Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.06K photos
57 videos
548 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
ORANG BIJAK MENABUNG,
ORANG BOROS MENYESAL

Pepatah "Orang bijak menabung, orang boros menyesal" membawa makna yang mendalam tentang pentingnya pengurusan kewangan yang bijaksana.

Orang yang bijak menyedari bahawa hidup penuh dengan ketidak pastian dan mereka menabung demi masa depan yang lebih tenang dan stabil.

Mereka mempunyai disiplin yang kuat demi mencapai kebebasan kewangan serta tidak bergantung pada orang lain atau terjerat hutang ketika menghadapi masalah kewangan

Orang yang boros pula cenderung
untuk menghabiskan wang untuk hal-hal yang tidak perlu, tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Jika berlaku apa - apa musibah, mereka tidak memiliki dana yang cukup dan terjerat dengan hutang, yang dapat menimbulkan stres dan masalah kewangan yang serius.
  
Pada akhirnya, orang boros akan menyesali tindakan mereka ketika menyedari bahawa mereka tidak memiliki apa pun untuk masa depan.

Jadi, belajarlah untuk hidup berjimat cermat, bijaksana dalam mengurus kewangan, dan merancang masa depan.

Menabung adalah pelaburan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat menghindari penyesalan di kemudian hari dan mencapai kebebasan kewangan

#PG1M
Gais.

Selagi perang perdagangan antara US dan negara-negara lain masih berlaku, pelabur akan memilih emas sebagai aset selamat.

Jadi potensi emas naik masih lagi tinggi.

Ringkasan untuk hari ini (13/3/2025)

Presiden Trump telah mengenakan tarif 25% ke atas import keluli dan aluminium dari Kanada dan Mexico, serta duti tambahan 10% ke atas barangan dari China.

Ia telah meningkatkan ketegangan perdagangan global secara mendadak.

Langkah ini, berkuat kuasa mulai 12 Mac, bertujuan untuk mengurangkan defisit perdagangan AS dan merancakkan semula industri pembuatan domestik.

Sebagai tindak balas, Kesatuan Eropah dan Kanada telah mengumumkan tarif ke atas produk Amerika seperti wiski bourbon, bot, dan motosikal, yang secara keseluruhan memberi kesan kepada sekitar $28 bilion eksport AS.

China juga telah mengenakan tarif ke atas barangan AS, yang semakin memburukkan keadaan.

Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan dalam pelbagai industri, terutamanya automotif dan pertanian, yang boleh menyebabkan harga pengguna meningkat dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Pasaran kewangan telah menunjukkan reaksi negatif, mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap konflik perdagangan yang semakin meruncing.

Tarif ini juga telah merenggangkan hubungan dengan rakan dagangan utama AS, menyebabkan Kanada dan Mexico mempertimbangkan semula strategi ekonomi mereka serta pergantungan terhadap pasaran AS.

Keadaan ini masih berubah-ubah, dengan rundingan yang sedang berlangsung dan kemungkinan tindakan balas tambahan dijangka berlaku.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
13/3/2025
Gais.

Malam nie harga emas naik lagi.

Sebabnya?

Bahang daripada ancaman perang perdagangan antara US, Euro, Kanada dan Perancis.

Kanada dan EU membalas tarif US terhadap aluminium dan besi.

Lepas tu Trump mengancam mengenakan tariff 200% ke atas semua alkohol yang diimport daripada EU.

Ini kerana EU mahu mengenakan tariff terhadap Whiskey daripada US.

Kesimpulan, kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan niaganya menyebabkan pelabur lari kepada emas.

Simpan emas dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ gais.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
13/3/2025
Gais.

Hari Jumaat yang lepas, buat kali pertama dalam sejarah harga emas telah memecahkan harga 3000++ USD.

Selepas itu, harga emas mulai jatuh dan pada hari Sabtu, ia ditutup pada harga 2986.65 usd / Oz.

Apa sebabnya?

First sekali, ini adalah disebabkan rintangan teknikal dan pengambilan keuntungan oleh pelabur.

