Harga Emas Public Gold GAP
RM498 = 1gram
RM249 = 0.5gram
RM100 = 0.2008gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 12-06-2025 @ 0700hrs (Revised1)
Forwarded from PG1M COPYWRITING
Gais.

Analisis harga emas 12/6/2025.

Hari nie harga emas naik banyak, sekitar USD65.60 /Oz kepada 3390USD /Oz.

Apakah faktor-faktor yang menggerakkan harga emas hari ini?

Jom saya analisis untuk anda.

Pertama sekali adalah ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah (Iran dan Israel).

Ia ditambah dengan pengunduran tentera AS dari Iraq.

Bila geopolitik bergolak, pelabur terus cari perlindungan dalam emas.

Kedua, adalah isu perang perdagangan. Trump akan mengumumkan tarif baharu.

Ketidaktentuan dasar perdagangan ini membuatkan pasaran resah, dan emas akan naik.

Faktor lain adalah jangkaan kadar faedah turun – Laporan CPI baru-baru ini keluar dan inflasi dilihat semakin reda di US.

Ramai menjangka Federal Reserve akan turunkan kadar faedah menjelang hujung tahun.

Ini menyebabkan dolar jatuh, dan emas makin menarik perhatian pelabur.

Gais.

Emas sedang naik disebabkan “perfect storm” — ketegangan geopolitik, perang perdagangan yang belum selesai serta jangkaan kadar faedah akan menurun.

Jika semuanya berterusan, tak mustahil emas boleh melepasi $3,400/oz dalam masa terdekat.

Kita perlu perhatikan 3 perkara ini:

1. Perkembangan konflik Iran–Israel.

2. Kenyataan dan tindakan terbaru dari Trump.

3. Data inflasi AS & komen dari Federal Reserve.

Saya menjangkakan emas berupaya naik untuk jangka masa pendek.

Sekian analisis harga emas hari ini.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
1. Saya mendapat soalan daripada seorang pembaca. Beliau bertanya “Berapa harga 1 dinar sekarang?”

2. Pertamanya, saya perlu menjelaskan yang harga emas naik turun setiap minit!

3. Keduanya, untuk mempermudahkan urusan untuk semua pihak, syarikat Public Gold telah menetapkan harga emas mereka seperti berikut.

4. Harga emas di akaun GAP akan di tetapkan pada pukul 12 tengah malam, dan harga itu akan kekal selama 24, sehinggalah di adjust pada pukul 12 tengah malam esoknya.

5. Harga emas fizikal seperti dinar dan goldbar pula akan di adjust setiap 20 minit.

6. Oleh kerana ini situasinya, tuan puan jangan terkejut apabila harga 1 dinar yang diberikan oleh dealer PG pagi tadi berbeza dengan harga dinar itu pada waktu petang atau malam! Besar kemungkinan harganya akan berbeza kerana seperti yang saya jelaskan di atas, harganya akan di adjust setiap 20 minit.

7. Semoga penjelasan ini menolong anda untuk menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih berjaya.

Kredit Tuan Azizi Ali mentor wang
Forwarded from PG1M COPYWRITING
Gais,

Analisis harga emas 13/5/2025.

Harga emas naik sangat mendadak pagi ini (sehingga 102.37 usd /Oz).

Apa sebabnya? Jawapannya, ia kesan daripada serangan Israel ke atas Iran.

Harga emas melonjak selepas laporan serangan Israel ke atas Iran hari ini, sekali gus mencetuskan gelombang ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah.

Dalam masa singkat, harga emas meningkat hampir 1.5%, melepasi paras $3,400/oz, menghampiri rekod tertinggi dalam sejarah.

Mengapa Emas Naik?

Pelabur cari aset selamat (safe haven) – Bila konflik berlaku, emas menjadi pilihan utama pelabur sebagai pelindung nilai.

Emas dijangka kekal tinggi antara $3,400–$3,450, selagi ketegangan belum reda.

bagaimana jangkaan harga emas untuk jangka masa sederhana dan panjang?

Jika konflik berlarutan dan bank pusat terus beli emas (seperti China), harga berpotensi naik ke $3,500 ke atas.

Saham jatuh, minyak naik, emas jadi tumpuan.

Ini masanya kita semua mencari perlindungan kewangan seperti emas fizikal.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PasaranEmas #IsraelIran #KonflikTimurTengah
السلام عليكم
Wahai diri,
Ujian tu bukan hukuman tetapi satu bentuk kasih sayang Allah agar kita dekat kepada-Nya.
Baiki diri, didik hati.

GAP RM 508/g
SAP RM 576/100g
10 LANGKAH KEWANGAN YANG AWAK PERLU AMBIL

1. Berikut adalah langkah-langkah kewangan yang awak perlu ambil dalam hidup awak. Seperti yang boleh dilihat, ada sekurang-kurangnya 10 langkah yang awak perlu ambil if you want to do it right, dan seterusnya hidup aman, tenang dan selesa.

