Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelongโฉhttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š
Download Telegram
*Kalau apply ASBF sekarang dapat dividen penuh tak?*

Ofkos lah tak. Sebab dividen ASB dikira mengikut baki terendah setiap bulan. Kalau apply dan duit masuk ke akaun ASB dalam bulan 7, bermakna dividen akan dikira bermula bulan 8 hingga 12. Iaitu untuk 5 bulan sahaja.

Dividen ASBF untuk bulan 7 belum dikira sebab baki terendah pada bulan 7 adalah nilai sebelum sijil ASB dimasukkan ke dalam akaun ASB. Tapi untuk simpanan sedia ada di dalam ASB, dividen tetap dikira. Katakan sebelum buat ASBF ada cash RM5,000, dividen untuk bulan 7 dikira berdasarkan RM5,000 sahaja. Bagi dividen bermula bulan 8, ia dikira berdasarkan jumlah keseluruhan nilai ASBF dan baki simpanan sedia ada.

Bila sijil ASBF masuk ke dalam akaun pada bulan 7, kita pun akan start bayar paling cepat pada awal bulan 8. Bermakna kita juga cuma menyimpan untuk 5 bulan sahaja.

Katakan dividen diumumkan sebanyak 5%. Bagi sijil ASB 100K yang cukup setahun (12 bulan), 5% x 100,000 = RM5,000 dividen yang kita dapat.

Bagi simpanan selama 5 bulan, formulanya;

5 รท 12 x 5% x 100,000 = RM2,083.33โœ“

Senang je kan cara kiraan? Tapi ini belum termasuk part prinsipal lagi. Part prinsipal nanti saya tunjukkan cara kiraannya dalam artikel lain.

๐Ÿ“Œ Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan dah boleh apply sekarang. Klik je link di bawah.

http://wasap.my/601110090729/Asbf

#asbfinancing
#asbf
*Belajar ilmu pelaburan seawal umur 18 tahun*

Ramai yang pernah terjebak dengan skim cepat kaya. Sasaran mereka bukan sahaja golongan dewasa, malah remaja yang berstatus pelajar juga turut menjadi sasaran. Ramai pelajar universiti/kolej yang pernah terjebak dengan skim sebegini terutamanya ketika baru dapat wang biasiswa atau PTPTN. "Scammer" mensasarkan mereka kerana mereka masih mentah dalam hal-hal pelaburan dan mudah diperdaya.

Ibu-bapa perlu didik anak-anak supaya celik kewangan sejak awal usia. Ajar anak-anak menabung dari kecil. Apabila cukup usia 18 tahun, boleh dedahkan kepada pelaburan seperti unit amanah dan ASB Financing. Ini supaya mereka tidak mudah terpedaya apabila dihidangkan dengan tawaran pelaburan yang memberikan pulangan yang tak masuk akal.

Jika mampu simpan setiap bulan, boleh buat force saving setiap bulan menggunakan teknik compounding. Jika ada simpanan cash untuk dikembangkan, boleh gunakan teknik rolling dividen.

Katakan anak berumur 18 tahun, target simpanan selama 5 tahun sehingga anak habis belajar dan dapat pekerjaan pada usia 23 tahun. Contoh gameplan rolling dividen;

*ASBF 200K*
โ–ช๏ธTempoh 40 tahun
โ–ช๏ธRate 3.45%
โ–ช๏ธBulanan RM770
โ–ช๏ธTahunan RM9240 *(MODAL)*
โ–ช๏ธGameplan 5 tahun

*Bayar menggunakan modal sendiri untuk 12 bulan sahaja. Modal ini boleh menggunakan duit simpanan anak atau sumbangan ibu-bapa. Terpulang kepada situasi masing-masing.*

*Tahun 1*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,240 untuk bayaran tahun ke2.
๐Ÿ”ธBaki RM760 simpan.

*Tahun 2*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,240 untuk bayaran tahun ke3.
๐Ÿ”ธBaki RM760 simpan.

*Tahun 3*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,240 untuk bayaran tahun ke4.
๐Ÿ”ธBaki RM760 simpan.

*Tahun 4*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,240 untuk bayaran tahun ke5.
๐Ÿ”ธBaki RM760 simpan.

*Tahun 5*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000
Stop selepas 5 tahun. Hasil dividen tahun ke 5 tidak diusik.
๐Ÿ”ธBaki RM10,000

*Hasil Simpanan*

Jumlah Dividen Selepas 5 tahun;
760+760+760+760+10,000 = RM13,040

Jumlah Prinsipal Selepas 5 tahun;
Nilai sijil - baki hutang (anggaran)
200,000-187,500 = RM12,500

Jumlah simpanan;
13,040 + 12,500 = RM25,540โœ“

โš ๏ธ Hasil simpanan menjadi hampir 3 kali ganda modal yang dikeluarkan dalam masa 5 tahun sahaja. Kalau dibiarkan duit RM9,240 tu berkembang cara biasa dengan kadar 5.0% setiap tahun, hasil selepas 5 tahun lebih kurang RM11,793 sahaja. So nak pilih RM25K atau RM11K?

_*Nota: Pengiraan berdasarkan dividen 5.0% dan interest 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza*_

Selepas habis belajar, anak-anak dah ada cash sekitar RM25K. Wang ini sangat membantu untuk mereka memulakan kehidupan sendiri. Contohnya boleh digunakan untuk deposit rumah, berkahwin atau modal perniagaan. Di samping dapat mengajar mereka ilmu pelaburan, kita juga dapat sediakan dana untuk mereka memulakan kehidupan sendiri.

Kita tak semestinya bermula dengan sijil maksimum 200K. Itu cuma contoh. Boleh juga bermula dengan sijil 150K, 100K atau 50K. Yang penting ikut kemampuan masing-masing.

๐Ÿ“ŒBagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan ASBF, boleh klik link di bawah. Saya guide ikut kemampuan dan target masing-masing.

http://wasap.my/601110090729/Asbf
*TIP KUMPUL RM80K DALAM MASA 3 TAHUN*
================================

Teknik ini sangat sesuai untuk pasangan yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga , membeli rumah, nak kumpul modal bisnes, nak beli kereta, nak pergi umrah & haji dengan keluarga, dan lain-lain mengikut matlamat masing-masing.

