Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.1K photos
58 videos
553 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Ini adalah gambar 5 Dinar Emas Public Gold yang terbaru.

Packaging yang bertaraf antarabangsa.

Untuk pengetahuan anda, Dinar Emas adalah syiling emas yang digunakan dalam tamadun Islam untuk perdagangan dan sebagai penyimpan nilai.

Ia bermula pada zaman Khalifah Umar ibn al-Khattab (RA) dan kemudian diseragamkan oleh Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan pada tahun 696 Masihi.

5 Dinar Emas moden adalah berdasarkan spesifikasi asal ini dan sering digunakan untuk pelaburan, simpanan, pembayaran zakat, mahar (mas kahwin), serta perdagangan berlandaskan Islam.

Spesifikasi Syiling 5 Dinar Emas

5 Dinar Emas mempunyai berat lima kali ganda daripada 1 Dinar Emas.

Berat: 21.25 gram (kerana 1 Dinar Emas = 4.25 gram)

Ketulenan Emas: 24K (99.99%),

Kenapa anda simpan 5 Dinar Emas?

a) Lindung Nilai Daripada Inflasi

Emas mengekalkan nilainya dalam jangka panjang, berbeza dengan wang kertas yang susut akibat inflasi.

Secara sejarah, 1 Dinar Emas boleh membeli seekor kambing pada zaman dahulu, dan hari ini nilainya masih lebih kurang sama.

b) Penyimpanan Kekayaan yang sangat baik.

Berbanding mata wang fiat, emas adalah aset fizikal yang tidak mudah dimanipulasi oleh bank pusat.

Ia sesuai untuk simpanan kekayaan jangka panjang, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

c) Mudah Dibawa & Diterima di seluruh dunia.

Dinar Emas diiktiraf di seluruh dunia sebagai bentuk simpanan nilai, terutama di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

d) Patuh Syariah

Ramai ulama Islam menggalakkan penggunaan emas dan perak sebagai mata wang kerana ia bebas daripada riba (manipulasi faedah).

Ketika artikel ini ditulis (9/3/2025), harga 5 Dinar Emas Public Gold adalah RM9,539

Cara memilikinya:

1. Beli kat website / apps Public Gold dan minta Public Gold poskan ke alamat anda.

2. Belian secara epp10x (lock harga dan bayar dalam tempoh 10 bulan.

3. Keluarkan daripada akaun emas GAP (Gold Accumulation Program)

Love gold and gold will love you back 10 times ๐Ÿฅฐ

#NotaEmasSyukorHashim
BASIC STRATEGI

Bagi siapa yang nak mula simpan emas sebagai forgotten saving, antara cara berkesan ialah mulakan dulu dengan 1gram 1bulan. Disiplinkan yang tu dulu.

Simpan sikit-sikit tapi berterusan adalah lebih baik berbanding beli banyak dan terus berhenti. Sebab, perkara paling penting dalam menyimpan ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya.

Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam jangka panjang, insyaAllah. Walaupun cuma satu gram sebulan, nanti sedar2 setahun dah ada 12 gram.

Apa yang kita boleh buat, dapat je gaji beli dulu emas 1 gram. Anggaplah itu sebagai simpanan untuk dilupakan. Selebihnya boleh simpan dalam instrumen kewangan lain kalau nak.

Boleh ye semua. ๐Ÿ˜

#PG1M
Kadar baru caj pos berinsuran Public Gold mulai 1 April 2025.

Berdasarkan pemerhatian saya, kenaikan kos ni disebabkan risiko yang lebih besar ditanggung oleh PG bagi kes kehilangan parcel.

Untuk order dalam jumlah yang besar, PG terpaksa pecahkan satu order kepada 2 parcel untuk merendahkan risiko kehilangan parcel.
Untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan, PG menetapkan ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ถ๐˜ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—š๐—”๐—ฃ samada secara GIT atau di Gold ATM. Kecuali pengeluaran yang dibuat di kaunter branch.
KILANG EMAS

#PublicGold bukan distributor kepada mana-mana jenama emas, tapi PG adalah syarikat pengeluar dan supplier emas terbesar di Malaysia.

PG bukan sekadar menjual emas kepada pembeli emas runcit, tetapi juga menjadi supplier utama kepada kilang-kilang emas di Malaysia.

Beli emas dengan Public Gold, maksudnya kita beli direct dari kilang.

Maka tentunya penyimpan emas dapat kelebihan yang besar bila kos "middleman" dapat dipotong terus.

Kalau nak beli emas fizikal untuk simpanan, maka Public Gold adalah jenama pilihan no. 1 di Malaysia.
Gais.

Untuk pengetahuan anda, sekarang ini krisis perang perdagangan antara US dan Kanada menjadi semakin teruk.

Sebab itu kita boleh lihat harga emas semakin naik.

Kronologi perang perdagangan US dan Kanada seperti berikut:

Trump telah mengeluarkan arahan untuk mengenakan tariff sebanyak 25% ke atas besi dan aluminium yang diimport dari Kanada hari ini.

