SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
543 photos
11 videos
4 files
80 links
Download Telegram
🌹Janganlah Berurusan dengan orang-orang itu🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
02 September 2024/ 29 Safar 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm,

"إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلْفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ"
"Inna Al-Ladhīna Yuĥibbūna 'AnTashīa Al-Fāĥishatu Fī Al-Ladhīna 'Āmanū Lahum Adhābun 'Alīmun"
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih"
(Qur’an 24:19). Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman kepada mereka yang ingin menyebarkan keburukan di kalangan manusia bahawa azab mereka akan pedih. Mereka telah sesat. Dan mereka menyesatkan orang lain supaya (diri mereka) tidak pergi ke neraka dengan sendirian. Lebih ramai orang yang mereka seret ke neraka, lebih banyak faedah yang mereka fikir akan mereka perolehi. Sedangkan, ianya tidak begitu. Allah ‘Azza wa-Jalla Menambahkan azab ke atas mereka bagi setiap orang yang mereka sesatkan.

Terdapat ramai orang yang tidak berguna. Terdapat banyak orang yang berbahaya. Apa yang perlu anda lakukan dengan mereka? Anda tidak sepatutnya berurusan dengan mereka. Anda tidak sepatutnya menganggap (mereka dengan) serius. Dan anda tidak sepatutnya membalas mereka. Ada trend baru sekarang. Semua orang bercakap dan memuat naik di suatu tempat. Orang ramai tidak tahu siapa lelaki atau perempuan yang bercakap (disebalik) itu. Tapi disebabkan dia telah berkata sesuatu, mereka tulis/komen dengan ucapan balas macam itu. Anda meletakkan sampah itu di dalam fikiran orang. Dan kemudian anda berusaha untuk membersihkannya. Jangan berurusan dengan mereka. Jangan balas orang seperti itu dan jangan perhatikan mereka. Jangan biarkan orang lain menonton mereka juga.

Ini penting. Apabila anda berkata, “Orang ini berkata buruk tentang Islam, perkara buruk tentang Tariqah, berkata ini dan itu tentang Nabi kita ﷺ dan Sahabah,” walaupun orang tidak mengenalinya, anda melakukan dosa besar tanpa disedari. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Anda juga boleh mengelirukan orang ramai. Oleh itu, jangan berurusan dengan orang-orang seperti itu sama sekali. Jangan balas kepada mereka. Jangan perhatikan apa sahaja yang mereka katakan.

Saya tidak mengenali mereka. Ramai orang datang dan berkata orang ini dan orang ini berkata begini. Siapa lelaki ini? saya tak kenal dia. Di mana awak jumpa dia? Kami tidak mempunyai masa untuk berurusan dengan orang yang tidak kami kenali, kami juga tidak mahu membalasnya. Kami tidak mahu membalas kepada mereka. Kerana apabila anda melakukannya, orang akan menjadi ingin tahu. Dan orang yang lemah Iman mungkin hilang Imannya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Oleh itu, jangan mempromosikan orang jahat. Jangan tunjukkan kepentingan/perhatian kepada mereka. Allah ‘Azza wa-Jalla akan Memberi balasan kepada mereka. Malaikat akan membalas. Anda tidak perlu membalas mereka. Biarkan mereka kekal tersembunyi. Jangan membuka sampah. Jangan sebarkan sampah kepada orang lain. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dari kejahatan orang-orang seperti ini.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹Doa ketika Melihat Bulan Hijrah Yang Baru🌹

Menghadaplah kiblat, serta
lihatlah anak bulan kerana ianya adalah sunnah untuk melihatnya pada permulaan setiap bulan
Dan Bacalah Doa' diatas ini.

Rabiu'l Awwal Mubarak! 🌹
🌹Wazifah Bulan Rabiul Awwal🌹

Membaca Zikir- Zikir dan Selawat ini :

Astaghfirullah 70 - 700 kali
Surah Al-Ikhlas 100 - 1000 kali
LaailahaillAllah 100 - 1000 kali
Salawat 100 - 1000 kali
Ya Munkiz al Halka (Wahai Penyelamat orang yang telah binasa) 40 kali


La ‘Ilaha illa Anta Subhanak inni kuntu
mina z-Zalimin 100 kali
Dala’il Al Khayrat - Hizib Harian
Digalakkan membaca Mawlid secara berjemaah
🌹BULAN KERAHMATAN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
03 September 2024/ 30 Safar 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.


Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:

وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَـٰلَمِينَ
(Qur’ān 21:107).
‘Wa-mā arsalnāka illā raḥmatan li-l-‘ālamīn'
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam."

Hari ini adalah hari terakhir Safar. Bulan Mawlid, bulan Nabi kita ﷺ akan bermula pada Maghrib. Barakah di bulan yang mulia ini akan menghapuskan beban bulan yang berat insyaAllah, dan akan menjadi sarana kebaikan. Tahun ini telah berlalu agak berat. Tahun lepas tidak begitu banyak penindasan. Setiap kali berlaku lebih banyak penindasan. Tetapi berbeza dengan itu, Allah ‘Azza wa-Jalla Menjadikan bulan Nabi kita ﷺ sebagai bulan Rahmat. Ianya adalah Rahmat seperti Baginda ﷺ. Ia adalah bulan Rahmat dan Barakah.

Oleh itu, semakin banyak kita berselawat di bulan ini, semakin banyak kita akan disambut oleh Nabi kita ﷺ. Kerana Nabi kita ﷺ bersabda, “Setiap kali kamu berselawat, aku membalas kamu dengan mengucapkan wa ‘alaykum s-salam.” Nabi kita ﷺ menerima salam kita dan mengetahuinya. Jika sepuluh, lima, ratus atau berjuta-juta orang berselawat, Allah ‘Azza waJalla telah Memberikan Nabi kita ﷺ keupayaan untuk membalas kesemua (salam) mereka itu.

Oleh itu, semakin banyak Selawat - Kita membacanya secara normal juga. Tetapi adalah lebih baik untuk membacanya lebih banyak pada bulan ini. Ianya sentiasa baik. Tetapi pada bulan ini ianya khusus sebagai penghormatan kepada Nabi kita ﷺ. Ianya bermula esok. Ianya bermula malam ini selepas Adzan Maghrib mengikut kalendar Arab, Syukur kepada Allah ﷻ. Kita hendaklah melakukan Syukur atas nikmat yang diberikan.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sedang mengadap anda. Ramai orang ingin melihat Nabi kita ﷺ dalam mimpi mereka. Tetapi Nabi kita ﷺ memanggil anda setiap minit apabila anda melakukan Selawat. Mengetahui dan mempercayai ini adalah Fardhu bagi kita. Bukan Sunnah atau Nafl tetapi Fardhu untuk mencintai Nabi kita ﷺ, menghormati Baginda ﷺ dan memuliakan Baginda ﷺ.

Kerana kita hidup di zaman yang sedemikian rupa sehingga manusia menjadi hamba syaitan. Mereka mengatakan sesuatu dan menganggap mereka telah menjadi serba tahu. Mereka mempunyai begitu banyak keangkuhan sehingga tidak kira betapa tidak hormat dan kekurangan Adab yang mereka tunjukkan, mereka tetap melihat diri mereka hebat. Sedangkan mereka menjadi lebih rendah dan rendah.

Sesiapa yang memuliakan Nabi kita ﷺ, Allah ﷻ akan meninggikan dan memuliakan dia. Dan sesiapa yang tidak menghormati Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam tidak mempunyai nilai sama sekali. Dia tidak mempunyai nilai (walau)sekecil zarah. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Menjadikan bulan yang mulia ini penuh Barakah insha'Allah. Semoga menjadi sarana kebaikan inshaAllah. Dan semoga Allah ﷻ Menyelamatkan orang-orang yang dizalimi.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹IMAN ADALAH DENGAN CINTA KEPADA BAGINDA ﷺ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
04 September 2024/ 01 Rabih al-Awwal 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Mubarak bulan mulia Nabi kita ﷺ Rabiul Awwal. Namanya cantik. Ia bermaksud musim bunga. Bulan suci kelahiran Nabi kita ﷺ adalah bulan musim bunga. Segala-galanya diberkati, dan Barakah datang ke dunia ini dengan cahaya Nabi kita ﷺ.

Cinta kepada Nabi kita ﷺ adalah mengikut tahap keImanan seseorang . Baginda ﷺ Bersabda, “Seseorang tidak mempunyai Iman yang benar melainkan dia mencintaiku lebih daripada dirinya, ibu dan bapanya, dan dunia ini.” Dia mungkin beragama Islam. Tapi yang penting ada Iman. Dan Iman itu datang dengan cinta kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Orang yang tidak mempunyai cinta dan rasa hormat kepadanya ﷺ tidak mempunyai Iman.