Just ikut ja step di bawah;๐Ÿ‘‡

โœ…Apply A$BF 200K.
โœ…Rate 3.60%.
โœ…Bayaran bulanan RM787

โ˜‘๏ธ Dividen
(Angaran 5.5 % setahun) :

๐Ÿ’ฐDividen Tahun 1๏ธโƒฃ

5.5% x RM200,000 = RM11,000#

๐Ÿ’ฐDividen Tahun 2๏ธโƒฃ

5.5% x RM211,000 = RM11,605#

๐Ÿ’ฐDividen Tahun 3๏ธโƒฃ

5.5% x RM222,605 = RM12,243#

๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ Jumlah dividen:

RM11,000 + RM11,605 + RM12,243 = RM34,848โœ”๏ธ

โ˜‘๏ธ Jumlah prinsipal terkumpul (Surrender Value):

โœ…Prinsipal = Nilai Sijil - Baki Hutang
โœ…Nilai Sijil = RM200,000
โœ…Baki Hutang = RM192,909

RM200,000-RM192,909 = RM7,091โœ”๏ธ

โ˜‘๏ธJumlah simpanan:

RM34,848 + RM7,091 = RM41,939โœ”๏ธโœ”๏ธ

โœ…So dah dapat kumpul RM41,939. Macam mana nak bagi jadi RM80K??

๐Ÿ‘‰Ajaklah pasangan romantis anda juga menyimpan ikut step yang sama:

RM41,939 X 2 = RM83,878 โœ”๏ธโœ”๏ธ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ‘‰Kan dah dapat kumpul lebih dari RM80K. So boleh tak nak kahwin beli rumah/kereta/travel, dan sebagainya.

๐Ÿ‘‰Tak lama pun, cuma perlu konsisten dan sabar selama 3 tahun sahaja.

๐Ÿ‘‰Tak mustahil kita juga mampu lakukannya.

*[Pengiraan adalah berdasarkan Dividen 5.5% dan Kadar Keuntungan Bank 3.6%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]*

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

http://wasap.my/601110090729/Asbf
*BAGI YANG TERLEPAS INFO SEBELUM INI*

Berita baikโ€ผ๏ธ

*PROMOSI OGOS 2021*

Salam semua...Promosi rate 3.45% diteruskan lagi. Sah sehingga 31 Ogos 2021. Memang murah sangat2.

๐Ÿ”นRate 3.45% bagi permohonan RM50,000 ke atas.

Detail seperti di bawah;

โœ… *Islamic Financing*
โœ… *Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.*
โœ… *Takaful optional - Tak wajib. Kalau nak, boleh tambah.*
โœ… *Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum.*
โœ… *CCRIS PTPTN boleh lulus*
โœ… *CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus*
โœ… *High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.*
โœ… *Kelulusan segera*

*Rate 3.45%*

200K - RM769
190K - RM731
180K - RM692
170K - RM654
160K - RM616
150K - RM577
140K - RM539
130K - RM500
120K - RM462
110K - RM423
100K - RM385
90K - RM346
80K - RM308
70K - RM270
60K - RM231
50K - RM193

*Rate 3.7%*

40K - RM160
30K - RM120
20K - RM80
10K - RM40

๐Ÿ‘‰Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan boleh wasap saya segera.

๐Ÿ‘‰Mulakan simpanan pada bulan 9 2021.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *Cover satu Malaysia.*

๐Ÿ“Œ High commitment boleh lulus kalau ada cash untuk bayar setahun terus. Tak semua bank boleh buat macam ni.

๐Ÿ“Œ CCRIS PTPTN saya boleh tolong luluskan.

๐Ÿ“Œ Gaji minimum RM1,000 dah boleh apply.

๐Ÿ“Œ Tiada slip gaji boleh apply.

๐Ÿ“Œ Kalau dah pernah apply tapi kena reject, boleh cuba submit. Kita guna document dan cara yang betul.

Klik je link di bawah untuk submit document;

http://wasap.my/601110090729/Asbf
*TABUNG KECEMASAN 6 BULAN GAJI*

Tabung kecemasan sangat penting terutamanya bagi individu yang sudah berkeluarga. Kalau bujang, hilang sumber pendapatan masih boleh survive seorang diri. Kalau berkeluarga, takkan nak biar anak-anak turut menderita kan? Jadi perlulah sediakan tabung kecemasan sebaik mungkin.

Jumlah tabung kecemasan yang baik adalah sekurang-kurangnya bersamaan dengan 6 bulan gaji. Kenapa perlu ada simpanan bersamaan dengan 6 bulan gaji?

1. Jika berlaku musibah seperti kehilangan pekerjaan atau gagal dalam perniagaan, tempoh 6 bulan adalah masa yang mencukupi untuk kita bangkit semula. Contoh yang jelas dapat dilihat ketika ini apabila Covid-19 melanda, ramai yang hilang pekerjaan dan ada yang terpaksa menutup perniagaan. Untuk mencari pekerjaan atau memulakan perniagaan baru, perlu ambil masa. Jika dapat pekerjaan baru sekalipun, mungkin pendapatan baru tidak seperti dulu. Jadi, di sini tabung kecemasan memainkan peranan yang penting untuk menampung perbelanjaan keluarga.

2. Jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (HUPK), sama ada akibat kemalangan atau penyakit kritikal, kita perlu menunggu sekurang-kurangkannya 6 bulan untuk disahkan ketidakupayaan tersebut sebelum mendapat pampasan insurans/takaful. Dalam tempoh 6 bulan tersebut, perbelanjaan keluarga tetap berjalan seperti biasa, bahkan mungkin perbelanjaan akan meningkat untuk menanggung kos perubatan.

Dari segi perbelanjaan makan, minum dan keperluan lain, kita mungkin ada pilihan untuk mengurangkan kos. Tapi kita tiada pilihan untuk mengurangkan perbelanjaan tetap seperti komitmen hutang bank terutamanya hutang rumah dan kereta. Jika kita gagal membuat bayaran seperti yang sepatutnya, rumah kita mungkin akan dilelong dan kereta akan ditarik oleh pihak bank. Rancanglah tabung kecemasan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku.

