SiS Gold 🤩
52 subscribers
5.26K photos
964 videos
4 files
1.73K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
Dinar Emas Sebagai Hantaran

Jom jadikan kisah hantaran 5 Dinar Tuan Syarif Jamil dan isteri sebagai satu kisah inspirasi.

Yang masih gadis lebih menarik korang boleh dapat 5 dinar ni zero cost atau balik modal dengan untung. Mau tau tricknya?

Tricknya begini, 😁

1. Si Gadis gigih menabung emas bermula sekarang!
2. ⁠InsyaALLAH bila sampai jodohnya, deal sama pasangan dan keluarga untuk bagi mas kahwin bentuk dinar emas.
3. ⁠Si Gadis bolehlah keluarkan emas fizikal berbentuk dinar dari Akaun Emas GAP miliknya, dan jual kepada pasangan dengan harga emas semasa masa itu.
4. ⁠Sekarang, Si Gadis ada duit tunai hasil jualan emasnya. Bolehlah guna untuk back up belanja kenduri kahwin di pihak perempuan.
5. ⁠Bila tiba hari bahagia, Si Pengantin Lelaki akan serahkan mas kahwin Dinar kepada Si Gadis.
6. ⁠Kini, emas Dinar menjadi hak mutlak Si Gadis.
7. ⁠Happy ending, tabungan emas Si Gadis kembali padanya dengan extra duit belanja kahwin ☺️.
8. ⁠Sekian.

#notaemasdrrodhiah
#PG1M
#notaemasdrrodhiah

APA UNTUNG SIMPAN EMAS?

Ini soalan biasa bagi yang tak biasa simpan emas.

Ataupun, mungkin ada juga yang dah pun simpan emas tapi masih tidak jelas mengapa dia menyimpan emas.

Untung aspek paling orang kejar. Dek kerana terkejarkan untunglah maka senang nak masuk perangkap skim cepat kaya.

Apa yang untung simpan emas?

Untung bila ada kenaikan harga emas

Sejarah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang. 20 tahun yang lepas, harga segram emas hanyalah RM30.
4 tahun lepas masa saya bermula emas berharga RM290 segram.

Sekarang ini pula, harga emas ialah sekitar RM400+ segram.

Untung pertambahan gram emas bila harga menurun

Emas kan harta. Bila harga turun, kita boleh beli lebih banyak gram dengan harga yang lebih murah. Pemurataan kos pun boleh berlaku.

Untung bila duit tidak habis

Emas bila dibeli, kita hanya menukarkan duit kita menjadi emas. Kita bukan beli barang habis pakai buang.

Emas kekal di tangan kita dan tiada tarikh luput.

Untung bila naluri berbelanja dapat dirawat

Bila kita simpan duit, naluri berbelanja sangat tinggi. Sebagai ubat, simpanlah emas.

InsyaAllah sedikit demi sedikit kita akan mula menghargai setiap sen dari pendapatan kita.

Untung bila terdesak, emas boleh bertukar menjadi duit kecemasan

Hanya emas yang senang beli, mudah urus, boleh digadaikan dan memiliki tahap kecairan paling tinggi.

Untung dari sudut ketahanan terhadap inflasi

Harga emas turun naik secara jangka pendek. Bila harga naik, ia mungkin turun sedikit. Selepas itu ia akan naik semula secara signifikan.

Tidak seperti duit kertas. Nilainya bila dah turun, susah nak naik balik dan pulih kembali.

Untunglah ada emas 🤩