Orang-orang Muslim ada Islam. Mereka mengucapkan “La ilaha illa Llah Muhammadun RasuluLlah”, tetapi mereka belum sampai kepada Iman. Iman datangnya (kepada kita) hanya dengan cinta kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Dengan mencintainya ﷺ, dengan memuliakan dan menghormatinya ﷺ Iman kita dikuatkan. Jika tidak, Iman kita kekal di tahap paling bawah. Seseorang itu tidak mempunyai Iman ketika itu.

Nabi kita ṣallá Llāhu 'alayhi wa-sallam bersabda, “ لا يُؤمِنُ أَحَدُكُم“
“Seseorang yang tidak mencintaiku lebih daripada dirinya, keluarganya, ibu dan bapanya, anak-anaknya dan dunia ini (maka orang itu) tidak mempunyai Iman. ” Dia ada Islam. Tetapi seperti yang kita katakan, tahap Iman itu penting. Semakin kuat Iman seseorang, semakin baik segala-gala untuknya. Semuanya mudah baginya. Segala-galanya sempurna dengan cinta kepada Allah ﷻ dan cinta kepada Nabi kita ﷺ.

Semoga Allah ﷻ tidak mencabut Iman dan cinta ini dari hati kita. Semoga kecintaan dan penghormatan kita kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam meningkat dari hari ke hari insha’Allah. Semoga kita tidak mematuhi orang-orang yang tidak berakal ini. Mereka mengatakan dia ﷺ adalah manusia seperti kita. Dia ﷺ (sememangnya) adalah manusia seperti kamu. Tetapi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Imam Al-Busayri, Nabi kita ﷺ adalah (umpama) batu delima. Delima adalah batu. Tetapi batu-batu yang lain; semua batu di dunia ini tidaklah samanya nilai (jika dibandingkan dengan)satu batu delima.

Oleh itu, Baginda ﷺ adalah manusia seperti kita, tetapi nilai Baginda ﷺ (adalah seperti)seluruh alam semesta. Semoga Allah ﷻ Memberi kita syafaatnya Baginda ﷺ insha'Allah. Semoga Dia ﷻ Menambahkan kecintaan kepadanya ﷺ insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹MENCINTAI BAGINDA ﷺ ADALAH JALAN KESELAMATAN🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
05 September 2024/ 02 Rabih al-Awwal 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm.
BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.


Syukur kepada Allah ﷻ, Barakah bulan mulia ini sedang menjelma. Demi kemuliaan Nabi kita ﷺ, Barakah dan Rahmat Rabih ul-Awwal sedang turun. Orang yang mencintai dan menghormatinya ﷺ mendapat manfaat. Sesiapa yang mencintai Nabi kita ﷺ adalah sedang didalam keuntungan.

Siapakah orang yang mencintainya ﷺ? Ia adalah orang yang mencintai Allah ‘Azza wa-Jalla. Siapakah orang yang tidak mencintai Rasulullah ﷺ? Itulah syaitan. Mereka telah menangkap syaitan dan membawanya ke hadapan Nabi kita ﷺ untuk bertanya kepadanya bahawa siapakah yang paling ia tidak sukainya. Nabi kita ﷺ menanyakan banyak soalan kepadanya untuk menyatakan siapakah orang yang paling tidak disukainya. Dia berkata, "Ia adalah kamu." Kerana dia tidak boleh berbohong, dia berkata begitu. Oleh itu, mereka yang tidak menyukai Nabi kita ﷺ itu sedang bersama-sama dengan syaitan. Dan syaitan termasuk dalam neraka. Dia tidak mempunyai keselamatan.

Jalan kepada keselamatan dari neraka adalah dengan mencintai Nabi kita ﷺ. Mereka yang tidak mencintainya ﷺ pasti akan masuk neraka. Kerana kita tidak boleh diselamatkan dengan perbuatan dan tindakan kita. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, “Tidak ada seseorang pun di antara kamu yang dapat diselamatkan dengan amalannya.” Sahabat bertanya. “Engkau juga, ya RasuluLlah ﷺ?” RasuluLlah ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menjawab, “Saya juga.” Ini sangat penting. Tetapi sesetengah orang tidak tahu ini. Bukan sebahagian, tetapi kebanyakan orang tidak tahu ini. Mereka menunjukkan permusuhan kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan berkata buruk.