*Bagaimana mencipta tabung kecemasan 6 bulan gaji?*

Contoh: Jika gaji kita sebanyak RM3,000 sebulan, dana kecemasan yang ideal adalah 3 x 6 = RM18,000.

Macam mana nak kumpul RM18,000?

๐Ÿ”นKalau mampu simpan RM300 setiap bulan;

18,000 รท 300 = 60 bulan @ 5 tahunโœ“

๐Ÿ”นKalau mampu simpan RM400 setiap bulan;

18,000 รท 400 = 45 bulan @ 3 tahun 9 bulanโœ“

๐Ÿ”นKalau mampu simpan RM500 setiap bulan;

18,000 รท 500 = 36 bulan @ 3 tahunโœ“

Contoh di atas adalah kiraan jika kita simpan dalam akaun bank biasa.

โญ Kalau nak kumpul lebih cepat dan lebih banyak hasilnya, kita boleh guna kaedah OPM (Other People Money) iaitu menggunakan ASB Financing. Kita ambil contoh jika mampu simpan RM500 setiap bulan.

Dengan kemampuan simpanan bulanan sebanyak RM500, kita boleh dapatkan sijil ASBF RM130K.

โ–ช๏ธASBF 130K
โ–ช๏ธTempoh maksimum 40 tahun
โ–ช๏ธRate 3.45%
โ–ช๏ธBayaran Bulanan RM500
โ–ช๏ธBayaran Tahunan RM6,000

*Contoh Gameplan 3 Tahun*

Dividen:
-Tahun 1: 5% x 130,000 = 6,500
-Tahun 2: 5% x 136,500 = 6,825
-Tahun 3: 5% x 143,325 = 7,166
Jumlah Dividen Terkumpul = RM20,491

Prinsipal:
-130,000 - 125,310 = RM4,690

Jumlah Keseluruhan = RM25,181โœ“

[Kiraan berdasarkan dividen 5% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

Jika dibandingkan dengan simpanan RM500 dalam akaun simpanan bank biasa, hanya dapat RM18,000. Apabila menggunakan keadah OPM, hasil simpanan lebih tinggi disebabkan;

1. Dividen yang diperoleh dikira berdasarkan nilai sijil ASB, bukan berdasarkan simpanan bulanan. Semakin besar sijil ASB, semakin tinggi dividen yang diperoleh.

2. Terdapat pulangan prinsipal iaitu bayaran hutang pokok yang dibayar setiap bulan selepas ditolak keuntungan bank.

Kesimpulan:

1. Binalah tabung kecemasan 6 bulan gaji secepat mungkin kerana kita tak tahu bila musibah akan berlaku.

2. Terdapat banyak cara untuk bina tabung kecemasan, ada cara yang lambat dan ada cara yang lebih cepat. Boleh pilih ikut selera masing-masing.

3. Jika pilih kaedah ASB Financing, pastikan ikut kemampuan masing-masing. Jangan ikut kawan. Masing-masing ada komitmen yang berbeza.

๐Ÿ“Œ Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan ASBF, boleh terus wasap ke;

http://wasap.my/601110090729/Asbf
*PERBEZAAN PELABURAN DENGAN ILMU DAN TANPA ILMU*

Zamri, Abu dan Salimon berumur 30 tahun. Ketiga-tiga mereka mampu simpan RM500 setiap bulan. Target simpanan selama 10 tahun. Tapi kedua-dua mereka menggunakan strategi berbeza. Pengiraan di bawah dibuat berdasarkan dividen 5% dan bank profit 3.5%.

*Zamri - Simpanan ASB Biasa*

Zamri memilih simpanan ASB biasa tanpa melibatkan pembiayaan bank. Katanya rugi buat ASBF sebab nanti bank kenakan interest. Jadi Zamri simpan setiap bulan RM500 dalam ASB Biasa.

Jumlah simpanan: 500 x 120 = RM60,000

Hasil simpanan:
Duit pokok: RM60,000
Dividen: RM17,496
Jumlah: RM77,496โœ“


*Abu - Teknik Palatao*

Abu memilih Teknik Palatao kerana tak mahu bank untung banyak. Abu apply untuk tempoh 10 tahun sahaja supaya interest yang dikenakan oleh bank adalah rendah. Jadi dengan kemampuan simpanan RM500 setiap bulan, Abu apply ASBF;

โ–ช๏ธSijil ASBF 50K
-Tempoh 10 tahun
-Rate 3.5%
-Bulanan RM495
-Jumlah bayaran: RM495 x 120 = RM59,400

โ–ช๏ธAbu bayar setiap bulan tanpa usik dividen. Selepas 10 tahun, hasil simpanan Abu;

Dividen: RM31,445
Prinsipal: RM50,000 (habis bayar)
Jumlah: RM81,445 โœ“


*Salimon - The Power of Volume*

Salimon taknak buat palatao. Dia belajar cara untuk memaksimumkan hasil simpanan. Salimon tak kisah jika interest yang dikenakan tinggi, yang penting hasil simpanan beliau lebih banyak. Bank untung atau rugi, Salimon tak peduli. Jadi Salimon memanfaatkan konsep The Power of Volume.

Konsep the power of volume ini membolehkan Salimon memiliki sijil ASB yang besar dengan komitmen bulanan yang rendah. Jadi Salimon akan mendapat jumlah dividen setiap tahun yang lebih banyak dengan simpanan bulanan yang rendah. Salimon tahu dengan kemampuan simpanan RM500 setiap bulan dan umur 30 tahun, beliau boleh apply;

โ–ช๏ธSijil ASBF RM127K
-Tempoh 40 tahun (berhenti selepas 10 tahun)
-Rate 3.5%
-Bulanan RM492
-Jumlah bayaran: RM492 x 120 = RM59,040

Salimon bayar setiap bulan tanpa usik dividen. Selepas 10 tahun, hasil simpanan Salimon;

Dividen: RM79,870
Prinsipal: RM127,000 - 109,563 (Baki Hutang Pokok) = RM17,437
Jumlah: RM97,307โœ“

Nota: Disebabkan Salimon buat tempoh panjang iaitu selama 40 tahun dan berhenti selepas 10 tahun, anggaran baki hutang pokok adalah sebanyak RM109,563. Jadi prinsipal yang diperoleh hanya RM17,437. Tetapi, disebabkan kuasa volume, sijil bernilai RM127K memberikan pulangan dividen yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM79,870.

