NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Perkongsian ilmu dari Dr Azizul Azli

#TabungSikap

ADA BANYAK PILIHAN

Hidup ini senantiasa ada pilihan. Kita yang tentukan pilihan kita.

Pilihan ini ada yang boleh diubah dan ada yang tidak.

1. Kita tak boleh ubah siapa Gabenor Bank Negara kita, Kita hanya boleh suka sahaja

2. Kita tak boleh naikkan nilai matawang kita dimata dunia.

3. Kita tak boleh tentukan harga jual beli minyak berapa.

4. Kita tak boleh turunkan harga barang dan harga rumah yang mahal giler..

5. Kita tak boleh tentukan harga kereta baru yang kita suka

6. Kita tak boleh halang orang beli banyak rumah dan tambah orang rumah!

Tetapi ada perkara yang kita boleh tentukan dan kawal

1. Kita boleh tentukan sasaran simpanan kewangan keluarga kita. Kita boleh bina Tabung Warna

2. Kita boleh tambah aset keluarga kita.

3. Kita boleh beli banyak rumah untuk pendidikan dan persaraan kita.

4. Kita boleh beli kereta kecil yang tak bebankan kita.

5. Kita boleh bermula dengan rumah kecil bawah RM200k sahaja.

6. Kita boleh melancong naik Air Asia sahaja walau sempit gila.

Ada banyak pilihan dalam hidup kita sebenarnya. Kita yang sering salah pilih.

Beli kereta itu tidak salah, tetapi ramai yang membeli kereta yang salah.

Gegadis tidak suka kita beri mereka pilihan, mereka suka kita tetapkan pendirian. Nak pilih 'dia' atau pilih Mira Filza.

#BerhentiMerungutBuatPerkaraYangKitaBolehKawal