Nori Manap | Nota Emas Bersama
120 subscribers
880 photos
44 videos
9 files
151 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Kerja Hakiki Bukan Hak Hakiki

TikTok memberhentikan sekitar 500 pekerja di Malaysia. Ia sebahagian daripada langkah global untuk meningkatkan kecekapan operasi pengawalan kandungan. Peranan yang sebelum ini dijalankan oleh pekerja manusia kini banyak diambil alih oleh AI.

Pernahkah kita terfikir tentang hakikat pekerjaan yang kita sandang sekarang? Ia bukanlah hak milik hakiki kita tetapi amanah sementara daripada Allah. Setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ujian untuk mengukur tanggungjawab dan keimanan kita.

Kita sering terjebak dalam rutin harian, sehingga lupa bahawa rezeki dan nikmat datang daripada-Nya. Pekerjaan boleh datang dan pergi; oleh itu, marilah kita bersyukur atas setiap peluang yang diberikan dan menjalankan tugas kita dengan penuh amanah.

Dalam menghadapi ketidaktentuan masa depan, penting untuk kita sentiasa bersedia. Sementara masih sihat bekerja diversifikasi sumber pendapatan dan menyimpan untuk masa hadapan merupakan langkah bijak.

Menyimpan emas atau melabur dalam bentuk lain adalah cara yang baik untuk memastikan keselamatan kewangan kita.

Ingatlah, tiada apa di dunia ini yang kekal. Yang penting adalah bagaimana kita menguruskan amanah yang diberikan dan bersedia untuk menghadapi apa jua perubahan yang mendatang.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menjalankan tugas kita dengan baik dan bijak.

#AAR
KENAPA PERLU SIMPAN EMAS SEKARANG?

ADA 6 SEBAB!!

Menjadikan emas sebagai alternatif simpanan bukan lagi sesuatu yang asing. Sebagaimana yang kita tahu, harga emas meningkat untuk jangkapanjang.

Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan logam bersinar kuning keemasan ini semakin diminati ramai.

Jadi, selain sebab harga ada tak faktor-faktor lain yang membuatkan emas ini sesuai untuk kita jadikan simpanan?

Jawapannya ADA.

Antara sebab-sebab lain emas sesuai dijadikan simpanan ialah:

#Perlindungan

Setiap rungutan kita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan selama ni, sebenarnya berpunca dari INFLASI.

Inflasi maksudnya kuasa beli duit kita semakin susut. Jadi untuk melindungi simpanan yang semestinya untuk kegunaan masa depan, kita mesti backup simpanan kita dengan sesuatu yang KALIS INFLASI.

Emas terkenal sebagai medium kalis inflasi kerana nilainya yang stabil dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang.

#MudahDicairkan

Menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung mengajar kita untuk menyimpan secara bermatlamat. Apabila matlamat simpanan kita tercapai, emas tadi mudah dicairkan (ditukar) kepada bentuk wang tunai dan digunakan.

Kenapa mudah? Kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.

#BolehDijadikanModalPusingan

Bagi peniaga, emas ni boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman.

Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes).

Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.

#AsetMampuMilikdanMudahAlih

Emas juga dikategorikan sebagai aset mudah alih. Ini kerana kemampuannya untuk bertahan lebih lama dan mudah dialihkan berbanding aset-aset besar yang lain (tanah, rumah) jika berlaku bencana alam.

Selain itu, pemilikannya pada harga yang berpatutan (dari serendah harga 1gram ataupun RM 100) dan mudah juga menjadikan ia aset mampu milik.
 
#SendiriPunyaSendiriUruskan

Beli sendiri, simpan sendiri dan urus sendiri simpanan / aset kita. Tentu lebih meyakinkan berbanding diurus oleh pihak lain atau pihak ketiga.

Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), anda boleh mengambil dan menggunakannya bila perlu.

Pendek kata, dengan menyimpan emas, kekayaan kita adalah ditangan kita.

#EmasTahanLebihLamaDariSimpanDuit

Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lebih lama daripada simpanan dalam bentuk duit. Ini kerana secara fitrahnya emas dicipta supaya kita suka nak simpan dan duit pula sememangnya untuk dibelanjakan.

Bila dah selalu tengok emas yang ada dalam simpanan, nafsu belanja kepada yang tak perlu akan automatik tertutup. Maka simpanan kita akan bertambah dan bertahan lebih lama.

