kita ﷺ adalah kafir. Adakah ini sesuatu yang boleh berlaku? Ḥāshā (jauh dari itu). Mereka datang dengan sebuah hadith yang mendakwa ia adalah sebuah hadith. Ia adalah hadis yang tidak relevan. Sudah pasti orang-orang yahudi atau musyrikin ketika itu meletakkannya di sana.
Itu adalah sesuatu yang tidak diterima. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan semua keturunan Para Nabi adalah bersih, dengan iman dan cahaya. Mereka datang dengan cahaya. Cahaya itu diturunkan dari ayah kepada ibu, dari datuk. Tidak boleh ada kufur di tempat di mana cahaya itu datang. Kufur berlaku apabila tiada cahaya. Cahaya itu pasti meliputi seluruh keturunan. Orang-orang yang diberkati ini berada di tempat-tempat tertinggi di Syurga.
Oleh itu, seperti yang kami katakan, kini mereka menulis mengikut fikiran mereka sendiri, “Hadis ini lemah. Ini bagus.” Sedangkan yang disebut sebagai mawḍū´(rekaan) ialah hadits yang di dalamnya terdapat sesuatu (rekaan) yang telah letakkan. Yang selain daripada (hadis) itu tidaklah begitu. Jadi ini tidak masuk ke dalam fikiran, mahupun hati seseorang.
Itulah sebabnya, Mawlānā Shaykh Nāẓim sering marah tentang perkara ini. Dia datang dari Damsyik suatu ketika dahulu. Seorang imam berkata demikian dalam khuṭbah. Mawlānā Syaikh Nāẓim menjadi marah seperti api. Dia sangat marah kepadanya. “Macam mana dia cakap macam tu? Perkara apakah itu?” Dia bahkan berkata, "Seandainya itu bukan (waktu) Jum'at, saya akan pergi tinggalkannya." Dia begitu marah.
Maka darjat orang suci ini berada pada tahap yang paling tinggi. Orang yang membawa zarah Nabi kita ﷺ membawa cahaya. Sudah tentu, cahaya itu melindungi mereka daripada segala-galanya, dan menaikkan mereka ke tahap tertinggi.

Oleh itu, anda mestilah menghormati mereka. Hendaklah anda tahu bahawa darjat mereka itu sangat tinggi. Orang-orang ṭarīqah dan orang Islam mesti tahu akan ini. Ia bukan perkara yang melampau. Ia adalah kebenaran. Kebenaran hendaklah mesti dikatakan. Kerana, Ḥāshā(jauh daripada itu)kadang-kadang orang berkata, "Ibu dan bapa Nabi kita ﷺ bukan Muslim." Ḥāshā (jauh daripada itu), tidak ada perkara seperti itu. Apabila cahaya itu berlalu, iman mereka kesemuanya akan menjadi seribu kali ganda daripada kamu dan saya. Īmān yang ada pada mereka.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹BERSAMALAH DENGAN ORANG-ORANG YANG DICINTAI ALLAH ﷻ 🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 November 2024/ 16 Jamada al-Awwal 1446 Lefke – Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
"أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ٦٢"
‘Alā inna awliyā’a Llāhi lā khawfun a’layhim wa-lā hum yaḥzanūn’,
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada ketakutan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan bersedih hati." Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.”
(Qur’ān 10:62). Ṣadaqa Llāhu l-‘aẓīm.
Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa Auliya’ Allah ﷻ, hamba-hamba yang dikasihi Allah ﷻ tidak mempunyai rasa takut, tidak ada kesedihan. Mereka bersama Allāh ‘Azza wa-Jalla. Sesiapa yang bersama Allah ﷻ tidak akan risau tentang apa-apa pun.
Kita mestilah mengenal Allah ‘Azza wa-Jalla. Bagaimana kita boleh mengenali Dia ﷻ?
