Yang menentukan pandangan hidup adalah kita sendiri. Untuk menerima sesuatu dengan cara positif atau sebaliknya.

Semoga yang membaca ini dikurniakan kegembiraan & kebahagiaan, In Shaa Allah

Wallahua'alam
Lahaulawalaquwwataillabillah

#DrAzuraHashim
Saya teringat satu kisah dalam buku The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R. Covey.

Dalam Habit 1: Be Proactive, beliau berkongsi satu pengalaman peribadi yang mengubah cara melihat banyak perkara.
Terutama dalam soal bagaimana kita memberi respon dalam hidup dan kerja.
Kisahnya begini.

Satu hari, Covey menaiki sebuah tren di New York. Di dalam gerabak, masuk seorang lelaki bersama anak-anak kecil yang bising dan tidak terkawal. Penumpang lain mula resah.

Covey sendiri, seperti kebanyakan kita, mula rasa terganggu.

Namun apabila lelaki itu berkata perlahan,
"Saya tak tahu nak buat apa… Ibu mereka baru saja meninggal dunia sejam yang lalu..."

Covey terdiam. Segala rasa marahnya berubah menjadi simpati.

Beliau menyebut bahawa ketika itu, beliau mengalami “paradigm shift”. Iaitu perubahan besar dalam cara melihat sesuatu.

Bukan orang itu yang berubah, tapi persepsinya terhadap situasi itu yang berubah.

Siapa setuju bahawa dalam kehidupan kita seharian, cara kita berfikir sering diuji dengan perkara yang tak nampak di permukaan?

Bagaimana kita memimpin pemikiran dan reaksi kita setiap hari. Itulah sebenarnya cerminan self-leadership yang sebenar.

Berdasarkan buku ini, dan juga pengalaman dalam sesi-sesi coaching bersama klien, berikut lima perkara yang saya perhatikan sering muncul.

Dan sangat relevan dalam kehidupan seharian. Samda di rumah, di tempat kerja, dan dalam hubungan sesama manusia.

1️⃣ Matang itu seperti payung ketika hujan
Ia tidak hentikan ribut, tetapi bantu kita berjalan tanpa basah kuyup.
Matang bukan bermaksud menahan semua rasa, tapi tahu bila dan bagaimana untuk bertindak.

2️⃣ Profesional itu seperti jalan bertar yang kemas.
Walau dilalui ribuan kali, ia tetap tenang menyokong beban.
Begitu juga kita, tak perlu bising untuk menunjukkan nilai diri.

3️⃣ Tak semua ombak perlu dilawan.
Kadang, kekuatan sebenar ialah memilih untuk tidak membalas.
Kerana bukan semua reaksi perlu diberi maklum balas.

4️⃣ Diri kita adalah kemudi.
Kita tak boleh kawal angin, tapi kita boleh kawal arah layar.
Dan yang paling penting ialah keupayaan memimpin diri sendiri sebelum orang lain.

5️⃣ Orang mungkin lupa apa kita capai.
tapi mereka takkan lupa bagaimana kita buat mereka rasa. Macam haruman bunga yang tertinggal pada tangan yang memberi.
.
.
Firman Allah SWT:
“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antara kamu dan dia ada permusuhan seakan-akan telah menjadi teman yang setia.” (Surah Fussilat, Ayat 34)

Kata Maya Angelou,
"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."

Maka dalam kehidupan seharian dan dunia kerja yang kadangkala penat, penuh tekanan, dan tidak selalu adil, ingat satu perkara:

Pilih untuk jadi tenang walau dalam ribut.
Just be adult. Just be professional.

Bukan kerana orang lain layak menerima versi terbaik kita, tetapi kerana kita memilih untuk kekal sebagai versi terbaik itu.

Semoga di Ramadan ini bukan hanya mendidik perut kita daripada lapar dan dahaga, tetapi mendidik jiwa kita untuk lebih matang dalam memilih reaksi,
dan lebih profesional dalam membawa diri.

Ramadan bukan sekadar ibadah fizikal, tapi latihan jiwa agar kita tenang ketika marah, sabar ketika ditekan,
dan lembut ketika diprovokasi.

Ya Allah, kurniakan kami hati yang tenang, lidah yang terjaga, dan fikiran yang jernih ketika kami diuji.

Jadikan kami individu yang matang, tenang, dan membawa manfaat dalam setiap langkah kami.

Aamiin.

