SiS Gold 🤩
54 subscribers
5.06K photos
945 videos
4 files
1.69K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
SIMPAN EMAS BANTU KAWAL NAFSU BELANJA

Kadang-kadang bila ada duit tunai lebih, tangan ni gatal je nak belanja. Tapi bila kita tukar duit tu jadi emas, automatik rasa sayang nak jual.

Sebab tu emas ni boleh bantu kita kawal nafsu berbelanja. Bila emas ada depan mata, kita rasa puas tengok, tapi kita takkan mudah tergoda nak tukar balik jadi duit untuk dibelanjakan. Itulah kehebatan simpanan emas. Bukan sekadar lindungi nilai, tapi bantu kita latih disiplin kewangan

#PG1M
THE RAT CYCLE: BEBASKAN DIRI DARI KITARAN HIDUP GAJI KE GAJI

Syukur masih diberi kesempatan menerima gaji hasil titik peluh sendiri. Penat sebulan terbayar. Ibarat dapat bernafas semula selepas tercungap - cungap beberapa minggu ke belakang

Lega, dapat beri nafkah dan uruskan tanggungjawab, dapat bayar komitmen, dapat bayar hutang, dapat sediakan perbelanjaan anak - anak dan sebagainya.

Tanpa sedar, duit gaji mengalir deras seperti air.

Paling ditakuti, duit gaji hilang tanpa jejak kerana nafsu dan ego sendiri.

Akhirnya, kitaran hidup gaji ke gaji bermula kembali. Tiada simpanan, tiada persediaan kecemasan dan masa depan.

Inilah realiti ramai orang. Dan realiti ini boleh diubah dengan satu langkah mudah:
Tukar dahulu sebahagian kecil gaji anda kepada emas.

Ubah tabiat menunggu 'lebihan'  baru menyimpan kepada menyimpan dahulu baru belanja selebihnya.

Semoga bermanfaat 🙂

#PG1M
CABARAN: DUIT DI TANGAN

Salah satu cabaran apabila ada duit di tangan adalah berfikiran “kaya”. Automatik fikiran kita berlegar - legar nak berbelanja.
Nak beli !
Nak melancong!

Apabila kita tukar bentuk iaitu duit kepada kepingan emas, nafsu untuk berbelanja dapat ditundukkan. Sebab duit itu sudah tak nampak dan sekarang kita tiada duit.

Kesimpulannya duit yang banyak tidak bocor tetapi duit dapat bertahan lama daripada hilang begitu saja.

Emas adalah duit.
Duit adalah kertas yang dijamin “laku” oleh kerajaan sesebuah negara.

Dapat sesuatu?
Jom tukar duit kepada emas sebelum duit habis. PUBLIC GOLD…

#PG1M
#bijakkewangan
Untuk emas, tiada istilah Murah.

Harga emas turun RM1? Mahal.
Harga emas turun RM5? Mahal lagi.
Harga emas turun RM10? Mahal juga.
Mana ada Harga emas murah bagi kita?

Kalau harga emas naik?
Lagi-lagilah mahal dalam fikiran kita.

Mungkin harga emas hari ini kita rasa mahal tapi percayalah dikemudian hari pasti kita akan tersenyum kerana memilih untuk konsisten menyimpan emas.

1gram RM150 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM200 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM250 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM300 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.

Akhirnya simpanan kita bergram-gram. Mahal dah jadi perkara kedua dalam hidup kita. Perkara pertama ialah simpan secara konsisten.

Tapi kalau lah kita beli 1gram dan berhenti kerana harga emas naik RM2, maka selamanya simpanan kita hanya 1gram.

Nanti bila 10tahun akan datang, harga emas dah cecah RM700 bagi 1gram, ketika itu boleh juga kita rasa gembira kerana sekurang-kurangnya kita ada 1gram dalam simpanan berbanding kawan-kawan kita yang lain dah bergram-gram.

Mohon sentap!😁

Hari ini harga emas telah pun kembali kepada harga tertinggi iaitu RM350 untuk satu gram, tidak mustahil akan mencecah lebih tinggi untuk akan datang.

Boleh terus menunggu dan menunggu atau terus mengambil tindakan pertama memulakan simpanan emas hari ini.

Hanya RM100 diperlukan untuk kita mulakan simpanan emas pertama kita. Ayuh!

#PG1M
*HUTANG MINTA HUTANG*

Lagak senang hidup mewah semuanya hutang.
Siang malam pagi petang menambah hutang.

