Forwarded from PG1M AKTIVITI
Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Jumaat ini, jam 9.00 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh/masa: Jumaat 24/1/25 jam 9.00 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Januari 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti gais!

Posting asal https://www.facebook.com/share/15p1Nt6HXu/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Alhamdulillah, Public Gold telah mencapai satu milestone yang terbaru iaitu mencapai 1.6 juta pelanggan.

Rasa macam sekejap aja masa berlalu. Haritu 1.5 juta pelanggan,
Tetiba dah bertambah kepada 1.6 juta.

Saya ingat lagi soalan daripada beberapa dealer Public Gold suatu masa dahulu.

Soalan “Kenapa Public Gold tak menggunakan selebriti untuk mempromosikan Public Gold?”

“Sebab ada syarikat emas lain seperti xyz yang menggunakan selebriti xxx untuk promote bisnes mereka”

Sambil tersenyum saya tanya dealer tu balik.

“Tahu tak Public Gold dapat up to 40 ribu orang customer baru setiap bulan?”

“Ya saya tahu” jawab dealer tersebut.

Lepas tu saya cakap “Strategi Public Gold adalah menawarkan produk emas perak yang bagus, sistem jual beli yang bagus, harga yang berpatutan”

Dengan strategi tersebut, pelanggan sendiri akan memilih untuk bersama Public Gold tanpa perlu khidmat mana-mana selebriti.

Dealer Public Gold mendidik orang ramai mengenai simpanan emas yang betul, tepat dan selamat.

“Itu lebih penting daripada kuasa popular seorang selebriti”

“Orang ramai nak belajar ilmu beruntung emas, bukannya nak tengok selebriti” balas saya lagi.

“Oooo… sekarang saya sudah faham” balas dealer yang bertanya kepada saya soalan berkenaan.

Gais.

Selama 17 tahun saya bersama Public Gold, tidak pernah sekali pun saya recommend kepada Dato’ Wira Louis Ng untuk menggunakan selebriti bagi mengembangkan perniagaan.

Bagi saya, cukuplah dealer-dealer rakyat marhein yang mempunyai banyak ilmu emas menjadi selebriti kecil di Public Gold.

Itu lagi bagus gais.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini adalah gambar / video 10 Dinar Emas yang telah dibuka sarungnya.

Sebab apa buka? Sebab owner nak gadai di Arrahnu Agrobank.

Agrobank bagi pinjaman 80% dari nilai emas (nilai marhun). Dia nak pakai duit tunai segera.

Jadi gadaian di arrahnu adalah cara terpantas dapat duit.

Gais, saya nak bagitau.

Emas Public Gold dijamin akan dibeli balik pada harga PGBuy walaupun calar, goris, bengkok atau dibuka sarungnya.

Ini jaminan daripada founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng dari hari pertama Public Gold ditubuhkan tahun 2008.

Jaminan ini diberikan untuk memberikan ketenangan fikiran kepada semua customer Public Gold 😁👍💪💪

Jadi, anda yang beli gold bar/dinar emas Public Gold, silalah kopek sarungnya jika anda perlu buat gadaian.

Ps.. nak bagitau tips.

Kalau anda dah kopek sarung emas tu, sila cari plastik saiz kad kredit kat kedai buku.

Simpan sarung emas yang dikopek tersebut dalam plastik tu. Lepas tu selotape.

Simple.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
12/3/2025
Gais.

Malam nie harga emas naik lagi.

Sebabnya?

Bahang daripada ancaman perang perdagangan antara US, Euro, Kanada dan Perancis.

Kanada dan EU membalas tarif US terhadap aluminium dan besi.

Lepas tu Trump mengancam mengenakan tariff 200% ke atas semua alkohol yang diimport daripada EU.

Ini kerana EU mahu mengenakan tariff terhadap Whiskey daripada US.

Kesimpulan, kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan niaganya menyebabkan pelabur lari kepada emas.

Simpan emas dengan senyuman 😃 gais.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
13/3/2025
https://www.facebook.com/share/1BmJBJDKku/

Gais.

