Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.06K photos
57 videos
548 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Soalan:

Ada orang tanya. Kenapa gold bar kecil seperti 0.25g dan 0.5g lebih mahal (kos per gram) berbanding gold bar 1gram?

Adakah rugi jika saya membeli emas gram kecil ini?

Jawapan saya: Isu ini sering mengelirukan ramai pelabur emas baru, terutamanya pelabur emas tegar.

Secara ringkas, harga per gram bagi jongkong emas (gold bar) kecil seperti 0.25g dan 0.5g memang lebih mahal berbanding jongkong 1g dan lebih besar.

Huraian:

Setiap jongkong emas, tidak kira kecil atau besar perlu melalui proses:

1. Rekaan dan cetakan (minting)
2. Pembungkusan (packaging)
3. Pemeriksaan kualiti (quality control)

Kos ini tetap dan tidak berkadar terus dengan berat emas.

Kos pembuatan untuk 0.25g hampir sama dengan 1g, tetapi apabila kos ini dibahagi mengikut berat, 0.25g nampak lebih mahal per gram.

Dari segi pembungkusan, emas gram kecil perlu pembungkusan khas yang lebih teliti sebab ia mudah kemek.

Selain itu, emas kecil seperti 0.25g dan 0.5g disasarkan sebagai koleksi, hadiah dan promosi.

Ia BUKAN untuk pelabur tegar, tapi lebih kepada pembelian emosi (sebab cantik) mampu milik dan sebagai koleksi.

Jadi permintaan gram bar kecil tetap ada walaupun harga per gram tinggi.

Kesimpulan.

Tapi kalau anda nak guna emas sebagai produk promosi, hadiah pelanggan atau jualan booth, jongkong kecil sangat sesuai walaupun lebih mahal — sebab lebih mudah dijual dan nampak eksklusif.

Tidak salah beli emas gram kecil jika anda tahu sebab apa anda beli.

Untuk pelabur tegar, kurang sesuai cakap beli emas gram kecil ini merugikan.

Sebab buying objektif orang tu tak sama dengan anda 🤭

Sekian.

#NotaEmasSyukorHashim
Harga Emas Public Gold GAP
RM488 = 1gram
RM244 = 0.5gram
RM100 = 0.2049gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM533/g (APR 2025)

Kemaskini: 28-05-2025
Membina benteng kewangan peribadi perlukan disiplin dan konsisten macam usaha membina Tembok Besar China. Ia tak dibina sehari, tapi batu demi batu, sampai jadi benteng pertahanan kukuh yang mampu bertahan menjangkau ribuan tahun

Sama juga dengan simpanan emas. Nampak sikit, tapi bila konsisten, anda sebenarnya sedang membina "Tembok Emas" sendiri. Setiap gram emas, macam sebuah bata yang disusun kemas.

Lama-lama, "Tembok Emas" ni akan menjadi benteng kewangan yang melindung anda dari ekonomi yang tidak menentu dan inflasi.

Jadikan simpanan emas sebagai rutin, walaupun serendah 1 gram sebulan, walaupun serendah RM100 sebulan.

Ayuh, mula menyusun bata, membina tembok emas anda bersama saya!

#PG1M
Berita Baik
Berita Baik
Berita Baik

Harga emas GAP berubah dari RM487 kepada RM481

Keseluruhannya, HARGA EMAS TURUN SEBANYAK RM52 dari harga tertinggi RM533 pada awal April.

Harga emas menjunam,Masa untuk BORONG EMAS!
Apa istimewanya emas?

Kecil tapi nilainya besar.
Mudahcair tapi tak mudah dibelanjakan.
Mudahalih dan tak susah nak simpan.
Mudah diwariskan dan mudah diurus.

Petua mudah,
Beli dan simpan.
Beli dan simpan.
Beli dn simpan.. teruskan

Akhirnya semua dalam gambar ni ☝️ pasti jadi milik kita.

Mulakan dengan RM100 dulu.
publicgold.me/pg000400/akaun-gap
Sungguh tepat.. emas memang penyelamat senyap kita.

Saat kita selesa, emas duduk diam tapi diamnya ber'isi'.. semakin bernilai..

Bila kita terdesak, emas datang memunculkan diri. Jadi pelampung agar kita tak lemas, tak tenggelam.

Cuma tak ramai ingat emas ketika selesa, ketika ber'gaji', ketika mampu.. akhirnya pelampung tak disedia. Tatkala badai melanda, kita karam dan terus tenggelam.

Ketahuilah bahawa emas yang kita simpan takkan pernah lupakan kita, cuma kita yang selalu lupa nak simpan emas 😰.

Jom konsisten simpan 💪. Dah ada pelbagai cara. Jom gunakan semuanya. Akaun GAP, EPP, Gold ATM, PG Jewel, Aurora Italia, Taifook dan PGMall.
"Pegang Ringgit, Pegang Risiko. Pegang Emas, Pegang Nilai."

📉 Duit susut senyap-senyap...

🏠 Tapi emas? Diam-diam boleh bantu beli IMPIAN.
www.publicgold.me/pg000400
Analisis harga emas 2/6/2025 (Isnin).

Gais.

Harga emas melonjak naik dalam dagangan Asia pada hari Isnin.

Emas meningkat pada hari Isnin apabila ketegangan perdagangan antara AS dan China meningkat, dan ancaman Trump terhadap tarif komoditi yang lebih tinggi mendorong pelabur menjauhi aset berisiko.

China pada hari Isnin menolak tuduhan Trump bahawa ia telah melanggar perjanjian perdagangan yang baru ditandatangani, dan memberi amaran bahawa ia akan bertindak untuk melindungi kepentingan nasionalnya. 

Harga emas secara umum juga mendapat sokongan daripada kelemahan dolar, selepas Gabenor Rizab Persekutuan Christopher Waller menyatakan sokongannya terhadap penurunan kadar faedah pada akhir tahun ini. 

Kelemahan dolar menjadikan emas lebih murah bagi pembeli asing, yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap logam berharga tersebut.

Secara keseluruhan, ketegangan perdagangan yang berterusan antara dua ekonomi terbesar dunia dan ketidakpastian mengenai dasar tarif AS telah meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat, mendorong kenaikan harga dalam dagangan Asia.

Semoga pelabur emas tersenyum 😁

#NotaEmasSyukorHashim
Bismillah ﷺ ﷴ

Sesuai tak pajak emas untuk settle loan rumah?

Kos pajakan tu mahal, sekitar 14% setahun.

Kalau tak mampu tebus dalam masa 6 bulan (maksimum 12 bulan), pajak tak sesuai.

Sebab pajak tu nanti akan jadi beban hutang yang lebih besar berbanding loan rumah tu sendiri.

Kalau dengan buat full settlement hutang rumah tu dapat jimatkan kita lebih 10% setahun (kadar purata kenaikan harga emas), jual emas dan tutup hutang tu lebih baik.

Semoga bermanfaat