*KELUARKANLAH ZAKAT, ALLAH AKAN LAPANGKAN REZEKI*

Bila saya sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan, "simpan emas tu jangan lupa bayar zakat!"

Saya nak share sedikit.

Pengalaman saya membimbing lebih 600,000 penyimpan emas sejak 2010, saya boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas.

Orang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat.

Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya kena zakat sama macam zakat emas juga.

Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu diingatkan, "simpan duit dalam bank tu jangan lupa bayar zakat!".

Tak gitu?

Ada pula sebahagian orang yang teragak-agak untuk beli emas sebab takut kena zakat.

Lagi satu tip penting saya nak share.

Zakat hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang miskin tak dikenakan zakat.

Siapa takut bayar zakat, dia susah jadi kaya.

Siapa pasang cita-cita nak bayar lebih banyak zakat, insyaAllah Allah akan lorongkan lebih banyak jalan kekayaan.

Pernah beberapa orang penyimpan emas share kepada saya, alang-alang beli emas, biarlah jumlah emas yang disimpan itu cukup untuk mewajibkan dia bayar zakat. Dia sungguh senang hati untuk membayar zakat.

Dan memang benar, saya lihat, penyimpan emas tersebut tidak ada masalah kewangan walaupun saya kira pendapatannya tidaklah besar. Kehidupannya serba serbi cukup. Alhamdulillah.

Saya percaya, Allah berikannya keberkataan atas kesungguhannya mahu membayar zakat. Ingat, setiap bahagian harta yang kita keluarkan kerana Allah, Allah akan gantikannya sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang kita keluarkan. Itu janji Allah.

Tidak ada yang lebih menepati janji selain Allah, pemilik segala kekayaan di langit dan di bumi.

Kredit Tuan Zulkifli

#TazkirahDiri #BukuWangEmas