Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.11K photos
60 videos
557 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Item terbesar berharga RM5.6 juta.. boleh lock jika mampu ๐Ÿ˜. Yang pasti, PG mampu keluarkan untuk anda ๐Ÿ˜
Perbezaan โ€˜spreadโ€™ dan โ€˜premiumโ€™

Terdapat 2 istilah dalam pelaburan emas yang sering di salah ertikan oleh ramai pelabur dan malah, ejen emas sendiri. Isitilah tersebut ialah โ€˜spreadโ€™ dan โ€˜premiumโ€™.

Harga semasa (spot price) ialah harga teori yang awak perlu bayar sekiranya awak membeli emas secara tunai pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang membayar harga ini. Sebagai permulaan, peniaga akan menambah premium (tambahan harga) kepada harga semasa ini. Premium ini adalah bagi menampung kos pembuatan, simpanan, pengangkutan dan sudah tentu, keuntungan mereka.

Jadi premium adalah tambahan harga di atas harga semasa emas.

Premium atau tambahan harga ini bergantung kepada budibicara syarikat. Ia tak ada piawaian internasional atau nasional. Jadi premium dan harga emas bergantung kepada budibicara syarikat. Itulah sebabnya mengapa harga emas boleh berbeza di syarikat yang berbeza.

Spread (dikenali juga dengan istilah โ€˜susut nilaiโ€™) pula adalah perbezaan harga beli dan harga jual. Jadi jika harga jualan oleh syarikat ialah RM445 per gm dan harga beliannya adalah RM414, spreadnya ialah RM31 atau 7.5%.

Seperti premium, spread juga bergantung kepada budibicara syarikat. Ia tak ada piawaian internasional atau nasional.

Semua saudagar emas di Malaysia (e.g. Habib, Poh Kong, Tomei dan Public Gold) dan malah di seluruh dunia memang praktis โ€˜spreadโ€™ ini.

PS: Saya menulis post ini sebagai jawapan kepada seorang ejen emas yang berkata beliau tidak membayar spread kerana syarikat beliau harga caj harga spot emas LME. Puan, itu bukan โ€˜spreadโ€™; itu โ€˜premiumโ€™!

Kredit Azizi Ali
Harga Emas Public Gold GAP
RM448 = 1gram
RM224 = 0.5gram
RM100 = 0.2232gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM455/g (FEB 2025)

Kemaskini: 09-03-2025
Ini adalah gambar 5 Dinar Emas Public Gold yang terbaru.

Packaging yang bertaraf antarabangsa.

Untuk pengetahuan anda, Dinar Emas adalah syiling emas yang digunakan dalam tamadun Islam untuk perdagangan dan sebagai penyimpan nilai.

Ia bermula pada zaman Khalifah Umar ibn al-Khattab (RA) dan kemudian diseragamkan oleh Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan pada tahun 696 Masihi.

5 Dinar Emas moden adalah berdasarkan spesifikasi asal ini dan sering digunakan untuk pelaburan, simpanan, pembayaran zakat, mahar (mas kahwin), serta perdagangan berlandaskan Islam.

Spesifikasi Syiling 5 Dinar Emas

5 Dinar Emas mempunyai berat lima kali ganda daripada 1 Dinar Emas.

Berat: 21.25 gram (kerana 1 Dinar Emas = 4.25 gram)

Ketulenan Emas: 24K (99.99%),

Kenapa anda simpan 5 Dinar Emas?

a) Lindung Nilai Daripada Inflasi

Emas mengekalkan nilainya dalam jangka panjang, berbeza dengan wang kertas yang susut akibat inflasi.

Secara sejarah, 1 Dinar Emas boleh membeli seekor kambing pada zaman dahulu, dan hari ini nilainya masih lebih kurang sama.

b) Penyimpanan Kekayaan yang sangat baik.

Berbanding mata wang fiat, emas adalah aset fizikal yang tidak mudah dimanipulasi oleh bank pusat.

Ia sesuai untuk simpanan kekayaan jangka panjang, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

c) Mudah Dibawa & Diterima di seluruh dunia.

Dinar Emas diiktiraf di seluruh dunia sebagai bentuk simpanan nilai, terutama di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

d) Patuh Syariah

Ramai ulama Islam menggalakkan penggunaan emas dan perak sebagai mata wang kerana ia bebas daripada riba (manipulasi faedah).

