Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.06K photos
57 videos
548 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Isnin, 28/4/2025 jam 9 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh : 28/4/2025 (Isnin)
Masa : 9 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan April 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini adalah analisis harga emas jangka masa panjang (2-3 tahun) InShaAllah positif banyak.

Harga emas dijangka melonjak sehingga USD4,000 seauns (lebih RM19,000) jika pelabur global terus hilang kepercayaan terhadap aset dolar Amerika.

Antara faktor utama yang mendorong kenaikan ini:

Bank pusat China, Rusia dan banyak negara lain mengurangkan simpanan dolar dan beralih kepada emas sebagai pelindung nilai yang lebih selamat.

Perang, sekatan ekonomi, dan inflasi global menjadikan emas pilihan utama pelabur sebagai aset selamat.

Pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve akan melemahkan nilai dolar dan mengukuhkan permintaan emas.

Dengan ketidaktentuan dalam pasaran saham dan mata wang digital, pelabur profesional kini kembali kepada emas.

Tokoh besar seperti John Paulson melabur dalam projek perlombongan emas tempatan — isyarat keyakinan terhadap potensi emas jangka panjang.

Kesimpulan: Trend global menunjukkan harga emas akan terus meningkat.

Namun harus diingatkan bahawa dalam jangka masa pendek, harga emas boleh swing ke bawah juga bergantung kepada news.

Sumber berita: Kitco

#NotaEmasSyukorHashim
#Emas #PelaburanEmas #Inflasi #SafeHaven #USDjatuh #HargaEmasNaik #GoldTo4000
Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat — menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisis…

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka ‘borong’ stok lebih awal — kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit ‘profit taking’ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga as malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah — kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik — ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilai… tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai “pelindung nilai” terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas — tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.

#NotaEmasSyukorHashim
#PelaburanEmas
#publicgold
Gais.

Semalam, selepas data GDP keluar, harga emas naik.

Namun selepas itu, harga emas mencatatkan penurunan.

Kenapa?

Pada hari Khamis, 1 Mei 2025, harga emas jatuh dengan ketara – lebih daripada 1.6% – dan mencecah paras terendah dalam dua minggu, sekitar $3,235 satu auns.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Jawapannya melibatkan beberapa faktor utama yang berlaku serentak:

1. Pelabur mula berani mengambil risiko.

Pelabur kini lebih yakin terhadap pasaran saham dan pelaburan berisiko.

Ini kerana ketegangan perdagangan global semakin reda, dan ada perkembangan positif dalam perjanjian perdagangan antara AS, India, Korea Selatan dan Jepun.

Media China juga melaporkan bahawa pihak US telah menghubungi pihak China bagi membuat rundingan perdagangan.

Bila pelabur rasa yakin, mereka tinggalkan aset selamat seperti emas, dan beralih kepada pelaburan yang berpotensi beri pulangan lebih tinggi.

2. Nilai Dolar AS Semakin Kuat

Bila dolar Amerika Syarikat mengukuh, harga emas secara automatik jadi lebih mahal bagi pelabur antarabangsa.

Ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun dan menyumbang kepada kejatuhan harganya.

3. Pelabur menunggu data NFP (Non farm payroll) esok.

Pelabur sedang menantikan laporan pekerjaan bukan pertanian (non-farm payroll) dari AS, yang boleh mempengaruhi keputusan Federal Reserve tentang kadar faedah.

Sebarang petanda bahawa Fed mungkin menurunkan kadar faedah akan memberi kesan kepada arah pasaran emas.

4. Pelabur emas ambil untung.

Emas sebelum ini telah mencecah paras tertinggi lebih $3,500 satu auns.

Ramai pelabur ambil peluang untuk jual dan ambil keuntungan.

Bila ramai pelabur emas menjual sekaligus, tekanan jualan ini menyebabkan harga emas jatuh.

