Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.12K photos
60 videos
558 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
🎊 TAHNIAH BUAT PEMILIK PG CODE PG1550000πŸŽ–

Public Gold dengan bangganya mengumumkan rekod baru tercipta dengan 1.55 Juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.

𝓣π“ͺ𝓱𝓷𝓲π“ͺ𝓱 kepada pemegang PG Code PG1550000: ANIQ ASYRAAF BIN AZMI dan

Introducer ELIA BINTI HASIMI PG030104 yang telah memenangi Gold Bar 1gram (Au 999.9) setiap seorang πŸŽ‰βœ¨

Tahniah diucapkan kepada pemilik bertuah bagi PG Code PG1550000 πŸ₯³

Rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Public Gold. Mulakan simpanan emas anda hari ini demi kehidupan yang lebih baik dengan Public Gold πŸͺ„

Siapa tahu, anda mungkin menjadi pemilik bertuah sama yang akan memenangi hadiah seterusnya untuk PG Code PG 1,600,000 πŸ‘€β€Ό

#PublicGold #pemenangbertuah #tahniah #goldsavings #simpananemas #luckycustomer #goldbar #bungamas #PGBO #PublicGoldBusinessOwner
Kisah 2 sahabat dan 2 point dari Tn Azizi Ali.. jom baca πŸ‘‡

Dua orang rakan telah berkongsi kisah pelaburan mereka dengan saya baru-baru ini. 

Pertamanya saya perlu menjelaskan yang mereka berdua sudah bersara. Keduanya bijak, rajin, prudent dan berpendapatan tinggi semasa mereka bekerja dahulu (masuk berpuluh ribu ringgit sebulan). Wang mereka dalam KWSP sahaja adalah lebih RM1 juta. Jadi keduanya memang jutawan.

Mereka telah membuat beberapa pelaburan sepanjang 40 tahun berkerja. Ini termasuklah dalam saham, unit amanah, forex, emas dan hartanah. 

Apa yang menariknya ialah mereka menceritakan yang mereka hanya mengaut untung daripada emas dan hartanah! Mereka rugi dalam semua pelaburan lain. Yes, walaupun mereka bijak dan buat homework sebelum melabur, mereka masih rugi apabila mengira jumlah wang yang dilabur dalam semua pelaburan tadi dalam tempoh 40 tahun tersebut.

Jadi poin pertama yang saya nak berkongsi di sini ialah jika orang yang bijak pun boleh rugi dalam saham, unit amanah dan forex, apakah peluang untuk orang biasa mengaut untung disini?

Poin yang kedua ialah menceritakan apa yang anda sudah tahu – melabur dalam emas dan hartanah kerana peluang untuk anda mengaut untung adalah jauh lebih tinggi daripada pelaburan lain. Yes, anda boleh cuba melabur dalam ini dan itu tetapi pastikan the bulk of your money dilaburkan dalam emas dan hartanah.

The next time anda terasa gatal tangan nak melabur sana sini, rujuk balik post ini, ya?😊
Awak nak tahu tak maksud force saving?

Ia adalah cara kita paksa diri untuk simpan duit dalam bentuk emas supaya simpanan tu tak bocor atau terguna. Contohnya, bila dapat gaji, terus asingkan bajet tertentu untuk beli emas.

Kenapa guna emas?
Sebab emas ni bukan duit tunai yang mudah nak dikeluarkan. Bila simpan emas, kita secara tak langsung MENGUNCI nilai simpanan kita daripada terguna untuk perbelanjaan tak penting. Lama-lama, simpanan tu akan bertambah dan jadi aset yang bernilai.

Force saving ni sesuai untuk yang susah nak disiplin simpan duit. Paksa diri sekarang, dan nikmati hasilnya!

#paksasampaiterbiasa
#PG1M
Si Biru dan Si Merah.. cantik kan.😍😍

Apakah perbezaan gold bar Bungamas dan Tai Fook?

Dua daripada produk emas syarikat PG ialah series Bungamas dan Tai Fook. Kedua produk ini adalah emas fizikal 24 karat – emas 999. Bentuk keduanya adalah rectangle, dan berat emas keduanya berbagai - ada 5 gm, 10 gm, 20, 50 dan 100 gm. Jadi kualiti keduanya adalah sama.

