Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais,

Saya nak share sikit petikan daripada buku "Strategi Menabung Dari Kosong: oleh Dato' Hj Rusly Abdullah (chef Li)

Beliau berkata orang Melayu tidak ada budaya dan adat yang mewajibkan setiap orang Melayu wajib menabung.

Oleh kerana menabung bukan satu budaya, maka untuk melihat orang Melayu mempunyai tabung hanya akan berjaya jika mereka dipaksa.

Contohnya KWSP adalah satu bentuk tabungan paksa.

Tanpa simpanan KWSP yang diwajibkan itu kemungkinan 2/3 masyarakat pekerja kita akan terlantar selepas bersara.

Gais, bagi saya ini adalah statement yang besar dan berani yang dibuat oleh Chef Li.

Chef Li sendiri mengaku bahawa beliau BUKAN seorang pakar ekonomi dan kewangan. Beliau hanyalah seorang bekas peniaga pasar malam yang SUKSES dalam menabung.

Bagi Chef Li kejayaan bisnes tidak membawa sebarang erti jika tidak disusuli dengan KEJAYAAN MENABUNG.

Namun, setiap orang harus ada tabungan peribadi yang DIRAHSIAKAN terutama jika tabung-tabung anda yang lain telah diketahui umum misalnya akaun KWSP, Tabung Haji dan ASB.

Kenapa kita harus memiliki sebuah akaun tabung rahsia?

Sebab duit simpanan KSWP anda biasanya orang tahu. Bila anda keluarkan duit KWSP yang banyak juga ramai orang akan tahu.

Justeru mungkin anak-anak atau sedara mara akan turut berkira-kira untuk tumpang semangkuk dan semasa itu akan ada orang yang akan datang dan ajak melabur. Itu belum termasuk yang datang nak meminjam dan nak ajak buat bisnes bersama-sama.

Jadi berkemungkinan besar duit tabung KWSP anda boleh lesap sekelip mata.

Gais, saya nak share sikit pengalaman.

Saya pernah berjumpa dengan seorang bekas jurutera MAS yang mempunyai duit KSWP sebanyak RM1 juta. Waktu tu saya bagi ceramah kat Public Gold Relau Penang.

Dia bagitau "Saya sekarang seorang bankrup En. Syukor. Semasa pencen saya ada duit KWSP sebanyak RM1 juta"

"Mula-mula saya ada offer kat member-member, siapa yang buat bisnes, saya nak jadi rakan pemodal. Jadi ada member saya yang minta RM300,000 untuk start bisnes. Saya bagi duit kat dia"

"Lepas tu bisnes tu gagal. Hangus duit saya RM300,000"

Kemudian, saya dah tak percaya kat orang. Saya nak buat bisnes sendiri. Saya laburkan lebih dari RM600,000 duit KWSP tu dalam bisnes.

"Tapi malangnya bisnes saya gagal. Saya jatuh bankrap"

"Sekarang nie nasib baik isteri masih bekerja. Jadi duit gaji isterilah yang digunakan untuk sara hidup sekarang" ujarnya.

Saya boleh dengar nada kekesalan beliau.

"Kalau saya tak buat apa-apa dengan duit KWSP tu, lagi bagus. Mesti duit tu ada lagi" ujar beliau.

Gais,

Kalau ada duit banyak dan uols tak tahu nak buat apa, simpan elok-elok atau tukar ajer dalam bentuk emas.

Belajar dari kesilapan orang lain lebih bagus dari belajar dari silap sendiri.

#NotaEmasSifuku
Gais,

Saya adalah orang yang mendapat amanat yang sangat spesifik daripada mak.

Mak pesan "Syukor. Jangan buat 2 perkara nie"

1. Jangan berhutang dengan orang
2. Jangan bagi hutang kat orang. Kalau orang nak pinjam, bagi duit
sebagai sedekah sekadar yang mampu.

Bila diselidik, rupanya nasihat ini semuanya asbab pengalaman sebenar mak dan abah saya.

Daripada pengamatan saya, saya dapati fitrah manusia ini senang meminjam tapi liat membayar.

Saya pernah pinjamkan orang RM50, RM300, RM800, RM3000 dan RM5,000 (langgar nasihat lah nie.. sebab ingatkan saya dah cukup dewasa untuk buat keputusan sendiri. Akhirnya semua pinjaman tersebut jadi hangus.

Jadi saya buat kesimpulan, nasihat mak itu adalah keramat. Kalau kau dah dapat nasihat seperti ini dari mak. Jangan kau langgar.