Allah ﷻ telah Mengangkat kemuliaan Baginda ﷺ. Orang boleh bercakap sesuka hati. Mereka yang bercakap menentangnya ﷺ membahayakan diri mereka sendiri. Mereka yang bersamanya ﷺ menjalani kehidupan yang terbaik dan akan beroleh kehidupan di syurga di Akhirat iaitu kehidupan yang sebenar dengan Izin Allah ﷻ. Oleh itu, adalah perkara yang paling penting untuk mencintai Nabi kita ﷺ, untuk menghormati Baginda ﷺ dan untuk menunjukkan penghormatan kepada Baginda ﷺ. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sedang menunjukkan Jalan kepada kita. Baginda ﷺ telah memberitahu tentangnya dan menunjukkannya.

Tidak sukar untuk mencintai. Cinta adalah perkara yang baik. Cinta membawa manfaat kepada kita. Ia membawa manfaat kepada semua orang. Semoga Allah ﷻ Menambahkan kecintaan kepadanya didalam hati kita. Dengan cintanya ﷺ, keburukan berakhir. Dengan cintanya ﷺ, terdapat Barakah dan Rahmat; semua jenis kecantikan/keindahan berlaku dengan Izin Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Meredhai. Semoga adanya Shalawat s-salam kepada Nabi kita ﷺ insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹Cintailah Nabi ﷺ Dan Cintailah Apa Yang Baginda ﷺ Cintai🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 September 2024/ 13 Rabi' al-Awwal 1445
Lefke – Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata, "Cintailah aku. Seseorang yang tidak benar-benar mencintaiku tidak mempunyai īmān yang lengkap, dia bukan mu'min." Sesiapa yang mencintai Nabi kita ﷺ mempunyai iman yang lengkap. Dan hendaklah kamu mencintai orang yang dicintai oleh Nabi kita ﷺ. Apa sahaja yang Baginda ﷺ suka, anda mesti menyukainya. Yang paling penting, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam mencintai Ahlul-Bayt, ṣaḥābah dan Awliyā’. Dia ﷺ mencintai mereka.

Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda mengenai semua ṣaḥābah, "Ini adalah para sahabatku. Sesiapa yang bercakap buruk tentang mereka maka mereka itu telah berbuat yang serupa demikian kepadaku ﷺ." Siapa yang menghormatinya ﷺ mestilah menghormati mereka juga. Kerana mereka adalah orang-orang yang dikasihi Baginda ﷺ. Dan Ahlul-Bayt bermaksud keluarganya ﷺ. Kita hendaklah menyayangi cucu-cucunya ﷺ dan mereka yang berasal dari keturunannya ﷺ. Bersama mereka, para ṣaḥābah dan Awliya’, a'lim dan ulama; menunjukkan rasa hormat kepada mereka kesemuanya. Mereka menunjukkan Jalan Allah ﷻ. Mereka menunjukkan Jalan Nabi kita ﷺ. Menghormati dan mengasihi mereka adalah dari kesempurnaan īmān. Anda akan menjadi dari kalangan orang-orang yang benar-benar mencintai Nabi suci kita ﷺ.

Di antara perkara yang dicintai oleh Nabi kita ﷺ, Nabi kita ﷺ suka solat dan berpuasa. Dan makanan kegemaran Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam diketahui. Nabi kita ﷺ telah makan segala(makanan yang didapatinya). Sudah tentu, tidak banyak makanan ketika itu. Tetapi ada beberapa perkara dari buah-buahan dan sayur-sayuran, atau dari makanan yang lebih disukai oleh Rasulullah ﷺ. Memakan (makanan) itu dengan niat yang demikian menguatkan Iman kita dengan Izin Allah ﷻ. Memakan makanan kegemaran ﷺ membawa kesembuhan. Insha'Allah dengan niat itu ianya memberi kekuatan kepada Imān kita.

Ada satu cerita tentang ini. Seorang imam pergi ke sebuah kampung. Dia diberi labu. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menyukai labu. Apabila dia melihat makanan kegemaran Nabi kita ﷺ, dia memakannya, kerana ia adalah makanan syurga. Terdapat banyak labu di kampung itu. Mereka memberinya banyak dan dengan harga yang murah setiap hari. Imam itu sudah muak dengannya tetapi tidak dapat berkata apa-apa, kerana ia adalah (makanan) kegemaran Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Dia naik keatas menara dan berkata, "Labu di waktu petang, labu di pagi hari, saya muak, yā RasuluLlāh." Orang ramai berhenti memberinya ketika itu. Mereka memberinya sehingga dia muak. Tidak perlu untuk itu. Sama ada anda suka, atau tidak, ambil sedikit. Dan ia akan menjadi penawar dan kebaikan demi kemuliaan Nabi kita ﷺ.