Selepas Menciptakan kita dan Menjadikan kita dari ketiadaan, sebagaimana Allah ‘Azza wa-Jalla Menunjukkan kebaikan ini kepada kita, Dia ﷻ Memberitahu kita tentang Dia ﷻ dan membiarkan kita berada di Jalan-Nya adalah perkara yang terbaik. Ia adalah perkara yang terbaik. Tidak ada yang lebih berharga daripada ini. Ini adalah perkara yang paling berharga. Seseorang yang berada di Jalan-Nya ﷻ, yang bersamaNya ﷻ, yang bersama-sama dengan kekasih-kekasihNya mencapai semua jenis kebaikan. Kerana beribu, berjuta dan berbilion orang telah datang dan pergi. Anda datang dan akan pergi juga. Dan dengan siapa yang mesti anda bersamanya? Manusia mestilah bersama dengan para Awliyā’-Nya ﷻ, dengan umat-Nya ﷻ yang dikasihi. Tidak ada kesedihan dan ketakutan bagi mereka, Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla.
Anda datang untuk melawat Mawlānā Shaykh Nāẓim dan pergi. Dari jauh pun anda boleh ziyārah. Apabila anda membacakan (Al-Qur’an, zikir, selawat dan hadiahkan pahalanya) untuk semua para Auliya’, para Nabi dan ṣaḥābah, (pada hakikatnya) anda (sedang) bersama dengan mereka. Seolah-olah anda menziarahi mereka dalam maqam mereka. Maqam sebahagian daripada mereka diketahui. Dan terdapat banyak Awliyā’uLlāh dan hamba-hamba yang dikasihi Allah yang tidak diketahui maqamnya. Himmah mereka akan sampai kepada anda.
Oleh itu, ini adalah perkara terbaik untuk orang ramai. Kekayaan dan harta benda, rumah, taman dan perkara keduniaan tidak ada faedahnya bagi manusia jika ianya tidak berguna untuk ākhirah. Tetapi jika itu semua (digunakan) untuk ākhirah, semua jenis kebaikan akan dicapai. Segala macam perkara yang indah akan dicapai. Kita mestilah mengetahui akan nilai mereka. Hendaklah kita bersyukar kepada Allah ﷻ supaya Dia ﷻ Memberi lebih. Kerana dengan mengenali auliya’, kerana bersama dengan auliyā’, Allah ﷻ Memuliakan orang yang Memuliakan mereka. Mereka yang memiliki kebaikan ini, yang memiliki keindahan ini adalah orang yang beruntung.
Kerana, mereka mempunyai banyak musuh-musuh. Apabila anda pergi kepada seseorang hamba atau orang yang baik, ribuan shayṭān akan datang kepada anda dan berkata "Apa yang kamu lakukan? Mengapa kamu melakukannya?" Yang ini adalah mengenai orang Islam. Dan bagi orang yang bukan Islam pula tiada had. Anda mestilah dilindungi. Jangan dengar cakap sesiapa. Jangan biarkan sesiapa menghalang anda.
Jalan ini adalah Jalan yang indah. Jalan ini adalah cara yang benar. Seperti yang kami katakan, terdapat bukan hanya seribu tetapi seratus ribu shayṭān di dunia ini. Mereka mungkin tersandung anda, dan walaupun anda tidak akan pergi ke neraka bersama mereka, anda akan terlalu jauh ketika itu. Anda akan terlalu jauh dari auliya’ dan hamba-hamba yang dikasihi Allah ﷻ. Berada bersama dengan mereka adalah penting.

Bersama dengan mereka adalah keselamatan dan kebaikan. Berada bersama dengan mereka di ākhirah adalah keinginan terbesar bagi manusia dan orang-orang yang beriman. Semoga Allah ﷻ tidak Memisahkan kita dari mereka. Semoga kita sentiasa mencapai himmah mereka insha'Allah.
Wa min Allah at-Tawfiq Al-Fatiha.
Wa min Allah at-Tawfiq Al-Fatiha.
🌹AMBILLAH PELAJARAN DARI SEJARAH🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 November 2024/ 17 Jamada al-Awwal 1446 Lefke – Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman,
"وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُم بَطْشًۭا فَنَقَّبُوا۟ فِى ٱلْبِلَـٰدِ هَلْ مِن مَّحِيصٍ ٣٦"
“Wa Kam 'Ahlaknā Qablahum MinQarnin Hum 'Ashaddu MinhumBaţshāan Fanaqqabū Fī Al-Bilādi Hal Min Maĥīşin”,
"Dan betapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatannya daripada mereka (umat yang belakangan) ini. Mereka pernah menjelajah di beberapa negeri. Adakah tempat pelarian (dari kebinasaan bagi mereka)?"