Customer saya beli 50g ini tahun 2022.
Harganya RM13,700

Hari ini 26/3/2025, dia urgent nak pakai duit.

Dia jual harga RM21,428.00

Berapa untung bersih? RM7728.

Alhamdulillah….. member boleh beraya sakan 🤭

Itulah cara untung dengan emas gais.

Bila harga naik, jual aja untuk dapat tunai.

Straightforward.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
26/3/2025
Gais,

Presiden US, Donald Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengenakan tariff sebanyak 25% terhadap semua kereta yang diimport.

Ini adalah perkembangan perang perdagangan yang terbaru.

Saham-saham syarikat pembuat kereta di luar US jatuh sejurus selepas pengumuman tersebut.

Bank of America membuat jangkaan bahawa harga emas bakal mencecah USD3500 / Oz dalam masa 2 tahun lagi.

Tapi saya rasa, tak sampai 2 tahun kot.

Kesimpulan, sekarang emas berada dalam trend kenaikan. Ini adalah gara-gara kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan dagangannya.

Selain itu, permintaan daripada bank pusat, China dan industri insurans China dijangka menyumbang kepada permintaan emas.

Kepada penyimpan emas, kita fokus dan istiqamah sahaja.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
27/3/2025
Gais.

Harga Emas Cecah Rekod Tertinggi, Kemudian Menjunam – Apa Sebenarnya Berlaku?

Baru-baru ini, harga emas melonjak ke paras $3,168 per auns troy — tertinggi dalam sejarah!

Namun selepas itu harga emas menjunam lebih $100 dalam sesi dagangan yang sama.

Apa yang berlaku?

Jawapan: Pengumuman Presiden Trump mengenai tarif baharu pada 2/4/2025 menyebabkan pelabur-pelabur panik dan jual emas untuk menampung kerugian dalam aset lain, biasanya kerugian dalam pasaran saham.

Gais.

Ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam pasaran. Ia selalu berlaku.

Menurut Commerzbank, harga emas biasanya akan pulih semula selepas kejatuhan mengejut sebegini.

Tambahan pula, pasaran menjangka 2 perkara akan berlaku (1) Fed akan turunkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas tahun ini, (2) tarif oleh Trump dijangka menaikkan inflasi di US.

Namun, ada berita yang menarik iaitu — emas dikecualikan daripada tarif! Tapi ini juga mungkin memperlahankan aliran emas fizikal ke AS.

Apa maksudnya untuk anda sebagai penyimpan emas fizikal?

Bagi saya, Ini mungkin peluang terbaik untuk pelabur emas fizikal membeli ketika harga jatuh banyak — tapi pastikan anda tahu strategi anda.

Antara strategi yang boleh digunapakai adalah beli emas secara konsisten dan borong jika harga jatuh banyak (jika anda ada lebihan duit)

Pada pendapat saya, harga emas sekarang sangat menarik.

Gais.

Sila follow FB saya untuk info terkini tentang pelaburan emas dan ekonomi global.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PelaburanEmas #HargaEmas #EkonomiGlobal #GoldUpdate #Emas2025
Gais.

Malam nie (5/5/2025) harga emas naik mendadak.

Apa sebabnya?

Jawapan: Ia berkaitan tentang pengumuman Presiden Donald Trump mengenai tarif sebanyak 100% ke atas filem yang dihasilkan di luar negara.

Langkah dasar yang tidak dijangka ini telah meningkatkan ketakutan terhadap perang perdagangan global, menyebabkan penurunan ketara dalam indeks utama seperti Dow Jones Industrial Average, S&P 500, dan Nasdaq.

Harga emas melonjak naik, dengan harga emas semasa melebihi $3,300 per auns — satu peningkatan ketara selepas kejatuhan minggu sebelumnya.

Kenaikan ini bukan sahaja disebabkan oleh ketidaktentuan perdagangan, tetapi juga faktor geopolitik dan penyusutan nilai dolar AS.

Mesyuarat polisi Rizab Persekutuan (Fed) yang akan datang turut menjadi tumpuan.