Jadi rumusannya, perbezaan Bungamas dan Tai Fook – yang bermaksud kekayaan yang melimpah atau great fortune – hanyalah design produk. Design Bungamas bermotifkan bunga sementara design Tai Fook bermotifkan naga.

So nak pilih yang mana? 

Jawapannya up to you. Kualiti dan harga kedua produk ini adalah sama. Jadi keduanya sama untung 😍
Gais.

Ada orang tanya saya pasal digital gold mining.

Jawapan saya: Ia sangat sesuai untuk di join oleh orang yg tak pernah ada pengalaman kena tipu.

Sebab guru emas saya cakap, setiap orang perlu ada pengalaman tersebut, sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.

Bila bayar duit tapi tak dapat emas fizikal, ia membuka ruang anda kena scam.

Bila dulang emas digital dan dijanjikan pulangan lumayan maka ia akan buka ruang untuk kena scam.

Tuan puan sekalian,

Kita sekarang berada dalam zaman tak boleh alpa.

Zaman nie, benda-benda kebaikan pun orang boleh scam. Contohnya offer pakej umrah murah.

Lepas tu di scamnya jemaah umrah yang berhasrat nak jadi tetamu Allah.

Lepas tu bila minta tefund, tak dapat. Bila bawa ke pihak berkuasa dan menang kes, penganjur lari dan tak bayar-bayar sampai ke sudah.

Jadi tuan puan sekalian, berhati-hati lah.

Saya nie boleh jadi tukang pesan aja

Pernah dahulu emas untung berganda-ganda menjadi trending. Itulah solusi ekonomi katanya.

Lepas tu terbukti ianya mengarut, tak bertahan lama dan pelabur berputih mata tunggu payment dah setahun.

Konsultan emas yang dulu gila promote produk ganda-ganda nie pun dah bertukar kerjaya jadi konsultan unit trust 🀭

Gais.

Akan ada orang marah dan tak puas hati dengan pesanan seperti ini.

Tapi saya dah melalui pengalaman 17 tahun dalam emas. Banyak benda saya dah lihat dalam emas nie.

Emas ni, kalau sekali kena scam memang makan tak habis ler… sebab kerugian dia biasanya besar.

#NotaEmasSyukorHashim
29/1/2025
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua

Hari ini harga naik semula ke RM428 segram. Kali kedua capai harga tertinggi.

Apa kita boleh buat ketika ini? 2 perkara:
1. Jika nak beli bawah 10 gram, beli sahaja. Akan datang harganya pasti lebih tinggi.
2. Jika nak jual untuk kegunaan penting, nak jual emas lama, emas bengkok dan kemek atau emas putus.. inilah waktu yang sesuai.

Harga turun naik seperti graft (gambar) memang biasa. Jadi jangan risau tetapi teruskan menyimpan ye.
GAP = *RM435/gram*
πŸš€πŸš€πŸš€435 435 πŸš€πŸš€πŸš€

Harga emas RM435 tertinggi direkodkan untuk tahun ini.

Hari ini ATH melepasi USD 2800 per ounce break harga emas sebelum ini RM428 per gram (18/1/25).

Kenapa tiba-tiba naik?

Kesan daripada ancaman Donald Trump untuk kenakan tariff kepada negara2 lain. Bacaan lanjut di sini.

https://pune.news/international/gold-soars-to-all-time-high-as-trump-tariff-fears-drive-safe-haven-demand-298597/
Gais.

Malam nie kita menyaksikan harga emas tertinggi dalam sejarah.

Tahun lepas harga harga emas mencapai $2,790.07/ Oz  (30 Oktober 2024)

Pada waktu itu harga emas naik disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk ketegangan geopolitik dan ketidakpastian ekonomi menjelang pilihan raya presiden A.S.

Pada malam ini kita melihat harga emas mencecah $2806.95 /Oz.

Apa sebabnya?

1. Kadar inflasi di US masih tinggi iaitu 2.8% (berbanding target 2% oleh US Federal Reserve).

2. Inflasi yang tinggi menyebabkan pelabur memilih untuk membeli emas kerana emas adalah pelindung nilai apabila inflasi tinggi.

US Federal Reserve juga membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah 4.25% to 4.5%. Presiden Trump tak puas hati kerana beliau mahu kadar faedah diturunkan.