(Qur’ān 50:36).
Ianya telah diFirmankan di dalam Al-Qur’an, sebagaimana Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Tafsiran āyat ini ialah terdapat banyak bangsa (yang telah hidup sebelum ini) dan mengalami pengalaman sebagaimana umat ini. Mereka semua lebih kuat, lebih megah, dan mempunyai lebih banyak harta dan lebih banyak harta berbanding daripada mereka. Mereka semua telah berlalu dan telah pergi. Kebanyakannya telah musnah. Mereka yang tidak binasa adalah orang-orang yang berada di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla.
Jadi orang-orang berjalan-jalan sambil berkata, “Dunia ini milik saya.” Sedangkan, ianya bukan apa-apa. Kekayaan, dunia, segala-galanya, ākhirat adalah Milik Allāh ‘Azza wa-Jalla. Semuanya telah di Jadikan agar manusia dapat mengambil pelajaran. Mereka yang mengambil pelajaran akan diselamatkan. Sesiapa yang berada di Jalan Allah ﷻ akan selamat. Orang-orang lain boleh berfikir semahu-mahunya bahawa mereka adalah sesuatu di dunia, “Kami begini, kami begitu. Kami dari sini, kami dari sana. Kami lebih kuat, kami lebih baik.” Mereka bercakap sia-sia. Kerana kekuatan, kekayaan dan harta benda: akhirnya, semuanya ada penghujungnya. Kesemua itu akan berlalu juga.
Itulah sebabnya, kita mesti melihat pada perkara yang tidak akan berlalu pergi, pada apa yang kekal. Jangan melihat kenikmatan dan kesenangan dunia, kehidupan dunia. Hiduplah dengan baik di dunia, tetapi jangan lupakan Allāh ‘Azza wa-Jalla. Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menjadikan dalam segala sesuatu apa yang ḥalāl untuk anda. Anda boleh mendapat manfaat daripada segala-galanya yang ḥalāl dan cantik. Jika anda bersyukur kepada Allah ﷻ, semuanya akan memberi manfaat kepada anda. Jika anda tidak berterima kasih kepadaNya ﷻ, jika anda bertindak kuat di sana-sini, jika anda menulis di sana, “Tempat ini adalah kedai minuman arak” maka, Allah ﷻ tidak akan Memberi manfaat kepada anda. Kamu juga akan dimusnahkan dan pergi sama seperti bangsa-bangsa lain yang telah dimusnahkan.
Orang yang mendustakan Allah ‘Azza wa-Jalla adalah bodoh. Menentang bukanlah perkara yang bijak untuk dilakukan. Anda boleh menentang (orang yang setaraf/persamaan) anda, tetapi tidak baik sama sekali melakukan ini kepada Allah ﷻ. Kekuatan anda tidak cukup untuk menghadapi seorang lelaki. Bagaimana anda boleh melakukan perkara sedemikian terhadap Allah ‘Azza wa-Jalla, Pencipta alam semesta? Beraninya awak! Alangkah bodohnya orang yang menentangNya ﷻ, melakukan segala macam kehinaan. Juga, dia fikir dia sesuatu. Dia mahu dipuji.
Syukur kepada Allah ﷻ, Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Memberi kita segala-galanya. Dia ﷻ Memberikan segalanya kepada umat Islam. Shayṭān juga ingin mengambilnya dari orang Islam. Malangnya, kebanyakan mereka telah ditipu oleh syaitan. Mereka menjadi hina di dunia, dan tidak mendapat apa-apa faedah. Jika dia mempunyai sesuatu di tangannya, dia juga kehilangannya. Dia kehilangan tubuhnya, dia kehilangan kesihatannya, dia kehilangan kehormatan dan maruahnya; tiada yang tinggal.

Dia menjadi seperti kain buruk; kain buruk pun lebih baik dari dia. Dia berlalu dan pergi dari dunia.