Walaupun tiada perubahan kadar faedah dijangka dalam masa terdekat, ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan terhadap inflasi telah meningkatkan tarikan emas.

Penganalisis menjangka Fed mungkin menangguhkan sebarang pemotongan kadar sehingga terdapat bukti yang lebih jelas mengenai kelembapan ekonomi, sekali gus menyokong kedudukan emas sebagai lindung nilai terhadap kejatuhan pasaran.

Kesimpulannya, gabungan ketegangan perdagangan yang diperbaharui, ketidaktentuan pasaran, dan risiko geopolitik mendorong pelabur beralih kepada emas — sekali lagi menegaskan peranannya sebagai aset perlindungan tradisional ketika ketidakstabilan ekonomi.

Gais.

Harga emas sukar diramalkan.

Ia boleh turun atau naik dengan cepat dan banyak bergantung kepada news yang keluar.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
TAJUK: Public Gold Menjalin Kerjasama Strategik dengan Emirates Gold untuk Mengubah Landskap Perdagangan dan Inovasi Emas Serantau

Public Gold Marketing Sdn. Bhd., syarikat pelaburan emas terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan dua kerjasama strategik dengan Emirates Gold DMCC yang berpangkalan di Dubai. Usaha sama ini bertujuan untuk memperkukuh perdagangan emas serantau dan memacu inovasi dalam industri logam berharga. 

Kerjasama ini dijangka akan:

Meningkatkan integrasi rantaian bekalan emas antara Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Memperkenalkan produk dan perkhidmatan emas baharu yang inovatif untuk pelabur runcit dan institusi.

Memanfaatkan kepakaran Emirates Gold dalam penapisan dan pembuatan emas untuk meningkatkan standard industri.

Pengarah Urusan Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng, menyatakan bahawa kerjasama ini akan membuka peluang baharu dalam perdagangan emas serantau dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab emas utama di Asia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Gold, Ahmed Bin Sulayem, menekankan bahawa kerjasama ini akan membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak dan menyumbang kepada pertumbuhan industri emas global.

Kerjasama ini juga sejajar dengan inisiatif kerajaan Malaysia untuk mempromosikan inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Islam dan pelaburan emas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel penuh di BusinessToday: 

https://www.businesstoday.com.my/2025/05/06/public-gold-forges-partnership-with-emirates-gold-to-transform-regional-gold-trade-and-innovation/

#NotaEmasSyukorHashim
Analisis harga emas 19/5/2025.

Gais.

Harga emas dibuka dengan lonjakan naik pagi ini.

Walaupun ada penganalisis yang mengatakan harga emas akan jatuh minggu ini namun agak tersasar ramalan tersebut.

Kenapa harga emas naik? Ini analisis daripada saya.

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s, telah menurunkan penarafan kredit rating Amerika Syarikat daripada Aaa kepada Aa1.

Langkah ini didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan beban hutang melebihi AS$36 trilion, serta tekanan pembayaran faedah yang semakin meningkat.

Penurunan penarafan ini telah mencetuskan reaksi dalam pasaran kewangan global, khususnya terhadap harga emas.

Jam 8.26 pagi waktu Malaysia, harga emas naik 📈 62.08 USD/ Oz menjadi 3247.94 USD/Oz.

Kenapa?

Bila credit rating US jatuh, ia menyebabkan nilai USD jatuh dan harga emas naik.

Apabila kepercayaan terhadap sekuriti kerajaan seperti Bon Perbendaharaan AS mula goyah, para pelabur cenderung beralih kepada emas sebagai simpanan nilai yang lebih stabil.

Kenaikan hasil bon (bond yields) yang kini mencecah 4.5% turut menandakan peningkatan risiko serta kos pinjaman yang lebih tinggi bagi kerajaan AS, sekali gus meningkatkan daya tarikan emas.

Untuk pengetahuan anda, buat masa nie saya dapati harga emas sukar dijangka.

Ia boleh turun naik dengan banyak dan cepat bergantung kepada news yang keluar.