Tapi bagi orang yang tak mendapat pesanan seperti ini dari mak dia, saya berpendapat, anda boleh ajer try bagi orang pinjamkan duit.

Kenapa saya tulis bab hutang?

Sebab minggu ini saya dah jumpa 2 kes kawan hutang tak bayar RM30,000 (dah lebih 5 tahun) dan kes sepupu pinjam RM40,000 dah lebih 3 tahun tak bayar.

Pemberi pinjam tu umur 40an dan seorang lagi umur baru 29 tahun.

Peminjam tak bayar dan buat bodo dam macam tak bersalah.

Orang yang bagi pinjam dok mencarut kat si peminjam.

Jadi, tergerak hati saya untuk menulis bab pinjam ini.

Pinjaman nie ibarat tepuk dua belah tangan.

Orang yang bagi pinjam pun kena tahu risiko, dan orang yang meminjam pun kena tahu tanggungjawab.

Dia tak boleh sebelah pihak ajer yang faham.

Hanya orang yang pernah mengalami situasi ini faham apa perasaan jika orang pinjam liat nak bayar.

Gais, jika anda nak merancang kewangan dengan berkesan. Hati-hati dengan orang yang nak pinjam duit anda.

Oh ya. Saya ada satu cerita. Dah banyak tahun berlaku tetapi saya tak boleh lupa cerita ini.

Seorang customer saya beli sekeping dinar emas. Bila sembang-sembang, dia cakap yang dia pemandu lori hantu (lori dalam hutan yang takde nombor plate tu).

Dia berdisiplin menyimpan duit gaji sehingga dia ada duit simpanan RM40,000.

Satu hari, kawan dia yang katanya berada dalam kesusahan, datang nak minta pinjam duit RM40,000. Kebetulan customer saya nie memang ada simpanan RM40,000 dan dia bagi pinjam semua duit simpanan dia kepada kawan ini.

Last-last kawan ni tak bayar hutang dia. Dia cakap "En. Syukor, sekarang saya jatuh susah asbab bagi pinjaman ini kat kawan saya"

"Jadi duit simpanan saya yang saya baru nak simpan balik nie, saya nak beli 1 dinar dan simpan" ujar beliau.

Itulah kali pertama dan terakhir saya berjumpa customer ini. Saya tak tahu apa cerita beliau sekarang. Saya doakan yang baik-baik untuk beliau.

Saya dah lihat bagaimana orang yang sepatutnya ok, boleh jatuh susah asbab orang lain pinjam duit.

Gais, jadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran. Itu lebih baik dari pengalaman sendiri.

#NotaEmasSifuku
#SisthurAnisPublicGold #StarBrilliant #AmazingJE24K
#publicgold #MasaItuEmas
#EmasItuDuit
Semalam saya telah ditemuramah oleh wartawan Bernama berkenaan isu kejatuhan harga emas.

Temuramah ini disiarkan di harian Metro pada hari ini 1/12/2020 dan di 6 media massa yang lain (tengok komen)

Covid19 banyak mempengaruhi kenaikan harga emas tahun ini. Manakala penemuan vaksin Covid19 pula mempengaruhi penurunan harga emas.

Saya jangkakan, setelah harga emas stabil, maka kenaikan dan penurunan harga emas akan dipengaruhi oleh faktor politik US, perkembangan ekonomi US dan pakej rangsangan ekonomi oleh Joe Biden.

Jika stimulasi terlalu besar, ia boleh menghangatkan ekonomi dan dalam masa yang sama akan menaikkan kadar inflasi. Maka emas akan naik.

Jadi, banyak news-news yang menanti pelabur emas. Kita bukan melabur untuk setahun ya. Ini long term investment.

Jadi, sit tight, relax and enjoy :)

#NotaEmasSifuku
#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #PublicGold
#MasaItuEmas #EmasItuDuit
Gais,

Hari ini saya nak cerita kisah 2 penipu. Dalam bahasa oputihnya kita panggil scammer.

π™†π™žπ™¨π™–π™ π™₯π™šπ™§π™©π™–π™’π™–.

Sebuah syarikat yang membuat program skim pelaburan jual beli emas yang dinamakan Gold Trading Investment telah didapati menipu pelabur mereka.

15 laporan polis telah dibuat oleh mangsa-mangsa syarikat ini. Mereka ditawarkan pulangan setinggi 30% sehingga 70% sejak tahun lepas (2019). Jumlah kerugian pula memcecah RM440,000 ringgit.. pheww...

Gais, dengan tawaran pulangan tak masuk akal ini, memang patut mereka tertipu.