Kesimpulannya:

Penurunan harga emas ini bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja, tetapi gabungan perubahan sentimen pelabur, pengukuhan dolar, jangkaan data ekonomi, dan tindakan ambil untung.

Ini perkara biasa dalam dunia pelaburan – naik dan turun sentiasa berlaku.

Saya selalu menulis “Harga emas boleh jatuh dalam jangka masa pendek”, seperti yang berlaku sekarang.

Sebab itu, anda perlu beli emas fizikal dengan mindset simpan untuk 3 tahun.

Adakah ini peluang untuk kita beli emas pada harga diskaun?

Kita tunggu laporan besar NFP esok, Jumaat, jam 8.30 malam.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#HargaEmas #PelaburanEmas #BijakMelabur #PasaranKewangan #Emas2025
Gais.

Semalam (Jumaat 2/5/2025) Public Gold buat training untuk staf-staf mereka di Alor Gajah, Melaka.

Antara yang hadir adalah head of branch, management staff, PGJewel, PGMall dan juga head of branch dari Indonesia.

Saya dijemput oleh Public Gold untuk memberikan perkongsian pengalaman sebagai dealer Public Gold yang pertama, sejak 2008.

Of coz, dengan senang hati saya menerima jemputan tersebut 🥰

“Tuan-tuan sekalian, Public Gold established sejak 2008” ujar saya

“Saya adalah dealer PG yang pertama sejak 2008 dan sekarang masih bersama PG”

“Sekarang saya nak jemput pula Mr. Vincent Tan , staff pertama Public Gold since 2008 datang ke depan” ujar saya.

Saya cakap…

“Cuba bayangkan, tuan puan boleh melihat staff Public Gold yang pertama dan saya, dealer Public Gold yang pertama, since day one, kami masih di sini 😁

Kenapa kami kat masih di Public Gold?

Sebab company ini trusted.

Dia punya bisnes sangat straight forward. Jual beli emas fizikal sahaja. Takde janji pulangan bulanan. Jauh sekali untung ganda-ganda 10.

Banyak company emas datang dan pergi sejak 2008.

Kalau saya follow company emas lain sejak 2008, dah lama saya kelaut.

Biasanya company kelaut sebab buat skim cepat kaya dan juga ada berniaga dengan sentimen.

Dato’ Wira Louis Ng, founder Public Gold nie falsafah dia senang aja.

First sekali, jual beli emas fizikal. Takde janji-janji pulangan. Kalau harga emas naik, jual dapat untung.

Kalau harga emas rendah, jual rugi.

Kedua, kita bisnes kena kawan dengan semua orang tak kira bangsa, agama dan juga negara.

Sebab itu dealer Public Gold semua bangsa ada. Sebab kat sini bisnesnya straight forward.

Dengan prinsip inilah Public Gold berkembang sehingga mencecah 1.8 juta customer sekarang.

Terima kasih Public Gold kerana jemput saya berkongsi pengalaman.

To brother Vincent. A big hug to you bro.

To be with Public Gold when you’re just 17 and now you sudah kerja 17 years already dengan PG.

Sudah seumur hidup ooooo 😆

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Malam nie (5/5/2025) harga emas naik mendadak.

Apa sebabnya?

Jawapan: Ia berkaitan tentang pengumuman Presiden Donald Trump mengenai tarif sebanyak 100% ke atas filem yang dihasilkan di luar negara.

Langkah dasar yang tidak dijangka ini telah meningkatkan ketakutan terhadap perang perdagangan global, menyebabkan penurunan ketara dalam indeks utama seperti Dow Jones Industrial Average, S&P 500, dan Nasdaq.

Harga emas melonjak naik, dengan harga emas semasa melebihi $3,300 per auns — satu peningkatan ketara selepas kejatuhan minggu sebelumnya.

Kenaikan ini bukan sahaja disebabkan oleh ketidaktentuan perdagangan, tetapi juga faktor geopolitik dan penyusutan nilai dolar AS.

Mesyuarat polisi Rizab Persekutuan (Fed) yang akan datang turut menjadi tumpuan.

Walaupun tiada perubahan kadar faedah dijangka dalam masa terdekat, ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan terhadap inflasi telah meningkatkan tarikan emas.

Penganalisis menjangka Fed mungkin menangguhkan sebarang pemotongan kadar sehingga terdapat bukti yang lebih jelas mengenai kelembapan ekonomi, sekali gus menyokong kedudukan emas sebagai lindung nilai terhadap kejatuhan pasaran.

Kesimpulannya, gabungan ketegangan perdagangan yang diperbaharui, ketidaktentuan pasaran, dan risiko geopolitik mendorong pelabur beralih kepada emas — sekali lagi menegaskan peranannya sebagai aset perlindungan tradisional ketika ketidakstabilan ekonomi.

Gais.

Harga emas sukar diramalkan.

Ia boleh turun atau naik dengan cepat dan banyak bergantung kepada news yang keluar.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Gais.

Tahukah anda yang anda boleh tolak gram emas dalam akaun GAP dan keluarkan barang kemas 999?

Ok, saya nak kongsikan maklumat lanjut berkenaan perkara ini.

Akaun emas GAP anda sebenarnya boleh keluarkan barang kemas 999 PG Jewel.

Itulah kelebihan akaun GAP.

Anda boleh keluarkan dinar, gold bar dan barang kemas 999.

Barang kemas 999 PG Jewel sesuai sebagai perhiasan dan simpanan sebab spread yang kecil (9% ++)

Barang kemas 999 jarang dipromosikan oleh kedai emas yang lain kerana teknologi pembuatan di barang kemas Malaysia belum lagi maju namun di PG Jewel, kami telah pun menggunakan teknologi generasi ke 5.

Ini membolehkan barang kemas yang dihasilkan lebih bagus dari segi kualiti dan konsistensi.

Sekarang, bagaimana nak tolak dari akaun emas GAP anda dan dapat barang kemas PG Jewel?

Follow step ini:

1. Layari website PGjewel di https://pgjewel.my

2. Pilih barang kemas yang berkenan di hati dan cek berapa gram beratnya.

3. Pastikan baki gram akaun GAP anda mencukupi. Kalau tak cukup, topup akaun gap anda.

4. Add to cart di website pgjewel dan semasa checkout, pilih option untuk withdraw dari akaun GAP anda.

5. Sila lihat gambar.

#NotaEmasSyukorHashim
#pgjewel
Gais.

Update harga emas 12/5/2025.

Perjanjian terbaru antara Amerika Syarikat dan China untuk mengurangkan tarif selama 90 hari berjaya mengurangkan ketegangan perdagangan yang ketara antara dua ekonomi terbesar dunia.

Perkembangan memberi kesan serta-merta kepada pasaran kewangan global, terutamanya pasaran emas.

Apa kesan perjanjian ini terhadap harga emas?

1. Harga emas jatuh banyak hari ini.

Harga emas jatuh sehingga 104.57 USD / Oz. Kini harga emas adalah 3221 USD se Oz.

Pelabur mula mengurangkan pegangan dalam aset selamat seperti emas selepas ketegangan perdagangan reda.

2. Pengukuhan Dolar AS

USD mengukuh berbanding mata wang lain selepas pengumuman perjanjian, menjadikan emas lebih mahal untuk pembeli luar negara dan seterusnya mengurangkan daya tarikan emas.

Implikasi jangka pendek terhadap harga emas.

Kesan segera pengurangan tarif ini ialah peningkatan keyakinan pelabur, menyebabkan pasaran saham melonjak dan harga emas jatuh.

Perjanjian ini menunjukkan kesediaan kedua-dua negara untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan, yang telah mengurangkan sebahagian ketidaktentuan ekonomi.

Kesimpulan:

Harga emas jatuh hari ini akibat perjanjian pengurangan tarif antara US dan China.

Kita perlu sedar bahawa pengurangan tarif selama 90 hari ini adalah langkah positif, ia hanya bersifat sementara.

Isu asas dalam hubungan perdagangan AS-China masih belum diselesaikan.

Penganalisis memberi amaran bahawa tanpa perjanjian yang menyeluruh dan berkekalan, ketidaktentuan pasaran boleh kembali, dan ini mungkin meningkatkan semula permintaan terhadap emas sebagai aset selamat.

Itu sahaja analisis harga emas hari ini.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Bulan lepas dan bulan ini, kita dapati harga emas boleh bergerak dalam kadar yang extreme dalam tempoh sehari.

Naik dan turun boleh melebihi 100 usd/Oz. Memang berpinau mata tengok 🤭

Walaupun arah pergerakan harga dalam jangka pendek sukar diramal,
data sejarah menunjukkan bahawa dalam jangka masa panjang, harga emas menunjukkan trend peningkatan.

Sebagai contoh, dalam tempoh setahun yang lalu, harga emas telah mencatatkan peningkatan sebanyak 24.80%.

Lebih signifikan lagi, dalam tempoh dua dekad, nilai emas telah meningkat secara kumulatif sebanyak 767.55%

Angka-angka ini memberi isyarat jelas tentang potensi emas sebagai aset yang stabil dan menguntungkan. Namun mesti jangka masa panjang.

Namun begitu, penting untuk difahami bahawa pasaran tidak akan pernah berada dalam keadaan “stabil sepenuhnya”.

Fluktuasi adalah sebahagian daripada sifat semula jadi pasaran kewangan, termasuk pasaran emas.

Oleh itu, menunggu harga emas turun ke paras tertentu mungkin menyebabkan anda terlepas peluang yang lebih besar – iaitu untuk memiliki emas itu sendiri.

Strategi yang terbukti berkesan dalam menghadapi ketidaktentuan ini adalah menyimpan emas secara konsisten, tanpa terlalu bergantung kepada spekulasi jangka pendek.

Kemudian, strategi kedua adalah “fikir long term”

Ingat, beli dahulu dan tunggu, bukannya tunggu dahulu baru beli.

Baru anda akan rasa tenang.

Sebagai orang yang dah 17 tahun dalam bidang ini (since 2008) inilah yang saya pegang.

Gais.

“Sayang emas dan emas akan sayang anda balik 10 kali ganda 😍

“Love gold and good will love you back 10x 😍

Sila share jika bermanfaat.

14/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim
Analisis harga emas 19/5/2025.

Gais.

Harga emas dibuka dengan lonjakan melonjak naik pagi ini.

Walaupun ada penganalisis yang mengatakan harga emas akan jatuh minggu ini namun agak tersasar ramalan tersebut.

Kenapa harga emas naik? Ini analisis daripada saya.

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s, telah menurunkan penarafan kredit rating Amerika Syarikat daripada Aaa kepada Aa1.

Langkah ini didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan beban hutang melebihi AS$36 trilion, serta tekanan pembayaran faedah yang semakin meningkat.

Penurunan penarafan ini telah mencetuskan reaksi dalam pasaran kewangan global, khususnya terhadap harga emas.

Jam 8.26 pagi waktu Malaysia, harga emas naik 📈 62.08 USD/ Oz menjadi 3247.94 USD/Oz.

Kenapa?

Bila credit rating US jatuh, ia menyebabkan nilai USD jatuh dan harga emas naik.

Apabila kepercayaan terhadap sekuriti kerajaan seperti Bon Perbendaharaan AS mula goyah, para pelabur cenderung beralih kepada emas sebagai simpanan nilai yang lebih stabil.

Kenaikan hasil bon (bond yields) yang kini mencecah 4.5% turut menandakan peningkatan risiko serta kos pinjaman yang lebih tinggi bagi kerajaan AS, sekali gus meningkatkan daya tarikan emas.

Untuk pengetahuan anda, buat masa nie saya dapati harga emas sukar dijangka.