3. Selain itu, faktor Donald Trump juga menyumbang kepada kenaikan harga emas.

4. Ini kerana Trump mengancam mengenakan tariff terhadap banyak negara contohnya China, Kanada, Mexico dan European Union.

5. Terbaharu adalah ancaman tariff yang sangat tinggi iaitu 100% kepada negara-negara BRICS (jika mereka mewujudkan matawang sendiri yang bersaing dengan USD)

6. Ancaman tariff menyebabkan ketidaktentuan dan kerisauan pasaran. Jadi harga emas turut naik.

7. Jadi dalam situasi sekarang, kenaikan harga emas sangatlah positif.

8. Selagi pasaran tidak bertenang dan inflasi di US masih tinggi, maka kita akan melihat harga emas akan meneruskan pendakian.

9. Harga emas Public Gold hari ini (31/1/2025) telah mencecah 436.70 segram.

10. Untuk penyimpan emas jangkamasa panjang, fokus untuk konsisten dalam jangka masa panjang.

11. Selamat menyimpan emas dengan senyuman πŸ˜ƒ.

#NotaEmasSyukorHashim
31/1/2025
Tak faham macam mana emas ada β€˜susut nilai’, tapi penyimpan emas masih untung?

Nak faham pasal emas, jangan pergi tanya kawan yang tak pernah pun beli emas. Jangan tanya jiran yang sekeping 1gram pun belum ada.

Tapi, bertanya kepada orang yang ada pengalaman menabung emas.

Susut nilai emas yg lebih tepat *SELISIH HARGA*

Kalau kita beli hari ni 50gram dengan harga RM20,000. Kita nak jual esok, comfirm dah tak dapat RM20,000.

Kalau Public Gold, spread value untuk 50gram cuma 7%. Jadi, andaikan harga emas sama hari ni dan esok, kita jual akan dapat RM18,600. (*RUGI*)

Tapi, bukannya kita beli hari ni nak jual esok. *Kita beli emas untuk jangka panjang. 2 tahun dan ke atas.*

Waktu tu mungkin harga 50gram dah cecah RM26k. β€˜Susut nilai’ dikira dari harga emas semasa.

Tak sama dengan susut nilai sebuah kereta. Beli hari ni RM100,000. Esok nak jual comfirm dah harga lain.

5 tahun lagi nak jual balik? Comfirm dah tinggal separuh harga.

10 tahun nak jual balik? Dah tak laku. 90% terus susut nilai.

Semua benda dekat dunia ni ada susut nilai. Berbeza dengan emas, walaupun ada β€˜susut nilai’ tapi harga emas sentiasa meningkat dalam tempoh jangka masa panjang, disebabkan oleh nilai wang kertas itu yang menyusut tak naik-naik.

Bermula sekarang untuk keuntungan masa depan..

Daftar disini: bit.ly/DaftarPGpercuma
RM100 HARI INI BOLEH BELI APA JE?

Kawan,
Nilai RM100 hari ini tidak sama dengan nilai RM100 untuk 5 tahun akan datang. Hari ini RM100 mungkin boleh dapat 5 jenis barang dapur. Tapi 5 tahun akan datang, RM100 hanya boleh dapat 3 jenis sahaja barang dapur. Sekarang pun kita dah terasa bahangnya inikan pula lagi 5 tahun.

Jadi, wajar ke kita nak simpan sesuatu yang semakin jatuh nilainya?

Ya betul, urusan seharian kita memerlukan wang kertas. Duit itu perlu ada untuk perbelanjaan harian. Tapi kalau untuk perbelanjaan di masa depan, duit itu tidak sesuai disimpan hari ini.

Jadi, bagaimana nak ikat nilai duit tu supaya nilainya kekal lagi 5 tahun akan datang?

Ikatlah sebahagian duit simpanan kita kepada emas. Hanya emas satu-satunya nya aset yang mudah dimiliki dan mudah pula ditukarkan kembali menjadi tunai. Bukan itu sahaja, melalui simpanan emas, kita dapat mengikat nafsu belanja kita.

Bila ternampak barang kehendak, otak kita laju je memujuk - "Saya bukan tiada duit untuk beli barang tu, cuma duit saya sudah diikat kepada emas"

Begitulah.

#PG1M