Kadang-kadang ada news yang tidak dijangka seperti ini keluar dan ia boleh menggerakkan harga emas.

Kita ingat emas boleh turun, tetapi tiba-tiba dia naik.

Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas; kalau emas turun banyak, ia adalah peluang kita membeli aset mahal pada harga yang lebih murah.

Ingat 2 strategi simpan emas.

1. Tambah gram emas anda.
2. Fikir long term

Sila share jika bermanfaat.

19/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim
#Emas
#publicgold
Daripada mahaguru emas kita Tn Syukor Hashim 🥰

Gais.

InsyaAllah hari Isnin, 26/5/2025 saya akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tujuan untuk promosi buku Consumerchat: Kisah-kisah kejayaan dan sesi autograf buku.

Masa: 2 petang ke 3 petang.
Lokasi: tengok dalam poster.

Jemput datang gais.

#NotaEmasSyukorHashim
Analisis harga emas 2/6/2025 (Isnin).

Gais.

Harga emas melonjak naik dalam dagangan Asia pada hari Isnin.

Emas meningkat pada hari Isnin apabila ketegangan perdagangan antara AS dan China meningkat, dan ancaman Trump terhadap tarif komoditi yang lebih tinggi mendorong pelabur menjauhi aset berisiko.

China pada hari Isnin menolak tuduhan Trump bahawa ia telah melanggar perjanjian perdagangan yang baru ditandatangani, dan memberi amaran bahawa ia akan bertindak untuk melindungi kepentingan nasionalnya. 

Harga emas secara umum juga mendapat sokongan daripada kelemahan dolar, selepas Gabenor Rizab Persekutuan Christopher Waller menyatakan sokongannya terhadap penurunan kadar faedah pada akhir tahun ini. 

Kelemahan dolar menjadikan emas lebih murah bagi pembeli asing, yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap logam berharga tersebut.

Secara keseluruhan, ketegangan perdagangan yang berterusan antara dua ekonomi terbesar dunia dan ketidakpastian mengenai dasar tarif AS telah meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat, mendorong kenaikan harga dalam dagangan Asia.

Semoga pelabur emas tersenyum 😁

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Ada story saya nak share, semoga memberi inspirasi kepada anda.

Seorang customer susurgalur saya, En K telah membuat keputusan untuk menyimpan emas Public Gold secara konsisten.

Apa yang beliau buat?

Beliau terus set GAP autodebit sebanyak RM1000 sebulan selama 5 tahun terus! 💪😆

Beliau start autodebit 29/4/2025 sehingga 29/3/2030 (tengok gambar)

Dengan kata lain, setiap bulan akaun bank beliau akan ditolak dan gram emas akan masuk ke dalam akaun GAP beliau.

Jadi setiap bulan selama 5 tahun, gram emas beliau akan bertambah secara automatik, tak kira samada harga emas naik atau turun.

Orang yang set autodebit macam nie, dia adalah penyimpan emas tegar.
Sebab dia m tak peduli harga emas, dia hanya nak tukar duit jadi gram emas.

Ikut pengalaman saya, orang yang konsisten dan fikir jangka panjang, dia akan beruntung dengan emas, InShaAllah.

Selain itu, Public Gold juga buat cabutan bertuah menang gold bar 10g dan banyak lagi hadiah, untuk anda yang buat autodebit (minima RM200 selama 12 bulan)

Jadi, selain gram emas bertambah, anda berpeluang dapat cabutan bertuah!

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M
Gais,

Semalam (6/6/2025) telah keluar satu laporan ekonomi yang penting iaitu Non Farm Payroll (Laporan pekerjaan US)

Laporan ini menyebabkan harga emas menurun 43.31 USD/Oz dan ditutup rendah pada hari Sabtu iaitu pada harga 3311.70 USD /Oz.

Apa intipati laporan pekerjaan tersebut?

Pertama sekali, jumlah pekerjaan pada bulan Mei meningkat sebanyak 139,000, melebihi jangkaan (~125–130 ribu).

