SiS Gold 🤩
52 subscribers
5.28K photos
972 videos
4 files
1.73K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
Gais,

Saya dapati, kesemua pelabur emas yang berjaya mempunyai satu tabiat akar yang luar biasa iaitu:

Mereka ada tabiat suka menyimpan.

Mereka ini, jika tidak berjumpa dengan emas sekali pun, mereka tetap akan menyimpan di dalam instrument pelaburan yang lain seperti dalam bank, ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan lain-lain.

Mereka ini suka menyimpan, berdisiplin, mempunyai visi yang jauh dan sanggup menangguhkan keinginan sekarang supaya berjaya di masa hadapan.

Orang putih cakap "delay gratification"

Gais,

Kejayaan dalam pelaburan emas boleh dimaksimakan jika anda mempunyai tabiat suka menyimpan.

Ditambah pula jika anda ada perancangan besar di masa hadapan dan sanggup menangguhkan kehendak sekarang.

Orang macam ni tak tengok jangka pendek.

Contohnya kalau harga emas merudum, itu tak beri kesan kat mereka malahan mereka ambil peluang beli lagi. Sebab dari segi logik, kalau nak beli aset mestilah tunggu waktu harga rendah.

Betul tak?

Sekiranya anda ingin berjaya dalam pelaburan emas atau apa-apa pelaburan, pupuklah tabiat akar suka menyimpan.

Kemudian perkara-perkara lain akan jadi senang.

Sila #share jika bermanfaat.
(Surat Ar-Rahnu hilang 🙀)

Gais,

Saya nak share sket pengalaman hari ini. Surat Arrahnu saya hilang. Jadi saya tak boleh nak tebus emas yang digadaikan di Arrahnu.

Entah kat mana saya letak surat gadaian tu. Cari seisi rumah tapi tak jumpa. Selongkar kereta pun tak jumpa. Haihhhh... berpeluh 😅

Penyelesaian.

Saya pergi Arrahnu (dalam kes ini Ar-rahnu Bank Pertama) dan maklumkan kat pegawai Arrahn tentang kehilangan surat gadaian tersebut.

Kemudian pegawai Ar-rahnu kasik satu surat sumpah yang mengatakan surat gadaian hilang (tengok gambar).

Kemudian, surat ini perlu ditandatangani oleh pesuruhjaya sumpah.

Jadi saya pun carilah pesuruhjaya sumpah yang berdekatan. Kebetulan ada seorang pesuruhjaya sumpah yang pejabatnya berdekatan dengan Ar-Rahn ini.

Kos tandatangan pesuruhjaya sumpah ini murah ajer. Saya kena bayar RM4.

Kemudian, bawa surat sumpah ini semula ke Ar-rahn dan serahkan kepada pegawai Ar-rahn.

Lepas tu saya boleh tebus emas. Selesai masalah 🥳

Itu pengalaman nak kongsikan hari ini.

Semoga bermanfaat. Silakan #share

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

4 tahun yang lalu (tahun 2020) saya telah menulis tips power ini. Siapa yang ikut nescaya akan berterima kasih kepada saya.

Jadi kat sini saya share semula untuk bacaan anda.

—— start sharing ——-

Gais.

Saya nak share sket tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧" atau dalam English dipanggil "𝒇𝒐𝒓𝒘𝒂𝒓𝒅 𝒍𝒐𝒐𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒑𝒑𝒓𝒐𝒂𝒄𝒉"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk...

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧"

Anda akan berterima kasih kepada diri anda 🙂

Sila #share tips ini jika bermanfaat

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
#throwback
Gais.

Nak dengar cerita hamba Allah yang kumpul 100 keping Dinar Emas?

Ini adalah satu pengalaman menarik yang pernah saya jumpa sepanjanag terlibat dengan emas sejak 2008.

"Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). saya terlupa tahunnya".

Ceritanya macam nie...
Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul 1 Dinar Emas.

Asal dia ada duit... dia akan beli 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli 1 Dinar Emas.

Dia tak beli item lain. Dia hanya fokus simpan 1 Dinar.

Hamba Allah ini sangatlah konsisten sehingga dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas 👍👍👍

Saya tak tanya pulak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini.

Yang saya tahu.. dia kumpul sedikit demi sedikit.

Bila ada rezeki atau bonus beliau tukar kepada simpanan emas.

Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas.

Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.

Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)
(sila tengok gambar)

Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya (tengok gambar komen pertama).

Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.

Sijil ketulenan pula diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.

Saya tanya dia "Bang.. kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?

Dia jawab "Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu".

"Ooooo.. gitu.... jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada"

"Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?" tanya saya lagi.

"Saya nak beli tanah" jawab dia...

"Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset 👍😃😃" Balas saya.

Gais, waktu tu harga belian balik 1 dinar adalah RM465 sekeping. Jadi nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM46,500.

Kalau beliau tak jual dan konsisten simpan sampai sekarang saya rasa beliau boleh beli bukan setakat tanah tetapi tanah siap dengan rumah

Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.

1. Istiqamah - sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya.

Tengok macammana brother ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping.

Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun.

Takper.. asalkan bergerak dan jangan berhenti.

2. Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah.

Jadi jual ajerlah.. tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus.. sangat bagus.

Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini.

Silakan #share

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

4 tahun yang lalu (tahun 2020) saya telah menulis tips power ini. Siapa yang ikut nescaya akan berterima kasih kepada saya.

Jadi kat sini saya kongsi semula untuk bacaan anda.

—— start sharing ——-

Gais.

Saya nak kongsi sikit tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧" atau dalam English dipanggil "𝒇𝒐𝒓𝒘𝒂𝒓𝒅 𝒍𝒐𝒐𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒑𝒑𝒓𝒐𝒂𝒄𝒉"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji, ianya memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun tapi siapa yang melihat 2 tahun maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk. 🚀🚀🚀

Jadi, untuk mendapat  jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧".