Perkongsian ilmu dari Dr Azizul Azli
#TabungSikap
ADA BANYAK PILIHAN
Hidup ini senantiasa ada pilihan. Kita yang tentukan pilihan kita.
Pilihan ini ada yang boleh diubah dan ada yang tidak.
1. Kita tak boleh ubah siapa Gabenor Bank Negara kita, Kita hanya boleh suka sahaja
2. Kita tak boleh naikkan nilai matawang kita dimata dunia.
3. Kita tak boleh tentukan harga jual beli minyak berapa.
4. Kita tak boleh turunkan harga barang dan harga rumah yang mahal giler..
5. Kita tak boleh tentukan harga kereta baru yang kita suka
6. Kita tak boleh halang orang beli banyak rumah dan tambah orang rumah!
Tetapi ada perkara yang kita boleh tentukan dan kawal
1. Kita boleh tentukan sasaran simpanan kewangan keluarga kita. Kita boleh bina Tabung Warna
2. Kita boleh tambah aset keluarga kita.
3. Kita boleh beli banyak rumah untuk pendidikan dan persaraan kita.
4. Kita boleh beli kereta kecil yang tak bebankan kita.
5. Kita boleh bermula dengan rumah kecil bawah RM200k sahaja.
6. Kita boleh melancong naik Air Asia sahaja walau sempit gila.
Ada banyak pilihan dalam hidup kita sebenarnya. Kita yang sering salah pilih.
Beli kereta itu tidak salah, tetapi ramai yang membeli kereta yang salah.
Gegadis tidak suka kita beri mereka pilihan, mereka suka kita tetapkan pendirian. Nak pilih 'dia' atau pilih Mira Filza.
#BerhentiMerungutBuatPerkaraYangKitaBolehKawal

JANGAN JANGAN SUKA MENCUBA
Sebagai orang muda, kacak jelita kita suka mencuba. Tetapi hati hati sekali terperangkap, padan muka.
1. Jangan cuba cuba beli Camry atau City, jika kita kerani atau baru dapat gaji pertama.
2. Jangan cuba cuba ambil pembiayaan peribadi untuk jadi Raja Sehari. Lama berhutang nanti.
3. Jangan cuba cuba beli emas jika simpanan kecemasan belum ada lagi. Nanti ulang alik ahrahnu saja nanti.
4. Jangan cuba cuba melabur dalam skim yang tulis ' Duduk goyang kaki dapat duit' hari hari. Duit bakal hilang nanti.
5. Jangan cuba cuba beli rumah yang besar hingga kita kena makan maggi. Makin besar rumah, makin telan duit gaji.
6. Jangan cuba cuba cuti ke Europe jika belum pernah ke Langkawi.
7. Jangan cuba cuba guna dana kecemasan untuk beli tudung itik terkini dipasaran. Harga mahal dari ikan tenggiri.
8. Jangan cuba cuba meminang anak orang jika hantaran belum ada, menabunglah hari ini.
9. Jangan cuba cuba acah pandai kutuk pelabur hartanah kapitalis kalau rumah pertama tiada lagi.
10. Jangan cuba cuba nak keluarkan duit KWSP jika baru mula kerja. Simpanan ada RM3000, belagak nak keluarkan RM10,000!
11. Jangan cuba cuba tambah isteri sorang lagi waktu gawat ekonomi begini. Kesian anak bini nak makan apa nanti. Kita bukan gaji menteri!
Kawan kawan,
Hidup ini bukan untuk dicuba cuba terutama hal kewangan. Berapa ramai yang dah cuba Pembiayaan Peribadi kini menyesal guling guling
Gegadis tidak suka kita 'cuba cuba sayang mereka'. Mereka mudah kecewa dan terluka.
"Saya cuba lupakan awak, tetapi wajah awak melekat di peparu dan hati saya", mesti mereka lari malu punya :-p
Azizul Azli Ahmad
#JanganCubaBerhutangJahat
#BeliRumahPertamaDenganIlmuDidada

MELAYU DAN URUS WANG
1. Kita tiada contoh yang baik untuk diikuti ketika kali pertama terima gaji, rujukkan kita sama ada ibubapa atau rakan sekerja sahaja.