*Kesimpulan:*

โ–ช๏ธJelas simpanan menggunakan pembiayaan bank adalah lebih menguntungkan berbanding simpanan cash secara biasa.

โ–ช๏ธAbu vs Salimon: Walaupun bayaran bulanan Salimon lebih rendah berbanding Abu, hasil simpanan Salimon jauh lebih tinggi.

โ–ช๏ธSalimon mempunyai lebihan simpanan RM16K lebih banyak daripada Abu.

โ–ช๏ธWalaupun Abu dan Salimon menggunakan cara yang sama, tetapi Salimon menggunakan strategi yang lebih menguntungkan. Jadi jelaslah strategi Salimon lebih bijak berbanding Abu dan Zamri.

โ–ช๏ธDalam pelaburan, belajar dulu teknik-teknik untuk memaksimumkan untung, jangan buat palatao macam Abu. Zamri tu kita tolak tepi ja tak perlu diberi perhatian.

โ–ช๏ธStrategi yang paling penting adalah tarik tempoh sepanjang yang mungkin, supaya dapat volume sijil ASB yang besar dan bayaran bulanan yang minimum. Lepas tu kalau nak berhenti pada bila-bila masa pun boleh. No problem at all. So bila dah tau cara untuk maksimumkan keuntungan, jangan lah ikat tempoh pendek lagi. Itu bangang namanya... hahaha... kalau dah terbuat sebelum ni takpa lah... masa tu belum tahu teknik yang betul lagi...

_Nota: Palatao, berasal dari perkataan โ€œkepala tahuโ€, ialah slanga yang datang dari loghat Utara yang bermaksud โ€œbuat kepala sendiriโ€, atau berpura-pura tahu. Janganlah jadi orang palatao_ ๐Ÿ˜†

๐Ÿ“Œ Bagi sesiapa yang nak buat simpanan, boleh terus wasap saya. Saya akan guide untuk dapatkan keuntungan maksimum mengikut umur dan kemampuan simpanan masing-masing. Klik link di bawah;

http://wasap.my/601110090729/Asbf
*โœ… BERITA BAIK BUAT PELABUR ASB FINANCINGโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

*Permohonan untuk ASB Financing 2 kini dibukaโ€ผ๏ธ*

Untuk makluman, *submission ASB Financing 2 akan bermula pada 01 Oktober 2021.* Pada yang ingin memohon & tambah kuota pelaburan ASBFinancing, ini peluang terbaik anda.

Dijangkakan permohonan ASB Financing 2 hanya akan dibuka dalam tempoh yang singkat disebabkan kuota yang diberikan sangat terhad.

Esok saya akan update syarat-syarat baru permohonan ASB Finacing 2.Stay tuned.

Bagi yang berhajat untuk memohon ASB Financing 2 ini, boleh klik link dibawah untuk saya masukan dalam "waiting list" untuk saya guide anda:

http://wasap.my/601110090729/Asbf2
*"DULU DIVIDEN 7% BERBALOI LAH BUAT ASBF. SEKARANG DIVIDEN LEBIH KURANG 5% JE. TAK BERBALOI LANGSUNG..."* - Kata Makcik Kesom kepada anak saudaranya, Putat.

Makcik, sebelum makcik nak cakap apa-apa, pastikan makcik betul-betul faham dulu. Jangan buat palatao.

Betul, dulu-dulu ekonomi cantik dividen tinggi boleh dapat lebih kurang 7%. Tapi masa tu, bank profit (interest) sekitar 5% lebih. So margin keuntungan atas angin sekitar 1.0% hingga 2% untuk orang yang melabur dalam ASBF.

Sekarang ekonomi tak berapa cantik sejak 2018 lagi. Bermula trade war US-China, lepas tu isu politik tempatan, diikuti Covid-19 pulak, memang tak boleh nak demand dividen yang tinggi.

Tapi bila ekonomi slow, kadar keuntungan bank juga jadi rendah. Itulah kelebihanan pelaburan ASBF. Jika dividen sekarang lebih kurang 5%, bank profit pula 3.45%. So masih berpotensi untuk dapat margin keuntungan sekitar 1.55%. Lebih kurang sama je dengan situasi dulu-dulu.

*"Setakat untung 1.55%, lebih baik simpan ASB biasa. Dapat 5%..."* Tambah Makcik Timun, sahabat membawang Makcik Kesom.

Memang betul Makcik Mun cakap untung 1.55%. Saya tak nafikan. Tapi untung 1.55% tu adalah dari jumlah sijil. Bukan dari modal kita.

Contoh kita buat ASBF 200K. Untung 1.55% x 200k = RM3,100 setahun.

Tapi makcik kena ingat, modal kita setahun cuma 770x12 = RM9,240. Bukan 200K.

Jadi untung sebenar berdasarkan modal;

3,100รท9,240x100 = 33.55%.

So kalau diberi pilihan, nak untung 33.55% atau 5.0% je?

Ok makcik takyah jawab soalan ni... Lebih baik diam je...

*"Oh, rupanya kami salah faham lah sebelum ni..."* - Sampuk Pakcik Ketum yang dari awal memasang telinga mendengar perbualan mereka.

_Sebenarnya masih ramai yang masih berfikir seperti Makcik Kesom dan Makcik Timun. Itu normal. Bukan semua orang faham selok-belok ASBF ni. Ada yang dah buat bertahun-tahun pun masih belum faham sepenuhnya. Semoga penulisan saya dapat memberikan kefahaman kepada semua._

Nota: Anggaran kadar keuntungan tersebut adalah termasuk dividen dan prinsipal.

โš ๏ธ Untuk permohonan ASBF rate 3.45% masih available. Klik je link di bawah untuk submit permohonan.

https://wa.me/601110090729?text=savingASBF
Teknik Proksi - Alternatif Bagi Pelabur yang Sudah Berusia

*Saya dah berumur 50 tahun, untung lagi ke buat ASBF?*

Apabila umur semakin meningkat, tempoh pembiayaan semakin pendek. Jadi bayaran bulanan semakin tinggi. Untung tu tetap untung, cuma margin keuntungan tu tidak setinggi orang muda. Jadi teknik yang paling sesuai adalah menggunakan proksi.