Pada 11 Mac 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan peningkatan tarif ke atas import keluli dan aluminium dari Kanada kepada 50%.

Keputusan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap tindakan Ontario yang mengenakan surcaj 25% ke atas eksport elektrik ke AS, terutamanya ke negeri-negeri Michigan, Minnesota, dan New York.

Trump juga mengkritik tarif tinggi Kanada ke atas produk tenusu AS dan mencadangkan bahawa Kanada harus menjadi negeri ke-51 AS, satu idea yang ditolak oleh Kanada.

Tarif baru ini dijadualkan berkuat kuasa pada hari berikutnya.

Trump turut menyatakan kemungkinan mengisytiharkan kecemasan elektrik di kawasan AS yang terjejas.

Pelabur-pelabur bimbang dengan kesan perang perdagangan yang dijangka boleh mengundang masalah kemelesetan ekonomi kepada negar-negara terlibat.

Sebab itu pelabur beralih kepada aset selamat iaitu emas.

Saya menjangkakan, trend kenaikan harga emas akan berterusan seminggu dua ini.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
ORANG BIJAK MENABUNG,
ORANG BOROS MENYESAL

Pepatah "Orang bijak menabung, orang boros menyesal" membawa makna yang mendalam tentang pentingnya pengurusan kewangan yang bijaksana.

Orang yang bijak menyedari bahawa hidup penuh dengan ketidak pastian dan mereka menabung demi masa depan yang lebih tenang dan stabil.

Mereka mempunyai disiplin yang kuat demi mencapai kebebasan kewangan serta tidak bergantung pada orang lain atau terjerat hutang ketika menghadapi masalah kewangan

Orang yang boros pula cenderung
untuk menghabiskan wang untuk hal-hal yang tidak perlu, tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Jika berlaku apa - apa musibah, mereka tidak memiliki dana yang cukup dan terjerat dengan hutang, yang dapat menimbulkan stres dan masalah kewangan yang serius.
  
Pada akhirnya, orang boros akan menyesali tindakan mereka ketika menyedari bahawa mereka tidak memiliki apa pun untuk masa depan.

Jadi, belajarlah untuk hidup berjimat cermat, bijaksana dalam mengurus kewangan, dan merancang masa depan.

Menabung adalah pelaburan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat menghindari penyesalan di kemudian hari dan mencapai kebebasan kewangan

#PG1M
Gais.

Selagi perang perdagangan antara US dan negara-negara lain masih berlaku, pelabur akan memilih emas sebagai aset selamat.

Jadi potensi emas naik masih lagi tinggi.

Ringkasan untuk hari ini (13/3/2025)

Presiden Trump telah mengenakan tarif 25% ke atas import keluli dan aluminium dari Kanada dan Mexico, serta duti tambahan 10% ke atas barangan dari China.

Ia telah meningkatkan ketegangan perdagangan global secara mendadak.

Langkah ini, berkuat kuasa mulai 12 Mac, bertujuan untuk mengurangkan defisit perdagangan AS dan merancakkan semula industri pembuatan domestik.

Sebagai tindak balas, Kesatuan Eropah dan Kanada telah mengumumkan tarif ke atas produk Amerika seperti wiski bourbon, bot, dan motosikal, yang secara keseluruhan memberi kesan kepada sekitar $28 bilion eksport AS.

China juga telah mengenakan tarif ke atas barangan AS, yang semakin memburukkan keadaan.

Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan dalam pelbagai industri, terutamanya automotif dan pertanian, yang boleh menyebabkan harga pengguna meningkat dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Pasaran kewangan telah menunjukkan reaksi negatif, mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap konflik perdagangan yang semakin meruncing.

Tarif ini juga telah merenggangkan hubungan dengan rakan dagangan utama AS, menyebabkan Kanada dan Mexico mempertimbangkan semula strategi ekonomi mereka serta pergantungan terhadap pasaran AS.

Keadaan ini masih berubah-ubah, dengan rundingan yang sedang berlangsung dan kemungkinan tindakan balas tambahan dijangka berlaku.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
13/3/2025
Kita simpan emas bukan untuk orang lain, tapi kesenangan diri sendiri dan keluarga insya allah

Kalau boleh semua nak pencen dengan selesa dan tenang tanpa hutang.
๐Ÿš€ Exciting News! ๐Ÿš€ Weโ€™re expanding and bringing our services closer to YOU! ๐ŸŒŸ

Introducing THREE new locations for your convenience:
๐Ÿ“ Menara MARA, KL
๐Ÿ“ Summit USJ, Subang Jaya
๐Ÿ“ Kipmall Kota Warisan, Sepang

Weโ€™re making it easier than ever to get access to everything you need! Come visit us and experience the difference! ๐Ÿ’ฅโœจ
Harga tertinggi ๐Ÿ˜๐Ÿ˜