Ia boleh turun naik dengan banyak dan cepat bergantung kepada news yang keluar.

Kadang-kadang ada news yang tidak dijangka seperti ini keluar dan ia boleh menggerakkan harga emas.

Kita ingat emas boleh turun, tetapi tiba-tiba dia naik.

Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas; kalau emas turun banyak, ia adalah peluang kita membeli aset mahal pada harga yang lebih murah.

Ingat 2 strategi simpan emas.

1. Tambah gram emas anda.
2. Fikir long term

Sila share jika bermanfaat.

19/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim
#Emas
#publicgold
Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Ahad, 25/5/2025 jam 9.00 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Lokasi: https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Mei 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa Ahad nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Soalan:

Ada orang tanya. Kenapa gold bar kecil seperti 0.25g dan 0.5g lebih mahal (kos per gram) berbanding gold bar 1gram?

Adakah rugi jika saya membeli emas gram kecil ini?

Jawapan saya: Isu ini sering mengelirukan ramai pelabur emas baru, terutamanya pelabur emas tegar.

Secara ringkas, harga per gram bagi jongkong emas (gold bar) kecil seperti 0.25g dan 0.5g memang lebih mahal berbanding jongkong 1g dan lebih besar.

Huraian:

Setiap jongkong emas, tidak kira kecil atau besar perlu melalui proses:

1. Rekaan dan cetakan (minting)
2. Pembungkusan (packaging)
3. Pemeriksaan kualiti (quality control)

Kos ini tetap dan tidak berkadar terus dengan berat emas.

Kos pembuatan untuk 0.25g hampir sama dengan 1g, tetapi apabila kos ini dibahagi mengikut berat, 0.25g nampak lebih mahal per gram.

Dari segi pembungkusan, emas gram kecil perlu pembungkusan khas yang lebih teliti sebab ia mudah kemek.

Selain itu, emas kecil seperti 0.25g dan 0.5g disasarkan sebagai koleksi, hadiah dan promosi.

Ia BUKAN untuk pelabur tegar, tapi lebih kepada pembelian emosi (sebab cantik) mampu milik dan sebagai koleksi.

Jadi permintaan gram bar kecil tetap ada walaupun harga per gram tinggi.

Kesimpulan.

Tapi kalau anda nak guna emas sebagai produk promosi, hadiah pelanggan atau jualan booth, jongkong kecil sangat sesuai walaupun lebih mahal — sebab lebih mudah dijual dan nampak eksklusif.

Tidak salah beli emas gram kecil jika anda tahu sebab apa anda beli.

Untuk pelabur tegar, kurang sesuai cakap beli emas gram kecil ini merugikan.

Sebab buying objektif orang tu tak sama dengan anda 🤭

Sekian.

#NotaEmasSyukorHashim
Analisis harga emas 2/6/2025 (Isnin).

Gais.

Harga emas melonjak naik dalam dagangan Asia pada hari Isnin.

Emas meningkat pada hari Isnin apabila ketegangan perdagangan antara AS dan China meningkat, dan ancaman Trump terhadap tarif komoditi yang lebih tinggi mendorong pelabur menjauhi aset berisiko.

China pada hari Isnin menolak tuduhan Trump bahawa ia telah melanggar perjanjian perdagangan yang baru ditandatangani, dan memberi amaran bahawa ia akan bertindak untuk melindungi kepentingan nasionalnya. 

Harga emas secara umum juga mendapat sokongan daripada kelemahan dolar, selepas Gabenor Rizab Persekutuan Christopher Waller menyatakan sokongannya terhadap penurunan kadar faedah pada akhir tahun ini. 

Kelemahan dolar menjadikan emas lebih murah bagi pembeli asing, yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap logam berharga tersebut.

Secara keseluruhan, ketegangan perdagangan yang berterusan antara dua ekonomi terbesar dunia dan ketidakpastian mengenai dasar tarif AS telah meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat, mendorong kenaikan harga dalam dagangan Asia.

