SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
543 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌸Siaran Berkumpulan 🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹 JANGANLAH TERTIPU DENGAN DUNIA 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 
22 July 2024/ 16 Muharram 1446 
Solat Subuh, Akbaba Dergah  

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh. 
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.  
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah. 

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:  

حَتَّىٰٓ إِذَآ أَخَذَتِ ٱلْأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَٱزَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَآ أَنَّهُمْ قَـٰدِرُونَ عَلَيْهَآ أَتَىٰهَآ أَمْرُنَا لَيْلًا أَوْ نَهَارًۭا فَجَعَلْنَـٰهَا حَصِيدًۭا كَأَن لَّمْ تَغْنَ بِٱلْأَمْسِ ۚ
(Qur’ān 10:24). 
Ĥattá 'Idhā'Akhadhati Al-'Arđu Zukhrufahā Wa Azzayyanat Wa Žanna 'Ahluhā'Annahum Qādirūna Alayhā'Atāhā 'Amrunā Laylāan 'Aw Nahārāan Fajaalnāhā ĤaşīdāanKa'an Lam Taghna Bil-'Ams’,
   
"Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias,1 dan pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman)nya seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin."
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm. 

Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman apabila dunia ini telah mengambil perhiasannya dan telah menjadi indah, orang-orang berkata “Kami tidak memerlukan sesiapa lagi.” Mereka berkata, “Kami telah melakukannya. Kami menghiasi dunia ini. Kami membuat jalan, jalan dan pelbagai perkara. Kami melakukan perkara yang sangat sempurna.” Mereka fikir semuanya telah sempurna. Tetapi Allah 'Azza wa-Jalla Berfirman "Apabila Perintah Kami datang, tidak akan ada apa-apa." Dia ﷻ akan menjadikannya benar-benar rata. Tempat di mana terdapat segala-galanya semalam akan menjadi benar-benar rata. Akan ada hari di mana kuasa manusia tidak akan ada apa-apa di samping Keagungan Allah ‘Azza wa-Jalla.

Semua orang mendakwa mereka menguasai dunia hari ini. Mereka berkata mereka melakukan segala-galanya dan berusaha untuk melakukan lebih banyak lagi. Mereka melakukan ini dan itu. Namun, apabila Allah ﷻ Menghendakinya, apabila datang Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla, semuanya akan hilang seperti sampah. Tidak akan ada apa-apa. Yang kekal ialah Iman para Mu’min. Orang mukmin hidup untuk Akhirah, bukan untuk dunia ini. Dunia tidak akan mampu menipu mereka. Tiada kepunyaan dunia ini, tiada apa pun dari Dunia yang mempunyai nilai dalam hati orang-orang Mu'min. Kerana mereka tahu bahawa Janji Allah ‘Azza wa-Jalla adalah benar. Tiada apa-apa di sini yang mempunyai nilai dan kuasa di samping Kehendak Allah ‘Azza wa-Jalla.

Kita hidup dalam kehidupan ini. Tetapi yang penting adalah kita bergantung kepada Allah ﷻ dan bertawakal kepadaNya ﷻ. Adalah penting bagi kita untuk melaksanakan perintah-perintahNya. Dunia ini akan hilang akhirnya dengan cara ini atau yang lain. Ia tidak akan kekal untuk orang ramai. Walaubagaimanapun Ianya tidak kekal untuk anda apabila anda menutup mata anda . Untuk memberi Pengajaran kepada manusia, Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman dalam ayat-ayat suci di banyak tempat di dalam Al-Qur’an ‘Azimu sh-Shan. Tetapi manusia lalai. Mereka lalai dan jahil. Mereka mungkin berpendidikan. Terdapat sepuluh universiti di setiap jalan di dunia ini. Terdapat beribu-ribu profesor dan guru di setiap tempat. Tetapi mereka tidak mempunyai nilai sama sekali melainkan mereka mengenali Allah ‘Azza wa-Jalla. Semuanya jahil.