Ini adalah berita positif kepada pasaran kerja US. Sebab itu gold jatuh.

Kadar pengangguran kekal stabil pada 4.2%.

Peningkatan sederhana ini mengekalkan jangkaan bahawa Fed mungkin tidak tergesa-gesa menurunkan kadar faedah, dan berkemungkinan menangguhkannya ke hujung tahun.

Namun, tanda-tanda kelemahan pasaran buruh (seperti peningkatan pemberhentian kerja dan tuntutan pengangguran) menunjukkan tekanan inflasi mungkin reda, mendorong Fed mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Sebelum laporan ini, harga emas telah meningkat kerana data ekonomi AS yang lemah. Harga kekal melebihi $3,350/oz, walaupun momentum terhad disebabkan pengukuhan dolar AS.

Selepas angka pekerjaan yang lebih kukuh dari jangkaan (+139,000), harga emas menurun — tetapi data ekonomi keseluruhan yang bercampur-campur masih menyokong permintaan emas sebagai aset selamat.

Kesimpulan.

Laporan NFP menyebabkan harga emas Public Gold turun, jadi kalau anda nak beli emas fizikal, maka harga hujung minggu nie memang cantik.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Forwarded from PG1M COPYWRITING
Gais.

Analisis harga emas 12/6/2025.

Hari nie harga emas naik banyak, sekitar USD65.60 /Oz kepada 3390USD /Oz.

Apakah faktor-faktor yang menggerakkan harga emas hari ini?

Jom saya analisis untuk anda.

Pertama sekali adalah ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah (Iran dan Israel).

Ia ditambah dengan pengunduran tentera AS dari Iraq.

Bila geopolitik bergolak, pelabur terus cari perlindungan dalam emas.

Kedua, adalah isu perang perdagangan. Trump akan mengumumkan tarif baharu.

Ketidaktentuan dasar perdagangan ini membuatkan pasaran resah, dan emas akan naik.

Faktor lain adalah jangkaan kadar faedah turun – Laporan CPI baru-baru ini keluar dan inflasi dilihat semakin reda di US.

Ramai menjangka Federal Reserve akan turunkan kadar faedah menjelang hujung tahun.

Ini menyebabkan dolar jatuh, dan emas makin menarik perhatian pelabur.

Gais.

Emas sedang naik disebabkan “perfect storm” — ketegangan geopolitik, perang perdagangan yang belum selesai serta jangkaan kadar faedah akan menurun.

Jika semuanya berterusan, tak mustahil emas boleh melepasi $3,400/oz dalam masa terdekat.

Kita perlu perhatikan 3 perkara ini:

1. Perkembangan konflik Iran–Israel.

2. Kenyataan dan tindakan terbaru dari Trump.

3. Data inflasi AS & komen dari Federal Reserve.

Saya menjangkakan emas berupaya naik untuk jangka masa pendek.

Sekian analisis harga emas hari ini.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Forwarded from PG1M COPYWRITING
Gais,

Analisis harga emas 13/5/2025.

Harga emas naik sangat mendadak pagi ini (sehingga 102.37 usd /Oz).

Apa sebabnya? Jawapannya, ia kesan daripada serangan Israel ke atas Iran.

Harga emas melonjak selepas laporan serangan Israel ke atas Iran hari ini, sekali gus mencetuskan gelombang ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah.

Dalam masa singkat, harga emas meningkat hampir 1.5%, melepasi paras $3,400/oz, menghampiri rekod tertinggi dalam sejarah.

Mengapa Emas Naik?

Pelabur cari aset selamat (safe haven) – Bila konflik berlaku, emas menjadi pilihan utama pelabur sebagai pelindung nilai.

Emas dijangka kekal tinggi antara $3,400–$3,450, selagi ketegangan belum reda.

bagaimana jangkaan harga emas untuk jangka masa sederhana dan panjang?

Jika konflik berlarutan dan bank pusat terus beli emas (seperti China), harga berpotensi naik ke $3,500 ke atas.

Saham jatuh, minyak naik, emas jadi tumpuan.