Semoga pelabur emas tersenyum 😁

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Berita baik untuk peminat barang kemas 999.9 dan 916 di Johor Bahru!

PG Jewel bakal membuka cawangan PERTAMA di Johor Bahru!

Jika anda peminat barang kemas, sudah pastu berita ini ditunggu-tunggu 😁

📍 Kelebihan jenama PG Jewel.

Koleksi emas 24K, 22K & perhiasan premium yang memukau.

Jaminan ketulenan – setiap item disahkan berat dan ketulenannya.

Reka bentuk eksklusif – dari gaya klasik hingga rekaan moden yang menawan.

Kini ada kedai di JB – Kalau nak tengok dengan mata dan try pakai, terus datang ajer.

“Pelanggan kami di Johor Bahru telah lama menanti – dan kami mendengar.
Jemput datang ke cawangan pertama PG Jewel”

📍 Lokasi: Public Gold Johor Bahru (Johor) 106, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor.

#NotaEmasSyukorHashim
Analisis harga emas 4/6/2025

Gais.

Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report.

Laporan ini boleh menggerakkan harga emas.

Menurut laporan yang keluar malam ini oleh ADP (Automatic Data Processing), kadar pengambilan pekerja sektor swasta di Amerika Syarikat bagi bulan Mei hanya meningkat sebanyak 37,000 pekerjaan sahaja — ini adalah peningkatan paling rendah sejak tahun 2023.

Untuk ekonomi sebesar AS, angka ini sangat mengejutkan.

Laporan ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang mengalami kelembapan pertumbuhan.

Para majikan semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, dan ini biasanya menunjukkan mereka menjangkakan suasana ekonomi yang tidak menentu atau perlahan.

Bila ekonomi AS perlahan, apa yang biasanya berlaku?

➡️ Federal Reserve (bank pusat AS) mungkin akan mula mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah.

➡️ Nilai dolar AS akan melemah.

➡️ Permintaan terhadap aset selamat (safe haven) seperti emas akan meningkat.

Untuk pengetahuan anda, harga emas seringkali melonjak naik apabila kadar faedah rendah dan dolar melemah.

Ini kerana pelabur akan mencari alternatif yang lebih selamat dan stabil — dan emas adalah antara pilihan utama.

Kepada anda yang menyimpan atau melabur dalam emas fizikal — seperti jongkong emas, dinar, atau barang kemas pelaburan — inilah masanya untuk terus menyimpan dengan konsisten.

Jika anda sudah menyimpan, tahniah! Anda berada dalam landasan yang betul.

Jika anda masih belum mula, sekarang ialah waktu terbaik untuk mula ambil langkah pertama.

Ingat, pelaburan emas bukan sekadar tentang “beli murah jual mahal” — ia juga tentang melindungi nilai kekayaan anda untuk jangka panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EmasNaik #PG1M
Gais,

Malam nie ada satu laporan penting yang keluar jam 8.30 malam iaitu Consumer Price Index (bulan Mei)

Laporan ini menunjukkan kenaikan tahunan CPI pada bulan Mei adalah sebanyak 2.4%, sedikit meningkat berbanding 2.3% pada April.

Ini masih merupakan peningkatan tahunan paling rendah sejak Februari 2021.

Sejurus selepas laporan ini keluar, harga emas memberikan reaksi positif.

Namun selepas itu, ia mula turun balik. Dengan kata lain, laporan malam nie memberikan impak sementara sahaja.

Untuk pembeli emas fizikal, kita tak terasa sangat, tapi kalau ada orang trade spot gold / futures maka harga spike macam nie boleh menyebabkan untung banyak ataupun terus bungkus akaun trade dia.

Ramai penganalisis kini percaya bahawa emas mempunyai potensi untuk terus meningkat dalam bulan-bulan akan datang — terutamanya jika inflasi terus naik atau jika Fed berkeras untuk tidak menurunkan kadar faedah.

Gais.

