Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
Saya nak guide 1 000 orang untuk simpan Emas 999.9 dengan Mudah, Murah dan Patuh Syariah.

Saya akan ajar anda step by step ikut bajet anda.

Register Percuma ahli kt sini dulu, dan pm saya 😉 saya masukkan dalam group wasap.

Jomm register sekarang👇🏻👇🏻

Register Percuma
https://publicgold.me/mairaumairah
ASB financing vs Rumah

Mana lebih untung? Buat ASBF atau beli hartanah?

Jawapan dia, korang buat lah dua2. Tapi mulalah dengan ASBF dulu. Sebab apa? Jika korang dah biasa atau mampu serve ASBF dengan nilai yang tinggi, nnti bila korang beli rumah pun InsyaAllah blh bayar.

Ini buat ASBF 200K, bulanan RM800++ pun korang rasa azab dan perit nak bayar, mcm mana nk beli rumah yang belum tentu ada penyewanya. Tak sampai setahun nanti tak pasal- pasal pulak kena lelong.

Kedua, kumpul dulu cash reserve korang utk support rumah korang nanti. Invest hartanah ni macam2 hal sebenarnya, rumah rosak, penyewa lari, cukai pintu. Kat sini mmg kene pakai cash. Kalau korang tiada reserve, kumpul la dulu dgn ASBF.

Bila nak beli rumah, korang bukan setakat nak semak kelayakan pinjaman saja. korang kena ukur juga kemampuan korang menyimpan.

Kalau ada kelayakan rumah harga RM 150k, ansuran bulanan lebih kurang RM 750 sebulan.Cek balik setiap bulan korang mampu tak menyimpan RM 750.

Kalau mampu, boleh je teruskan hajat nak beli rumah tu. Kalau tak mampu, baik tangguhkan dulu hasrat tu. Jangan nanti rumah idaman korang termasuk dalam listing lelong pulak.

Sebab tu masa mula- mula kerja, bina disiplin menyimpan. Banyak platform korang boleh mulakan. Unit Trust, ASB, ASBF , emas dan macam-macam lagi.Bila dah start yakin, then upgrade ke pelaburan hartanah.

Menyimpan ni pun boleh menyebabkan ketagihan.Kalau korang dah biasa menyimpan, kalau sebulan tak menyimpan, mesti susah hati kan?Paling sedih bila mula kena “korek” keluar simpanan tu.

Start bina tabiat kewangan baik dari sekarang.

Semoga Bermanfaat

📌 Untuk permohonan ASBF, boleh klik link di bawah. Promo rate 3.90% masih available.

http://wasap.my/601110090729/asbf
Hari ini saya nak berkongsi satu cerita benar.

Saya diberitahu oleh dealer saya seorang customer beliau sudah simpan duit sebanyak rm15,000 dekat 10 tahun tak usik2. Terkejut saya dengar … dalam hati berkata, “duit itu walapun pada nombor masih sama, tapi nilainya sudah menyusut” Bayangkan bezanya nilai jumlah duit yg sama 10 tahun lepas tidak lagi sama nilainya pada masa sekarang.

Dalam hati juga berkata “jika duit itu dialihkan kepada emas, nilainya sudah berkembang.”

Pagi ni saya ternampak perkongsian dealer mengenai nilai emas 8 tahun lepas, tak sampai rm15,000 seperti cerita di atas, tapi nampak tak tuan puan?

Ada 2 perkara kita patut faham dan belajar:

1.Jumlah duit yg sama, nilainya (kuasa beli) telah menyusut. Sekiranya kita simpan duit itu dalam bentuk matawang ie ringgit, jumlah yg sama tidak lagi boleh membeli barang yang sama.

Dalam contoh ini, sekiranya kita ada jumlah duit yang sama, dulu boleh beli 100g emas, sekarang hanya boleh beli 50g emas!

2.Sekiranya kita mengalihkan duit kita kepada emas. Pada tahun 2014 kita dapat 100g emas pada harga RM13,523 Pada hari ni (14 Sep 2022) nilai 100g kita sudah meningkat kepada RM26,131. Ini baru nilaian emas pada tahap harga emas rendah sekarang.

Nilai duit yg sama jika di alihkan kepada emas, sudah berkembang hampir dua kali ganda nilainya!

Kita memang tak tahu hari kemudian nanti bagaimana tapi dengan ilmu, kita faham sesuatu situasi dan kita bertindak untuk membuat sesuatu untuk mendapat hasil di kemudian hari.

Cuba bayangkan kenapa orang melabur masa dan tenaga dan wang untuk menamam pokok durian? Bukan untuk dapat untung jangkamasa pendek!