Salam Jumaat dan Salam 27 Ramadan

#DrAzuraHashim
Masa yang sempurna takkan datang mengetuk pintu. Kalau kita terus menunggu semuanya ideal kita mungkin takkan pernah bermula.

Mulakan sekarang. Di mana berada dan dengan apa yang ada.

Siapa setuju?

#DrAzuraHashim
Ada hal yang kita tunggu dengan penuh harap, tapi Allah simpan sesuatu yang lebih indah di hadapan.

Ada rezeki yang lambat tiba, rupanya datang pada saat yang paling tepat.

Ada impian yang terasa jauh, tapi sebenarnya sedang dihiasi oleh hikmah dan rahmat.

Bersabarlah, dan terus berdoa.
Kerana pada setiap sabar itu, ada janji Allah.

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" - (Surah Al Ghafir, 60)

Amiin

#DrAzuraHashim
Saat fikiran bercelaru, istighfar dan selawat boleh memberi ketenangan luar biasa.

Allah janji dalam Al-Quran,

"Maka ingatlah Aku, niscaya Aku akan mengingatmu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
(Surah Al-Baqarah 2:152)

Semoga kita semua tergolong di kalangan yang sentiasa mengingati dan menyukuri atas semua kurniaan Allah. Amiin

#DrAzuraHashim
Bismillah.

Haritu saya ada membaca satu artikel menarik bertajuk : “8 Powerful Soft Skills for Being Successful”

Hari ini, bukan sekadar ilmu & pengalaman yang penting. Tapi jiwa yang tahu berurusan dengan manusia.

Lagi-lagi dalam dunia AI & automasi.

Soft skill inilah yang akan membezakan antara sekadar 'pekerja' dengan seorang 'pemimpin' yang dihormati dan disayangi.

Berikut adalah 8 soft skills yang dikongsikan:

1️⃣ Komunikasi
Menyampaikan mesej dengan jelas, empati & hormat. Bina kepercayaan, kurangkan salah faham.

2️⃣ Kecerdasan Emosi (EQ)
Kenal & urus emosi sendiri, fahami orang lain. Tingkatkan kepimpinan & hubungan harmoni.

3️⃣ Kebolehsuaian (Adaptability)
Fleksibel dengan perubahan tanpa hilang prinsip. Jadi lebih tahan lasak.

4️⃣ Kerja Berpasukan (Teamwork)
Saling menyokong & menyumbang. Kerja lebih padu & penuh semangat.

5️⃣ Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
Fokus cari jalan keluar, bukan salah siapa. Dicari ketika krisis.

6️⃣ Pengurusan Masa
Urus masa dengan bijak, fokus pada keutamaan. Hidup lebih seimbang & produktif.

7️⃣ Pengurusan Konflik
Selesaikan perbezaan secara matang & empati. Elak tempat kerja jadi toksik.

8️⃣ Motivasi Diri (Self-Motivation)
Terus maju walau tanpa pujian. Jadi individu proaktif & konsisten.

Subhanallah, selepas itu saya terjumpa lagi satu lagi yang bertajuk '12 Kemahiran Penting Yang Boleh Bantu Hidup Kita Lebih Baik'

Tambahan lagi 4 soft skills penting.

9️⃣ Keproaktifan (Proactivity)
Ambil tindakan tanpa perlu disuruh. Lebih bertanggungjawab & berdikari.

🔟 Ketahanan Diri (Resilience)
Bangkit selepas kegagalan. Mental & emosi lebih kuat.

1️⃣1️⃣ Kolaborasi
Saling melengkapi, bukan bersaing. Bina pasukan yang harmoni & kukuh.

1️⃣2️⃣ Pemikiran Kritis
Fikir sebelum terima. Buat keputusan dengan bijak & logik.

Soft skill ini terbina dari pengalaman, kesilapan & keinginan untuk jadi lebih baik.

“Soft skills are the hard skills of the future.”

🌿 Ya Allah, kurniakan kami hikmah dalam berkata-kata, tenang dalam tekanan, dan lembut dalam urusan dengan manusia.

👉🏻 Jemput baca lebih lanjut di sini

#DrAzuraHashim #LeadYourselfFirst #TenangTenangSaja
#HRDCorpTrainingProvider #EmotionalIntelligence #HealingJourney
Moga agar Allah buka pintu ilmu dan hikmah yang luas buat kita semua, In Shaa Allah

Jom selalu kita amal-amalkan, semoga berbuah hikmah..

#DrAzuraHashim