Cinta kepada Nabi kita ﷺ adalah harta yang sangat besar. Ia adalah ibadah yang paling agung. Apabila orang memilikinya, mereka tidak perlu takut apa-apa. Dengan Izin Allah ﷻ mereka akan dapat dari nikmat Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Memberkati bulan Mawlid sekali lagi. Kami mengadakan perayaan. Ianya sudah berakhir sekarang ini . Insha'Allah semoga kita menyambut Mawlid Syarif dengan lebih baik dan lebih baik lagi bersama-sama seluruh dunia dengan memahami nilai Nabi Suci kita ﷺ insha’Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹HARI KELAHIRAN NABI ﷺ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
15 September 2024/ 12 Rabi' al-Awwal 1445
Lefke – Cyprus

As-Salāmu ‘Alaykum wa Raḥmatullāhi wa Barakātuh. A‘ūdhu Billāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. Bismillāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūlillāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.

Semoga hari ini diberkati untuk kita Insha'Allah. Semoga ianya diberkati untuk dunia Islam dan umat Islam. Nabi kita ﷺ lahir didunia ini pada hari Isnin 12 Rabi'u l-Awwal. Hari ini adalah hari yang suci. Ia adalah hari yang indah. Sesiapa yang memuliakan Baginda dan menghormati Baginda, tentulah dia akan mendapat bahagian dari kebaikan. Segala sesuatu dari Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah untuk manusia. Dan sebagai mukjizat, sebaik sahaja Baginda ﷺ dilahirkan, Baginda ﷺ memohon kepada Allah ‘Azza wa-Jalla sambil berkata, “Umat ﷺku.” Baginda ﷺ dilahirkan [dalam keadaan] Sujud. Ketika Nabi kita ﷺ dilahirkan, Baginda ﷺ memohon-merayu kepada Allah “Azza wa-Jalla dalam sajdah sambil berkata, “Ummati, ummatī.” Sehingga Baginda ﷺ meninggalkan dunia ini, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sentiasa memikirkan tentang umat. Mengharapkan agar mereka diselamatkan, Baginda ﷺ memohon-merayu kepada Allah ‘Azza waJalla.

Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak menolak do’a’ Nabi kita ﷺ. Sesiapa yang meminta akan syafaatnya ﷺ akan mendapatkan syafaatnya ﷺ. Sesiapa yang berkata "Saya tidak memerlukan shafā‘ah. Saya solat dan melakukan ibadat saya. Saya tidak memerlukan apa-apa daripada orang lain," (orang yang berkata seperti itu) tidak akan mendapat apa-apa pun. Sukar tanpa shafā‘ah. Ianya amat sukar. Apabila anda berkata anda tidak mahukan itu, (maka) semuanya berakhir. Segala amalmu, segala perbuatanmu, ibadahmu menjadi sia-sia.

Oleh itu, agama Islam wujud berdasarkan penghormatan kepada Nabi kita ﷺ. Tanpa penghormatan itu, apa sahaja yang mereka lakukan adalah sia-sia. Oleh itu, menghormati hari ini, menghormati kemuliaan Nabi kita ﷺ membawa manfaat yang besar kepada kita. Sudah tentu, kebaikan besar berlaku. Kekasih Allah ‘Azza wa-Jalla, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah orang yang mencapai darjat tertinggi di antara manusia. Memuliakan Baginda ﷺ dalam segala hal, menziarahinya ﷺ - Sesiapa yang mampu menziarahinya ﷺ pasti akan diberikan lawatan itu. Dan sesiapa yang tidak dapat menziarahi, Allah ﷻ akan Memberi sesuai dengan niat mereka.

Terdapat ramai orang Islam yang menghormati-memuliakan segala yang berkaitan dengan Nabi kita ﷺ. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka. Semoga Allah ﷻ tidak Membiarkan mereka tersesat. Kerana apabila manusia melakukan kebaikan, shayṭān menjadikan was-was/ragu-ragu. Dia berkata "Anda mungkin melakukan sesuatu yang buruk. Anda tidak sepatutnya berbuat demikian." Sudah tentu, kerana shayṭān cemburu. Dia tidak suka. Dia tidak suka Nabi kita ﷺ. Kerana dia tidak menyukainya ﷺ, dia mahu menjauhkan orang-orang supaya mereka tidak mendapat manfaat dari itu.