Namun yang malang lagi adalah agen-agen syarikat tersebut yang pergi cari orang untuk melabur. Memang masak ler korang kena cari dengan pelabur.

Gais, saya dah tengok skim cepat kaya bertopengkan emas dari tahun 2008. Dah 12 tahun dah gais. Jadi bila terbaca cerita seperti ini, saya geleng kepala.

Gais, pelaburan emas tak boleh janji pulangan tetap dan pulangan bulanan ye.

Jika anda dijanjikan pulangan mingguan, pulangan bulanan maka anda nie 999.9% akan kena bohong.

Jika anda terpengaruh dengan agen syarikat ini maka akan lebih malang.. sebab agen syarikat tersebut akan cakap "saya pun kena tipu jugak"

Saya dah bertahun dengar skript ini gais. Dua-dua pihak masuk longkang.

π™†π™žπ™¨π™–π™ π™ π™šπ™™π™ͺ𝙖.

Scammer menyamar sebagai Mazlifah Omar dan menghantar whatsapp

Modus operasi telah diceritakan oleh kak Ina dalam posting FBnya.

----------- start------------------

"πΎπ‘Žπ‘™π‘Žπ‘’ π‘Žπ‘‘π‘Ž π‘¦π‘Žπ‘›π‘” π‘”π‘’π‘›π‘Ž π‘π‘Ÿπ‘œπ‘“π‘–π‘™π‘’ π‘π‘–π‘π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘’ π‘˜π‘Žπ‘˜ π‘–π‘›π‘Ž π‘‘π‘Žπ‘› π‘›π‘Žπ‘šπ‘Ž π‘˜π‘Žπ‘˜ π‘–π‘›π‘Ž π‘‘π‘Žπ‘™π‘Žπ‘š π‘‘π‘’π‘™π‘’π‘”π‘Ÿπ‘Žπ‘š π‘¦π‘Žπ‘›π‘” π‘ π‘’π‘Ÿπ‘’β„Ž π‘π‘Žπ‘›π‘˜ 𝑖𝑛 𝑑𝑒𝑖𝑑, π‘—π‘Žπ‘›π‘”π‘Žπ‘› 𝑑𝑖 π‘™π‘Žπ‘¦π‘Žπ‘› π‘¦π‘Ž..

π‘†π‘π‘Žπ‘šπ‘šπ‘’π‘Ÿ 𝑛𝑖 π‘”π‘’π‘›π‘Ž π‘›π‘Žπ‘šπ‘Ž π‘…π‘–π‘‘π‘§π‘’π‘Žπ‘› π‘‘π‘Žπ‘› π½π‘œβ„Žπ‘› π‘‘π‘Žπ‘› π‘ π‘’π‘Ÿπ‘’β„Ž π‘‘π‘–π‘Ž π‘œπ‘Ÿπ‘Žπ‘›π‘” π‘π‘Žπ‘›π‘˜ 𝑖𝑛 π‘Ÿπ‘š400 .

πΎπ‘Žπ‘™π‘Žπ‘’ π‘Žπ‘‘π‘Ž π‘‘π‘œπ‘™π‘œπ‘›π‘” π‘ π‘π‘Ÿπ‘’π‘’π‘›π‘ π‘œπ‘‘ π‘π‘’π‘Ÿπ‘π‘’π‘Žπ‘™π‘Žπ‘› π‘‘π‘Žπ‘› π‘π‘’π‘Žπ‘‘ π‘Ÿπ‘’π‘π‘œπ‘Ÿπ‘‘ π‘π‘œπ‘™π‘–π‘  π‘¦π‘Ž.."

---------------- end-------------

Hati-hati gais.

Banyak penyangak di luar sana 😟

#NotaEmasSifuku
Gais,

Harga emas naik sangat pantas tadi.

Apa sebabnya?

Baru kejap tadi (sekitar jam 9.00 malam waktu Malaysia) data inflasi US untuk bulan lepas (Mei 2021) telah dikeluarkan dan ia menunjukkan kenaikan inflasi yang sangat ketara.

Bulan April 2021 kadar inflasi US adalah 4.2%

Bulan Mei 2021 pula kadar inflasi di US dilaporkan naik kepada 5%.

5% adalah kadar inflasi yang sangat tinggi.

Ini adalah kenaikan inflasi tertinggi sejak tahun 2008

Berita ini menyebabkan emas naik hampir 23 USD /Oz dalam masa 1 jam.

Gais,

Emas dilihat sebagai aset pelindung daripada inflasi. Sebab itu harganya meningkat cepat sebaik berita ini dilaporkan.

Untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sila baca dengan dengan senyuman 😁

#NotaEmasSifuku