2. Dan sepertimana awak boleh lihat juga, jumlah wang yang awak perlu jana, simpan dan labur adalah SUBSTANTIAL – mungkin melebihi RM500,000 untuk kebanyakan kita!

3. Jadi jawapannya awak perlu mendapatkan ilmu kewangan dan pelaburan secepat mungkin, dan melabur seawal dan secepat mungkin.

4. Berapa banyak langkah ini yang awak telah ambil?
Harga Emas Public Gold GAP
RM509 = 1gram
RM255 = 0.5gram
RM100 = 0.1965gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 15-06-2025
#1Hari1Ilmu

Kumpul emas jangan sekali, mesti berkali kali.

Beli emas jangan sekali, perlu berkali kali.

Nanti orang dah banyak emas (Sampai ke Puncak), Kita masih sikit ja emas (Paras bawah)


Hurmmmmm rugi 🥳

Ikhlas
Fairuz Aziz
Master Dealer Public Gold
“3 tahun lepas pada 15 Jun 2022, 10 Dinar ni saya beli harganya cuma RM11,823. Hari ni, dah RM21,100. Kenaikan harga 10 dinar sekitar 80%! Dalam diam, emas simpan kuasa beli… tapi duit? Susut perlahan-lahan.

Kalau betul kita nak tunaikan haji satu hari nanti, kenapa masih simpan cara lama? Kalau kita masih simpan duit kertas RM11,000 3 tahun lepas, belum tentu cukup hari ini. Tapi kalau simpan emas? Cukup untuk pergi haji.

Jangan tunggu harga makin mahal. Ada bajet RM100 pun boleh. Sebab kalau bukan hari ni… bila lagi?” 🕋

Nak lock secara EPP10 pon sesuai sgt 🥰

kredit hilyati
Analisis harga emas 14/6/2025.

Gais,

Harga emas hujung minggu ditutup tinggi pada harga 3433.47 USD.

Apa sebabnya? Jom saya buat analisis.

Pada 14 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan serangan balas besar-besaran oleh Iran terhadap Israel, apabila ratusan peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan secara serentak.

Serangan ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan pra-emptif terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran.

Ini bukan lagi konflik proksi seperti sebelum-sebelum ini.

Ia kini telah menjadi konflik terbuka antara dua negara besar di Timur Tengah, dan ia mengundang kebimbangan global akan tercetusnya perang serantau yang lebih luas.

Antara aset yang paling ketara menerima kesan adalah emas, yang merupakan tempat perlindungan selamat (safe haven) semasa ketidaktentuan geopolitik.

Harga emas melonjak hampir 1.7%, mencecah sekitar USD 3,428 - 3,452/oz, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa.

Ramalan harga emas:

Sasaran jangka pendek:
USD 3,440 – 3,466/oz

Ramalan harga akhir tahun:
USD 3,700

Ramalan harga separuh pertama 2026; ia berupaya mencecah USD 4,000 jika ketegangan terus meningkat.

Apa maknanya untuk kita sebagai pelabur?

Jika anda seorang penyimpan atau pelabur emas, ini adalah waktu yang sangat strategik untuk:

tingkatkan % simpanan anda dalam emas.
Tambah gram dalam portfolio sedia ada.
Bersedia untuk potensi kenaikan harga mendadak sekiranya konflik terus merebak

Dalam dunia yang semakin tidak menentu sekarang, emas bukan sekadar pelaburan – ia adalah perlindungan, kestabilan, dan ketenangan fikiran.

Sekian analisis saya.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Bismillah.

Haritu saya ada membaca satu artikel menarik bertajuk : “8 Powerful Soft Skills for Being Successful”

Hari ini, bukan sekadar ilmu & pengalaman yang penting. Tapi jiwa yang tahu berurusan dengan manusia.

Lagi-lagi dalam dunia AI & automasi.

Soft skill inilah yang akan membezakan antara sekadar 'pekerja' dengan seorang 'pemimpin' yang dihormati dan disayangi.

Berikut adalah 8 soft skills yang dikongsikan:

1️⃣ Komunikasi
Menyampaikan mesej dengan jelas, empati & hormat. Bina kepercayaan, kurangkan salah faham.

2️⃣ Kecerdasan Emosi (EQ)
Kenal & urus emosi sendiri, fahami orang lain. Tingkatkan kepimpinan & hubungan harmoni.

3️⃣ Kebolehsuaian (Adaptability)
Fleksibel dengan perubahan tanpa hilang prinsip. Jadi lebih tahan lasak.