1. Rintangan Psikologi yang kuat pada harga $3,000.

Paras harga bulat seperti $3,000 sering menjadi rintangan psikologi kerana ramai pedagang meletakkan pesanan jual di tahap ini.

Apabila emas mencecah $3,000 ++ ia mencetuskan gelombang tekanan jualan daripada pedagang yang ingin mengunci keuntungan selepas kenaikan harga emas yang besar.

2. Pengambilan keuntungan oleh pelabur yang membeli emas untuk jangka masa pendek.

Pedagang yang telah membeli emas pada harga lebih rendah mengambil kesempatan untuk menjual dan merealisasikan keuntungan apabila harga melonjak melebihi $3,000.

Tekanan jualan ini menyebabkan harga emas kembali menurun sebelum pasaran ditutup pada hari Sabtu.

3. Kekurangan momentum belian yang kuat selepas harga mencecah 3000 USD. Untuk emas bertahan di atas $3,000, ia memerlukan sokongan belian yang besar, terutamanya daripada pelabur institusi.

Kegagalan harga emas untuk kekal di atas $3,000 menunjukkan minat belian semakin berkurangan selepas paras itu dicapai.

4. Pengurusan risiko sebelum pasaran ditutup pada hujung minggu.

Sesetengah pedagang dan dana pelaburan mengurangkan pegangan mereka sebelum hujung minggu untuk mengelakkan risiko ketidaktentuan pasaran semasa pasaran ditutup.

Ini menyebabkan lebih banyak jualan sebelum pasaran ditutup, menolak harga emas ke bawah.

Kesimpulan:

Kegagalan menutup di atas $3,000 bukan petanda bahawa harga emas akan jatuh lebih jauh.

Ini berkemungkinan hanya pembetulan teknikal (technical pullback) sebelum satu lagi percubaan untuk menembusi paras $3,000 secara kekal.

Emas mendapat sokongan di sekitar $2,980, jadi kemungkinan ia akan mencuba untuk naik semula dalam sesi dagangan minggu hadapan.

Gais.

Minggu depan kita boleh pantau lagi pergerakan harga emas.

Samada ia akan cuba pecahkan balik harga 3000 USD / Oz atau akan berlaku penurunan minggu depan.

Harga emas sangat strong uptrend sekarang.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
https://www.facebook.com/share/1BmJBJDKku/

Gais.

Customer saya beli 50g ini tahun 2022.
Harganya RM13,700

Hari ini 26/3/2025, dia urgent nak pakai duit.

Dia jual harga RM21,428.00

Berapa untung bersih? RM7728.

Alhamdulillahโ€ฆ.. member boleh beraya sakan ๐Ÿคญ

Itulah cara untung dengan emas gais.

Bila harga naik, jual aja untuk dapat tunai.

Straightforward.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
26/3/2025
Gais,

Presiden US, Donald Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengenakan tariff sebanyak 25% terhadap semua kereta yang diimport.

Ini adalah perkembangan perang perdagangan yang terbaru.

Saham-saham syarikat pembuat kereta di luar US jatuh sejurus selepas pengumuman tersebut.

Bank of America membuat jangkaan bahawa harga emas bakal mencecah USD3500 / Oz dalam masa 2 tahun lagi.

Tapi saya rasa, tak sampai 2 tahun kot.

Kesimpulan, sekarang emas berada dalam trend kenaikan. Ini adalah gara-gara kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan dagangannya.

Selain itu, permintaan daripada bank pusat, China dan industri insurans China dijangka menyumbang kepada permintaan emas.

Kepada penyimpan emas, kita fokus dan istiqamah sahaja.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
27/3/2025
Analisis teknikal harga emas (ringkasan) 1/4/2025

Time frame untuk jam, harian, mingguan dan bulanan adalah STRONG BUY.

Antara sebabnya adalah pengumuman yang bakal dibuat oleh Trump esok.