Maka kesimpulannya, mulakanlah simpanan emas SEKARANG demi masa depan kita sekeluarga.

SUDAH BERSEDIA?
BAGAI MENUNGGU KUCING BERTANDUK

Dah hampir 2 minggu kita nampak harga emas di paras RM400 ke atas. Malah harini seperti semalam kekal pada harga tertinggi setakat ni iaitu RM416 segram.

Jika anda masih lagi menunggu harga MURAH, boleh jadi umpama menunggu kucing bertanduk..Sekali pun harga emas turun, sangat tipis kemungkinan untuk kembali ke paras seperti tahun - tahun lalu.

Boleh jadi harga TERTINGGI hari ini akan menjadi harga yang MURAH pada 5 hingga 10 tahun yang akan datang.

Real proof, harga tertinggi 5 tahun lalu ialah pada harga RM218 segram. Andai kata kita jumpa lagi harga tu sekarang, ia akan menjadi sangat sangat murah.

Untuk menjadi Gold Saver yang efektif dalam penyimpanan emas, apa yang PENTING adalah kita bermula dan terus KONSISTEN dalam menyimpan.

Setelah itu, anda akan mula melihat perubahan demi perubahan ke arah yang lebih positif

Jom saya bantu anda bermula hari ini 😊

#PG1M
Alhamdulillah… 🤲🤲🤲
Bagus bela emas ni x perlu nak Bayar maintenance bagai. Saban tahun harga confirm naik. Tq Allah ❤️❤️

Kredit: Gold Saver Fadzlin Abas
*Anak-anak Kita, Masa Depan Mereka*

Sebagai ibu bapa, kita sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan dan kejayaan anak-anak kita. Kita impikan yang terbaik—pendidikan yang berkualiti, peluang cerah, dan kehidupan yang lebih baik daripada kita.

Tapi, tahukah kita? Kos pendidikan semakin meningkat. Yuran sekolah, universiti, dan keperluan masa depan mereka tak mungkin sama seperti sekarang. Adakah kita benar-benar bersedia?

Jangan biarkan masa depan mereka terhenti hanya kerana kita tak bersedia dari sekarang.

*Mulakan tabung pendidikan anak-anak dengan simpanan emas.*

Dengan emas, anda ada perlindungan jangka panjang yang kalis inflasi dan tak terjejas dengan perubahan ekonomi. Setiap gram yang anda simpan hari ini, adalah langkah untuk memastikan masa depan mereka lebih terjamin.

Bayangkan hari mereka melangkah ke universiti, tanpa perlu risau tentang yuran yang semakin tinggi. Kita boleh tenang, kerana kita sudah bersedia.

*Jadikan simpanan emas sebagai asas untuk pendidikan mereka.*

Untuk anak-anak, tiada pengorbanan yang terlalu besar. Mulakan simpanan emas hari ini, demi masa depan yang lebih cerah esok.
Siapa nak formula happy sebulan?

Mudah jer "DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU".

Hari yang paling menggembirakan bagi yang bekerja makan gaji ialah hari gaji masuk.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;
1️⃣ Dana kecemasan
2️⃣ Pelaburan masa depan
3️⃣ Perbelanjaan penting masa depan

Emas bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, insyaAllah.


#PG1M
Bismillah ﷺ

Tak pernah satu bulan yang berlalu tanpa saya tidak menambah gram emas saya. Sejak tahun 2019. Saya topup emas dalam Akaun GAP, saya buat bayaran EPP. Ada kala saya buat order outright purchase.

Sebelum saya ajar orang menabung emas, saya sendiri adalah penyimpan emas tegar sampai hari ini.

Banyak keajaiban berlaku bila kita konsisten menabung emas. Sikit demi sikit nilai diri kita bertambah baik. Nilai simpanan kita bertambah. Harga diri kita bertambah. Self-esteem bertambah.

Tak mengemis dengan sesiapa bila terdesak.

Awal-awal saya simpan emas dulu, saya pelik ada orang boleh beli 1 dinar 1 bulan. Harga masa itu dalam RM700.