‘Alim ialah seorang yang mengenal Allah ﷻ. Sesiapa yang tidak tahu akannya adalah orang yang jahil. Dia mungkin berpendidikan semahu-mahunya. Perintah Allah ‘Azza wa-Jalla akan berlaku. Dunia ini tidak sepatutnya menipu kita. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan dan harta benda dunia ini. Semoga kita menjadi hambaNya inshaAllah. Semoga Allah ﷻ Mengurniakan kita syurga di akhirat insyaAllah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha. 
Awrad Harian untuk Bulan Safar al Khair
1. Membaca 3 kali Kalimah Shahadah
2. Membaca 300 kali Astaghfirullah
3. Membaca 7 kali Surah Al-Fil
4. Membaca 7 kali Ayatul Kursi
5. Memberikan sedeqah dengan niat untuk menolak musibah dan bala bencana

Digalakkan memakai pakaian berwarna hijau
🌹BERHARAPLAH UNTUK MENDAPATKAN KEBAIKAN, ANDA AKAN MENDAPATKANNYA🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
05 Ogos 2024/ 01 Safar 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi Suci kita ﷺ Bersabda,

"Tafaā a'luū bil khayri tajidū"

Berharaplah untuk mendapatkan kebaikan, dan anda akan mendapatnya. Fikirkan yang baik-baik tentang segala sesuatu, dengan pastinya ianya akan menjadi seperti demikian itu juga, Sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Jangan fikirkan yang buruk. Sentiasalah berfikir tentang perkara yang akan berlaku sebagai yang baik-baik, Sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam.

Bulan sekarang ini adalah bulan Safar. Ianya dipanggil sebagai Safar ul-Khayr. Nabi kita ﷺ menyebutnya seperti ini supaya itu adalah bulan yang baik. Ramai yang takut dengan bulan Safar. Mawlana Syaikh Nazim pernah berkata, dengan Izin Allah ﷻ, semoga kebaikannya untuk kita dan semoga keburukannya adalah untuk orang yang meminta keburukan. Semoga kita beroleh kebaikan.

Ianya adalah bulan yang suci. Tiada apa yang perlu ditakuti mengenainya. Kita fikirkan yang baik-baik mengenainya insha'Allah. Ianya baik untuk Islam, ianya baik untuk manusia. Bulan ini adalah bulan yang diberkati. Kita mesti perbanyakkan Tasbihat, Istighfar, dan ada Wazifah harian untuk bulan Safar. Semua orang tahu. Saudara-saudara kita akan menyiarkannya. Hendaklah anda memohon keampunan dan memperbanyakkan sedekah. Ianya adalah sarana untuk memperbanyakkan istighfar dan memperbanyakkan kebaikan. Sebagai cara untuk itu, bulan yang mulia ini telah bermula. InsyaAllah Allah ﷻ akan Membawa kita kepada kebaikan. Kami menganggap segala-galanya sebagai baik.

Orang ramai, terutamanya orang Islam sepatutnya melihat semuanya sebagai baik. Apabila mereka melihatnya sebagai baik, ianya akan menjadi baik. Fikirkan bahawa ianya akan menjadi baik, dan ianya akan menjadi baik. Apabila seseorang berfikir ianya akan menjadi buruk, ia akan menjadi seperti yang dia fikirkan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Fikirkan semuanya sebagai baik-baik, apa pun itu. Kamu Islam, kamu Mu’min. Berfikir seperti itu akan menjadi asbab untuk kebaikan. Malah perkara yang paling buruk pun akan menjadi baik. Anda mungkin menganggapnya buruk, tetapi Allah ‘Azza wa-Jalla akan Menghendaki kebaikan dalam hal itu. Hikmah Allah ‘Azza wa-Jalla tidak ada penghujungnya (tidak berkesudahan). Semoga Allah ﷻ Memberkati bulan kita. Semoga Allah ﷻ Jadikan ianya sebagai sarana kepada kebaikan insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌸 🌸🌸🌸🌸🌸
Assala'mu'alaikum wr wb..
Jummah Mubarak.
Kita telah memasuki hari Jumaat yang mulia dengan Azan pada waktu Maghrib ini.
Perbanyakkanlah Selawat ke atas Sayyidina Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