Emas ialah pelaburan jangkamasa panjang, bukan beli sekarang nak jual esok lusa, bulan depan, tahun depan. Sekurang2nya 2 atau 3 tahun terbaik. Lagi lama simpan lagi tinggi nilainya.

Penyimpan emas fizikal selalunya tidak akan jual emas mereka selagi belum capai matlamat atau untuk tujuan tertentu.

Bayangkan tak rugi pun malah ia jadi backup or i’d rather say ia jadi seperti our own pinjaman (bila di gadai atau arrahnu) pula bila kita memerlukan duit emergency. Ada emas bermaksud ada duit, emas boleh dicairkan dengan cepat sekiranya kita memerlukan dana kecemasan.

Kepada penyimpan emas yang masih mengumpul, buat perancangan kewangan dan ambil peluang untuk buat saving sedikit dari pendapatan bulanan sebagai simpanan / pelaburan jangkamasa panjang anda.

Kepada yang sama situasi seperti cerita ini, buat sesuatu…

Your actions today determine the path for your future …

https://publicgold.me/mairaumairah
#UmairahFazli
September 2020 Dealer Promo masih berlangsung sehingga 30 Sep 2022.

Kepada yang berminat untuk upgrade secara percuma kepada status dealer boleh grab mana-mana offer yang sesuai di bawah, lebih-lebih lagi pada masa harga rendah seperti sekarang.

Anda hanya perlu buat belian dengan order berasingan untuk pakej dealer pilihan dan belian wealthcard (0.5g goldbar). Maklum upline untuk proses upgrade.

Boleh lihat poster-poster pakej dealer di bawah.

Daftar secara percuma dan baca lanjut mengenai kelebihan dealer Public Gold di sini 👇

https://publicgold.me/mairaumairah

#Umairahfazli
#emas
Nak miliki 1kilogram hari Ini tidak mustahil. Ianya hanya persoalan masa.

Jika kita konsisten, lambat atau cepat kita akan capai dan milikinya.

Tetapi kalau dalam perjalanan, kita berhenti dan putus asa, bagaimana nak capai mengikut target.
.
Hari Ini 1kilogram emas bernilai RM260Ribu.

Bila Kita baca dan fikir tentang nombor ‘RM’ kita akan cepat putus asa.

Contohnya kita fikir nak simpan ‘RM260Ribu’

Saya percaya pasti orang sekeliling gelak. Malah diri kita sendiri pun tidak yakin.

Tapi
Tapi
Tapi

Bila kita sebut atau fikir tentang ‘GRAM’ ianya lebih diterima akal.

Contohnya kita fikir nak simpan ‘1000gram’

Saya percaya samada orang sekeliling yang celik emas mahupun tidak celik emas pasti akan yakin dengan perkara itu. Malah diri kita sendiri juga bersemangat.
.
Kenapa?

Nak capai 1gram, kita perlu simpan 1gram 1 kali.

Nak capai 10gram, kita perlu simpan 1gram 10 kali.

Nak capai 100gram, kita perlu simpan 1gram 100 kali.

Nak capai 1000gram, kita perlu simpan 1gram 1000 kali.

Jadi kalau hari Ini kita telah pun mula 1gram, kita hanya perlukan 999kali lagi.

Itu Kalau kita mula lah. Kalau kita tak mula-mula bagaimana nak capai target?

Nampak?
Jelas?
Faham?

Simpan emas lebih mudah sebenarnya.

Dapat sesuatu?
Dah mula?
Ayuhhhh! 😁

Daftar percuma, mulakan 1gm pertama ⬇️
https://publicgold.me/mairaumairah

#Umairahfazli
#emas
Pagi ini saya ingin berkongsi pembacaan saya mengenai keadaan ekonomi sekarang.

Negara diseluruh dunia sekarang sedang bertarung dengan keadaan kadar inflasi yang tinggi, dan salah satunya untuk membendung inflasi ialah menaikkan kadar faedah yang juga memberi impak negative kepada ekonomi, tetapi ia terpaksa dilaksanakan juga untuk membendung inflasi yang tinggi yang memberi kesan kepada nilai matawang sesuatu negara.

Pada saya persediaan perlu ada dan kita perlu buat pilihan yang betul dalam situasi ekonomi global sekarang.

Kita telah lihat banyak business telah gulung tikar, kita telah lihat ramai mengalami kesukaran hidup sekarang tanpa ada apa-apa simpanan. Kita mungkin masih lagi bertahan sekarang, tetapi belum tentu lagi di masa hadapan. Ini keadaan sekarang, ia akan lebih sukar bila kita memasuki fasa kemelesetan ekonomi dunia.

Tambah ilmu, sila baca sedikit perkongsian saya. Semoga bermanfaat.

Apa yang penting kita buat pilihan dan rancang kewangan kita sekarang dan leverage kemudahan yang ada di Public Gold. Banyak kaedah yang ada untuk membuat simpanan. Leverage harga emas rendah untuk konsisten menyimpan untuk masa hadapan.

