Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
225 subscribers
6.46K photos
335 videos
9 files
1.81K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais,

Tips 3 skill utama yang boleh membantu anda membina kekayaan.

Skill pertama: Skill menyimpan duit.

Menyimpan duit ini memerlukan skill gais.

Kenapa?

Sebab manusia mempunyai fitrah nak berseronok sekarang. Sebab itu skill perabih duit tak perlu diajar oleh mana-mana sifu. Anda dah pandai sendiri.

Sekiranya anda rasa tahun 2020 nie susah nak menyimpan, mungkin anda kena cari skill menyimpan yang sesuai dengan jiwa anda.

Sebenarnya ramai sifu-sifu kewangan mengajar skill menyimpan duit. Saya percaya ada skill menyimpan duit ini yang selari dengan jiwa anda.

Macam saya, pengalaman saya adalah simpan emas = simpan duit.
Namun lain orang lain caranya.

Skill kedua: Skill melabur duit.

Pelaburan bermaksud memaksa duit anda 'bekerja'. Sebagai ganjaran, duit anda akan berkembang menjadi banyak. Menandangkan terdapat banyak instrumen pelaburan maka anda pilih yang sesuai dengan (1) profil risiko anda dan 2 (kedalaman poket anda)

Skill ketiga: Skill mencipta pelbagai sumber pendapatan.

Ini dipanggil MSI (Multiple Streams of Income). Tuan Azizi Ali adalah orang yang menekankan skill ini kepada saya.

Tuan Azizi Ali ada bercerita kepada saya tentang kehidupan seorang juruterbang sebelum covid-19 dan sekarang (semasa covid-19)

Dia kata "Sebelum covid-19, juruterbang boleh dapat pendapatan sampai RM50 ribu sebulan"

Cuba you bayangkan bagaimana gaya hidup orang yang ada pendapatan RM50,000 sebulan?

Kereta mesti nak yang besar dan beberapa biji. Kalau beli motor, mesti nak beli motor puluh ribu/ratus ribu. Rumah pula boleh beli yang bernilai jutaan ringgit.

Diorang nie masih muda dan dalam situasi "prime".

Jadi bila covid-19 melanda, syarikat penerbangan nyawa-nyawa ikan. Diorang beroperasi dalam kapasiti 10% ke 15% sahaja.

Dulu flight Mas ke UK sehari 2 kali. Sekarang seminggu 2 kali aja.

Gaji juruterbang kena potong 50% dan ada syarikat penerbangan yang buang juruterbang.

Diorang nie cuma ada skill bawa kapal terbang. Jadi bila tak fly, apa mereka nak buat? Sampai ada kes seorang pilot bunuh diri dengan terjun daripada kondominiumnya dikatakan akibat stress kehilangan kerja.

Jadi tragedi covid-19 ini mengajar kita supaya bersedia dari awal dan kena cipta pendapatan kedua, ketiga dan keempat secepat mungkin.

Sekian, semoga bermanfaat.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant
#PublicGold #PublicGoldJB
#MasaItuEmas #EmasItuDuit
#1Kilo1Family #1Gram1Bulan
#TabungEmas

"Weh, harga emas jatuh lagi ni. Apa nak buat Sisthur Anis?"

Rileks kawan, harga emas jatuh bukan berita buruk ye kawan kawan. Malah sebenarnya berita paling gembira bagi kita. Sebabnya, kita boleh tambah lagi simpanan emas kita.

Harga emas jatuh masa gaji, dua kali ganda untung la. Lagi banyak kita boleh simpan.

Ha, best kan? Jadi bila harga emas jatuh buat begini.

Gunakan teknik averaging dalam bahasa kos pemurataan.

Contoh kita konsisten beli 1 gram selama 3 bulan.

Bulan pertama: RM280

Bulan kedua: RM293

Bulan ketiga: RM261

Jadi, jumlahkan semua RM834. Bahagi tiga bulan bersamaan RM278.

Bermakna kita hanya keluarkan RM278 sahaja untuk simpan 1 gram emas setiap bulan.

Dah cuba?

Mula simpan dulu.

#SisthurAnisPublicGold #StarBrilliant
#AmazingJE24K #JE24K
#PublicGold #1Bulan1Gram #1kilo1family