Sepuluh Kelebihan Selawat ke atas Nabi ﷺ

Habib `Abd al-Qadir al-Saqqaf (semoga Allah merahmatinya dan memberi manfaat kepada kita) berkata: Sesiapa yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ akan dijamin sepuluh perkara:
1. Mereka akan menerima apa yang mereka minta
2. Mereka akan mati (meninggal dunia) atas kalimah La ilaha illa Allah
3. Mereka akan dapat melihat Nabi ﷺ
4. Mereka akan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini
5. Anak-anak mereka akan diberkati
6. Dipermudahkan rezeki mereka
7. Mereka akan dilindungi daripada penderitaan dalam hidup ini
8. Mereka akan menjadi dekat dengan Nabi ﷺ
9. Mereka akan mendapat penjagaan yang paling besar daripada Allah ﷻ
10. Allah ﷻ dan Nabi ﷺ akan Redha kepada mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk orang-orang yang memperbanyak Selawat ke atas Kekasih-Nya ﷺ.

Sollu a'lan Nabi ﷺ
🌹Siapakah Asbab Untuk Sampai kepada RahmatNya Dia ﷻ? 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 August 2024/ 12 Safar 1446
Solat Subuh , Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh,
Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh,
Madad yā Mashāyikhinā,
Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad.
Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ٦٢
(Qur’ān 10:62). ‘Alā inna awliyā’a Llāhi lā khawfun a’layhim wa-lā hum yaḥzanūn’,
"Ingatlah! Sesungguhnya Para Wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka pula tidak bersedih hati."
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Hamba-hamba Allah 'Azza wa-Jalla yang diCintaiNya adalah orang-orang yang istimewa. Allah ‘Azza wa-Jalla tidak menjadikan kesusahan bagi mereka, dan tidak pula mereka mempunyai masalah. Kerana mereka bersama Allah ‘Azza wa-Jalla. Dan sesiapa yang bersama Allah ‘Azza wa-Jalla tidak akan takut. Kemuliaannya itu tinggi. Tinggi darjatnya sehingga hari Qiyamah dan selama-lamanya di Syurga.

Syukur kepada Allah ﷻ, kami mengadakan perjalanan dua hari ke Antep dan Maraş, dalam Anatolia. Di sana dan di mana-mana pun, terdapat para hamba-hamba yang diKasihi Allah ﷻ. Dari para Nabi dan Sahabah hingga ke Awliya’, terdapat banyak sekali hamba-hamba yang diKasihi oleh Allah ﷻ. Insha'Allah Allah ﷻ Menghantarkan Barakah melalui mereka. Tanpa mereka, tiada Barakah.

Nabi Suci kita ﷺ Bersabda,
“Bihim tumṭarūn, bihim turzaqūn, bihim tunṣarūn.”
“Hujan turun keatas kamu dengan Barakah mereka. Rizq (rezeki) datang kepada kamu dengan asbab mereka. Kamu mencapai kemenangan dengan asbab mereka.”
Hujan dan kemenangan datang kepada anda bersama mereka. Barakah datang kerana menghormati wajah mereka. Mereka tidak kosong. Tanpa mereka di dunia ini —
Allah ‘Azza wa-Jalla Menunjukkan Rahmat kepada manusia melalui mereka. Dia ﷻ Memberikan nikmat ini.

Jika tidak kerana ini, disebabkan pemberontakan, kekufuran dan keburukan, Allah ‘Azza wa-Jalla tidak akan Memberikan walaupun setitik air. Kadangkala jika Dia ﷻ Memberikannya di akhir zaman, Dia ﷻ Memberikannya sebagai kemurkaan dan hukuman. Dia ﷻ Memberikan air sebagai hujan, kemudiannya ia berubah menjadi banjir. Semoga apa yang Dia ﷻ Berikan itu menjadi Rahmat insha’Allah, kerana terdapat banyak pemberontakan dan keburukan. Tetapi Syukur kepada Allah ﷻ, tempat-tempat di mana orang-orang suci dikebumikan itu membawa Barakah dan kebaikan kepada manusia.

Mereka-mereka yang bersama dengan syaitan berkata, “Kamu tidak boleh menziarahi kubur. Kamu tidak boleh melakukan ini dan itu." Mengapa mereka berkata demikian?
Supaya tidak datangnya Rahmat Allah ‘Azza wa-Jalla kepada kita, sehingga Rahmat Allah ﷻ menjauh dari kita.
Sesiapa yang Meminta Rahmat Allah ﷻ, Allah ﷻ akan Memberinya. Sesiapa yang tidak mahukannya maka dia akan tahu sendiri. Semoga Allah ﷻ Menolong kita. Semoga manifestasi RahmatNya ﷻ tercurah kepada kita. Semoga ianya membungkus kita di sekeliling kita, kerana itulah nikmat yang paling besar.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.