*Siapa proksi tu?*

Kalau ada anak yang berumur 18 tahun ke atas, boleh gunakan nama anak. Buat gameplan sekitar 5 tahun sahaja. Mak atau ayah boleh jadi pemohon bersama jika anak masih belum bekerja.

*Kenapa 5 tahun?*

Katakan anak sekarang berumur 18 tahun, lagi 5 tahun anak berumur 23 tahun. Masa ni kebiasaannya anak-anak dah berkerja. Jadi mereka mesti nak simpan duit sendiri. So, boleh terminate dan apply sendiri pula nanti.

*Teknik apa nak buat?*

Guna teknik rolling dividen. Guna simpanan cash yang ada untuk bayaran setahun (12 bulan). Tahun kedua dan seterusnya bayar guna dividen. Contoh kiraan;

_*ASBF 200K TEKNIK ROLLING DIVIDEN 5 TAHUN*_

*Tempoh 40 tahun
*Rate 3.45%
*Bulanan RM769
*Tahunan RM9228 *(MODAL)*
*Gameplan 5 tahun

*Bayar modal sendiri untuk 12 bulan sahaja*

_Pengiraan berdasarkan dividen 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza._

*Tahun 1*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,228 untuk bayaran tahun ke2.
Baki RM772 simpan.

*Tahun 2*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,228 untuk bayaran tahun ke3.
Baki RM772 simpan.

*Tahun 3*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,228 untuk bayaran tahun ke 4.
Baki RM772 simpan.

*Tahun 4*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,228 untuk bayaran tahun ke5.
Baki RM772 simpan.

*Tahun 5*
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000
Stop selepas 5 tahun. Hasil dividen tahun ke 5 tidak diusik.

*Hasil Simpanan*

Jumlah Dividen Selepas 5 tahun;
772+772+772+772+10,000 = RM13,088

Jumlah Prinsipal;
Nilai sijil - baki hutang (anggaran)
200,000-187,329 = RM12,671

Jumlah simpanan;
13,088 + 12,671 = RM25,759โœ“

โš ๏ธ Hasil simpanan menjadi hampir 3 kali ganda modal yang dikeluarkan dalam masa 5 tahun sahaja. Kalau dibiarkan duit RM9,228 tu berkembang cara biasa dengan kadar 5.0% setiap tahun, hasil selepas 5 tahun lebih kurang RM11,777 sahaja. So nak pilih RM25K atau RM11K?

_*Nota: Pengiraan berdasarkan dividen 5.0% dan interest 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza*_

Buatkan teknik ini untuk setiap anak yang sudah cukup umur 18 tahun. Selepas 5 tahun, anak dah ada cash lebih kurang RM25K. Apa yang boleh dimanfaatkan?

1. Boleh buat deposit untuk beli rumah.
2. Boleh buat duit kahwin.
3. Boleh buat modal bisnes.
4. Boleh buat duit pergi umrah satu keluarga.
5. Boleh beli kereta cash, so anak-anak tak perlu berhutang nanti.
6. Boleh beli emas..dan lain-lain lagi...

p/s: Kalau mak/ayah nak ambil balik pun boleh duit tu... hehehe

โš ๏ธ Bagi yang berminat nak buat simpanan boleh terus wasap saya;

http://wasap.my/601110090729/SubmissionNovember
*ADA CASH RM10,000. Nak untung setahun RM500 atau nak untung setahun RM3,000?*

โš ๏ธ Teknik ini sesuai untuk sesiapa yang dah ada simpanan cash dan berhasrat untuk tidak menggunakan duit tersebut dalam masa terdekat. Simpan cara biasa slow sangat duit tu berkembang. Nak buat modal niaga, tak pandai. Jadi, boleh la cuba cara yang super power ni bagi duit tu cepat berkembang.

Pilihan di tangan masing-masing. Saya cuma tunjukkan caranya.

_*KITA BUAT KIRA-KIRA BERDASARKAN DIVIDEN 5.0% SAHAJA*_

*Simpanan ASB Biasa*

โ˜‘๏ธKalau simpan RM10,000 cara biasa, andai dividen 5.0%. Setahun akan dapat 5.0% x 10,000 = RM500.

โ˜‘๏ธJika modal dan dividen tidak diusik selama 3 tahun. Jumlah keseluruhan dividen bersamaan RM1,576.

โ˜‘๏ธUntung RM1,576 selama 3 tahun.

โ˜‘๏ธPurata keuntungan setahun = 1,576/3 = RM525โœ“

Lebih kurang RM525 sahajaโ€ผ๏ธ

*Simpanan Menggunakan Sijil ASBF*

Kalau ada RM10,000, gunakan RM9,240 sahaja sebagai modal. Lebihan RM760 boleh simpan. Dengan modal RM9,240 anda boleh memiliki sijil ASBF RM200K. Anda gunakan teknik ROLLING DIVIDEN selama 3 tahun.

โœ”๏ธBayaran bulanan RM770
โœ”๏ธBayaran Setahun RM9,240
โœ”๏ธYuran proses RM60 (Bayar sekali sahaja)

*Tahun 1:* 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk tahun ke-2. Baki RM760 simpan dalam ASB.

*Tahun 2:* 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk tahun ke-3. Baki RM760 simpan dalam ASB.

*Tahun 3:* 5.0% x 200K = RM10,000
Andaikata gameplan 3 tahun sahaja, maka dividen dapat full RM10,000. Tak perlu bayar untuk tahun ke-4.

