Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
225 subscribers
6.43K photos
335 videos
9 files
1.81K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
#Aura1kilo

Assalamualaikum.

Pagiii..! Walaupun beberapa minit lagi da nak masuk waktu tengahari. Semangat kena tetap waktu pagi.

Betul ker betul !

Emas ni auranya MasyaAllah. Makin lama dipandang, makin jatuh cinta gais.

Majoriti dari pengalaman customer Sisthur Anis sendiri, bila nak mula simpan emas, memang liat. Tapi bila dah simpan, ketagih dia lain macam.

Mula dulu baru tahu gais.

‘Beli, simpan dan lupakan’ adalah teknik force saving yang terbukti berkesan bagi seorang penyimpan emas.

Kumpul emas sampai cukup 1 kilo yang bernilai RM258,445 lebih mudah berbanding kumpul duit sampai cukup RM258,445 dalam akaun bank.

Percayalah, Dato Siti Norhaliza.☺️

Gold, Secure Your Future.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #amazingje24k
#publicgold #1gram1bulan
#masaituemas #EmasItuDuit
Gais,

Baru-baru ini gempar satu Malaysia apabila seorang Timbalan Menteri Malaysia menyarankan agar Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagih kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Katanya, langkah itu boleh dilakukan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.

Oooooittt... itu namanya mencari bala.

Cadangan itu sangat memudaratkan kerana ia akan meningkatkan kuantiti RM dalam pasaran, menaikkan inflasi dan mengurangkan nilai duit RM yang rakyat-rakyat simpan dalam bank.

Contohnya, anda simpan RM1 juta dalam akaun bank.

Tetiba kerajaan cetak duit banyak-banyak dan bagi kat rakyat. Jadi semua orang banyak duit. Semua orang pakat-pakat nak berbelanja. Apa akan jadi?

Inflasi yang besar gais.

Lepas tu kuasa beli duit yang anda simpan penat-penat sejuta tu turun mendadak.

Sebab itu mana-mana kerajaan dalam dunia tak buat benda bodoh macam tu. Kecuali kerajaan tu memang kurang cerdik.

Mudarat dia lebih besar dari manfaat.

Antara sebab kenapa nilai emas terpelihara adalah kerana kuantitinya tidak boleh ditambah sesuka hati. Kalau nak tambah kuantiti, ia perlu dilombong dan ditulenkan terlebih dahulu.

Baik, kebetulan pulak Public Gold mengeluarkan design limited edition gold bar 1 gram edisi wang helikopter (Quantitative Easing). Cuma 20,000 keping. Ini baru nilai terpelihara gais 🥳

Anda boleh keluarkan gold bar ini daripada akaun GAP anda dan minta ia diposkan kerumah anda.

Untuk keluarkannya, boleh topup dan minta keluarkan daripada akaun GAP anda sekarang!

Jika perlukan maklumat pasal GAP,
Boleh direct whatsapp Sisthur Anis.

Sisthur Anis akan bantu sebaik mungkin. InShaAllah.😊

Nor Anisah Mohd Salleh aka Sisthur Anis
Public Gold Business Owner | PG00109763
📲www.wasap.my/+60197824559/NakSimpanEmasGAP

“Gold, Secure Your Future”

#SisthurAnisPublicGold
#Pagi

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dari situ akan datang berkat yang melimpah tanpa kita sedar. Sikit terasa banyak, banyak terasa tanggungjawab kepada yang memerlukan.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan sentiasa dirahmati olehNya. Aamiin.

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan tercinta.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Semoga cahaya selawat menyinari diri dan sanubari kita. InShaAllah. ❤️💙

Assalamulaikum. Pagi..!!!
Salam Jumaat yang barakah.
Salam keemasan.
Salam Al Kahfi.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #AmazingJE24K
#syukurselalu #JomSelawat
#SalamJumaatPenuhBarakah
Gais,

Saya adalah orang yang mendapat amanat yang sangat spesifik daripada mak.

Mak pesan "Syukor. Jangan buat 2 perkara nie"

1. Jangan berhutang dengan orang
2. Jangan bagi hutang kat orang. Kalau orang nak pinjam, bagi duit
sebagai sedekah sekadar yang mampu.

Bila diselidik, rupanya nasihat ini semuanya asbab pengalaman sebenar mak dan abah saya.

Daripada pengamatan saya, saya dapati fitrah manusia ini senang meminjam tapi liat membayar.