Trump telah menetapkan 2 April sebagai โ€œHari Pembebasan,โ€ yang menandakan permulaan tarif baharu untuk mengurangkan kebergantungan AS terhadap barangan import.

Tarif โ€œtimbal balasโ€ ini bertujuan untuk menyamakan cukai yang dikenakan oleh negara lain ke atas produk AS.

Ia berkemungkinan memberi kesan kepada import dari negara seperti Korea Selatan, Brazil, dan India, terutama dalam sektor automotif dan tenaga.

Pelaksanaan tarif ini boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global dengan meningkatkan harga pengguna dan mengganggu rantaian bekalan.

Ahli ekonomi meragui keberkesanan dasar ini, kerana ia berpotensi menyebabkan kenaikan kos kepada pengguna tanpa menyelesaikan masalah defisit perdagangan AS.

Pasaran kewangan telah mengalami ketidaktentuan menjelang โ€œHari Pembebasan.โ€

Indeks utama seperti S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average turun naik, manakala pasaran global turut mengalami kejatuhan.

Pelabur bimbang tarif ini boleh menyebabkan inflasi meningkat dan pertumbuhan ekonomi US menjadi perlahan.

Pemimpin antarabangsa turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesan gangguan terhadap ekonomi global, dengan sesetengah negara bersedia mengambil langkah balas.

Sebagai contoh, Presiden Brazil, Luiz Inรกcio Lula da Silva, merancang untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan global.

Perniagaan dan pengguna US bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga dan ketidakstabilan pasaran.

Gais.

Sebarang ketidakstabilan akan menyebabkan pelabur memilih emas.

Kita akan lihat harga emas akan terus naik ๐Ÿ“ˆ

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Gais.

Goldman Sachs telah menaikkan ramalan harga emas untuk penghujung tahun 2025 kepada USD $3,700 per auns, berbanding ramalan sebelum ini iaitu USD $3,300.

Kenaikan ini didorong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada bank-bank pusat serta peningkatan aliran masuk ke dalam dana dagangan bursa (ETF) emas, terutamanya ketika risiko kemelesetan ekonomi semakin meningkat.

Bank pelaburan tersebut juga menjangkakan harga emas akan berada dalam julat dagangan sekitar USD $3,650 hingga $3,950 sepanjang tahun tersebut.

Jika kemelesetan benar-benar berlaku, aliran masuk ke dalam ETF emas dijangka akan bertambah dan ini boleh melonjakkan harga emas kepada USD $3,880 per auns menjelang akhir tahun.

Sekiranya pembelian emas oleh bank-bank pusat mencecah purata 100 tan sebulan, harga emas berpotensi untuk meningkat kepada USD $3,810 per auns.

Institusi kewangan lain turut berkongsi pandangan yang optimis.

UBS dan Bank of America masing-masing telah menaikkan ramalan harga emas mereka kepada USD $3,500, dengan alasan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global yang semakin meningkat.

Kesimpulannya, ramalan harga emas yang semakin tinggi ini mencerminkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi, peningkatan permintaan daripada bank pusat, dan minat pelabur terhadap emas sebagai aset selamat.

Kesimpulan, emas berpotensi untuk menaik banyak lagi sehingga hujung tahun ini.

Simpan emas dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! ๐Ÿ”ฅ

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara ๐Ÿ“ˆ

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

Buat masa nie, takde.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
16/4/2025
Gais.

Ada orang tanya saya, harga emas sekarang dah tinggi.

Boleh ke harga emas naik lagi tinggi?

Baik, ini adalah analisis peribadi saya berdasarkan data-data yang lepas.

Baik, first sekali jom kita lihat sejarah harga emas ketika penggal pertama Trump menjadi Presiden US.

Tarikhnya adalah 20/1/2017 sehingga 20/1/2021 (4 tahun)

Tarikh 20/1/2017, harga emas adalah sekitar $1,209.09 per troy Oz.

Tarikh 20/1/2021 pula, harga emas adalah sekitar $1,870.03 per teoy Oz.