2. Bila mula baca buku urus gaji dan duit, kawan mula sindir "Nak kaya cepat lettew", "Alah ini semua buat seminar nak bagi penganjur kaya"
3. Kita bangsa yang mudah emosi bila sebut bab gaji, gaji kawan tinggi kita mula rasa jaki nak tinggi juga sedangkan datang kerja tak tepati masa. Suruh Kerja lebih tarik muka kata nak raya lebih utama.
4. Bagi bangsa kita bab gaji itu sensitif, jangan ditanya berapa, malu meminta dan biarlah rahsia. Sedangkan kita dibayar dibawah harga pasaran sebenarnya. Bangsa lain tinggi gaji dari bangsa kita, kerja teruknya sama.
5. Apa formula gaji kita guna waktu mula terima gaji? "Belanja hingga habis baru simpan" atau "simpan dulu, baru belanja." Bila dah susah pinjaman pribadikan ada.
Pesan pada anak bila mula kerja buat simpanan 10%-30% dari gaji mereka tak pernah ada.
6. Kebanyakan ibubapa tidak menyokong usaha simpanan anak anak mereka kerana mereka terpaksa berlumba dengan jiran tertangga. Anak siapa "paling berjaya dan bergaya"
"Lawa betul kereta raya anak Musalmah Baharom tu ya?"
7. Kita mintak anak buat pembiayaan peribadi untuk tambah dapur adik nak kenduri nanti. Anak takut jadi derhaka, maka dia ikut saja. Kenduri pakai catering saja!
8. Kita suka dan sokong anak beli kereta bila mula kerja, "Bila lagi mak nie nak merasa kereta kau Angah, sempat hidup atau tidak nanti". Mereka suka main jual emosi cepat mati!
9. Pelaburan bagi orang kita hanya ASB dan TH, itupun sebab kawan yang ajak bukak buku waktu jumaat rehat kerja.
10. Lebih parah kita hanya belajar kumpul gelang emas sahaja. Bila sesak kita pajak dengan rasa bangga kata kita ada harta. Ada duit asik beli gelang emas sampai lemas.
Emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai paling baik. Fahami itu dulu.
11. Selain itu bagi kita pelaburan mesti nak cepat kaya, tak suka melabur lama lama. Merugikan katanya. Bila datang skim nama arab sedikit dah percaya giler. Nama hibah, wakalah, meca fund, wadiah, afifah, alif semua mudah cair dan ikut sahaja .
12. Ibubapa tak pernah cerita tentang pelaburan selain suruh beli tanah kampung yang tiada orang usahakan. Duit kita tertanam didalam itu sahaja. "Dah pencen nanti, boleh buat rumah disini"
Duit sedang mati!
13. Anak bila mula kerja ibubapa dan mula cerita apa keinginan mereka, "Seronok mak tengok Mak Long kau ker umrah dan Turkie, depa main salji ya".
Maka anak buat pembiayaan peribadi tunaikan impian mak ini. Anak dah tentu nak yang terbaik buat bondanya walau tidak diminta.
14. Kita banyak bergantung pada anak anak untuk bersara nanti, kita tak bersedia apa nak jadi. "Alah anak aku ramai, risau apa".
15. Kita suka lebihkan anak yang beri wang lebih, anak yang beri sedikit wang kadang kala terpinggir.
16. Pendidikan pada kita hanya bergantung pada PTPTN sedangkan tanggujawab ibubapa sediakan pendidikan anak anaknya. Saya pernah dengar seorang Profesor berkata, "alah biar mereka bayar sendiri nanti, baru berdikari".
17. Orang kita tak kisah mati bila, sebab itu tak kisah langsung takaful dan hibah perlu ada. Mereka beranggapan, lambat lagi mati jadi jangan ambil takaful lagi.
18. Faktor kedua tertinggi bangsa kita bercerai adalah faktor urus wang, ramai yang gagal urus hingga jadi punca bercerai.
19. Kita miskin bukan sebab ibubapa kita tak kaya, tapi semua yang ibubapa beri kita habiskan belanja begitu sahaja.
Kawan kawan,
Belajar urus wang dengan bijak, saya dah jumpa ramai bijak pandai bergaji besar akhirnya bersara masih kena kerja.
Azizul Azli Ahmad
Catatan Lepas Raya
#JadiBangsaYangBijakBukanDipijak
#PadanMukaKenaBacaPanjangBerjela
#ShareJerJikaBermanfaat