Terdapat Khatam Qur’an, Surah- surah dan Ayat-ayat, Tasbihat, Tahlilat, dan Salawat. Mereka telah menghantarkannya kepada kami dari seluruh dunia untuk menghadiahkannya itu. Semoga Allah ﷻ Menerimanya. Kami hadiahkan itu semua terlebih dahulu kepada Nabi kita Sayyidina Muhammad salla Llahu 'alayhi wa-sallam, wa 'Alihi wa 'As'habihi l-Kiram, wa ila arwahi jamee'i al 'Anbiya'i wa l-Mursalin wa Khudamai sharai'ihim , wa ila arwahi al 'A'immati al arba'a, wa ila arwahi Mashayikhina wa amwayitina wa amwat l-Muslimin.
Agar seluruh masalah hilang, agar kebaikan mendatang dan kejahatan menghilang.
Demi kemenangan Islam.

Li-Llahi Ta’ala l-Fatiha.
[Terjemahan ke Bahasa Inggeris]
There are Qur’an Khatms, Surahs and Ayat, Tasbihat and Tahlilat, Salawat. They’ve sent us from all over the world to gift them. May Allah ﷻ accept it. We gift them firstly to our Holy Prophet Sayyidina Muhammad, Prayers and Peace be upon Him, and his family, and his companions, and the souls of all the prophets as well as of His messengers and of those who served their Sharia, and to the souls of the four Imams. And to the souls of our Mashayikh, and our passed ones and the passed ones of all Muslims. For troubles to be gone, for goodness to come and evil to be gone. For the victory of Islam. To Allah Almighty, Al-Fatiha.
🌹Apa itu Barakah?🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
23 July 2024/ 17 Muharram 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh. A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh,
Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh,
Madad yā Mashāyikhinā,
Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad.
Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda bahawa Umat berada dalam Barakah. Sesiapa yang beriman kepada Nabi ﷺ, yang berjalan di Jalan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, yang meminta Barakah dan meminta yang Halal daripada Allah ﷻ - Allah ﷻ Memberi kepadanya Barakah itu.

Barakah adalah salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia Allah ‘Azza wa-Jalla. Di manakah Barakah itu? Ianya ada didalam Iman, dalam Islam dan pada mereka yang berada di Jalan Allah ﷻ. Beberapa tempat mempunyai lebih banyak Barakah. Juga dengan tempat Para Muslim. Jika tidak, tiada Barakah. Terdapat kekurangan Barakah di tempat yang mereka tidak beriman kepada Allah ﷻ. Walaupun ada semuanya tetapi (jika) tiada Barakah,(maka) tidak ada faedahnya. Mereka mungkin membesar badan mereka, mereka mungkin makan dan minum lebih banyak. Tetapi manfaat sebenar Barakah adalah untuk kerohaniaan manusia. Kerohaniaan meminta Barakah. Tanpa Barakah, kerohanian tidak ada faedahnya. Ia tidak ada gunanya.

Bagaimana Barakah datang? Barakah datang dengan beriman kepada Allah ﷻ dan berJalan di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla seperti yang dikehendakiNya. Barakah datang dengan BismiLlah. Barakah datang apabila anda tidak membazir. Barakah datang dengan kemurahan hati. Terdapat banyak perkara yang membawa kepada Barakah. Manusia telah melupakan kesemuanya. Memandangkan kita hidup di akhir zaman, perkara-perkara ini tidak menyerang fikiran mereka sama sekali. Mereka berusaha untuk mengumpul lebih banyak, melakukan lebih banyak kerja dan mempunyai lebih banyak dana di bank. Perkara yang mereka usahakan itu tiada Barakah.

Bagaimana anda boleh mempunyai Barakah? Dengan berniat untuk berada di Jalan Allah ﷻ dan melakukan segala-galanya untuk keredhaan Allah ﷻ. Kita mesti berniat agar Rizq kita membawa Barakah kepada anak-anak kita dan memberi manfaat kepada Ummah. Apabila sudah demikian, tidak akan timbul hasad dengki dan iri. Tanpa mereka, ada Barakah. Hasad dengki dan iri menghilangkan Barakah.