Ini masanya kita semua mencari perlindungan kewangan seperti emas fizikal.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PasaranEmas #IsraelIran #KonflikTimurTengah
Analisis harga emas 14/6/2025.

Gais,

Harga emas hujung minggu ditutup tinggi pada harga 3433.47 USD.

Apa sebabnya? Jom saya buat analisis.

Pada 14 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan serangan balas besar-besaran oleh Iran terhadap Israel, apabila ratusan peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan secara serentak.

Serangan ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan pra-emptif terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran.

Ini bukan lagi konflik proksi seperti sebelum-sebelum ini.

Ia kini telah menjadi konflik terbuka antara dua negara besar di Timur Tengah, dan ia mengundang kebimbangan global akan tercetusnya perang serantau yang lebih luas.

Antara aset yang paling ketara menerima kesan adalah emas, yang merupakan tempat perlindungan selamat (safe haven) semasa ketidaktentuan geopolitik.

Harga emas melonjak hampir 1.7%, mencecah sekitar USD 3,428 - 3,452/oz, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa.

Ramalan harga emas:

Sasaran jangka pendek:
USD 3,440 – 3,466/oz

Ramalan harga akhir tahun:
USD 3,700

Ramalan harga separuh pertama 2026; ia berupaya mencecah USD 4,000 jika ketegangan terus meningkat.

Apa maknanya untuk kita sebagai pelabur?

Jika anda seorang penyimpan atau pelabur emas, ini adalah waktu yang sangat strategik untuk:

tingkatkan % simpanan anda dalam emas.
Tambah gram dalam portfolio sedia ada.
Bersedia untuk potensi kenaikan harga mendadak sekiranya konflik terus merebak

Dalam dunia yang semakin tidak menentu sekarang, emas bukan sekadar pelaburan – ia adalah perlindungan, kestabilan, dan ketenangan fikiran.

Sekian analisis saya.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Analisis harga emas 24/6/2025.

Gais,

Kenapa harga emas jatuh semalam dan hari ini?

Ramai di kalangan kita yang terkejut tengok harga emas jatuh mendadak sejak semalam dan hari ini.

Tak kurang juga yang tertanya-tanya:

💬 “Eh, bukan ke dunia macam nak perang dunia? Bukankah harga emas sepatutnya terus naik?”

Jawapannya: tidak semudah itu.

Saya nak kongsi sedikit analisis untuk kita semua faham logik di sebalik apa yang berlaku.

Sebelum ini, media arus perdana heboh melaporkan dunia kononnya di ambang Perang Dunia Ketiga.

👉 Israel serang loji nuklear Iran.
👉 Iran balas serang Tel Aviv.
👉 Dunia mula panik.
👉 US serang 3 loji nuklear Iran.
👉 Iran serang pengkalan tentera US di Qatar.

Akibatnya, harga emas melambung naik kerana permintaan melonjak.

Tapi… adakah perang dunia betul-betul nak bermula?

Jawapannya: tidak.

Kalau kaji dengan mendalam, tindakan-tindakan Iran, Israel dan US sebenarnya penuh dengan pengiraan strategi.

Iran tak mahu perang penuh dengan Israel + Amerika.

Israel tahu dia tak boleh lawan Iran tanpa sokongan Amerika.

Amerika pula tak berminat nak seret diri masuk perang besar kat Timur Tengah, sebab fokus utama mereka sekarang ialah China.

China dan Rusia? Diam je. Tak ada tanda nak tolong Iran kalau perang meletus.

Faktor sebenar; semua pihak nak keamanan.

Tak nak konflik merebak menjadi besar dan menjejaskan seluruh rantau Timur Tengah.

Apa yang berlaku selepas itu?

Israel lancar serangan, Iran balas sebagai simbolik (restore deterrence).

Amerika tawar damai selepas tunjuk kekuatan.

Kedua-dua pihak berhati-hati supaya tak terseret ke perang penuh.

Dunia mula nampak risiko perang besar sudah menurun.