Sudah menjadi seakan budaya masyarakat sekarang berbelanja mengikut gaya hidup dan bukannya berdasarkan kemampuan kewangan.

Natijahnya, ramai yang ketagih membuat hutang. Belum habis lagi bayar pinjaman lama, sudah mula buat hutang baru.

Sedar atau tidak, sikap begini akan memberikan kesan yang mendalam terhadap individu berkenaan.

📌 Risiko terjerumus dalam kebankrapan di usia muda.

📌 Hubungan antara rakan dan masyarakat menjadi renggang.

📌 Konflik dalam rumah tangga.

📌 Resah, gelisah dan masalah emosi.

Jadi, muhasabah diri dan berfikir dengan teliti sebelum berhutang.

Sekiranya tidak dalam keadaan terdesak dan tidak yakin dapat menguruskan hutang, maka elakkan daripada berhutang

Sebaiknya, kita FOKUS untuk  disiplinkan diri untuk:

Mengurus kewangan atau hutang sedia ada terlebih dahulu

Menabung sebagai persediaan kes kecemasan dan luar jangka

Fikir-fikirkan..
Semoga bermanfaat 🙂

#PG1M
Some people ask me, why does spread exist? Let me share with you ⤵️

What is Spread?

The spread refers to the difference between the buy price (when you purchase gold) and the sell price (when you sell gold). For example, if the buy price for 1g of gold is RM410 and the sell price is RM379, the spread is RM31 or 7.5%.

Why Does Spread Exist?

The spread compensates gold dealers for operational costs, including storage, certification, and logistics. It’s a common practice in all industries, just like banks have fees or stockbrokers charge commissions.

Why is Public Gold’s Spread Better?

Public Gold offers a spread of around 6-10%, depending on the gold product, which is more competitive than other brands or banks. Some banks or gold retailers might have spreads of 15-20%, significantly reducing your profit margins when selling gold.

Comparison with Bank Savings

When you save money in a bank, the returns are often lower, with savings accounts providing 1-2% annual interest. Inflation, typically around 2-3% per year, erodes your purchasing power, meaning your money loses value over time.

Gold, on the other hand, not only protects your wealth from inflation but also provides a hedge against currency depreciation. For example, mine, 53.55% increase in 4 years is a return of 13.39% per annum, significantly outpacing inflation and bank savings.

Key Takeaway

Even after accounting for Public Gold’s spread (e.g., 7.5%), the net profit (e.g., 5.89% annually in my case) is still substantial compared to traditional bank savings. Plus, gold’s intrinsic value and inflation protection make it a reliable long-term investment.

#PG1M
“Simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit”

Kalau kita termasuk dalam situasi di atas, cepat-cepatlah ubah cara kita menabung.

Dana kewangan sangat penting dan kita memang perlu kena pastikan yang kita ada simpanan duit. Sebab kita tidak dapat menjangka cabaran yang akan berlaku kepada kita pada masa depan.

Masalahnya kita simpan RM300 sebulan, hujung tahun sepatutnya ada RM3,600 tetapi dalam simpanan hanya RM300. Sebab kita korek tabung atau pinjam sekejap.

Jom pastikan duit kita itu kekal RM3,600. Tipsnya adalah;
1. Tukar sebahagian duit yang kita ada itu ke dalam bentuk simpanan emas. Sebab emas, auranya memang untuk disimpan.
2. Daripada RM3,600, ambil RM2,000 tukar jadi emas (1dinar/5 gram goldbar).
3. Dalam saving akaun ada RM1 600 dan RM2 000 dibekukan jadi emas.

Apabila simpan emas, automatik minda kita terfikir nak tambah gram emas berbanding duit. Kita akan asyik terfikir tentang berbelanja kerana sifat duit adalah berbelanja.

Perasaan berduit ini akan membahayakan situasi kewangan kita. Kita terdedah untuk membelanjakan duit tersebut tanpa rasa bersalah. Itu yang akhirnya ‘simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit’.

Dapat sesuatu?

#PG1M
Team PG1M membawakan satu program khas yang berkongsi dan membongkarkan rahsia kejayaan.

Di sini tempat lahirnya orang berjaya.

Di sini tempat himpunan orang yang mahu berjaya.

Di sini tempat tercetusnya idea untuk berjaya.

Minggu ini Program ‘PG1M Achievers Night’ berkisar tentang kejayaan empat (4) individu yang mengukir kejayaan 100 CLUB AWARD.

Siapakah mereka?