Syukur kepada Allah ﷻ, kami memuliakan Nabi kita ﷺ semalam dan sebahagian dari tubuhnya yang suci - janggutnya ﷺ. Sebahagian daripada janggutnya, walaupun sebiji atom janggut Nabi kita ﷺ sudah cukup untuk kita. Syukur kepada Allah ﷻ, kami menziarahinya. Fadhilatnya jatuh kepada orang yang mengunjunginya. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi tetapi mahu (untuk menziarahinya), yang melihatnya dari jauh; semoga mereka berpeluang juga. Khazanah Allāh ‘Azza wa-Jalla melimpah ruah. KhazanahNya ﷻ itu penuh. Dia ﷻ Memberikannya itu mengikut niat manusia.

Oleh itu, semoga ianya diberkati untuk kita Insha'Allah. Insha'Allah semoga kita mencapainya dengan seluruh dunia berada dalam Islam, menghormati-memuliakan Nabi kita ﷺ. Kami berharap untuk itu tahun depan. Semoga ianya sampai dengan cepat dan tidak terlambat Insha'Allah.
Seluruh dunia akan mengetahui nilainyaﷺ, dan kita akan bersama-sama dengan Ṣāḥibu z-Zamān Insha'Allah. Semoga Allah ﷻ Meredhai anda semua.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.
🌹KESELAMATAN ITU HANYALAH DENGAN SYAFAATNYA BAGINDA ﷺ 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 September 2024/ 16 Rabih al-Awwal 1446
Solat Subuh, Akbaba Dergah

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh. A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭāni r-rajīm. BismiLlāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-Awwalīna wa l-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wa l-Khayru fi l-Jam‘iyyah.


Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam diutuskan sebagai Rahmat kepada alam semesta. Sesiapa yang ingin mendapat manfaat daripada Rahmat itu hendaklah menerima dirinya adalah daripada Ummat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam; untuk mendapat manfaat daripada Rahmat itu. Nabi kita ﷺ meminta daripada Allah ﷻ untuk menjadi pemberi syafaat bagi umatnya melalui pelbagai cara. Dan Allah ﷻ Memberikan ini kepada Nabi kita ﷺ. Apabila anda berada dalam Ummati Muhammad ﷺ, anda mendapat syafaat dengan Izin Allah ﷻ.

Mereka yang menerima(beriman dan mengakui Kenabian Baginda) Nabi kita ﷺ menjadi umatnya ﷺ. Yang tidak terima (Kenabian Baginda) akan ketahuinya sendiri. Apa sahaja yang mereka lakukan, yang menolak belas kasihan, yang menolak kebaikan adalah bebas. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Mereka boleh mengalami masalah sesuka hati. Dan mereka boleh mempunyai kesudahan yang buruk sebagaimanapun yang mereka suka. Tetapi orang yang meminta keselamatan meminta syafaat Nabi kita ﷺ. Mereka mengharapkan belas kasihan Baginda ﷺ. Mereka terikat dengannya ﷺ dan mencintainya ﷺ. Mereka akan diselamatkan. Jika tidak begitu, (maka)tidak ada keselamatan.

Bahkan para Nabi-Nabi pun meminta syafaat dari Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam pada hari kiamat. Orang akan kelihatan seperti mabuk pada hari yang sukar itu. Mereka tidak akan mabuk. Kerana kebesaran Allah ‘Azza wa-Jalla, kerana keagungan hari itu, kerana kesukaran hari itu, manusia akan kelihatan seperti orang mabuk. Mereka berada dalam keadaan sedemikian yang hanya Nabi kita ﷺ yang dapat menyelamatkan mereka.

Para Nabi-Nabi memohon kepada Allah ‘Azza wa-Jalla demi kemuliaan Nabi kita ﷺ agar (merka) diselamatkan dari hari yang sukar itu. Mereka memohon kepada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dan memohon perlindungan kepada Baginda ﷺ. Oleh itu, keagungan dan kelebihan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah yang tertinggi di sisi Allah ﷻ. Tidak ada yang lebih tinggi daripadanya ﷺ. Orang yang tidak mengetahui nilainya ﷺ tidak akan mempunyai pengakhiran yang baik.

Syaitan sedang menyerang anak muda di sini dan di tempat lain. Dia mengatakan ini dan itu agar mereka tidak menerima Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ini adalah untuk kesudahan mereka menjadi buruk. Semoga Allah ﷻ Melindungi mereka. Semoga syafaat Nabi kita ﷺ tercurah kepada kita. Semoga kita dirahmati ﷺ. Dan semoga Iman kita kuat insha'Allah.

Wa min Allah at-Tawfiq. Al-Fatiha.