Ada yang mengeluh simpan emas dah bertahun-tahun tapi tak untung-untung,

Betul ke?
Sebab tu bukan emas yang buatkan kita kaya tetapi ilmu tentang emas yang buatkan kita kaya.

Saya kongsikan perkongsian dari Guru Emas saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie 👇🏻

TIP PILIH ITEM EMAS YANG TERBAIK

Mana lebih baik, item gold bar 5 gram x 20 keping (total 100 gram), atau

gold bar 100 gram sekeping?

Saranan saya;

Kalau nak mudah jual (atau pajak) sikit-sikit bila nak pakai duit, saya cadangkan pilih item kecil tapi banyak keping.

Pilih;

🛒 Gold bar 5 gram x 20 keping, atau
🛒 Gold bar 10 gram x 10 keping

Dua-dua pun total 100 gram.

Mudah jual / pajak sikit-sikit
Mudah dibahagi-bahagikan bila nak diwariskan

Tapi kalau plan nak jual sekaligus pada masa depan, beli item besar terus seketul.

Contohnya untuk tujuan tunaikan haji.

Pilih;

🛒 Gold bar 100 gram sekeping, atau
🛒 Gold bar 50 gram x 2 keping.

Lebih jimat caj premium, dan
Spread lebih nipis (lebih cepat untung)

Kalau tak pasti kegunaan masa depan, ambil item kecil banyak keping lebih baik.

Supaya lebih mudah dicairkan (dijual atau dipajak) bila nak pakai duit sikit-sikit.

Item kecil yang saya maksudkan ialah item 1 dinar (4.25 gram) atau gold bar 5 gram ke atas. Ini item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi.

Item lebih kecil dari itu bukan item pelaburan. Tapi item koleksi.

Kos dapatkannya lebih tinggi, dan tempoh menunggu nak dapatkan keuntungan lebih lama.

#TipKayaDenganEmas
#BukuWangEmas
*KELUARKANLAH ZAKAT, ALLAH AKAN LAPANGKAN REZEKI*

Bila saya sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan, "simpan emas tu jangan lupa bayar zakat!"

Saya nak share sedikit.

Pengalaman saya membimbing lebih 600,000 penyimpan emas sejak 2010, saya boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas.

Orang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat.

Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya kena zakat sama macam zakat emas juga.

Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu diingatkan, "simpan duit dalam bank tu jangan lupa bayar zakat!".

Tak gitu?

Ada pula sebahagian orang yang teragak-agak untuk beli emas sebab takut kena zakat.

Lagi satu tip penting saya nak share.

Zakat hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang miskin tak dikenakan zakat.

Siapa takut bayar zakat, dia susah jadi kaya.

Siapa pasang cita-cita nak bayar lebih banyak zakat, insyaAllah Allah akan lorongkan lebih banyak jalan kekayaan.

Pernah beberapa orang penyimpan emas share kepada saya, alang-alang beli emas, biarlah jumlah emas yang disimpan itu cukup untuk mewajibkan dia bayar zakat. Dia sungguh senang hati untuk membayar zakat.

Dan memang benar, saya lihat, penyimpan emas tersebut tidak ada masalah kewangan walaupun saya kira pendapatannya tidaklah besar. Kehidupannya serba serbi cukup. Alhamdulillah.

Saya percaya, Allah berikannya keberkataan atas kesungguhannya mahu membayar zakat. Ingat, setiap bahagian harta yang kita keluarkan kerana Allah, Allah akan gantikannya sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang kita keluarkan. Itu janji Allah.

Tidak ada yang lebih menepati janji selain Allah, pemilik segala kekayaan di langit dan di bumi.

Kredit Tuan Zulkifli

#TazkirahDiri #BukuWangEmas