Oleh itu, janganlah anda menyimpang dari Jalan Allāh ‘Azza wa-Jalla. Ambillah pengajaran. Dunia ini telah wujud selama beribu-ribu tahun. Berapa ramai orang seperti anda, lebih kuat daripada anda, lebih sihat daripada anda, lebih cantik daripada anda, lebih bijak daripada anda yang telah datang dan pergi. Tiada seorang pun daripada mereka yang tinggal. Selama beribu-ribu tahun, dunia telah menjadi kuburan bagi mereka semua. Ia akan menjadi tanah perkuburan untuk kita juga. Semoga kubur diberkati, inshā’Allāh. Semoga ākhirat menjadi milik kita.
Oleh itu, dunia tidak mempunyai nilai. Duniā ialah tanah perkuburan; tiada yang lain. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan, dari kejahatan syaitan. Syaiṭān banyak menyerang orang-orang pada hari ini. Apabila mereka melakukan kejahatan, apabila mereka melakukan dosa, mereka berbangga dengannya. Selepas melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara yang paling memalukan, mereka berjalan dengan penuh kebanggaan dan tanpa rasa malu. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan mereka. Semoga Allah ﷻ Memberi mereka akal dan kefahaman juga. Jika Allah ﷻ tidak memberi mereka, mereka sudah memberikan hisab mereka di hadapan Allah ‘Azza wa-Jalla.

🌹UMAT MANUSIA DICIPTAKAN PELUPA🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 November 2024/ 19 Jamada al-Awwal 1446 Lefke – Cyprus
As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Insān berasal daripada perkataan nisyān yang bermaksud kelupaan. Ini bermakna manusia adalah pelupa. Ia juga merupakan salah satu sifat manusia. Pelupa - orang kadang-kadang melakukan sesuatu. Semuanya ada hikmahnya. Allāh ‘Azza wa-Jalla adalah yang Menciptakan segala sesuatu. Dia ﷻ Mengetahui apakah hikmah untuk itu dan untuk apa ia berguna.
Oleh itu, jika manusia tidak melupakan segala-galanya, kehidupan akan menjadi tidak tertanggung. Kesakitan mereka, kenangan, semua jenis perkara; semua ada hikmahnya. Lupa juga ada hikmahnya. Kerana jika seseorang mengingati segala-galanya, dia tidak akan memerlukan sesiapa.
Allāh ‘Azza wa-Jalla Menghilangkan perkara-perkara yang patut dilupakan dan kesakitan dari hati dan fikiran seseorang dengan membuatnya melupakannya. Semakin hari-hari ini berlalu, keadaan sedih seseorang atau pelbagai kesulitan yang datang kepadanya dilupakan. Hidupnya berlalu.
Itulah sebabnya dalam kelupaan itu - tetapi ada beberapa perkara yang sukar untuk dilupakan.
Ini juga pastinya - contohnya, jika anda menghafal Al-Qur'an, anda mesti membacanya secara berterusan agar tidak melupakannya.
Jadi apa yang anda telah hafal, anda perlu melakukan sesuatu untuk tidak melupakannya. Dan untuk kelupaan, dengan membaca ṣalawāt-u sharīf kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, perkara-perkara yang anda telah lupa itu akan kembali (semula) ke minda anda, dengan Izin Allah ﷻ.
Mengenai pelajaran dan ini dan itu, kadang-kadang orang menjadi sedih dan berkata, "Saya terlupa." Lupa adalah sesuatu yang Allah ﷻ Berikan kepada manusia. Kerana ianya datang dari Allah ﷻ, anda mesti menerimanya. Tetapi untuk tidak melupakan apabila perkara penting berlaku, anda harus mengulanginya dalam fikiran anda atau lebih baik menulisnya di suatu tempat: apa yang anda akan lakukan, "Saya akan pergi ke sana, saya akan pergi ke sini."
Perkara yang paling penting ialah jangan melupakan prinsip-prinsip Islam. Jangan lupa solat. Jangan lupa puasa. Ḥaji, sekali lagi, anda harus meletakkannya dalam fikiran anda,
“Saya juga akan mengerjakan Haji, insha'Allah.” Jangan lupa berzakat. Ini adalah perkara penting. Untuk tidak melupakan mereka, anda harus mengambil perhatian dan memberi perhatian.
Semoga Allah ﷻ Menolong kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Agar tidak melupakan apa yang kita ketahui, terutama apa yang telah kita hafal dari Al-Qur'an 'Aẓīmush-Sha'n dan sabda Rasulullah ﷺ yang indah, bacalah shalawat dan insha'Allah kita akan tinggalkan dunia ini dengan fikiran yang benar.