4️⃣ Kerja Berpasukan (Teamwork)
Saling menyokong & menyumbang. Kerja lebih padu & penuh semangat.

5️⃣ Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
Fokus cari jalan keluar, bukan salah siapa. Dicari ketika krisis.

6️⃣ Pengurusan Masa
Urus masa dengan bijak, fokus pada keutamaan. Hidup lebih seimbang & produktif.

7️⃣ Pengurusan Konflik
Selesaikan perbezaan secara matang & empati. Elak tempat kerja jadi toksik.

8️⃣ Motivasi Diri (Self-Motivation)
Terus maju walau tanpa pujian. Jadi individu proaktif & konsisten.

Subhanallah, selepas itu saya terjumpa lagi satu lagi yang bertajuk '12 Kemahiran Penting Yang Boleh Bantu Hidup Kita Lebih Baik'

Tambahan lagi 4 soft skills penting.

9️⃣ Keproaktifan (Proactivity)
Ambil tindakan tanpa perlu disuruh. Lebih bertanggungjawab & berdikari.

🔟 Ketahanan Diri (Resilience)
Bangkit selepas kegagalan. Mental & emosi lebih kuat.

1️⃣1️⃣ Kolaborasi
Saling melengkapi, bukan bersaing. Bina pasukan yang harmoni & kukuh.

1️⃣2️⃣ Pemikiran Kritis
Fikir sebelum terima. Buat keputusan dengan bijak & logik.

Soft skill ini terbina dari pengalaman, kesilapan & keinginan untuk jadi lebih baik.

“Soft skills are the hard skills of the future.”

🌿 Ya Allah, kurniakan kami hikmah dalam berkata-kata, tenang dalam tekanan, dan lembut dalam urusan dengan manusia.

👉🏻 Jemput baca lebih lanjut di sini

#DrAzuraHashim #LeadYourselfFirst #TenangTenangSaja
#HRDCorpTrainingProvider #EmotionalIntelligence #HealingJourney
PESAN NENEK UNTUK ANAK CUCU 👨‍👦‍👦👩‍👦‍👦

Paksa diri beli EMAS, beli emas bukan habis duit pun. Suatu masa nanti, emas itu akan membantu mu...

Di saat ketika Allah menguji kewangan mu...

Jual lah emas emas tu, gadaikan emas emas mu, ada ilmu rolling lah emas mu.. emas tetap kekal jadi milik mu..

Jangan sesekali memudahkan berhutang.

Dulu nenek beli emas RM500, sekarang ambilah RM2000 hasil jualan rantai nenek itu 📈
#TabungEmas

JANGAN BERMULA DENGAN EMAS 0.1 GRAM?

Simpan emas bukan sekadar ada emas tetapi salah nilainya.

Membeli emas kecil seperti 0.1 gram ada kelebihan dari segi mampu milik, tapi ia juga ada beberapa kelemahan yang penting untuk kita fahami:

1. Harga per gram sangat mahal

Emas 0.1 gram biasanya dijual pada harga jauh lebih tinggi per gram berbanding emas yang lebih besar (1 gram ke atas).

Contoh: Jika 1 gram emas berharga RM480 di Public Gold, 0.1 gram boleh dijual RM122–RM165. Di kedai kedai emas hari ini

Jadi, harga per gram boleh jadi RM1220–RM1,650, iaitu 2-3 kali ganda lebih mahal.

2. Susah untuk dijual semula

Tidak semua pembeli emas, ahrahnu atau kedai emas akan beli balik emas sekecil ini. Ia hanya senipis kertas sahaja.

Spread (perbezaan antara harga beli dan jual) sangat tinggi, jadi rugi banyak kalau jual balik.

3. Risiko hilang atau tercicir

Saiz sangat kecil, mudah tercicir atau hilang tanpa sedar. Semakin kecil, semakin mudah hilang dari pandangan mata hati kita kawan.

4. Tidak praktikal untuk simpanan jangka panjang

Emas adalah simpanan jangka panjang. Kalau niat untuk simpanan kekayaan atau lindung nilai (hedging), lebih baik beli saiz 1g, 5g, 10g, 50g atau 1 dinar, 5 dinar , 10 dinar lebih besar.

Emas 0.1g lebih sesuai untuk pendidikan, hadiah, duit raya, atau promosi pemasaran, bukan pelaburan sebenar.

Kawan kawan,

Kalau bajet kecil dan nak mula belajar, emas 1gram boleh jadi titik mula simpanan emas.

Emas adalah penyimpan nilai yang baik, bukan sekadar ada emas sahaja.

Tapi untuk pelaburan jangka panjang, lebih baik kumpul duit dan beli minimum 1-10 gram ke atas untuk nilai yang lebih berbaloi.

Simpan Emas Jangan Sampai Lemas

Azizul Azli Ahmad
Penyimpan Emas Juga