Happy Reading!!!

***
What Do
Fund Managers Think About Gold & Silver Right Now? They Told Me at the  Precious Metals Beaver Creek Summit
By Jeff Clark, Senior Analyst
Sumber: 20 Sep 2022 GoldSilver.com

“I find it useful to hear different opinions, check one’s assumptions, and hear what some institutional people are thinking—and just as important, how they might invest their dollars”

Jawapan yang diberi ramai apabila ditanya berkenaan pengaruh pergerakan harga emas ialah “statement” dan tindakan dari Federal Reserve itu sendiri.

Anda mungkin tahu Pengerusi Fed Jerome Powell menjelaskan pada mesyuarat bulan lepas bahawa mereka akan kekal agresif untuk menaikkan kadar faedah. Ini mengejutkan ramai kerana mesejnya lantang dan jelas: mereka berhasrat untuk terus meningkatkan kadar untuk memerangi inflasi.

Sama ada ia benar-benar berkesan atau tidak adalah perkara lain; memandangkan “hot” CPI mempunyai lebih banyak kaitan dengan isu rantaian bekalan dan permintaan, kadar yang lebih tinggi sebenarnya boleh memberi impak yang lebih besar daripada membantu, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.

Either way, konsensus adalah bahawa Fed mungkin akan menaikkan kadar beberapa kali lagi, mungkin lebih, kemudian mereka akan berhenti seketika. kenapa?

Alasan utamanya ialah mereka akan menaikkan kadar "sehingga mereka memecahkan sesuatu".

Apa yang boleh mereka pecahkan yang akan memaksa mereka berhenti seketika?

Kemelesetan. Kejatuhan pasaran saham. Krisis kredit. Percetakan wang untuk membayar faedah yang lebih tinggi ke atas hutang. Atau “black swan event”, sesuatu yang tidak dijangka yang melanda ekonomi atau pasaran.

Apa yang paling disetujui dalam tinjauan tidak rasmi ialah sesuatu akan pecah. Kitaran kenaikan kadar akan berakhir, lambat laun. Dan ketika itulah keadaan berubah.

“Gold: Short-Term Neutral, Medium-Term Bullish, Long-Term Very Bullish”

Kenapa
emas tidak melakukan banyak prestasi dalam jangka masa terdekat? Kerana pada pandangan mereka ia berkaitan dengan polisi dan tindakan Fed dan kesannya terhadap dolar—ini adalah sebab terbesar emas menjadi lemah.

Menurut mereka, dalam jangka sederhana (melebihi 3 bulan), emas akan memulakan satu lagi aliran menaik apabila Fed berhenti (“pause”) seketika. Sebahagiannya disebabkan oleh “pause” itu sendiri, atau juga disebabkan oleh kesan ekonomi terhadap tindakan itu.

Mengikut sejarah, Emas menunjukkan prestasi yang baik dalam kedua-dua kemelesetan dan kejatuhan pasaran saham. Dan sudah tentu sebarang peristiwa kewangan akan positif untuk emas.

Dalam persidangan itu, konsensus untuk harga jangka panjang emas adalah trend harga yang lebih tinggi, dan dalam beberapa kes harga yang jauh lebih tinggi. Pada ketika itu akan ada perkara besar yang dipertaruhkan. Dan ini semua positif untuk emas.

***

Belum mula? Jangan tunggu lagi, daftar percuma di bawah.
https://publicgold.me/mairaumairah

#Umairahfazli
#emas
#Kewangan
Bagi yang masih konfius apa itu ASB Financing. Saya kongsikan secara ringkas.

ASB Financing adalah satu cara untuk kita force saving setiap bulan secara konsisten di samping mendapat hasil simpanan yang lebih banyak berbanding menyimpan cara biasa. Masih ramai yang tak tahu pasal ni.

Pulangan ASBF ni ada dua:
1. Dividen
2. Prinsipal

Saya bagi contoh simpan RM431 selama setahun @12 bulan.

431x12= RM5,172 (simpanan setahun)

📍Dengan bajet simpanan RM431 sebulan, pelabur boleh buat ASBF 100k. Duit RM100K bank akan masukkan dalam akaun ASB pelabur. Setiap bulan pelabur akan bayar semula kepada bank RM431.

📍Selepas setahun, Jika dividen ASB diumumkan pada kadar 5.50% , pelabur dapat dividen RM5,500. Dividen ASB tu PNB/ASNB yang bagi, bukan bank. Jadi kalau apply dengan mana-mana bank pun, dividen yang dapat tetap sama.