Speaker pertama ialah
1 Star Founder Master Dealer, Nur Izzatul Akmar Binti Jasmi

Speaker Kedua Normal Dealer, Mazlita Binti Said

Speaker Ketiga Priority Dealer Zoraini Binti Abd Kadir

Speaker keempat Founder Master Dealer Shahrul Azhar Bin Mohd Aznan

Ikuti kisah perkongsian dari speaker yang terbukti berjaya secara langsung di YouTube Channel PG1M

Link : https://youtube.com/@pg1mchannel

Jangan terlepas!🤩

#PG1M
*KEAJAIBAN MENABUNG*
TAK MULA TAK TAHU 😉

Percaya atau tidak, banyak KEAJAIBAN akan berlaku sebaik sahaja kita MULA menabung.

Di sini saya kongsikan 4 keajaiban apabila kita MULA menabung.

📌 *Mengorek tabungan dengan penuh rasa bersalah*

Siapa yang tidak pernah mengorek tabungan kan? Terutamanya di peringkat awal tabungan. Tetapi jangan sesekali berhenti menabung. Lama-kelamaan kita akan fikir, sampai bila ia akan cukup jika selalu dikorek.  Lalu, akan timbul rasa bersalah apabila kita hendak mengorek tabungan dan berhenti melakukannya. Hasilnya, tabungan kita akan semakin bertambah.

📌 *Berkira-kira untuk belanja*

Kita mula fikir antara kehendak dan keperluan. Jika perlu, adakah ianya boleh ditangguh atau segera. Ini tidak akan terlintas di fikiran jika kita tidak menabung. Kita akan fikir semuanya adalah keperluan dan semuanya segera.

📌 *Tidak lagi gembira dengan HUTANG*

Jika ada lebihan pendapatan seperti bonus dan kenaikan gaji, kita mula fikir sama ada nak tambah hutang atau tambah tabungan. Jika kita membuat hutang baru, secara automatik kemampuan kita menabung akan berkurang. Akhirnya kita tidak lagi suka berhutang.

📌 *Panjang akal tambah tabungan*

Kita akan lebih kreatif untuk tambah pendapatan, tambah tabungan. Sebelum ini berpuas hati dengan pendapatan sedia ada. Namun sekarang mula berniaga, mula buat kerja sambilan dan sebagainya yang sekali gus menambah baik tahap kewangan kita.

Jadi...
Kita kena bermula dahulu dan keajaiban itu akan datang, In Shaa Allah.

Semoga bermanfaat. ☺️

#PG1M
Simpan Emas Boleh Kaya ke?

Ramai yang tanya, simpan emas ni betul ke boleh buat kita kaya?

Jawapannya: Simpan emas bukan cara untuk jadi kaya dalam masa singkat, tapi ia adalah cara untuk bina kekayaan jangka panjang.

Emas berfungsi sebagai aset penyimpan nilai. Ketika nilai duit kertas makin susut akibat inflasi, nilai emas pula kekal malah terus meningkat. Contohnya, harga emas 10 tahun lepas jauh lebih rendah berbanding sekarang. Jadi, simpan emas membantu melindungi hasil usaha anda daripada dimakan inflasi.

Nak kaya dengan emas?
Fokus pada gram dan KONSISTEN. Simpan sikit demi sikit, ikut kemampuan. Walaupun hanya 1 gram sebulan, ia tetap langkah bijak. Bila simpanan dah banyak, emas boleh dijadikan modal untuk beli aset lain yang boleh menjana pendapatan, contohnya hartanah atau perniagaan.

Jadi, simpan emas bukan sekadar untuk kaya, tapi untuk bina kestabilan kewangan yang kukuh. Kaya itu bukan hanya ada banyak duit, tapi ada aset yang bernilai dan tahan lama!

#PG1M
⚜️ TIPS & TRICKS TIKTOK VOL. 1 ⚜️

Berita baik untuk anda dan semua dealer-dealer PG1M!

Team PG1M akan menganjurkan training khas TIPS & TRICKS TIKTOK VOL. 1 untuk menggilap skill-skill di kalangan dealer PG1M.

Training kali ini akan disampaikan oleh seorang PGBO yang berpengalaman luas dalam bisnes PG iaitu 1 STAR FMD NURUL AIN MOHD

Penting untuk PGBO menambah dan perbaharui skill supaya kekal maintain & konsisten.

Skill boleh jadi income.
Skill boleh menambah rangkaian pelanggan

Nak tahu apa itu TIPS & TRICKS TIKTOK VOL. 1
Nak belajar bagaimana TIPS & TRICKS TIKTOK VOL. 1 membantu bisnes anda?

