Nori Manap | Nota Emas Bersama
121 subscribers
923 photos
44 videos
9 files
153 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Harinie saya dapat whatsapp dari seorang kakak nie.

Dia tanya saya pasal emas 0.01 gram.

Ada harga ke? Dan kalau nak jual kat mana?

Well, tips untung kalau beli emas, anda kena jawab soalan-soalan berikut?

1. Kenapa aku nak beli emas tersebut?
2. Macammana aku nak untung dengan emas tersebut?

Kalau kedua-dua soalan nie anda boleh jawab dan anda berpuas hati dengan jawapan anda, maka beli ajer.

Sebab anda beli dengan kefahaman.

Kalau kedua-dua soalan diatas tu anda tak boleh jawab, manakala penjual emas kat live tt tu pun tak bagi jawapan.

Maka tak payah lah beli.

Sebab anda berisiko rugi duit dan rugi emosi.

Sekian.

#NotaEmasSyukorHashim
Jikalau pun mahu dijadikan hadiah, kena tahu nanti bagaimana penerima nak manfaatkan emas ni..

1) Bagaimana pemilik emas ni nanti nak cash kan dari emas ni.
Sebagai harga jual balik emas 999.9 ke Public Gold hari ini adalah RM440 segram. 0.01 gram ni akan dapat RM4.40.

2) Adakah syarikat yang mengeluarkan emas ini ada jaminan beli balik emasnya? Kalau ya ada, bagus la, boleh bagitahu orang yang menerima hadiah emas comel kita ni di mana nak jual nanti.

3) Kat mana lagi boleh dijual emas ni semula? Saya berani bagi jaminan, kebiasaannya peniaga mahupun syarikat yang mengeluarkan emas kecil ini tak beri jaminan belian balik. Mudahnya mereka akan beri jaminan manis mulut kata boleh je jual balik emas ni kat kedai² emas. Minta maaf, Public Gold sendiri tak ambil emas sekecil 0.01 gram ini untuk dijual balik. Ianya terlalu kecil untuk dikesan ketulenannya.

Jika semua persoalan ini tuan puan sendiri tak dapat jawapan yang pasti, elakkan lah dari membeli walau hanya untuk dijadikan hadiah.

Fikirkan lah penerima itu nanti. Yang ada cumalah semtinental valu tapi tak dapat nak nikmati nilainya
1hb Julai dah hari ni.. bagaimana dengan rutin awal bulan?

Yang belum bermula jom amalkan..

*Rutin awal bulan..*
..masuk je *hari pertama bulan baru*, jommm..
1. Xtra kan lagi amalan mengkayakan diri di akhirat
2. Kayakan diri di dunia juga dengan tambahkan tabungan emas buat diri sendiri.

Ikut je kedalaman poket masing-masing. Nak buat untuk ahli keluarga juga boleh.

Niatkan juga di dalam hati, sedikit perkara kebaikan ini semoga menjadi asbab segala kebaikan dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita sekeluarga dan sentiasa dalam keberkatan dan dikurniakan rahmat dariNya. Aamiin

InsyaAllah Aamiin Ya Mujib
Jom kita simpan emas.

"Kena sibuk sangat simpan emas? Emas kepingan je pun. Bukannya boleh dipakai
Simpan je.."
Ok jom Kak Nori nak bagitau..

Kelebihan kita simpan emas adalah untuk menutup kebocoran simpan duit.

Simpan duit dalam ASB.
Simpan duit dalam Tabung Haji.
Simpan menabung duit untuk anak di SSPN.

Simpan duit ni bagus... betul!
Tapi kita simpan simpan, kita tarik keluar.
Bampak dividen macam banyak, kita keluarkan sikit.
Pernah tak gitu?
Biasa tak gitu?

Kita dah kerja bertahun²
Kita dah simpan bertahun²
Kita dah simpan tiap bulan,  bukan tak simpan..
Tapi hasilnya tak la banyak mana pun.
Barang makin mahal,  duit kita simpan pun cepat je habis.