Oleh itu, orang-orang Mukmin mempunyai Barakah. Terdapat ramai orang Muslim yang hasad dengki antara satu sama lain dan menggali lubang untuk satu sama lain. Tetapi orang-orang Mukmin tidak demikian. Mu'min mendoakan kebaikan dan Barakah untuk semua orang. Semoga Allah ﷻ Memberi Barakah kepada semua orang insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Terdapat orang dalam keadaan yang sangat sukar. Namun, mereka diselamatkan dengan Barakah Allah ‘Azza wa-Jalla. Dengan Rahsia Barakah Allah ‘Azza wa-Jalla, walaupun mereka dalam keadaan susah, Allah ﷻ menolong mereka. Barakah itu penting. Ia adalah Pertolongan dan Bantuan dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Semoga Allah ﷻ tidak kurangkan BarakahNya dari kita.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹 Hari Rabu Terakhir Pada Bulan Safar 🌹
السلام عليكم ورحمةالله وبركأته
بسمالله الرحمان آلرحيم

Pada hari Rabu ini, 28 Ogos, adalah hari Rabu terakhir Safar di Lefke/Istanbul. Bagi mereka yang mengikuti kalendar Singapura, ia akan diadakan pada hari Rabu berikutnya,
4 September.

Ia adalah hari yang paling berat dalam setahun dan terdapat langkah berjaga-jaga yang perlu diambil agar ia berlalu dengan mudah dan selamat untuk kita semua InSha'Allah.

Pakailah pakaian berwarna hijau dan bergegas pulanglah ke rumah apabila semua keperluan diluar telah dikerjakan. Sila baca catatan yang dilampirkan untuk amalan dan ibadah pada hari Rabu terakhir Safar. Semoga ianya berlalu dengan mudah dan kebaikannya untuk orang yang beriman. Aamin.

Wassalam.


🌹Hari Rabu terakhir pada bulan Safar🌹

1. Selepas Terbitnya matahari , laksanakanlah Solat Sunat Hifz 2 Rakaat dengan niat untuk mendapatkan perlindungan dari Allah ﷻ
2. Sebelum Asar laksanakan Solat Sunat Bulan Safar 4 Rakaat
3. Bersedekah sebelum keluar rumah
4. Tidak tidak ada apa-apa keperluan diluar, maka jangan keluar dari rumah, dari waktu Subuh hari tersebut sehingga hari Subuh hari keesokannya
5. Pakailah, pakaian yang berwarna Hijau
6. Janganlah memakan ikan yang telah ditangkap pada Hari Rabu terakhir pada bulan Safar
7. Ucapkanlah zikir-zikir ini :
3x Kalimah Shahadah
300x Astaghfirullah
7x Ayatul Kursi
7x Surah Al-Fil (Alamtara kaifa faa'la Rabbuka bi ashabil fil)

📌 Tatacara Mengerjakan Solat Sunat Hifz
(untuk Perlindungan)
1. Niatkan untuk mengerjakan solat sunat Hifz mengharapkan Keampunan, Redha dan Perlindungan dari Allah ﷻ
[ ] Setelah takbiratul ihram dan bacaan Doa iftitah, bacakan Astaghfirullah sebanyak 15 kali dan selepas itu barulah membaca Surah Al-Fatihah
[ ] Setelah bacaan Surah Al-Fatihah, bacakan Surah Al-Ikhlas (Qul HuwallaHu Ahad) sebanyak 3 kali,
dan setelah itu bacakan Astaghfirullah sebanyak 10 kali
2. Selepas itu maka Kerjakan Ruku' seperti biasa dan setelah membaca SubahanaRabbiyal 'azimi wa bi Hamdih sebanyak 3 kali, maka sambung dengan membaca Astaghfirullah sebanyak 10 kali
3. Semasa iktidal membaca Astaghfirullah 10 kali
4. Semasa sujud setelah membaca Subahana Rabbiyal 'Alaa wabihamdih 3 kali, maka sambung dengan baca Astaghfirullah sebanyak 10 kali
5. Dan semasa duduk diantara 2 sujud juga membaca Astaghfirullah sebanyak 10 kali
6. Semasa sujud kedua setelah membaca Subahana Rabbiyal 'Alaa wabihamdih 3 kali, maka sambung dengan bacaan Astaghfirullah sebanyak 10 kali

Bermakna pada setiap rakaat Jumlah Astaghfirullah yang perlu dibaca adalah 75 kali.
Dan lakukan yang sepertinya juga pada Rakaat kedua.