Nak terokai lebih mendalam mengenai TIPS & TRICKS TIKTOK VOL. 1?

Anda mesti ambil peluang sertai program training skill ini!

Berikut merupakan details ringkas :

Tarikh : 07.05.2025 (RABU)
Masa : Jam 9.00 malam (2100hrs)
Lokasi : Zoom (Link akan diberikan selewat-lewatnya pada 07.05.2025, 6.00pm)

Bagaimana untuk sertai program training ini?

Jom dapatkan Pakej Training Komprehensif Bulan Mei 2025 untuk team PG1M

Link untuk PEMBAYARAN
https://wasep.me/pg1m-training/item/training-komprehensif-mei-2025
Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan PnMona 014-2071032 (Setiausaha 1 #PG1M)

Semoga training ini bakal mengubah bisnes PG anda! 🚀

Terima kasih!
‘NAK MAJU, KENA LAJU'
#PG1M
Alhamdulillah.. malam ini saya meeting bersama-sama 746 orang dealer aktif Public Gold di bawah team #PG1M

Meeting ini dipanggil Hari Bersama Dealer dan ia terbuka untuk semua dealer di bawah susur galur saya dan CikJun@Jonaina Nordin

Sharing malam nie special sebab dibawakan oleh tuan Azizi Ali, mentor wang terkemuka Malaysia.

Tuan Azizi Ali berkongsi tips bagaimana beliau bersama-sama PG sejak 2016 sehingga sekarang.

Alhamdulillah.. team ini bermula dengan 49 orang sahaja. Namun kami grow bersama-sama sehingga mencecah 746 orang.

Terima kasih Dato Wira Louis Ng Founder Public Gold kerana menyediakan platform yang awesome :)

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
6/5/2025
SIMPANAN BIJAK

Bila terpedaya dengan ungkapan "Harta sebenar kita adalah harta yang kita belanjakan."
Betul.... Tetapi tidaklah sehingga menafikan keinginan kita untuk menyimpan harta atau mengumpul harta. Simpanlah harta dengan bijak. Simpanlah harta seiring dengan ilmu.

Antara doa Imam Al Ghazali ialah beliau meminta perlindungan dari Allah untuk tidak terpedaya dengan agama.

Tidaklah menjadi dosa mengumpul harta selagi harta itu kembali digunakan untuk lunaskan tanggungjawab sebagai Muslim dalam impian menunaikan haji atau umrah.

Tidaklah menjadi dosa mengumpul harta selagi harta itu kembali menjadi modal  membantu sang pejuang fisabilillah menuntut ilmu.

Tidaklah menjadi dosa mengumpul harta, selagi harta itu kembali menjadi batu asah menajamkan nilai pemurah, dermawan membantu saudara yang memerlukan.

Tidaklah menjadi dosa mengumpul harta, selagi harta itu kembali memudahkan kehidupan di hari tua dan pengurusan di hari mati kita.

Tidaklah menjadi dosa mengumpul harta, selagi harta itu kembali untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga.

Di manakah kerugian itu? Bukan itu juga saham akhirat? Tiada rugi selagi amalan itu mematuhi syariat Islam. Bijak menyimpan bijak berbelanja.

#PG1M
Untuk Dealer baru, Dealer lama yang telah aktif atau dealer lama yang baru nak aktif, ada satu training yang paling mustahak kepada seorang dealer baik lama mahupun baru iaitu Dealer Orientation Intensive Training (DOIT) untuk Melahirkan Pembimbing Emas Team PG1M Yang Berkualiti

Dalam program DOIT ni, anda akan belajar tentang Public Gold, Sistem Public Gold, Income-income Public Gold, Award, Target di Public Gold dan banyak lagi.

Jika pernah hadir, hadir lagi.
Hadir berkali-kali supaya boleh refresh ilmu setiap kali hadir.

Setiap kali DOIT, speaker yang berbeza. Jadi semestinya penyampaian juga berbeza.

Lama kelamaan hadir kita akan menjadi dealer yang berkualiti.

Jadi jika anda seorang dealer yang mahu grow cepat, Betul dan On Track, rancang hadir program DOIT ini.

Butiran Program
Tarikh : 10 Mei 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari

📌 Dah beli pakej training komprehensif bulan Mei 2024?

Jika Belum?
Sila beli segera!!
https://wasep.me/pg1m-training/item/training-komprehensif-mei-2025

Jika Sudah?
Tahniahhhh!!
Nak Maju, Kena lah Laju.