Ketika artikel ini ditulis (9/3/2025), harga 5 Dinar Emas Public Gold adalah RM9,539

Cara memilikinya:

1. Beli kat website / apps Public Gold dan minta Public Gold poskan ke alamat anda.

2. Belian secara epp10x (lock harga dan bayar dalam tempoh 10 bulan.

3. Keluarkan daripada akaun emas GAP (Gold Accumulation Program)

Love gold and gold will love you back 10 times ๐Ÿฅฐ

#NotaEmasSyukorHashim
BASIC STRATEGI

Bagi siapa yang nak mula simpan emas sebagai forgotten saving, antara cara berkesan ialah mulakan dulu dengan 1gram 1bulan. Disiplinkan yang tu dulu.

Simpan sikit-sikit tapi berterusan adalah lebih baik berbanding beli banyak dan terus berhenti. Sebab, perkara paling penting dalam menyimpan ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya.

Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam jangka panjang, insyaAllah. Walaupun cuma satu gram sebulan, nanti sedar2 setahun dah ada 12 gram.

Apa yang kita boleh buat, dapat je gaji beli dulu emas 1 gram. Anggaplah itu sebagai simpanan untuk dilupakan. Selebihnya boleh simpan dalam instrumen kewangan lain kalau nak.

Boleh ye semua. ๐Ÿ˜

#PG1M
Kadar baru caj pos berinsuran Public Gold mulai 1 April 2025.

Berdasarkan pemerhatian saya, kenaikan kos ni disebabkan risiko yang lebih besar ditanggung oleh PG bagi kes kehilangan parcel.

Untuk order dalam jumlah yang besar, PG terpaksa pecahkan satu order kepada 2 parcel untuk merendahkan risiko kehilangan parcel.
Untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan, PG menetapkan ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ถ๐˜ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—š๐—”๐—ฃ samada secara GIT atau di Gold ATM. Kecuali pengeluaran yang dibuat di kaunter branch.
KILANG EMAS

#PublicGold bukan distributor kepada mana-mana jenama emas, tapi PG adalah syarikat pengeluar dan supplier emas terbesar di Malaysia.

PG bukan sekadar menjual emas kepada pembeli emas runcit, tetapi juga menjadi supplier utama kepada kilang-kilang emas di Malaysia.

Beli emas dengan Public Gold, maksudnya kita beli direct dari kilang.

Maka tentunya penyimpan emas dapat kelebihan yang besar bila kos "middleman" dapat dipotong terus.

Kalau nak beli emas fizikal untuk simpanan, maka Public Gold adalah jenama pilihan no. 1 di Malaysia.
Gais.

Untuk pengetahuan anda, sekarang ini krisis perang perdagangan antara US dan Kanada menjadi semakin teruk.

Sebab itu kita boleh lihat harga emas semakin naik.

Kronologi perang perdagangan US dan Kanada seperti berikut:

Trump telah mengeluarkan arahan untuk mengenakan tariff sebanyak 25% ke atas besi dan aluminium yang diimport dari Kanada hari ini.

Pada 11 Mac 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan peningkatan tarif ke atas import keluli dan aluminium dari Kanada kepada 50%.

Keputusan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap tindakan Ontario yang mengenakan surcaj 25% ke atas eksport elektrik ke AS, terutamanya ke negeri-negeri Michigan, Minnesota, dan New York.

Trump juga mengkritik tarif tinggi Kanada ke atas produk tenusu AS dan mencadangkan bahawa Kanada harus menjadi negeri ke-51 AS, satu idea yang ditolak oleh Kanada.

Tarif baru ini dijadualkan berkuat kuasa pada hari berikutnya.

Trump turut menyatakan kemungkinan mengisytiharkan kecemasan elektrik di kawasan AS yang terjejas.

Pelabur-pelabur bimbang dengan kesan perang perdagangan yang dijangka boleh mengundang masalah kemelesetan ekonomi kepada negar-negara terlibat.

Sebab itu pelabur beralih kepada aset selamat iaitu emas.

Saya menjangkakan, trend kenaikan harga emas akan berterusan seminggu dua ini.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M