Saya cuba paksa buat sendiri. Adjust belanja yang tak perlu, kurangkan komitmen. Eh, boleh rupanya. Alhamdulillah

Kredit: En Husin
Mesin ATM emas terbaru:

📍 Mydin Danau Saujana, Kuala Lumpur
📍CS Cheras (Damai Perdana) HQ, Kuala Lumpur

Yang nak withdraw emas dari akaun gap boleh juga walk in dekat mana-mana mesin ATM yang berdekatan dengan anda.

Belum ada lagi akaun emas gap boleh register dulu, and boleh kumpul emas sikit-sikit dalam akaun emas gap.

Meh roger Kak Nori
Testimoni Penyimpan Emas PG dari Brunei.

Jual 437gm barang kemas bernilai Rm128,666 dan beli gold bar dan dinar 999.9!

Read next entry fuhhh
Buyback Success Story Part 7

"Sumayyah, boleh kah kalau aku kan jual semula emasku arah Public Gold tapi inda mahu duit. Aku mahu kau balikan ke emas 999." Ujar Puan P disatu pagi.

"Boleh kita. Berapa grams emas kan kita jual?"

"Dalam 600g tapi campur batu." Seakan berhenti jantung Sumayyah sekajap 😂 Mak aihhh~ berapa lama menyimpan ni 🤣

Maa shaa Allah, thank you for your trust and support Puan. Puan P mengamanahkan Sumayyah untuk menjualkan semula emas-emas beliau ke Public Gold.

After tolak batu permata, tolak emas yang tidak diterima (the lowest karat gold Public Gold membali semula adalah emas 750/18 karat) dan akhirnya.. jeng.. jeng.. jeng..

Public Gold membeli semula emas Puan P seberat 437.58g yang bernilai RM128,666! Wow!! Ingat nda awal tadi Puan P menjual kerana ingin berhijrah ke emas 999?

Hasil dari jualan emas beliau tadi (sebab Puan P mahu sehabis-habisnya 😂) Sumayyah belikan:

2 x 50g
2 x 10 Dinar(42.5g)
6 x 5 Dinar(21.25g)
2 x 1/2 Dinar(2.125g)
2 x 1/4 Dinar(1.0625g)

Senyum riang Puan P ketika Sumayyah menyerahkan semua emas-emas beliau.

"Nah.. lagi sanang ku mengeluarkan zakat. Kalau emas perhiasan atu payah bah Sumayyah tercampur batu."

Terinspirasi sangat Sumayyah bila Puan P bercerita beliau mengeluarkan zakat emas seribu lebih setiap tahun. Maa shaa Allah bestnya!

Nur Sumayyah PG1M
Kisah Inspirasi 3 gold savers berkongsi bagaimana emas memberi manfaat buat mereka


Tiga individu kongsi tentang pengalaman membeli dan menyimpan emas.

Kisah 1: Strategi 'serampang dua mata' menggembirakan hati iseri selain pelaburan.

Kisah 2: Simpanan emas selama empat tahun membolehkan pembelian tanah, rumah serta motosikal tanpa berhutang.

Kisah 3: Hobi beli emas jadi amalan untuk kumpul aset dan bantuan ketika kecemasan

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2024/09/1129587/simpan-emas-beli-rumah
Saya mendapat soalan ini baru-baru ini: Emas mana yang lebih baik – dinar atau goldbar?

Pertamanya kedua-dua dinar dan goldbar adalah produk emas syarikat PG.

Dinar ini adalah emas 24 karat (emas 999). Berat 1 dinar ialah 4.25 gm dan bentuknya bulat. Okkoz, PG juga menawarkan ¼ dinar, ½ dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Goldbar - Bungamas dan Tai Fook – juga adalah emas 24 karat (emas 999).

Perbezaan Bungamas dan Tai Fook goldbar dengan dinar ialah basically bentuk dan sudah tentu berat emas berkenaan. Bentuk dinar adalah bulat sementara bentuk goldbar adalah rectangle. Berat goldbar bermula daripada 10 gm, 20 gm sehinggalah 1,000 gm.

Harga jualan dan belian dinar dan goldbar berbeza kerana berat mereka berbeza, dan bukan kerana berlainan kualiti.

Jadi rumusannya – saya ada kedua-dua dinar dan Bungamas. Jadi anda juga tak perlu pilih; saya syorkan anda untuk beli kedua-duanya!

Kredit nota: Tuan Azizi Ali