Emas bukan sekadar komoditi — ia adalah insurans kekayaan.

Samada harga naik atau turun, pastikan gram emas anda meningkat.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #
Gais.

Analisis harga emas 12/6/2025.

Hari nie harga emas naik banyak, sekitar USD65.60 /Oz kepada 3390USD /Oz.

Apakah faktor-faktor yang menggerakkan harga emas hari ini?

Jom saya analisis untuk anda.

Pertama sekali adalah ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah (Iran dan Israel).

Ia ditambah dengan pengunduran tentera AS dari Iraq.

Bila geopolitik bergolak, pelabur terus cari perlindungan dalam emas.

Kedua, adalah isu perang perdagangan. Trump akan mengumumkan tarif baharu.

Ketidaktentuan dasar perdagangan ini membuatkan pasaran resah, dan emas akan naik.

Faktor lain adalah jangkaan kadar faedah turun – Laporan CPI baru-baru ini keluar dan inflasi dilihat semakin reda di US.

Ramai menjangka Federal Reserve akan turunkan kadar faedah menjelang hujung tahun.

Ini menyebabkan dolar jatuh, dan emas makin menarik perhatian pelabur.

Gais.

Emas sedang naik disebabkan “perfect storm” — ketegangan geopolitik, perang perdagangan yang belum selesai serta jangkaan kadar faedah akan menurun.

Jika semuanya berterusan, tak mustahil emas boleh melepasi $3,400/oz dalam masa terdekat.

Kita perlu perhatikan 3 perkara ini:

1. Perkembangan konflik Iran–Israel.

2. Kenyataan dan tindakan terbaru dari Trump.

3. Data inflasi AS & komen dari Federal Reserve.

Saya menjangkakan emas berupaya naik untuk jangka masa pendek.

Sekian analisis harga emas hari ini.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Gais,

Analisis harga emas 13/5/2025.

Harga emas naik sangat mendadak pagi ini (sehingga 102.37 usd /Oz).

Apa sebabnya? Jawapannya, ia kesan daripada serangan Israel ke atas Iran.

Harga emas melonjak selepas laporan serangan Israel ke atas Iran hari ini, sekali gus mencetuskan gelombang ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah.

Dalam masa singkat, harga emas meningkat hampir 1.5%, melepasi paras $3,400/oz, menghampiri rekod tertinggi dalam sejarah.

Mengapa Emas Naik?

Pelabur cari aset selamat (safe haven) – Bila konflik berlaku, emas menjadi pilihan utama pelabur sebagai pelindung nilai.

Emas dijangka kekal tinggi antara $3,400–$3,450, selagi ketegangan belum reda.

bagaimana jangkaan harga emas untuk jangka masa sederhana dan panjang?

Jika konflik berlarutan dan bank pusat terus beli emas (seperti China), harga berpotensi naik ke $3,500 ke atas.

Saham jatuh, minyak naik, emas jadi tumpuan.

Ini masanya kita semua mencari perlindungan kewangan seperti emas fizikal.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PasaranEmas #IsraelIran #KonflikTimurTengah
Analisis harga emas 14/6/2025.

Gais,

Harga emas hujung minggu ditutup tinggi pada harga 3433.47 USD.

Apa sebabnya? Jom saya buat analisis.

Pada 14 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan serangan balas besar-besaran oleh Iran terhadap Israel, apabila ratusan peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan secara serentak.

Serangan ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan pra-emptif terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran.

Ini bukan lagi konflik proksi seperti sebelum-sebelum ini.

Ia kini telah menjadi konflik terbuka antara dua negara besar di Timur Tengah, dan ia mengundang kebimbangan global akan tercetusnya perang serantau yang lebih luas.

Antara aset yang paling ketara menerima kesan adalah emas, yang merupakan tempat perlindungan selamat (safe haven) semasa ketidaktentuan geopolitik.

Harga emas melonjak hampir 1.7%, mencecah sekitar USD 3,428 - 3,452/oz, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa.

Ramalan harga emas:

Sasaran jangka pendek:
USD 3,440 – 3,466/oz

Ramalan harga akhir tahun:
USD 3,700

Ramalan harga separuh pertama 2026; ia berupaya mencecah USD 4,000 jika ketegangan terus meningkat.

Apa maknanya untuk kita sebagai pelabur?

Jika anda seorang penyimpan atau pelabur emas, ini adalah waktu yang sangat strategik untuk:

tingkatkan % simpanan anda dalam emas.
Tambah gram dalam portfolio sedia ada.
Bersedia untuk potensi kenaikan harga mendadak sekiranya konflik terus merebak

Dalam dunia yang semakin tidak menentu sekarang, emas bukan sekadar pelaburan – ia adalah perlindungan, kestabilan, dan ketenangan fikiran.

Sekian analisis saya.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Analisis harga emas 24/6/2025.

Gais,

Kenapa harga emas jatuh semalam dan hari ini?

Ramai di kalangan kita yang terkejut tengok harga emas jatuh mendadak sejak semalam dan hari ini.

Tak kurang juga yang tertanya-tanya:

💬 “Eh, bukan ke dunia macam nak perang dunia? Bukankah harga emas sepatutnya terus naik?”

Jawapannya: tidak semudah itu.

Saya nak kongsi sedikit analisis untuk kita semua faham logik di sebalik apa yang berlaku.

Sebelum ini, media arus perdana heboh melaporkan dunia kononnya di ambang Perang Dunia Ketiga.

👉 Israel serang loji nuklear Iran.
👉 Iran balas serang Tel Aviv.
👉 Dunia mula panik.
👉 US serang 3 loji nuklear Iran.
👉 Iran serang pengkalan tentera US di Qatar.

Akibatnya, harga emas melambung naik kerana permintaan melonjak.

Tapi… adakah perang dunia betul-betul nak bermula?

Jawapannya: tidak.

Kalau kaji dengan mendalam, tindakan-tindakan Iran, Israel dan US sebenarnya penuh dengan pengiraan strategi.

Iran tak mahu perang penuh dengan Israel + Amerika.

Israel tahu dia tak boleh lawan Iran tanpa sokongan Amerika.

Amerika pula tak berminat nak seret diri masuk perang besar kat Timur Tengah, sebab fokus utama mereka sekarang ialah China.

China dan Rusia? Diam je. Tak ada tanda nak tolong Iran kalau perang meletus.

Faktor sebenar; semua pihak nak keamanan.

Tak nak konflik merebak menjadi besar dan menjejaskan seluruh rantau Timur Tengah.

Apa yang berlaku selepas itu?

Israel lancar serangan, Iran balas sebagai simbolik (restore deterrence).

Amerika tawar damai selepas tunjuk kekuatan.

Kedua-dua pihak berhati-hati supaya tak terseret ke perang penuh.

Dunia mula nampak risiko perang besar sudah menurun.

Inilah yang disebut sebagai de-escalation – ketegangan mula reda.

Dan bila risiko reda, pelabur mula jual semula emas.

Kenapa? Sebab mereka tak lagi perlukan emas sebagai fungsi pelindung nilai.

Apa yang kita boleh belajar daripada krisis Iran, Israel dan US?

1️⃣ Jangan cepat percaya bila media kata “dunia nak perang dunia”. Dunia tak semudah itu nak terbakar.

2️⃣ Pasaran emas sangat sensitif dengan sentimen, bukan hanya fakta. Berita kecil boleh buat harga naik turun mendadak.

3️⃣ Pelaburan emas memerlukan kita faham geopolitik, ekonomi global dan psikologi pasaran.

Jadi bila harga emas naik atau turun, cuba kita baca cerita di sebalik angka, bukan hanya tengok carta harga emas semata-mata.

💬 Kalau rasa posting ni bermanfaat, kongsikan untuk kawan-kawan lain.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold