Nori Manap | Nota Emas Bersama
120 subscribers
879 photos
44 videos
9 files
151 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
1 KELUARGA 1 KILOGRAM EMAS

Mentor saya Tuan Zulkifli Shafie selalu berpesan, bila kita simpan emas, target simpan emas sampai cukup #1keluarga1kilogram.

Kenapa 1 kilogram?
Sebab jumlah tu In Shaa Allah, cukup sebagai pelindung kekayaan untuk keluarga kita.

Tuan Zulkifli sendiri telah membuktikan kenyataan ini di mana musibah ujian yang sangat besar yang menimpa beliau beberapa tahun lalu masa tu memang beliau dah pun cecah melangkaui 1 kilogram emas sebagai reserve keluarga.

Kita bukan tahu apa dan bila ujian yang akan perlu kita lalui esok esok hari kan?

Nak ada 1 kilogram emas, mulakan dulu dengan bajet sendiri. Iya, baje sendiri.

Contoh nak mula dengan #1gram1bulan,
#10gram1bulan,
#20gram1bulan
..atau lebih dari tu pun boleh. Jangan tunggu duit banyak baru nak beli emas.

Mulakan hari ini. Nanti sedar-sedar dah ada 100 gram, dah ada 250gram dan 1,000 gram!

Simpan sedikit-sedikit, terus konsosten. Lama-lama jadi simpanan pun jadi bukit.

Gold bar 1 kilogram macam dalam gambar ni lebih sesuai untuk sesiapa yang memiliki berkilo-kilogram emas.

Bagi kebanyakan kita yang hanya ada 1 kilogram emas, saya syorkan pecahkan kepada item yang lebih kecil, dengan kombinasi pelbagai item dari 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.

Kenapa pula?

Bila nak pakai duit, boleh gadai atau jual sikit-sikit ikut keperluan.

Ini tip ringkas bagi siapa ada cita-cita nak memiliki 1 kilogram emas.

Tapi masih tak salah kalau nak simpan terus seketul 1 kilogram gold bar macam ni. Malah tidak mustahil untuk dikumpul sedikit demi sedikit. Akaun pengumpulan emas GAP kan ada.

Yang penting
✅️ jelas matlamat
✅️ Konsisten menyimpan
In Shaa Allah, kejarlah impian dengan penuh yakin. Capailah impian dengan senyuman.

Bagi yang berminat untuk mula menyimpan emas hingga ada 1Kilogram akan datang, klik link ni

www.wasap.my/60132128874/SimpanEmas.

Saya bantu sebaiknya ikut bajet dan matlamat sahabat simpan emas.