Inilah yang disebut sebagai de-escalation – ketegangan mula reda.

Dan bila risiko reda, pelabur mula jual semula emas.

Kenapa? Sebab mereka tak lagi perlukan emas sebagai fungsi pelindung nilai.

Apa yang kita boleh belajar daripada krisis Iran, Israel dan US?

1️⃣ Jangan cepat percaya bila media kata “dunia nak perang dunia”. Dunia tak semudah itu nak terbakar.

2️⃣ Pasaran emas sangat sensitif dengan sentimen, bukan hanya fakta. Berita kecil boleh buat harga naik turun mendadak.

3️⃣ Pelaburan emas memerlukan kita faham geopolitik, ekonomi global dan psikologi pasaran.

Jadi bila harga emas naik atau turun, cuba kita baca cerita di sebalik angka, bukan hanya tengok carta harga emas semata-mata.

💬 Kalau rasa posting ni bermanfaat, kongsikan untuk kawan-kawan lain.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Harinie saya dapat whatsapp dari seorang kakak nie.

Dia tanya saya pasal emas 0.01 gram.

Ada harga ke? Dan kalau nak jual kat mana?

Well, tips untung kalau beli emas, anda kena jawab soalan-soalan berikut?

1. Kenapa aku nak beli emas tersebut?
2. Macammana aku nak untung dengan emas tersebut?

Kalau kedua-dua soalan nie anda boleh jawab dan anda berpuas hati dengan jawapan anda, maka beli ajer.

Sebab anda beli dengan kefahaman.

Kalau kedua-dua soalan diatas tu anda tak boleh jawab, manakala penjual emas kat live tt tu pun tak bagi jawapan.

Maka tak payah lah beli.

Sebab anda berisiko rugi duit dan rugi emosi.

Sekian.

#NotaEmasSyukorHashim
Happy birthday ke 100 untuk Tun M!

Untuk pengetahuan anda, Public Gold penah mengeluarkan gold bar 0.5 gram edisi Tun Dr. Mahathir bagi meraikan Tun M menjadi perdana menteri ke 4 dan ke 7.

Pada pendapat saya, Ia salah satu koleksi paling unik dan bernilai

Mengapa ia istimewa?

Gold bar ini dihasilkan sempena peristiwa bersejarah Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua.

Ini menjadikan Tun M satu-satunya pemimpin negara yang pernah menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4 (1981–2003) dan Perdana Menteri ke-7 (2018–2020).

Fakta menarik:

Tun Dr. Mahathir memimpin Malaysia dalam dua era yang berbeza, mencipta rekod unik dalam sejarah politik moden dunia.

Pelantikan kali kedua beliau menjadi simbol semangat perjuangan, keberanian membuat perubahan, dan daya tahan luar biasa.

Public Gold mengambil inisiatif menghasilkan gold bar eksklusif bagi memperingati pencapaian ini.

Ciri-Ciri Gold Bar Tun Dr. Mahathir 0.5 Gram

🔹 Ketulenan: 999.9 (24 Karat) – tahap ketulenan tertinggi emas pelaburan.

🔹 Berat: 0.5 gram – bersaiz kecil, sesuai dijadikan cenderamata premium atau koleksi peribadi.

🔹 Rekaan Eksklusif: Bahagian hadapan terukir potret Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan nama dan gelaran beliau.

🔹 Sijil Ketulenan: Setiap keping disertakan dengan sijil pengesahan asli daripada Public Gold.

Siapa patut memiliki gold bar ini?

Pengumpul emas dan memorabilia bersejarah.

Penyokong atau pengagum Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Individu yang mahu menghadiahkan sesuatu yang luar biasa kepada generasi seterusnya.

Pelabur yang ingin menambah item rare dalam portfolio aset fizikal.

Gais.

Gold bar Tun Dr. Mahathir 0.5 gram bukan hanya sekeping emas – ia adalah kenangan bersejarah, simbol seorang negarawan ulung.

Ps: Item nie dah lama sold out.

Ini hanyalah posting throwback 🥳

#NotaEmasSyukorHashim