Sekarang ada pula penyakit lupa. Ianya lebih teruk dan lebih teruk. Mereka menjadi tidak mengenali sesiapa pun. Penyakit-penyakit baru itu telah muncul. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita semua dari mereka, insha'Allah.

🌹Bismillahirahmanirahim 🌹
Malam ini 27 Jamadil Awwal menandai Urs Grandsyekh Sharafuddin ad-Daghestani (qs), Guru ke-38 Rantaian Emas Naqsybandi.
Ketika beliau lahir, beliau membaca
'la ilaha illa-Llah'. Sejak kecil, beliau mendengar dzikir-dzikir pohon, batu, binatang, burung, dan gunung. . Beliau adalah penasihat Sultan Abdul Hamid sebagai Syekh ul-Islam, otoritas agama tertinggi di Kekaisaran Ottoman, dan secara unik diperbolehkan mengenakan sorban.
Selain Naqsybandiyya, syekhnya menghubungkan beliau dengan lima tarekat yang lain iaitu: Qadiri, Rifai, Shadhili, Chishti dan Khalwati, di mana beliau menjadi Guru pada usia 27 tahun. . Beliau memiliki tanda Tangan Nabi ﷺ yang darinya beliau mewarisi kemampuan untuk melihat ke belakang dengan jelas seperti mana ke depannya.
Dari rahasia Surat al-Anam beliau telah mengetahui nama-nama seluruh 7007 wali Tarekat Sufi Naqsybandi dan berbagai kelompok wali yang akan bersama dengan Sayyidina Mahdi a.s, yang beliau telah catat dan berikannya kepada Grandsyekh Sayyidina AbdAllah al Fa'iz Ad-Daghestani(qs). . Mohon dibacakan surat al-Fatiha dan hadiahkannya kepada roh Grandsyekh Sharafuddin q.s
Ila Hadrati Sayyidina Shaikh Mawlana Sharafuddin Ad-Daghestani qaddasallu sirrahu Al-Fatihah 🤲

🌹Masyarakat Bukanlah Hamba Sahaya Anda🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
25 November 2024/ 23 Jumada al-Awwal 1446 Fajr Prayer, Akbaba Dergah
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.
Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman,
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
"إِنَّكَ لَا تَهْدِى مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ ٥٦"
"Sesungguhnya, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi (Hidayah) petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah Memberi (Hidayah) petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih Mengetahui orang-orang yang mahu menerima Petunjuk."
(Qur’ān 28:56). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Anda tidak akan dapat membuat orang yang anda sayangi mencapai hidayah, Firman Allah ‘Azza wa-Jalla. Allah ﷻ Memberi Petunjuk kepada sesiapa yang Dia ﷻ kehendaki. Allah ‘Azza wa-Jalla sedang Memberitahu Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam yang berkata jika kamu membuat seseorang mencapai hidayah, itu lebih baik daripada segala-galanya di dunia ini. Oleh itu, meletakkan seseorang di Jalan Allah ﷻ mempunyai ganjaran yang besar. Jika ianya (niat mereka adalah untuk meletakkan seseorang/masyarakat di Jalan Hidayah) adalah untuk (kebaikan) masyarakat,(maka) mereka tidak sepatutnya melihat kepada perkara-perkara yang lain.
Kami sedang berfikir; (bahawa) pada zaman Mawlana Syaikh Nazim dan (juga) sekarang ini, ramai orang-orang telah datang ke Jalan ini, Syukur kepada Allah ﷻ. Ribuan dan sepuluh ribu orang telah mengikuti Jalan Petunjuk, Jalan Nabi kita ﷺ, Jalan Ahlu ssunnah wal-Jama’ah, Jalan Tariqah Naqsyabandi. Tetapi sebahagian daripada mereka tidak kelihatan. Pintu kami terbuka. Kami tidak membelinya kerana mereka telah mencapai Petunjuk. Setiap orang datang bila-bila masa dia mahu dan pergi bila-bila masa dia mahu. Mereka tidak terikat dengan sesiapa pun. Ini soal hati. Jika Allah ﷻ Menjadikan mereka mendapat Petunjuk melalui anda, dengan melalui anda sebagai asbabnya, itu sudah cukup untuk anda. Tidak perlu mengejar faedah peribadi yang lain. Itulah nikmat yang besar dari Allah ‘Azza wa-Jalla kepada anda jika anda membuat seseorang mencapai Petunjuk dan orang itu pula sedang mengikuti Jalan ini. Anda tidak boleh menahannya dan berkata "Saya melakukan (kebaikan) ini kepada kamu."