Founder Council PG1M
#PG1M
Simpan Emas dengan Ilmu, Bukan Ikut-Ikut

Ramai yang mula simpan emas sebab nampak orang lain buat, tapi hakikatnya emas adalah simpanan berstrategi. Kalau simpan tanpa ilmu, mungkin awak akan buat keputusan yang kurang tepat.

🔸 Kenali Matlamat
Sebelum mula, tanya diri awak: kenapa nak simpan emas? Untuk kecemasan? Pelaburan jangka panjang? Atau lindungi nilai duit dari inflasi? Bila jelas tujuan, awak lebih fokus dan tak mudah tersilap langkah.

🔸 Beli Ikut Kemampuan
Tak perlu tunggu duit banyak. Mulakan kecil-kecil ikut bajet bulanan. Yang penting konsisten!

🔸 Elak Hutang untuk Emas
Simpan emas sepatutnya ringankan kewangan, bukan tambah beban. Kalau terpaksa berhutang, lebih baik tunggu dulu.

🔸 Ilmu Adalah Kunci
Rajin-rajin baca tentang harga emas, trend semasa, dan platform jual beli emas yang dipercayai. Bila ada ilmu, awak lebih yakin dan tak mudah terpedaya.

Simpan emas dengan ilmu, bukan ikut-ikut. Bila awak tahu apa yang awak buat, barulah emas jadi aset yang benar-benar berguna untuk masa depan. Jom mula simpan emas dengan bijak hari ini!

#PG1M
Anak adalah anugerah yang paling istimewa.

Siapa tak sayang anak kan?

Setiap ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka terutama sekali dalam pendidikan.

Jangan tak percaya,
ada Ibu bapa yang rela bergolok dan bergadai demi pelajaran anak anak.

Jangan tak tahu, ada ibu bapa yang sanggup berhempas-pulas demi memastikan keperluan pembelajaran anak-anak tidak terganggu.

Jangan terkejut, ada ibu bapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi meletakkan pelajaran anak-anak seiring dengan kepesatan teknologi terkini.

Semuanya kerana anak-anak.
Semuanya sebab anak-anak.
Semuanya untuk anak-anak.

Tambahan pula bila anak-anak dah meningkat besar dan mahu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pasti banyak wang yang diperlukan.

Jika sekarang anak kita masih kecil,

Jika sekarang anak kita mungkin belum bersekolah,

Jika sekarang anak kita mungkin masih di sekolah rendah,

Ketahuilah sebagai ibu bapa, sebaiknya kita telah pun memulakan tabungan untuk pendidikan anak-anak.

Menabung untuk memastikan kos pendidikan anak-anak  mencukupi. 

Kalau ada seorang anak mungkin mencukupi dengan gaji sedia ada. Tapi kalau ada dua ke
tiga orang anak, bersediakah kita untuk mencukupkan keperluan mereka?

Jadi mula ambil tindakan lebih awal dengan merancang untuk tabungan anak-anak demi masa depan mereka.

Hari berganti hari,
Minggu bertemu minggu,
Tahun berganti tahun.
Kos pendidikan semakin lama semakin tinggi.

Purata kos pendidikan untuk seorang adalah RM40,000.

Nampak besar angka ni, kannn?
Ye lah, bagaimana nak capai RM40,000 sedangkan RM400 pun tidak capai-capai.

Apa kata kali ni kita kecilkan angka tersebut dengan fokus menyimpan  emas.

Untuk dapatkan RM40,000 sebenarnya kita boleh fokus kumpul emas seberat 100 gram.

Saya ada #5tips mudah untuk kumpul 100 gram emas?

1. Paling mudah buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Programme) untuk setiap anak.

2. Pastikan kita usaha untuk simpan sekurang-kurangnya #1gram1bulan.

3. Sekiranya konsisten simpan #1gram1bulan, genap dan cukup tempoh 8 tahun 4 bulan maka simpanan tersebut telah capai 100 gram emas.

4. Anggaran nilai 100 gram emas berdasarkan harga hari ini RM49,000. Lagi 8 tahun belum tentu harga ini.

5. Benar emas tiada dividen tetapi nilai emas secara purata naik dan terus naik setiap tahun.

Amacam?
Dapat sesuatu?

Sekiranya kalian telah mulakan simpanan emas untuk anak-anak, tahniah! 👏

Teruskan dan konsisten.

Sekiranya belum, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan kita buat bersungguh-sungguh.