📍Andai stop pembiayaan (jual semula sijil) selepas 12 bulan, bank akan pulangkan bayaran prinsipal (bayaran pokok hutang). Bayaran bulanan RM431 tu adalah termasuk interest dan prinsipal. Yang interest tak dapat balik. Hanya dapat part prinsipal.

▪️Prinsipal (Surrender Value) = Nilai sijil - Baki hutang

(Boleh download & guna financial calculator untuk kira baki hutang)

Anggaran;

📍100,000 (nilai sijil) - 99,015 (baki hutang) = RM985

📍So total pulangan pelaburan (dividen + prinsipal):
5,500 + 985 = RM6485✓

📍6,485 - 5,172 = RM 1,313 extra daripada simpanan biasa (untung).

📍Jika  hasil RM6,485 dibahagikan kepada 12 bulan = RM540 sebulan. Simpan RM431 sebulan tapi hasil sama seperti menyimpan RM540 sebulan. Kita dah untung RM109 setiap bulan. Jadi menyimpan dgn ASBF adalah cara yang lebih bijak dan lebih untung berbanding simpanan cara biasa.

📍Yang bestnya, ASBF ni ada macam2 teknik yang kita boleh buat ikut kesesuaian masing-masing. Pulangan setiap teknik pula adalah berbeza-beza. So, perkara paling utama yang perlu ada sebelum buat ASBF adalah ILMU.

(Kiraan berdasarkan dividen 5.50% dan kadar keuntungan bank 4.20%. Hasil sebenar mungkin lebih rendah atau lebih tinggi.)

http://wasap.my/601110090729/asbf
#Umairahfazli
#Kewangan
#asbf
#AsbFinancing
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun, RM1/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini (25 September 2022)

RM 100 = 0.3831 gram
RM 261 = 1.0000 gram

Statistik September 2022
Tertinggi: RM270 (13/09)
Terendah: RM260 (16/09)

Statistik 2022
Tertinggi: RM301 (09/03)
Terendah: RM260 (16/09)

Pasaran tutup hujung minggu ini dengan harga emas fizikal Public Gold berada pada paras RM260/g (berdasarkan harga 10g goldbar), dan harga emas dunia berada pada tahap rendah iaitu $1644 seauns.

Ekonomi dunia sedang bergelut sekarang dengan keadaan inflasi, tahap hutang yang sangat tinggi, dan pertumbuhan monetari yang perlahan, yang boleh melemahkan ekonomi dan membawa kepada “systemic risks of default” (risk of collapse of an entire financial system or entire market).

Apa kita perlu buat? Dalam keadaan sekarang, kita lihat nilai duit sudah menyusut dan kemungkinan akan menyusut lagi sekiranya keadaan ekonomi menjadi lebih teruk.

Menyimpan emas untuk mendapat untung atau lindungi dari inflasi bukan lagi satunya sebab untuk menyimpan emas. Dengan keadaan ekonomi sekarang, emas adalah pelindung yang lebih luas iaitu terhadap risiko sistemik dan disfungsi sistem.

Jadi rancang kewangan anda sekarang untuk buat persediaan for worst-case scenario.

Tak ada cash yang banyak? Public Gold ada kemudahan Easy Payment Purchase EPP6x atau 10x. Malah cara ini terbaik dan affordable untuk lock harga emas rendah kali ini.

Minimally, beli dan kumpul paling minima RM100 dalam akaun emas.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah. 

Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/mairaumairah
𝐁𝐈𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐖𝐒𝐏 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒?

Ini cerita benar kawan saya sendiri bertanya kepada saya. Beliau baru pencen dan kalau tenguk pangkatnya dan tahun perkhidmatan, duit KWSP beliau paling minima ialah 1 juta ringgit.

Beliau bertanya, apa pendapat saya? Patutkah beliau mengalihkan sebahagian dari duit KWSP kepada emas.

Jawapan saya sangat simple:

☑️ Gunalah duit itu untuk membayar segala komitment hutang sekiranya masih ada
☑️ Alihkan kepada simpanan emas jumlah bahagian yang tidak akan digunakan dalam masa 3 tahun
☑️ Untuk masa hadapan anak-anak agihkan bahagian kepada simpanan emas untuk setiap anak, sebagai permulaan untuk anak juga membuat simpanan emas untuk masa hadapan mereka

Di bawah adalah satu contoh dari mentor untuk senang faham.

“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk berkembang pada masa depan, simpan emas sebagai simpanan jangkamasa panjang, dan kalau bajet tak besar, mulakan juga simpan emas kerana kemudahan sudah ada di mana semua orang boleh simpan emas dalam akaun emas serendah RM100 atau menggunakan kemudahan Easy Payment Purchase di Public Gold.

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nampak tak… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

https://publicgold.me/mairaumairah

#UmairahFazli #kewangan
#simpananemas #kwspvsemas