📌 Tatacara Mengerjakan Solat Sunat Safar
Solat ini dikerjakan sebanyak 4 Rakaat dan 2 Salam.
Solat ini boleh dikerjakan pada bila-bila sebelum waktu Asar pada Hari Rabu terakhir dalam bulan Safar
Bermakna hendaklah Solat 2 Rakaat dahulu dan selesaikannya dengan Salam, dan setelah itu bagkit dan kerjakan pula 2 rakaat lagi dan selesaikannya dengai Salam.

1. Niatkan untuk mengerjakan solat Sunat Safar mengharapkan Keampunan, Redha dan Perlindungan dari Allah ﷻ
Pada setiap-tiap rakaat, Bacalah :
[ ] 1 kali Surah Al-Fatihah
[ ] 17 kali Surah Al Kausar
[ ] 5 kali Surah Al Ikhlas
[ ] 1 kali Surah Al-Falaq (Qul 'auzubirabbil falaq)
[ ] 1 kali Surah An-Nas (Qul 'auzubirabbin naas)
Setelah selesai Solat maka Berdoalah mohonlah Perlindungan dan Keselamatan dari Allah ﷻ

Bacakan ihda dan Hadiahkan pahalanya kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ

Ihda: ila sharafin nabiyyi sal-Allahu 'alaiHi wa sallam wa alihi wa sahbihi wa ila arwahi sa-iri sadatina, Wa ustadhina wa ustadhi ustadhina wa siddiqeen khasatan Sayyidina Abu Ahmed As-Sughuri wa Sayyidina Khidr al-Abbas wa Sayyidina ilyas wa Sayyidina A'bdul Qodir al Jaylani wa Sayyidina Muhyiddeen ibn 'Arabi wal Qutbul Mutasarrif. Al-Fatihah
🌹Hendaklah Sentiasa Berdoa'🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani 
25 August 2024/ 21 Safar 1446 
Solat Subuh, Akbaba Dergah  

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh. 
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.  
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah. 

Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:  

"ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ"
‘Id’ūnī ‘Astajib lakum’,
"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku Perkenankan bagimu."(Qur’ān 40:60). 
Firman Allah ‘Azza wa-Jalla adalah Benar. Berkata orang-orang, "Kami telah berdoa, tetapi doa kami tidak diterima." Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa Doa itu diterima. Doa orang-orang Mu'min diterima. Doa orang-orang Kafir tidak diterima.
"وَمَا دُعَـٰٓؤُا۟ ٱلْكَـٰفِرِينَ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍ"
‘Wa mā duā’u l-kāfirīna ‘illā fī dalāl’, 
‘Tetapi doa orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah sia-sia.’(Qur’ān 40:50).
Sadaqa Llāhu l‘Aẓīm. 
Jika orang-orang Kafir melakukan Doa, Doanya tidak diterima. Dia tidak mempunyai Iman. Oleh kerana dia tidak beriman, maka Doanya tidak diterima. Hanya Doa orang-orang Mukmin sahaja yang diterima.