Saya pernah pinjamkan orang RM50, RM300, RM800, RM3000 dan RM5,000 (langgar nasihat lah nie.. sebab ingatkan saya dah cukup dewasa untuk buat keputusan sendiri. Akhirnya semua pinjaman tersebut jadi hangus.

Jadi saya buat kesimpulan, nasihat mak itu adalah keramat. Kalau kau dah dapat nasihat seperti ini dari mak. Jangan kau langgar.

Tapi bagi orang yang tak mendapat pesanan seperti ini dari mak dia, saya berpendapat, anda boleh ajer try bagi orang pinjamkan duit.

Kenapa saya tulis bab hutang?

Sebab minggu ini saya dah jumpa 2 kes kawan hutang tak bayar RM30,000 (dah lebih 5 tahun) dan kes sepupu pinjam RM40,000 dah lebih 3 tahun tak bayar.

Pemberi pinjam tu umur 40an dan seorang lagi umur baru 29 tahun.

Peminjam tak bayar dan buat bodo dam macam tak bersalah.

Orang yang bagi pinjam dok mencarut kat si peminjam.

Jadi, tergerak hati saya untuk menulis bab pinjam ini.

Pinjaman nie ibarat tepuk dua belah tangan.

Orang yang bagi pinjam pun kena tahu risiko, dan orang yang meminjam pun kena tahu tanggungjawab.

Dia tak boleh sebelah pihak ajer yang faham.

Hanya orang yang pernah mengalami situasi ini faham apa perasaan jika orang pinjam liat nak bayar.

Gais, jika anda nak merancang kewangan dengan berkesan. Hati-hati dengan orang yang nak pinjam duit anda.

Oh ya. Saya ada satu cerita. Dah banyak tahun berlaku tetapi saya tak boleh lupa cerita ini.

Seorang customer saya beli sekeping dinar emas. Bila sembang-sembang, dia cakap yang dia pemandu lori hantu (lori dalam hutan yang takde nombor plate tu).

Dia berdisiplin menyimpan duit gaji sehingga dia ada duit simpanan RM40,000.

Satu hari, kawan dia yang katanya berada dalam kesusahan, datang nak minta pinjam duit RM40,000. Kebetulan customer saya nie memang ada simpanan RM40,000 dan dia bagi pinjam semua duit simpanan dia kepada kawan ini.

Last-last kawan ni tak bayar hutang dia. Dia cakap "En. Syukor, sekarang saya jatuh susah asbab bagi pinjaman ini kat kawan saya"

"Jadi duit simpanan saya yang saya baru nak simpan balik nie, saya nak beli 1 dinar dan simpan" ujar beliau.

Itulah kali pertama dan terakhir saya berjumpa customer ini. Saya tak tahu apa cerita beliau sekarang. Saya doakan yang baik-baik untuk beliau.

Saya dah lihat bagaimana orang yang sepatutnya ok, boleh jatuh susah asbab orang lain pinjam duit.

Gais, jadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran. Itu lebih baik dari pengalaman sendiri.

#NotaEmasSifuku
#SisthurAnisPublicGold #StarBrilliant #AmazingJE24K
#publicgold #MasaItuEmas
#EmasItuDuit
#TabungEmas

"Weh, harga emas jatuh lagi ni. Apa nak buat Sisthur Anis?"

Rileks kawan, harga emas jatuh bukan berita buruk ye kawan kawan. Malah sebenarnya berita paling gembira bagi kita. Sebabnya, kita boleh tambah lagi simpanan emas kita.

Harga emas jatuh masa gaji, dua kali ganda untung la. Lagi banyak kita boleh simpan.

Ha, best kan? Jadi bila harga emas jatuh buat begini.

Gunakan teknik averaging dalam bahasa kos pemurataan.

Contoh kita konsisten beli 1 gram selama 3 bulan.

Bulan pertama: RM280

Bulan kedua: RM293

Bulan ketiga: RM261

Jadi, jumlahkan semua RM834. Bahagi tiga bulan bersamaan RM278.

Bermakna kita hanya keluarkan RM278 sahaja untuk simpan 1 gram emas setiap bulan.

Dah cuba?

Mula simpan dulu.

#SisthurAnisPublicGold #StarBrilliant
#AmazingJE24K #JE24K
#PublicGold #1Bulan1Gram #1kilo1family