Terpakai
Terusik
Terbocor
Itu sangat biasa terjadi bila.kita simpan duit.

Jadi Kak Nori nak bagitau ni,  kalau nak selamatkan simpanan duit yang kita buat tu,  kita tukarkan dalam bentuk simpanan emas begini.

Gold Bar dan Dinar ni la bentuk simpanan yang paling sesuai untuk kita elak dari bocor.

Bukan suruh simpan semua duit dalam emas.

Duit nak pakai belanja harian jangan la disimpan dalam emas.
Duit kecemasan, separuh kita simpan cash, separuh lagi dalam emas, itu ok.
Duit simpanan yang lama lagi, lebih dari dua tahun lagi baru plan nak gunakan...ini sesuai sangat simpan dalam emas.
Duiy simpanan banyak - banyak, berkepuk² tu pun rugi simpan je dalam bentuk cash savings. Yang bi sesuai simpan dalam emas.
Ada berita baik saya nak bagitau.

PG Jewel Ipoh, Perak sudah rasmi dibuka hari Sabtu 5/7/25.

Alhamdulillah, selepas kejayaan cawangan pertama di Kota Kinabalu, kini PG JEWEL terus melangkah ke hadapan dengan pembukaan cawangan kedua di Ipoh, Perak!

💍 Apa yang membuatkan PG JEWEL istimewa?

Ratusan rekaan barang kemas eksklusif berkualiti tinggi — emas 916 & 999.0 yang memukau hati.

Spread rendah yang sangat berbaloi — hanya sekitar 9% hingga 13% sahaja.

Harga mesra pelanggan, sesuai untuk simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Saya nak jemput anda datang sendiri ke cawangan baru PG Jewel di Ipoh dan rasai pengalaman membeli emas yang cantik-cantik dan berbaloi ini.

Next PG Jewel? Buka kat mana?

Gais.

Bulan depan PG Jewel akan mengorak langkah lebih jauh dengan pembukaan cawangan ketiga di Johor Bahru!

Nantikan pengumuman rasmi — lebih banyak promosi menarik menanti anda!

Kredit Mentor : Tn Syukor Hashim

#PGJewel #Ipoh #BarangKemas916 #BarangKemas999 #SpreadRendah #CawanganBaru
Cantik kan harga di pembukaan minggu ni
Perkara yang anda harus tahu apabila sudah menyimpan emas.

1. Anda beli emas, maka secara automatik, anda menyimpan duit.

2. Orang tak beli emas guna duit yang hendak digunakan untuk perbelanjaan harian. Hanya beli apabila ada duit lebih.

3. Emas boleh dijual, di rahnu untuk dapatkan duit. Ramai pembeli emas di luar sana. Rajin rajin la mencari.

4. Emas ada naik dan turun harga. Jadi jangan panik jika dah terbeli harga mahal. Jangan terlalu gembira jika dapat beli pada harga murah. Rilek.

5. Emas tidak menawarkan dividen, hibah atau apa apa bonus. Jika terjumpa org menawarkan perkara di atas. Jauhkan diri anda.

6. Emas dikenakan zakat apabila cukup berat dan tempoh simpanannya. Sila cakna ttg zakat apabila anda menyimpan emas.

7. Emas yang disimpan tidak dilindungi oleh pidm, ia tanggung jawab diri sendiri. Kena bijak menyembunyikan simpanan anda. Jangan sampai lupa pulak.....

8. Emas rosak, patah, terbakar, bengkok tetap bernilai. Jadi, anda boleh test try cuba gigit.... Takde hal, ada bekas gigi pun tetap bernilai.

9. Lelaki tidak boleh pakai barang kemas tapi boleh simpan emas.

10. Jarang orang nak pinjam emas. Nak elakkan diri drpd memberi dan menagih hutang kecil, simpanlah emas.