Kerja Hakiki Bukan Hak Hakiki
TikTok memberhentikan sekitar 500 pekerja di Malaysia. Ia sebahagian daripada langkah global untuk meningkatkan kecekapan operasi pengawalan kandungan. Peranan yang sebelum ini dijalankan oleh pekerja manusia kini banyak diambil alih oleh AI.
Pernahkah kita terfikir tentang hakikat pekerjaan yang kita sandang sekarang? Ia bukanlah hak milik hakiki kita tetapi amanah sementara daripada Allah. Setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ujian untuk mengukur tanggungjawab dan keimanan kita.
Kita sering terjebak dalam rutin harian, sehingga lupa bahawa rezeki dan nikmat datang daripada-Nya. Pekerjaan boleh datang dan pergi; oleh itu, marilah kita bersyukur atas setiap peluang yang diberikan dan menjalankan tugas kita dengan penuh amanah.
Dalam menghadapi ketidaktentuan masa depan, penting untuk kita sentiasa bersedia. Sementara masih sihat bekerja diversifikasi sumber pendapatan dan menyimpan untuk masa hadapan merupakan langkah bijak.
Menyimpan emas atau melabur dalam bentuk lain adalah cara yang baik untuk memastikan keselamatan kewangan kita.
Ingatlah, tiada apa di dunia ini yang kekal. Yang penting adalah bagaimana kita menguruskan amanah yang diberikan dan bersedia untuk menghadapi apa jua perubahan yang mendatang.
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menjalankan tugas kita dengan baik dan bijak.
#AAR