Ini adalah kenaikan 54.67% dalam tempoh 4 tahun.

Ketika penggal pertama ini, antara peristiwa besar adalah Trump telah memulakan perang perdagangan dengan Cina dan berlakunya wabak COVID-19.

Selepas tu Joe Biden menjadi presiden.

Kemudian pada bulan 11, 2024 Trump menang pilihanraya presiden.

20/1/2025 Trump angkat sumpah sebagai presiden US buat kali kedua.

Jadi bermulalah penggal kedua pemerintahan Trump sebagai presiden US ke 47.

Pada 20/1/2025, harga spot emas berada pada sekitar $2,708.29 USD per auns troy.

Pada 20/4/2025, harga spot emas ditutup pada kira-kira $3,317.23 USD per auns troy, menandakan paras tertinggi baharu dalam sejarah pasaran emas.

Ia adalah kenaikan 22.49% dalam masa hanya 3 bulan. Banyak tu gais.๐Ÿ“ˆ

Jadi, Trump masih ada masa sebanyak 3 tahun 9 bulan untuk berkuasa.

Jadi apa pendapat saya?

Pada pendapat saya, penggal kedua Trump ini, harga emas akan meneruskan trend peningkatan harga.

Apa sebabnya?

1. Sifat president Trump yang tidak boleh diramalkan (unpredictable) menyebabkan pasaran huru-hara.

Beliau melancarkan perang perdagangan dengan semua kawan dan lawan US.

Ini boleh menyebabkan ketidakstabilan ekonomi seluruh dunia.

Krisis perang perdagangan dengan China adalah yang paling buruk pada ketika ini.

2. Trump mahukan kadar faedah yang lebih rendah ketika pemerintahannya.

Kadar faedah rendah menyebabkan US Dollar hilang daya tarikan di mata pelabur dan menyebabkan emas dilihat lebih menarik.

3. Trump sekarang sedang bertelagah dengan chairman Fed iaitu Jerome Powell.

Trump dilihat mahu memecat Jerome Powell kerana tidak mendengar pendapat Trump yang mahukan kadar faedah diturunkan.

Pertelagahan ini mampu menyebabkan market kurang stabil. Harga emas akan naik jika pertelingkahan ini semakin besar dan hangat.

Gais.

Secara peribadi, saya berpendapat harga emas berada dalam trend menaik ketika zaman pemerintahan kedua Trump.

Jadi kita ada masa 4 tahun gais untuk simpanan emas dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

Penafian: Ini adalah analisis peribadi ye. Saya tidak akan bertanggung jawab jika anda terpaksa kaya kerana membeli emas.

Sila buat analisa sendiri sebelum anda membeli dan menyimpan emas.

Sekian, harap maklum.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
#JanganTungguLagi
SIMPAN EMAS BANTU KAWAL NAFSU BELANJA

Kadang-kadang bila ada duit tunai lebih, tangan ni gatal je nak belanja. Tapi bila kita tukar duit tu jadi emas, automatik rasa sayang nak jual.

Sebab tu emas ni boleh bantu kita kawal nafsu berbelanja. Bila emas ada depan mata, kita rasa puas tengok, tapi kita takkan mudah tergoda nak tukar balik jadi duit untuk dibelanjakan. Itulah kehebatan simpanan emas. Bukan sekadar lindungi nilai, tapi bantu kita latih disiplin kewangan

#PG1M
SIMPAN EMAS BANTU KAWAL NAFSU BELANJA

Kadang-kadang bila ada duit tunai lebih, tangan ni gatal je nak belanja. Tapi bila kita tukar duit tu jadi emas, automatik rasa sayang nak jual.