#PG1M
💰 Atur Kewangan Dengan Emas, Hidup Lebih Tenang 💰

Kewangan yang stabil bermula dengan langkah kecil tapi bijak, dan salah satunya ialah simpan emas. Kenapa emas? Sebab emas bukan sekadar hiasan, tapi penyimpan nilai yang kalis inflasi. Ketika nilai duit susut, emas tetap mengekalkan nilainya, malah boleh meningkat!

Dengan emas, anda boleh mula urus kewangan secara terancang. Contohnya:
🔸 Bajet bulanan – Beli emas ikut kemampuan. Bajet RM100? Simpan sahaja RM100.
🔸 Simpanan kecemasan – Kalau ada keperluan mendesak, emas senang dicairkan.
🔸 Pelaburan masa depan – Nilai emas cenderung naik dalam jangka panjang, sesuai untuk perancangan hari tua.

Atur kewangan anda dengan bijak. Tak perlu simpan duit semata-mata, sebab nilai duit boleh susut. Tapi emas? Nilainya terus kukuh!

Mulakan langkah anda hari ini. Sedikit demi sedikit, emas boleh bantu kukuhkan kewangan untuk masa depan!

#PG1M
“Hidup di bawah kemampuan."

Ini sebenarnya adalah pesanan yang tidak baik untuk mereka yang mempunyai pendidikan kewangan. #bijakkewangan

Siapa yang mahu hidup di bawah kemampuan?
Sedangkan ada terlalu banyak perkara yang menarik dalam hidup ini untuk dinikmati.

Pada pendapat saya, hidup di bawah kemampuan dapat membunuh semangat kita.

Biarkan impian tentang kemewahan hidup menyuburkan cita-cita kita dan bertindak sebagai insentif untuk terus maju.

Sumber daripada buku Robert T. Kiyosaki.

1. Tingkatkan kecerdasan emosi kita dengan membeli aset untuk membayar liabiliti.

2. Sewakan parkir di apartment kita untuk membayar liabiliti.

3. Emas juga adalah aset.

Sila tekan pautan ini untuk mulakan simpanan emas.

https://publicgold.me/SiS

#PG1M
Kenapa Tunggu Harga Murah untuk Simpan Emas?

Ada yang beranggapan, “Nak simpan emas, tunggu harga murah.” Tapi, bila sebenarnya harga emas murah?

Realitinya, harga emas hari ini pada RM493/gram sudah dianggap sebagai harga yang agak berpatutan, terutamanya apabila kita bandingkan dengan harga tertinggi yang pernah capai, iaitu RM533/gram.

Apa yang Anda Perlu Tahu:

1. Harga Per Gram Lebih Rendah: Dengan harga sekarang, anda mendapatkan harga yang lebih rendah berbanding harga puncak. Ini adalah peluang yang tidak boleh diabaikan.

2. Puratakan Harga Emas: Membeli pada pelbagai harga menjadikan purata kos emas anda lebih stabil dan mengurangkan risiko pembelian pada harga puncak.

3. Dapatkan Emas Lebih Cepat: Mulakan simpanan emas anda sekarang, dan anda akan dapat memegang emas fizikal lebih cepat daripada menunggu harga yang lebih rendah yang mungkin tidak datang lagi.

Jangan Tunggu Lagi! Jika harga emas kembali melonjak tinggi, anda mungkin akan berkata, “Menyesal bertangguh.” Jadi, mulakan langkah pertama simpanan emas anda hari ini. Lebih awal anda bermula, lebih banyak manfaat yang akan anda nikmati.

#PG1M
Team PG1M membawakan satu program khas yang berkongsi dan membongkarkan rahsia kejayaan.

Di sini tempat lahirnya orang berjaya.

Di sini tempat himpunan orang yang mahu berjaya.

Di sini tempat tercetusnya idea untuk berjaya.

Minggu ini Program ‘PG1M Achievers Night’ berkisar tentang kejayaan empat (4) individu yang mengukir kejayaan sebagai NEW MASTER DEALER

Siapakah mereka?

Speaker pertama ialah
Master Dealer, Noor Shaliza Binti Shawal;

Speaker kedua ialah Master Dealer, Nadzirah Binti Yusuf

Speaker Ketiga Master Dealer, Noor Alia Fatiha Binti Kamalludin

Speaker Keempat Master Dealer, Noordiana Binti Md Isa

Ikuti kisah perkongsian dari speaker yang terbukti berjaya secara langsung di YouTube Channel PG1M

Link : https://youtube.com/@pg1mchannel

Jangan terlepas!🤩

#PG1M