*Hasil selepas 3 tahun;*

Dividen
= 760 + 760 + 10,000
= RM11,520โœ“

Prinsipal
= 200,000 - 192,750
= RM7,250โœ“

*Total = 11,520 + 7,250 = RM18,770โœ“*

*Keuntungan untuk 3 tahun:*
RM18,770 - RM9,240 = RM9,530

*Purata Keuntungan untuk setahun:*
9,530 / 3 = RM3,176 setahunโ€ผ๏ธ

Perbandingan dengan ASB Biasa:

3,176 / 525 = 6 kali ganda

*Maka teknik ini memberikan pulangan keuntungan hampir 6 kali ganda berbanding simpanan cara biasa.*

*[Kiraan berdasarkan dividen ASB 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]*

*_Kita tak semestinya perlu ada RM9,240. Kalau ada kurang pun boleh juga buat teknik ni. Contohnya:_*

Ada modal RM6,930 - sijil 150K
Ada modal RM4,620 - sijil 100K
Ada modal RM2,310 - sijil 50K

_Kalau ada simpanan kat Tabung Haji pun boleh buat mcm ni. Keluarkan sekejap 3-5 tahun. Lepas duit dah berkembang, transfer semula ke TH. Lagi cepat duit berkembang._

Contoh ada RM4,620 dalam TH, gunakan teknik di atas untuk kembangkan duit cara cepat. Anggaran hasil selepas 3 tahun dapat lebih kurang RM9K lebih. Lepas 3 tahun, transfer semula ke dalam TH. Kalau simpan cara biasa dalam TH, mungkin hasil selepas 3 tahun hanya RM5,350 jika dividen setiap tahun 5.0%.

Kalau yang dok simpan duit dalam akaun simpanan biasa tu, lagi rugi. Duit tak berkembang langsung โ€ผ๏ธ

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Untuk permohonan dan pertanyaan lanjut, boleh terus wasap ke;

http://wasap.my/601110090729/SubmissionNovember

*Promosi Terkini Rate 3.45% untuk bulan November 2021 masih available*
"Dulu masa bisnes tengah top, mmg masyuk. Macam-macam saya ada. Tapi sekarang bisnes drop, langsung takde apa dah."

Pernah dengar ayat mcm ni kan?

Berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yg saya nampak di keliling saya sejak mula bisnes 2006 dulu, ini yg berlaku:

1. Dari pekerja makan gaji berpendapatan 2k sebulan, bila buat bisnes dapat income 20k, mmg langsung tak pelik.

2. Bisnes tak payah nak ikut tangga gaji naik setingkat-setingkat. Dia mmg boleh pecut dari 2k kepada 20k, even ke 200k sekalipun.

3. Cuma ramai ingat, 20k sebulan tu akan kekal dan menaik, lagi dan lagi. Jarang dipikirkan mcm mana kalau lepas ni dah tak dapat 20k?

4. Kalau sebelum ni gaji 2k, kita cope dengan lifestyle 2k. Beli apa yg mampu dalam range 2k saja sebulan. Alhamdulillah, hidup jugek.

5. Bila income dah 20k, tetiba 2k terus jadi mcm tak cukup. Secara tiba-tiba, lifestyle terus bertukar hingga terbiasa belanja 15k sebulan.

6. Dalam hati kita, oklah tu income 20k belanja 15k. Ada baki 5k saving. Sebelum ni langsung takde simpanan.

7. Sebab bagi kita, penat-penat kerja mestilah nak reward diri sendiri kan? Kalau kita tak spend duit kita, sape lagi nak spend?

8. Jangan ditanya mcm mana boleh spend 15k sebulan. Nak upgrade lifestyle ni tak susah pun.

9. Kalau sebelum ni masak hari-hari, bila income besar Grab Panda hari-hari. Situ saja 3k sebulan is quite easy.

10. Kalau sebelum ni kereta biasa, bila income besar terus angkat kereta mewah. Loan tarik 9 tahun supaya tak terasa bayar bulan-bulan. Dengan harapan 9 tahun lagi income tetap 20k jugak.

11. Kalau sebelum ni nak beli barang mahal, kena tunggu gaji hujung bulan, tolak byr komitmen, ada baki baru beli. Skrg hari-hari pun boleh beli. Nak apa, tekan saja di shopee.

12. Sebelum ni elok je pakai jam pasar malam, income 20k mesti nak kena beli jam ribu-ribu. Padahal tak tengok pun jam sgt. Meeting tetap lewat berjam-jam walaupun jam tangan super branded.

13. Tu belum kira lagi barang-barang rumah semua nak kena upgrade. TV, mesin basuh, peti ais, vacuum, blender semua nak kena yg branded.

14. Kita rasa saving 100k tu dah cukup banyak la. Yes, nampak mcm byk (better than before). Tapi sebenarnya kita lupa, yg makan saving kita tu balik adalah lifestyle kita sendiri.

15. Bukan senang nak downgrade lifestyle dari 20k ke 2k sebulan balik semula. Bukan senang! Dia lagi susah dari masa income 2k dulu, sebab kita dah biasa rasa senang.

16. Contoh ada saving 100k, tapi dah biasa belanja 10k sebulan. In case bisnes drop, tak semestinya on the spot boleh naik balik. Kadang-kadang makan masa berbulan-bulan. Silap gaya tak naik-naik.

17. Kalau kita biasa dgn lifestyle 2k sebulan, secara teorinya simpanan 100k kita ada tu boleh la bertahan 4 tahun in case langsung takde income masuk.

18. Tapi kalau biasa dgn 10k, means 10 bulan je dpt bertahan. Setiap bulan tarah dari saving, lama-lama habis jugak. Saving dari 100k jadi 0, langsung tak pelik.

19. Benda yg ramai tak buat waktu senang dulu, adalah create 'ibu duit'. Sambil kekalkan lifestyle 2k makan gaji tadi tu, bakinya lebih fokus kepada sediakan tangki yg cukup besar utk tampung lifestyle akan datang, in case anything happen.

20. Ini saya belajar dari mentor saya sejak 2006 dulu. Delay gratification. Cara selamat dan steady nak belanja lebih tanpa rasa tergugat sgt, guna duit dividen atau apa-apa passive income lain. Bukan guna duit hard earn income.

21. Antara contoh passive income tu mcm dividen Tabung Haji, ASB, duit sewa rumah (baki lepas tolak loan bank) dan banyak lagi lah. Ni kena carilah mana yg sesuai dgn diri sendiri.

22. Cth saving 500k, dividen katakan 4%, means 20k setahun. Lebih kurang RM1800 sebulan passive. Nak increase lifestyle pun, range RM1800 je.

23. Dividen ASB tu contoh saja. Ada byk la lagi benda boleh create passive income atau jaga nilai duit kita mcm emas dsb. Ini kena belajar pakar kewangan.
24. Saya bukan pakar kewangan, cuma saya faham konsep ni. Saya praktis konsep ni. Saya share supaya kita fikir semula setiap kali nak upgrade lifestyle, especially time skrg ni yg penuh uncertainties dgn harga barang mencanak naik.

cc Nora Azmin

#share
#UmairahFazli
*PROMOSI ASBF BULAN DISEMBER 2021*

Good News... Promosi ASBF rate 3.45% diteruskan bagi bulan Disember 2021. Detail seperti di bawah;

โœ… *Islamic Financing*
โœ… *Tiada lock in period - Boleh terminate anytime.*
โœ… *Takaful optional - Boleh pilih. Kalau nak, boleh tambah.*
โœ… *Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70 maksimum. Boleh guna formula 70 - umur sekarang.*
โœ… *CCRIS PTPTN boleh lulus*
โœ… *CTOS Kurang daripada RM3000 boleh lulus*
โœ… *High komitmen boleh lulus kalau ada cash untuk bayaran 12 bulan.*
โœ… *Kelulusan segera*

*Rate 3.45%*

200K - RM769
190K - RM731
180K - RM692
170K - RM654
160K - RM616
150K - RM577
140K - RM539
130K - RM500
120K - RM462
110K - RM423
100K - RM385
90K - RM346
80K - RM308
70K - RM270
60K - RM231
50K - RM193

*Rate 3.7%*

40K - RM160
30K - RM120
20K - RM80
10K - RM40

๐Ÿ‘‰Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan boleh wasap saya segera.


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *Cover satu Malaysia.*

๐Ÿ“Œ High commitment boleh lulus kalau ada cash untuk bayar setahun terus. Tak semua bank boleh buat macam ni.

๐Ÿ“Œ CCRIS PTPTN saya boleh tolong luluskan.

๐Ÿ“Œ CTOS kurang dari RM3,000 boleh lulus.

๐Ÿ“Œ Gaji minimum RM1,000 dah boleh apply.

๐Ÿ“Œ Tiada slip gaji boleh apply.

๐Ÿ“Œ Kalau dah pernah apply tapi kena reject, boleh cuba submit semula. Kita guna document dan cara yang betul.

Klik je link di bawah untuk submit document;

http://wasap.my/601110090729/SubmissionDisember
๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ

โœ”๏ธ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š.
Masa terbaik ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan. Tambahan pula, harga emas sedang elok rendah hari ini iaitu rm261/g.

โœ”๏ธ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐˜‚๐—ถ๐˜.
Emas adalah duit sebenar. Nilainya ditentukan oleh berat dan ketulenannya. Semakin berat dan tinggi ketulenan emas tersebut semakin mahal harganya.

Sebagai contoh Dinar Emas pernah digunakan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu.

โœ”๏ธ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฒ.
Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa peratus dari harga pembelian kita. Namun spread value mungkin jadi seolahยฒ 'tiada' jika berlaku kenaikkan harga emas semasa. Tahukah anda maksimum spread value jongkong emas di Publicgold adalah 9%?

โœ”๏ธ๐—š๐—ผ๐—น๐—ฑ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ/๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ธ.
Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak. Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri. Ada sesetengah bank atau ArRahnu, yang perlu buka seal emas anda. Oleh itu jika anda berniat untuk pajak emas anda, pilihlah jongkong Bungamas yang mesra ArRahnu.

โœ”๏ธ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€.
Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 3-5 tahun keatas. Seperti dana untuk membeli rumah, dana perkahwinan dan juga dana untuk membayar semula hutang pendidikan anda.

โœ”๏ธ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐˜‚๐—ถ๐˜.
Tidak kiralah ketika itu harga emas turun atau naik. Jika kita rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun ketika kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir adalah lebih rugi kita tidak menyimpan emas kerana belum tentu kita mampu menyimpan duit sebanyak mana kita menyimpan emas.

https://publicgold.me/mairaumairah

#UmairahFazli
#Gold
#BijakEmas
Hari ini nak share perkongsian seorang dealer yang boleh membuka mata kita tentang simpanan berbentuk matawang dibandingkan dengan simpanan dalam bentuk emas.

==> Apa kata beliau?
Kumpul dana buat rumah guna emas lebih untung berbanding guna duit.

Pengalaman saya Allah izinkan tahun 2017 saya bina sebiji rumah sewa (3 bilik 2 bilik air) dengan modal kasar sebanyak RM55,000.

Macamยฒ kaedah untuk kumpul dana buat rumah sewa ni. Guna duit simpanan, pembiayaan peribadi, dan juga emas goldbar.

Pada awal tahun 2021, saya minta harga daripada kontraktor yang sama buat rumah sewa saya dulu. Dia maklumkan, untuk buat rumah sewa yang sama waktu ini harganya RM75,000.

Naik 50% berbanding tahun 2017 masa saya buat rumah sewa.

Rentetan daripada harga barang binaan makin mahal, dan upah pekerja yang berbeza sedikit berbanding sebelum ini.

Apa yang saya nak kongsikan adalah, apa kaitan bina rumah dengan guna emas?

1. Kena akui harga barang binaan seperti pasir, batu, besi dan lainยฒ makin lama akan makin mahal. Kesan daripada inflasi.

2. Jika kita fokus untuk kumpul duit, kita kena akui bahawa duit RM55,000 sudah tak cukup untuk buat rumah sewa yang sama seperti tahun 2017. Sebab dah makin mahal.

3. Cuma jika kita simpan dana rumah tersebut dalam bentuk emas. Kita masih dapat bina rumah dengan modal yang sama.

Ini kiraan jika kita gunakan emas sebagai dana buat rumah.

Tahun 2017 : RM55,000 (300 gram emas 999)
Tahun 2021 : RM75,000 (300 gram emas 999)

4. Ini menunjukkan kemampuan 300 gram pada tahun 2017 mampu bina sebiji rumah. Kini tahun 2021, dengan 300 gram yang sama masih boleh bina sebiji rumah.

5. Sebab itu, mudah bagi kita untuk fokus dan simpan dana bina rumah tersebut dalam bentuk emas 999. Cukup 300 gram pada bilaยฒ tahun pun mampu untuk buat dana bina sebiji rumah.

6. Selain emas sebagai alat simpanan yang mengandakan duit kita. Emas juga dapat mengekalkan kuasa beli kita dalam sepanjang zaman (1 dinar seekor kambing).

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kepada yang belum mula, boleh klik link di bawah untuk daftar percuma dan mulakan simpanan emas serendah RM100.

https://publicgold.me/mairaumairah
*ILMU PELABURAN: RULE OF 72*

Rule of 72 digunakan untuk mengira tempoh yang diambil untuk sesuatu simpanan secara lump sum (sekaligus) berganda sebanyak dua kali.

*Formula*
Tempoh simpanan = 72 / peratus dividen

Sebagai contoh,

1โƒฃ Jika kita memiliki cash sebanyak RM10,000 dan kita berhajat untuk menggandakan wang kepada RM20,000. Simpanan di dalam A$B biasa (anggaran dividen 5%) memerlukan masa selama:

72/5 = 14.4 tahunโœ”

2โƒฃ Jika disimpan di dalam dana yang memberikan pulangan 10% setahun, masa yang diambil adalah:

72/10 = 7.2 tahunโœ”

3โƒฃ Tapi jika kita lebih bijak, kita hanya perlukan masa lebih kurang 3 tahun sahaja menggunakan teknik manipulasi A$B.

*_Ya, 3 tahun sahaja bro!!!_*

Macam mana tu? ๐Ÿค”

โœ“ Guna Teknik Rolling Dividen je bro...

*Contoh:*

โ–ชASBF 200K
โ–ชRate 3.45%
โ–ชTempoh 40 tahun
โ–ชBulanan RM770
โ–ชTahunan RM9,240 (Modal Setahun)
โ–ชAnggaran Dividen = 5.0% setahun

๐Ÿ”บ _Tahun 1_

Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk setahun, baki RM760 simpan.

๐Ÿ”บ _Tahun 2_

Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk setahun, baki RM760 simpan.

๐Ÿ”บ _Tahun 3_

Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000 (Stop)

โ–ชJumlah dividen terkumpul:
760 + 760 + 10,000 = RM11,520โœ“

โ–ชJumlah prinsipal terkumpul:
Baki hutang selepas 3 tahun (36 bulan) lebih kurang RM192,750 (Boleh rujuk loan calculator).

200,000 - 192,750 = RM7,250โœ“

โ–ชHasil keseluruhan:

11,520 + 7,250 = RM18,770โœ“

*Dalam masa 3 tahun sahaja, kita boleh kembangkan duit lebih kurang 2 kali ganda.*

Kalau ikutkan rule of 72,

*[Annual Return = 72 / tahun]*

= 72/3
= 24%โœ“

Maka, keuntungan teknik di atas bersamaan dengan hasil simpanan di tempat yang memberikan keuntungan 24% setahun. Ok la kan??

_Kiraan berdasarkan dividen 5.0% dan bank profit 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza._

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

โš ๏ธ *Rate ASBF terkini = 3.45% utk 50K ke atas. Memang murah yakmat.*

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching A$BF secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

http://wasap.my/601110090729/ASBFRule72
โœ… Formula Beli Kereta.

Berhati - hati bila buat hutang pertama. Hutang ini akan bawa kesan besar pada keadaan kewangan kita yang seterusnya.

Hutang kereta. Ini antara hutang yang kebanyakan kita ada. Ini hutang paling anak muda suka apabila mula bekerja.

Tidak salah untuk beli kereta tapi kebanyakannya terbeli kereta yang salah.

Kebanyakan bank akan luluskan ansuran bulanan loan kereta yang bersamaan 30% dari gaji kita.

Cuba follow tips ni untuk elak kita menyesal beli kereta di kemudian hari:

1. Survey harga & ansuran kereta yang kita nak beli.

2. Kenalpasti kos-kos wajib yang diperlukan bila membeli kereta yang kita inginkan.Minta nasihat dari jurujual kereta.

- Contoh seperti bayaran ansuran bulanan, kos petrol, maintenance, insuran, roadtax dan lain-lain lagi.

- Dapatkan nasihat dari rakan yang telah miliki model yang sama atau joint forum kelab kereta model tersebut.

- Kadang - kadang ada โ€œkos tersembunyiโ€ yang tidak diceritakan semasa kita melawat showroom kereta tersebut.

3. Senaraikan kos tambahan yang perlu kita sediakan seperti kos parking, car wash , major maintenance.

4. Selepas tahu jumlah perbelanjaan yang terlibat pada item di No. 2 & 3, lihat berapa gaji bersih di tangan yang anda selepas tolak dengan gaji kasar kita.

5. Baki ini yang akan kita gunakan untuk belanja harian kita. Baki ini juga yang bakal tentukan samada kita bakal gembira atau sesak sementara menunggu gaji seterusnya.

- Baki bersih ni yang akan kita gunakan untuk makan,belanja harian, elaun mak ayah dikampung, bil telefon, simpanan kahwin dan lain-lain lagi.

- Jika selepas tolak kos-kos ini buatkan kita mampu tersenyum, ini petanda kereta itu jodoh kita, jika sebaliknya, tangguhkan dulu sementara.

- Jika tak mampu bertahan juga, cuba cari model yang sepadan dengan tebal poket kita.

6. Bila dah rasa puas hati & rasa ada kemampuan selepas buat kira-kira, barulah hantar permohonan loan kereta kita.

Loan pertama yang kita buat bakal bawa impak besar kepada kewangan & sebesar mana kemampuan simpanan kita.

Hutang yang salah akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Kita risau dimasa genting sebegini, kad kredit & pinjaman peribadi pula bakal menjadi peneman.

Orang akan nampak kita bijak bila kita beli kereta yang buatkan kita seronok bekerja & bertambah kaya. Bukan yang buatkan kita mengeluh & asyik meminjam saja.

https://linktr.ee/maira_umairahfazli

#UmairahFazli
#share