Gais.
Analisis harga emas 7/7/2025.
Hari ini harga emas mengalami penurunan sekitar 0.7%, mencecah sekitar $3,311 setiap auns.
Penurunan ini berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor penting yang saling berkait rapat:
1. Penangguhan Tariff Amerika Syarikat.
Presiden Trump mengumumkan bahawa tarif baru yang sepatutnya bermula 9 Julai telah ditangguhkan ke 1 Ogos.
Penangguhan ini telah memberi nafas lega sementara kepada pasaran global dan menyebabkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat (safe haven) menjadi lebih perlahan.
2. Ancaman Tarif Tambahan ke atas Negara BRICS.
Walaupun ada penangguhan, Trump turut memaklumkan perancangan untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan).
Meskipun butiran lanjut masih belum jelas, pengumuman ini meningkatkan risiko geopolitik yang boleh melonjakkan semula harga emas pada masa depan.
3. Kemungkinan berlaku penurunan kadar faedah US semakin kurang.
Data pekerjaan AS yang kukuh sebelum ini sudahpun melemahkan jangkaan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah secara agresif dalam masa terdekat.
Kini, pasaran hanya menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah menjelang akhir tahun.
Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menyokong nilai Dolar AS, sekali gus menekan harga emas.
4. Dolar AS Masih Kukuh
Dolar kekal stabil dan agak menguat sedikit, menambah tekanan ke atas logam berharga.
Ini kerana emas diniagakan dalam Dolar, jadi apabila mata wang AS menguat, kos pegangan emas bagi pembeli luar AS meningkat.
Secara ringkas, terdapat tekanan jangka pendek ke atas harga emas kerana:
✅ Penangguhan tarif.
(mengurangkan permintaan safe haven)
✅ Dolar AS yang lebih kukuh.
✅ Jangkaan penurunan kadar faedah yang semakin pudar.
Namun, risiko jangka sederhana dan panjang masih tinggi, antaranya:
1. Potensi tarif tambahan terhadap BRICS
2. Ketidaktentuan rundingan perdagangan lain (EU, Jepun, India)
3. Risiko inflasi dari pakej perbelanjaan besar Trump bernilai $3 trilion
Jangkaan harga emas bulan depan.
1 Ogos 2025 – Tarikh akhir tarif baru: Jika tarif dilaksanakan secara menyeluruh, permintaan terhadap emas boleh melonjak semula.
Mesyuarat Fed seterusnya: Sebarang kenyataan dovish (cenderung pelonggaran) boleh memberi sokongan kepada harga emas.
Data inflasi AS dan global: Jika inflasi melonjak, emas berpotensi menjadi lindung nilai (hedge) yang lebih menarik. Jadi harga akan naik.
Kesimpulan
Penurunan harga emas hari ini lebih bersifat sementara kerana pasaran menyesuaikan diri dengan berita penangguhan tarif.
#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas #AnalisisPasaran #TarifAS #EkonomiGlobal #Fed #BRICS