Sebab tu emas ni boleh bantu kita kawal nafsu berbelanja. Bila emas ada depan mata, kita rasa puas tengok, tapi kita takkan mudah tergoda nak tukar balik jadi duit untuk dibelanjakan. Itulah kehebatan simpanan emas. Bukan sekadar lindungi nilai, tapi bantu kita latih disiplin kewangan

#PG1M
๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆ & ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐Ÿ”ต Mutu 999 โ€“ 24Karat
๐Ÿ”ต Mutu 950 โ€“ 23Karat
๐Ÿ”ต Mutu 916 โ€“ 22Karat
๐Ÿ”ต Mutu 875 โ€“ 21Karat
๐Ÿ”ต Mutu 835 โ€“ 20Karat
๐Ÿ”ต Mutu 750 โ€“ 18Karat
๐Ÿ”ต Mutu 585 โ€“ 14Karat
๐Ÿ”ต Mutu 375 โ€“ 9Karat

๐˜ผ๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ž๐™ข๐™–๐™ ๐™จ๐™ช๐™™๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ?

โœ… Karat adalah ๐™จ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ข ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™–๐™ฃ๐™™๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™š๐™ข๐™–๐™จ. Contoh:

๐Ÿ“Œ Emas 23K: 23K bahagi 24K x 100 = 95.8% iaitu Mutu 958
๐Ÿ“Œ Emas 22K: 22K/24K x 100 = 91.6% iaitu Mutu 916
๐Ÿ“Œ Emas 18K: 18K/24K x 100 = 75% iaitu Mutu 750

๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™š๐™ข๐™–๐™จ ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ก๐™ช ๐™˜๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ?

๐Ÿ‘‰ Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu ๐™™๐™ž๐™˜๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ง ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™ค๐™œ๐™–๐™ข ๐™ก๐™–๐™ž๐™ฃ ๐™จ๐™ช๐™ฅ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ฉ๐™–๐™๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™–๐™จ๐™–๐™  ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™ ๐™ ๐™š๐™ง๐™–๐™จ. Semakin tinggi mutu emas 999 semakin lembut emas atau barang kemas

Kandungan dan ๐™ ๐™š๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™š๐™ข๐™–๐™จ sebagaimana berikut:

1๏ธโƒฃ ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต

๐Ÿ“Œ Mempunyai kandungan 99.9% emas tulen
๐Ÿ“Œ Dikenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
๐Ÿ“Œ Kebanyakkan berbentuk โ€˜gold barโ€™ dan ada juga berbentuk barang kemas tetapi lembut
๐Ÿ“Œ Emas 999 berwarna kekuning-kuningan

2๏ธโƒฃ ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿต๐Ÿญ๐Ÿฒ

๐Ÿ“Œ Mempunyai kandungan 91.6% emas tulen & 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
๐Ÿ“Œ Dikenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
๐Ÿ“Œ Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia

3๏ธโƒฃ ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿด๐Ÿฏ๐Ÿฑ

๐Ÿ“Œ Mempunyai kandungan 83.5% emas tulen & 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
๐Ÿ“Œ Dikenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)

4๏ธโƒฃ ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฌ

๐Ÿ“Œ Mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
๐Ÿ“Œ Dikenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K)
๐Ÿ“Œ Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras

5๏ธโƒฃ ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐Ÿฏ๐Ÿณ๐Ÿฑ

๐Ÿ“Œ Mempunyai kandungan 37.5% emas tulen & 62.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
๐Ÿ“Œ Dikenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K)
๐Ÿ“Œ Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
๐Ÿ“Œ Warnanya kemerah-merahan seperti tembaga

Semoga bermanfaat.

#pg1m
Ibarat bola salji yang bergolek. Semakin lama ia bergolek, semakin besar jadinya.

Begitulah juga dengan simpanan emas. Mulakan simpanan emas anda seawal mungkin. Setiap gram yang anda kumpulkan hari ini akan terus bertambah nilainya dari masa ke masa. Lebih lama anda menyimpan, lebih besar potensi keuntungan anda.

Kuncinya adalah KONSISTEN. Walaupun bermula dengan jumlah yang kecil, lama-kelamaan ia akan menjadi gunung emas yang kukuh.

Jangan tunggu lagi, mulakan "menggolek" bola salji emas anda hari ini!

#PG1M
#SimpananEmas
#MasaDepanKewangan #KonsistenItuKunci
*Gaji dah masuk?*

Tahniah! Saat ini lah kita rasa paling 'kaya' dan lega. Tapi, sebelum kita 'kaya' seketika dan poket kembali nipis di hujung bulan, jom kita amalkan satu strategi kewangan yang sangat powerful. Ini bukan sekadar tips biasa-biasa, tapi saranan yang selalu diulang oleh pakar-pakar kewangan di seluruh dunia!

Bayangkan ini: Setiap kali gaji masuk, asingkan segera 10% dari gaji anda, dan tukarkannya ke dalam bentuk emas fizikal. Ya, 10% emas!

โœจKenapa emas?
Duit kertas yang kita pegang sekarang, nilainya makin hari makin susut. Inflasi mencuri kuasa beli kita senyap-senyap. Barang makin mahal, tapi gaji kita sama saja.

Di sinilah emas memainkan peranan penting sebagai penyimpan nilai yang unggul. Emas sudah terbukti sepanjang zaman mampu mengekalkan dan malah meningkatkan nilainya dalam jangka panjang.

Jadi, bila anda tukarkan 10% gaji anda ke dalam emas setiap bulan, anda sebenarnya sedang:

๐Ÿ“Œ Melindungi kekayaan anda: Daripada nilai wang yang susut dek inflasi, emas akan bertindak sebagai benteng pertahanan.

๐Ÿ“Œ Membina tabungan jangka panjang: Tanpa sedar, anda sedang mengumpul aset berharga yang boleh jadi penyelamat di masa depan, atau sebagai dana persaraan yang kukuh.

๐Ÿ“Œ Mengamalkan disiplin kewangan: Ini adalah langkah proaktif yang sangat bijak untuk menguruskan wang anda, bukan hanya berbelanja sampai habis.

Jangan tunggu duit habis, baru nak fikir pasal simpanan. Jadikan ini tabiat yang tak boleh dilanggar. Gaji masuk, 10% terus ke emas. Ini bukan sekadar simpanan, tapi satu pelaburan untuk masa depan kewangan anda yang lebih terjamin dan kukuh.

Semoga bermanfaat โ˜บ๏ธ

#PG1M
Membina benteng kewangan peribadi perlukan disiplin dan konsisten macam usaha membina Tembok Besar China. Ia tak dibina sehari, tapi batu demi batu, sampai jadi benteng pertahanan kukuh yang mampu bertahan menjangkau ribuan tahun

Sama juga dengan simpanan emas. Nampak sikit, tapi bila konsisten, anda sebenarnya sedang membina "Tembok Emas" sendiri. Setiap gram emas, macam sebuah bata yang disusun kemas.

Lama-lama, "Tembok Emas" ni akan menjadi benteng kewangan yang melindung anda dari ekonomi yang tidak menentu dan inflasi.

Jadikan simpanan emas sebagai rutin, walaupun serendah 1 gram sebulan, walaupun serendah RM100 sebulan.

Ayuh, mula menyusun bata, membina tembok emas anda bersama saya!

#PG1M
Analisis harga emas 4/6/2025

Gais.

Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report.

Laporan ini boleh menggerakkan harga emas.

Menurut laporan yang keluar malam ini oleh ADP (Automatic Data Processing), kadar pengambilan pekerja sektor swasta di Amerika Syarikat bagi bulan Mei hanya meningkat sebanyak 37,000 pekerjaan sahaja โ€” ini adalah peningkatan paling rendah sejak tahun 2023.

Untuk ekonomi sebesar AS, angka ini sangat mengejutkan.

Laporan ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang mengalami kelembapan pertumbuhan.

Para majikan semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, dan ini biasanya menunjukkan mereka menjangkakan suasana ekonomi yang tidak menentu atau perlahan.

Bila ekonomi AS perlahan, apa yang biasanya berlaku?

โžก๏ธ Federal Reserve (bank pusat AS) mungkin akan mula mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah.

โžก๏ธ Nilai dolar AS akan melemah.

โžก๏ธ Permintaan terhadap aset selamat (safe haven) seperti emas akan meningkat.

Untuk pengetahuan anda, harga emas seringkali melonjak naik apabila kadar faedah rendah dan dolar melemah.

Ini kerana pelabur akan mencari alternatif yang lebih selamat dan stabil โ€” dan emas adalah antara pilihan utama.

Kepada anda yang menyimpan atau melabur dalam emas fizikal โ€” seperti jongkong emas, dinar, atau barang kemas pelaburan โ€” inilah masanya untuk terus menyimpan dengan konsisten.

Jika anda sudah menyimpan, tahniah! Anda berada dalam landasan yang betul.

Jika anda masih belum mula, sekarang ialah waktu terbaik untuk mula ambil langkah pertama.

Ingat, pelaburan emas bukan sekadar tentang โ€œbeli murah jual mahalโ€ โ€” ia juga tentang melindungi nilai kekayaan anda untuk jangka panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EmasNaik #PG1M
Simpan Emas Bukan Sekadar Simpanan.

Ia Latihan Senyap Untuk Minda Kewangan

Duit di tangan, memang senang HILANG.
Tapi bila ditukar kepada emas, kita mula belajar 3 benda penting:

โœ… Tahan nafsu belanja
โœ… Disiplin menyimpan
โœ… Fikir jangka panjang

Ajaibnya, emas bukan sekadar logam.
Ia cermin cara kita urus duit.

Ramai kata โ€œtak cukup duit nak simpanโ€...
tapi bila mula simpan emas walau RM100,
baru sedar rupanya selama ni duit cukup, cuma tak terurus.

Simpan emas,
bukan untuk kaya cepat, tapi untuk jadi lebih bijak setiap bulan.

Nak mula?
RM100 pun dah cukup untuk langkah pertama. Jom saya bantu mulakan simpanan emas.

#PG1M
TAK SIMPAN EMAS, BOLEH LEMAS

๐Ÿ’ฐ Duit boleh masuk banyak mana pun, kalau tak urus dengan betul memang akan habis juga.

Hari ni gaji masuk,
esok dah ghaib tanpa jejak.

Hari ini gaji masuk,
esok sudah berkais..

Sebab tu orang bijak tak simpan duit lama-lama. Mereka tukar jadi emas.

โœจ Emas tak boleh terbocor.
โœจ Tak mudah cair.
โœจ Takkan habis kalau tak digadai.

Simpan emas ni macam bagai PELAMPUNG pada kewangan.
Tak kisah duit masuk besar atau kecil, asalkan ada tempat berpaut bila susah.

Tanya diri sendiri:
Dah berapa lama kerja, tapi simpan apa?

Kalau jawapannya โ€œtak adaโ€โ€ฆ
mungkin dah tiba masa tukar strategi.

โžก๏ธ Mula dengan 1 gram.
โžก๏ธ Atau serendah RM100 pun boleh.

Sikit-sikitโ€ฆ lama-lama tak lemas. ๐ŸŒŠ

#PG1M
๐Ÿ‘€Jual Emas di Public Gold

Sekiranya anda masih menyimpan barang kemas lama yang sudah tidak berkilau, putus mahupun rosak, inilah peluang untuk menjual emas anda.

Tidak kira apa keadaan emas anda, Public Gold membeli semula semua jenis emas dengan harga yang setanding di pasaran. Ini termasuk emas 999 jenama XYZ dan juga barang kemas 916.

Hari ini 17 Jun 2025, harga beli balik adalah:
โœ… EMAS 999: RM451
โœ… EMAS 916: RM414

Bawa emas anda ke cawangan Public Gold berhampiran.

๐Ÿ“Œ Senarai Cawangan Public Gold:
https://publicgold.com.my/index.php?route=information/information&information_id=73

Bagi yang belum pernah daftar sebagai pelanggan Public Gold, daftar dulu di link:
>> bit.ly/DaftarPGpercuma

#PG1M