Malangnya, ramai orang terutamanya para wanita yang berkata, “Saya seorang Hojjah. Wanita-wanita ini datang (ke Jalan ini) melalui saya dan (dapat) mengenali Mawlana Shaykh Nazim. Tetapi mereka tidak melayani saya sekarang. Mereka tidak memihak kepada saya.” Mereka (tentunya) memihak (kepada anda), sudah tentu; mereka menunjukkan rasa hormat. Tetapi anda tidak membeli sesiapa pun. Allah ﷻ Menciptakan semua orang bebas. Tiada seorang pun menjadi hamba bagi yang lain. Jika mereka mahu dan merasa suka, mereka akan melayani. Dan itu adalah untuk keredhaan Allah ﷻ. Mereka tidak perlu melakukannya. Ianya adalah (hanya semata-mata)untuk keredhaan Allah ﷻ.
Orang ramai hendaklah mengetahui akan perkara ini terutama ahli Tarekat. Kerana Tariqah adalah teras Syariah. Dan mereka mengatakan Syariat itu nipis seperti rambut dan setajam pedang. Hendaklah anda berhati-hati supaya tidak ada kemudaratan dan keburukan yang menimpa anda semasa anda ingin melakukan kebaikan. Jika anda melihat manusia berada di Jalan yang benar, maka bersujudlah kepada Allah ﷻ, memuji Allah ﷻ. Berjuta-juta orang telah menjadi sesat. Mereka tidak mengenal Allah ﷻ, mahupun Nabi. Mereka tidak tahu agama, mahupun Iman. Mereka tiada adab, tiada apa-apa. Jangan pandang mereka. Tetapi kerana sesetengah orang yang diberkati tidak bersama anda tetapi berada di Jalan yang sama, anda berasa bimbang.

Jangan buat masalah dan jangan buat mereka kecewa.
Ini adalah penting. Selagi mereka datang ke Jalan Allah ﷻ, pintu ini terbuka. Seperti yang kami katakan, ribuan dan sepuluh ribu orang telah datang dan pergi sejak zaman Mawlana Syaikh Nazim. Sudah tentu, kita tidak melihat kesemuanya. Kami hanya melihat beberapa daripada mereka. Dan jika kebanyakan mereka menyimpan dalam hati mereka, betapa beruntungnya kita. Jika tidak, semoga Allah ﷻ Memberi mereka Hidayah Petunjuk dan tidak memisahkan mereka dari Jalan yang benar.
Apabila anda meletakkan seseorang di Jalan yang benar, hendaklah anda bersujud kepada Allah ﷻ. Jangan biarkan perkara lain menyelinap di hati anda. Allah ﷻ akan Memberi anda lebih dan lebih baik daripada apa yang anda harapkan daripada manusia. Perkara-perkara inilah yang patut kita ambil perhatian. Dan yang paling penting, ahli Tareqah. Malangnya, orang Tareqah mengatakan ini dan itu tentang orang di mana-mana. Tariqah kami terbuka. Pintu kami terbuka. Yang hendak datang dialu-alukan. Jika mereka ingin pergi ke tempat lain, selagi itu adalah Jalan yang benar, selagi mereka berada di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla dan Nabi kita ﷺ, kami tidak berasa kecewa. Di mana sahaja hati mereka bersandar, mereka boleh pergi ke sana dan datang. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi mereka tidak sepatutnya keluar dari Jalan (kebenaran). Ini yang penting.
Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita semua tabah dalam Perjalanan. Semoga Dia ﷻ tidak membiarkan kita mematuhi ego kita inshaAllah. Semoga Allah ‘Azza wa-Jalla Menunjukkan kita Jalan dan tidak membiarkan kita sesat insha'Allah.