Orang-orang mukmin berkata "Kami berdoa, tetapi doa kami tidak diterima." Nabi kita ﷺ Bersabda "Doa kamu pasti diterima." Walaupun Doa anda tidak jelas (ternampak) di sini, Doa yang (ditangguh pemakbulannya) menuju ke Akhirah jauh lebih bermanfaat daripada Doa yang dimakbulkan di dunia ini. Nabi kita ﷺ Bersabda bahawa Doa di Akhirah adalah sedemikian rupa sehingga orang-orang akan berharap "Seandainya Doa kita tidak diterima di dunia ini tetapi kekal (ditangguhkan) hingga ke Akhirah." Ianya begitu berfaedah disitu.
Sesetengah orang berkata "Oleh kerana Doa kami tidak diterima, kami tidak akan melakukan Doa." 
Ianya (Doa) adalah suatu Perintah. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Berdoalah.” Maka Ianya adalah suatu Perintah.
“Doa adalah inti ibadah”, Sabda Nabi kita ﷺ.
“Doa adalah jantung dan inti (teras) ibadah,” sabda Nabi kita ﷺ. Oleh itu, hendaklah sentiasa Berdoa dengan (Doa) yang bermanfaat. 
Tidak baik umat Islam untuk berputus asa. 
Hanya orang-orang kafir yang putus harapan kepada Allah ﷻ. Orang-orang Mukmin tidaklah boleh putus harapan. Mereka hendaklah sentiasa memohonkan Doa yang baik-baik. Mereka tidak sepatutnya mendoakan dengan Doa-doa yang jahat. Mereka hendaklah sentiasa memohonkan kebaikan agar jika diterima di dunia ini maka akan ada kebaikan yang besar. Jika kekal hingga ke Akhirah, maka ianya akan lebih baik lagi.

Semoga Allah ﷻ Menerima Doa-doa kita insha'Allah. Semoga kita tidak jatuh dalam keputusasaan. Semoga kita tidak berputus asa kepada Allah ﷻ insha’Allah. Kehilangan harapan adalah dari ketidakpercayaan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹BERILAH KHABAR GEMBIRA UNTUK PENGAKHIRAN SAFAR🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
28 Ogos 2024/ 24 Safar 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam pernah berterima kasih kepada orang yang memberi khabar gembira tentang pengakhiran Safar. Baginda ﷺ Redha kepadanya. Bulan Safar adalah bulan yang berat. Allah ‘Azza wa-Jalla Menjadikannya begini. Ia adalah bulan yang berat. Dan ada hikmah dalam segala sesuatu. Orang-orang mukmin hendaklah memperbanyakkan kebaikan dan amal. Mereka hendaklah Memohon kepada Allah ﷻ dan Mengingati Allah ﷻ.

Syukur kepada Allah ﷻ, semua bulan adalah seperti yang Allah ﷻ Kehendaki. Ada yang suci, ada yang berat, dan ada yang normal. Tetapi bulan Safar, terutama hari Rabu terakhir bulan Safar, agak berat. Apa yang patut kita buat? Sepatutnya kita buat Tasbihat dengan cara yang sama. Perbanyakkan sedekah agar terhindar dari bala dan musibah. Kemalangan dan musibah adalah atas Kehendak Allah ﷻ. Tetapi ianya boleh dicegah dengan sedekah.

Ada Hikmah dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Dia ﷻ Memberikan kekuatan kemahuan kepada manusia. Terdapat kemahuan separa dan kemahuan lengkap. Itu adalah perkara-perkara yang Allah ﷻ ketahui. Tetapi sudah tentu, orang-orang boleh melakukan kedua-duanya. Oleh itu, atasi ego anda dan berusaha untuk melakukan perkara yang baik. Jika anda berbuat demikian, ianya akan memberi manfaat kepada anda. Jika anda mengarahkan kemahuan anda kepada tujuan yang baik, anda akan menang. Tetapi jika anda mematuhi ego anda dan bukan kemahuan (baik) anda, maka anda tidak akan berjaya.

Seperti yang kita katakan, bulan Safar - Kita mesti gembira dengan apa sahaja yang diRedhai oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kita mesti suka kepada apa yang Baginda ﷺ suka. Dan kita tidak boleh mencintai apa sahaja yang Baginda ﷺ tidak suka. Ianya sama dengan ini. Hari ini hari Rabu terakhir Safar. Ianya adalah minggu terakhirnya. Syukur kepada Allah ﷻ, mengikut Nabi kita ﷺ, kami gembira kerana ianya akan berakhir insha’Allah.

Semoga Allah ﷻ sentiasa Menyimpan kita dalam ketenangan didalam kegembiraan. Semoga Dia ﷻ Memberi kita kegembiraan di dunia dan akhirat. Kegembiraan kami adalah berada di Jalan Rasulullah ﷺ. Ini adalah kegembiraan terbesar kami. Jika anda gembira dengan dunia ini, ia berlangsung seminit dan kemudian ia berakhir. Kegembiraan Nabi kita ﷺ kekal selama-lamanya insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Memberikannya kepada kita semua.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.